AYAT KVKV PDPR KEMAHIRAN 32...3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. STANDARD...

10
Done by TINIE JOSS AYAT KVKV DISEDIAKAN OLEH: CIKGU TINIE JOSS, GURU PEMULIHAN KHAS, SK. PATIKANG LAUT, KENINGAU MODUL PDPR PEMULIHAN

Transcript of AYAT KVKV PDPR KEMAHIRAN 32...3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. STANDARD...

  • Done by TINIE JOSS

    AYAT KVKV

    DISEDIAKAN OLEH: CIKGU TINIE JOSS, GURU PEMULIHAN KHAS, SK. PATIKANG LAUT, KENINGAU

    MODUL PDPR PEMULIHAN

  • Done by TINIE JOSS

    SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT, KENINGAU SABAH.

    SASARAN Murid Pemulihan Tahun 2

    SUBJEK Bahasa Melayu

    TAJUK / TEMA Bacaan dan Pemahaman / Sepakat Membawa Berkat

    KEMAHIRAN

    PEMULIHAN AYAT KVKV

    NOTA BERKAITAN

    TOPIK / TEMA

    Rujuk Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program

    Pemulihan Khas, Kemahiran 32. Manakala Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2

    juga dijadikan bahan rujukan bagi memperkayakan kosa kata yang

    melibatkan kemahiran ayat mudah KVKV.

    STANDARD

    KANDUNGAN

    1.1 Membaca dan memberikan respons.

    2.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik.

    3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.

    STANDARD

    PEMBELAJARAN

    1.1.1 (ii) Mendengar, mengecam sebutan, memahami dan menyebut ayat

    dengan betul dan tepat; ayat tunggal.

    2.2.1 (i) Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan;

    kosa kata.

    3.2.2 (i) Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan;

    bertumpu.

    OBJEKTIF

    PEMBELAJARAN

    Pada akhir PDPC, murid dapat;

    1. Membaca petikan mudah dengan sebutan yang betul.

    2. Menjawab soalan kefahaman berdasarkan ayat / petikan.

    3. Melengkapkan ayat dengan perkataan bermakna berpandukan teks

    bacaan.

    TEMPOH

    PELAKSANAAN 19.10.2020 sehingga 28.10.2020

    AKTIVITI

    PENGAJARAN

    &PEMBELAJARAN

    1. Murid membaca dan memahami petikan dan ayat mudah KVKV secara

    latih tubi dengan bimbingan ibu bapa / penjaga berpandukan video rakaman

    bacaan guru dan juga pautan video pembelajaran melalui applikasi Youtube.

    2. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja Modul Bacaan &

    Pemahaman.

    PENTAKSIRAN

    TP1 Tahu

    TP2 Tahu dan Faham

    TP3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    MODUL PDPR PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHAP 1

  • Done by TINIE JOSS

    1. Murid-murid membaca secara latih tubi petikan dan ayat KVKV

    dengan berpandukan video rakaman suara (bacaan guru) dan

    juga pautan video bacaan dari applikasi Youtube yang akan

    dihantar oleh guru mengikut hari dan tarikh yang telah

    ditetapkan dalam jadual melalui applikasi Whatsapp.

    2. Murid yang mempunyai capaian internet yang baik boleh

    berlatih membaca mengikut panduan suara guru yang terdapat

    dalam video rakaman guru atau video pada pautan Youtube

    dengan pemantauan ibu bapa / penjaga.

    3. Ibu bapa / penjaga digalakkan menjalankan peranan

    membantu dan membimbing murid yang menghadapi masalah

    capaian internet lemah untuk membaca secara latih tubi ayat

    mudah KVKV yang terdapat pada lembaran kerja yang

    diberikan.

    4. Aktiviti soal jawab mengenai isi petikan dan ayat adalah

    digalakkan. Murid digalakkan untuk melontarkan sebarang

    pertanyaan berbentuk teks ataupun pesanan suara dan hantar

    kepada guru melalui applikasi Whatsapp. Ibu bapa / Penjaga

    digalakkan melaksanakan aktiviti soal jawab setelah murid

    selesai latihan bacaan bagi meningkatkan kemahiran

    pemahaman murid terhadap bahan bacaan.

    5. Murid mencetak dan menyiapkan aktiviti Latihan Modul Bacaan

    & Pemahaman mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Manakala murid yang tidak memiliki kemudahan mesin cetak

    boleh menyalin dan menulis latihan di dalam buku latihan

    Bahasa Melayu Pemulihan Khas yang dibekalkan guru sebelum

    cuti PKP.

    6. Murid menghantar imej setiap lembaran kerja yang telah

    disiapkan kepada guru melalui applikasi Whatsapp bagi

    memudahkan guru merekodkan hasil kerja murid.

  • Done by TINIE JOSS

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca petikan di bawah.

    Jani beli guli.

    Guli Jani biru.

    Jani beli lima biji guli.

    Jani beli lima biji guli daripada Bala.

    Jani beri tiga biji guli kepada Didi.

    Isikan tempat kosong. 1. Jani beli _______________ ( bola, guli ). 2. Guli Jani _________________ ( biru, baru ). 3. Jani beli ________________ ( tiga, lima ) biji guli. 4. Jani beli guli daripada _______________ ( Bala, Didi ). 5. Jani beri ______________( lima, tiga ) biji guli kepada Didi.

    LATIHAN 1

  • Done by TINIE JOSS

    ;

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca ayat di bawah.

    1. Lori bawa kayu jati.

    2. Leha beli tiga buku roti.

    3. Siti suka baca buku.

    4. Jari mama luka kena kaca.

    5. Suri suka kopi susu.

    Jawab soalan di bawah. 1. Jari mama luka kena apa? _____________________________________________________ _____________________________________________________. 2. Siapa suka baca buku? _____________________________________________________ _____________________________________________________. 3. Suri suka apa? _____________________________________________________ _____________________________________________________. 4. Leha beli berapa biji roti? _____________________________________________________ _____________________________________________________.

    LATIHAN 2

  • Done by TINIE JOSS

    LAMPIRAN C

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca petikan di bawah.

    Ini guru.

    Ini guru saya.

    Nama guru saya Rina.

    Guru saya lawa.

    Guru saya beli buku.

    Guru saya suka baca buku.

    Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan. 1. Ini guru siapa? ___________________________________________________________. 2. Siapa nama guru? ___________________________________________________________. 3. Guru suka baca apa? ___________________________________________________________.

    LATIHAN 3

  • Done by TINIE JOSS

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca petikan di bawah.

    Ini nasi.

    Nani suka nasi.

    Mama Nani saji nasi.

    Mama beri nasi kepada Nani.

    Mama jamu nasi tiga kali satu hari.

    Isikan tempat kosong.

    1. Ini ____________ ( saji , nasi ).

    2. Nani suka ________________ ( nasi , padi ).

    3. Mama Nani saji ______________ ( padi , nasi ).

    4. ______________ ( Mama , Bapa ) beri nasi kepada Nani.

    5. Mama____________ ( jamu , beli ) nasi tiga kali satu hari.

    LATIHAN 4

  • Done by TINIE JOSS

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca petikan di bawah.

    Ini roti.

    Lela suka roti.

    Lela ada roti kaya.

    Roti kaya rasa manis.

    Lela suka makan roti kaya.

    Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan. 1. Lela ada apa? ___________________________________________________________. 2. Lela suka makan apa? ___________________________________________________________. 3. Roti kaya rasa apa? ___________________________________________________________.

    LATIHAN 5

  • Done by TINIE JOSS

    BACAAN DAN PEMAHAMAN

    NAMA: TARIKH:

    Baca petikan di bawah.

    Ini raga.

    Ini raga lama.

    Bapa beri raga pada mama.

    Raga lama mama lawa.

    Mama suka bawa buku guna raga.

    Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan. 1. Ini raga siapa? ___________________________________________________________. 2. Siapa beri mama raga? ___________________________________________________________. 3. Mama bawa apa guna raga? ___________________________________________________________.

    LATIHAN 6

  • Done by TINIE JOSS

    SKOR PENTAKSIRAN

    KEMAHIRAN 32: BACAAN DAN PEMAHAMAN NAMA MURID KELAS TARIKH PENGHANTARAN

    HASIL KERJA MURID TAHAP PENGUASAAN MURID

    CATATAN TP1 TP2 TP3 TAHU TAHU DAN

    FAHAM TAHU, FAHAM &

    BOLEH BUAT

    LATIHAN 1

    LATIHAN 2

    LATIHAN 3

    LATIHAN 4

    LATIHAN 5

    LATIHAN 6

    RUMUSAN SKOR

    **Sila tandakan ✅ sebagai rekod tahap penguasaan murid untuk setiap latihan.