ATURCARA KONTRAK C2006

download ATURCARA KONTRAK C2006

of 26

Transcript of ATURCARA KONTRAK C2006

Takrif Kontrakkontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang yang sah.

Prinsip prinsip KontrakTawaran Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat sesuatu

Penerimaan Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat syarat yang tertentu. Sesuatu cadangan apabila diterima menjadi janji

Balasan Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran.

Niat Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-dua belah pihak.

Persetujuan yang sah dari segi undang-undang Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi undangundang kerajaan di mana kontrak dijalinkan.

Ikatan kontrak boleh dilaksanakan Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-dua belah pihak.

Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu.

Perhubungan Kontrak dan Tawaran Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak.

Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam Dokumen Tender.

Kebaikan : Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai perubahan kerja. Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan. Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub kontraktor

Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

Kelemahan : i. Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti. ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, spesifikasi dan Jadual kadar harga.Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk setiap elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender). Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja.

Kontrak TurnkeyDasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk pembinaan dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan masa yang telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2 faktor kenapa kontrak Turnkey diperkenalkan : keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu pemilik kekurangan kumpulan pakar.

kebaikanMengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan projek pembinaan. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lainlain.

Keburukan:Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan sistem tradisional. Boleh menjejaskan penglibatan perundingperunding tempatan di mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perundingperundingnya sendiri. Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.

KUIZ 1 03.08.2010 ( TUES) 1. Tugas ahli2 kumpulan rekabentuk 2. Kesalahan2 kontraktor yang boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh PKK

Kontrak Harga Tambah (Cost Reimbursement)bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit dan perlu disiapkan segera.

Sub kontraktor Domestikorang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi sesuatu penyiapan kerja.

Dipilih sendiri oleh kontraktor utama.Kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah memasang jubin lantai & dinding, kerja simen, kerja konkrit dan sebagainya

Sub kontraktor DinamakanIalah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi menyiapkan sesuatu kerja. Biasa diambil untuk menjalankan kerja-kerja khas yang memerlukan kepakaram seperti kerja cerucuk, pemasangan elektrik, system penyamanan udara, lif dan sebagainya. Pembayaran untuk kerja-kerja yang telah siap adalah dibuat oleh pemilik secara terus kepada Sub kontraktor dinamakan.

Pembekal DinamakanDilantik oleh pemilik/P.P untuk membekalkan bahan dan barang-barang binaan kepada kontraktor utama dalam sesuatu projek. Mengikat kontrak dengan kontraktor utama

Apakah sebab-sebab pembekal dinamakan dilantik?

Perubahan jenis barangan di pasaran seperti kelengkapan elektrik, kertas hiasan dinding dan sebagainya Pembekal dapat memastikan bekalan bahan/barang ada dalam pasaran dan kerja dapat disiapkan mengikut jadual Pembekal biasanya dapat menentukan hanya barangan bermutu sahaja yang digunakan. Pemilik mungkin tidak dapat membuat keputusan bagi sesetengah kerja iaitu kerja kemasan dan sebagainya