Ayat Perintah

20

Click here to load reader

Transcript of Ayat Perintah

Page 1: Ayat Perintah

Tatabahasa (Ayat Perintah)

Untuk murid 4, 5 dan 6Set Induksi Jenis ayat Latihan 1 Latihan 2

KELUAR

Page 2: Ayat Perintah

Mari kita menonton sedutan filem “Bujang Lapok”. Kamu diminta menyenaraikan ayat

perintah yang dipaparkan dalam sedutan filem ini.

Klik pada ikon di bawah.

Page 3: Ayat Perintah

Menu utama

Page 4: Ayat Perintah

Ayat PerintahAyat Seruan

Ayat PenyataAyat tanya

AYAT

Page 5: Ayat Perintah

AYAT LARANGAN

AYAT PERMINTAAN

AYAT SILAAN

AYAT SURUHAN

Page 6: Ayat Perintah

Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tidak usah.

Contoh ayat : Jangan ambil harta orang. Jangan menangis. Usah kaupedulikan dia.

Page 7: Ayat Perintah

Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

Contoh ayat : Keluar dari bilik ini ! Makan kuih ini dahulu. Ambil wang ini. Pukul ular itu!

Page 8: Ayat Perintah

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh ayat : Minta tuan-tuan jelaskan yuran

persatuan. Minta kamu semua bertenang. Tolong hantar jawapan sebelum hari

Ahad.

Page 9: Ayat Perintah

Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.

Contoh ayat : Sila datang ke rumah saya. Jemputlah masuk. Sila serahkan borang ke pejabat.

Page 10: Ayat Perintah

Dengar cerita ini dan kenalpasti dialog yang menggunakan ayat perintah.

Farhani menopang dagu di jendela. Matanya bulat melihat air mengalir. Hujan lebat menghalang pemandangannya.

“Ani, bagaimana keadaan air sekarang?” Tiba-tiba ibunya bersuara dari dalam bilik.

“Makin naik, mak. Tadi baru tenggelam anak tangga, tapi sekarang sudah hampir mencecah lantai.”

“Ani, pergilah minta bantuan, kita dalam bahaya ni.”

Page 11: Ayat Perintah

“Tidak! Ani tak akan tinggalkan mak,” . Farhani menjawab tegas. Kakinya tiba-tiba berasa sejuk. Air sudah mencecah lantai.

“Ani, tolong selimutkan mak. Mak sejuk. ”Puan Fatimah mengerang kesejukan dan kesakitan. Sudah tiga bulan dia terlantar di atas katil. Dia tidak tahu apakah penyakit yang dihidapinya.

“Mak, jangan menangis. Jangan susah hati. Kita akan selamat. Penyakit emak akan sembuh,” Farhani cuba mententeramkan ibunya, sedangkan jauh di sudut hatinya, dia sendiri takut apabila memikirkan nasib dan keadaan mereka.

Page 12: Ayat Perintah

Mak, rumah kita condong!” Farhani separuh menjerit apabila dia terasa tubuhnya tiba-tiba hendak tumbang. Dengan pantas dia memegang ibunya dan dengan spontan pula dia menendang daun pintu rumah. Begitu kuat sehingga tercabut dan tercampak ke air.

“Mak, kita akan selamat, mak! Pegang papan pintu ini kuat-kuat. Jangan lepas.” Farhani memeluk ibunya. Air mata ketakutan dan kesedihan telah bersatu dengan air hujan yang mencurah-curah di dalam banjir yang tidak mengenal mangsa.

Page 13: Ayat Perintah

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Page 14: Ayat Perintah

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Page 15: Ayat Perintah
Page 16: Ayat Perintah
Page 17: Ayat Perintah

Bina ayat daripada kata perintah di bawah.

1. Harap - _______________________________

2. Usah - ________________________________

3. Jemput - ______________________________

Page 18: Ayat Perintah

4. Jangan - ____________________________

5. Minta - _____________________________

6. Tolong - ____________________________

Sila hantar tugasan ini di alamat [email protected] atau

[email protected]

Page 19: Ayat Perintah

Bicara yang lembut jadikan amalan,

Halus bahasa jadi hiasan;

Tegurlah teman secara sopan,

Kelak dirimu jadi teladan.

[email protected]

[email protected]

om

Page 20: Ayat Perintah

Bina ayat daripada kata perintah di bawah. Kemudian emelkan ke alamat [email protected]

1. Harap______________________________________________________________________________________________________________________

2. Tolong______________________________________________________________________________________________________________________

3. Jangan______________________________________________________________________________________________________________________

4. Minta______________________________________________________________________________________________________________________

5. Jemput______________________________________________________________________________________________________________________