ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 ›...

8

Transcript of ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 ›...

Page 1: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan
Page 2: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

ATURCARA

8.30 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Peserta

8.45 pagi : Perasmian

9.00 pagi : Modul 1 : Menerokai Sumber Maklumat

10.30 pagi : Sesi Bergambar & Kudapan

11.00 pagi : Modul 2 : Panduan Penulisan Ilmiah

12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

1.00 petang : Makan Tengahari / Solat

2.15 petang : Modul 3 : Aplikasi Web 2.0

3.15 petang : Soal Jawab & Penyampaian Sijil

4.30 petang : Minum Petang & Bersurai

Page 3: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, Insya Allah peserta dapat:

Mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran pencarian maklumat

dengan lebih berkesan.

Mengetahui pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh dimanfaatkan

di dalam membuat penyelidikan.

Mengaplikasikan maklumat yang diperolehi dan berkongsi ilmu dengan

para pelajar di sekolah.

Keistimewaan bengkel

Penceramah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang

pencarian maklumat penyelidikan.

Mendedahkan peserta kepada maklumat yang relevan dengan

keperluan penyelidikan.

Sesi amali bagi setiap peserta dan nota bengkel dibekalkan.

Berpeluang mengenali Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan lebih dekat.

Sijil Penyertaan dan hadiah misteri disediakan.

Yuran Bengkel

Yuran penyertaan hanya RM50.00 seorang. Yuran termasuk makan dan minum sepanjang bengkel,

nota bengkel dan sijil penyertaan.

PENGENALAN

Pencarian maklumat merupakan perkara asas yang paling penting di dalam penyelidikan. Pengetahuan dan

kemahiran dalam penyelidikan pendidikan perlu dikuasai bagi meningkatkan kualiti penulisan ilmiah. Menye-

dari hakikat ini, Perpustakaan UKM telah mengambil langkah mengadakan bengkel ini bagi membantu me-

nyediakan para pelajar yang berkemahiran dalam pencarian maklumat penyelidikan.

Para peserta akan diberi pendedahan dan latihan secara praktikal mengenai teknik pencarian maklumat serta

nilai-nilai penting di dalam penyelidikan. Bengkel ini juga dapat memberi manfaat kepada penghasilan karya

berteraskan penyelidikan di kalangan para pelajar.

Page 4: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

MENEROKAI SUMBER MAKLUMAT

Peserta akan didedahkan kepada definisi, kategori-kategori sumber maklumat, ben-

tuk-bentuk sumber maklumat dan strategi pencarian maklumat yang berkesan.

Pendedahan ini akan menjadi input yang bermanfaat kepada peserta dalam

menghasilkan satu penulisan penyelidikan berkualiti. Kepelbagaian sumber maklumat

yang diterokai dan strategi pencarian maklumat yang berkesan, bukan sahaja mem-

beri peluang kepada peserta menerokai dunia maklumat tanpa sempadan tetapi akan

membawa kepada pembentukan individu bermaklumat yang cekap.

Page 5: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

PANDUAN PENULISAN ILMIAH

Peserta akan didedahkan kepada pengetahuan asas di dalam menyediakan penulisan

ilmiah. Perkara-perkara asas seperti format, struktur penulisan yang mempunyai elemen-

elemen penting seperti sorotan literatur, kaedah kajian, dapatan kajian dan lain-lain akan

dibincangkan. Turut dikongsi adalah mengenai kepentingan dan keperluan sorotan litera-

tur yang lazimnya menjadi nadi kepada sesuatu kajian. Peserta juga akan berpeluang

mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan penyediaan senarai rujukan seperti

istilah-istilah yang sering digunapakai dan pemilihan Gaya Penulisan.

Page 6: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

APLIKASI WEB 2.0

Membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran para pelajar tentang integrasi Web

2.0 yang lebih bersifat dinamik, kolaboratif dan menekankan integrasi rangkaian sosial sebagai media

komunikasi primer terutamanya dalam konteks pendidikan. Aplikasi ini boleh digunakan peserta untuk

berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat serta kreativiti. Ianya juga dapat menggalakkan

peserta lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pelajar juga dapat mengaplikasi teknologi web 2.0 dan di-

jadikan medium sewaktu membuat persembahan tugasan agar ianya lebih menarik, interaktif dan dina-

mik. Skop topik adalah merangkumi pembangunan, penerbitan serta perkongsian Sumber Pendidikan

Terbuka atau OER (Open Educational Resources) dalam bentuk e-buku, persembahan PowerPoint dan

video animasii berkaitan pelbagai alatan Web 2.0.

Page 7: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

PENCERAMAH

Shaizimah Badzri

Jawatan : Pustakawan

Tempat Bertugas :

Bahagian Perkhidmatan Maklumat

Kelulusan Ikhtisas:

Sarjana Sains Perpustakaan & Maklumat (UM)

Sm.Sains Pengajian Maklumat (UiTM)

Bidang Kepakaran :

Perkhidmatan Maklumat

e-Pembelajaran

Nor Asiah Mohamad

Jawatan : Pustakawan

Tempat Bertugas :

Bahagian Perkhidmatan Maklumat

Kelulusan Ikhtisas:

Sarjana Sains Perpustakaan & Maklumat (UM)

Sm.Sains Pengajian Maklumat (UiTM)

Bidang Kepakaran :

Perkhidmatan Maklumat

e-Pembelajaran

Page 8: ATURCARA - Universiti Kebangsaan Malaysia › ptsl › wp-content › uploads › 2014 › 02 › Brosur...12.30 tgh : Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 1.00 petang : Makan

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Puan Shaizimah Badzri

Tel : 03-89215575 / 019-2523250

[email protected]

Puan Nor Asiah Mohamad

Tel : 03-89215818 / 012-6225158

[email protected]

Puan Wan A’sah Wan Abdul Aziz

Tel : 03-89214428 / 012-6374908

[email protected]

Design by: harie