Ayat ayat al quran tentang akhlak

10
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 36 AYAT AL QURAN 1 Surah AnNaba'. Ayat 009. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? 2 Surah AlFurqaan. Ayat 047. Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. 3 Surah AlFurqaan. Ayat 024. Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya. 4 Surah AlA’raaf. Ayat 004. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. 5 Surah AlMuzammil. Ayat 002. Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 6 Surah AlMutaffifiin. Ayat 023. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

Transcript of Ayat ayat al quran tentang akhlak

Page 1: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 36

AYAT AL QURAN

1

Surah AnNaba'. Ayat 009.

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

2 Surah AlFurqaan. Ayat 047.

Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan

tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

3 Surah AlFurqaan. Ayat 024.

Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat

rehatnya.

4 Surah AlA’raaf. Ayat 004.

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

5 Surah AlMuzammil. Ayat 002.

Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

6 Surah AlMutaffifiin. Ayat 023.

Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan

dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

Page 2: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

7 Surah AlWaqi'ah. Ayat 089.

Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

8 Surah AlMutaffifiin. Ayat 035.

Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

9 Surah AlMu’min. Ayat 061.

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan

siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak

bersyukur.

10 Surah AlQasas. Ayat 073.

Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari

limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

11 Surah AnNaml. Ayat 086.

Page 3: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka

berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

12 Surah AnNahl. Ayat 006.

Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika

kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang) dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).

13 Surah AlKahfi. Ayat 031.

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa

sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah

balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

14 Surah AlQasas. Ayat 072.

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap

selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa

kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?

15 Surah AlAn'aam. Ayat 096.

Page 4: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang

menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah

Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

16 Surah Yunus. Ayat 067.

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan

siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).

17 Surah AdzDzariyaat. Ayat 017.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

18 Surah AlKahfi. Ayat 063.

Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelungsur

menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.

19 Surah AlInsaan. Ayat 013.

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan

tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

20 Surah AlAn'aam. Ayat 060.

Page 5: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah

tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

21 Surah AlKahfi. Ayat 019.

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari

sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak

kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut

dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu

22 Surah AlWaqi'ah. Ayat 034.

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Page 6: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

23 Surah AlQalam. Ayat 019.

Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

24 Surah AsSajdah. Ayat 016.

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan

perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami

beri kepada mereka.

25 Surah AlKahfi. Ayat 012.

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup

(dalam gua itu).

26 Surah AlKahfi. Ayat 018.

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan

dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

Page 7: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

27 Surah AlKahfi. Ayat 025.

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

28 Surah AlKahfi. Ayat 011.

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

29 Surah AlA’raaf. Ayat 097.

Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

30 Surah Yaasin. Ayat 052.

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha

Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-Rasul.

31 Surah ArRum. Ayat 023.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang

Page 8: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar

(nasihat pengajaran).

32 Surah AlKahfi. Ayat 026.

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh

penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam

hukumNya.

33 Surah AzZumar. Ayat 042.

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak

mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang

ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

34 Surah AlBaqarah. Ayat 255.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada

Page 9: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya,

Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa

yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat

kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

35 Surah AnNisaa'. Ayat 034.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-

perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-

perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan

(kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha

Besar.

36 Surah AnNisaa'. Ayat 034.

Page 10: Ayat  ayat al quran tentang akhlak

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum

perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah

membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak

hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu

menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-

cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.