Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

download Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

of 3

description

TAHUN 2

Transcript of Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.1 subjek1 predikat

Sayasakit

Rumah Alicantik

Ahmadtidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.Ayat majmukKata hubungAyat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.dan(a) Suhaili suka makan nasi lemak.(b) Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah Fazli.Yang(a) Rumah itu besar.(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.bahawa(a) Dia memberitahu.(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.Apabila(a) Dia akan balik ke kampung.(b) Dia ada masa lapang.

Latihan :(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________5.Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.1. Ayah membaca surat khabar.Ayah menonton televisyen. sambil________________________________________2. Hanita tinggal di Taman Aman.Suresh tinggal di Taman Aman dan_________________________________________3. Amran melayari internet.Amran mencari maklumat terbaru. untuk_________________________________________4. Kasut itu berwarna biru.Kasut itu sangat mahal. yang_________________________________________5. Kami terkejut.Kami terdengar bunyi letupan. apabila_________________________________________6. Halim kaya.Halim kedekut. tetapi_________________________________________7. Murid itu mengetuk pintu.Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.sebelum__________________________________________8. Ibu memarahi adik.Adik bermain di tepi longkang.kerana__________________________________________9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.Asward tidak sihat. walaupun__________________________________________