Ayat Penyata

8

description

NM

Transcript of Ayat Penyata

Page 1: Ayat Penyata
Page 2: Ayat Penyata

AYAT PENYATA1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.3. contoh:a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.

AYAT TANYA1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.4. contoh:a) Barang itu apa?b) Pemain piano itu siapa?

AYAT PERINTAH1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:a) Ayat suruhan c) Ayat silaanb) Ayat larangan d) Ayat permintaan

Ayat Perintah Penggunaan Ayat Contoh:Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.1. Minumlah teh ini dahulu.2. siapkan kerja sekolah ini.

Page 3: Ayat Penyata

Ayat Larangan Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.1. Jangan petik bunga itu.2. Usah bermain di tepi jalan.

Ayat Silaan Menjemput atau mempersilakan seseorangMenggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.2. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan Memohon permintaan dan pertolongan.Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.2. Tolong ambilkan saya secawan air.

AYAT SERUAN

1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.4. Ayat contoh:a) Amboi, cantiknya gadis itu!b) Wah, mahalnya baju ini!

Page 4: Ayat Penyata

Isi ayat tersebut dengan jenis ayat yang sesuai.

1.   Ibu saya bekerja sebagai peguan di sebuah syarikat guaman.         (       ) 2.   Aduh, sakitnya kakiku!                                                                           (       )

3.    Hajar sedang melayari Internet di dalam biliknya.                               (       )

4.    Keluarga Encik Aziz telah berpindah ke Ampang.                               (      )

5.    Awak suka warna hitam atau kuning?                                             (      )

6.    Siapakah yang datang ke rumah nenek kamu pagi tadi?                   (      )

7.    Tolong hantar buku ini ke perpustakaan.                                           (      ) 8.    Rafiqah sedang bermain dengan anak patungnya.                            (     )

9.    Pemandangan di tepi pantai sangat indah.                                       (      )

10. Kim Wah seorang yang rajin dan baik hati.                                             (      )        

Page 5: Ayat Penyata

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat penyata yang lengkap:

1. belajar * Tahun * di * Dua * Arif * Shahmi _____________________________________________.

2. Petro Sains * sekeluarga * Kami * ke * melawat _____________________________________________ .

3. emas * Subang * kepunyaan * itu * Puan Aminah _____________________________________________ .

4. ialah * Bunga * raya * kebangsaan * kita * bunga _____________________________________________ .

5. Polis * mengintip * sedang * itu * pencuri _____________________________________________ .

6. menolong * jalan * Syukri * orang * melintas * itu * tua _____________________________________________ . Klafikasikan ayat – ayat tersebut kepada jenis – jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.

Page 6: Ayat Penyata

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi.

(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !

(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?

(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindikit penyeludupan beras semalam.

(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Maon.

(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?

(ii) Syabas, engkau telah menang!

(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.

(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda kepang.

(v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?