Aswj Dan Kssr

37
Epistemologi Akidah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah : Kajian Pelaksanaan Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Abstrak Epistemologi merupakan pendahuluan awalan yang terdapat dalam kitab akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), sebelum membahaskan perkara-perkara dasar yang penting. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam juga terdapat bab yang membincangkan berkenaan akidah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada bertepatan ataupun tidak sistem KSSR Pendidikan Islam khususnya bab akidah dengan epistemologi akidah ASWJ. Seterusnya, perbincangan kepada konsep mabādi’ ‘asharah, metodologi dan hakikat ilmu yang digunakan dalam epistemologi diberi tumpuan. Metodologi kajian teks digunakan untuk mendapatkan sumber dan data yang diperlukan. Berdasarkan perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa epistemologi akidah ASWJ bertepatan dan diterapkan dalam pelaksanaanya terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam bab Akidah Tahun 1 Hingga 5. 1

description

Epistemologi ASWJ

Transcript of Aswj Dan Kssr

Epistemologi Akidah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah : Kajian Pelaksanaan Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Abstrak

Epistemologi merupakan pendahuluan awalan yang terdapat dalam kitab akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), sebelum membahaskan perkara-perkara dasar yang penting. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam juga terdapat bab yang membincangkan berkenaan akidah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada bertepatan ataupun tidak sistem KSSR Pendidikan Islam khususnya bab akidah dengan epistemologi akidah ASWJ. Seterusnya, perbincangan kepada konsep mabdi asharah, metodologi dan hakikat ilmu yang digunakan dalam epistemologi diberi tumpuan. Metodologi kajian teks digunakan untuk mendapatkan sumber dan data yang diperlukan. Berdasarkan perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa epistemologi akidah ASWJ bertepatan dan diterapkan dalam pelaksanaanya terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam bab Akidah Tahun 1 Hingga 5. Kata Kunci : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), mabdi asharah, Ahli Sunnah Wal jamaah.AbstractEspitemology is a preliminary in aqidah scripture for Ahl al-Sunnah wal Jamaah (ASWJ). In Islamic studies of Primary School Standard Curriculum (KSSR), there is also a chapter related to aqidah. This research is done to analyze whether KSSR especially the aqidah chapter adopt the aqidah espitemology of ASWJ. This reasearh also discuss the concept of mabdi asharah, metodology and knowledge in epistemology. The research methodology that we carried was archival research from old books to get the important sources and data that we required. Based on this research, we conclude that aqidah espitemology of ASWJ is applied and aligned in Islamic Studies of Curriculum Standards and Assessment Document (DSKP) KSSR in aqidah chapter for primary 1 to 5. Keywords: Primary School Standard Curriculum (KSSR), Curriculum Standards and Assessment Document (DSKP), mabdi asharah, Ahl al-Sunnah wal Jamaah (ASWJ).

PENDAHULUANPerbincangan mengenai epistemologi merupakan salah satu dari cabang ilmu falsafah yang penting untuk sesuatu bidang ilmu yang hendak dikaji. Justeru epistemologi akidah penting sebagai pegangan yang diyakini oleh seseorang individu untuk kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat.DEFINISI EPISTEMOLOGI DAN AKIDAH

Perkataan epistemologi berasal dari Greek iaitu episteme membawa maksud pengetahuan manakala logos ialah penerangan atau teori. Ianya pembelajaran yang bersifat pengetahuan dan pembuktian terutama untuk pembelajaran tentang ciri-ciri takrifan, punca atau syarat yang teguh dan batasan keilmuan dan pembuktian. Manakala definisi akidah terdapat dua maksud yang pertama ialah perkara yang dimaksudkan dengan pegangan bukan amalan seperti pegangan seseorang tentang kewujudan Allah SWT. Definisi kedua ialah hukum yang mana tidak menerima syak disisi seseorang.

SEJARAH KSSRTransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan KSSR berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Natijahnya, pada tahun 2011 pelaksanaan KSSR berkuatkuasa sepenuhnya kepada semua murid tahun 1 sekolah rendah seluruh Malaysia.

EPISTEMOLOGI AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ilmu akidah merupakan pegangan paling penting dalam diri seorang Islam. Ianya lebih masyur di kalangan masyarakat dengan panggilan ilmu tauhid. Teori pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah menurut prinsip kerangka sepuluh (mabdi asyarah) merangkumi aspek takrif, nama, tempat perbahasan, faedah, nisbah, penyusun, sumber, hukum, kelebihan dan masalah. Setiap ilmu syarak perlu diketahui asas kerangka sepuluh ini, jika tidak sempurna syarat tersebut maka ilmu tersebut adalah sia-sia. Takrif tauhid pada bahasa ialah satu ilmu bahawasanya sesuatu itu adalah satu. Manakala makna dari sudut istilah ialah ilmu yang membahaskan padanya tentang keyakinan simpulan agama dengan dalil yang diyakini. Nama lain bagi ilmu tauhid adalah ilmu kalam, fiqh al-Akbar dan ilmu usluddin. Tempat perbahasannya ialah yang pertama ialah tentang zat Allah dari segi sifat yang wajib bagiNya, sifat mustahil atasNya dan sifat harus padaNya. Kedua tentang zat rasul-rasul dari segi sifat wajib baginya, sifat yang mustahil atasnya dan sifat harus padanya. Ketiga pada segala kejadian dari segi jirim-jirim, arad-arad dan dalil keatas kewujudan yang menjadikannya. Keempat perkara-perkara samiyat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Faedahnya ialah berjaya mendapat kejayaan yang berkekalan di dunia dan akhirat kerana dengan beriman dengan hukum syariah yang telah ditetapkan. Selain itu dapat mengenal segala sifat Allah dan rasulNya dengan dalil yang mutawtir. Nisbah ilmu ini dengan ilmu-ilmu yang lain ialah paling utama tanpa pertikaian kerana berkaitan dengan zat Allah SWT dan rasul-rasulNya. Penyusun ilmu ini ialah Ab Hassan al-Ashari serta pengikut-pengikutnya dan Ab Mansur al-Mturd serta pengikut-pengikutnya. Sumbernya daripada dalil naqli dan aqli. Hukum mempelajarinya adalah fardhu ain kepada setiap mukallaf walaupun dengan dalil yang ringkas. Manakala dalil secara terperinci adalah fardhu kifayah kepada masyarakat. Kelebihannya ialah semulia-mulia ilmu berbanding dengan ilmu-ilmu lain kerana membincangkan tentang zat Allah dan rasulnya. Mulianya ilmu akidah kerana perkara dasar perbincangannya adalah mempunyai kemuliaan yang tiada tara bandingnya. Masalah perbincangan adalah berkaitan ketuhanan termasuk sifat wajib, mustahil dan harus. Begitu juga perbincangan rasul-rasul tentang sifat wajib, mustahil dan harus. Perkara-perkara ghaib atau samiyat tentang syurga, neraka, hari kebangkitan, timbanagan dan lain-lain lagi. Sehubungan itu setiap ilmu yang dipelajari atau dikaji perlu mempunyai autoriti keilmuan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah disebutkan tadi.

Berdasarkan kenyataan di atas, ilmu merupakan wasilah yang sangat penting dalam mencari kebenaran sesuatu hakikat. Hakikat sesuatu adalah sabit, dan ilmu dengan hakikat adalah boleh dicapai atau didapati bersalahan dengan pendapat golongan sofis. Dan sebab sebab memperolehi ilmu terdapat tiga cara yang penting iaitu pancaindera yang sejahtera, khabar yang benar dan akal. Golongan sofis merupakan golongan yang tidak menerima hakikat sesuatu . Mereka mendakwa bahawa hakikat sesuatu adalah khayalan dan rekaan semata-mata sedangkan mereka adalah golongan yang keras kepala. Makna pengetahuan mendapat akan sesuatu berbetulan dengan hakikatnya. Cara penulisan al-Ghazali tentang bab ilmu dalam Ihya` Ulumiddn ialah dengan mendatangkan dalil al-Quran, hadith, al-Athr dan dalil aqli. Kemudian beliau membahagikan ilmu kepada shariyah dan ghairu shariyah. Ghairu shariyah pula terbahagi kepada tiga bahagian mahmd, mazmm dan mubh. Kemudian daripada bahagian mahmd dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fardhu kifayah dan falah. Metologi yang digunakan oleh Imam al-Ghazali dalam perbahasan ilmu amat teliti dan rapi untuk menspesifikasikan pembahagian ilmu. Hakikat makrifat iaitu tiga perkara dalam kitab Hidyatu al-Sibyn F Makrifat al-Islam Wal al-Imn,

Maksud umum : Iktikad yang tetap yakni tiada berubah dan tiada syak yang muafakat bagi yang sebenarnya, ertinya bagi diri pekerjaan yang ia iktikad akan dia lagi daripada dalil. Maka barangsiapa tiada jazam pada iktikadnya maka dinama akan dia jahil bas. Dan jika ia padanya dan muafakat ia bagi diri pekerjaannya dinama akan dia jahil murakab. Dan jika jazam ia padanya dan muafakat ia baginya tetapi tiada ia daripada dalil di nama akan dia taqlid. Telah bermuafakat jumhur ulamak ahli sunnah wal jamaah tentang tentang asas dari rukun-rukun agama serta wajib setiap yang qil dan baligh mengetahui hakikatnya. Terdapat lima belas rukun yang telah disepakati, yang pertama mengisbatkan hakikat dan ilmu mengikut khas dan umum. Yang kedua mengetahui baharu alam pada pembahagiannya daripada arodnya dan jisimnya. Yang ketiga mengetahui pencipta alam dan zatnya. Yang keempat mengetahui sifatNya yang bangsa `azaliah. Yang kelima mengetahui nama-nama dan sifat-sifatNya. Yang keenam mengetahui keadilanNya dan hikmahnya. Yang ketujuh mengetahui rasul-rasuk dan nabi-nabi. Yang kelapan mengetahui mukjizat nabi-nabi dan karamah wali-wali. Yang kesembilan mengetahui perkara yang diijmakkan ummah dari rukun-rukun syariat islam. Yang kesepuluh mengetahui hukum suruhan, larangan dan taklif. Yang kesebelas mengetahui kematian hamba dan hukuman di hari kiamat. Yang kedua belas Khilafah dan Imamah. Yang ketiga belas hukum islam dan iman. Yang keempat belas mengetahui hukum wali-wali dan martabat imam yang bertakwa. Yang kelima belas mengetahui hukum musuh-musuh dari golongan kafir dan ahli nafsu. Penulis akan menghuraikan hanya pada perkara yang pertama sahaja. Telah ijmak ulama ke atas ithbat ilmu. Terkeluar daripada makna di atas iaitu sesat orang-orang yang menafikan ilmu dan sekalian arad, golongan sofis yang menafikan yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu pada semuanya. Mereka merupakan golongan yang degil dan keras kepala bagi perkara yang telah diketahui dengan ilm biorroh. Satu golongan lagi yang mengatakan hakikat sesuatu adalah pengikut bagi pegangan. Ketiga-tiga golongan merupakan golongan yang kufur kerana perkara yang diketahui dengan biorroh tidak memerlukan aras yang tinggi dalam membuat sesuatu keputusan. Berkata ulama ahli sunnah wal jamaah ilmu manusia dan haiwan terdapat tiga bahagian ilm badh, ilm hiss dan ilm istidll. Penggunaan pancaindera yang lima penting dalam mengetahui sesuatu hakikat tanpa perlu kepada berfikiran secara mendalam dalam ilm badh dan ilm hiss. Manakala daripada sudut khobar terbahagi kepada tiga, khobar al-mutawatir, khobar al-had dan al-Mustaf. Khobar al-mutawatir wajib diterima nasnya, manakala khobar al-had apabila sah matannya serta tidak mustahil pada akal adalah wajib beramal sahaja dan tidak boleh digunakan untuk perdebatan ilmu. Al-Mustaf pula ialah pertengahan di antara al-tawtur dan al-had. Sesungguhnya ia berkongsi al-tawtir pada penerimaan ilmu dan amal. Justeru hakikat ilmu dan metologi yang digunakan amat penting untuk dipelajari dan difahami secara pendekatan yang betul bertepatan dalil wahyu dan akal yang waras untuk memperolehi manfaat yang abadi.KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAHKurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan kemahiran asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid Islam.

Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi melahirkan generasi yang mampu mendepani cabaran abad 21. Penilaian dan pentaksiran yang bersifat holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.

Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah diharapkan mampu membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa. Ia juga berupaya membentuk modal insan yang bercita-cita tinggi, berdaya tahan, bersemangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri untuk menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

STANDARD KANDUNGAN BERKAITAN BAB AKIDAH KSSR TAHUN 1 HINGGA 5KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan didefinisikan sebagai penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Di antara objektif murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui KSSR Pendidikan Islam khusunya dalam bab akidah ialah berkebolehan memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama. Maka kajian ini akan menelusuri setiap modul akidah KSSR tahun 1 hingga 5 bagi membandingkannya dengan epistemologi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pertamanya dalam standard kandungan akidah Tahun 1 menunjukkan perkara berkaitan rukun iman. Penerangan berfokus kepada pengertian rukun iman, menyatakan rukun iman, menyebut kesan beriman kepada rukun iman dan menyebut akibat tidak mempercayai rukun iman. Seterusnya standard kandungan yang kedua adalah berkaitan beriman kepada Allah yang membincangkan pengertian beriman kepada Allah dan menyebut dalil naqli dan aqli tentang kewujudan dan kebesaran Allah. Selepas itu dalam standard kandungan yang ketiga membincangkan perkara berkaitan rukun Islam. Penerangan difokuskan kepada pengertian rukun Islam, menyatakan rukun Islam, menyatakan kesan beramal dengan rukun Islam dan menyatakan akibat tidak beramal dengan rukun Islam. Akhirnya dalam standard kandungan Tahun 1, murid didedahkan dengan kalimah syahadah seperti melafazkan kalimah syahadah dengan betul, menghafaz kalimah syahadah dengan betul dan menyatakan pengertian kalimah syahadah.

Seterusnya dalam standard kandungan Tahun 2 membincangkan perkara berkaitan konsep beriman kepada malaikat sebagai topik pertama. Hal-hal yang dibincangkan ialah pengertian malaikat, hukum mempercayai wujudnya malaikat, menyebut sepuluh nama-nama malaikat yang wajib diketahui, menyatakan tugas-tugas sepuluh malaikat yang wajib diketahui, menyatakan dalil naqli dan aqli akan kewujudan malaikat, menyatakan perbezaan antara sifat malaikat dengan sifat manusia dan menerangkan kesan beriman kepada malaikat. Selain itu dalam standard kandungan yang kedua menerangkan pengertian rasul, menyatakan pengertian nabi, menyatakan hukum mempercayai perutusan rasul, menyebut 25 orang rasul yang wajib diketahui, menyatakan tugas-tugas rasul, menyebut sifat-sifat rasul dan menerangkan kesan beriman kepada rasul. Seterusnya dalam standard kandungan yang ketiga membincangkan sifat-sifat Allah iaitu Allah bersifat wujud. Hal-hal yang dibincangkan adalah pengertian Allah yang bersifat wujud, menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat wujud, membaca dan menerangkan dalil naqli Allah bersifat wujud, menerangkan bukti-bukti kewujudan Allah dan menerangkan kesan mempercayai kewujudan Allah. Seterusnya dalam standard kandungan yang keempat menerangkan sifat Allah iaitu qidam. Perbincangan menjurus kepada pengertian Allah bersifat qidam, hukum mempercayai Allah bersifat qidam, membaca dan menerangkan dalil naqli Allah bersifat qidam, menerangkan dalil aqli Allah bersifat qidam dan menerangkan kesan-kesan beriman Allah bersifat qidam. Seterusnya dalam standard kandungan yang kelima pula membincangkan nama-nama Allah iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim. Penerangan lebih tertumpu kepada pengertian nama Allah ar-Rahman dan ar-Rahim, membaca dan menerangkan dalil naqli tentang nama Allah ar-Rahman dan ar-Rahim, menyatakan tanda-tanda sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah terhadap hambanya dan menyatakan bagaimana membentuk diri untuk menjadi seorang yang pemurah. Selain itu dalam standard kandungan keenam menerangkan nama-nama Allah iaitu al-Afwu dan al-Ghafur dari aspek pengertian al-Afwu dan al-Ghafur, membaca dan memahami dalil naqli tentang nama Allah al-Afwu dan al-Ghafur, menyatakan cara memohon keampunan kepada Allah dan menyatakan kesan beriman dengan sifat al-Afwu dan al-Ghafur. Akhirnya dalam standard kandungan yang ketujuh membincangkan nama-nama Allah iaitu al-Karim. Penerangan berkaitan pengertian al-Karim, membaca dan menerangkan dalil naqli tentang nama Allah al-Karim, menyatakan bagaimana cara-cara memuliakan Allah dan menyatakan kesan beriman Allah bersifat al-Karim.

Selain itu dalam standard kandungan Tahun 3 membincangkan perkara berkaitan konsep beriman kepada kitab Allah. Pembelajaran murid difokuskan kepada pengertian kitab Allah, menyatakan maksud beriman kepada kitab Allah, menyatakan hukum beriman kepada kitab Allah, membaca dalil naqli beriman kepada kitab Allah dan menyatakan pengertiannya, menyatakan nama-nama kitab yang wajib diketahui dan rasul yang menerimanya, menyatakan sebab manusia memerlukan kitab-kitab Allah dan menyatakan kelebihan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab Allah yang lain. Seterusnya dalam standard kandungan yang kedua menerangkan konsep beriman kepada hari akhirat. Penerangan lebih tertumpu kepada pengertian hari akhirat, menyatakan maksud beriman kepada hari akhirat, menyatakan hukum beriman kepada hari akhirat, membaca dalil naqli beriman kepada hari akhirat dan menyatakan pengertiannya, menyatakan beberapa nama lain hari akhirat dan menyatakan hikmah berlakunya hari akhirat. Selain itu dalam standard kandungan ketiga membincangkan sifat-sifat Allah iaitu Allah bersifat baqa. Perbincangan mengenai pengertian Allah bersifat baqa, menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat baqa, membaca dalil naqli Allah bersifat baqa dan menyatakan pengertiannya dan menyenaraikan faedah beriman dan akibat tidak beriman dengan Allah bersifat baqa. Selain itu dalam standard kandungan keempat menerangkan Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith. Fokus perbincangan lebih kepada pengertian Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith, menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith, membaca dalil naqli Allah bersifat mukhalafatahu lil hawadith dan menyatakan pengertiannya dan menyenaraikan faedah beriman dan akibat tidak beriman dengan bersifat mukhalafatahu lil hawadithi. Seterusnya dalam standard kandungan yang kelima membincangkan perkara berkaitan sifat Allah iaitu qiamuhu binafsih. Murid akan didedahkan dengan pengertian Allah bersifat qiamuhu binafsih, menyatakan hukum mempercayai Allah bersifat qiamuhu binafsih, membaca dalil naqli Allah bersifat qiamuhu binafsih dan menyatakan pengertiannya dan menyenaraikan faedah beriman dan akibat tidak beriman dengan Allah bersifat qiamuhu binafsih. Dalam standard kandungan yang keenam pula penerangan difokuskan kepada pengertian al-Adlu, menyatakan hukum mempercayai al-Adlu, membaca dalil naqli beriman dengan al-Adlu dan menyatakan pengertiannya, menyenaraikan ciri-ciri keadilan Allah dan menyatakan kepentingan berlaku adil. Akhirnya dalam standard kandungan yang ketujuh nama-nama Allah iaitu as-Syukur diberi penekanan. Perbincangan tertumpu kepada pengertian as-Syukur, menyatakan hukum mempercayai as-Syukur, membaca dalil naqli beriman dengan as-Syukur dan menyatakan pengertiannya, menyatakan cara bersyukur kepada Allah dan menyenaraikan kelebihan orang yang bersyukur dan akibat orang yang tidak bersyukur.

Seterusnya dalam standard kandungan Tahun 4 membincangkan perkara berkaitan konsep asas beriman kepada qada dan qadar. Penerangan lebih kepada pengertian qada dan qadar, menjelaskan maksud beriman kepada qada dan qadar, menerangkan dalil naqli dan maksudnya, menghubungkaitkan kesan beriman kepada qada dan qadar dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak beriman kepada qada dan qadar dan meredhai ketentuan Allah dan sabar menghadapi dugaannya. Selain itu dalam standard kandungan yang kedua pula menerangkan sifat-sifat Allah iaitu wahdaniah. Perbincangan berfokus kepada pengertian wahdaniah, menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat wahdaniah, menerangkan dalil naqli dan akli Allah bersifat wahdaniah, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat wahdaniah dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat wahdaniah dan menjauhi perkara-perkara syirik. Seterusnya dalam standard kandungan ketiga menerangkan sifat-sifat Allah iaitu qudrat. Penerangan berkisar berkenaan pengertian qudrat, menjelaskan maksud meyakini Allah bersifat qudrat, menerangkan dalil naqli danakli Allah bersifat qudrat, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat qudrat dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat qudrat dan membuktikan keyakinan diri terhadap Allah bersifat qudrat dengan menghindari sifat takabbur. Selain itu dalam standard kandungan keempat membincangkan perkara berkenaan nama-nama Allah iaitu as-Salam. Pembelajaran murid lebih kepada pengertian as-Salam, menerangkan maksud meyakini nama Allah as-Salam, menerangkan dalil naqli danakli nama Allah as-Salam, menghubungkaitkan kesan meyakini nama Allah as-Salam dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini nama Allah as-Salam dan membuktikan keyakinan diri terhadap nama as-Salam melalui ciptaan Allah. Standard kandungan yang kelima pula membincangkan nama-nama Allah iaitu al-Hadi. Fokus perbincangan adalah pengertian al-Hadi, menerangkan maksud meyakini nama Allah al-Hadi, menerangkan dalil naqli dan maksudnya, menjelaskan usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidayah Allah, menganalisis kelebihan orang yang mendapat hidayah Allah, menganalisis akibat orang yang tidak mendapat hidayah Allah dan membuktikan keyakinan diri terhadap nama Allah al-Hadi melalui amalan berdoa. Seterusnya dalam standard kandungan yang keenam menjelaskan konsep samiyyat iaitu pahala dan dosa. Perkara yang diberi penerangan adalah seperti pengertian pahala dan dosa, menerangkan syarat-syarat untuk mendapatkan pahala, menghuraikan cara menjauhi daripada melakukan dosa, menganalisis faedah orang yang mengambil berat tentang pahala dan dosa serta bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Selain itu dalam standard kandungan Tahun 5 pula menerangkan konsep asas Allah bersifat iradah. Penerangan berkisar berkaitan maksud meyakini Allah bersifat iradah, menjelaskan dalil naqli dan aqli Allah bersifat iradah, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat iradah dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat iradah dan membuktikan keyakinan diri terhadap Allah bersifat iradah dengan sentiasa meredhai ketentuannya. Seterusnya dalam standard kandungan kedua menjelaskan Allah bersifat alim. Penerangan berfokus kepada maksud meyakini Allah bersifat alim, menjelaskan dalil naqli dan akli Allah bersifat alim, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat alim dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat alim dan membuktikan keyakini diri terhadap Allah bersifat alim dengan sentiasa menjaga tingkah laku. Dalam standard kandungan ketiga membincangkan sifat-sifat Allah iaitu hayat. Perbincangan lebih kepada meyakini Allah bersifat hayat, menjelaskan dalil naqli dan aqli Allah bersifat hayat, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah bersifat hayat dalam kehidupan harian, menganalisis akibat tidak meyakini Allah bersifat hayat dan membuktikan keyakinan diri terhadap Allah bersifat hayat dengan berusaha menjalani kehidupan yang diredhai Allah. Seterusnya dalam standard kandungan yang keempat pula menerangkan nama-nama Allah iaitu as-Sabur. Penerangan berkaitan pengertian as-Sabur, menyatakan dalil naqli dan maksudnya, menganalisis kesan meyakini nama Allah as-Sabur boleh mempengaruhi tindakan manusia, menganalisis kelebihan orang yang sabar, merumuskan maksud meyakini nama Allah as-Sabur dan membuktikan keyakinan diri tentang nama Allah as-Sabur dengan bersegera melakukan perkara kebaikan. Selain itu dalam standard kandungan yang kelima membincangkan nama-nama Allah iaitu al-Muntaqim. Perbincangan mengenai pengertian al-Muntaqim, menyatakan dalil naqli dan maksudnya, menganalisis kesan meyakini nama Allah al-Muntaqim boleh mempengaruhi tindakan manusia, menganalisis kelebihan orang yang bertaubat, merumuskan maksud meyakini nama Allah al-Muntaqim dan membuktikan keyakinan diri tentang nama Allah al-Muntaqim dengan bersegera bertaubat. Akhirnya dalam standard kandungan yang keenam pula menerangkan konsep asas dosa kecil dan dosa besar. Murid didedahkan kepada pengertian dosa kecil dan dosa besar, menyatakan dalil naqli dan maksudnya, menjelaskan contoh-contoh dan balasannya berdasarkan sumber hukum syarak, menghuraikan cara menjauhi dosa kecil dan dosa besar, menganalisis faedah orang yang menjauhi dosa kecil dan dosa besar serta memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat.

Dapatlah disimpulkan bahawa dalam setiap modul akidah KSSR memberi penekanan kepada kemahiran memahami dan menghayati konsep akidah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tetapi persoalannya di sini adakah ia bertepatan dengan prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah?ANALISIS DOKUMEN BERKENAAN EPISTEMOLOGI AKIDAH DAN KSSR

Berdasarkan epistemologi pegangan akidah ASWJ dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Islam tumpuan khusus kepada bidang Akidah Tahun 1 hingga Tahun 5 dapat dikeluarkan satu analisis bahawa epistemologi yang digunakan bertepatan dengan pegangan akidah ASWJ aliran Imam al-Ashr. Kandungan perbahasan dan metologi yang dibawa mirip kepada perbahasan dalam Matn Ummu al-Barhin, Matn Jauharah al-Tauhid dan Matn al-Nasafiah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid serta cabaran zaman mendatang. Intipati DSKP KSSR Pendidikan Islam bidang Akidah Tahun Satu hingga Tahun Lima berkisar tentang Rukun Islam, Rukun Iman, Sifat dua puluh, Asma` Allah SWT, Nubuwah dan samiyt.

Pada Tahun 1 murid didedahkan dengan rukun islam dan rukun iman keseluruhannya secara ringkas. Penumpuan secara khusus dan terperinci bab Rukun Islam hanya kepada tajuk mengucap dua kalimah syahadah. Manakala Rukun Iman pada tajuk Beriman kepada Allah SWT dibincangkan secara mendalam. Antara kerangka sepuluh yang diterapkan ialah pengertian, penggunaan dalil naqli dan aqli, hikmah, akibat baik dan buruk. Kaedah perbahasan agak santai bersesuaian dengan tahap perkembangan jasmani dan rohani murid. Penerapan berdasarkan dalil naqli dan aqli pada murid Tahun 1 adalah satu pendedahan yang boleh dipuji kerana memberi nilai tambah kepada ilmu yang dipelajari. Kesimpulan pada Tahun 1 pembelajaran berpusatkan kepada asas mengenal Allah secara al-Ilm bi oruri serta al-Ilm bi al-Nar yang ringan.Pada Tahun 2 terdapat dua Rukun Iman yang dipelajari secara terperinci tentang tajuk Beriman kepada Malaikat dan Rasul. Dua sifat-sifat Allah SWT tentang Wujud dan Qidam. Lima nama-nama Allah SWT iaitu al-Rahmn, al-Rahm, al-Afwn, al-Ghofr dan al-Karm. Antara kerangka sepuluh yang digunakan ialah pengertian, dalil naqli dan aqli, kelebihan dan keburukan dan kesan. Perbahasan ilmu akidah pada Tahun 2 adalah lebih mendalam dan lebih berat berbanding dengan tahun satu kerana pada tajuk Beriman kepada Malaikat dan Rasul murid-murid perlu kepada teknik hafazan termasuk dalam teknik al-Ilm bi Nar yang memerlukan proses yang agak panjang. Selain itu, pendekatan sejarah turut digunakan untuk menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk tersebut. Metodologi komporatif digunakan untuk menyatakan kelebihan dan keburukan dalam pembelajaran tentang tajuk berkaitan. DSKP Tahun 2 merupakan permulaan pendedahan kepada sifat dua puluh yang wajib bagi Allah SWT.Pada Tahun 3 DSKP meletakkan dua lagi Rukun Iman , Beriman kepada Kitab dan Hari Kiamat. Tiga sifat-sifat Allah SWT berkenaan Baqo`, Mukhlafatuhu li al-Hawadth dan Qiyamuhu bi Nafsihi. Dua nama-nama Allah SWT iaitu al-Adl dan al-Shukr. Perbahasan DSKP membahaskan tentang pengertian, tempat perbahasan, hukum, faedah, kelebihan dan keburukan serta nama. Nama-nama lain bagi kitab dan hari kiamat merupakan elemen baru yang ditambah dalam Standard Kandungan. Metodologi-metodologi pada Tahun 1 dan 2 masih dikekalkan pada Tahun 3 namun terdapat beberapa penambahbaikan contoh nama lain bagi kitab dan dalil aqal yang lebih kritis.Pada Tahun 4, Rukun Iman disudahi dengan tajuk Beriman kepada Qada` dan Qadar. Selepas itu, sifat dua puluh sebanyak dua tajuk iaitu Wahdaniah dan Qudrah. Manakala nama-nama Allah SWT pula al-Salm dan al-Hdi. Perkara Samiyat dimasukkan satu tajuk tentang Pahala dan Dosa. Pada Tahun 4 Rukun Iman telah dikhatamkan secara terperinci. Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Tentang kerangka sepuluh masih sama seperti Tahun 3 tetapi ditambah baik dengan analisis setiap perkara yang dibincangkan. Analisis merupakan antara proses berfikiran aras tinggi bersesuaian dengan metodologi ilmu akidah. Ianya memerlukan pemerhatian, penelitian dan membuat keputusan yang bertepatan dengan dalil naqli dan aqli. Pada Tahun 4 murid-murid diterapkan sebagai pemikir secara naori yang sederhana. Di samping itu, perkara samiyat dimasukkan sebagai standart kandungan. Ianya merupakan satu tajuk yang baru kepada murid secara teorinya tetapi penerapan pahala dan dosa telah bermula semenjak dari kecil lagi.Pada Tahun 5 murid mempelajari tiga sifat-sifat Allah SWT tentang Iradah, Ilm dan Hayh. Dua Nama-Nama Allah SWT juga dimasukkan dalam DSKP pada Tahun 5 berkenaan tajuk al-obr dan al-Muntaqm. Selain itu, satu tajuk berkaitan samiyat dimasukkan iaitu Asas Dosa Kecil dan Besar. Tajuk ini ada kesinambungan dengan tajuk pada Tahun 4 untuk skop yang lebih khusus perbahasan tentang dosa-dosa. Kerangka sepuluh masih sama dengan Tahun 4 tetapi beberapa nilai tambah telah dimurnikan. Contohnya amalan istighfar diterapkan untuk amalan harian dan intipati-intipati penting dalam pembelajaran juga digabung jalinkan untuk praktikal dalam kehidupan harian. Pada Tahun 5 setiap analisis isu diterapkan dan ditambah baik pada kaedah analisis fakta yang wajib dipegang sebagai individu muslim. Ditambah lagi dengan konsep berkeyakinan terhadap diri sendiri dalam menjelaskan sesuatu isu.Secara keseluruhannya pembelajaran akidah Tahun 1 terdapat empat tajuk, Tahun 2 terdapat sembilan tajuk, Tahun 3 terdapat tujuh tajuk, Tahun 4 terdapat enam tajuk dan Tahun 5 terdapat enam tajuk. Jumlah untuk lima tahun ialah tiga puluh dua tajuk yang diajarkan. Pecahan dalam DSKP akidah berkaitan Rukun Islam secara terperinci dari Tahun 1 hingga 5 ialah 1/5, walaubagaimanapun tajuk Solat dan Puasa termasuk dalam DSKP ibadah. Hasil yang diperolehi ialah 3/5. Tajuk Zakat dan Haji tiada dalam DSKP KSSR. Manakala Rukun Iman mencapai tahap kesempurnaan dengan pecahan 5/5. Sifat-sifat Allah SWT iaitu sifat wajib, mustahil dan harus sebanyak 10/ 41 sifat. Hanya sifat wajib sahaja yang terdapat dalam DSKP KSSR. Nama-Nama Allah SWT 10/99 nama. Terdapat sembilan sifat Jamal dan satu sifat Jalal Allah SWT. Pendekatan sifat Jamal merupakan pendekatan bil al-hikmah wal al-mauiotil al-hasanah. Pendekatan yang lembah lembut sesuai dengan jiwa murid yang masih suci dan bersih. Di samping itu pendekatan tegas digunakan juga untuk murid-murid menjiwai rasa takut untuk berbuat maksiat kepada Allah SWT. Hanya dua tajuk perkara sam`iyat terdapat dalam DSKP. Manakala Nubuwah diajar dengan mengetahui nama-nama dua puluh lima rasul, sifat wajib, mustahil dan harus. Dengan pecahan nama rasul-rasul 25/25 serta sifat wajib, mustahil dan harus 9/9. Peruntukan waktu untuk subjek akidah tiga puluh minit seminggu. Setahun terdapat empat puluh dua minggu untuk sesi persekolahan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan antaranya penggunaan kaedah induktif, deduktif, komparatif, sejarah, sosiologi dan kerangka sepuluh (mabd`i ` asharah). Perkembangan pembelajaran Tahun 1 hingga Tahun 5 meningkat secara beransur-ansur dan diberi nilai tambah sesuai dengan perkembangan kognitif, jasamani dan rohani murid.Kaedah epistemologi yang digunakan ialah pengertian, tempat perbahasan, hukum syarak, sumber hukum, faedah, masalah yang berkaitan, faedah, kesan, kebaikan, keburukan, teori, metodologi, menggunakkan dalil naqli dan aqli, penggunaan pancaiendera yang lima samada secara bi orurah dan bi naor, analisis isu-isu semasa bersuaian dengan tajuk dan kayakinan kendiri dalam melakukan setiap pekerjaan. Epistemologi yang digunakan bersesuaian dengan aliran akidah ahli sunnah wal jamaah yang dianuti oleh majoriti umat islam di Malaysia.CADANGANBerdasarkan dapatan kajian, penulis ingin menyarankan beberapa cadangan dan pandangan demi kebaikan pembelajaran akidah murid-murid di sekolah rendah khususnya dalam penambahbaikan DSKP KSSR akidah. Penulis ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum supaya dapat menambahkan lagi tajuk perkara-perkara samiyat kepada beberapa tajuk lagi untuk mendepani cabaran semasa dalam akidah yang amat mencabar. Yang kedua penulis berharap pihak KPM akan meletakkan kerangka sepuluh (mabdi asharah) akidah sebelum memasuki pembelajaran akidah yang bersesuaian dengan tahap murid sekolah rendah sebagai pengenalan sebelum mempelajari bab akidah. Kerangka sepuluh (mabdi asharah) digunakan dalam setiap tajuk akidah tetapi tiada dalam pengenalan akidah. Yang ketiga sifat-sifat mustahil bagi Allah SWT perlu dimasukkan dalam DSKP KSSR akidah bagi tujuan murid-murid mengetahui sifat lawan bagi sifat wajib bagi Allah SWT. Semoga dengan pendekatan dan penambaikan ini, pihak kerajaan dapat meningkatkan keyakinan pegangan akidah yang bertepatan dengan syarak di kalangan rakyat Malaysia secara amnya dan murid-murid sekolah secara khususnya kerana mereka generasi pelapis untuk negara.KESIMPULAN

Sebagai Kesimpulannya, epistemologi akidah ASWJ penting untuk menghasilkan individu yang seimbang dari sudut kerohanian, jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang berjaya di dunia dan akhirat. Atas dasar ini akidah yang bertepatan dengan syarak dan akal perlu diterapkan dalam membangunkan potensi individu, keluarga, masyarakat dan negara.BIBLOGRAFIBUKU

Al-Ayid, Ahmad. et al.al-Mukjam al-Arab al-Ass.t.tp:Lidurs,t.t.

Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf.Risalahtu al-Tauhd.Fan : Halb,t.t.

Abdul Hamid @ Yusof bin Yunus. Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah.Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006.

Al-Banjari, Ab Abdullah Husn Nir bin Muhammad oyib al-Masud. Hidyatu al-Sibyn F Makrifat al-Islam Wal al-Imn. Surabaya : Syarikat Bankul Indah, t.t.Al-Baghdad, Ab Mansr Abd al-Qahr bin hr bin Muhammad . al-Farq baina al-Firq .al-Kaherah : Maktabah Ibn Sn, t.t.

Al-Fan, Zaina al-Abidn bin Muhammad. Akdatu al- Njihn F Ilmi Usuli al-Dn. Fan : Halb,t.t.Al-Ghazali, Ab Hmid Muhammad bin Muhammad. Ihya` Ulumiddin .Beirut : Dr ibn al-Hazm, 2005.Al-Hshim, Muhammad. Al-Aqid al- Durriyah Syrah Matn al-Sansiah. Kaherah : mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H.Al-Maliki, Ahmad bin Muhammad. Al-Swi,Syarah Sowi Ala Jauharah Tauhid. Ed. ke-2.Damsyik Beirut :Dr Ibn Kasr, 1999.Al-Marbawi, Muhammad Idris bin Abd al-Ra`uf. Kamus Idris al-Marbawi. Kuala Lumpur : Dr al-Fikr,1990.Al-Nasafi, Umar bin Muhammad. al-Aqid al-Nasafiah. Dalam al-Mama al-Kmil Lilmutn.Ed1. Muhammad Khlid al-Atr .Beirut : Dr al-Fikr, 2002.Al-Taftzani ,Saad al-Din. Syar al-Aqid al-Nasafiah. Kaherah :Maktabah al-Kulliyt al-Azhariah, 1988.Al-Tirmzi, Muhammad bin Isa bin Srah. Sunan al-Tirmz.Riyadh : Maktabah al-Mrif li al-Nashr Wa al-Tauz,t.t.Robert Audi .The Cambridge Dictionary Of Philosophy.ed. ke-2.Cambridge : Cambridge University Press,1999.Sandra Anderson. Federal-Chambers Junior English Dictionary English-English-Malay. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd., 2011.LAMAN SESAWANGBahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Soalan Lazim KSSR, laman sesawang kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015, http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339%3Afaq-kssr&catid=107%3Apenggunaan-laman-web&Itemid=442&lang=en

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015, http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en

Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).Pendidikan Islam Tahun Empat, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Pendidikan Islam Tahun Lima, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).Pendidikan Islam Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).Pendidikan Islam Tahun Tiga, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Robert Audi, The Cambridge Dictionary Of Philosophy, ed. ke-2 (Cambridge :Cambridge University Press,1999), 306.

Ahmad al-Ayid et al., al-Mukjam al-Arab al-Ass (t.tp:Lidurs,t.t.),854.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015, http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en

Ibid.

Ibid.

Ibid.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010, laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015, http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2010/circularfile_file_000755.pdf

Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Swi,Syarah sowi ala jauharah tauhid, ed. ke-2(Damsyik Beirut :Dr Ibn Kasr, 1999) ,83-85

Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah( Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.

Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf, Risalahtu al-Tauhd (Fan : Halb,t.t),5.

Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah( Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.

Abdul al-Ghan Yahy dan Umar Ysuf, Risalahtu al-Tauhd (Fan : Halb,t.t),5.

Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah( Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.

Zaina al-Abidn bin Muhammad al- Fan, Akdatu al- Njihn F Ilmi Usuli al-Dn (Fan : Halb,t.t),5.

Muhammad al-hshim, al-Aid ad- Durriyah syarah matan al-sanusiah( Kaherah: mustaf al-Bb al-Halab wa aulduh bi misr,1349H), 3.

Umar bin Muhammad al-Nasafi, al-Aqid al-Nasafiah, dalam al-Mama al-Kmil Lilmutn, ed1. Muhammad Khlid al-Atr (Beirut : Dr al-Fikr, 2002), 17.

Saad al-Din al-Taftzani ,Syar al-Aqid al-Nasafiah (Kaherah :Maktabah al-Kulliyt al-Azhariah, 1988),13-14.

Zaina al-Abidn bin Muhammad al- Fan, Akdatu al- Njihn F Ilmi Usuli al-Dn (Fan : Halb,t.t),5.

Perkara-perkara yang diambil faedah daripada nabi-nabi dan mencapai akal kepadanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan dunia seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dan lain-lain.

Contoh ilmu sihir, ilmu azimat dan silap mata.

Ilmu yang diketahui dengan tidak lemah seseorang untuk mengetahuinya.

Ilmuyang mesti ada untuk melakukan urusan dunia seperti perubatan, ilmu harta pusaka, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Jika tiada wakil dari satu tempat mengambil tanggungjawab tersebut nescaya berdosa penduduknya.

Ilmu yang dbahas secara mendalam seperti bahasan yang mendalam tentang ilmu matematik, ilmu perubatan dan lain-lain.

Ab Hmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Ihya` Ulumiddin (Beirut : Dr ibn al-Hazm, 2005),24.

Ab Abdullah Husn Nir bin Muhammad oyib al-Masud al-Banjari, Hidyatu al-Sibyn F Makrifat al-Islam Wal al-Imn ( Surabaya : Syarikat Bankul Indah, t.t),3.

Ilmu yang hasil di fikiran pada permulaan terkejut yang mana tiada syak dan ragu-ragu. Ilmu yang tidak berhasil daripada lihat dan usaha.

Ilmu yang hasil daripada pancaindra yang lima. Mata, hidung, telinga, mulut dan tangan.

Ilmu yang hasil dari renungan fikiran dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Ab Mansr Abd al-Qahr bin hr bin Muhammad al-Baghdad, al-Farq baina al-Firq (al-Kaherah : Maktabah Ibn Sn, t.t),279-280.

Pendidikan Islam Tahun Satu (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 1.

Ibid.

Ibid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Soalan Lazim KSSR, laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai 21 Mac 2015, http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339%3Afaq-kssr&catid=107%3Apenggunaan-laman-web&Itemid=442&lang=en

Pendidikan Islam Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 2.

Pendidikan Islam Tahun Satu, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 12.

Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 10.

Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 11.

Pendidikan Islam Tahun Dua, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011), 12.

Pendidikan Islam Tahun Tiga, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 12-14.

Pendidikan Islam Tahun Empat, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 30-36.

Pendidikan Islam Tahun Lima, (Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), 31-36.

15