ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala...

25
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 17 JUN 2003 PUKUL 10.00 PAGI Bil. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN 1 (PM #32540 v1) 1. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kerajaan di dalam mempertingkatkan nisbah bilangan guru kepada bilik darjah ke tahap yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun dan supaya ianya bertepatan dengan intipati Falsafah Pendidikan Negara yang berwawasan untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan. (PM #32090 v1) 2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta PERDANA MENTERI menyatakan asas-asas yang diperlukan negara sebelum beliau meletakkan jawatan. Apakah yang dianggap terpenting sekali sebagai seorang negarawan. (PM #32022 v1) 3. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kajian di bidang perubatan telah berjaya menghasilkan ubat dan vaksin penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. (PM #32286 v1) 4. Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah pegangan ekuiti Menteri Kewangan Diperbadankan (MOC) di dalam syarikat Airod Sdn. Bhd dan SME AEROSPACE Sdn. Bhd.

Transcript of ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala...

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 17 JUN 2003 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

1

(PM #32540 v1)1. Dato' Haji Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kerajaan di dalammempertingkatkan nisbah bilangan guru kepada bilik darjah ke tahap yangdimiliki oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain danJepun dan supaya ianya bertepatan dengan intipati Falsafah PendidikanNegara yang berwawasan untuk membangunkan masyarakatberpengetahuan.

(PM #32090 v1)2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta PERDANA MENTERI menyatakan

asas-asas yang diperlukan negara sebelum beliau meletakkan jawatan.Apakah yang dianggap terpenting sekali sebagai seorang negarawan.

(PM #32022 v1)3. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan sejauh mana kajian di bidang perubatan telahberjaya menghasilkan ubat dan vaksin penyembuh kepada pelbagai jenispenyakit.

(PM #32286 v1)4. Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan berapakah pegangan ekuiti Menteri KewanganDiperbadankan (MOC) di dalam syarikat Airod Sdn. Bhd dan SMEAEROSPACE Sdn. Bhd.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

2 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 vi)

(PM #32688 vi)5. Puan Komala Devi alp M. Perumal [Kapar] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah bilangan wanita '\dan peeahan untuk wanita kaum India, yang telah menerima bantuanpinjaman untuk perniagaan keeil daripada skim Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) setakat ini.

(PM #32031 vi)6. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan siapakah yang memantau kualiti programpengajian yang dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)dan juga menentukan program pengajian yang dilaksanakan oleh IPTAadalah sebenarnya diperlukan oleh negara.

(PM #32591 vi)7. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan berapabuahkah jumlah Taman Sinar Harapan di seluruh negara sejak mulapenubuhannya.

(PM #31970 vi)8. Dato' Othman bin Abdul [Pendang] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan adakah Kementerian bereadang untuk memajukan tanah­tanah terbiar ala FELCRA atau berkongsi dengan tuan tanah.

(PM #32741 Vi)9. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada beliau boleh memberipertimbangan ke atas eadangan untuk menyediakan dana pinjamandengan kadar bunga yang rendah khusus kepada kaum Bumiputera dipedalaman Negeri Sabah yang ingin sekali berkeeimpung di dalam bidangperniagaan dan perdagangan tetapi tidak berkemampuan.

(PM #32871 vi)10. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah siapnya projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dariKarak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu.

(PM #32448 vi)11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah peraneanganKementerian untuk terlibat sama dalam Persidangan Pertubuhan Negara­negara Islam (OIC) terutama dalam aspek mempertingkatkanpenggunaan sains dan teknologi negara-negara Islam.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

3 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32883 v1)12. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pelatih '\yang telah mendapat latihan di Institusi Latihan Kemahiran di bawahKementerian dan apakah jenis kursus yang diikuti.

(PM #32112 v1)13. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Polis Sabahuntuk menghapuskan dan mengurangkan kadar jenayah di Sabahterutamanya di Sandakan di mana kadar ini telah meningkat dalambeberapa bulan baru-baru ini.

(PM #32990 v1)14. Tuan MUhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha yang dan akan dijalankan untukmengatasi penurunan jumlah pelajar Bumiputera ke IPTA akibatperlaksanaan dasar meritokrasi.

(PM #32611 v1)15. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan akanmengarahkan Indah Water Konsortium membuat kajian semula tentangkadar perkhidmatan atas pelanggan komersial yang terlalu tinggi dannyatakan langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meningkatkan mutuperkhidmatannya.

(PM #32530 v1)16. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) unjuran keperluan rumah kos rendah bagi negara inimengikut negeri-negeri mengikut tahun; dan

(b) dengan kelulusan baru Kerajaan membina lebih banyakrumah kos rendah menjadikannya terlebih bekalansedangkan masih banyak lagi yang terbengkalai dan tidakdapat dijual.

(PM #32630 v1)17. Tuan Richard Riot ak. Jaem [Serian] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bilangan senjata api yang disyaki diseludup masuk ke negaraini yang berjaya dirampas pada tahun ini.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

4 AUM DR 17106/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32706 v1 )18. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan:-

(a) langkah-Iangkah yang diambil oleh Kementerian dalammenangani masalah kehilangan kereta dan motosikal yangseringkali berlaku di negara ini; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan satupasukan khas untuk membanteras masalah ini.

(PM #32791 v1)19. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah minat beliabumiputera khususnya dalam mendalami i1mu dan kemahiran dalamsektor logistik serta usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan menanganimasalah kekurangan tenaga mahir dalam sektor ini.

(PM #32808 v1)20. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapa peratuskah kadar kemiskinan yang ada dalam negarahari ini serta berapa peratuskah pengurangan kadar ini dari setahun kesetahun.

(PM #32829 v1)21. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta PERDANA

MENTERI menyatakan sama ada bayaran-bayaran kepada kontraktorsebanyak RM7 juta bagi setiap kawasan Parlimen telah disempurnakandan jika tidak kenapa.

(PM #32394 v1)22. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan setakat ini berapakah VCD lucah yang telahdirampas dalam serbuan yang dibuat oleh Pegawai Kementerian DalamNegeri dan daripada VCD-VCD yang dirampas itu berapakah yangmelibatkan pelakon-pelakon tempatan.

(PM #32965 v1 )23. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan jumlah eksport buah-buahan ke luar negeri sejak lima tahunkebelakangan ini dan usaha-usaha yang sedang diambil untukmengurangkan import dari negara-negara lain seperti Thailand.

(PM #32977 v1)24. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan kriteria kelayakan untuk Skim Pinjaman Buku Teks untuksekolah SK dan SJK dan apakah tindakan yang diambil supaya semuapelajar dari keluarga pendapatan rendah mendapat manfaat sepenuhnya.

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

5 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32995 v1)25. Data' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan adakah Kementerian '\bercadang untuk membina Maktab Rendah Sains MARA di Labuanselaras dengan hala tuju Labuan untuk dijadikan Pusat PendidikanCemerlang atau "Centre of Excellence".

(PM #32693 v1 )26. Data' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah rasional lanjutan tempohpenahanan enam aktivis reformasi setelah tamat tempoh penahanan duatahun di bawah ISA sedangkan sepatutnya mereka telah dibebaskan awalJun tahun ini.

(PM #33023 v1)27. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-Iangkahyang akan diambil oleh Kerajaan untuk memantau dan memastikan pakejrangsangan ekonomi mencapai matlamatnya terutama sekali pendudukluar bandar yang mana diperuntukkan RM300 juta dari pakej bernilaiRM7.3 bilion.

(PM #31913 v1)28. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan masalah-masalah yang telah timbul setakat hari iniberhubung dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaranmatapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah danapakah langkah-Iangkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalahtersebut.

(PM #31943 v1)29. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta PERDANA

MENTERI menyatakan penglibatan Petronas di dalam perusahaanmencarigali minyak dan gas serta industri hiliran minyak dan gas diseluruh dunia sejak sepuluh tahun lalu, dengan memperincikan lokasioperasinya, kos pelaburannya, rakan kongsinya. masalah-masalah yangdihadapinya dan jumlah keuntungannya.

(PM #31980 v1)30. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI PERUSAHAAN

UTAMA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberiperuntukan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi membantupekebun-pekebun kedl yang ingin menanam tanaman kelapa sawitsecara mini-estet di negeri Sarawak.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

6 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #31994 v1)31. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-Iangkah penyelesaianjangka pendek dan panjang terhadap masalah pengangguran di kalangansiswazah-siswazah di negara kita.

(PM #32009 v1)32. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan mengapakahpembangunan masyarakat Orang Asli begitu lembap. Apakah disebabkanperuntukan yang tidak mencukupi kepada JHEOA atau masyarakat orangasli sendiri yang kurang memberi kerjasama terhadap program Kerajaandalam usaha memaju dan membawa mereka ke dalam araspembangunan.

(PM #32813 v1)33. Dato' Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta PERDANA

MENTERI menyatakan adakah sistem meritokrasi akan dijadikan doktrindalam dasar pentadbiran dan pembangunan negara.

(PM #32216 v1)34. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerluh] minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan mengenai pelaksanaan Program KhidmatNegara mulai tahun 2004:-

(a) berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan bagimelaksanakan program yang besar ini; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat menubuhkan sebuah agensiatau jabatan yang baru yang khusus bagi memastikankejayaan program ini.

(PM #32244 v1)35. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada Kementerian mempunyai polisi untuk mencapaitenaga buruh pelbagai kaum (diversity in workforce) terutamanya di sektorawam serta komposisi kaum di sektor awam pada keseluruhannya.

(PM #32739 v1)36. Tuan Kong Cho Ha [Lumut] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan sejauh manakah pendekatan Kementerian untuk melahirkanrekrut muda yang berdaya maju dari segi pembangunan kerjaya telahberjaya menarik graduan-graduan Universiti untuk menyertai angkatantentera.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

7 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32019 v1)37. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan apakah program-program yang dikendalikan oleh agensi- '\agensi di bawah Kementerian Pertanian Persekutuan Malaysia yangsedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeriSabah.

(PM #31926 v1)38. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta

MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) kemudahan telekomunikasi luar bandar Malaysia amat "daif"jika dibanding dengan negara-negara yang jauh lebihmundur dari Malaysia. Apa tindakan Kementerian agarperbezaan dalam dan luar bandar tidak sangat menyerlah;dan

(b) jalan dari Kuching/Sri Aman/Sibu/Miri mendapat Hputanmungkin lebih kurang 5% sahaja rangkaian telefon bimbit019/017/016/013/012 termasuk 011. Apakah langkah positifKementerian

(PM #32037 v1)39. Datuk Railey bin Haji Jeffrey [Silam] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan sama ada dasar Permodenan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) masih berjalan mengikut jadual atau telah diubah memandangkanperkembangan semasa antarabangsa dan serantau yang telah berubahekoran dasar agresif Amerika Syarikat di dalam memerangi keganasan.

(PM #32020 v1)40. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah status pencapaian perlaksanaan tiga BahasaTambahan dalam sistem persekolahan Malaysia iaitu BahasaKadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Semai (Orang AsHsemenanjung) dan adakah Kerajaan sudah menyediakan buku-buku teksuntuk pembelajaran bahasa-bahasa tersebut.

(PM #31979 v1)41. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah Jalan Utama Persekutuan yang sedang dibinasekarang ini daripada Sg. Teru ke Long Lama di Kawasan Baram akandijangka siap dan adakah Kementerian bercadang untuk mengtarkan jalantersebut di bawah Rancangan Malaysia Kelapan.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

8 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32082 v1)42. Datuk Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan adakah menjadi kewajipan bagi menandatangani "MOU untuk pengambilan pekerja asing. Apakah butiran utama terkandungdalam MOU tersebut.

(PM #32087 v1)43. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta PERDANA MENTERI

menyatakan peratusan rakyat mengikut negeri-negeri yang layakmendaftar sebagai pengundi tetapi belum berbuat demikian dan apakahpendekatan yang diambil untuk menggalakkan mereka ini tampil untukmendaftar.

(PM #32098 v1 )44. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bilangan pelajar yang diterima di seluruh universiti Kerajaanmengikut pelajar Bumiputera, Cina, Tamil, dan negara asing dan lain-lainpada tahun 2003. Apakah standard atau syarat yang ditentukan dalampemilihan pelajar.

(PM #32106 v1)45. Tuan Jawah ak. Gerang [Lubok Antu] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan sebab-sebab mengapa petani-petani yang mempunyai tanahbegitu luas dan juga rajin tetapi masih juga miskin dan apakah yang harusdilakukan oleh Kerajaan supaya para petani yang kaya dengan tanahboleh melepaskan diri dari belenggu kemiskinan.

(PM #32118 v1)46. Datuk Lau Ngan Slew [Sandakan] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan senarai nama projek pembinaan jalan raya yang sedangdilaksanakan di Sabah dan berapa jumlah peruntukan yang telahdiluluskan. Apakah sebab-sebab kelewatan berlaku terhadap projek­projek jalan raya yang telah diluluskan dalam RMK-8 contohnya seperti'Northern Ring Road' Sandakan yang amat penting.

(PM #32142 v1)47. Tuan Lim Hock Seng [Bagan) minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan mengapa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina danTamil tidak lagi diberi pinjaman buku-buku teks.

(PM #32239 v1 )48. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah langgananserta edaran majalah "The Economist" di negara ini setiap bulan dansejauh manakah kebenaran kenyataan Perdana Menteri bahawa majalahEconomist adalah 'sampah dan sarat dengan kebodohan dan berniatjahat terhadap Malaysia'.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

9 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32327 v1)49. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun [Rantau Panjang] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah guru yang '\mengajar di Sekolah Agama Rakyat pada bulan Mac 2003 dan yang telahdiambil berkhidmat sebagai guru tetap di sekolah-sekolah di bawahKementerian mengikut negeri-negeri setelah ditemuduga dan diberijaminan oleh Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha ParlimenKementerian Pendidikan sewaktu isu penamatan bantuan perkapitakepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)

(PM #32463 v1)50. Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan terma rujukan (TOR) kajian Sungai Rajang danbagaimanakah kajian ini dapat menyelesaikan masalah 'heavysedimentation and siltation' di sungai tersebut.

(PM #32241 v1)51. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kaedah pengajaran Matematik danSains di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) membuat pilihansama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bagimenduduki peperiksaan dalam mata pelajaran tersebut.

(PM #32483 v1)52. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bolehkah Kementerian menyediakan satu tabung khasbangunan untuk sekolah-sekolah bantuan modal kerana kospenyelenggaraan bangunan lama amat tinggi dan subsidi bantuanKementerian tidak mencukupi seterusnya pihak sekolah terpaksamenyalur masa dan tenaga kepada usaha mencari punca kewangan yanglain.

(PM #32351 v1)53. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa rYan] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah menjadi amalan Kerajaan melantik ahli-ahli kabinetbukan dari Ahli Dewan Rakyat dan nyatakan peratusan yang telah dilantiksetakat ini.

(PM #32517 v1)54. Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah kemajuan kerja-kerja di Bakun HEP setakat ini. Danbolehkah pihak Kementerian nyatakan purata (percentage) penglibatanorang tempatan (Bakun) setakat ini dalam kerja, kontrak (atausubkontrak), pembekalan (makanan dll), tenaga kerja (labour), khidmat(services eg: transport).

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

55.

10 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32694 v1)Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta MENTERILUAR NEGERI menyatakan apakah persediaan Malaysia menghadapitekanan ekonomi dan politik oleh Amerika dan sekutunya ekoranpendirian Malaysia menentang pencerobohan ke atas Iraq secaraunilateral dan membelakangi mandat PBB.

(PM #32703 v1)56. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan perancangan yang sedang dan bakal dilaksanakan olehKementerian terutamanya dalam membina kemudahan dan prasaranajalan raya kepada penduduk di Bintulu memandangkan kemudahantersebut adalah penting memandangkan Bintulu adalah sebuah pusatkegiatan ekonomi yang terpenting di negara ini.

(PM #32710 v1)57. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta MENTERI SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakahMalaysia berjaya di dalam usaha meningkatkan tahap kemajuanpemindaan teknologi di dalam beberapa bidang industri yang kita telahdan sedang ceburi, seperti bidang perkilangan/pembuatan, teknologitinggi, elektronik, automotif dan sebagainya. Sekiranya negara belummencapai sasaran yang ditetapkan, mengapa.

(PM #32720 v1)58. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih projekpenukaran paip bawah tanah yang usang daripada Kerajaan NegeriSelangor memandangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambiltindakan untuk menangani masalah paip bawah tanah yang bocor.

(PM #32612 v1)59. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sama ada sejajar dengan pelaksanaan sistem meritokrasimemandangkan Kerajaan akan memperkenalkan suatu peperiksaankemasukan yang tunggal untuk pengambilan pelajar ke IPTA. Jika ya, beributir; jika tidak, mengapa.

(PM #32620 v1)60. Tuan Lee Kah Choon [Jelutong] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan bilangan pembayar cukai pendapatan persendirian danamaun yang dibayar untuk setiap tahun dari 2000, 2001, 2002 mengikutpecahan kaum.

(PM #32650 v1)61. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

setakat mana persediaan Kerajaan terhadap wabak penyakit yangmerebak seperti penyakit SARS.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

11 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32769 v1)62. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah peruntukan kepada Sabah dalam pakej bernilai '\RM7.3 billion ringgit.

(PM #32916 v1)63. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah sekolah yang dibaik pulih dan dibina baru sejak tahun2000, jumlah peruntukan kewangan yang disediakan untukpembangunan itu; dan

(b) senaraikan kontraktor-kontraktormembangunkan projek-projek tersebut.

yang dipilih

(PM #32846 v1)64. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta

MENTERI PENDlDlKAN menyatakan kriteria yang diambil kira dalampengagihan wang RM120.00 kepada pelajar sekolah dan jumlahpemberian tersebut di setiap negeri seluruh negara.

(PM #32979 v1 )65. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kriteria untukmenaiktarat Majlis Daerah Hilir Perak ke status Majlis Perbandaran danapakah perubahan dengan kenaikan tarat ini.

(PM #33024 v1)66. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah ada rancangan Kerajaan untukmenambah Pegawai Penyiasat BPR di mana pada masa kini kekurangan.

(PM #32951 v1)67. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan kenapa laluan perkhidmatanawam bas tidak menghubungkan Bandar Sri Damansara KawasanPerindustrian Sektor B dengan Petaling Jaya walaupun terdapat banyakpermohonan daripada penghuni di situ.

(PM #32945 v1)68. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah benar anak Syarikat KWSP, Malaysia BuildingSociety Berhad (MBSB), yang tenat dan kerugian sekitar RM 2 bilionberlaku akibat kecuaian pengurusan dan jika benar adakah Kerajaanbercadang untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

12 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32933 v1)69. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah polisi baru dan pindaan-pindaan/pembetulan­pembetulan yang besar ke atas polisi sedia ada yang akan dilaksanakanoleh Kerajaan sebelum beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada31 hb Oktober 2003.

(PM #32771 v1)70. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan apakah rancangan Kementerian ini untuk mengatasi masalahpersetujuan dengan dewan Bandaraya Kota Kinabalu tentang WawasanInterchange/Karamunsing Flyover seperti yang dilaporkan dalam beritatempatan Sabah. Berapakah jumlah nilai pengubahsuaian kerja yangsedang berjalan itu dan apakah sebab utama bantahan tersebut.

(PM #32785 v1)71. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI PERTANIAN menyatakan sejauh manakah pengusaha­pengusaha makanan halal di Malaysia didedahkan dengan prosedurpemasaran yang menepati piawaian peraturan makanan antarabangsasupaya produk yang dihasilkan berkualiti dan mesra pengguna.

(PM#31936v1)72. Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) sama ada kekurangan guru di Sekolah Rendah Kebangsaan(C) itu serius; dan

(b) langkah-Iangkah untuk menangani masalah kekuranganguru di Sekolah Rendah Kebangsaan (C).

(PM #32076 v1)73. Datuk Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan apakah kesan pendirian tegas Malaysia yang tidakmenyokong tindakan Unilateral Amerika dan Britain ke atas Iraq. Apakahkejayaan Amerika dan Britain menjatuhkan presiden Sadam akanmenjadikan dua gergasi itu semakin ganas dan tidak menghormatiPiagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

(PM #32147 v1)74. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan

langkah-Iangkah diambil untuk mempergiatkan, mempercekapkan danketelusan Badan Pencegah Rasuah. Adakah BPR menjalankan siasatansecara sukarela tanpa menunggu laporan Polis atau laporan BPR dibuatoleh orang ramaL

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

13 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM#32193v1)75. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan adakah program bekalan air Kuala Lumpur bagi tempoh 30tahun akan datang meliputi penggantian batang paip lama bawah tanah ~

yang tidak dapat menampung keperluan air bagi rakyat terutama tekananair rendah dalam kawasan bangunan berbilang tingkat dan padatpenduduk. Apakah langkah mengatasinya.

(PM #32021 v1)76. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sejauh manapelaksanaan pembangunan infrastruktur di bawah Rancangan Malaysiake-8 setakat ini terutama untuk kawasan luar bandar.

(PM #31972 v1)77. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan:-

(a) berapa jumlah kes kemalangan yang dilaporkan kepadaPERKESO dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2003 jikadibandingkan dengan tahun 2002 bagi tempoh yang sama;dan

(b) adakah tabung PERKESO di bawah dua skim insuranssosial ini mampu membayar tuntutan pekerja yangmengalami kemalangan.

(PM #32251 v1)78. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan setakat mana kejayaan tabung Pembangunan Kemahiranmengurangkan pengangguran di kalangan siswazah. Apakah hasil kajianjika ada, sebab-sebab dan kelemahan siswazah yang masih belummemenuhi permintaan pasaran buruh.

(PM #32335 v1)79. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun [Rantau Panjang] minta

MENTERI PENERANGAN menyatakan kenapakah Kerajaan gagalmengubah sikap rakyat Malaysia sekarang makin ramai yang sukamengecapi keseronokan bersifat sementara (hedonistic). AdakahKerajaan sedar rancangan-rancangan hiburan yang dianjurkan olehKerajaan dan swasta sekarang membawa lebih ramai rakyat Malaysiayang menuju ke arah sifat "hedonistic".

(PM #32354 v1)80. Tuan Mohd. Nasir bin Che Daud [Kuala Krai] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan kesan pelaksanaan sistem meritokrasiterhadap kedudukan pengambilan pelajar ke IPTA terutamanya darikalangan pelajar bumiputera.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

14 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32364 v1)81. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli] minta MENTERI

PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan sebab-sebab prestasipeperiksaan SPM terkini pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Jelipaling tercOrot di kalangan 36 buah MRSM di seluruh negara dan apakah '\langkah yang telah diambil bagi mengatasinya agar tidak berulang.

(PM #32397 v1)82. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan nama syarikat yang ditamatkan kontrak untukmembekalkan dan menyelenggara kereta-kereta rasmi Kerajaan danberapakah pampasan yang akan dibayar oleh Kerajaan kepada syarikatitu.

(PM #32405 v1)83. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan berapakah jumlah program Taman Kekal PengeluaranMakanan (TKPM) setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Apakahpihak Kementerian ini berpuas hati dengan perlaksanaan program TKPM.

(PM #32230 v1)84. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan:-

(a) sama ada pihak Kementerian telah menerima cadanganmembina persimpangan bertingkat dekat Astro untukmenyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di BulatanKelab Lumba Kuda Selangor.

(b) jika ya. bilakah cadangan ini akan dilaksanakan.

(PM #32430 v1)85. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan adakah pihak Kementerian membuat penyelarasanmengenai yuran pengajian di IPTA dan IPTS dan menetapkan kadarbayaran yuran pengajian yang 'standard' dan seragam di IPTS.

(PM #32601 v1)86. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-Iangkah yang akandiambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan Pasukan-pasukan BombaSukarela.

(PM #32723 v1)87. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakanapakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap General Agreement on TradeAnd Services (GATS) yang dituntut oleh European Union dan AmerikaSyarikat.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

15 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32811 v1)88. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan mengapakah lebih ramai warga asing yang bekerja dalam '\sektor perkapalan di Malaysia. Apakah Akademi Laut Malaysia tidakmampu menampung permintaan yang ada dan langkah-Iangkah untukmelahirkan tenaga pakar dalam sektor ini.

(PM #32918 v1)89. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta PERDANA

MENTERI menyatakan jumlah sewaan yang telah dibayar kepadaPutrajaya Holdings hasil daripada perpindahan pejabat Kerajaan kePutrajaya.

(PM #32725 v1)90. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta

MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai portfolio pelaburan KWSPdari sudut berapa banyak yang dilabur dalam pasaran saham, pinjamankepada syarikat swasta dan Kerajaan, pembelian bon Kerajaan danswasta dan sebagainya. Sila nyatakan pulangan yang diperolehi daripadaportfolio-portfolio ini.

(PM #32890 v1)91. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan polis ke atas aduan wujudnya kumpulan kongsigelap dan gengster dalam parti MeA dan nyatakan berapakah jumlahkumpulan dan individu yang membuat aduan polis, siapakah mereka dandi balai mana aduan dibuat.

(PM #32888 v1)92. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah bidang tugas yangboleh dibangunkan piawaiannya untuk tujuan pengesahan kepada tenagapekerja asing. Setakat ini berapakah jumlah pekerja asing yang telahdinilai untuk melanjutkan permit kerja di negara ini.

(PM #32837 v1)93. Dato' Kamarudin bin Jaafar [Tumpat] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jumlah tajuk-tajuk buku ilmiah yang diterbitkan pada tahun2003 dalam Bahasa Malaysia untuk peringkat Universiti, SekolahMenengah dan Sekolah Rendah dan adakah ini mencukupi.

(PM #31960 v1)94. Puan Hajah Sukinam Domo [Batang Sadong] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan status perhubungan diplomatik antara KerajaanMalaysia dan Kerajaan Iraq selepas penaklukan Iraq.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

16 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32049 v1)95. Dato' fr. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk '\memberikan insentif cukai dan fiskal sebagai langkah awal menggalakkanpenggunaan dinar emas dalam urus niaga dan perbankan Islam di negaraini memandangkan penukaran sistem kewangan tidak boleh diharapkanberlaku dalam tempoh yang singkat.

(PM #32059 v1 )96. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan dilaksanakanke atas kakitangan penguatkuasaan di semua peringkat sektor sertaagensi-agensi Kerajaan:-

(a) yang mempunyai budaya kehidupan yang melebihi daripadaparas pendapatan; dan

(b) rekod perkhidmatan yang buruk ke atas kelemahan sertakegagalan menjalankan tugas serta tanggungjawab yangtelah diberikan ke atas agensi penguatkuasaan masing­masing.

(PM #32219 v1)97. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerluh] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan:-

(a) apakah peranan Kerajaan dalam menggalakkan lagi bank­bank swasta memberi pinjaman fleksibel kepada SMI yangdiselamatkan pada masa ini; dan

(b) apakah insentif kewangan yang diberikan kepada golonganbelia sebagai penggalak perniagaan terutama sekaliperniagaan leT.

(PM #32229 v1)98. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta MENTERI TENAGA,

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) adakah terdapat cadangan untuk membina sebuah pejabatpos di Sandar Putera Permai berdekatan Pasar SorongSelangor yang sedang berkembang pesat; dan

(b) jika ya, bilakah projek ini akan dimulakan dan jika tidak,adakah rancangan untuk membesarkan Pejabat Pos SeriKembangan.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

99.

17 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32425 v1)Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan adakah hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat terjejasakibat daripada tindakan Malaysia tidak bersetuju dengan pencerobohanAmerika Syarikat terhadap Iraq dan adakah Amerika Syarikat mulamengambillangkah tertentu kepada negara kita.

(PM #32452 v1 )100. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan:-

(a) jumlah kerugian yang dialami oleh KWSP dalam pelaburanbagi tahun 1997, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2002.Nyatakan setiap pelaburan yang rugi dan sebabnya; dan

(b) adakah Kementerian akan menjemput badan-badan bukanKerajaan wanita untuk mendapat pandangan merekasebagai input kepada bajet tahun depan.

(PM #32496 v1)101 .. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terhadapcadangan agar syarikat minyak negara (PETRONAS) menggunakanmatawang Euro bagi menggantikan Dollar di dalam perdagangan minyakdan gas. Apakah jangkaan keuntungan yang akan negara dapati daripadacadangan ini.

(PM #32502 v1)102. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah fungsi yang dapat dimainkan olehSyarikat Perumahan Negara Berhad (anak syarikat KementerianKewangan) dan kemudahan yang dapat diberikan kepada masyarakatdalam usaha pemilikan hartanah yang selama ini dimonopoli olehsyarikat-syarikat swasta.

(PM #32561 v1)103. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan sejauh mana perang Iraq dan ancaman SARStelah menggugat kedudukan ekonomi Malaysia.

(PM #32660 v1)104. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

cadangan National Education Brain Trust dan bagaimana cadangan akandilaksanakan.

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

18 AUM DR 17106/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32681 v1)105. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah] minta PERDANA

MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengoptimakan '\penggunaan KLCC, berapa kos penyelenggaraan dan berapa pendapatansewaan selain dari pendapatan sewaan dari Petronas.

(PM #32731 v1)106. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai wan ita tempatandan asing yang ditangkap dalam operasi-operasi mencegah pelacuransejak tahun 2002. Daripada jumlah tangkapan wanita asing, berapakahyang didakwa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah danberapakah yang disyaki diseludup masuk. Berapakah 'bapak ayam' yangditangkap dan didakwa. Apakah langkah-Iangkah berkesan Kerajaanuntuk melindungi wanita daripada tercebur dalam kancah pelacuran.

(PM #32744 v1)107. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakanberapa banyakkah rumah kos rendah yang telah diluluskan untuk NegeriSabah dan bolehkah beliau terangkan daerah-daerah yang akan dibinarumah-rumah itu.

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

19 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG·UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

* Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2003

2. Menteri Pertahanan

* Rang undang-undang Latihan Khidmat Negara 2003

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semuaperingkat pada mesyuarat ini.

Page 20: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

20 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL·USUL

1. (D.R. 4/2003) Rang Undang-undang Hiburan (Wilayah Persekutuan'\

Kuala Lumpur) (Pindaan) 2003 - Menyambung semulaPerbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang".[16 Jun 2003]

2. (D.R. 11/2003) Rang Undang-undang Hotel (Wilayah Bacaan kaliPersekutuan Kuala Lumpur) 2003 Yang Kedua

3. (D.R. 10/2003) Rang Undang-undang Hakcipta "

(Pindaan) 2003

4. (D.R. 12/2003) Rang Undang-undang Paten (Pindaan) "

2003

5. (D.R. 13/2003) Rang Undang-undang Kebangkrapan "(Pindaan) 2003

6. (D.R. 16/2003) Rang Undang-undang Sistem "Pembayaran 2003

7. (D.R. 18/2003) Rang Undang-undang Arkib Negara "2003

8. (D.R. 14/2003) Rang Undang-undang PerlembagaanPersekutuan (Pindaan) 2003.

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

"

"Bahawa Mengikut Seksyen 5, Akta Tabung Antarabangsa BagiPembangunan Pertanian 1992, Dewan ini mengambil ketetapan bahawasumbangan Dana Tambahan Malaysia kepada Tabung AntarabangsaBagi Pembangunan Pertanian sebanyak USD250,000 diluluskan".

Page 21: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

21 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32103 v1)10. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan langkah-Iangkah yang digunakanuntuk mencegah dan menangani wabak-wabak seperti SindromPernafasan Akut Teruk (SARS) termasuk cara-cara untuk mengelakkankesalahan-kesalahan seumpama penyembunyian fakta dan hakikat yangpernah dilakukan oleh Republik Rakyat China mengenai SARS. Dewanjuga mendebatkan keperluan untuk mewujudkan Pusat Kawalan Penyakitdi negara ini memandangkan penyakit berjangkit yang merebak di duniamoden dari semasa ke semasa".

(PM #32207 v1)11. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan :-

Bahawa Dewan ini membincangkan cara pelantikan jawatan DatukBandar Kuala Lumpur dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL supayadirombak dan diwujudkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagiBandaraya Kuala Lumpur yang mana jawatan-jawatan tersebutdipertandingkan supaya sebuah Kerajaan Tempatan pilihan rakyat KualaLumpur dapat berkhidmat bagi memenuhi hasrat Pelan Struktur KualaLumpur 2020.

(PM # 32268 v1)12. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buruKerajaan menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu baru-baru ini".

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan keranaamalan politik 'sempit serta balas dendam' UMNO yang tidak dapatmenerima hakikat penolakan rakyat Terengganu terhadap mereka didalam pilihan raya yang lalu.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruahrakyat Terengganu yang sedang tercabar dan cuba dihancurkan olehtindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidakrasional, beremosi serta mengkhianati masa depan orang-orang Melayukhususnya rakyat di negeri Terengganu.

Page 22: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

13.

22 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

(PM #32270 v1)Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sertaperancangan pemimpin UMNO/BN yang menjadikan sebilangan orang­orang Melayu di Pulau Pinang merempat di bumi sendiri tanpa sebarangpembelaan yang wajar.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap pemimpin UMNO/BNyang hanya tahu bercakap soal penderitaan yang dikatakan berlaku keatas orang-orang Melayu di Kelantan dan Terengganu, sedangkanmereka terus mengabaikan penderitaan dan kemiskinan mutlakmasyarakat Melayu Pulau Pinang 'yang hidup bagaikan di zamansebelum perang dan penjajah'.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruahorang-orang Melayu Pulau Pinang yang menjadi negeri Timbalan PerdanaMenteri dari terus diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yangtidak bertanggungjawab.

(PM #32269 v1 )14. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentukterroris rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkanribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagimengalami kecederaan.

Bahawa Dewan ini merasa kesal dengan sikap 'double standard' kuasa­kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungi sertamembisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawahpimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayahperang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestinsecara zalim.

Malahan tindakan Zionis Israel menceroboh serta membunuh ratusanumat Islam di kem pelarian yang di bawah jagaan PBB adalah amatdikesali. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yangdibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik "sokongan kuat AmerikaSyarikat' bagi mengenepikan segala bantahan antarabangsa terhadaptindakan kejam mereka.

Page 23: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

23 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islamsemata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaansejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan KotaBaitulmuqaddis di mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakankiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tercabarini.

(PM #32267 v1)15. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini harus membincangkan pemakaian sistem meritokrasiuntuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang gagaldijalankan dengan telus dan adi!. Pelajar telah dinilai berdasarkanpeperiksaan yang berbeza di bawah sistem meritokrasi ini iaitupeperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia dan Matrikulasi danmeletakkan pengambilan masuk pelajar tidak berdasarkan merit lagikerana mereka bukan dinilai tahap pencapaian di dalam satu sistempeperiksaan yang sama.

Dewan ini perlu membincangkan perkara ini agar ia dapat menghentikanpembahagian para pelajar kita kepada dua kategori yang berbeza di IPTAyang akan secara tidak langsung menyumbang kepada keseriusanmasalah polarisasi kaum di IPTA. Tambahan, jika Kerajaanmenitikberatkan kepentingan melahirkan siswazah berdaya saing dibawah sistem meritokrasi ini, ia harus dijalankan dengan telus tanpamengira kaum kerana di era globalisasi, bukan persaingan dalaman(antara kaum) tetapi, persaingan luaran, antarabangsa. Penerusanpemakaian sistem meritokrasi yang berdasarkan penilaian para pelajar dibawah dua sistem peperiksaan ini turut akan mengakibatkan pelajarcemerlang tidak ditawarkan tempat di IPTA dan seterusnyamemperhebatkan lagi pengaliran keluar golongan cerdik pandai "braindrain" ke luar negara. Kemasukan ke IPTA harus melalui satu sistempeperiksaan yang sama."

(PM #32876 v1)16. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincang dan membahaskan bagi mendesakPertubuhan ASEAN dan NAM menyatakan dengan jelas dan tegasberhubung dengan isu peperangan di Acheh yang mengakibatkankemusnahan harta benda dan kematian orang awam yang tidak berdosa.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar seluruh Negara-negara Aseandan NAM yang mana Perdana Menteri adalah pengerusinya dapatmengambil tindakan menyelesaian isu yang boleh menggugat kestabilanserantau".

Page 24: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

24 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN2003

ST. 110

ST. 111

ST. 114

ST. 117

RISALAT/DOKUMEN

Laporan Tahunan Insurans Tahun 2002.

Laporan Tahunan Takaful Tahun 2002.

Laporan Tahunan dan Penyata KewanganLembaga Perkhidmatan Kewangan LuarPesisir Labuan tahun 2002.

Concerning The Authorization Of TheGovernment Of Malaysia To PurchaseFighting And Rescue Equipment As AnAgent For And On Behalf Of The Bank AndThe Sale Thereof To The Government OfMalaysia For Use In The Procurement OfFire Fighting Rescue Equipment (Phase-II)Project In Malaysia.

TARIKHDIBENTANGKAN

17 Jun 2003

17 Jun 2003

17 Jun 2003

17 Jun 2003

Page 25: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Karak ke Kuantan dan status sambungan laluan ke Kuala Terengganu. (PM #32448 vi) 11. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

25 AUM DR 17/06/2003 (PM #33035 v1)

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri YangDibuat Bertanggungjawab

1. 17.6.2003 1. VB. Tuan Kerk Kim 1. Pelaksanaan satu sistem 1. VB. MenteriHock (Kota Melaka) meritokrasi yang benar, adil Pendidikan

dan profesional olehKementerian.

2. 17.6.2003 2. VB. Puan Chong Eng 2. Kes Kematian Pelajar 2. VB. Menteri(Bukit Mertajam) Perempuan Geetha alp Dalam Negeri

Rajendran.