Ayat Tanya Tertutup

9
7.3 PERBEZAAN PENGGUNAAN AYAT TANYA TERBUKA DAN TERTUTUP DALAM NOVEL 7.3.1 Ayat Tanya Tertutup Ayat tanya tertutup ialah ayat yang dapat dijawab dengan perkataan, ya, tidak, tak atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya adakah pada awal ayat. Perhatikan bahawa jika jawapan bagi ayat tanya tersebut adalah bukan atau tidak. Kata nafi bukan atau tidak itu diulang. Bi l Ayat tanya tertutup Bab Muka surat Baris 1. Kau dah makan, Fuad? 6 64 12 2. Kita minum dulu, ya? 7 71 28 3. Awak anak sulung? 7 72 25 4. Maksudnya, awak ni memang lahir Islam?7 74 20 5. Salahkah kalau aku tak mempedulikan ayah sendiri kerana berkecil hati akibat ketidakacuhannya kepada agama? Salahkah aku, Ana?7 75 4 6. Apak sakit? 8 86 4 7. Ini rumah Pak Ngah Lias, ya? 10 104 11 8. Cakap dengan apak di KL. Tolonglah saya apak, ya?10 112 9 Jadual : Ayat Tanya Tertutup Berdasarkan jadual diatas, terdapat 8 ayat yang tergolong dalam ayat tanya tertutup iaitu satu ayat dalam bab 6, empat ayat dalam bab 7, satu ayat dalam bab 8 dan dua ayat dalam bab 10. “Kau dah makan, Fuad?” (Bab: 6, MS: 64, B: 12) merupakan ayat tanya tertutup kerana jawapan yang diberikan terhad dan tidak memerlukan huraian yang selanjutnya bagi soalan tersebut. 20

description

bahasa melayu penggal 2

Transcript of Ayat Tanya Tertutup

Page 1: Ayat Tanya Tertutup

7.3 PERBEZAAN PENGGUNAAN AYAT TANYA TERBUKA DAN TERTUTUP DALAM NOVEL

7.3.1 Ayat Tanya Tertutup

Ayat tanya tertutup ialah ayat yang dapat dijawab dengan perkataan, ya, tidak, tak atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya adakah pada awal ayat. Perhatikan bahawa jika jawapan bagi ayat tanya tersebut adalah bukan atau tidak. Kata nafi bukan atau tidak itu diulang.

Bil

Ayat tanya tertutup Bab Muka surat

Baris

1. “Kau dah makan, Fuad?” 6 64 12

2. “Kita minum dulu, ya?” 7 71 28

3. “Awak anak sulung?” 7 72 25

4. “Maksudnya, awak ni memang lahir Islam?” 7 74 20

5. “Salahkah kalau aku tak mempedulikan ayah sendiri kerana berkecil hati akibat ketidakacuhannya kepada agama? Salahkah aku, Ana?”

7 75 4

6. “Apak sakit?” 8 86 4

7. “Ini rumah Pak Ngah Lias, ya?” 10 104 11

8. “Cakap dengan apak di KL. Tolonglah saya apak, ya?”

10 112 9

Jadual : Ayat Tanya Tertutup

Berdasarkan jadual diatas, terdapat 8 ayat yang tergolong dalam ayat tanya tertutup iaitu satu ayat dalam bab 6, empat ayat dalam bab 7, satu ayat dalam bab 8 dan dua ayat dalam bab 10.

“Kau dah makan, Fuad?” (Bab: 6, MS: 64, B: 12) merupakan ayat tanya tertutup kerana jawapan yang diberikan terhad dan tidak memerlukan huraian yang selanjutnya bagi soalan tersebut. Selain itu, jawapan yang diberikan hanyalah

20

Page 2: Ayat Tanya Tertutup

dijawab dengan perkataan “dah” atau “belum”. Sebagai contoh jawapan yang telah diberikan dalam novel Melunas Rindu ialah “Dah”.

Selain itu, ayat tanya “Kita minum dulu, ya?” (Bab: 7, MS: 71, B: 28) ialah ayat tanya tertutup kerana ayat tanya tersebut hanya dijawab dengan perkataan “ya” atau “tidak”. Selain itu, ayat tersebut juga disoal dengan intonasi yang menaik pada akhir ayat. Contoh jawapan yang telah diberikan ialah “okey” yang bermaksud “ya”.

Seterusnya, ayat tanya “Awak anak sulung?” (Bab: 7, MS: 72, B: 25) merupakan ayat tanya tertutup. Ayat tersebut menggunkan intonasi yang menaik pada akhir ayat dan hanya memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”. Jawapan bagi ayat tanya tersebut juga tidak perlu dihuraikan kerana tiada penggunaan kata tanya dan hanya menggunakan tanda soal [?]. Sebagai contoh, jawapan yang diberikan ialah “Ha-ah” yang memberi maksud yang sama dengan “ya”.

Ayat tanya “Maksudnya, awak ni memang lahir Islam?”(Bab: 7, MS: 74, B: 20) menjadi ayat tanya tertutup kerana jawapan yang diberikan terhad iaitu “ya” atau “tidak”. Selain itu, jawapan bagi soalan tersebut juga boleh dijawab dengan perlakuan atau reaksi. Jawapan yang telah diberikan dalam novel ini ialah Fuad mengangguk, malah beberapa kali. Jawapan tersebut bermaksud “ya” kerana individu yang menjawab soalan tersebut hanya memberikan reaksi mengangguk kepala yang bermaksud setuju dengan soalan yang diberikan atau mengakui tentang perkara yang disoal.

“Salahkah kalau aku tak mempedulikan ayah sendiri kerana berkecil hati akibat ketidakacuhannya kepada agama? Salahkah aku, Ana?” (Bab: 7, MS: 75, B: 4) ayat tanya tersebut menjadi ayat tanya tertutup kerana jawapan yang diterima hanyalah satu jawapan sahaja iaitu “salah” atau “tidak salah”. Ayat tanya tersebut juga telah menggunakan partikel-kah sebagai unsur pertanyaan. Sebagai contoh, jawapan yang telah diberikan dalam novel ialah “ Entahlah Fuad,” yang bermaksud individu yang menjawab soalan tidak tahu atau tidak dapat membuat keputusan yang muktamad bagi soalan tersebut. Ayat tanya tersebut menjadi ayat tanya tertutup kerana jawapan yang diberikan hanya satu jawapan sahaja dan tidak dihuraikan.

Ayat tanya “Apak sakit?” (Bab: 8, MS: 86, B: 4) merupakan ayat tanya tertutup kerana ayat tersebut tidak ditandai dengan kata tanya dan jawapan yang perlu diberikan bagi ayat tanya tersebut terhad atau satu jawapan sahaja. Selain itu, intonasi yang menaik juga digunakan pada akhir ayat tanya tersebut. Jawapan yang sepatutnya diberikan bagi ayat tanya tersebut ialah jawapan “ya” atau “tidak”. Sebagai contoh, jawapan yang perlu diberi ialah “ya” kerana individu yang disoal

21

Page 3: Ayat Tanya Tertutup

tersebut sakit tetapi jawapan di dalam novel, individu tersebut sebenarnya tidak memberi apa-apa jawapan.

Ayat tanya “Ini rumah Pak Ngah Lias, ya?” (Bab: 10, MS: 104, B: 11) ialah ayat tanya tertutup kerana ayat tanya tersebut hanya memerlukan satu jawapan sahaja dan jawapan yang perlu diberi ialah “ya” atau “tidak”. Selain itu, perkataan “ya” selalunya terdapat pada akhir ayat dan menjadi unsur pertanyaan. Sebagai contoh, jawapan yang telah diberikan ialah “ Ya, betul.” yang bermaksud individu tersebut setuju atau mengiyakan soalan yang ditujukan.

“Cakap dengan apak di KL. Tolonglah saya apak, ya?” (Bab: 10, MS: 112, B: 9) ialah ayat tanya tertutup kerana ayat tanya tersebut hanya memerlukan satu jawapan sahaja dan tidak perlu dihuraikan. Selain itu, ayat tanya tersebut juga menggunakan perkataan “ya” pada akhir ayat sebagai jawapan dan jawapan yang diterima hanyalah jawapan “ ya “ atau “tidak”. Sebagai contoh, jawapan yang telah diterima oleh penyoal dalam novel tersebut ialah individu tersebut bersetuju dengan soalan yang ditanya dan melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh penyoal. Reaksi setuju yang ditunjukkan oleh individu yang menjawab soalan tersebut ialah Peter Lim sudah mula berbual dengan Apaknya.

Ayat tanya tertutup dalam novel Melunas Rindu ini banyak digunakan dalam bab 7. Hal ini demikian kerana, bab tersebut banyak memberi soalan yang memerlukan persetujuan orang atau individu tertentu agar jalan penceritaan lebih menarik dan menyentuh perasaan pembaca. Selain itu, penggunaan ayat tanya tertutup penting dalam sesebuah novel kerana jalan penceritaan lebih menjadi dengan soalan-soalan yang diberikan dan pembaca dapat menghayati atau membayangkan situasi yang melibatkan perbualan antara watk-watak yang terdapat dalam novel tersebut. Oleh itu, novel menjadi lebih menarik dengan adanya penggunaan ayat tanya.

22

Page 4: Ayat Tanya Tertutup

7.3.2 Ayat Tanya Terbuka

Ayat tanya terbuka menghendaki jawapan yang berupa penjelasan atau

penerangan. Ayat tanya jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti apa,

bagaimana, berapa, bila, siapa, mana, kenapa dan frasa sendi nama tanya seperti

yang mana, di mana, sejak bila, dan sebagainya. Kata tanya boleh berpindah

sama ada di hadapan atau di akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai dengan

partikel-kah dalam ayat susunan songsang.

Bil Ayat tanya terbuka Bab Muka surat

Baris

1. “ Apa khabar kau sekarang, Fuad?” 6 57 13

2. “ Apa hal kau datang ni, Chin? ” 6 57 28

3. “ Siapa ada di rumah?” 7 72 18

4. “ Di mana hendak dicari?” 8 84 17

5. “ Apa khabar, Mama?” 8 85 19

6. “ Oh yakah? Okeylah, Assalamualaikum” 8 90 9

7. “ Macam mana rasanya, Apak?” 8 90 10

8. “ Dah sembahyang ke belum?” 9 99 19

9. “ Apakah mungkin dia tidak disenangi oleh

semua orang?”

9 100 21

10. “ Jadi, kamu ni Abdul Halim? Anak

Roslan?”

10 105 4

11. “ Mampukah Farhana menggantikan tempat

Sofia di sudut hatinya?”

10 113 7

12. “ Kalau benarlah ibu masih bernyawa, di

mana mungkin dapat kucari jejakmu?”

10 113 18

Jadual 7: Ayat Tanya Terbuka

Berdasarkan jadual di atas, terdapat 12 ayat yang tergolong dalam ayat tanya

terbuka iaitu dua ayat dalam bab 6, satu ayat dalam bab 7, empat ayat dalam bab

8, dua ayat dalam bab 9 dan tiga ayat dalam bab 10.

23

Page 5: Ayat Tanya Tertutup

Ayat tanya “ Apa khabar kau sekarang, Fuad?” (Bab:6, MS :57, B:13)

merupakan ayat tanya terbuka kerana jawapannya pelbagai. Selain itu, ayat

tersebut telah ditandai oleh kata tanya “apa” menunjukkan ayat tersebut ialah ayat

tanya yang memerlukan jawapan yang perlu dihuraikan. Sebagai contoh, jawapan

yang diberikan oleh Fuad bagi soalan tersebut ialah “ Aku sihat-sihat saja.

Marilah kita masuk ke dalam. Panas ni.”.

Selain itu, ayat tanya “ Apa hal kau datang ni, Chin? ” (Bab:6, MS :57, B:28)

merupakan ayat tanya terbuka. Ayat tanya tersebut menjadi ayat tanya terbuka

kerana jawapan yang diperlukan pelbagai dan telah ditandai oleh kata tanya “

Apa”. Contoh jawapannya ialah “ Tak ada yang penting sangat Fuad. Cuma

uncle (Pak cik) nak tahu khabar engkau. Itu saja.”.

Seterusnya, ayat tanya “ Siapa ada di rumah?” (Bab:7, MS :72, B:18) ialah

ayat tanya terbuka kerana ayat tanya tersebut menggunakan kata tanya “siapa”

yang memerlukan jawapannya dalam bentuk gelaran atau nama seseorang

individu atau kumpulan. Sebagai contoh, jawapan yang diberikan ialah “ Mak,

adik-adik,”.

Seterusnya, ayat tanya “Di mana hendak dicari?” (Bab:8, MS :84, B:17)

menjadi ayat tanya terbuka kerana kata tanya “di mana” memerlukan jawapan

tempat atau lokasi sesuatu kawasan. Selain itu, jawapan yang diperlukan bagi

ayat tanya tersebut ialah punca atau hasil daripada sesuatu perkara yang

dilakukan. Sebagai contoh, jawapan yang diberikan ialah “ Perolehan daripada

kerja menoreh getah hanya sekadar dapat membereskan makan minum

sekeluarga”.

Ayat tanya “Apa khabar, Mama?” (Bab:8, MS :85, B:15) ialah ayat tanya

terbuka kerana jawapan yang dikehendaki pelbagai. Ayat tanya tersebut telah

menggunakan kata tanya “apa” sebagai pertanyaan untuk mengetahui sesuatu

perkara lebih lanjut. Sebagai contoh, jawapan yang sepatutnya diberikan ialah

“ khabar baik.”

Ayat tanya “ Oh yakah? Okeylah, Assalamualaikum” (Bab:8, MS :90, B:9)

menjadi ayat tanya terbuka kerana jawapan yang diberikan ialah pelbagai dan

24

Page 6: Ayat Tanya Tertutup

telah ditandai dengan partikel –kah sebagai kata tanya. Jawapan yang telah

diberikan dalam novel ialah “ Ya. Waalaikumussalam.”

Ayat tanya “Macam mana rasanya, Apak?” (Bab:8, MS :90, B:19) menjadi

ayat tanya terbuka kerana jawapan yang diberikan ialah “ Macam nilah Fuad.

Tapi aku rasa sihat lepas tengok muka kau”. Jawapan yang diberikan pelbagai

dan telah ditandai dengan kata tanya “Macam mana”.

“ Dah sembahyang ke belum?” (Bab:9, MS :99, B:19) merupakan ayat tanya

terbuka kerana memerlukan jawapan yang pelbagai walaupun menggunakan

perkataan “dah” dan “belum” sebagai pertanyaan. Jawapan yang diberikan

sepatutnya jawapan ayat tanya tertutup tetapi dalam konteks ayat tanya tersebut

jawapannya hanya memerlukan respon daripada individu yang menjawabnya

dengan perlakuan atau perbuatan mahupun jawapan pelbagai. Sebagai contoh,

jawapan yang diberikan ialah dalam bentuk perbuatan iaitu orang yang menjawab

soalan hanya memberi respon untuk tidak menjawab apa-apa, sebaliknya cuma

menjeling dengan riak yang tidak senang. Jawapan yang diberikan tidak menepati

ciri-ciri ayat tanya terbuka dan tertutup. Sepatutnya ayat tanya tersebut ialah ayat

tanya tertutup. Oleh itu, novel tersebut telah melakukan kesalahan penggunaan

ayat tanya.

Ayat tanya “ Apakah mungkin dia tidak disenangi oleh semua orang?”

(Bab:9, MS :100, B:21) menjadi ayat tanya terbuka kerana menggunakan partikel

–kah dan ditandai dengan kata tanya “apa” yang menunjukkan bukti yang kukuh

bagi ayat tersebut sebagai ayat tanya terbuka. Selain itu, jawapan yang diperlukan

juga pelbagai dan jawapan tersebut juga sepatutnya memerlukan respon daripada

semua orang untuk memberi pendapat.

Ayat tanya “ Jadi, kamu ni Abdul Halim? Anak Roslan?” (Bab:10, MS :105,

B:4) ialah ayat tanya terbuka kerana jawapan yang sepatutnya diberikan ialah

“ Ya, sayalah Abdul Halim. Anak Roslan.” Selain itu, ayat tanya tersebut juga

telah menggunakan tanda soal [?] sebagai unsur pertanyaan dan jawapan yang

diberikan juga pelbagai.

25

Page 7: Ayat Tanya Tertutup

“ Mampukah Farhana menggantikan tempat Sofia di sudut hatinya?”

(Bab:10, MS :113, B:7) merupakan ayat tanya kerana nada dan intonasi yang

digunakan pada akhir ayat meninggi yang menunjukkan unsur pertanyaan. Ayat

tanya tersebut juga telah ditandai dengan partikel- kah dan ditandai dengan tanda

soal [?]. Ayat tanya yang diberikan pula mempunyai tujuan dan jawapannya juga

perlu dihuraikan. Seperti ayat tanya yang berbentuk monolog tersebut

memerlukan jawapan persetujuan dan pendapat sendiri bagi seseorang individu

tersebut. Monolog seperti ayat tanya tersebut memerlukan persetujuan dan sebab

yang perlu dinyatakan bagi mengukuhkan lagi jawapan yang diberikan oleh

individu itu sendiri.

Ayat tanya “ Kalau benarlah ibu masih bernyawa, di mana mungkin dapat

kucari jejakmu?” (Bab:10, MS :113, B:18) merupakan ayat tanya terbuka

kerana jawapan yang diberikan pelbagai. Ayat tanya tersebut juga telah

menggunakan kata tanya frasa sendi nama iaitu “di mana”. Ayat tanya tersebut

memerlukan jawapan bagi sesuatu lokasi atau tempat yang perlu dicari untuk

mendapatkan jawapannya. Selain itu, jawapan yang boleh diberikan bagi ayat

tanya tersebut juga ialah “ Engkau dapat mencari jejak ibumu di Kuantan.”.

Ayat tanya terbuka dalam novel Melunas Rindu ini banyak digunakan dalam bab

8. Hal ini demikian kerana, ayat tanya banyak digunakan dalam novel untuk

menghidupkan watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut. Penggunaan ayat

tanya dalam novel tersebut juga menarik minat pembaca dan mendedahkan

penggunaan ayat tanya yang betul dalam perbualan kehidupan seharian manusia

dan ayat-ayat tanya yang digunakan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca

tentang perkara yang akan terjadi seterusnya.

26