ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PERTANIAN...

23
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 18 MAC 2003 PUKUL 10.00 PAGI BiI.6 PERTANYAAN·PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN 1 (PM #29704 v1 ) 1. Tuan Joseph Salang ak. Gandum [Julau] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan:- (a) berapa ramaikah ibu tunggal dan balu yang terdapat di Malaysia mengikut negeri masing-masing;dan (b) apakah tindakan yang telah diambil untuk membantu golongan ibu tunggal dan balu dari segi kebajikan dan pelajaran anak-anak mereka. (PM #29431 v1) 2. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan berapakah jumlah kes penyeludupan beras di Sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan keganasan. (PM #29337 v1 ) 3. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap kesedaran, kefahaman serta compliancy sektor awam dan swasta terhadap pelbagai Undang-undang leT di negara ini dan apakah strategi untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman serta compliancy tersebut. (PM #29302 v1 ) 4. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah perbezaan peruntukan ketenteraan pihak Kementerian sewaktu negara diancam insurgensi komunis sedikit masa dahulu dan peruntukan ketenteraan pada ketika ini di waktu negara berada dalam keadaan aman.

Transcript of ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my · Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PERTANIAN...

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 18 MAC 2003 PUKUL 10.00 PAGI

BiI.6

PERTANYAAN·PERTANYAAN BAGI JAWAB L1SAN

1

(PM #29704 v1 )1. Tuan Joseph Salang ak. Gandum [Julau] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan:-

(a) berapa ramaikah ibu tunggal dan balu yang terdapat diMalaysia mengikut negeri masing-masing;dan

(b) apakah tindakan yang telah diambil untuk membantugolongan ibu tunggal dan balu dari segi kebajikan danpelajaran anak-anak mereka.

(PM #29431 v1)2. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan berapakah jumlah kes penyeludupan beras diSempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan keganasan.

(PM #29337 v1 )3. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI

TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahapkesedaran, kefahaman serta compliancy sektor awam dan swastaterhadap pelbagai Undang-undang leT di negara ini dan apakah strategiuntuk meningkatkan kesedaran, kefahaman serta compliancy tersebut.

(PM #29302 v1 )4. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta

MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah perbezaan peruntukanketenteraan pihak Kementerian sewaktu negara diancam insurgensikomunis sedikit masa dahulu dan peruntukan ketenteraan pada ketika inidi waktu negara berada dalam keadaan aman.

2 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30366 v1 )5. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah perbezaan dari segi kuasa di antara jawatan Menteridi JPM yang mengawasi DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan KetuaPengarah DBKL. Siapakah yang paling berkuasa dan dapat membuatkeputusan muktamad sekiranya berlakunya konflik pandangan danpendirian di antara ketiga-tiga pemegang jawatan ini.

(PM #29667 v1 )6. Datuk Railey bin Haji Jeffrey [Silam] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sejauh manakah peperangan di Iraq boleh mendatangkankesan negatif terhadap perkembangan ekonomi Malaysia secarakeseluruhan.

(PM #29660 v1 )7. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan tahap pengeluaran padi di negara ini semakinmeningkat. Namun pendapatan petani dan pesawah tetap tidakbertambah, malah ada yang semakin berkurang berikutan pelbagaimasalah termasuk lambakan padi. Apakah langkah Kerajaan bagimengatasi masalah ini.

(PM #30337 v1 )8. Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bilakah Abu Bakar Basyir dan Hambali diberikan statussebagai penduduk tetap di Malaysia; dan

(b) bilakah Kerajaan Malaysia menyedari Abu Bakar Basyir danHambali menjadi pemimpin kumpulan militan di rantau ini.

(PM #29772 v1 )9. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan struktur-struktur hargakenderaan bermotor buatan Malaysia dan yang diimport secara CKD danCBU apabila AFTA diimplementasikan di Malaysia pada tahun 2005.

(PM #29509 v1 )10. Puan Hajah Sukinam Domo [Batang Sadong] minta MENTERI BEllA

DAN SUKAN menyatakan tindakan atau langkah-Iangkah danperancangan Kementerian dalam menarik belia yang bermasalahmelibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian atau NGOseperti Rakan Muda.

3 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30082 v1 )11. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah punca kejatuhan saham-saham amanah negeri­negeri dan apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi permasalahan ini.

(PM #29689 v1 )12. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan kedudukan projek tebatan banjir dalam Wilayah Persekutuantelah berjalan termasuk projek "Storm Water Management and RoadTunnel" (STORM) setakat ini.

(PM #29524 v1 )13. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan kriteriakeutamaan yang digunakan untuk projek pembinaan rumah PPRT bagisetiap negeri serta perkembangan peningkatan tarat hidup golongan yangmenyertai skim tersebut.

(PM #30118 v1 )14. Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail [Gombak] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan SkimInsuran Kesihatan. Sila jelaskan taedahnya kepada Kerajaan danmantaatnya kepada rakyat.

(PM #29664 v1 )15. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berapa ramaikah yang memohon untuk mengikuti KursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun ini dan berapa ramaikahyang diterima. Mengapakah kecenderungan pelajar memilih kursus inidaripada bidang-bidang yang lain.

(PM #30092 v1 )16. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untukmemajukan industri perkhidmatan di negara ini.

(PM #29532 v1 )17. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI

PERTANIAN menyatakan:-

(a) jumlah semua pemborong dan pengedar beras di seluruhnegara; dan

(b) jumlah mereka yang telah ditarik balik lesen dan kesalahan­kesalahan yang biasa dilakukan dan apa hubungannyasikap pemborong dan pengedar yang tidakbertanggungjawab ini dengan bekalan dan harga barangkawalan utama ini.

4 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #29754 v1)18. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan mengapa projek menaikkan taraf Jalan Changkat Jong danJalan Sultan Abdullah mengambil masa yang begitu panjang, apakahsebab kelewatan ini dan bilakah 2 projek ini dijangka siap.

(PM #29739 v1 )19. Tuan Lim Hock Seng [Bagan] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan hasil penumpasan sindiket pelacuran. rogol, sumbangmahram. pembunuhan, penculikan dan lain-lain kes jenayah beratAdakah kerana kekurangan pakar-pakar penyiasat maka kebanyakan kes­kes seperti di atas tidak dapat diselesaikan.

(PM #29464 v1 )20. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan setakat Disember 2002 berapakah ketetapan PBByang dilanggar oleh Amerika dan Israel, terutama yang menyangkutkepentingan Negara-negara Umat Islam dan Palestin. Apakah langkah­langkah Kerajaan Malaysia yang telah dan sedang difikirkan untukmengatasinya.

(PM #29780 v1 )21. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah keberkesanan Sistem Penalti Mata DemeritKesalahan Jalanraya (Kejara) yang telah dilaksanakan olehpihak JPJ pada tahun 1995 yang bertujuan mengurangkankemalangan jalanraya dan mewujudkan pemandu yangberetika dan berhemat; dan

(b) kenapakah berlaku peningkatan sebanyak 15% atau 15,242pemandu jalanraya digantung lesen pada tahun 2002berbanding 1,038 pada tahun sebelumnya.

(PM #29788 v1 )22. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan

adakah Kerajaan merancang untuk menubuhkan satu pusat penyelidikan(laboratory) untuk membantu pengusaha-pengusaha udang mengawaldan membasmikan penyakit-penyakit udang yang mereka kini hadapi.

(PM #29801 v1)23. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil olehKementerian untuk memastikan pihak pengurusan ladang (Estate) akanmenyediakan rumah-rumah kos rendah kepada pekerja-pekerja yangdiberhentikan supaya masalah sosial dapat dikurangkan.

5 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #29752 v1 )24. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah perlaksanaanAFTA akan menurunkan harga kereta dan adakah negara kita diwajibkanmemansuhkan semua duti import dan cukai lain.

(PM #29829 v1 )25. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlahperuntukan dan bilangan projek perumahan yang telah dilaksanakan dinegeri Sarawak semenjak tahun 2000 dan apakah masalah yang dihadapioleh Kementerian dalam usaha untuk melaksanakan program ini.

(PM #29267 v1)26. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan sama ada KebudayaanNasional adalah berteras dengan integrasi kebudayaan pelbagai kaum dinegara kita.

(PM #29318 v1)27. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan apakah benar bahawa "Letter of Intent" telahpun diberikankepada sebuah kontraktor untuk membina laluan jalan KKIP-Telipok­Kiulu-Lokos-Toboh-Tudan-Maukab-Randogong, dan apakah statuscadangan jalanraya tersebut.

(PM #29363 v1 )28. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah kakitangan perkhidmatan awam yang tidak memilihSistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga 31 Disember 2002. Jika adaapakah alasan-alasannya.

(PM #29890 v1 )29. Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar [Subang] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan bagaimana pihak polis dapat menangani masalahjenayah ragut yang semakin kerap berlaku dalam Kawasan ParlimenSubang.

(PM #29611 v1)30. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta PERDANA

MENTERI menyatakan setakat manakah proses mewartakan undang­undang syariah telah dilaksanakan di setiap negeri bagi mengelakkantimbul dakwaan undang-undang Islam tidak seragam sehinggamenyebabkan banyak kes tertangguh. Mengapa ada negeri yang tldakmelaksanakan undang-undang ini sedangkan ia sudah diperkenankanoleh Majlis Raja-raja.

6 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #29898 v1 )31. Data' Seri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan tahap kejayaan pihak Kementerian didalam mempromosikan KLiA melalui hak pendaratan baru kepadasyarikat penerbangan asing.

(PM #29868 v1 )32. Data' Othman bin Abdul [Pendang] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan apakah langkah-Iangkah Kementerian bagi menambahkanpendapatan para petani luar bandar.

(PM #30037 v1 )33. Tuan Liew Teck Chan [Gaya] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk membenterasperjudian di Cyber Cafe yang kian berleluasa.

(PM #30125 v1)34. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan bilakah kali terakhir Kementeriannyamenggubal kurikulum Pengajian Islam untuk semua peringkat pendidikandi Sekolah Rendah dan Menengah di negara ini dan apakah pihakKementerian berpuas hati dan berkeyakinan bahawa kurikulum ini sudahmampu mencapai asas minimum dalam sistem Pendidikan Islam(Tarbiyyah Islamiah).

(PM #29382 v1)35. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta

MENTERI KESIHATAN menyatakan apakan tindakan susulan yangdiambil oleh pihak Kementerian dalam menguatkuasakan pengharamanjualan kava-kava dan adakah tindakan ini berjaya.

(PM #29476 v1 )36. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan jumlah peruntukan bagi sekolah-sekolah bantuan modalperingkat rendah dan menengah dalam tahun 2001, 2002 dan 2003 danapakah kriteria yang digunakan untuk memberi peruntukan kerusi, mejadan komputer.

(PM #29939 v1 )37. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta

MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihaknya akan mengkajihad laju lebuhraya yang merentasi kawasan bandar kerana had sekarang80 km sejam tidak ada kaitan langsung dengan kenderaan lain yangberada di jalanraya bandar atau pekan berkenaan.

7 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #29950 v1 )38. Datuk Robert Lau Hoi Chew [Sibu] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan:-

(a) sebab sebenar Kementerian tidak membenarkan seseoranguntuk berkhidmat di dalam lebih daripada sebuah lembagapengurusan sekolah walaupun mereka berdedikasi danmembantu dari segi kewangan membangunkan sekolah­sekolah tersebut kebelakangan ini; dan

(b) sama ada Kementerian Pendidikan dapat menimbang untukmengkaji semula peraturan ini.

(PM #29956 v1 )39. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan keadaan sebenar mengenai rundingan pakej denganSingapura, isu air dan projek separuh pembinaan tambak Johor sertapendapat Goh Chok Tong dan Lee Kuan Yew.

(PM #29414 v1 )40. Tuan Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengharamkan sepenuhnyapengiklanan semua jenis produk minuman keras serta semua aktivitipromosi yang melibatkan peraduan dan acara persembahan yangbertujuan melariskan minuman keras.

(PM #30135 v1)41. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

memandangkan banyak sekolah rendah di bandar kekurangan bilikdarjah, khasnya mereka yang mempunyai dua sesi, bagaimanaKementerian akan mengadakan kelas tadika di sekolah itu.

(PM #30147 v1)42. Puan Komala Devi alp M. Perumal [Kapar] minta PERDANA MENTERI

menyatakan rancangan dan mekanisma Kerajaan untuk memastikanpencapaian 3% penyertaan oleh kaum India dalam ekonomi negaraseperti mana digariskan dalam dokumen Rangka Rancangan JangkaPanjang Ketiga (RRJP3).

(PM #30149 v1)43. Tuan Richard Riot ak. Jaem [Serian] minta MENTERI PERTANIAN

menyatakan langkah-Iangkah diambil bagi membantu para pekebun kecillada hitam yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal akibatharga komoditi lada hitam yang rendah sejak lima tahun yang lalu.

8 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30184 v1 )44. Tuan Nasharudin bin Mat. Isa [Van] minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan hubungandi antara Dasar Sosial Negara yang dibentangkan kepada Kabinet pada19 Februari 2003 dengan Pelan Induk Tindakan Sosial Negara (PINTAS)dan sila nyatakan kos keseluruhan bagi penyediaan kedua-dua Pelantersebut.

(PM #30196 v1)45. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah pinjaman yangtelah dikeluarkan melalui skim Pembiayaan Ekonomi Desa 2000 - 2002pada pengusaha luar bandar.

(PM #30203 v1 )46. Tuan Lee Kah Choon [Jelutong] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan adakah perkhidmatan 'counselling' disediakan oleh pasukanPolis untuk anggota-anggotanya dan jikalau ya, sila nyatakan jenisperkhidmatan 'counselling' yang disediakan.

(PM #30219 v1)47. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan jumlah pelajar bukan Bumiputera yang telahdiambil oleh Maktab Rendah Sains Mara dalam sesi akademik tahun 2003dan apakah syarat yang pemohon-pemohon bukan Bumiputera perlumenepati untuk berjaya diambil.

(PM #30237 v1 )48. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru] minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan jumlah kes yang dilaporkan oleh orang ramaiberhubung dengan keganasan sex dan jenayah yang membabitkanpemandu-pemandu teksi dan penumpangnya. Dari jumlah itu berapakahbilangan kes-kes yang dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan.

(PM #30263 v1 )49. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNAmenyatakan jumlah kilang VCD yang diberi lesen oleh Kerajaan mengikutnegeri.

(PM #30258 v1 )50. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah wang ehsan yang telah dilaburkan di Terengganu dansiapakah yang mengaudit wang ini.

9 AUM DR 18103/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #30286 v1 )51. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah kutipan cukai serta lain-lain hasil yang dipungut olehJabatan Kastam mengikut pecahan negeri-negeri bagi tahun 2002 danjangkaan hasil bagi tahun 2003.

(PM #30077 v1 )52. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan tentang masalah perumahan di Bintulu Port yang sampaisekarang ini masih lagi tergendala dan adakah Kementerian Kewangansedar bahawa mereka adalah major shareholder dalam Bintulu Port.

(PM #29898 v2)53. Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta MENTERI

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan insentifserta promosi-promosi yang kini dijalankan bagi mempertingkatkankedudukan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan di rantau ini.

..

10 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh YB. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]dan masalah dicadangkan:-

Bahawa s~atu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada SeriPaduka Ba.ginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam PersidanganParlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlasdaripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukurdan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka PenggalKelimaParlimen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Mac 2003)]

2. (D.R. 1/2003) Rang Undang-undangGuaman (Pindaan) 2003

Bantuan Bacaan KaliYang Kedua

3. (D.R.. 2/2003)

4. (D.R. 3/2003)

5. (D.R. 4/2003)

Rang Undang Kanun Tanah Negara(Pengesahan) 2003

Rang Undang-undang Penjara(Pindaan) 2003

Rang Undang-undang Hiburan(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)(Pindaan) 2003.

..

..

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a)Akta Prosedur Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapanbersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambahkepadanya butiran baharu seperti berikut:-

"Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin".

11 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #29406 v1) .7. TuanChe Ghani bin Che Ambak[Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan membahas bagi mendesakPertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam Sedunia (OIC)menyatakan dengan jelas dan tegas berhubung deng1an isu pengganasdan sebarang bentuk pencerobohan kuasa asing terhadap mana-manaNegara anggota OIC.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar seluruh Negara-negara OICberdiri sebagai satu suara mempertahankan hak dan maruah umat Islamyang tercabar dan dipermainkan oleh kuasa besar Dunia.

(PM #29407 v1 )8. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akanmencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNOTerengganu mendesak Kerajaan sehingga tertutupnya dua buah MRSMdi Terengganu.

Bahawa Dewan ini menyedari perlunya peluang pendidikan yang lebihluas disediakan bagi menampung pelajar-pelajar yang cemerlang hasildari permuafakatan semua pihak sehingga Terengganu muncul UPSRterbaik di Malaysia.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindakan penutupan PusatPendidikan MRSM yang terbukti cemerlang dan menyeru agarkepentingan pendidikan dan premis Institusi pendidikan tidak dijadikanbahan percaturan politik sempit UMNO/BN.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengkaji semulauntuk membuka kembali MRSM tersebut supaya tidak terbantutperkembangan pendidikan dan prestasi kecemerlangan akademik negaradapat dipertingkatkan.

(PM #29498 v1 )9. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memperbahaskan keadaan wabak denggi di Malaysiakerana rakyat hendak mengetahui bilangan kes denggi dan kematianyang disahkan serta langkah-Iangkah berkesan untuk mencegahnya.Bagaimanakah Kementerian Kesihatan menyambut amaran PertubuhanKesihatan Sedunia mengenai kemungkinan berlakunya pandemic padaJulai 2002. Dewan ini juga hendak memperdebatkan J<etelusan danakauntabiliti Kementerian untuk menggunakan peruntukan RM7.556 biliontermasuk RM207.6 juta bagi kawalan penyakit.

12 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #29723 v1)10. 'Drs. Hajl AbuBakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kegagalanpihak Kerajaan. yang sehingga hari ini masih gagal untuk mengambiltindakan berkesan terhadap skandal Perwaja yang diambangkebankrapan, mengalami kerugian melebihi RM10 billion dan Tan SriChia yang menjadi, punca skandal berkenaan masih dibiarkan bebastanpa sebarang tindakan undang-undang terhadapnya.

Dewan ini juga kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kegagalanKerajaan mendedahkan kepada umum skandal pemberian kontrak luarbiasa bernilai RM975 juta kepada syarikat berkaitan dengan Datuk KohlVIah Shoon dan Ng Kim Lim dan juga pembayaran RM76.4 juta kepadaNKK Corporationsebuah syarikat yang sebenarnya tidak wujud.

(PM #29724 v1 )11. Drs. Hajl Abu Bakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini kesal dan membantah sekeras-sekerasnya tindakanpihak Kerajaan menyalahgunakan kuasa dan dana awam iaitu tindakanmenubuhkan Valuecap dan menyuntik wang sebanyak RM10 billion untukmenyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang mengalami nazak dandiambang keruntuhan perniagaan.

Tindakan Kerajaan itu bukan saja sudah pasti menambahkan bebanhutang kepada rakyat malahan menggalakkan syarikat-syarikat kroni terustidak bertanggungjawab kerana sagala tindakan mereka yang cuai, tidaktelus dan pelbagai kelemahan dalam urusan perniagaan akhirnya pastidiselamatkan oleh Kerajaan.

'(PM #29726 v1 )12. Drs. Hajl Abu Bakar bin Othman [Jerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini merasa' kesal dan mengutuk sekeras-sekerasnyatindakan diskriminasi, pengkhianatan dan penganiayaan Kerajaanterhadap kepentingan Sekolah Agama Rakyat (SAR), walaupun pihakpimpinan Kerajaan terus berdolak dallk dan menafikan tujuannya untukmenutup SAR melalui sekatan bantuan yang diperuntukkan dalamperlembagaan negara.

Maka Dewan ini menyeru Kerajaan mengembalikan semula bayaran yangmenjadi hak pelajar SAR di samping menarik balik, dakwaan palsu yangbermotif songsang sehingga sanggup menuduh SAR tidak mengajaragama tetapi hanya mengajar politik dan membenci Kerajaan.

13 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #29727 v1 )13. Drs. HajiAbu Bakar bin OthmanlJerlun] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini merasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya. tindakan yang mempunyai motif tartentu pihak pimpinan Kerajaan iaitu disuatuketikaKerajaan mengutuk tiridakan'pre-emptive' dan 'forwarddefence' pihak kuasa-kuasa besar, manakaladi dalam negeri Kerajaanputa yang menjadi dalang utama melakukan tindakan sedemikian rupasehingga menzafimidan melanggar hakasasi rakyat melalui penahanandi bawah ISA terhadap mereka yang dikatakan terlibat dengan kegiatankeganasan.

Bal1awa Dewan ini menyeru pihak Kerajaan membebaskan segera semua.. mereka .yang ditahan berkaitan· tuduhan berkenaan tanpa diberi peluanguntuk membela diri secara adil di hadapan mahkamah.

(PM #29728 v1 )14. TuanFong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mengenai keperluan rombakanke ataskurikulum sekolah rendah hendaklah mencerminkan kepelbagaianaliran yang menjadi kehendak rakyat yang menitikberatkan kebebasanibubapa untuk memilih aliran pendidikan untuk anak-anak mereka tanpamengorbankan kepentingan kaum yang sadia ada.

(PM #29729 v1)15. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya pusat rekreasi dan dewanorang ramai yang dibina dalam Wilayah. Persekutuan Kuala Lumpur

.diserahkan kepada penduduk-penduduk sendiri menguruskannya danbukan menjadi pejabat-pejabat parti poUlik.

(PM #29730 v1 )16. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan Kerajaan hendaklah mengambilinisiatif untuk menyegerakan Skim Insurans Kesihatan dan PerubatanRakyat memandangkan kini skim tersebut lebih berorientasi keuntunganyang dikendalikan oleh syarikat-syarikat insurans dan menjadi bebanankepada rakyat miskin yang dinafikan hak mendapat rawatan terbaik.

14 ·AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #29731 v1)17. Tuan FongKui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan Kerajaan hendaklah menyemaksemula sistem percukaian ke atas rakyat terutama yang tinggal dalamkawasan bandar kerana mereka terpaksa memikul bebanan berat sepertimembayar cukai pintu, caj pembetungan, lesen perniagaan, cukai tanah,cukai pendapatan, caj meletak kenderaan dan sebagainya supayamengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi.

(PM #29863 v1 )18. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membantah tindakan polis menyerbu Malaysiakinibaru-baru ini yang bukan sahaja satu lagi bentuk perlanggaran kepadahak asaSi manusia, kebebasan media dan kebebasan bersuara tetapiturut telah bertindak melanggar "Multimedia Super Corridor Bill ofGuarantee" i jaminan kebebasan aliran maklumat tanpa tapisan olehKerajaan.

(PM #29864 v1 )19. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan kegagalan Kementerian Kesihatan danKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankantanggungjawab masing-masing dengan mengambil tindakan awalmengawal wabak denggi walaupun amaran keseriusan serangan wabakini telah diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak bulanJulai tahun lalu. Kegagalan Kementerian ini telah mengakibatkanmelebihi 30,000 kes demam denggi di seluruh negara bagi tahun lalu,satu rekod kes demam denggi yang tertinggi berbanding dengan tahun­tahun sebelum ini.

Tambahan, Kementerian Kesihatan yang menafikan maklumat keseriusanwabak denggi kepada orang ramai dan taporan di akhbar ini turutmelanggar hak asasi manusia, iaitu hakkepada maktumat (right toinformation) dan kebebasan akhbar. Dewan ini harus memandang seriusperkara ini kerana kes-kes demarh denggi termasuk kes kematian inidapat dielakkan jika pihak Kementerian tetah mengambil langkahpencegahan dan melancarkan pelbagai kempen kesedaran wabak ini.

15 . AUM DR 18103/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #30066 v1 )20. Dr. f)yed~an bin Syed Ahm.ct Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa.Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentukterrorisrejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkanribuan nyawa yangtidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagirnengalami.k$C8deraan.

Bahawa Dewanini merasa amat kesal denga sikap "double standard"kuasa-kuasa besar barat khususnya Amerika Syarikat yang melindungisarta membisu tamadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawahpimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang "terroris" dan"penjenayah perang" yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat IslamPaJe$tin s~ra zalim. .

Malahantindakan Zionis Israel menceroboh serta membunuh ratusanurnatl$lam di kem pelarian yang di bawah jagaan PBa adalah amatdikesali. Rejim ini juga tidak pernah menghormati sebarang resolusi yangdibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik "sokongan kuat AmerikaSyarikat" bagi mengetepikan segala bantahan antarabangsa terhadapt1ndakan kejam .mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islamsemata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaansejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kotaBaitulmuqaddis di mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakankiblat pertama umat Islam serta maruah umst Islam yang sedang tercabarini.

(PM #30067 v1 )21. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras..kerasnya tindakan Kerajaan Pusatyang terus-menerus mendiskriminasi Kerajaan negeri Terengganu derlganpelbagai tindakan yang tidakdemokratik dan tidak bermaruah. Malahanperuntukan kewangan dan pembangunan telah dijadikan senjata politikbagi memporak-perandakan keamanan yang sedia ada di negeriTerengganu.

16 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

Bahawa Dewan ini perlu diingatkan bahawa UMNO yang telahmemerintah Terengganu sejak 40 tahun dan tarat kemiskinan rakyatadalah negerikedua termiskin di Malaysia walaupun ia mendapat lebihRM7 billion hasil minyak sejak 22 tahun lalu. Kemiskinan sertapenderitaan rakyat Terengganu ini adalah hasil dari penyalahgunaankuasa, penyelewengan sertamanipulasi yang telah dilakukan olehKerajaan UMNO yang tidak bertanggungjawab.

Dewan ini juga merakamkan kekesalan dengan tindakan yang tidakdemokratik dan tidak bermaruah yang mengakibatkan rakyat Terengganuyang majoritinya berbangsa Melayu terus menjadi mangsa politik kotordan balas dendam UMNO yang tidak dapat menerima kenyataan bahawamereka telah ditolak oleh 'kuasa rakyat' dalam pilihanraya lepas.

Dewan ini juga menyesali bahawa sehingga kini tindak-tanduk pemimpin­pemimpit'l UMNO adalah amat biadab. Mereka terus 'memanipulasikemiskinan .rakyat' dengan sogokan dan ugutan dan pada masa yangsarna. terlls·menerus tamak membina kekayaan diri mereka sendirimelalui projek-projek Persekutuan yang dicurahkan ke negeriTerengganu.

(PM #30068 v1)22. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sertaperancangan 'anti-Islam' yang sedang dilakukan oleh pemimpinUMNO/BN yang seolah-olah mengikut telunjuk Kuasa-kuasa Besar Baratyang kini melancarkan 'perang salib kedua' ke atas Islam dan umatnya.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap pemimpin negarayang begitu mudah memberi label seperti golongan 'ekstrimis Islam',terroris Islam serta sedang melaksanakan pelbagai agenda kuasa-kuasabesar barat bagi menyekat serta menghapus kebangkitan Islam yangsebenarnya.

Dewan ini juga menyedari bahawa 'Islam ala Amerika' yang sedangdiamalkan serta dianuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO kini adalah amatbahaya dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kesucianserta kemuliaan Islam yang sedang dicabar oleh pemimpin-pemimpinUMNO yang menjadi alat kepada kuasa-kuasa besar Barat.

23.

17 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(eM~0969v1 )Dr.S~'~man bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akanmencadangkan:-

IlBabawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru'Kerajaan memberhentikan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama

Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia".

Bahawa Dewanini menyedari bahawa tindakan ini dilakukan kerana untuk'menutup kelemahan sertakegagalan Kerajaan menyediakan prasaranayang mencukupi bagi meningkatkan pendidikan Islam di negara ini.Dewan juga menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidakboteh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak tanpa membuatkajian terperinci mengenai kesan yang akan ditanggung oleh pelajar, gurudan masyarakat.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan SAR yangsedang tercabar dan cuba dihancurkan oleh tindakan politik kotorbeberapa kalangan pemimpin UMNO.

(PM #30105 v1)24. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini membantah keputusan Kerajaan menghentikanbantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat dalam usaha menutup$$kolah tersebut. Pemberhentian bantuan tersebut menjelaskan niat sertarancangan jahat UMNO dan BN terhadap Institusi tersebut.Pemberhentian bantuan tersebut adalah berbau politik kerana SAR danwarganya tidak menyokong Kerajaan BN seperti dakwaan PerdanaMenteri dalam taklimat kepada pemimpin UMNO di PWTC pada 13 Feb2003.

Bahawa Dewan ini menyesali keputusan Kerajaan menghentikan bantuantersebut yang bersifat menghina Raja-raja Malayu yangbertanggungjawab sebagai ketua agama Islam di mana SAR berada dibawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

Bahawa Dewan ini rnenuntut Kerajaan memberi semula dan meningkatbantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat.

18 . AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30106 v1)25. Tuan Mahfuz bin Ornar [Pokok Sena] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk cadangan dan ancaman serangan AmerikaSyarikat dan sekutunya ke atas Iraq. Perbuatan ini menggambarkan Bushdan Blair tergolong dalam golongan orang tidak siuman.

Bahawa Dewan ini menggesa negara OIC mewujudkan pakatanketenteraan untuk menghadapi ancaman Amerika Syarikat di seluruhdunia khususnya untuk melindungi Iraq.

Bahawa Dewan ini menuntut negara OIC diketuai oleh Malaysiamelancarkan gerakan memutuskan hubungan diplomatik dengan AmerikaSyarikat dan sekutunya jika Iraq diserang.

(PM #30381 v1)26. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan $upaya memulihkan Pilihanraya.Kerajaan Tempatan dan memulihkan hak penduduk Kuala Lumpur untukmemilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesananKerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekapkepada penduduk di kawasan berkenaan."

(PM #30382 v1 )27. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasratpenduduk Kumpung Damansara untuk membuka' semula bangunan asalSJKC Damansara di samping menubuhkan cawangan sekolah tersebutdemi penduduk di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i)kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cinayang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut,(ii) bangunan SJKC Damansara masih berada dalam keadaan yang baik,(iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkanbunyi bising dan pencemaran udara dibangunan asal SJKC sebenarnyatelah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINTdibina, (iv) SJKC Damansara merupakan sekolah rendah Cina yangtunggal dalam Seksyen 11, 12, 13,14, 16, 17 di Petaling Jaya, (v)penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuatuntuk mengekalkan sekolah rendah tersebut".

19 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30383 v1 )28. Puan Teresa Kok 8uh 8im [8epmeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini· mengambil ketetapan untuk memansuhkan perintahuntuk memaksa para ahli akademik dan pelajar untukmenandatanganiSurat Akujanji di samping meminda Akta Kolej dan Universiti demimenjamin kebebasan akademik dikampus."

(PM #30384 v1 )29. Puan Teresa Kok 8uh 8im [8eputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa Kerajaan harusmengadakan hubungan diptomatik dengan Vatican sebagai usaha untuk.memupuk persefahaman di antara agama dan kedamaian dunia.Hubungan diplomatik ini bukan sahaja dapat menonjolkan Malaysiasebagai nagara majmuk yang mempunyai komitmen bersama dengansemua agama di dunia ini untuk memupuk kedamaian, keadilan, kejujurandan solidariti kepada golongan yang miskin pada tahap kebangsaan danantarabangsa ia juga membolehkan Malaysia untuk memainkan peranan

. penting dalam proses dialog di antara agama Istam dan Kristian dan jugaperdamaian dunia.

(PM #30385 v1 )30. Puan Teresa Kok 8uh 81m [8eputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil ketetapan bahawa untuk menubuhkanJawatankuasa Antara Agama Khas "Inter-religious Council" untukmemupuk persefahaman di antara agama yang berlainan di sampingmenangani masalah yang dihadapi oleh pertubuhan agama yangberlainan di negara kita".

(PM #30386 v1 )31. Puan Teresa Kok 8uh 8im [8eputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan In! mengambU ketapan untuk menubuhkanJawatankuasa Reformasi Parlimen untuk membetulkan kelemahan yang

. wujud dalam sistem operasi Parlimen pada masa kini, supaya ParlimenMalaysia boleh melucutkan label "rubber stamp" Kerajaan BN dan menjadiinstitusi penggubalan undang-undang yang· bebas dan hormaU olehkesemua Parlimen di rantau ASEAN."

--------~----------------------------------

20 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

(PM #30463 v1 )32. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa agar Kerajaan menubuhkan dengan segerasatu badan yang berwibawa dan berautoriti untuk membuat penyelidikanbagi meneroka idea-idea baru serta membangun dasar dan undang­undang Islamnegara di berbagai bidang kehidupan khususnya di sektor­seldor yang bam dan juga meneliti dan menyemak dasar dan undang­undangyaflg lama agar pembangunan negara berjalan dengan lancarsejajar dengan pimpinan wahyu lIahi tanpa bertentangan, mencerobohatau mencabul dasar dan undang-undang Allah yang Maha Besar Kuasademi keamanan, keselamatan rakyat dan negara, dunia dan akhirat.

(PM #30464 v1 )33. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan menimbang semula dan menarikbatik segera ,dasar menghentikan bantuan· kepada Sekolah-sekolahAgamaRakyat memandangkan institusi ini sangat berjasa kepada rakyat,masyarakat dan negara, dan sangat banyak sumbangannya kepadabangsa dan agama di sepanjang sejarah. Kerajaan tidak sepatutnyamenghukum semua SAR dengan tuduhan yang tidak ada fakta dan buktiyang jelas. Kerajaan tidak sepatutnya menghukum orang denganberdasarkan kenyataan yang selalu digunakan "Kita mempunyai buktiyang cukup", tetapi gagal dan takut untuk tampil dan hadir untukmembuktikan sendiri bila dipanggil untuk berbuat demikian.

(PM #30465 v1 )34. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan agar bersikap prihatin dan segerabertindak mengkaji serta menyemak semula tanggungjawab, peranan dankeberkesanan semua agensi 'Kerajaan yang diberi amanah untukmenyampaikan segala jenis bantuan dan melaksanakan projekpembangunan untuk rakyat, khususnya rakyat bawahan di luar bandarsupaya ianya benar-benar berlaku adildan sampai kepada sasaran yangsebenar di mana yang berhak memperoleh haknya dan yang tidak berhakdiberi hak orang lain kepadanya tanpa mengira bangsa dan kefahamanpolitik. Tabiat keji dan budaya buruk yang tidak mesra rakyat dan tidakpandai berterima kasih kepada rakyat hendaklah dihapuskan segera disemua lapisan pemimpin dan kakitangan Kerajaan. Rakyat tidak dibeza­bezakan, ditanya atau disiasat pendirian politik mereka, diminta merekamemberi berbagai sumbangan kepada Kerajaan (seperti cukai, bayarandan khidmat dan sebagainya) tetapisebaliknya mereka didiskriminasi,dinafikanhaknya, ditanya dan disoal siasat oleh pihak-pihak yang tertentusemasa pihak Kerajaan memberi sumbangan atau khidmat kepada rakyatmelalui agensi-agensi yang tertentu.

21 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

(PM #30466.v1)35. Tuan Mubamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk menggesa Kerajaan agarbersikap proaktif, bertanggungjawab dan prihatin yang tinggi danberterusan terhadap kualiti hidup beragama di kalangan rakyat negara inidi samping memperhebat, memperluas dan mempertingkatkan lagipendidikan agama di semua peringkat serta menghapuskan apa sahajabentuk fahaman dan amalan yang memperkecilkan paranan agama sertamemisah-misahkannya di dalam sektor kehidupan politik, ekonomi,undang-undang, pentadbiran dan lain-lain.

Bekalan i1mu agama dan latihan pembangunan insan dan kerohanianbenar-benar ketara kekurangannya sekarang tidak cukup untuk membinajati diri dan ketahanan masyarakat dan negara serta jelas kelihatan tidakseimbang dengan kehebatan pembangunan material. Kerajaan tidakmampu mengawal,mendisiplin dan membangun kualiti kehidupan rakyatdalam erti kata yang sebenar tanpa pendidikandan penghayatan ajaranagama yang sebenar. Kehancuran kehidupan beragama di kalanganrakyat akan menghancurkan negara dan menempah bala bencana dariAllah, Tuhan seluruh alam ini. Golongan agama perlu diberipenghormatan dan kebebasan yang sewajarnya dan perlu diberi peluangyang luas dan memuaskan untuk turut serta dalam sektor kepimpinan danpembangunan negara.

(PM #30467 v1 )36. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mendesak dan menggesa Kerajaan agar segeramenggubal satu dasar perpaduan negara yang konkrit, realistik danberprinsip berteraskan ajaran dan dasar agama rasmi negara, sertakebudayaan rakyat yang berbilang kaum untuk mengatasi segala jenisperpecahan dan permusuhan yang berlaku di antara kaum dan di dalamsesuatu kaum itu sendiri demi kepentingan agama, bangsa dan negara,dunia dan akhirat.

(PM #30468 v1 )37. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa dan mendesak Kerajaan agar membuatkajian yang menyeluruh terhadap para pengamal perubatan tradisionaldan perbomohan kampung serta kebaikan dan keberkesanannya dalammengubati segala jenis penyakit fizikal, mental dan spiritual serta memberipengiktirafan yang sewajarnya dan seterusnya menubuhkan satu jabatankhususnya di bawah Kemehterian Kesihatan untuk memelihara dan

22 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1)

melindungi warisan ilmu dan kepakaran perubatan ini di bidang masing­masing agar dapat sarna-sarna memberi khidmat dan sumbangankepadarakyat dan negara di samping perubatan moden.

(PM #30469 v1 )38. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa dan mendesak Kerajaan agar mengadakansatu peraturan yang khusus untuk membolehkan \Alakil rakyatmenyampaikan hasrat rakyat secara Iisan dan tulisan melalui melalui caradan peluangyang luas dan kesempatan yang lebih selesa serta mendapatrespons dan jawapan segera dari Kerajaan termasuk usul-usul yangdikemukan dan tidak dibahas.

39. TuanChow Kon Yeow [Tanjong] akan mencadangkan:-

Menyedari hakikat bahawa Malaysia sebuah negara yang mempunyaikemajmukan. bahasa, agama, adat-resam dan budaya di kalangan rakyatyang berbilang kaum yang memperkayakan negara kita;

Menyedari keperluannya untuk mengambil usaha berterusan demimelindung, memelihara dan mengembang identiti kepelbagaian bahasadan budaya di negara ini;

Maka Dewan yang mulia ini membuat ketetapan:

Menyeru Kerajaan Malaysia mengiktirafkan dan mengisytiharkan 21Februari sebagai Hari bahasa Ibunda Sedunia (Internasional MotherLanguage Day) demi memajukan kepelbagaian bahasa dan sistempendidikan pelbagai aliran bahasa dan juga untuk menyemaikankesedaran penuh terhadap tradisi bahasa dan budaya yang wujud diMalaysia atas semangat persefahaman, toleransi dan perubahan fikiran.

23 AUM DR 18/03/2003 (PM #30509 v1 )

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN2002

ST. 10

ST.11

ST. 14

ST. 23

ST. 24

RISALAT/DOKUMEN TARIKHDIBENTANGKAN

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 Mac, 2003Yayasan Laporan Kewangan Malaysia tahun2001.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 Mac, 2003Yayasan Tun Razak (YTR) tahun 2001.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 Mac, 2003Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) tahun2001.

Laporan Tahunan Perbadanan Putrajaya 18 Mac, 2003tahun 1997.

Laporan Tahunan Perbadanan Putrajaya 18 Mac, 2003tahun 1998.