Awal Sains Dan Matematik Pbk

39
Konsep Pengajaran Konsep Pengajaran & Pembelajaran & Pembelajaran Awal Kanak-kanak Awal Kanak-kanak AHMAD ZAKIYON ISMAIL

description

K

Transcript of Awal Sains Dan Matematik Pbk

  • Konsep Pengajaran & Pembelajaran Awal Kanak-kanakAHMAD ZAKIYON ISMAIL

  • Fokus dalam Pembelajaran Berasaskan Konstruktivisme:Pembelajaran dilakukan oleh kanak-kanak sendiri (Orang lain tidak boleh belajar untuknya); pembelajaran adalah tanggungjawab sendiri

  • Fokus dalam Pembelajaran Berasaskan Konstruktivisme:Pembelajaran berlaku semasa kanak-kanak cuba memahami alam persekitaran mereka.

    Pembelajaran berlaku bila kanak-kanak membina pengetahuan

  • PembelajaranSatu proses interaksi antara kanak-kanak dengan persekitarannya. Persekitaran ini terdiri daripada: rakan sebayaorang dewasaalam sekitar

  • Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Peringkat (Developmentally appropriateness)

  • Setiap kanak-kanak melalui peringkat perkembangan yang sama tetapi pada kadar yang berlainanPada masa yang sama, setiap kanak-kanak mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan unik

  • Peringkat perkembangan kanak-kanak PiagetSensorimotor (0-2 tahun)

    Operasi konkrit (2 11 tahun)Operasi formal (11 ke atas)

  • Susah nak ngajar bebudak kan?Perlu banyak kreativitiSabar je laBermainMenyanyiKalau nyanyi tu biarlah penuh perasaan dan ada gaya barulah seronok kan?

  • Belajar Sains

  • Kanak-kanak adalah naturally curious. Semua objek di alam sekitar boleh menjadi permainan mereka.

  • Kanak-kanak adalah ahli sains secara semula jadi, mereka menerokai persekitaran melalui pemerhatian dan percubaan (experimentation).

  • A childs world is fresh and new and beautiful, full of wonder and excitement. It is our misfortune that for most of us that clear-eyed vision, that true instinct for what is beautiful and awe-inspiring, is dimmed and even lost before we reach adulthood

    by Rachel Carson (1956) A Sense of Wonder

  • Sebagai produk, Sains merupakan satu bidang pengetahuan(body of knowledge) berkenaan dengan alam fizikal dan semula jadi. Bidang pengetahuan Sains ini telah memanfaatkan kehidupan manusia di dunia ini.

  • Sains mempamerkan sifat meneroka, memerhati, dan mengeksperimen.

    Sains melibatkan inkuiri iaitupenerokaan yang aktiffinding out

  • Adalah penting kanak-kanak dilibatkan dalam proses sains kerana kemahiran yang dipelajari melalui proses inkuiri sains ini memanfaatkan mereka dalam mempelajarai bidang lain dan dalam kehidupan mereka sepanjang umur

  • Penerokaan yang aktif melibatkan:Membuat pemerhatianContoh: memerhati perubahan suhu, angin, awan, warna, bentuk, tekstur, bau Menanya soalanContoh: Apa yang akan tenggelam? Di manakah kita boleh jumpa sarang burung?Membuat perbandinganBekas manakah yang mempunyai paling banyak air? Tumbuhan mana yang paling tinggi?MengelaskanKumpulkan daun-daun dan asingkan daun yang permukaannya licin di satu longgokan dan permukaan yang kasar di longgokan yang lainBerkomunikasiCeritakan bagaimana blok anda tidak terjatuh? Lukis satu gambar taman di rumah anda. Ceritakan tentang kucing di rumah kamu.

  • Penerokaan aktif akan mengembangkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat murid iaitu kebolehan membuat pemerhatian yang jitu, menanya soalan, membuat perbandingan, membuat pengelasan dan berkomunikasi

  • Sebagai fasilitator dan mediator, guru:membimbing murid untuk memerhati objek, peristiwa, perlakuan yang biasa

    membekalkan bahan yang menarik untuk diterokai atau dimainkan

    menggalakkan murid menanya soalan semasa mereka memaipulasikan bahan itu untuk mencari jawapan kepada soalan yang muncul dalam otak mereka, contohnya semasa murid merasakan jenis tanih yang berlainan, mereka mungkin akan menanya kenapa ia berbeza

    menunjukkan minat terhadap bahan yang murid sedang menerokai

  • Bagaimana nak menunjukkan guru berminat ke atas apa yang diterokai murid?Menanya soalanMempamerkan sikap mari kita .(lets find out) yang merupakan asas dalam pembelajaran sainsMenunjukkan enthusiasm, murid akan turut dirangsangkan untuk meneroka

  • PenerokaanPenerokaan terbukaPenerokaan terbimbing

  • Langkah yang lazim berlaku semasa penerokaan terbukaPenerokaan ke atas bahan yang difokuskan (experimentation) kesemua deria digunakan: penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau mungkin rasa(mesti setelah mendapat kebenaran daripada guru)

    Keperluan perbendaharaan kata yang berkaitanGuru memperkenalkan perbendaharaan melalui soalan seperti: Bolehkah kamu beritahu apa ini? Bagaimana kamu boleh buat itu?

    Pengenalpastian masalahGuru memperkenalkan masalah dengan menggunakan soalan yang murid tanya

    Mencari jawapan atau menyelesaikan masalah

  • Guru perlu memerhati murid dan menanyakan soalan ke arah membimbing murid lebih memahami perkara yang murid sedang menerokai

  • Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menceritakan apa yang mereka sedang melihat, berfikir, melakukan, akan melakukan atau apa jua persoalan yang ada dalam minda mereka

  • Contoh aktivitiBermain dengan jenis tanih yang berlainan dan tanya soalan seperti Apa bezanya antara tanih ini? Apa jadi jika saya tuang air ke dalam air ini?

    Memerhatikan daun yang berlainan bentuk

    Melukis bayang-bayang pokok pada masa yang berlainan

    Memerhatikan semut bergerak

    Mendengar bunyi burung

    Menanam bunga

    Memerhatikan footprints

    Memain peranan Apa akan berlaku jika anda seekor semut? Apa akan berlaku jika tiada cahaya?

    Berjalan disekeliling sekolah untuk memerhatikan jenis-jenis pokok

    Memerhatikan perubahan cuaca

    Bermain dengan magnet

  • Membuat pembinaan dengan menggunakan blok dan bahan lainMembina sebuah sekolahMembina satu gerai ikanMembina satu jambatanMembina satu zooMembina satu tempat yang murid baru melawatMembina satu permainan pergerakan obstacleDalam aktiviti pembinaan ini, konsep seperti saiz, tinggi, berat, ruang, arah, seimbang, sama, lain, stabil boleh diperkenalkan

  • Mari kita belajar Matematik

  • Kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun

  • Penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku kerja atau tugasan kertas dan pena; kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik mereka melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life.

  • Konsep matematik sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian; gunakan peluang-peluang sebegini untuk mengajar konsep matematik kepada kanak-kanak.

  • Contoh masa dimana konsep matematik boleh dikembangkanMengambil kedatanganBerapa orang yang ada? Jika kita ada 20 orang, sekarang baru ada 15 orang, berapa lagi murid yang belum datang?Masa makanSatu orang satu cawanMasa aktivitiCerita yang menggunakan nombor, lagu yang berhythm, bina kalendar mingguKongsi blok antara dua murid, berapa blok yang mereka dapatKonsep lebih daripada, kurang daripadaMasa aktiviti fizikalMengira bila memanjat tangga, menhitung bila melantun bola, menghitung semasa main lompat-lompat taliMasa ke tandasKita ada 3 sinki tetapi 4 kanak-kanak di sini, berapa orang kena menunggu?

    Masa memasakBerapa sudu gula dimasukkan ke dalam bekas?

  • Pengalaman awal dalam konsep matematik membina asas kepada pemikiran matematik pada peringkat tinggi.

  • Membiasakan kanak-kanak dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka bila mereka dewasa kelak

  • Aktiviti 1: Permainan patenAnda diberi satu set paten yang mengandungi pelbagai saiz dan warna.

    Sila bina aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid menggunakan set paten ini kearah pembinaan konsep matematik.

  • Aktiviti 2: Permainan daduAnda diberi sekeping kertas mahjung dan dua biji dadu. Buatkan petak-petak yang sama ukuran atas kertas mahjung itu.

    Sila rekabentuk aktiviti/permainan menggunakan bahan ini untuk memberi pengalaman kepada murid dalam pengumpulan data dan seterusnya membina pemahaman mereka kearah penhasilan carta/geraf.

  • Aktiviti 3: Menguntai strawAnda diberi straw, tali, benang kasar, fikirkan aktiviti/permainan untuk membina konsep pola.

  • Aktiviti 4: Membuat pemerhatian dan pengelasan

    Anda diberi pelbagai jenis daun. Sila fikirkan aktiviti/permainan untuk meningkatkan kemahiran memerhati dan mengelaskan.

  • Di peringkat prasekolah aktiviti mengembangkan kemahiran sains dan matematik diajar secara berintegrasi dengan bidang lain

  • Contoh integrasi: PokokMemerhati tentang pokokMengira benihnyaPerbandingan antara benihDaun dan kulit pokok digunakan dalam kraf tangan dan lukisanCreate a tree diaryRanting digunakan dalam pembinaanDrama dan nyanyiandan lain-lain

  • Contoh: AirMemerhati air menyejatMembaca buku cerita tentang airMenyiram pokok: Air diperlukan oleh tumbuhanCampurkan air dengan semua jenis cecair: susu, jus limau, minyak, sabun, maduPerhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan Perbincangan tentang Semasa hujan mana air pergi?Air dalam bekas yang berlainan bentuk Bermain dengan airMembandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz

    ***************************************