Awan Kasih Kami: Kedai Barang Elektrik...

download Awan Kasih Kami: Kedai Barang Elektrik Murahawankasihkami.blogspot.my/2014/06/kedai-barang-elektrik-murah.htmlKedai Barang Elektrik Murah Puas juga saya google di mana kedai yang menjual

If you can't read please download the document

Transcript of Awan Kasih Kami: Kedai Barang Elektrik...

Awan Kasih Kami: Kedai Barang Elektrik Murah

Pautan

Home

Projek DIY

Penyusuan/Breasfeeding

02 June 2014

Kedai Barang Elektrik Murah

Puas juga saya google di mana kedai yang menjual barang letrik murah. Niatnya nak buat kajian dulu harga mesin basuh. Akhirnya, saya terjumpa satu perkongsian daripada blogger yang membeli bread maker di sebuah kedai di Kajang dengan perbezaan harga hampir RM400 berbanding kedai lain. Ini memang murah!

Hari Sabtu yang lepas, kami ke kedai tersebut. Niat memang nak survey tapi saya sudah pasang niat juga. Kalau murah, memang beli terus. Tak sempat la nak survey banyak kedai pun. Lagipun, memang nak pakai cepat mesin basuh. Mesin basuh sedia ada sudah kurang berkesan fungsinya. Sudah sampai masa untuk pencen.

Awal-awal lagi saya beritahu suami, agak sukar nak dapat ruang tempat letak kereta berdekatan dengan kedai ini. Sebab, kedai ini berhadapan jalan yang sibuk.

Masuk saja kereta, terus saya berdoa kuat-kuat.

"Ya Allah.. mudahkanlah kami dapat parking yang dekat"

Alhamdulillah, kali ketiga pusing mencari, akhirnya kami dapat ruang letak kereta betul-betul depan kedai. Rezki sungguh! Syukur..

Melangkah masuk ke kedai, terus bertanya mesin basuh front load. Kehendak sebenarnya.. Konon nak cuba jenis macam ini pula. Belek punya belek, fikir dan fikir. Kami tukar fikiran. Beli saja jenis top load. Boleh dapat muatan yang lagi besar dengan bajet yang ada. Akhirnya, kami beli muatan 12kg. Mula-mula, nak ambil yang 15kg. Mujur, saya cepat sedar diri. Kain 3 beranak saja pun kan. 12kg dah sangat cukup untuk kami. Bolehlah lepas ini basuh comforter sendiri di rumah. Tak perlu lagi hantar ke dobi.

Harga yang ditawarkan memang murah. Harga yang ditawarkan oleh aunty tokey kedai lagi murah berbanding uncle. Harga yang uncle beri mahal RM50. Tapi tak mengapalah. Saya fikir, harga itu masih berbaloi. Akhirnya, kami pulang dengan gembira sebab petang ini sudah boleh membasuh baju dengan senang hati.

Jika ada pembaca yang nak membeli barang elektrik, boleh cuba ke kedai ini.

PUSAT PERKHIDMATAN TV & VIDEO TOONG KING

No 6, Jalan Besar Kajang 43000 Selangor.

Tel: 03-87332188

Harga berbaloi. Layanan terbaik. Sabar menunggu. Siap bukak mesin basuh baru muatan 14kg dan 12kg, letak sebelah-menyebelah untuk kami banding. Rajin melayan pelanggan. Siap dukung Hana lagi.

Hana dah susah hati, takut kena tinggal

Harga mesin basuh yang sama di Aeon Big. Memang jauh beza dengan harga di kedai Toong King.

Posted by

Baizura Hanapi

at3:06 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:Ulasan

51 comments:

nadiaSunday, June 15, 2014

hi.. berapa beza harga u beli mesin basuh tu ye? tq :)

ReplyDelete

Baizura HanapiMonday, June 16, 2014

Hi,

Beza RM400 :)

ReplyDelete

Fateen AiyubThursday, October 30, 2014

tinggal kat putrajaya ker?berapa ye dia ambik kos penghantaran?

ReplyDeleteReplies

Baizura HanapiSunday, November 02, 2014

Aah di Putrajaya. Dia tak amik kos penghantaran pun..

Delete

Reply

AnonymousSaturday, November 15, 2014

Dia xamik cas delivery ke atau certain tmpt mmg free??

ReplyDeleteReplies

Baizura HanapiTuesday, November 25, 2014

Saya tatau lah kalau sesetengah tempat ada caj. Boleh la cuba tanya

Delete

putra khusyairiThursday, November 27, 2014

Blh wt loan kedai x?

Delete

Reply

Baizura HanapiSaturday, November 29, 2014

En Putra,

Saya tak pasti tentang loan. Boleh call cuba tanya..

ReplyDeleteReplies

Sabir SurinaTuesday, April 12, 2016

Ade no.tel kedai x

Delete

Sabir SurinaTuesday, April 12, 2016

Ade no.tel kedai x

Delete

Reply

AnonymousMonday, December 01, 2014

Kajang belah mana kedai dia? dekat dengan ape ye?

ReplyDeleteReplies

Baizura HanapiMonday, December 15, 2014

Kedai ni berhadapan dengan Billion Kajang. Kedai di sebelah kiri. Billion di sebelah kanan.

Delete

Mohd TaufikSunday, January 17, 2016

Bilion yg dh tutup tu ke

Delete

Mohd TaufikSunday, January 17, 2016

Bilion yg dh tutup tu ke

Delete

Reply

AnonymousSunday, March 22, 2015

Salam..nak tnye,kalau 2nd hand still ada warranty or x?huhu

ReplyDelete

AnonymousWednesday, April 22, 2015

nak Tanya, petia ais ada tak jual kat sini...banyak pilihan tak?

ReplyDelete

zool mohdFriday, May 01, 2015

Nak tanya...deep freezer ada jual x kt sne yea...

ReplyDelete

hafizahFriday, May 08, 2015

salam..kedai kt sebelah public bank kjg byk pilihan juga..mmg brg electric rumah ku semua beli kat sana..tk silap nama kedai rickkee kot..

ReplyDelete

Baizura HanapiThursday, June 25, 2015

Kepada yang bertanya,

Peti ais ada dijual. Deep freezer saya tak pasti ada ke tak. Boleh cuba call tanya dulu..

Puan hafizah,

Public bank kajang tu kat mana. Saya tak berapa arif sangat kawasan kajang ni..

ReplyDelete

Shai HpdTuesday, July 07, 2015

salam, saya tak syorkan kedai ni. saya beli fridge dan washing machine, barang tak sampai2 pun kat rumah saya. rumah ni belum saya duduki jadi bila nak delivery saya datang tapi barang tak sampai. bila call tanya,toong king cakap saya tak bagi alamat walhal saya dah call no kat invoice dia tu untuk bagi alamat 2 hari sebelumnya. then mr low (dari toong king) call saya minta saya sms alamat ke hphone dia. saya hantar sms dan set date untuk delivery 2nd time. saya call untuk remind 2 hari sebelum dan pada pagi hari delivery tu, tapi barang tetap tak sampai. bila call mr low dia ckp saya tak bagi alamat pulak. pening ke apa mr low ni. bila saya bagitau dah sms baru dia cakap sori, dia tak bc sms, dah tu minta orang sms kepadanya apa kejadahnya. dia minta set untuk next time. saya fed up dan beli barang kat senheng online. dalam tempoh 2 minggu toong king takde call bertanya pun kepada customer yang 2 kali mereka gagal deliver barang. sangat teruk toong king ini, dorg tak kisah kot sebab customer bukan saya seorang. hari ni saya pergi toong king untuk minta balik deposit saya, rm 50 jer pun. saya jumpa yang kepala botak tengah ( ayah toong king kot, bukan datuk toong king yang susah nak jalan tu). tapi toong king tak nak bagi deposit saya, alasan dorg nak hantar la, gst la apa la, saya tak kisah kalau saya yang suka2 hati cancel booking ni dan burn deposit. tapi ni salah toong king. dah la bercakap dengan saya acuh tak acuh dan tak pandang muka, yang saya rasa sangat kurang ajar terhadap customer, bukan salah customer pun. saya blah dari kedai bila dorg tak nak pulangkan deposit, takde rezeki saya, rezeki haram toong king yang ada. harga washing machine yang saya nak lebih murah di giant prima saujana (termasuk gst). harga sama sahaja, beza sikit jer dengan giant dan tesco. senheng mahal sikit tapi delivery cepat hantar sehari awal dari request date. nasihat saya kalau nak beli, beli barang yang tak perlu delivery, kalau delivery kot jadi macam saya tak sampai2, deposit burn sakit hati sebab bukan salah kita pun. saya ban toong king mula hari ini

ReplyDeleteReplies

Baizura HanapiThursday, July 09, 2015

Salam Encik,

Tak sangka toong king buat layanan macam ni. Kami baru dua kali beli barang di kedai ni. Tapi baru sekali ja yang kena delivery. Setakat ini, ok barang hantar macam yang diminta,

Delete

Man SiakapWednesday, September 23, 2015

mungkin ada salah paham

Delete

Haniff izharMonday, October 12, 2015

Deposit sikit sgt tuh. Diorang wat layan tak layan je. Almaklumlah kedai femes ramai pelanggan. Saya beli peti ais n washing machine kat kedai ni trus bayar full sehari sebelum delivery. Barang sampai je waktu yg dijanjikan.. bukan dekat ye, diorang hantar sampai ke Pajam N9 tu. Free delivery sekali klu pandai mintal diskaun. Btw, kekadang kos delivery tu diorang dah masuk dlm harga barang, so better mintak diskaun barang dulu sebelum mention nak hantar mana. Then, bila dah deal, baru gitau nak hantar mana. Kalau diorang mintak charge delivery, pepandai la nego kasi sampai free..

Delete

Blue BoyWednesday, October 14, 2015

shai hpd nie dengki........saya masuk semua website barangan eletrik kat kajang.......dia bagi komen yg bukan2.......mungkin dia ingin jatuhkan kedai toong king atau dia sendiri ada kedai barangan elctrik.....sebab tu dia cuba nak propaganda......sabotaj kedai lain..............

Delete

Blue BoyWednesday, October 14, 2015

shai hpd nie dengki........saya masuk semua website barangan eletrik kat kajang.......dia bagi komen yg bukan2.......mungkin dia ingin jatuhkan kedai toong king atau dia sendiri ada kedai barangan elctrik.....sebab tu dia cuba nak propaganda......sabotaj kedai lain..............

Delete

Shai HpdSaturday, December 26, 2015

salam. terima kasih pada yang respon. benda ni memang terjadi pada saya tiada propaganda. saya pun tiada kedai letrik pun saya nak beli barang tempoh hari pun saya google memang banyak cakap kedai ni bagus jadi saya beli la. sabotaj xde la bro watpe nak sabotaj xde guna. memang saya google semua dan cari mana yang ada cakap psl toong king saya copy paste apa yang say tulis di sini supaya saya dapat share kan pengalaman saya. deposit mmg sikit bila tanya toong king dia cakap u letak jer brapa rm 5 pun xpe, ptt sy bg rm 5 jer. mungkin tuan semua belum kene tapi x mengapa mungkin bukan rezeki saya. silalah tuan berurusan dengan toong king kalau nak, saya share apa yang saya kene sahaja, saya xnak lagi datang ke kedai ni

Delete

SesumpahSaturday, November 05, 2016

Saya dah beli bertahun2 dgn kedai ni.. mmg paling murah dan harga tip top.. macam x percay je berita ni. Tuan kedai tu pon baik x sombong..

Delete

AnonymousTuesday, November 29, 2016

Saya beli dari kedai ni hampir 25 tahun rasanya.. semua barang elektrik beli kat sini.. alhamdulillah ok je plak.. mgkin ada salah faham.. komunikasi tak sampai ni..

Delete

annWednesday, March 28, 2018

da 30 tahun beli kat kedai ni..dr zaman bapak saya smp kepada saya yg da beranak pinak ni.. boleh ambik je bayar kemudian pn dia x kesah. harga mmg murah gile..takyah la u nk fitnah bukan2.

Delete

Reply

Ayoh Ngoh PulaTuesday, September 29, 2015

kalau tgk kat gambar mcm bnyk barang letrik ada kt kedai ni.. tv pon nmpak mcm bnyk je ada..harga tv sini beza tak ngan kedai2 lain?

ReplyDeleteReplies

Tok ManWednesday, September 30, 2015

of cos le berbeze.. mane2 kedai mcm tu.. marketing.. ade jual murah ade jual tak brape murah.. mahal skit. ada mahal banyak.. hahahaha

Delete

En. MohsinWednesday, September 30, 2015

kau nak cari tv murah2 ke? pegi courts la. skrg ada jualan murah pesta tv. semalam aku baca berita kat sokkaba metro. huhu

Delete

Man SiakapThursday, October 01, 2015

ye je murah? kang kalau pegi kata dah abis la apa la. aku penah pegi smpai je courts terus takde dah barang yg jual murah tu. agaknya dah abis kot. uhuhuhu

Delete

En. MohsinSunday, October 04, 2015

haha. aku baca promosi ni smpai 18 oktober. sempat lagi kalau kau nk g beli tv kt courts tu

Delete

Ayoh Ngoh PulaSunday, October 04, 2015

kalau btul murah, why not aku tak beli je kat courts. kann.. jimat apa kalau ada promosi mcm ni. boleh la tambah size tv makin besar, bli yg baru. ahhaha

Delete

Tok ManMonday, October 05, 2015

kan. kalau time2 murah pastu dh mmg nk beli tv baik trus pegi. kan abis promosi melepas pulok. hahaha.

Delete

Reply

Saiful KakashiTuesday, February 23, 2016

Ada jual dryer bju x?

ReplyDelete

Saiful KakashiTuesday, February 23, 2016

Ada jual dryer bju x?

ReplyDelete

UnknownMonday, April 18, 2016

Saya bersetuju dgn Shai Hpd..memang betul cakap dia..dah la tak hantar barang on time lepas tu kurang ajar pulak..lepas tu tak nak pulang deposit...jangan pegi kedai ni..sombong sebab ada banyak customer...

ReplyDeleteReplies

SesumpahSaturday, November 05, 2016

Mcm dengki je

Delete

AnonymousTuesday, June 06, 2017

letak deposit? deposit apa?

Delete

Reply

AnonymousTuesday, May 24, 2016

Betol Betol Betol

ReplyDelete

Muhammad Syafiq Bin RahimTuesday, June 14, 2016

Terima kasih sebab cerita tentang Toong King dekat sini, saya ada beli Dryer dan Washer dekat sini, ada barang murah, ada barang mahal sikit, kena pandai2 bandingkan harga . Aunty yang jaga tu pun pandai explain barang2 dia.

Tetapi overall saya rasa lebih murah berbanding kedai2 lain. Alhamdulillah, penghantaran pun okay je, siap boleh hantar malam.

ReplyDelete

merpati putihMonday, July 18, 2016

This comment has been removed by the author.

ReplyDelete

UnknownFriday, May 05, 2017

salam kepada pengguna..sorry nk mencelah sikit ye..kepada yg tidak berpuas aty dgn service di kedai toong kin tu knp prlu bersngka buruk seperti menyebarkan cerita yg mengaibkan..sepatutnya kita sebagai pengguna seharusnya bijak utk mendapatkan apa yang kita inginkan..jikalau brlaku sesuatu sprti tidak dikembalikan wang deposit kita boleh mnggunakan saluran yg betul utk membetulkan keadaan dan hak kita sebagai pengguna terbela..tapi sya nmpak ulasan2 yg dikomen seperti unsur2 mnjatuhkan dan mngaibkan..perlu ke???

ReplyDelete

UnknownThursday, July 20, 2017

peti ais 1pintu ada x..klu ada whatsap sy0192595290

ReplyDelete

UnknownThursday, July 20, 2017

peti ais 1pintu ada x..klu ada whatsap sy0192595290

ReplyDelete

mohd yusranMonday, July 31, 2017

aircond jenama media 1Hp berapa harga bos?

ReplyDelete

AnonymousWednesday, August 02, 2017

midea 1hp siap pasang kalau xsilap RM980mec 1hp siap pasang RM950

aritu ada tanya kt kedai tu..

ReplyDelete

iskandar mirzaThursday, August 03, 2017

water heater with pump below rm400 ade x ?Tv LED Sharp 50" harga berapa yer ?

ReplyDelete

annWednesday, March 28, 2018

rasanya yang komen negatif pasal toong king ni..mesti kedai letrik u olls tak laku kan.hehe

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Stroller Combi Spazio Untuk Dijual

Keadaan - seperti baru. Guna kurang 10 kali

Harga - RM 800.00

COD Putrajaya/Bangi

Lihat Gambar

Ramai Membaca Ini

Kedai Barang Elektrik Murah

Amalan Semasa Mengandung

Pengalaman Bersalin : Hana Nur Widad

Lactul - Penyelesaian Sembelit Lepas Bersalin

Rutin Harian Semasa Berpantang

Cuba Cari

Label

Akhirat(2)

Aksesori(1)

Bayi(19)

Bayi: persediaan(3)

breastfeeding(16)

Cloth Diaper(2)

cloth pad(1)

DIY(11)

DIY: Untuk bayi(1)

Hana(15)

Jalan-Jalan(2)

Jualan(2)

Majlis - Hantaran(1)

Majlis - Kad Undangan(3)

Majlis - Pelengkap(4)

Majlis - Persalinan(4)

Majlis - Prosedur Nikah(2)

Mengandung(2)

Monolog(34)

Penawar Alami(1)

penyusuan(15)

Positif(4)

resepi(1)

tanpa gula(1)

tanpa telur(1)

Tips(1)

Ulasan(12)

Saya Suka!

Wellness Mama

158: How to Use Bee Products for Health & Save the Bees with Beekeepers Naturals

20 hours ago

The Imagination Tree

Paper Plate Pizza Fractions

5 days ago

white house black shutters

1910 House Renovation Plans and Timeline

2 weeks ago

KellyMom

Breastfeeding and Marijuana

4 weeks ago

IHeart Organizing

My Favorite Tips for Organizing a Deep Pantry

5 weeks ago

Sew,Mama,Sew! Blog

Fabric Origami Fox Box Valentines

2 months ago

Omiyage Blogs

Pretty Postal Tropical Mail Swap

3 months ago

Growing A Jeweled Rose

Grinch Slime for Kids

4 months ago

Don't Call Me Betsy

And the most lazy blogger ever award goes to...

6 months ago

Diary Of A Traveller

Beauty doesnt exist without ugliness

10 months ago

SEWNnatural

A.w.a.k.e.

2 years ago

bila hati berbicara

barut bayi by aieyn

4 years ago

Perkongsian

Hannah Johary

Ikut Suami Pergi Audit

Being Husna Hadzarami

Quality of Life

Mummy's Reviews

[Discount] Cots & baby furniture by Babyhood

I n t a n N o r a z a m

IntanSari Homestay Kuantan

~my jOurnEy~

rutin baru mama

Mummy Zahra Nak Cerita

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 4 tahun.

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan

Penunjuk arah, backdrop, banner & bunting pakej bawah RM100

Rumah Kami, Syurga Kami

Tema Avengers

Suka membaca :)

About Me

Baizura Hanapi

View my complete profile

Simple theme. Powered by Blogger.