Assngmnt 1
-
Upload
kropok-lekor -
Category
Documents
-
view
42 -
download
0
description
Transcript of Assngmnt 1
KRM 3023 ASAS UKURAN
[PORTFOLIO-REFLEKSI TAJUK]
NAMA NO ID NO TELEFON
RAMLAN BIN RAHIM D20102046007 013-2363663
GROUP UPSI21(A121PJJ)
TUTOR E-LEARNING : PROFESOR DR.MARZITA BINTI PUTEH
TARIKH SERAH : 29HB SEPTEMBER 2012
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
2 Sejarah Asas Ukuran
Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk
menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal
dicipta manusia masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan
tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai atau rekaan pakaian. Sistem yang
seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4SM dan
ke-3SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus. Banyak sistem
diasakan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat
pengukuran.Unit ini mengandungi empat bahagian yang berkaitan dengan sejarah asas
ukuran dan perkembangannya.
Seterusnya, sistem metrik berkembang bermula dengan penggunaan sistem metrik asli di
Perancis pada tahun 1791. Bermula dengan menggunakan matahari, bulan, planet-planet
dan bintang-bintang sebagai rujukan untuk mengukur masa. Bagi ukuran panjang pula
penggunaan anggota badan manusia seperti tangan, kaki dan jari. Unit piawai dalam sistem
metrik bagi ukuran panjang ialah milimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m) dan kilometer
(km).
Timbang berat dengan sukatan timbangan berat yang popular digunakan dahulu ialah tahil,
kati, cupak, gantang, mayam, dacing dan pikul. Unit ukuran piawai bagi timbang berat pula
ialah gram (g) dan kilogram (kg). Begitu juga dengan isi padu cecair yang bermula dengan
sukatan unit gelen yang terdiri daripada tiga sistem pengukuran isi padu iaitu AS cecair, AS
kering dan Imperial British. Sistem metrik bagi unit ukuran isi padu cecair ini ialah liter(l) dan
mililiter (ml). Perkembangan dan perubahan sistem unit ukuran telah berubah bersama
peredaran zaman.
Sejarah perkembangan ukuran panjang dan ukuran berat bermula di tempat-tempat kuno
seperti Mesir dan China. Mengikut kajian, kebanyakan unit ukuran panjang pada ketika itu
dicipta berdasarkan unit anatomi manusia atau benda-benda yang mempunyai bentuk lulus.
Unit ukuran berat adalah diukur dengan menggunakan berbagai-bagai jenis bahan yang
terdapat dalam tanah atau barang-barang dagangan, seperti biji beras dan kerbau. Unit-unit
ukuran beransur-ansur diubahsuai dan diperkembangkan ke arah satu sistem yang dapat
diterima sebagai unit piawai. Pada tahun 1670, Gabriel Mouton dari Perancis
mencadangkan unit meter sebagai unit ukuran panjang yang piawai. Pada tahun 1889, unit
kilogram yang berdasarkan jisim logam platinum-iridium mula diterima sebagai unit ukuran
berat yang rasmi oleh hampir semua negara Eropah. Sistem Metrik ini telah menjadi Sistem
Metrik Antarabangsa pada masa kini.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1. Sistem Metrik Sistem ukuran yang menggunakan liter, meter, gram dan saat.
2. Takad Had atau peringkat (pada sesuatu ukuran)
3. Timbang berat Digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan.
4. Standard Sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk
mengukur (menilai) sesuatu yang lain (seperti berat, isi padu,
nilaian wang, mutu dan lain-lain), piawai.
5. Deka Awalan asing (sepuluh) contohnya; dekaliter dan dekagram.
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang sejarah asas ukuran
dan senario perkembangannya dalam kehidupan manusia sejagat dari zaman purba hingga
ke hari ini dan kesinambungannya di era masa kini.
Saya juga dapat mengetahui sejarah permulaan terciptanya unit-unit ukuran dan
kegunaannya. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk
menambah pengetahuan dan memberi kesedaran akan kepentingan mempelajari unit-unit
asas ukuran dalam pendidikan. Adalah lebih baik jika sejarah asas ukuran ini diperincikan
lagi beserta contoh objek jika ada dan penggunaannya dari zaman dahulu hingga kini.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
Unit Tajuk
3 Masa Dan Waktu
Ringkasan Isi Kandungan Unit
Masa ialah jarak antara dua detik atau peristiwa. Manakala waktu pula dirujuk kepada bila sesuatu peristiwa atau kejadian berlaku. Terdapat dua pandangan berbeza cauldron taxes masa . Satu masa adalah pandangan yakni LINEAR sebahagian dari dan Struktur ASAS sub-semesta, Satu Matra berlakunya peristiwa dalam rangkaian itu sendiri dan masa adalah sesuatu yang boleh diukur. Ini adalah pandangan realism, iaitu Sir Isaac Newton sendiri. Konsep masa dan waktu sangat penting kerana ianya akan digunakan dalam kehidupan seharian sepanjang hayat. Konsep hubungan yang melibatkan waktu, hari, bulan dan jam serta membaca jadual atau kalendar. Antara alat yang berguna untuk mengukur masa ialah jam, kalendar, jadual, rancangan televisyen dan telefon. Melalui alat-alat tersebut masa dapat diukur dengan lebih tepat dan cepat. Selain itu, guru boleh mengaitkan masa dengan empat operasi utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dan mengajar murid mengira dengan cara yang paling pantas. Masa juga banyak digunakan dalam peribahasa dan simpulan bahasa menunjukkan fungsinya yang sangat penting.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan 1 Masa
Tempoh sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku.
2 Waktu
Merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku.
3 Kalendar
Menunjukkan perjalanan hari berdasarkan minggu dan bulan.
4 Jam
Alat yang menunjukkan masa pada setiap saat, mempunyai jarum saat, minit dan jam.
5 Jadual
Membantu individu merancang aktiviti harian supaya lebih lancar.
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Tajuk ini sangat menarik dan digemari oleh murid-murid di sekolah kerana ia berkaitan dengan keadaan kehidupan mereka lebih dekat lagi dan mudah difahami serta pernah dialami secara langsung. Dengan pengetahuan yang sedia ada ini, guru akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih baik dan bersemangat lagi kerana mendapat respon yang positif daripada murid-murid. Murid perlu menguasai sifir terutamanya melibatkan sifir 5, 6, 7 dan 12 kerana proses penukaran unit akan melibatkan sifir secara langsung selain pengiraan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Penerangan berkaitan konsep-konsep hubungan dan penukaran yang melibatkan antara unit masa perlu ditekankan supaya memudahkan murid untuk mengaplikasikannya tatkala menjawab soalan-soalan terutamanya soalan penyelesaian masalah. Ianya akan membantu murid untuk menentukan operasi yang sesuai dalam pengiraan tempoh masa dan juga cekap apabila melaksanakan operasi penukaran unit.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
Unit Tajuk
5 Ukuran Panjang
Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sejarah ukuran memberikan gambaran yang sangat kukuh mengenai kita sebagai manusia
dan apa yang telah manusia capai sejak zaman gua lagi.Gambaran di dinding-dinding gua
menunjukkan bahawa memungkinkan ukuran adalah aktiviti matematik pertama yang
dilakukan oleh manusia.
Stragtegi yang paling sesuai dan berkesan untuk mengajar dan mempelajari ukuran panjang
ialah dengan mengukur objek-objek berkaitan dengan pembaris atau pita pengukur.Ukuran
panjang adalah satu nilai. Anggaran ukuran adalah kemahiran yang perlu diberi perhatian.
Istilah seperti”hampir”, ”dekat dengan” ”lebih kurang” adalah istilah yang selalu digunakan
oleh pelajar apabila membincang mengenai ukuran.
Semua ukuran adalah satu anggaran. Proses pengukuran itulah yang perlu diberi perhatian
dan tumpuan untuk membina kemahiran di kalangan pelajar-pelajar. Pembelajaran ukuran
dimulakan dengan pembandingan secara langsung. Ukuran panjang membolehkan manusia
menghayati ketinggian mercu tanda dunia kebanggaan kita rakyat Malaysia iaitu Menara
Kembar Petronas.
Seterusnya , manusia menggunakan alat-alatan yang tidak piawai pula untuk mengukur
panjang.Keperluan untuk satu sistem ukuran yang diselaras satu dunia telah lama disedari
hampir 300 tahun yang lalu. Pembelajaran ukuran dimulakan dengan pembandingan secara
langsung.Ukuran panjang digunakan dalam banyak situasi seharian kita.Secara umunya
terdapat beberapa perkaitan yang boleh dirumuskan disini.
I km = 1000 m
1 m = 100 cm
1cm = 10 mm
Pertukaran dari kilometer ke meter didarabkan dengan 1000 dan pertukaran dari meter ke
kilometer dibahagikan dengan 1000. Bagi perkaitan meter dan centimeter pula, pertukaran
dari meter ke sentimeter didarabkan dengan 100 dan pertukaran dari sentimeter ke meter
pula dibahagikan dengan 100.
Untuk perkaitan antara sentimeter dan milimeter pula, pertukaran dari sentimeter ke
milimeter didarabkan dengan 10 dan pertukaran dari milimeter ke centimeter dibahagikan
dengan 10.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1. Ukuran panjang Unit ukuran panjang ialah kilometer, meter, sentimeter dan
milimeter .
2. Perkaitan antara
kilometer dan meter
1 km = 1000 m
Pertukaran dari kilometer ke meter didarabkan dengan 1000
dan pertukaran dari meter ke kilometer dibahagikan dengan
1000.
3.
Perkaitan antara
meter dan sentimeter
1m = 100 cm
Bagi perkaitan meter dan sentimeter pula, pertukaran dari
meter ke centimeter didarabkan dengan 100 dan pertukaran
dari sentimeter ke meter pula dibahagikan dengan 100.
4.
Perkaitan antara
sentimeter dan
milimeter
1cm = 10mm
Untuk perkaitan antara sentimeter dan milimeter pula,
pertukaran dari sentimeter ke milimeter didarabkan dengan 10
dan pertukaran dari milimeter ke sentimeter dibahagikan
dengan 10.
5. Secara Langsung
dan Secara tidak
Langsung
Secara Langsung: Ia memberi tumpuan kepada membina
kefahaman pelajar membanding dan menggunakan
perbendaharaan kata ukuran.
Secara Tidak Langsung: Merupakan keperluan untuk
berkomunikasi di antara manusia membawa tamadun ke satu
era yang baru.
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Unit ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan topik ukuran panjang.
Kandungan unit ini menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai unit piawaian bagai
ukuran panjang, perkaitan antara kilometer, meter, sentimeter dan juga milimeter. Dengan
adanya aktiviti-aktiviti yang padat disediakan dalam unit ini, guru dapat meluaskan lagi
contoh dan penerangan kepada murid-muridnya untuk memahami dengan lebih baik lagi
tentang topik ukuran panjang ini.
Dengan unit ini, guru berupaya untuk membimbing muridnya dalam mengukur dan
membandingkan panjang dengan menggunakan unit piawaian. Murid juga berupaya untk
memahami perkaitan di antara unit-unit ukuran panjang. Proses pengukuran perlu diberi
perhatian dan tumpuan oleh setiap guru matematik untuk membina kemahiran di kalangan
pelajar di sekolah rendah.
Ukuran panjang merupakan satu nilai. Dalam pengajaran matematik ia menggambarkan
ketepatan. Unit ukuran yang digunakan di sekolah bemula dengan milimeter(mm),
sentimeter(cm), meter(m) dan kilometer (km). Konsep Penukaran unit ukuran ini harus diajar
oleh guru agar murid memahami konsep bahawa penukaran nilai besar kepada nilai kecil
harus didarab dan penukaran nilai kecil kepada nilai besar harus dibahagi.
I m = X100
1 c = ÷100
Standard piawaian ukuran adalah penting dalam pengiraan ukuran panjang dan jarak dalam
kehidupan harian kita. Pemahaman mendalam Sistem Metrik oleh murid akan membantu
murid menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
Unit Tajuk
7 Timbangan Berat
Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini menerangkan tentang jisim iaitu ukuran jumlah jisim dalam suatu objek
manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Konsep jisim adalah lebih sukar untuk
difahami kerana jisim tidak boleh dilihat tetapi boleh dipegang dan dirasa. Strategi yang
paling sesuai dan berkesan untuk mengajar dan mempelajari timbangan berat ialah dengan
menimbang objek-objek berkaitan dengan alat penimbang.
Bagi memastikan pelajar dapat memahami dan menghayati setiap unit timbangan berat iaitu
gram dan kilogram mereka hendaklah didedahkan kepada kemahiran mengenal dan
membaca penimbang, membuat anggaran, membanding sesuatu objek dan menimbang
objek. Timbangan berat merupakan satu nilai. Anggaran timbangan adalah kemahiran
yang perlu diberikan perhatian. Istilah seperti ’lebih ringan’ dan ’lebih berat adalah istilah
yang selalu digunakan pelajar apabila membincang mengenai timbangan. Unit bukan
piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit.
Unit ukuran berat yang diterima di peringkat antarabangsa ialah kilogram, pound, aun, dan
gram. Unit seperti pound dan aun ialah unit imperial bagi berat manakala kilogram dan
gram ialah unit metrik. Istilah berat-ringan adalah yang perlu diperkenalkan kepada pelajar
untuk menguasai kemahiran dalam timbangan berat secara pengamatan. Pelajar juga perlu
diterangkan mengenai objek yang sama saiz tidak semestinya sama berat, berat sebarang
objek adalah tetap walaupun bentuknya berubah dan objek yang besar saiznya tidak
semestinya lebih berat daripad objek yang lebih kecil.
Berbagai benda yang sesuai boleh digunakan untuk dijadikan unit timbangan berat seperti
biji getah, guli, kubus, potongan kayu dan sebagainya. Apabila pelajar sudah menguasai
kemahiran mengenal, menganggar, membanding, mengukur. Empat operasi asas
matematik iaitu menambah, menolak, mendarab dan membahagi perlu dikuasai pelajar.
Operasi tambah dan tolak boleh dilakukan kepada timbangan berat dalam bentuk nombor
bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan. Operasi darab pula adalah pendaraban
timbangan berat dengan satu nombor satu digit, 10, 100 dan 1000. Manakala operasi
bahagi pula adalah pembahagian dengan satu nombor satu digit, 10, 100 dan 1000.
Strategi yang paling sesuai dan berkesan sebagai permulaan untuk mengajar dan
mempelajari operasi dalam timbangan berat ialah dengan menggunakan alat penimbang.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1. Menukar unit kg
kepada unit gram
1 kilogram = 1000 g atau 1000 gram = 1 kg
Kilogram (kg) ke gram (g) ....bahagi 1000
Gram (g) ke kilogram (kg) ... darab 1000
2.
Operasi tambah Proses penambahan timbangan berat dilakukan melalui aktiviti
menimbang objek. 1 kg bersamaan dengan 1000 g. Sewaktu
melakukan operasi tambah, unit yang digunakan hendaklah
sama.
3.
Operasi tolak Proses penolakan timbangan berat dilakukan melalui aktiviti
menimbang objek. Penolakan berturut-turut dihadkan kepad
tiga timbangan berat.
4.
Operasi darab Terdapat beberapa jenis pendaraban seperti pendaraban
dengan 10, 100, pendaraban dengan satu digit dan
pendaraban dengan dua digit.
5.
Operasi bahagi Seperti juga dalam pendaraban, terdapat beberapa jenis
pembahagian seperti pembahagian dengan 10 dan 100,
pembahagian dengan satu digit dan pembahagian dengan dua
digit.
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Pada pandangan saya, kandungan unit ini sangat membantu dalam mengenali, memahami
dan mengaplikasikan timbangan berat dari yang paling mudah kepada yang paling sukar.
Kandunagn unit ini menjelaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
menyampaikan maklumat tentang timbangan berat kepada murid.
Penjelasan yang mudah difahami telah diberikan tentang perbezaan antara ukuran berat
abitrari dan unit piawai iaitu imperial dan sistem metrik. Penjelasan yang lengkap juga diberi
tentang perkaitan antara berat, saiz dan bentuk melalui contoh dan gambarajah yang
lengkap. Saya percaya murid akan lebih berminat untuk mendalami ukuran timbang berat
berdasarkan kandungan unit ini. Murid dibimbing untuk mengukur menggunakan unit
sembarangan dan diikuti unit piawai yang menggunakan simbol.
Unit ini juga telah menerangkan bagaimana strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dapat membantu murid untuk memahami timbang berat. Selain itu, konsep
timbangan berat telah diterangkan dengan sebaik mungkin bermula dengan pengamatan
dari pelbagai sudut dan seterusnya secara langsung.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
Unit Tajuk
9 Isipadu Cecair
Ringkasan Isi Kandungan Unit
Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana
bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah
keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas,
satu permukaan rata akan terhasil. Permukaan cecair berkelakuan seperti membran kenyal
yang mempunyai tegangan permukaan, yang membenarkan pembentukan titisan dan buih.
Begitu juga kekapilarian.
Kuantiti cecair biasanya diukur mengikut isipadunya. Isipadu bolah disukat dengan
menggunakan silinder, bekas pengukur dan sebagainya. Terdapat 2 jenis sukatan yang
umum isipadu cecair, iaitu liter dan mililiter.
Pembelajaran mengenai isipadu cecair dimulakan dengan perbandingan secara langsung.
Penekanan kepada perbezaan bekas yang berlaian saiz dan bentuk tidak mempengaruhi
isipadu cecair ditunjukkan dengan bahan-bahan maujud supaya membentuk kefahaman
murid. Terdapat pelbagai benda yang sesuai disekeliling murid yang oleh digunakan seperti
tn, mangkuk, baldi, cawan, botol dan sebagainya.
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Bil Konsep Penjelasan
1. Perkaitan isipadu
cecair dengan cecair
dan bentuk.
Penekanan tentang bentuk dan saiz tidak mempengaruhi
isipadu cecair.
2. Simbol Dua unit piawai yang digunapakai :
Liter (l) dan mililiter (ml)
3.
Perbandingan Penggunaan istilah seperti lebih sedikit, lebih banyak dan sama
banyak untuk membuat perbandingan awal dan juga untuk
soalan penyelesaian masalah.
4.
Unit piawai dan
perkaitannya
1 liter = 1000 ml atau 1000 mililiter = 1 l
Liter (l) ke mililiter (ml) ....bahagi 1000
Mililiter (ml) ke liter (l) ... darab 1000
5.
Kaedah dan tatacara
menyukat
Pengiraan bermula dari sifar (kosong)
Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Unit ini menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai unit piawaian bagi unit isi padu
cecair iaitu liter dan mililiter. Topik ini juga menerangkan tentang perkaitan antara liter dan
mililiter. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang padat disediakan dalam unit ini, guru dapat
meluaskan lagi contoh dan penerangan kepada murid-muridnya untuk memahami dengan
lebih baik lagi tentang topik isi padu cecair ini.
Guru berupaya untuk membimbing murid dalam mendapatkan isi padu sesuatu cecair dan
membandingkan serta membuat anggaran dengan menggunakan istilah seperti ’lebih
sedikit’, ’lebih banyak’, dan ’sama banyak’. Murid juga berupaya untk memahami perkaitan
di antara unit isi padu cecair.
Guru matematik perlu menerangkan bahawa terdapat pelbagai benda yang sesuai untuk
mengukur unit isipadu cecair seperti tin, mangkuk, baldi cawan dan gelas. Guru juga
menerangkan konsep sukatan isipadu cecair kepada murid dengan menyatakan bahawa
sukatan tidak akan berubah walaupun bekas yang digunakan adalah berlainan saiz. Pada
fasa permulaan guru harus mengajar murid dengan konsep kosong, separuh penuh dan
penuh, lebih sedikit, kurang sedikit dan sama banyak dengan penggunaan bahan maujud.