Assment Kaum Bajau

download Assment Kaum Bajau

of 11

Transcript of Assment Kaum Bajau

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    1/11

    Pengenalan

    Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan

    merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Mempunyai keluasan kira-kira

    73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah

    selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Sabah juga dikenali sebagai "Negeri Di

    Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon

    ribut. Asal usul nama "Sabah" diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali

    sebagai 'pisang saba' atau dipanggil "SABBAH" atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau.

    Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum. Sebuah negeri

    yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun,

    Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang,

    Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

    Kepelbagaian suku kaum di Sabah amat unik. Masyarakat Bajau merupakan masyarakat

    pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan.

    Kebanyakkan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud.

    Perkataan 'Bajau' bermaksud "berjauhan". Hal ini demikian kerana pada masa dahulu

    orang Bajau sentiasa berada di laut iaitu 'berjauhan' dari darat. Suku kaum Bajau juga dikenali

    sebagai 'sama' atau 'a'sama dan 'pala'u. Masyarakat Bajau tinggal di persisir pantai di timur

    dan barat daya Sabah hingga ke Teluk Kimanis di bahagian barat. Suku kaum Bajau terbahagi

    kepada dua kumpulan utama iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Bajau Laut dikenali sebagai

    'pala'u' dan tinggal di Timur Sabah. Bajau Darat pula dikenali sebagai 'sama atau a'sama' dan

    menetap di bahagian Barat Sabah. Masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza.

    Sumber ekonomi suku kaum ini bergantung kepada hasil laut dan hasil pertanian.

    Orang Bajau Darat terutamanya di Kota Belud bekerja dalam bidang pertanian, penternakan

    binatang, perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan sebagainya, manakala Bajau Laut amat

    terkenal sebagai pelaut dan nelayan serta mahir dalam pembinaan dan pengendalian perahu

    dan pengumpulan hasil laut. Ini menunjukkan, Orang Bajau Darat Sabah mempunyai taraf

    hidup yang lebih tinggi berbanding Bajau Pantai Timur. Walaubagaimanapun orang-orang

    Bajau di Pantai Timur ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian

    pantai. Hanya segelintir daripada mereka masih lagi tinggal di dalam perahu yang merantau ke

    sana sini iaitu Lepa.

    Selain itu mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai

    diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu. Pedang Samurai daripada Kota Belud

    amat tinggi kualiti serta senang didapati dan menjadi tarikan pelancong yang singgah di Kota

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    2/11

    Belud. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka PIS iaitu kain dastar

    ikat kepala yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau , oren, emas dan putih.

    Kain PIS yang ditenun harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran

    barang. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan

    adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan

    kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.

    Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti

    Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

    Faktor-faktor Kepelbagaian Sosio Budaya Masyarakat Bajau

    i) Kelas Sosial

    Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi

    penduduk negeri ini. Mereka boleh dibahagikan kepada kaum Bajau Pantai Barat yang

    menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala kaum Bajau Pantai

    Timur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    Masyarakat Bajau kebanyakkannya beragama Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau

    lebih sub-suku Bajau yang ada di Sabah dan selatan Filipina. Antara sub-suku tersebut ialah

    Bian, Sallogan, Sapa', Sikubung, Sapa'-sapa', Tando'Bas. Basbas, Tando;Banak, Ungus

    Matata, Lo'ok Nato', Kohek, Bannaran, Sitangkai, Simunul, Sibutu', Pangutaran, Siasi,

    Laminusa, Larapan, Musu', Manubal, Pala'u, Kota Belud (Penduduk di sini memanggil diri

    mereka sebagai Sama dan tidak ada perbezaan ketara di antara bahasa mereka dan orang

    Sama), Sama (Pantai Barat Sabah), Sisangat, Siamal, Tabawan, Kagayan, Bangingi'

    (Balagnini atau Balangingi), Tatabuan-Kaniogan.

    Masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat

    gelaran istimewa dan unik seperti "sea gypsies (Panglima Dilaut)". Mereka asalnya adalah

    keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut). Bajau yang berasal daripada

    daerah Kota Belud dan Tuaran pula terkenal di seluruh dunia sebagai "cowboy of the east"

    kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok

    tandingannya. Kemahiran mereka menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi

    gelaran "Kobor Timur" atau " Koboi Sabah". Semasa dalam pesta dan hari perayaan,

    penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda

    mereka juga dipakaikan kain seperti penunggangnya juga. Kerana keberanian serta kekentalan

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    3/11

    semangat yang ada dalam jiwa mereka sejak turun temurun itu orang Bajau sering dikaitkan

    dengan wira yang memiliki darah kepahlawanan.

    Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Suku kaum

    Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.

    Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau mengahwini bangsa-bangsa

    lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

    ii) Bahasa

    Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada rumpun keluarga Sama

    - Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi

    kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk

    iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula

    mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu.

    Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan

    daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan - in - sehingga membentuk sinama yang

    bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

    Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu

    bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-

    kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Bahasa Bajau di selatan Filipina

    juga menuturkan bahasa yang sama, walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan di

    antara bahasa kaum Bajau di sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi sebutan

    tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 60% bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Apa

    yang pasti, kebanyakan orang tua-tua suku kaum Bajau dahulu amat sukar apabila menyebut

    perkataan yang ada huruf 'R' ,'C'dan 'J'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', ' SABAR ' menjadi '

    SABAL', 'SYUKUR' menjadi ' SUKUL', ' CUKUP ' menjadi ' SUKUP ' , ' CAWAN ' menjadi '

    SAWAN ' , ' ZAMAN' menjadi ' JAMAN ' , ' ZIP ' menjadi ' JIP ' dan banyak lagi.

    Bajau Kudat adalah suku Bajau yang agak unik. Bajau Kudat yang asli adalah

    gabungan daripada sub etnik Bajau iaitu etnik suku Banadan, Danauan serta Kagayan dengan

    etnik suku orang Suluk. Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu

    bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga

    dikenali sebagai Bajau Suluk. Walaubagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang

    paling sedikit dalam etnik Bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun

    darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    4/11

    rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan

    kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbanding sub-etnik Bajau lain.

    Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu

    menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih

    dan lancar bahasa suku-suku sub-etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan,

    bahasa Bajau Samah (Bajau Kota Belud) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan

    Rungus.

    Selain daripada itu terdapat juga suku kaum yang dikenali sebagai Bajau Laut. Suku

    kaum ini agak unik kerana bahasanya sama seratus peratus dengan Bajau Samah di Kota

    Belud tetapi bahasanya agak kasar. Misalnya ikan disebut DAEYANG (Bajau Laut) DE'ING (

    Bajau Kota Belud.

    iii) Kepercayaan

    Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.

    Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas

    terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran,

    perkahwinan dan kematian. Walaupun ramai yang telah memeluk agama Islam, namun

    demikian beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah

    diamalkan turun temurun.

    Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani

    beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta

    kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut

    termasuklah wanita hamil tidak dibenarkan berjalan pada waktu malam untuk mengelakkan

    gangguan makhluk-makhluk halus. Wanita yang hamil ini juga tidak boleh memakan semua

    jenis sotong kerana mereka percaya ia akan menyukarkan proses ketika kelahiran kelak.

    Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung

    kerana dikhuatiri tembuni akan terus mati terutama bagi kandungan sulung. Memarut kelapa

    dan menyentuh santan juga tidak dibenarkan kerana dibimbangi akan menghadapi kesulitan

    semasa bersalin. Sekiranya berlaku kematian, wanita hamil tidak dibenarkan mengunjunginya

    kerana bimbang anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali

    sebagai ketimbaluan.

    Di samping pantang-larang diatas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan sewaktu

    bersalin. Apabila tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu

    disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, diletakkan duri dan benda-benda tajam

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    5/11

    seperti besi atau parang untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus

    terhadap si ibu dan bayi. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi

    dan mengikatnya dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya

    terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang dipasangkan. Bahan-bahan beserta

    sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberikan kepada bidan. Setelah diikat

    pusatnya , bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan bagi bayi lelaki dan

    diqamatkan bagi bayi perempuan di telinganya. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan

    sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu. Selain itu tembuni ibu

    dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula

    akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan

    dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni biasanya

    dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk

    sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji

    telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.

    Umumnya, masyarakat Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi

    yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap

    sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi pada

    masa menyambut Maulud Nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan

    bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha

    untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.

    Beberapa barangan tertentu digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah sebatang penumbuk

    padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta

    kain putih. Batu-batu timbang terdiri daripada sebekas air, seikat kayu yang sederhana

    besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda.

    Dalam menjalankan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang

    larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan

    Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada

    yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang

    baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar

    Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan

    menjadi murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat

    monogami daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan

    perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Pun

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    6/11

    begitu, mereka tida boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika

    berlaku maka perkahwinan itu dianggap sumbang serta akan mendatangkan sial.

    Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka

    percaya perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Pada hari pertama, sambutan

    disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul

    untuk menjamu selera, sambil berzikir dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih

    panyam disediakan ( bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia).

    Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggal dunia akan meneruskan

    hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan

    saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggungjawab mereka. Upacara kematian

    mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui

    upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di

    akhirat. Selain itu mengikut kepercayaan orang Bajau, mereka mesti menangisi kematian

    tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Satu lagi adat yang menarik ialah adat

    mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau

    percaya mayat akan didatangi 'Balan-balan' dalam tempoh tersebut.

    Masyarakat Bajau percaya "Balan-balan" merupakan sejenis lembaga yang berasal

    dariapada manusia yang tersalah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu itu

    supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini

    hendaklah mengamalkan jampi mentera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh

    malam berturut-turut. Kemudian badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan

    miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil

    membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Balan-balan hanya terbang pada waktu malam

    dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Balan-balan suka menjilat darah

    pada uri perempuan bersalin. Ia juga dikatakan akan menyerang dan menghisap darah

    manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang

    mayat dan memakan segala organ dalam tubuh mayat terutama hati. Pengamal ilmu ini tidak

    suka pada benda berduri dan tajam kerana semua benda ini akan menyebabkan isi perutnya

    yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang

    berduri dan benda-benda tajam seperti buluh.

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    7/11

    Adat Resam Masyarakat Bajau.

    Masyarakat Bajau mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri. Walau

    bagaimanapun adat istiadat perkahwinan kaum Bajau mempunyai persamaan dengan adat

    istiadat perkahwinan kaum Melayu. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau

    berlangsung selama satu hari, satu malam. Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung

    selama dua hari satu malam.

    i) Merisik

    Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis

    yang menjadi calon. Seorang wakil dilantik bagi menemui keluarga gadis. Setelah pasti

    bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan sepadan dengan keinginan pihak lelaki barulah

    diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan

    i i ) Meminang

    Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis dinamakan seruan. Dalam majlis ini, pihak

    lelaki membaca sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00

    sebagai pengikat tali pertunangan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki akan

    menghantar semua barang yang telah dijanjikan dalam majlis seruan kepada pihak perempuan.

    Pada ketika inilah tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Pihak keluarga perempuan akan

    menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi

    keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga yang

    biasa. Mas kahwin dan hadiah sampingan akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

    i i i ) Majl is Perkahwin an Pengantin Bajau

    Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan

    majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga

    miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis 'betitik' diadakan yakni

    memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di

    kediaman kedua-dua belah pihak. Pukulan 'Betitik' seolah-olah turut berperanan mengingatkan

    dan mengwar-warkan tentang sesuatu majlis perkahwinan. Majlis ini berlangsung sehingga

    larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenali sebagai 'berunsai'.

    'Berunsai' adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Tarian ini

    memerlukan enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    8/11

    bertambah meriah apabila diserikan dengan 'kalang' iaitu pantun dua kerat yang dijual dan

    dibeli oleh penari lelaki dan perempuan. Gerakan asas bagi tarian ini adalah gerakan kaki

    mengikut lagu-lagu yang mereka nyanyikan. Tidak memerlukan iringan muzik dan ditarikan di

    hari-hari perkahwinan.

    Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan

    oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan

    bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari

    perkahwinan pula, pengantin dihias dengan pakaian baru, selalunya berwarna kuning dan hijau

    yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu

    sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan

    bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau

    menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan

    gong berirama tigad-tigad.

    Ketibaan pengantin lelaki disambut dengan beberapa das tembakan sebagai alu-aluan.

    Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan

    atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Setelah selesai upacara pernikahan,

    pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke

    pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-

    jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai

    di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin

    lelaki. Beberapa syarat dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin

    perempuan di sebalik tirai itu. Jika pihak pengantin perempuan menutup pintu, maka pihak

    pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau dipanggil kaukaban lawang.

    Biasanya pengantin perempuan akan duduk dipelamin dan menunggu suaminya di sebalik tiga

    lapis tirai. Tirai itu perlu dibuka selapis demi selapis dengan disertai magjam-jam. Setiap tabir

    itu hanya akan dibuka setelah dibayar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun,

    syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.

    Setelah tirai yang terakhir dibuka, pengantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang

    yang diberikan kepadanya tadi sebanyak tiga pusingan di atas kepala pengantin perempuan.

    Kemudian, penganti lelaki tadi perlulah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari

    tangan kanannya. Proses ini dikenali sebagai tutukan yang sama seperti proses membatalkan

    air sembahyang dalam perkahwinan Melayu. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk

    bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    9/11

    Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah pengantin

    perempuan selama tiga malam. Dalam tempoh itu, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir

    memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain

    nasihat yang dirasakan perlu. Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki akan datang dan

    meminta izin dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah

    mereka. Perpindahan itu dikenali sebagai tingkuang. Pasangan pengantin baru itu kemudian

    boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya , jika mereka mahu.

    Kelahiran

    Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagai krisis hidup yang paling

    penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian yang

    sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara masayarakat

    Bajau dengan masyarakat Melayu. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat

    Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan

    dan melenggang perut.

    i ) Sewaktu mengandun g

    Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan

    hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan

    oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan

    mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan

    bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut. Apabila sudah genap tujuh bulan

    mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh

    tunasnya dibalut dengan ain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian

    pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas dulang yang telah diisikan

    segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan

    menjadi milik anak yang akan dilahirkan. Dulang tersebut akan diletakkan di bahagian kepala

    tempat tidur wanita berkenaan sehingga bayinya lahir.

    Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu

    sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk

    menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut

    melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai

    emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut.

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    10/11

    Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh

    diadakan untuk anak-anak berikutnya.

    Wanita hamil ini juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai

    maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu

    mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.

    i i) Selepas kelahiran

    Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan

    mereka berdua beranak sehingga ke hari 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan

    memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari

    ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke empat puluh empat. Si ibu tidak boleh makan

    sembarangan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat

    daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh

    berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air

    ubat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan

    kesihatan selepas bersalin. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya

    dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak

    berwarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk

    mengelakkan kesejukan. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya

    menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.

    Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu

    bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh

    bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain

    kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil

    pesakat nirundang di kalangan masyarakat Bajau. Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan

    perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan

    dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur

    12 dan 15 tahun.

    Kematian

    Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak

    perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti

    peraturan agama islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Bagi

    adat kematian pula, semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca

  • 7/30/2019 Assment Kaum Bajau

    11/11

    dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong

    akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Berbalik pada adat

    mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi

    seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang

    terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh

    hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur

    ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk

    mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa

    mengawal kubur adalah 'pasang', congkak, daun terup dan sebagainya. Bagi orang-orang tua

    Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan

    kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal

    kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau

    senda dan berhibur sepanjang malam.