Ayat Aktif Nota

2
AYAT AKTIF / PASIF Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja jenis ini bermula dengan imbuhan me-, mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan. Contoh ayat aktif ialah: Adik memasukkan guli ke dalam lubang. Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. Kesemua ayat tersebut merupakan ayat aktif. Sekiranya dipasifkan, kata kerjanya akan menjadi kata kerja pasif iaitu menerima imbuhan di- atau di – kan dan diikuti kata sendi oleh. Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas: Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat- ayat yang melibatkan kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami dll) Contoh. Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

description

bahasa melayu

Transcript of Ayat Aktif Nota

Page 1: Ayat Aktif Nota

AYAT AKTIF / PASIF

Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja

jenis ini bermula dengan imbuhan me-, mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan

imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan.

Contoh ayat aktif ialah:

Adik memasukkan guli ke dalam lubang.

Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya

Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.

Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital.

Kesemua ayat tersebut merupakan ayat aktif. Sekiranya dipasifkan, kata kerjanya akan

menjadi kata kerja pasif iaitu menerima

imbuhan di- atau di – kan dan diikuti kata sendi oleh.

Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas:

Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif

Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif

Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif

Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif

Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif

Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif

Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif

Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif

Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat-ayat

yang melibatkan kata ganti nama diri pertama

(saya, aku, hamba, beta, kami dll)

Contoh.

Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif

Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

Sepatutnya:

Buku cerita itu saya baca. – Ayat pasif - BETUL

Contoh tambahan.

Kami menyediakan bilik untuk mesyuarat. - Ayat aktif

Bilik disediakan oleh kami untuk mesyuarat. - Ayat pasif –SALAH

Bilik kami sediakan untuk mesyuarat - Ayat pasif - BETUL