ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 13 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI BiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN (PM #21813 v1) 1. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang disediakan untuk warga tua, yang bilangannya telah meningkat, supaya mereka hidup dalam keadaan sihat dan boleh berdikari terutamanya mereka yang berada di luar bandar. (PM #21718 v1) 2. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI PERU MAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian berpuashati tentang kualiti perkhidmatan yang diberi oleh kontraktor di bawah konsep penswastaan kerja mengutip sampah. (PM #21646 v1) 3. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah implikasi dari segi jumlah penumpang, pendapatan dan prestasi MAS hasil daripada keputusan Kerajaan menaikkan tambang penerbangan domestik dan apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula keputusan ini. ( PM #21186 v1) 4. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bilakah undang-undang baru bagi mengawal operasi bengkel membaiki kenderaan digubal bagi melindungi pengguna daripada ditipu dan jelaskan sejauh manakah draf rang undang-undang ini sudah disiapkan oleh Kementerian .

Transcript of ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang...

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 13 MAC 2002 PUKUL 10.00 PAGI

BiI. 3 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LlSAN

(PM #21813 v1) 1. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah) minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang disediakan untuk warga tua, yang bilangannya telah meningkat, supaya mereka hidup dalam keadaan sihat dan boleh berdikari terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

(PM #21718 v1) 2. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI PERU MAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian berpuashati tentang kualiti perkhidmatan yang diberi oleh kontraktor di bawah konsep penswastaan kerja mengutip sampah.

(PM #21646 v1) 3. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta

MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah implikasi dari segi jumlah penumpang, pendapatan dan prestasi MAS hasil daripada keputusan Kerajaan menaikkan tambang penerbangan domestik dan apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula keputusan ini.

(PM #21186 v1) 4. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bilakah undang-undang baru bagi mengawal operasi bengkel membaiki kenderaan digubal bagi melindungi pengguna daripada ditipu dan jelaskan sejauh manakah draf rang undang-undang ini sudah disiapkan oleh Kementerian.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

2 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21297 v1) 5. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan sektor pembinaan menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi negara, sejauh mana kesannya ke atas sektor ini bila Kerajaan tidak lagi membenarkan buruh dari Indonesia digunakan dalam sektor ini.

(PM #21426 v1) 6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta PERDANA

MENTERI menyatakan bagaimana boleh berlaku insiden di mana jemaah haji yang dikelolakan oleh Tabung Haji di Johor tidak mendapat visa dan yang demikian tidak dapat berangkat ke Mekah pada hari yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.

(PM #21734 v1) 7. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan wakil rakyat bagi Barisan Nasional mengambil inisiatif untuk mendirikan kawasan perindustrian di Sibu dan adakah Kementerian dapat memperkenalkan Sibu kepada pelabur-pelabur asing bagi menarik mereka mendirikan kilang-kilang di sini.

(PM #21786 v1) 8. Datuk Yong Teck Lee [Gaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan

apakah tindakan diambil supaya lebih banyak pegawai dan kakitangan di jabatan dan agensi Kerajaan diambil berasal dari Sabah, terutamanya sektor perubatan dan pendidikan, supaya beban kewangan kepada Kerajaan dapat dikurangkan.

(PM #21999 v1) 9. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan kenapakah Kerajaan tidak menubuhkan lebih Sekolah Rendah Cina di seluruh negeri memandangkan Sekolah Rendah Cina telah semakin popular di kalangan kaum bukan Cina.

(PM #21676 v1) 10. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan:-

(a) berapakah buah institut atau kolej yang menganjurkan kursus intensif pemandu pelancongan selama 3 bulan. Berapakah bilangan pemandu pelancongan yang telah dapat dilatih; dan

(b) adakah bilangan pemandu pelancongan yang mahir bertutur dalam pelbagai jenis bahasa cukup untuk menghadapi permintaan pasaran.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

3 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #20966 v1 ) 11 . Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff [Bachok] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berapakah jumlah makmal komputer untuk sekolah menengah dan sekolah rendah yang siap dibina pada tahun 2001 . Berapakah pula jumlahnya yang dirancang untuk dibina bagi tahun 2002.

(PM #20980 v1) 12. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:-

(a) berapakah jumlah caruman yang telah dikumpul dan jumlah pengeluaran oleh pencarum KWSP dalam tahun 2001 ; dan

(b) adakah pihak KWSP memperkenalkan skim keluaran berjadual dan bagaimana sambutan ahli KWSP terhadap skim tersebut.

(PM #21330 v1) 13. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah seorang pengarah akan didenda jika tidak mengambil kursus pengarah dan apakah kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian seperti yuran kursus, kontent dan tempoh kursus.

(PM #21033 v1) 14. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah strategi-strategi Kerajaan untuk menghadapi kemerosotan ekonomi dunia contohnya seperti yang dialami oleh negara Jepun. Apakah masalah yang akan dihadapi dan kesannya terhadap nilai mata wang Malaysia sekiranya negara China juga menghadapi kejatuhan nilai mata wang.

(PM #21282 v1) 15. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta PERDANA

MENTERI menyatakan:-

(a) penglibatan serta peratusan pegawai-pegawai Kerajaan, Bahagian Penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam, Imigresen dan Polis yang terlibat dalam amalan rasuah; dan

(b) cadangan pengenalan Konsep Amalan Pertukaran secara Mandatori di kalangan para pegawai kanan Kerajaan setelah tamat tempoh tiga tahun di sesuatu tempat.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

4 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21053 v1) 16. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) mengapakah Persatuan Bahasa Tionghua ,USM tidak dibenarkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka; dan

(b) mengapakah empat orang mahasiswa USM yang d!kenakan tindakan disiplin pergantungan satu semester tidak dibenarkan menduduki peperiksaan semasa rayuan mereka masih dalam pertimbangan.

(PM #21077 v1) 17. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada beliau sedar pengiraan faedah pinjaman kereta mengikut Hire Purchase Act sekarang adalah tidak adil kepada peminjam dan sama ada Kementerian akan meminda seksyen 2 (1) akta ini supaya dikira mengikut "monthly reducing balance" dan bukan 'annual percentage rate".

(PM #21204 v1) 18. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah kenaikan tambang haji yang dikenakan oleh Tabung Haji dari tahun 1999 hingga 2001 mengikut kadar kenaikannya dan jelaskan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji akibat dari kenaikan tersebut.

(PM #21215 v1) 19. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI PENERANGAN

menyatakan jumlah penonton berita RTM 1, RTM 2, TV 3, NTV 7, CNN, BBC dan AI-Jazeera di Malaysia pad a tahun 2001 .

(PM #21246 v1) 20. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan nama Negara-negara Asing yang menawarkan biasiswa pelajaran kepada rakyat Malaysia pada masa ini dan berapakah jumlah biasiswa yang ditawarkan oleh tiap-tiap Negara yang berkenaan.

(PM #21624 v1) 21. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa [Van] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan kesan hubungan antara negara-negara OIC dan Kerajaan Malaysia setelah Kerajaan mengambil tindakan menghantar pulang bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao Nur Misuari ke Filipina.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

5 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21300 v1) 22. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis wan ita yang berkhidmat di Polis Oiraja Malaysia (PORM) dan berapa pula yang berpangkat Inspektor hingga ke atas.

(PM #21321 v1) 23. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan jumlah graduan yang lulus mengikut universiti sejak tahun 1995 dan nyatakan keputusan pencapaian peperiksaan mereka.

(PM #20929 v1 ) 24. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan reformasi yang sedang dilaksanakan di semua aspek pendidikan. Apakah masalah pokok dan usaha untuk mengatasinya.

(PM #21340 v1) 25. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI TANAH DAN

PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan:-

(a) mengapa kebanyakan ukuran sempadan rumah kediaman di Kampung-kampung Baru masih belum diselesaikan; dan

(b) jumlah unit rumah kediaman yang telah menjalani ukuran sempadan mengikut negeri dan apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk menentukan tanda sempadan rumah terse but diselesaikan lebih awal.

(PM #21421 v1) 26. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sejauh manakah perkembangan hasil siasatan penyelewengan wang PPRT yang telah berlaku di bawah Menteri Pembangunan Luar Bandar.

(PM #21541 v1) 27. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan kes denggi sejak Januari 2002. Harap nyatakan punca peningkatan kes di tempat-tempat tertentu dan langkah-Iangkah yang telah diambil untuk mengatasinya.

(PM #21561 v1) 28. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah pihaknya mempunyai perancangan jangka pendek untuk mencapai sasaran setinggan sifar di Bandaraya Kuala Lumpur memandangkan keadaan ini boleh menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap kemakmuran dan pembangunan yang telah dan sedang dikecapi negara kita.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

6 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21572 v1) 29. Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak [Kota Belud]

minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jadual Perlaksanaan pembinaan Kolej Komuniti dibina seta kat ini.

(PM #21579 v1) 30. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan adakah Kerajaan pernah membuat penyiasatan yang komprehensif tentang kegiatan dan sindiket pemalsuan Kad Pengenalan di negara kita terutama sekali di Sabah, kalau ya, apakah hasil penyiasatan tersebut. Kalau tidak adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan siasatan diraja ke atas perkara ini seperti mana yang telah diminta oleh Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

(PM #21592 v1) 31 . Tuan Jawah ak Gerang [Lubok Antu] minta MENTERI PERT ANIAN

menyatakan:-

(a) rancangan Kerajaan untuk menaikkan taraf sosio ekonomi penduduk yang tinggal jauh di pendalaman seperti hulu sungai yang begitu miskin; dan

(b) langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara ini.

(PM #21664 v1) 32. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai bukti bahawa tadika yang dikendalikan oleh PAS menyemai perasaan membenci pemimpin tertentu dan bersedia mengemukakan bukti itu kepada umum.

(PM #21694 v1) 33. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai dakwaan tiga wakil rakyat di Selangor yang memberi kebenaran kepada pendatang asing mendirikan rumah dan membina penempatan di Ampang Jaya, Selayang dan Sungai Kayu Ara. Jika benar apakah bentuk tindakan yang akan diambil terhadap wakil-wakil rakyat tersebut.

(PM #21762 v1) 34. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah urusan-urusan kehidupan di dunia ini yang tidak ada kaitan dengan soal dosa dan pahala.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

7 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21878 v1) 35. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima bantuan wang bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga tahun 2001 bagi seluruh negara dan apakah purata pendapatan bulanan bagi mereka yang menerima bantuan tersebut.

(PM #21918 v1) 36. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sejauh manakah keberkesanan tercapai dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan sosial terhadap VCD (cakera padat video) dan DVD (cakera digital) cetak rompak sejak bulan Ogos 2001 demi menjaga imej baik negara.

(PM #21939 v1) 37. Tuan Richard Riot ak Jaem [Serian] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan jenis bantuan yang telah, sedang dan akan diberi kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di beberapa buah tempat di Bahagian Semarahan, Sarawak, baru-baru ini khususnya di Ruan Changkul, Simunjan pad a 28 Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari 2002.

(PM #21269 v1) 38. Tuan Haji Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah ganjaran yang diberikan kepada anggota Polis yang cedera dalam serangan di Balai Polis Gua Cempedak di Kedah.

(PM #21369 v1) 39. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan:-

(a) langkah Kerajaan bagi memastikan rakyat di setiap tempat serta kawasan mendapat kemudahan rawatan yang sempurna; dan

(b) langkah Kerajaan dalam memenuhi peratusan kekurangan pegawai perubatan bagi semua sektor kesihatan untuk keperluan negara.

(PM #21706 v1) 40. Tuan Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah kesan-kesan positif yang diperolehi oleh Kerajaan semenjak larangan berceramah secara terbuka terhadap parti­parti politik di negara ini dikuatkuasakan.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

8 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21356 v1) 41. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan:-

(a) adakah cadangan penerbangan terus pergi atau balik dari Tawau ke beberapa destinasi bandaraya seperti Kuala Lumpur dan lain-lain; dan

(b) adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan berkenaan perjalanan terus dari luar negara seperti Negara China dan Jepun untuk mempromosikan bahagian timur Sabah.

(PM #21510 v1) 42. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan indeks harga pengguna sekarang dan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk mengawal harga barangan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

(PM #21954 v1) 43. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan langkah-Iangkah yang diambil oleh Kementerian untuk menerangkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia adalah negara perdagangan yang sihat, progresif dan sederhana. Apakah tindakan yang diambil untuk menafikan tuduhan melampau oleh pihak pembangkang luar negara dan adakah perkhidmatan ahli-ahli parlimen akan digunakan.

(PM #21503 v1) 44. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan sama ada Kementerian bersedia menambahkan peruntukan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah terutama sekali di Daerah Kulim untuk menangani masalah banjir.

(PM #21731 v1) 45. Datuk Goh Siow Huat [Rasah] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah Kerajaan boleh memulakan projek lebuhraya dari Kajang ke Kuala Pilah. Berapakah panjang lebuhraya ini dan kos pembinaanya.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

9 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #22008 v1) 46. Tuan Joseph Sa lang ak Gandum [Julau] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan:-

(a) langkah-Iangkah yang akan dilaksanakan untuk membantu petani-petani keeil supaya terlibat secara langsung di dalam pertanian seeara komersial; dan

(b) apakah strategi pemasaran yang harus dilaksanakan oleh agensi kementerian bagi menggalakkan harga hasil petani keeil terutamanya harga lada hitam dan lada putih lebih stabil.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

10 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

• Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2001 dan 2002) 2002

2. Menteri Dalam Negeri

• Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2002

• Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

11 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok1 dan Masalah dicadangkan:-

2.

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (12 Mac 2002)1

(D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Sekuriti (Pindaan) 2001

Suruhanjaya Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 47/2001) Rang Undang-undang Pendapatan (Pindaan) 2001

Cukai

4. (D.R.41/2001)

5. (D.R. 45/2001)

6. (D.R. 49/2001)

7. (D.R. 1/2002)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001

Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001

Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2001

Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2002

"

"

"

"

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

12 AUM DR 13/03f2002 (PM #22071 v1)

N r.2Q935 't1 ) 8. Ttnm Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan pelbagai masalah para pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang timbul dalam tempoh lebih dua dekad. Dewan akan membangkitkan kekurangan minat dan penyeiewengan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap para pendatang. Dewan juga akan mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan yang sangat rumit ini serta implikasi dan konsekuensinya.

(PM #20965 v1 ) 9. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Penerangan menyiarkan klip rakaman pembunuhan wanita Afghanistan dan peristiwa berdarah Memali sebagai bahan fitnah dan propaganda murah UMNO untuk menakutkan rakyat mendekati PAS dan Barisan Alternatif.

Dewan ini turut merasa kesal dengan Kerajaan yang didalangi UMNO dan BN menggunakan peristiwa ini untuk menyerang PAS dan mengesahkan penahanan zalim tanpa bukti mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Maka dengan ini Dewan mengambil ketetapan supaya media massa milik Kerajaan haruslah bersifat adil dan bertanggungjawab serta membebaskan semua tahanan politik di bawah ISA yang ternyata tidak mempunyai bukti kukuh dan melenyapkan akta yang lapuk itu.

(PM #21542 v1) 10. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Naib Canselor UUM Datuk Dr. Fauzi Basri dan Naib Canselor UiTM Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai penjawat jawatan universiti untuk menindas pensyarah-pensyarah serta pelajar­pelajar yang dianggap tidak sealiran untuk kepentingan politik sempit mereka.

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tklak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

13 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

• Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindak tanduk kedua-dua Canselor ini yang telah terbukti merupakan aktivis UMNO dan menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan politik mereka serta membenarkan UMNO dan sayapnya seperti Pemuda dan Puteri UMNO menjalankan aktiviti secara berleluasa dikedua-dua universiti tersebut.

Dewan ini juga menyedari bahawa polisi Kementerian agar IPTA perlu bebas dari politik kepartian adalah tidak relevan apabila berlakunya sikap 'double standard' dan 'pilih bulu' dalam melaksanakan polisi ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan polisi pendidikan negara yang sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kedua-dua Naib Canselor universiti berkenaan yang merupakan aktivis UMNO.

(PM #21543 v1) 1. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zion is Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-beribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan Inl menyedari akan kedudukan strategik kota Baitulmuqaddis yang mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Tindakan provokatif pemimpin Zionis Israel yang mencemar kesucian tempat ibadah umat Islam serta rancangan mereka untuk merobohkan Masjid AI-Aqsa adalah amat dikesali. Malahan rejim Zion is ini terus menerus mengenepikan segala banta han antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka serta tidak pernah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB yang mendesak mereka berundur dari wilayah yang dirampas sejak sekian lama.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap dingin Kuasa-kuasa Besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin secara zalim.

Dewan ini juga menyedari isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah umat Islam yang sedang tercabar ini.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

14 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21558 v1) 12. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu) akan mencadangkan:-

Memandangkan kebebasan bercakap, mengeluarkan fikiran, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata serta menubuhkan persatuan-persatuan adalah merupakan semangat dan roh asasi Perlembagaan Negara, seperti termaktub dalam bahagian 2 (10) (1) dan;

Memandangkan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999, mengikut Akta (597) dalam laporannya, mengenai kebebasan berhimpun telah memperakukan supaya polis bertindak atas semangat Akta Polis 1967 seksyen 21, hendaklah mengeluarkan permit, mengadakan garis panduan kepada penganjur, mengelakkan pertelingkahan antara polis dan penganjur. Memandangkan tercetusnya huru-hara adalah berpunca dari layanan keras polis dan tidak ada garis panduan mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan serta,

Memandangkan imej Malaysia yang dilihat sebagai tidak demokratik oleh negara-negara luar, maka saya mencadangkan supaya semua sekatan dan larangan untuk mengadakan ceramah dibahas di dewan ini supaya dapat ditarik balik dengan seberapa segera.

(PM #21559 v1) 13. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekerasnya kehadiran tentera Amerika di Selatan Filipina yang bercanggah dan bertentangan dengan hasrat cita-cita serta aspirasi pembentukan ASEAN yang ingin menjadikan kawasan ini bebas, aman dan berkecuali.

(PM #21563 v1) 14. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil pendirian yang lebih tegas dan konsisten mengenai sokongannya kepada pembentukan negara Afghanistan yang merdeka dan bebas menentukan masa depannya sebagai sebuah negara Islam. Serta mengutuk dengan keras, sebarang campur tangan kuasa besar dunia, sehingga menjadikan negara itu sebagai medan percaturan politik dan ideologi bentuk baru di negara yang rakyatnya beragama Islam.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

15 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #21999 v1) 15. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan memulangkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan.

(PM #22001 v1) 16. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasrat penduduk Kampong Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJKC Damansara di samping menubuhkan cawangan tersebut demi kepentingan di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJKC sebenarnya telah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJKC Damansara merupakan Sekolah Rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11,12, 13, 14, 16, 17 di Petalilng Jaya, (v) penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan Sekolah Rendah tersebut."

(PM #22002 v1) 17. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk memansuhkan perintah untuk memaksa para ahli akademik dan pelajar untuk menandatangani Surat Aku Janji di sampirg meminda Akta Kolej dan Kolej Universiti supaya memberi lebih ruang dan kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar untuk meluahkan pandangan mereka di samping menganjurkan aktiviti kampus.

(PM #22003 v1) 18. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengenepikan keputusan menggantungkan tugas dari jawatan dan elaun terhadap Yang Berhormat Kawasan Batu Gajah dan memulihkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sebagaimana yang dimandatkan oleh pengundi di kawasan Batu Gajah.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

16 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #22032 v1) 19. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengkaji semula semua elaun, kemudahan pinjaman dan kemudahan-kemudahan yang lain yang diberikan kepada Ahli Dewan Rakyat agar ianya bertaraf antarabangsa dan sesuai dengan kemajuan negara dan beban tugas wakil rakyat yang sentiasa bertambah berlipat ganda. Kadar kemudahan pinjaman kereta untuk ahli Dewan Rakyat yang ditetapkan sebelum ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan harga kereta sekarang ini.

Kadar elaun lama perlu dikaji semula dan dipertingkatkan serta ditambah dengan beberapa jenis elaun baru yang perlu difikirkan agar jurang perbezaan di antara Ahli Dewan Rakyat yang memegang jawatan dalam Kerajaan dengan Ahli Dewan Rakyat yang tidak memegang apa-apa jawatan tidak begitu jauh bezanya.

(PM #22033 v1) 20. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan sesuatu institusi khas yang berperanan merancang program untuk melahirkan masyarakat pengasih dan penyayang yang sebenar dengan ke~asama Kerajaan dan pihak swasta. Kampung-kampung, desa atau komuniti yang mundur dan miskin di seluruh negara hendaklah didaftarkan dan dijadikan kampung angkat atau sebagainya kepada badan-badan tersebut di mana didikan, bimbingan serta bantuan-bantuan yang tertentu dapat disalurkan segera dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kesejahteraan semua rakyat.

Dewan ini menggesa agar Kerajaan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dan berterusan agar kekayaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan saksama.

(PM #22034 v1 ) 21 . Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan mengadakan rancangan dan langkah-Iangkah tambahan yang lebih serius dan menyeluruh untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan tindakan pencegahan najis dadah.

Kerajaan perlu memikirkan satu pasukan pencegahan yang lebih berkesan bagi membanteras gejala rasuah disemua peringkat, penguatkuasaan perlu ditingkatkan sehingga ke akar umbi melalui pendekatan undang-undang, pendidikan agama dan pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan kerjasama erat di antara rakyat dan semua pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras najis dadah.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

17 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

(PM #22035 v1 ) 22. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih kepercayaan dan penghormatan rakyat dan para pelabur asing terhadap institusi kehakiman negara, supaya institusi kehakiman negara kelihatan mulia, bersih dan bebas dari gejala rasuah serta bertakwa kepada Allah, serta bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Kerajaan mesti mengenalpasti rakyat yang menderita dan dinafikan hak undang-undang mereka di atas nama undang-undang dan kehakiman, di mana banyak kes-kes mereka tertunggak dan tertangguh bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh karenah-karenah mahkamah dan pihak-pihak tertentu.

(PM #22036 v1) 23. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan menggesa Kerajaan supaya menjelaskan dengan rasmi di Dewan ini tentang falsafah, konsep, dasar, rujukan utama undang-undang dan tujuan Negara Islam Malaysia yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, agar Ahli Dewan ini dapat menilai dan menyatakan pandangan dan harapan rakyat serta mengemukakan persoalan-persoalan yang berbangkit hasil dari pengisytiharan itu.

Dewan ini juga menggesa agar Perdana Menteri menjelaskan kenapa beliau mengisytiharkan sendiri Negara Islam Malaysia sedangkan persoalan "Negara Islam" adalah dalam bidangkuasa Ketua Agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagindalah orang yang sepatutnya melakukan pengisytiharan ini bukannya Perdana Menteri. Adakah perkara ini sudah diangkat ke Majlis Raja-raja serta mendapat restu dari Majlis tersebut dengan rasminya. Kenapa PM bertindak mendahului Majlis Raja-raja dalam isu agama yang besar ini.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

18 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

RlSALAT -RISALAT YANG OIBAWA MASUK KEDALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/OOKUMEN TARIKH 2001 OIBENT ANGKAN

ST. 2 Laporan Tahunan dan Penyata 12 Mac, 2002 Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2000.

ST. 11 Laporan Tahunan dan Penyata 12 Mac, 2002 Kewangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) tahun 2000.

ST. 5 Laporan Tahunan dan Penyata 12 Mac, 2002 Kewangan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) tahun 2000.

ST. 12 Laporan Tahunan dan Penyata 12 Mac, 2002 Kewangan Majlis Amanah Rakyat tahun 2000.

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF filedi Kampung-kampung Baru masih belum ... penduduk yang tinggal jauh di pendalaman ... Januari 2002 dan di Tangga Plaman, Serian pada 16 Februari

19 AUM DR 13/03/2002 (PM #22071 v1)

KERTAS PEMBERITAHUAN

1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua billion lapan ratus empat puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus dua ringgit (RM2,840,573,420) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan seperti berikut:

(a) bagi tahun kewangan 2001, untuk menampung sejumlah dua billion tujuh ratus tiga puluh juta lima ratus tujuh puluh tiga ribu empat ratus sepuluh ringgit (RM2,730,573,410) bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2001 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan

(b) bagi tahun kewangan 2002, untuk menampung sejumlah seratus sepuluh juta sepuluh ringgit (RM11 0,000,010) bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruangan kesebelas dan keduabelas penyata tersebut,

hendaklah disahkan."