AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar...

104
KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar...

Page 1: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI-NILAI

MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH

AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KONSEP PENDIDIKANM BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI- NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH

RENDAH SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : BLOK S1,FASA 1E, BANDAR BARU SERI MANJUNG 32040 SERI MANJUNG PERAK. Tarikh: 30 APRIL 2009.

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

(NAMA PENYELIA) Tarikh : 30 APRIL 2009

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : .................................................

Nama Penyelia : Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan

Tarikh : ..................................................

Page 4: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

i

KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU SERTA PENERAPAN NILAI-NILAI

MURNI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH.

AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : AZHARUL NIZAM BIN ZAHARI

Tarikh : ........................................................

Page 6: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Zahari bin Khalid dan Ainon binti Abd Latif serta

Bapa dan ibu mertuaku,

Basiran bin Tayib@Md Taib dan Norah binti Mohd Nor

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

maha mengetahui dan membalasnya .

Istimewa buat

Isteri yang dicintai Noor Atiqah binti Basiran

Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganku

serta

Kesemua ahli keluarga yang membantu secara langsung dan tidak langsung

Semoga Allah memberkati segala perbuatanmu

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Dr. Abdul Rahim Hamdan

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

Page 7: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

iv

Penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dipanjatkan

kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah laporan ini

disiapkan dengan sempurna.

Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada Dr. Abdul Rahim Hamdan selaku pensyarah pembimbing

yang telah banyak memberi tunjuk ajar,saranan-saranan yang bernas, sokongan

dan kesediaan beliau meluangkan masa menyemak laporan kajian ini sepanjang

tempoh kajian ini dilaksanakan. Seterusnya tidak lupa juga kepada para

pensyarah serta kakitangan Fakulti Pendidikan ribuan terima diucapkan.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu dan bapa serta isteri saya Noor

Atiqah bt Basiran yang tidak putus mendoakan kejayaan saya. Terima kasih

kerana memberikan semangat setiap masa kepada saya. Tidak lupa kepada ahli

keluarga yang telah membantu di dalam menyiapkan kajian ini.

Teristimewa buat rakan-rakan seperjuangan ,terima kasih di atas idea-idea

dan sumbangan sama ada secara langsung ataupun tidak. Jasa dan sumbangan

kalian semua amat dihargai.

Semoga segala jasa anda semua diberkati Allah dan dibalas dengan seribu

kerahmatan.

Page 8: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

v

ABSTRAK

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana tahap kefahaman guru

terhadap konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai

murni di dalam pengajaran oleh guru-guru matematik(kumpulan sasaran) di

sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung. Kajian ini melibatkan 70 orang

guru yang mengajar matematik tingkatan satu,dua dan tiga di 10 buah sekolah

menengah di daerah Manjung, Perak. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah

berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Data kajian dianalisis

menggunakan perisian SPSS 15 dan melibatkan kaedah statistik seperti

kekerapan, peratusan, min dan juga ujian T. Hasil daripada analisis yang telah

dijalankan mendapati guru-guru matematik memahami konsep pendidikan

bersepadu seperti penggabungjalinan diantara subjek agama dan matematik. Guru

memahami bahawa konsep asas pendidikan bersepadu ialah hubungan kesepaduan

diantara unsur agama, emosi, rohani dan intelek amat perlu di dalam mendidik

pelajar. Guru-guru juga mempunyai sikap yang positif di dalam melaksanakan

penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil

daripada dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

diantara guru lelaki dan guru perempuan tentang kefahaman konsep pendidikan

bersepadu dan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai cadangan, guru haruslah memantapkan lagi kefahaman

mereka tentang konsep pendidikan bersepadu dan menunjukkan contoh yang baik

supaya pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dapat dijalankan dengan lebih

berkesan. Sokongan, kerjasama dan pemantauan oleh semua pihak terutama

daripada pihak –pihak atasan seperti pengetua, pejabat pelajaran daerah, jabatan

pelajaran negeri dan kementerian pelajaran Malaysia amatlah diperlukan agar

pelaksanan penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan dengan baiknya selari

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 9: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the level of understanding towards

integrated education concept and inculcation of moral values in the teaching and

learning process by secondary mathematics teachers (target group) at Manjung

Disctrict. This research involved 70 mathematics teachers teaching Form 1, 2 and

3 from 10 schools in Manjung. The research design was based on a descriptive

method using questionnaires as the instrument to collect data. The data had been

analyzed with SPSS 15 using the statistical approach such as frequency,

percentage, mean and t-Test. Finding shows that, teachers understand the

concepts of “Pendidikan Bersepadu” such as integrating two subjects like

mathematic and Islamic. They also know the basic concept of “Pendidikan

Bersepadu” such as integrating religion, emotion, intellectual and spiritual is very

important in educating students. The result of the study showed that teachers

thought positively on the implementation of the moral values in teaching. The

study also show there is significant different between the male and female teacher.

This research suggests that teachers should gain more knowledge about integrated

education concept and show the good attitudes in implementing the moral values

in their teaching. The principles, district education officer, state education

department and officer from the ministry of education should give their full

support to make the implementation of the moral values is inline with the National

Education Philosophy(FPK).

Page 10: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKASURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis 9

1.7 Kerangka Konsep 9

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Batasan Kajian 12

Page 11: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

viii

1.10 Definisi Istilah 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Konsep Pendidikan Bersepadu 15

2.2.1 Konsep Pendidikan Bersepadu

Dalam Matematik 19

2.3 Penerapan Nilai-Nilai Murni 21

2.3.1 Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam

Pengajaran Matematik 28

2.4 Kesimpulan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35

3.7 Instrumen Kajian 36

3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36

3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 38

3.8 Prosedur Kajian 38

3.9 Analisis Data 39

3.10 Penutup 41

Page 12: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Jantina Responden 43

4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43

4.2.3 Pengalaman Mengajar 44

4.2.4 Tingkatan Diajar 45

4.3 Kefahaman Terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu 45

4.4 Kefahaman Terhadap Konsep Penerapan Nilai-Nilai

Murni Dalam Pengajaran Matematik 48

4.5 Hasil Ujian Hipotesis 57

4.6 Kesimpulan 58

BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 60

5.3 Tahap Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu 60

5.4 Tahap Pelaksanaan Penerapan Nilai Murni 61

5.5 Rumusan Dapatan Ujian Hipotesis 63

5.6 Perbincangan 65

5.7 Cadangan 68

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.9 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 76

Page 13: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 35

3.2 Pengelasan Skor Skala Likert 40

3.3 Skala Min 40

3.4 Penentuan Tahap Peratusan 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Lokasi Tempat Mengajar 44

4.3 Pengalaman Mengajar Responden 44

4.3 Tingkatan Diajar Responden 45

4.4 Kekerapan Skor(peratus),min dan purata min terhadap

Pemahaman Konsep Pendidikan Bersepadu oleh guru-guru

Matematik Menengah Rendah Daerah Manjung 46

4.5 Kekerapan Skor(peratus),min dan purata min terhadap

Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik

Menengah Rendah di Daerah Manjung 49

4.6 Analisis Ujian-t Perbezaan Kefahaman Konsep Pendidikan

Bersepadu berdasarkan Jantina 57

4.7 Analisis Ujian-t Perbezaan Pelaksanaan Nilai- Nilai Murni

Di Dalam pengajaran Matematik Berdasarkan Jantina 58

Proses P&P

Page 14: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

xi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Konsep Kajian. 10

Page 15: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

xii

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JERI Jasmani Emosi Rohani Dan Intelek

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

PDRM Polis Diraja Malaysia

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

S Setuju

SS Sangat Setuju

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

% Peratus

Page 16: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal selidik. 70

B Pengesahan Item soal selidik

C Surat dari KPM

D Surat dari JPN Perak

E Surat kebenaran mendapatkan maklumat

Page 17: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

1

BAB 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju, dengan

masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh,

hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang,

adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmula, dan mempunyai

penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan

kental.

Pendidikan ialah faktor penting di dalam sistem kehidupan manusia.

Bentuk dan aliran pendidikan yang menjadi faktor mengubah kehidupan manusia.

Sistem dan konsep pendidikan haruslah menitikberatkan tentang pembangunan

insaniah dan tidak hanya menumpukan kepada pembangunan aspek fizikal sahaja.

Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan ia bertujuan untuk

meninggikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari

segi jasmani,emosi intelek, dan rohani (JERI) berdasarkan kepada kepercayaan dan

Page 18: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

2

kepatuhan kepada Tuhan. Ia selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) iaitu membantu murid-murid memperkembangkan potensi dari

segi JERI secara menyeluruh dan bersepadu. Pelajar yang berkembang secara

menyeluruh dan bersepadu adalah aset penting pembangunan negara.

Dewasa kini kita sering dihidangkan dengan cerita masalah-masalah

disiplin remaja sekolah seperti gejala ponteng sekolah, gangsterisme, merokok,

melawan guru, buli, vandalisme, maksiat dan banyak lagi masalah disiplin yang

melibatkan pelajar sekolah. Masalah disiplin yang menular dikalangan pelajar

sekolah kini ialah bukan masalah yang harus kita lihat sebagai masalah yang remeh

tetapi sebagai satu masalah nasional.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan

menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat

Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar telah berkurangan

daripada 2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun 2007.

Penglibatan murid dalam kes jenayah, disiplin dan salah laku telah juga berkurangan

daripada 0.03 peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus pada Jun 2007. Selain

itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh negara telah mewujudkan program permuafakatan

dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi membantu

melaksanakan tindakan yang lebih holistik dalam menangani masalah disiplin murid.

Menurut Nor’Ain (1999), masalah tingkahlaku di kalangan pelajar

merupakan satu cabaran kepada negara yang mengorak kemajuan dalam kepesatan

pembangunan. Penggunaan guna tenaga manusia secara optimum menyumbangkan

beberapa senario terhadap perkembangan tingkahlaku anak-anak atau remaja.

Ketidakselarasan tingkahlaku dalam merealisasikan penerapan nilai-nilai murni

menggambarkan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara. Ini

bermakna berlaku kepincangan di antara sistem pendidikan dan juga penglibatan

Page 19: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

3

beberapa golongan yang mempunyai kepentingan dengan diri pelajar. Ibubapa, adik-

beradik, saudara-mara, rakan sebaya serta guru-guru turut terlibat dalam proses

penjanaan bangsa untuk memartabatkan kemajuan negara setanding dengan negara

lain.

1.2 Latarbelakang Masalah

Di dalam mengejar arus kemodenan teknologi dan juga pencapaian akademik

pelajar di dalam pendidikan, aspek nilai di dalam masyarakat tidak harus

dipinggirkan. Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah difahamkan

bahawa pendidikan itu suatu usaha yang berterusan dan juga merupakan suatu usaha

bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi

sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Bagi menunaikan hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran telah membuat

beberapa strategi antaranya ialah pelaksanaan pendidikan bersepadu dan juga

penerapan nilai-nilai murni. Ini bermaksud semasa dalam pengajaran secara

langsung atau tidak langsung guru-guru akan menerapkan nilai-nilai murni. Di dalam

sembilan cabaran utama wawasan 2020 terdapat salah satu cabarannya ialah

mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, teguh dalam nilai agama dan

kejiwaan. Menurut Plato dalam Munirah Ahmad Darsuki(2004), beliau memberi

penekanan moral melaui sastera, drama dan muzik. Di sini kita dapat lihat bahawa

pentingnya untuk mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang menitikberatkan

tentang kerohanian.

Guru berperanan dalam merealisasikan impian dan hasrat kerajaan kerana

guru ialah pendidik dan berperanan menghasilkan generasi masa depan yang berguna

serta dapat menyumbang kepada sumber tenaga manusia. Menurut Mok Soon

Page 20: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

4

Sang(2003) tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian

ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan

sahsiah murid-murid. Ini bermaksud guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf

pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya. Guru harus

memastikan murid-murid ini berkembang dengan seimbang dari segi JERI.

Persoalannya adakah guru telah melaksanakan amanah dan tangungjawabnya

dalam menjalankan dasar negara? Adakah mereka benar-benar faham apakah itu

yang dimaksudkan pendidikan bersepadu? Menurut Abdul Rahim Hamdan (2007),

kurikulum yang ada di Malaysia disemak semula mengikut tempoh tertentu bagi

meningkatkan kemampuan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi yang

menepati dasar negara. Ini bermaksud bahawa Kementerian Pelajaran memandang

berat akan hal ini dan ianya haruslah menjadi satu amanah kepada para guru.

Dewasa kini kita sering terbaca mengenai masalah sosial di kalangan pelajar.

Kes buli samseng, vandalisme dan lain-lain lagi amat mendukacitakan dan

memalukan. Malah kita lebih dikejutkan lagi dimana mereka telah terlibat dengan

jenayah yang lebih besar seperti membunuh, merakam video lucah, dan penagihan

dadah. Lebih banyak isu yang timbul maka lebih ramai yang mempersoalkan tentang

peranan guru di sekolah . Bagi memartabatkan bidang profesion perguruan maka

guru seharusnya mengambil inisiatif bagi membendung masalah sosial ini dari

menular dengan lebih lagi.

Jika pihak guru tidak mengambil inisiatif dari sekarang maka generasi pelapis

masa depan akan musnah. Berdasarkan kenyataan Abidin Basri (1991), matlamat

pembangunan untuk mencapai negara maju hanya akan tercapai sekiranya

masyarakat berkembang dengan nilai harmonis dan makmur. Masyarakat yang

mempunyai ilmu dan etika yang tinggi akan mencapai tahap pembangunan yang

tinggi.

Page 21: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

5

Justeru itu menurut Meor Ibrahim (2000), bagi mencapai segala matlamat

yang perlu dicapai oleh negara, langkah awal perlu bermula dari sistem

pendidikan.Sistem pendidikan yang terancang akan melahirkan masyarakat yang

berilmu, beramal dan berwawasan. Selaras dengan Kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan(FPK) dan juga konsep pendidikan bersepadu melalui Kurukulum

Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), kesepaduan antara pemerolehan

pengetahuan, kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni perlulah dilaksanakan

oleh guru dalam diri setiap pelajar.

1.3 Penyataan masalah

Menurut Mok Soon Sang (2003), guru bukan sahaja mengajar dan

memberikan pengalaman yang ada padanya kepada pelajar malah mempunyai

peranan lain. Guru juga diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat

dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada

murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan

seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Guru diharapkan menjadi agen

pembaharuan di dalam masyarakat. Guru harus sentiasa berusaha menanam sikap,

nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah pembinaan masyarakat

yang maju serta mempunyai nilai sosial yang tinggi.

Menurut Mary Warnock di dalam Munirah Ahmad Darsuki (2004) masalah

disiplin pelajar di sekolah dan isu moral memang tidak dapat dibendung lagi.

Masalah ini dilihat semakin hari semakin meningkat. Seperti yang diketahui umum

kegiatan maksiat, merakam video lucah, merogol, lumba haram, penyalahgunaan

dadah dan membunuh adalah antara masalah sosial remaja yang menular di negara

kita sekarang. Seringkali kita dipaparkan di dalam media tentang perkara-perkara ini.

Page 22: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

6

Hal ini terjadi kerana kurang penerapan nilai-nilai murni di kalangan remaja dan

kurangnya kesedaran dalam diri remaja tersebut.

Sistem pendidikan yang hanya mentitikberatkan akademik semata-mata dan

tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek pendidikan akhlak dan

rohani yang sihat akan mewujudkan generasi yang mempunyai keahlian dan

kepakaran dalam bidang keilmuan tetapi kurang menghargai akhlak dan agama

dalam profesion dan kehidupan mereka.

Menurut Abdul Rahim Hamdan (2007), pendekatan kurikulum menstruktur

masyarakat pula melihat bahawa pendidikan mempunyai peranan dalam masyarakat.

Pendidikan berperanan menyediakan individu untuk mengambil tempat dalam

masyarakat akan datang.

Konsep ilmu yang hanya bersandarkan rasional, empirikal dan kaedah

saintifik, gagal melahirkan manusia yang bersepadu dan berakhlak. Masyarakat

moden hari ini lebih ramai yang menderita akibat nilai negatif yang terdapat pada

konsep ilmu sekarang.(Mohd Kamal Hasan, 1988)

Justeru itu bagi mengatasi masalah tersebut maka mengatasi krisis keilmuan

masa kini ialah konsep pendidikan bersepadu sepertimana yang dilaksanakan melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selaras dengan penyataan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan bersepadu mempunyai matlamat untuk

mencapai keseimbangan dan kesepaduan di antara pembangunan kerohanian serta

pembangunan keduniaan serta mengintegrasikan prinsip-prinsip ilmu, iman dan

amal. Melalui pendekatan pendidikan bersepadu, kurikulum dapat dilihat sebagai

kesatuan ilmu akal, ilmu wahyu serta tawhid dan aqidah sebagai paksinya.

Page 23: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

7

Selain daripada itu, tujuan pelaksanaan pendidikan bersepadu menerusi

KBSM ialah untuk mencapai matlamat memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

Satu aspek yang penting yang diberi penekanan di dalam pendidikan

bersepadu ialah pembinaan akhlak menerusi penerapan nilai-nilai murni di dalam

kurikulum pendidikan. Pelaksanaan pendidikan bersepadu diharap akan dapat

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan juga mempunyai nilai-

nilai kemanusiaan yang tinggi.

Penerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

haruslah tidak dipandang remeh oleh guru dan ia bukan hanya sekadar ditulis di

dalam buku rancangan mengajar tetapi seharusnya guru-guru menerapkan unsur

nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Masalah ini mungkin timbul kerana kekangan

waktu atau kurang kefahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan nilai-

nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sebagai

seorang guru kita memegang amanah untuk menjalankan dasar-dasar negara.

Peranan guru di dalam menjalankan dasar ini amatlah besar dan penting. Justeru itu

kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauhmanakah kefahaman guru mengenai

konsep pendidikan bersepadu serta kepekaan guru dalam mengamalkan penerapan

nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Page 24: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

8

1.4 Objektif Kajian

Konsep pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni ialah

merupakan aspek yang penting di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kefahaman

guru-guru matematik sebagai pelaksana agenda pendidikan haruslah diambil

perhatian. Justeru itu objektif utama kajian ini secara umumnya ialah meninjau

pandangan guru bagi mengetahui kefahaman konsep pendidikan bersepadu serta

penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran matematik di sekolah. Secara

khususnya objektif kajian ini ialah :

1.4.1 Mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap

konsep

pendidikan bersepadu.

1.4.2 Mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-

guru

matematik dalam pengajaran yang dilakukan

1.4.3 Mengenalpasi perbezaan tahap kefahaman konsep pendidikan

bersepadu di antara guru-guru matematik lelaki dan perempuan

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai

murni di antara guru-guru matematik lelaki dan perempuan di dalam

pengajaran

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya guru merupakan agen perubahan di dalam masyarakat.

1.5.1 Sejauhmanakah tahap kefahaman konsep pendidikan bersepadu guru-

guru matematik di daerah Manjung?

Page 25: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

9

1.5.2 Apakah tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-guru

matematik?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pemahaman konsep

pendidikan bersepadu di antara guru-guru metamatik lelaki dan

perempuan?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pelaksanaan

penerapan nilai-nilai murni antara guru-guru matematik lelaki dan

perempuan?

1.6 Hipotesis

1.6.1 Hipotesis nul bagi kajian ini untuk objektif 1.4.3 dan 1.4.4 adalah

seperti berikut:

` Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina

terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina

terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran dan pembelajaran

1.7 Kerangka Konsep

Dalam kajian ini, penyelidik telah merangka konsep untuk menjelaskan

kajian ini dalam bentuk grafik. Kajian ini menerangkan beberapa skop. Skop utama

bagi kajian ini ialah tentang subjek matematik di sekolah menengah. Dalam

mengkaji tentang “Konsep Pendidikan Bersepadu serta Penerapan Nilai-Nilai Murni

Page 26: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

10

Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah” terdapat dua aspek yang dilihat

iaitu kefahaman guru-guru tentang konsep pendidikan bersepadu serta amalan

penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran.

Berdasarkan Rajah 1.1 ia menerangkan tentang kerangka konsep kajian. Ia

menujukkkan bagaimana sebuah sekolah menghasilkan seorang pelajar yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di sekolah kita akan melihat

pengajaran matematik guru diantara guru lelaki dan perempuan. Terdapat dua aspek

yang dilihat iaitu konsep pendidikan bersepadu dan juga nilai-nilai murni dalam

pengajaran. Kedua-dua aspek ini juga akan dinilai berdasarkan tahap kefahaman

mereka dan juga tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Matematik Sekolah Menengah

Pengajaran Matematik

Guru lelaki dan perempuan

• Konsep pendidikan bersepadu

• Nilai-nilai murni dalam pengajaran

Pemahaman konsep pendidikan

bersepadu

Penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran

Pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

dan intelek.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Page 27: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

11

1.8 Kepentingan Kajian

Konsep pendidikan bersepadu dan amalan penerapan nilai-nilai murni adalah

merupakan sesuatu aspek penting yang telah diperkenalkan melalui KBSM. Di

dalam dunia globalisasi pendidikan juga menghadapi arus kemajuan oleh kerana itu

kita memerlukan reformasi di dalam pendidikan. Kajian ini dilakukan adalah untuk

mengetahui setakat mana kefahaman guru-guru matematik terhadap pendidikan

bersepadu dan juga amalan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini penting dalam sistem pendidikan bagi menilai sejauh

manakah keberkesanan pendidikan bersepadu dan juga pelaksanaan penerapan nilai-

nilai murni oleh guru-guru.

Hasil dapatan dari kajian ini amat berguna kepada semua pihak. Ia akan

dapat memberi satu garis panduan dan sumber maklumat dalam membantu pihak

pentadbiran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,

Kementerian Pelajaran Malaysia serta guru-guru amnya. Bagi pihak pentadbiran

sekolah, hasil ini dapat membantu mereka dalam menyediakan pengurusan

kurikulum yang menerapkan elemen nilai-nilai murni bagi mewujudkan suasana

yang sihat, aman dan harmonis. Pentadbir sekolah juga dapat mengetahui kekangan

yang dihadapi oleh pelaksana iaitu guru-guru dalam menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang menyelitkan nilai-nilai murni.

Bagi pihak pengurusan pendidikan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah ini amat penting bagi mereka

untuk merangka keperluan di dalam kurikulum dan membuat penambahbaikan agar

matlamat pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan

bersepadu dari semua aspek tercapai.

Page 28: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

12

Bagi pihak pelaksana pula kajian ini penting bagi mereka untuk dijadikan

panduan serta memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan menerapkan

nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga dapat

memberi pendedahan sebenar senario persekolahan di Malaysia serta mengenai sikap

guru-guru yang mengajar matematik khususnya yang lebih mementingkan aspek

peperiksaan.

1.9 Batasan Kajian

Batasan kajian dalam penyelidikan khusus untuk mengenai pemahaman

konsep pendidikan bersepadu oleh guru-guru matematik dan juga penerapan nilai-

nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan sampel hanya dibataskan

kepada guru-guru matematik bagi menengah rendah sahaja untuk mengecilkan skop

kajian bagi mendapatkan kajian yang lebih mendalam. Maklumat yang diperolehi

adalah berdasarkan maklumbalas yang diperolehi dalam borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Kajian ini dijalankan di daerah Manjung, Perak.

Pemilihan lokasi ialah kerana memudahkan penyelidikan kerana penyelidik pernah

bertugas di dalam lokasi(daerah) kediaman penyelidik.

Page 29: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

13

1.10 Definisi Istilah

Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah definasi yang boleh

diterangkan dengan lebih tepat bagi menepati tujuan kajian.

1.10.1 Konsep

Pengertian (pendapat yang terbentuk dalam fikiran) mengenai sesuatu,

tanggapan, gagasan, idea Kamus Dewan (2002).

1.10.2 Pendidikan

Menurut Mok Soon Sang (2001) pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti

yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid

supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai

kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakat pada

masa depan.

1.10.3 Bersepadu

Berkaitan erat(tidak terpisah-pisah)berjalin, bertahan erat. Kamus Dewan (2002)

1.10.4 Penerapan

Perihal perbuatan dan sebagainya, menerapkan(mengenakan pada

menyerapkan dan sebagainya) perbuatan dan sebagainya, mempraktikkan. Kamus

Dewan (2002)

Page 30: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

14

1.10.5 Nilai

Sifat ketinggian(pemikiran,agama,kemasyarakatan). Kamus Dewan

(2002) Menurut Tunku Sarah (2001) nilai merupakan idea abstrak dan murni

melibatkan emosi dan rohani. Menurut Sufean Hussein(1989) nilai adalah idea

tentang kepentingan faedah mutu dan keberanian tentang segala benda, perkara dan

fenomena yang terdapat dan berlaku di alam semesta ini.

1.10.6 Murni

Tidak mengandungi unsur-unsur asing(biasanya unsur-unsur yang

mencemarkan) bersih benar, suci, tulen. Kamus Dewan (2002)

1.10.7 Pengajaran

Perihal mengajar, sesuatu yang berkaitan dengan mengajar(seperti cara atau

sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Mengajar menyampaikan

ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih,

memberi petunjuk-petunjuk.Kamus Dewan(2002)

Menurut Tunku Sarah (2001), pengajaran adalah dalam situasi formal

melibatkan guru, murid, bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran serta suasana dan

iklim bilik darjah. Pengajaran yang berkesan akan terhasil jika sekiranya pihak

pengajar dan pelajar mendapati ada sesuatu yang berkesan dan dapat dirasai oleh hati

mereka. Nilai yang akan diterapkan oleh guru dalam pengajaran di bilik darjah ialah

nilai tersurat dan tersirat. Nilai tersurat ialah nilai luaran melalui proses psikomotor

sementara nilai tersirat ialah nilai yang boleh diterapkan melalui proses kognitif,

afektif dan yang terpenting ialah kerohanian.

Page 31: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

15

Bab 2

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai

konsep pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran

oleh guru-guru matematik dan sebahagian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh

penyelidik berkaitan konsep pendidikan bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni.

Penulisan dalam bab ini diharap dapat membantu penyelidik dalam mendapatkan

gambaran berhubung dengan kajian ini.

2.2 Konsep Pendidikan Bersepadu

Sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan hendaklah

dilaksanakan secara seimbang dan harmonis dengan meletakkan fokusnya kepada

pembangunan manusia. Keseimbangan di antara dua perspektif ini membolehkan

pelajar menjalani kehidupan sesuai dengan fitrah insaniah. Inilah yang dimaksudkan

sebagai kehidupan dan pembangunan manusia berkualiti.

Page 32: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

16

Perkembangan mutakhir di dunia menunjukkan persoalan kualiti manusia

makin tercabar. Sebagai contoh penyelidikan-penyelidikan terbaru dalam beberapa

bidang ilmu mencetuskan corak kehidupan yang bertentangan dengan fitrah insan.

Keadaan ini tentu akan menjejas kualiti insaniah yang dijelaskan di atas.

Dalam konteks ini pendidikan berperanan untuk memelihara kualiti hidup

yang harmonis dengan fitrah insan. Oleh itu perkara ini perlu dibincang untuk

membina dasar pendidikan yang terarah kepada pembangunan manusia berkualiti.

Menurut tinjauan Muhd Uthman El-Muhamady(1982), konsep kesepaduan

ilmu telah wujud dari zaman tamadun Islam sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Ini kerana ilmu Islam telah meletakkan wahyu yang bersumberkan al-Quran dan as-

Sunnah di atas sekali. Ilmu akal juga dititikberatkan juga tetapi ianya bersandarkan

ilmu wahyu. Ini bermaksud ilmu kerohaniah dan ilmu keduniaan berhubungkait dan

juga bersepadu dan ianya berlandaskan tawhid.

Mohd Kamal Hasan(1979) dalam tinjauannya mengenai peranan pendidikan

Islam dalam pembangunan umat, menjelaskan bahawa Pendidikan Islam ialah

merupakan pendidikan seumur hidup, membangun seluruh potensi manusia (roh,

akal dan jasad) secara sepadu merangkumi aspek kognitif, afektif dan jasmani

sekaligus menyampaikan dwi fungsi , insan sebagai hamba Allah dan khalifah Allah

di muka bumi yang ditugaskan unutuk memakmurkan seluruh alam di atas dasar

kesepaduan dan kesempurnaan ilmu, ilmu amal soleh dan mencapai kebahagiaan

dunia dan akhirat.

Page 33: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

17

Hassan Langgulung (1977), dalam tinjauannya telah merumuskan tujuan dan

matlamat Pendidikan Islam adalah lebih menyeluruh dan bersepadu. Berbeza dengan

sistem pendidikan liberal yang hanya mementingkan tujuan untuk kejayaan peribadi

dan bermatlamatkan kebendaan. Falsafah dan matlamat pendidikan Islam adalah

untuk mengatur hidup manusia yang selamat di dunia dan akhirat.

Tajul Ariffin Noordin (1987), menjelaskan bahawa matlamat dan objektif

pendidikan bersepadu berfungsi untuk mengembangkan daya keintelektualan yang

berteraskan kepada aqidah dan berpaksikan tawhid. Penerapan ilmu pengetahuan

yang diasaskan dari sumber al-Quran dan al-Hadis serta mampu mewujudkan

keseimbangan akal, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang.

Objektif pendidikan bersepadu juga ialah bertujuan untuk melahirkan insan

yang sejahtera dan harmonis melalui pemikiran dan penghayatan ilmu yang sahih.

Amidah Adam (1988), yang telah melakukan satu tinjauan mengenai

penerapan konsep Pendidikan Bersepadu dalam pengajaran Sains menurut perspektif

KBSM, dari hasil kajiannnya menunjukkan responden bersetuju tujuan pendidikan

ialah untuk mewujudkan keseimbangan akal, emosi, rohani dan jasmani. Di dalam

kajian ini juga dijelaskan bahawa terdapat kemerosotan disiplin dan kejatuhan akhlak

dikalangan pelajar adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang tidak seimbang.

Page 34: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

18

Mohd Helmi Yusuf(1988), yang membuat tinjauan mengenai “Pendidikan

Sepadu dan Impikasinya dalam Pembaharuan Budaya Melayu”, menjelaskan

pendidikan sepadu akan dapat mewujudkan keseragaman dan perpaduan dalam satu

cara hidup dan sistem nilai yang berasaskan tawhid. Kajian ini juga merumuskan

bahawa menerusi pendidikan bersepadu, ilmu-ilmu seperti sains dan teknologi, ilmu

ekonomi dan sebagainya akan berasaskan ilmu tawhid. Pendidikan sepadu bukan

hanya untuk memberikan didikan ilmu tetapi membentuk insan yang baik, penuh

dengan sopan dan berakhlak mulia.

Berdasarkan kajian Nor Hafizah Musa(1990), tinjauan mengenai

perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) di beberapa sekolah

menengah di negeri Selangor, mendapati bahawa pelaksanaan KBSM mendapat

sokongan penuh dari pihak sekolah dan juga ibu bapa. Mereka menganggap KBSM

ialah satu medium untuk melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi

mental, emosi, rohani dan jasmani. Hasil dari kajian ini terdapat beberapa masalah

yang dijumpai seperti kesukaran guru-guru berhubung dengan kaedah pendekatan

pendidikan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tokijan Hj Abd Halim(1991), mendapati guru-guru memahami pengertian

dan prinsip-prinsip pendidikan bersepadu dan penerapan nilai-nilai murni. Hasil dari

analisis responden mendapati bahawa mereka memahami bahawa pendidikan yang

sebenar adalah untuk mengembangkan daya keintelektualan yang berasaskan akidah

dan tauhid. Di sini jelas bermaksud pendidikan yang sempurna adalah hasil dari

kesemua aspek iaitu emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Page 35: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

19

2.2.1 Konsep Pendidikan Sepadu dalam Matematik

Tujuan pendidikan, antara lainnya adalah untuk memupuk dan membentuk

sahsiah yang bersifat seimbang, menyeluruh dan mulia. Sahsiah yang demikian sukar

dicapai sekiranya masih ada potensi yang diabaikan atau tidak diperkembangkan

dengan secukupnya. Selaras dengan hasrat ini, KBSM digubal bagi mewujudkan

kesepaduan antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesepaduan ini akan

membolehkan potensi pelajar berkembang dengan seimbang dan menyeluruh.

Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud yang luas, merangkumi aspek

gabungjalin, integrasi, penerapan, hubungkait dan kesinambungan. Secara umumnya

konsep ini bermaksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai,

kemahiran bahasa dan perkembangan jasmani dilakukan serentak dan secara

menyeluruh tanpa sebarang pemisahan antara aspek - aspek tersebut. Konsep

bersepadu mempunyai dimensi seperti berikut :

• Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni

dalam setiap pelajaran

• Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah

• Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di

luar bilik darjah

• Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman

dalam alam sekitar di luar sekolah

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80 ‘

an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap

kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan

butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini

membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai sepenuhnya

KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan

terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau memberi

Page 36: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

20

penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan

ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermerlangan

kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan

kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak

langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme . Aspek lain seperti pemahaman,

amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa,

1992).

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang

umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus

kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan

kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan

masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah

penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah.

Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan

perkaitan.(KPM,1988).

Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), strategi pengajaran dan pembelajaran

dalam KBSM berasaskan kepada tiga peringkat yang bertindihan dan saling

berkaitan iaitu pengalaman aktif. Pada peringkat pengalaman aktif pelajar

dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran samada melalui pengalaman

sebenar atau simulasi. Peringkat yang kedua ialah pembentukan struktur secara

retroaktif. Di peringkat yang kedua ini pelajar akan diminta membuat refleksi

pengalaman yang baru serta dapat mengabstark corak dan pola yang spesifik bagi

membina skim baru. Pada peringkat yang ketiga ialah pembentukan asimilasi yang

menyeluruh. Guru akan memperkembangkan skim yang sedia ada pada pelajar

supaya ia lebih sofistikated dan pelajar akan didedahkan dengan pelbagai

pengalaman serta situasi baru.

Page 37: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

21

Kurikulum matematik dalam KBSM memberi tumpuan kepada penyelesaian

masalah dan pemikiran kritis. Para guru dikehendaki membimbing murid membina

konsep sendiri (konstruktivisme) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan

manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konstruktivis adalah unsur-unsur untuk

dilakukan tindakan, bukannya bahan paparan maklumat. Bukan untuk mengira, tetapi

untuk membina pengetahuan dan kemahiran (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Jelas di sini konsep pendidikan bersepadu menjadi teras di dalam pembinaan

KBSM bagi melahirkan pelajar yang lebih seimbang dari segi JERI. Konsep hafalan

tidak lagi digunakan tetapi kefahaman konsep di dalam matematik lebih diutamakan.

Pelajar akan bergiat dengan lebih aktif ini secara tidak lansung memperkembangkan

intelek pelajar serta pelajar akan lebih berkembang dari segi rohani kerana

penerapan pemikiran logik dan bersistem.

2.3 Penerapan nilai-nilai murni

Nilai murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan

pelajar di sekolah berasaskan masalah disiplin yang sering kita baca dari akhbar-

akhbar. Apakah itu nilai-nilai murni? Nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah

perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di antara manusia dengan manusia, alam

dan Allah.

Wan Zahid Noordin (1988) menyatakan nilai-nilai murni ialah tanggapan

tentang perkara-perkara yang dihajati serta pada masa yang sama ianya menjadi

Page 38: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

22

ukuran atau kriteria. Asas nilai-nilai murni selalunya berlandaskan agama bagi

mengajar penganutnya untuk berakhlak mulia dan berbudi pekerti baik.

Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan(1992), nilai-nilai murni

membawa maksud ialah nilai-nilai yang luhur. Ia menetapkan prinsip-prinsip akhlak

yang utama. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak telah menggariskan 17 nilai-nilai

murni yang boleh diterapkan di dalam pengajaran bagi membentuk pelajar yang

seimbang dan menyeluruh dari segi semua aspek.

Menurut Wan Zahid Noordin (1988), nilai-nilai murni menjurus kepada

perkara-perkara baik, mulia dan tetap. Nilai-nilai murni juga dimaksudkan sebagai

nilai yang luhur, tetap dan kudus. Asas kepada nilai-nilai murni di dalam sesuatu

masyarakat atau bangsa ialah agama. Menurut Khairudin Ngah dan Heng Hu Yee

(1995) telah mendefinasikan ciri-ciri nilai murni seperti berikut :

a) Baik hati

- Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan

kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.

b) Berdikari

- Kebolehan atau kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa

bergantung dengan orang lain.

c) Berhemah Tinggi

- Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia, lembah lembut serta

berbudi bahasa.

d) Hormat menghormati

- Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan

memberi layanan yang bersopan.

e) Kasih sayang

- Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan

yang lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu.

Page 39: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

23

f) Keadilan

- Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak

berat sebelah.

g) Kebebasan

- Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan atau halangan. Kebebasan

itu mestilah tidak melampui batas dan tertakluk kepada peraturan

dan undang-undang yang ditentukan oleh agama,masyarakat dan

negara.

h) Keberanian

- Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan hati

yang tabah dan yakin.

i) Kejujuran

- Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan

ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

j) Kerajinan

- Orang yang sanggup bekerja keras untuk mencapai sesuatu yang

diingininya. Contoh orang yang yang mengamalkan sikap

kerajinan mempunyai sikap-sikap seperti cekal, daya usaha,

dedikasi, gigih dan tekun.

k) Kerjasama

- Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama

pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk

mencapai sesuatu matlamat.

l) Kesederhanaan

- Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan

tindakan. Kesederhanaan termasuklah dalam pemikiran,

pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai

masyarakat.

m) Kesetiaan

- Sikap patuh dan taat kepada segala peraturan dan arahan.

n) Kesyukuran

- Melahirkan perasaan dan perlakuan secara ikhlas di atas nikmat

Page 40: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

24

o) Rasional

- Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata. Orang

yang rasional merupakan orang yang dapat mengambil tindakan

yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan.

p) Semangat bermasyarakat

- Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

q) Kebersihan fizikal dan mental

- Kebersihan terbahagi kepada dua iaitu kebersihan fizikal dan

mental. Kebersihan fizikal bererti kebersihan tubuh badan dan

menjaga persekitaran serta memelihara alam sekeliling supaya

sentiasa bersih dan bebas daripada kekotoran manakala kebersihan

mental ialah kebersihan dari segi pertuturan, perlakuan serta

mempunyai pemikiran yang baik dan suci.

Dari segi agama,semua agama yang dianuti mengajar umatnya untuk

melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni. Dalam islam sudah

termaktub jelas di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapanya”(Q 31:14).

“Hai anakkku dirikanlah solat dan suruhlah(manusia) berbuat

kebaikan serta laranglah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan

bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu.

Sesungguhnya yang demikian adalah dari perkara-perkara-perkara

yang dikehendaki di ambil berat melakukannya(Q 31:17)

Dari petikan firman di atas, ini membuktikan bahawa dalam agama Islam

amat menitikberatkan nilai-nilai murni agar umatnya menjadi individu yang baik

akhlaknya serta berperketi mulia. Ini kerana akhlak yang mulia akan menjamin

masyarakat yang harmoni dan melahirkan sebuah negara yang maju.

Page 41: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

25

Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek telah

menjadi tumpuan dan perhatian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

merangkumi objektif-objektif berikut;

i) Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran

ii) Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci

iii) Menghormati kebaikan dan membenci keburukan

iv) Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan

juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab.

v) Menghapuskan sifat negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu

menjalankan tugas serta tanggungjawab.

vi) Menjalankan amanah dengan dedikasi

vii) Melatih diri dengan disiplin

viii) Meningkat hasil

ix) Berusaha mencapai kecemerlangan

Bagi merealisasikan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah

ditetapkan semua pelajar yang beragama Islam mengambil mata pelajaran islam bagi

mempelajari pendidikan akhlak dan kerohanian, manakala pelajar yang bukan

beragama islam akan belajar pendidikan moral.

Pengajaran dan penerapan nilai-nilai murni telah lama dilaksanakan di dalam

sistem pendidikan khususnya melalui matapelajaran moral. Abd Rahman Aroff dan

L.H Chang (1994), merumuskan bahawa sekolah berperanan dalam pemupukan nilai

moral di kalangan pelajar berikutan kemerosotan akhlak dikalangan pelajar di

seluruh dunia. Disebabkan oleh fenomena itu maka matapelajaran pendidikan Moral

telah dijadikan matapelajaran teras. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum

bahawa negara kita adalah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Maka bagi menjamin kestabilan negara rakyat haruslah mempunyai budi pekerti

yang baik dan juga bersatu padu walaupun dari etnik yang berbeza.

Page 42: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

26

Rohani Dollah (1980), menjelaskan pelajaran hanya bersandarkan akademik

dan ketidaktahuan intelektual semata-mata tanpa pendidikan berbentuk kerohanian

tidak akan berjaya membangunkan sebuah masyarakat yang terulung dan berjaya di

dunia dan di akhirat. Kajian ini juga menjelaskan, bahawa sekolah ialah satu

platform bagi menyalurkan berbagai ilmu pengetahuan. Unsur akhlak dan nilai-nilai

murni haruslah diterapkan di dalam semua mata pelajaran dan juga kegiatan di

sekolah.

Selaras dengan perlaksanaan KBSM, aspek nilai diberikan keutamaan selain

dari ilmu dan kemahiran. Wan Zahid Noordin (1988) menjelaskan aspek penerapan

nilai-nilai murni adalah penting bagi menjana dan melahirkan masyarakat yang

mempunyai jati diri dan mempunyai ketahanan diri yang kukuh. Menurut Ahmad

Jaffni Hasan (1987), matlamat penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum ialah

bagi melahirkan manusia yang berpekerti mulia, memberi pemupukan dan

penghayatan terhadap amalan-amalan murni masyarakat Malaysia. Dalam erti kata

yang mudah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai patriotik

dan bermoral tinggi.

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran telah menjalankan penerapan nilai-nilai

murni secara komprehensif. Strategi yang digunakan ialah penerapan nilai-nialai

murni akan diselitkan di dalam pengajaran semua matapelajaran dan akan

diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko kurikulum. Secara umumnya kurikulum

secara formal dan tidak formal akan digunakan sepenuhnya secara bersepadu bagi

memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan.

Abdullah Mohd Noor(1998), dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajaran

Geografi mudah untuk diterapkan elemen nilai-nilai murni. Seperti dalam kajiannya

menyatakan bahawa nilai-nilai kewarganegaraan boleh dipupuk dalam diri murid

supaya bertanggungjawab dalam menggunakan sumber-sumber alam yang ada.

Page 43: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

27

Abd Mutallib Rani(1998), dalam tinjauannya tentang nilai-nilai murni dalam

matapelajaran Sejarah, pelajar-pelajar dapat dipupuk semangat bersatu padu melalui

pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair. Dengan sendirinya semangat

cintakan negara dan semangat perpaduan antara kaum dapat diwujudkan.

Adnan Khamis (1988) membicarakan mengenai pasukan unit beruniform

yang secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni. Dalam kawad

misalnya dapat melatih pelajar itu berdisplin serta bekerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam unit beruniform dapat meningkatkan lagi jati

diri pelajar di samping itu dapat mengembangkan konsep insaniah yang luhur.

Amidah Adam (1988) dalam kajiannya mengesyorkan agar nilai-nilai akhlak

dapat diterapkan dalam matapelajaran Sains dan juga mewujudkan kesepaduan

antara kaedah saintifik dan juga ilmu agama dalam kurikulum Sains.

Zalina Abd Rahman(1990) dalam kajiannya bertajuk “Pelaksanaan Nilai-

Nilai murni dalam KBSM” menunjukkan faktor jantina mempengaruhi pelaksanaan

nilai-nilai murni. Terdapat hubungan yang signifikan diantara pelaksanaan nilai-nilai

murni dengan pemahaman peranan guru sebagai pendidik.

Bahamin Ibrahim (1993) di dalam kajiannya menerangkan bahawa proses

penerapan nilai-nlai murni dapat dijalankan tetapi dari segi aspek penilaiannya

tentang tahap penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni haruslah diberikan

perhatian.

Page 44: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

28

Sulaiman Aziz (1994) dalam kajiannya menyatakan bahawa nilai-nilai murni

adalah satu aspek yang perlu diserapkan kepada pelajar-pelajar. Tetapi terdapat

beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru untuk menerapkan nilai-nilai murni bagi

sesetengah tajuk terutama dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

William Baja Jap (1999) dalam kajiannya mendapati masih ramai guru yang

tidak memahami konsep kesepaduan dan penerapan nilai-nilai murni yang

terkandung di dalam KBSM. Ini kerana terdapat beberapa istilah yang tidak dapat

difahami oleh guru. Walaupun begitu masih terdapat usaha yang dilakukan oleh

guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka.

2.3.1 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik

“Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang

berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik.

Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat

membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran

penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat

membuat keputusan dengan berkesan”.

(sukatan pelajaran KBSM Matematik 2000)

”Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai

intrinsik matematik seperti berpemikiran mantik, bersistem, tepat, teliti, tekun dan yakin

perlu diterapkan sepanjang kursus pengajian ini. Nilai-nilai murni boleh diterapkan

dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang.”

(sukatan pelajaran KBSM Matematik 2000)

Page 45: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

29

Di dalam perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Yg Bhg Dato'

Dr. Hj. Ahamad B. Sipon bersempena perayaan hari guru 2007, beliau mengatakan

dalam memupuk nilai-nilai murni ia haruslah diterap secara merentas mata pelajaran.

Ini bermaksud bahawa penggabungjalinan mata pelajaran seperti mata pelajaran lain

di dalam Matematik. Ini akan lebih membawa makna kepada pelajar. Guru juga

haruslah menjadi contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai murni yang diterapkan

kepada pelajar. (Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan

Hari Guru 2007)

Di dalam sukatan Matematik KBSM (2000), juga menerankan perlunya guru

untuk memupuk nilai instrisik matematik dan juga nilai-nilai murni masyarakat

Malaysia seperti bersistem, tepat, teliti, tekun, yakin dan berpemikiran mantik, tidak

membazir, bersifat sederhana dan bekerjasama bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang bertanggungjawab dan juga berhemah tinggi.

Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai

kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik

perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif,

konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996)

Yahya Don (2006) menyatakan bahawa dalam subjek matematik aktiviti

kumpulan dapat dilakukan secara komprehensif iaitu seperti dalam menyelesaikan

beberapa soalan matematik yang rumit. Ini akan menimbulkan sikap prihatin

dikalangan pelajar serta konsep kerjasama dapat diterapkan di dalam diri pelajar.

Page 46: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

30

2.4 Kesimpulan

Kesimpulannya bab ini menerangkan kesannya konsep pendidikan bersepadu

serta penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran di sekolah. Hasil dari kajian lalu,

sistem pendidikan akan lebih berkesan jika aspek kerohanian ini diperkembangkan

dalam semua matapelajaran dan juga semua aktiviti tidak kira sama ada secara

formal ataupun tidak formal. Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani,emosi dan rohani.

Page 47: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

31

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan ialah proses mencari pengetahuan baharu. Penyelidikan

merupakan antara cara manusia mencari kebenaran dan ketepatan. Dalam erti kata

lain penyelidikan ialah proses penghasilan dan pengetahuan tentang manusia, alam

dan sebagainya (Sulaiman Masri 1995). Kita berusaha dengan menggunakan kaedah

penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta

menemukan sebab musabab yang sebenarnya wujud daripada rentetan akibat.

Penyelidikan adalah satu usaha yang sistematik untuk mendapatkan jawapan kepada

persoalan kajian. Bab ini menerangkan dan membincangkan mengenai perkara yang

berkaitan dengan kaedah dan cara penyelidikan dijalankan . Berdasarkan tajuk dan

objektif kajian, terdapat pelbagai kaedah atau cara yang dikenalpasti boleh digunakan

untuk menjalankan sesuatu kajian. Oleh itu, pelbagai aspek perancangan yang teliti

diperlukan dalam melicinkan proses perolehan data, kesahihan instrumen,

menganalisis dan menilai data kajian. Dalam bab ini menghuraikan perkara-perkara

yang berhubung dengan reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel

kajian, instrumen kajian yang digunakan, prosedur penyelidikan , kajian rintis dan

analisis data.

Page 48: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

32

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah garis panduan, rancangan strategi yang disediakan

bertujuan untuk menjawab soalan penyelidikan dengan mengawal ralat yang dapat

mempengaruhi keputusan kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Dengan

menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik, semua perolehan data akan

dianalisis dan diterangkan secara deskriptif. Data yang dianalisis diperolehi dari soal

selidik yang diedarkan kepada guru-guru yang mengajar Matematik di menengah

rendah. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang ditetapkan dan

ditafsirkan secara kuantitatif. Penganalisisan data kajian akan meliputi latar

belakang responden, kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep pendidikan

bersepadu, pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni guru-guru matematik dalam

pengajaran dan pengajaran. Maklumat yang dapat akan digunakan bagi pengujian

Hipotesis Null. Terdapat tiga bahagian soal selidik yang digunakan bagi mengumpul

data seperti berikut:

Bahagian A : Soal selidik mengenai latar belakang responden.

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan

jantina, tempoh perkhidmatan, kelas di ajar dan lokasi sekolah

tempat mengajar.

Bahagian B : Soal selidik mengenai kefahaman responden terhadap

pendidikan bersepadu

Bahagian C : Soal selidik mengenai penerapan nilai-nilai murni

responden terhadap pengajaran matematik di sekolah

menengah.

Page 49: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

33

Rasional pembahagian soal selidik kepada tiga bahagian ialah bagi untuk

memastikan segala maklumat yang akan dapat menjawab segala persoalan kajian dan

juga maksud kajian akan diketahui dengan lebih jelas dan mendalam lagi.

Bahagian B dan C terdiri daripada 42 item. Item-item ini menggunakan

Skala Likert. Menurut Azizi Yahya et al.(2007), Skala Likert didapati sesuai untuk

mengukur persepsi dan pandangan guru berhubung isu atau perkara. Skala ini

digunakan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap maklumbalas

responden.

3.3 Tempat Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik telah memilih guru-guru yang

mengajar Matematik menengah rendah di sekolah menengah di daerah Manjung.

Rasionalnya memilih daerah ini kerana tidak pernah kajian dilakukan di

daerah ini bagi mengkaji tentang kefahaman guru mengenai konsep pendidikan

bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Mohd Majid Konting(1994) sampel ialah sekumpulan kecil

yang dipilih dan diambil bagi mewakili populasi yang besar.Populasi kajian

terdiri dari guru-guru yang mengajar matematik menengah rendah di daerah

Manjung, Perak.

Page 50: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

34

Kajian ini akan dijalankan di sepuluh buah sekolah menengah iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung, Sekolah Menengah

Kebangsaan Ahmad Boestamam, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu

Sepuluh, Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis, Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Samudera, Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat

Beruas, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Sekolah Menengah

Kebangsaan Tok Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman,

dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Idris di daerah Manjung Perak.

Pemilihan sepuluh buah sekolah ini adalah berdasarkan latarbelakang yang

berbeza iaitu sebanyak lima buah sekolah ialah kategori luar bandar manakala

lima buah lagi ialah kategori bandar.

Menurut Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data.

Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep

kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih adalah mempunyai peluang

yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi

seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat

mewakili populasi tersebut.

3.5 Kajian Rintis

Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis ini adalah untuk mengkaji pekali

kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Kajian rintis ini telah dijalankan di

kalangan guru-guru yang mengajar subjek Matematik di daerah Pontian, Johor.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka secara rawak bertujuan untuk

mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item soalan yang dibina oleh

penyelidik. Menurut Kamaruddin Yakub (Modul Kaedah Penyelidikan USM 1997)

kajian Rintis ialah kajian penerokaan awal untuk menentukan supaya proses

penyelidikan akan berjalan dengan lancar dan akan memperolehi hasil seperti yang

dicadangkan. Seramai 10 orang guru matematik yang mengajar di sekolah

menengah di daerah Pontian telah diambil sebagai responden bagi kajian rintis ini.

Page 51: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

35

3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kaedah anilisis statistik telah diguna pakai bagi menentukan

kebolehpercayaan soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999) salah satu kaedah untuk

menentukan kebolehpercayaan ialah menggunakan analisis statistik yang lebih

kompleks seperti Alpha Cronbach.

Kekuatan atau kebolehpercayaan instrumen setelah dianalisis dengan

mengunakan SPSS Versi 15 nilai alpha yang diperolehi ialah 0.89 . Menurut Mohd

Majid Konting(1994) kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 boleh digunakan.

Menurut Mohd Najib (1999) jika nilai koefisien kebolehpercayaan berada pada tahap

0.8 ke atas, tahap kebolehpercayaan adalah tinggi.

Jadual 3.1 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi

Julat(+ atau - ) Kekuatan

0.0 hingga 0.2 Sangat Lemah

0.2 hingga 0.4 Lemah, rendah

0.4 hingga 0.7 Sederhana

0.7 hingga 0.9 Tinggi, kuat

0.9 hingga 1.0 Sangat tinggi, sangat kuat

Sumber Penyelidikan Pendidikan UTM(1999)

Page 52: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

36

3.7 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses

menyempurnakan kajian ini iaitu data primer dan data sekunder.

3.7.1 Pengumpulan Data Primer

3.7.1.1 Soal Selidik

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik

yang dibina adalah berdasarkan teori dan pendapat pakar dalam bidang dialog

peradaban. Penyelidik akan membina item-item soalan soal selidik dalam bentuk

perilaku praktikal. Penggunaan soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk

populasi yang besar. Penyelidik menggunakan soal selidik dalam kajian ini adalah

kerana:

i. Penyelidik berpendapat bahawa dengan menggunakan soal selidik, data

yang diterima adalah tepat dan responden dapat memberi maklum balas

dengan yakin.

ii. Dengan menggunakan kaedah ini, ia menjimatkan kos serta masa. Dengan

mengunakan soal selidik ini juga, data menghasilkan item-item yang boleh

dipercayai.

Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu komponen A yang

berkaitan dengan latar belakang respoden, komponen B yang berkaitan

dengan kefahaman responden terhadap pendidikan bersepadu dan komponen

C yang berkaitan dengan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Penyelidik menggunakan Lima Markat Skala Likert seperti berikut:

Page 53: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

37

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi lima item untuk memperolehi data mengenai latar

belakang diri responden yang terdiri daripada nama sekolah, lokasi sekolah, jantina,

pengalaman mengajar dan juga tingkatan diajar

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi soalan mengenai pemahaman guru mengenai

konsep pendidikan bersepadu.

Bahagian C

Bahagian ini mengandungi soalan mengenai penerapan nilai-nilai murni

dalam pengajaran matematik.

Nilai Amat

Rendah

Rendah Sederhana Tinggi Amat Tingi

Skor 1 2 3 4 5

Page 54: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

38

3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder

Bagi mendapatkan maklumat tertentu, data-data sekunder yang sesuai

diperlukan untuk menyokong huraian tersebut yang diperolehi melalui buku-buku,

laporan kajian, laporan persidangan, penyelidikan bertulis, jurnal, artikel majalah,

surat khabar serta artikel dan laporan dari internet.

3.8 Prosedur Kajian

Prosedur kajian adalah penting bagi memastikan kelancaran perjalanan

penyelidikan agar ianya dapat dibuat dengan sempurna. Setelah pemilihan tajuk

diluluskan oleh pensyarah pembimbing proses pertama penyelidikan bermula dengan

menentukan skop kajian yang meliputi tajuk kajian. Semua ini dibincang bersama

pensyarah pembimbing disamping membuat rujukan di perpustakaan.

Sebelum kajian dijalankan, kebenaran untuk menjalankan kajian telah

dipohon dari Bahagian Perancangan dan Pendidikan Malaysia. Seterusnya

penyelidik memohon kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan juga

Pegawai Pendidikan Daerah Manjung bagi menjalankan kajian yang melibatkan

sekolah-sekolah menengah di daerah Manjung.

Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri,

penyelidik mengadakan pertemauan dengan pengetua sekolah yang terlibat bagi

mendapatkan kerjasama menjalankan kajian. Naskah soal selidik diedarkan kepada

guru-guru berkenaan. Penerangan cara-cara menjawab item soal selidik dan tujuan

kajian dimaklumkan kepada responden agar mereka faham tentang kehendak kajian.

Responden diberikan masa selama seminggu untuk menjawab soal selidik dan

minggu berikutnya penyelidik mengambil soal selidik berkenaan.

Page 55: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

39

3.9 Analisis Data

Setelah responden menyerahkan borang soal selidik, penyelidik akan

memastikan semua bahagian telah dijawab oleh responden. Kesemua data yang

diperolehi ini akan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) ver 15. Data adalah dalam bentuk kuantitatif dan dipaparkan

dalam jadual kekerapan, peratusan dan min.

Bahagian II dan iaitu bagi B dan C pula dianalisis dalam bentuk peratus dan

kekerapan . Data-data ini juga dinyatakan dalam bentuk min bagi tujuan mencari

tahap kebolehpercayaannya. Menurut Mohd Majid (1994) hubungan antara nilai

peratusan dan kekerapan adalah lebih kukuh sekiranya disokong dengan nilai

min.Skala min digunakan bagi tahap min yang diperoleh oleh penyelidik sama ada

rendah, sederhana ataupun tinggi . Min taburan skor bagi kes ini ialah (1.01-2.33) =

Rendah, (2.34-3.66) = sederhana dan (3.67-5.00) = Baik. Menurut Mohd Majid

(1990) ,min merupakan statistik yang sering digunakan sebagai sukatan

kecenderungan memusat.

Cara yang sama digunakan untuk konstruk lain dalam kajian ini. Ini bagi

memudahkan penyelidik merumuskan sesuatu kenyataan itu sama ada dipersetujui

atau tidak. Analisis yang berbentuk peratusan dan kekerapan pula merupakan satu

parameter yang digunakan bagi menganalisis data-data dalam kajian. Peratusan dan

kekerapan digunakan untuk menunjukkan tahap skor secara terperinci berdasarkan

skor jawapan yang diberikan oleh responden terhadap persoalan yang dikemukakan

agar penganalisaan yang dilakukan lebih lengkap. Semua data-data dihuraikan dalam

bentuk jadual.

Page 56: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

40

Jadual 3.2: Pengelasan Skor Skala Likert

Skor Pengkelasan

1,2 Tidak Setuju

3 Kurang Setuju

4,5 Setuju

Sumber Mohd Najib(1999)

Jadual 3.3: Skala Min

Skor Pengkelasan

1.00-2.33 Tidak Setuju

2.34-3.67 Kurang Setuju

3.68-5.00 Setuju

Sumber Mohd Majib(1994)

Jadual 3.4: Penentuan Tahap Peratusan

Peratusan Pengkelasan

71-100 Baik

51-70 Sederhana

20-50 Lemah

Sumber Mohd Najib(1999)

Page 57: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

41

3.10 Penutup

Bab ini menghuraikan tentang bagaimana kajian dilaksanakan untuk

mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Kaedah penyelidikan

menerangkan langkah-langkah yang diperlukan secara berurutan agar proses

penyelidikan berjalan dengan lancar. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang

mengajar Matematik menengah rendah di sekolah Menengah daerah Manjung Perak.

Alat ukur bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada item-item yang terdapat di

dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi dan

dianalisis dengan Statistical Package For Social Science (SPSS)Versi 15 dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min.

Diharap implikasi daripada kajian ini akan memberikan manfaat yang

berguna serta boleh dijadikan panduan bagi penyelidikan akan datang serta untuk

perancangan mana-mana pihak termasuklah, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Pendidikan Negeri atau sesiapa sahaja yang ingin membuat penyelidikan.

Page 58: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

42

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan-dapatan kajian yang diperolehi daripada

soal selidik yang telah diedarkan. Semua data yang diperolehi diproses dengan

menggunakan perisian SPSS. Dapatan yang diperolehi akan memberi gambaran

mengenai pemahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan

penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

menengah rendah di daerah Manjung. Sebanyak 73 borang soal selidik yang telah

diedarkan tetapi hanya 70 sahaja borang soal selidik yang telah dikembalikan.

Soal selidik yang dianalis diterjemahkan dalam bentuk jadual. Di dalam

jadual tersebut terdapat bilangan peratusan, kekerapan, min item dan juga purata min

hasil dari data yang diambil. Terdapat tiga bahagian yang dibahagikan oleh

penyelidik iaitu bahagian A iaitu bahagian maklumat peribadi guru, bahagian B

berkenaan kefahaman konsep pendidikan bersepadu dan bahagian C iaitu bahagian

penerapan nilai-nilai murni di kalangan guru matematik di dalam pengajaran

matematik.

Page 59: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

43

4.2 Huraian Latar Belakang Responden

Dalam bahagian A, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi

mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Latar belakang responden melibatkan

aspek jantina, lokasi mengajar, pengalaman mengajar dan juga tingkatan yang diajar.

Semua data yang dikumpulkan bagi setiap item bahagian A adalah ditunjukkan di

bawah

4.2.1 Jantina responden

Responden lelaki ialah sebanyak 25 orang (35.72%) manakala responden

perempuan ialah sebanyak 45 orang (64.28%). Peratusan bagi guru lelaki adalah

lebih rendah disebabkan oleh kekurangan guru lelaki yang mengajar matematik dan

juga kurangnya kaum lelaki yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 25 35.7

Perempuan 45 64.3

Jumlah 70 100

4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar

Terdapat dua kategori yang telah ditetapkan iaitu bandar dan juga luar

bandar.Seramai 39 orang (55.7%) daripada keseluruhan sampel ialah guru yang

mengajar di bandar manakala 31 orang (44.3%) lagi ialah dari kalangan guru yang

mengajar di luar bandar.

Page 60: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

44

Jadual 4.2 : Lokasi Tempat Mengajar

4.2.3 Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar di kalangan responden dibahagikan kepada lima

bahagian iaitu pengalaman mengajar kurang dari 5 tahun, 6 hingga 10 tahun, 11

hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun dan lebih dari 20 tahun. Secara umumnya

didapati pecahan yang paling besar ialah guru yang mempunyai pengalaman kurang

dari 5 tahun iaitu seramai 23 orang (32.9%), diikuti pengalaman mengajar 11 hingga

15 tahun iaitu seramai 17 orang (24.3%). Guru yang mempunyai pengalaman

mengajar lebih dari 20 tahun ialah seramai 13 orang (18.6%). Pengalaman mengajar

6 hingga 10 tahun ialah seramai 11 orang (15.7%) dan seramai enam orang (8.6%)

yang mempunyai pengalaman mengajar 16 hingga 20 tahun.

Jadual 4.3 : Pengalaman Mengajar Responden

Lokasi Mengajar Bilangan Peratus

Bandar 39 55.7

Luar Bandar 31 44.3

Jumlah 70 100

Pengalaman Mengajar Bilangan Peratus

Kurang 5 tahun 23 32.9

6 – 10 tahun 11 15.7

11 – 15 tahun 17 24.3

16 – 20 tahun 6 8.6

lebih 20 tahun 13 18.6

Jumlah 70 100

Page 61: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

45

4.2.4 Tingkatan diajar

Kajian ini hanya mengambil guru yang mengajar di tingkatan menengah

rendah sahaja iaitu tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga. Responden yang

mengajar tingkatan satu sahaja ialah 17 orang (24.3%), yang mengajar tingkatan dua

ialah seramai 16 orang (22.9%), yang mengajar tingkatan tiga ialah seramai 13

orang(18.6%). Manakala responden yang mengajar tingkatan satu,dua dan tiga ialah

seramai ialah enam orang(8.6%), mengajar tingkatan dua dan tiga ialah seramai

sembilan orang (12.9%) dan responden yang mengajar tingkatan satu dan dua ialah

seramai sembilan orang (12.9%).

Jadual 4.4 Tingkatan diajar responden

Tingkatan yang diajar Bilangan Peratus

Tingkatan 1 17 24.3

Tingkatan 2 16 22.9

Tingkatan 3 13 18.6

Tingkatan 1,2 dan 3 6 8.6

Tingkatan 1 dan 2 9 12.9

Tingkatan 2 dan 3 9 12.9

Jumlah 70 100

4.3 Kefahaman Terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu

Dalam bahagian B, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min purata. Terdapat lapan soalan yang

diberikan bagi melihat tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep pendidikan

bersepadu. Semua data yang dikumpulkan bagi setiap item bahagian B adalah

ditunjukkan di bawah:

Page 62: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

46

Jadual 4.4 Kekerapan skor(peratus),min dan purata min terhadap

pemahaman konsep pendidikan bersepadu oleh guru-guru

matematik menengah rendah daerah Manjung.

No

Item

1 (STS) 2(TS) 3(TP) 4(S) 5(SS) Nilai

min

Tahap

1 - 4(5.7%) 5(7.1%) 37(52.9%) 24(34.3%) 4.16 Tinggi

2 - - 7(10.0%) 25(35.7%) 38(54.3%) 4.44 Tinggi

3 1(1.4%) 1(1.4%) 8(11.4%) 31(44.3%) 29(41.4%) 4.23 Tinggi

4 - 3(4.3%) 8(11.4%) 40(57.1%) 19(27.1%) 4.07 Tinggi

5 1(1.4%) 6(8.6%) 24(34.3%) 32(45.7%) 7(10%) 3.54 Sederhana

6 - 4(5.7%) 18(25.7%) 35(50%) 13(18.6%) 3.84 Tinggi

7 - 4(5.7%) 11(15.7%) 38(54.7%) 17(24.3%) 3.97 Tinggi

8 3(4.3%) 7(10%) 26(37.1%) 27(38.6%) 7(10%) 3.40 Sederhana

Nilai purata Min 3.96 Tinggi

Nota: STS -Sangat Tidak Setuju

TS -Tidak Setuju

TP -Tidak Pasti

S -Setuju

SS -Sangat Setuju

Seramai empat orang(5.71%) responden yang tidak bersetuju dengan item 1

iaitu pendidikan matematik bersepadu menyumbang dalam membina manusia yang

bertamadun tinggi. Terdapat lima orang(7.1%) responden yang menyatakan tidak

pasti dan yang bersetuju ialah seramai 61 orang(87.14%) responden. Ini

menunjukkan majoriti guru bersetuju bahawa pendidikan matematik bersepadu

menyumbang kepada membina tamadun manusia yang tinggi.

Page 63: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

47

Item 2 menyatakan pendidikan matematik haruslah seimbang diantara ilmu

agama dan ilmu keduniaan. Seramai tujuh orang guru(10%) responden yang

menyatakan tidak pasti manakala bakinya 63 orang(90%) responden bersetuju

dengan item ini.

Seramai dua orang yang(2.86%) responden yang menyatakan tidak bersetuju

dengan item 3 iaitu sesuatu sistem itu akan lebih sempurna jika dibuat

penggabungjalinan di antara subjek agama dan matematik. Terdapat lapan

orang(11.4%) responden yang menyatakan tidak pasti dan 60 orang(85.71%)

responden pula bersetuju dengan item ini.

Bagi item 4 pula menyatakan pendidikan matematik memainkan peranan

penting dalam membentuk jati diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani emosi

dan rohani. Seramai empat orang(4.3%) responden yang tidak bersetuju, lapan

orang(11.4%) responden yang tidak pasti dan 59 orang(84.29%) responden yang

bersetuju dengan item ini.

Item 5 iaitu konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak

dari segi matl€amatnya. Seramai tujuh orang(10%) responden yang tidak bersetuju

dengan penyataan ini manakala 24 orang(34.3%) responden yang tidak pasti dan 39

orang(55.71%) responden menyatakan setuju dengan penyataan ini.

Bagi item 6 pula menyatakan masalah gejala sosial dapat dikurangkan dan

diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang berteraskan

akidah dan iman. Seramai empat orang(5.7%) responden yang tidak bersetuju, 18

orang(25.7%) responden yang tidak pasti dan majoriti iaitu seramai 48

orang(68.57%) responden bersetuju dengan penyataan ini.

Bagi item 7 pula menyatakan subjek matematik lebih sempurna jika

disepadukan dengan pelajaran yang lain supaya ianya akan menyeimbangkan

pengajaran yang disampaikan. Seramai empat orang(5.7%) responden menyatakan

tidak bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 11 orang(15.7%) responden yang

Page 64: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

48

menyatakan tidak pasti dan bakinya seramai 55 orang(78.57%) responden

menyatakan bersetuju dengan penyataan ini.

Item 8 pula iaitu sukar untuk mendapatkan buku tentang konsep pendidikan

matematik bersepadu bagi memantapkan lagi pemahaman tentang pendidikan

bersepadu terdapat 10 orang(14.29%) responden tidak bersetuju, 26 orang(37.1%)

responden yang tidak pasti dan seramai 34 orang(48.57%) yang bersetuju dengan

item ini.

Secara umumnya dari jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya tahap kefahaman guru matematik menengah rendah di daerah

Manjung terhadap kefahaman konsep pendidikan bersepadu dijelaskan dengan nilai

purata min 3.9570. Ini bermaksud tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep

pendidikan bersepadu adalah baik. Dari segi peratus juga dapat dilihat dengan purata

peratus bagi bersetuju ialah sebanyak 74.82% manakala yang tidak bersetuju ialah

sebanyak 6.07%. Ini menunjukkan tahap kefahaman guru-guru adalah tinggi.

4.4 Kefahaman Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran

Matematik

Dalam bahagian C, penyelidik menganalis data yang berkaitan bagi

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min purata. Terdapat 34 soalan yang

diberikan bagi melihat tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran matematik di sekolah menengah. Semua data yang dikumpulkan bagi

setiap item bahagian C adalah ditunjukkan di bawah:

Page 65: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

49

Jadual 4.5 : Kekerapan skor(peratus),min dan purata min terhadap penerapan nilai-

nilai murni dalam pengajaran matematik menengah rendah di daerah

Manjung.

No

Item

1

STS

2

TS

3

TP

4

S

5

SS

Nilai

min

Tahap

1 - 2(2.9%) 13(18.6%) 49(70%) 6(8.6%) 3.84 Tinggi

2 - - 11(15.7%) 45(64.3%) 14(20%) 4.04 Tinggi

3 - - 7(10%) 52(74.3%) 11(15.7%) 4.06 Tinggi

4 - 2(2.9%) 4(5.7%) 50(71.4%) 14(20%) 4.09 Tinggi

5 - 3(4.3%) 7(10%) 39(55.7%) 21(30%) 4.11 Tinggi

6 1(1.4%) 1(1.4%) 8(11.4%) 50(71.4%) 10(14.3%) 3.96 Tinggi

7 - 1(1.4%) 3(4.3%) 47(67.1%) 19(27.1%) 4.20 Tinggi

8 1(1.4%) 2(2.9%) 11(15.7%) 32(45.7%) 24(34.3%) 4.09 Tinggi

9 - 1(1.4%) 4(5.7%) 50(71.4%) 15(21.4%) 4.13 Tinggi

10 - 6(8.6%) 12(17.1%) 45(64.3%) 7(10%) 3.76 Tinggi

11 - 8(11.4%) 15(21.4%) 43(61.4%) 4(5.7%) 3.61 Sederhana

12 - - 4(5.7%) 40(57.1%) 26(37.1%) 4.31 Tinggi

13 - - 6(8.6%) 45(64.3%) 19(27.1%) 4.19 Tinggi

14 - 4(5.7%) 12(17.1%) 50(71.4%) 4(5.7%) 3.77 Tinggi

15 - - 4(5.7%) 49(70. %) 17(24.3%) 4.19 Tinggi

16 - - 19(27.1%) 39(55.7%) 12(17.1%) 3.90 Tinggi

17 1(1.4%) 18(25.7%

)

22(31.4%) 27(38.6%) 2(2.9%) 3.16 Sederhana

18 - 1(1.4%) 7(10%) 38(54.3%) 24(34.3%) 4.21 Tinggi

19 - 1(1.4%) 6(8.6%) 43(61.4%) 20(28.6%) 4.17 Tinggi

20 2(2.9%) 1(1.4%) 11(15.7%) 32(45.7%) 24(34.3%) 4.07 Tinggi

21 1(1.4%) 4(5.7%) 16(22.9%) 40(57.1%) 9(12.9%) 3.74 Tinggi

22 - 1(1.4%) 6(8.6%) 41(58.6%) 22(31.4%) 4.20 Tinggi

23 - 1(1.4%) 5(7.1%) 48(68.6%) 16(22.9%) 4.13 Tinggi

24 1(1.4%) - 2(2.9%) 41(58.6%) 26(37.1%) 4.30 Tinggi

25 - 4(5.7%) 15(21.4%) 45(64.3%) 6(8.6%) 3.76 Tinggi

26 1(1.4%) 1(1.4%) 1(1.4%) 52(74.3%) 15(21.4%) 4.13 Tinggi

27 - - 7(10%) 43(61.4%) 20(28.6%) 4.19 Tinggi

28 - 1(1.4%) 9(12.9%) 47(67.1%) 13(18.6%) 4.03 Tinggi

Page 66: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

50

29 2(2.9%) 18(25.7%

)

18(25.7%) 28(40.%) 4(5.7%) 3.20 Sederhana

30 5(7.1%) 17(24.3%

)

23(32.4%) 22(31.4%) 3(4.3%) 3.01 Sederhana

31 4(5.7%) 14(20 %) 11(15.7%) 34(48.6%) 7(10%) 3.37 Sederhana

32 - 5(7.1%) 29(41.4%) 32(45.7%) 4(5.7%) 3.50 Sederhana

33 1(1.4%) 16(22.9%

)

16(22.9%) 33(47.1%) 4(5.7%) 3.33 Sederhana

34 3(4.3%) 25(35.7%

)

13(18.6%) 24(34.3%) 5(7.1%) 3.04 Sederhana

Purata min 3.88 Tinggi

Nota: STS -Sangat Tidak Setuju

TS -Tidak Setuju

TP -Tidak Pasti

S -Setuju

SS -Sangat Setuju

Seramai dua orang(2.9%) responden yang tidak bersetuju dengan item 1

iaitu penerapan nilai-nilai murni kini dilaksanakan dalam pengajaran matematik.

Seramai 13 orang (18.6%) responden menyatakan tidak pasti dan majoritinya iaitu 55

orang (78.57%) responden bersetuju dengan penyataan ini. Ini menunjukkan bahawa

pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik telah

diterapkan semasa sesi pengajaran.

Item yang kedua iaitu konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran

matematik tidak ada responden yang tidak bersetuju. Seramai 11 orang (15.7%)

responden yang tidak pasti manakala 59 orang (84.29%) responden bersetuju dengan

penyataan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa salah satu dari nilai murni iaitu

kerjasama diterapkan semasa sesi pengajaran.

Page 67: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

51

Bagi item 3 iaitu penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik

melahirkan pelajar yang beretika majoriti responden iaitu seramai 63 orang (90%)

responden yang bersetuju dan tujuh orang (10%) responden yang menyatakan tidak

pasti kepada item ini.

Item 4 menyatakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran

matematik dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI. Seramai dua

orang(2.9%) responden yang tidak bersetuju, empat orang (5.7%) responden yang

menyatakan tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan

item ini.

Bagi item 5 iaitu penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik

akan membentuk nilai-nilai yang positif di dalam diri pelajar. Seramai tiga orang

(4.3%) responden yang tidak bersetuju, tujuh orang (10%) responden yang tidak pasti

dan 60 orang (85.71%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Item 6 iaitu saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik

di sekolah. Seramai dua orang (2.86%) responden yang tidak bersetuju, lapan orang

(11.4%) responden yang tidak pasti dan 60 orang (85.71% ) responden yang

bersetuju dengan item ini.

Item 7 iaitu saya memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memberikan

jawapan semasa di dalam pengajaran matematik. Seramai seorang (1.4%) responden

sahaja yang tidak bersetuju, tiga orang(4.3%) responden tidak pasti dan 66 orang

(94.29%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Page 68: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

52

Bagi item 8 pula menyatakan sebelum memulakan pengajaran matematik

saya menggalakkan pelajar membaca doa sebelum sesi pengajaran bermula. Seramai

tiga orang (4.29%) responden tidak bersetuju, 11 orang (15.7%) responden tidak

pasti dan 56 orang (80%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Item 9 berkenaan guru menggalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di

dalam sesi pembelajaran matematik terdapat seorang (1.4%) responden yang tidak

bersetuju, empat orang (5.7%) responden yang tidak pasti dan 65 orang (92.86%)

responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Item 10 berkenaan penerapan dan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran

matematik dapat membendung masalah gejala sosial. Seramai enam orang (8.6%)

responden yang tidak bersetuju, 12 orang (17.1%) responden yang tidak pasti dan 52

orang (74.29%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Bagi item 11 ialah berkenaan guru membuat kesimpulan di akhir pengajaran

matematik dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni. Seramai lapan orang (11.4%)

responden yang tidak bersetuju, 15 orang (21.4%) responden yang tidak pasti dan 47

orang (67.14%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Untuk item 12 pula, iaitu guru sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa

mengajar matematik. Hanya empat orang(5.7%) responden sahaja yang tidak pasti

manakala majoritinya iaitu seramai 66 orang(94.29%) responden yang bersetuju

dengan item ini.

Item 13 iaitu berkenaan guru yang membina perhubungan yang harmonis di

antara pelajar semasa sesi pembelajaran matematik. Seramai enam orang (8.6%)

responden yang tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan

item ini.

Bagi item 14 pula, ia berkenaan pelaksanaan aktiviti berkumpulan diantara

murid semasa sesi pengajaran matematik. Seramai empat orang (5.7%) yang tidak

Page 69: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

53

bersetuju dengan penyataan ini, 12 orang (17.1%) responden tidak pasti dan 54 orang

(77.14%) responden bersetuju dengan penyataan ini.

Untuk item 15 ia berkenaan sikap keterbukaan guru semasa membuat

perbincangan pelajaran matematik dengan pelajar. Seramai empat orang (5.7%)

responden yang tidak pasti dan 66 orang (91.43%) responden bersetuju dengan item

ini.

Item 16 pula ialah berkenaan keyakinan guru dalam menerapkan nilai

berhemah tinggi dalam pengajaran matematik. Terdapat 19 orang(27.1%) responden

yang tidak pasti dan 47 orang (67.14%) lagi responden yang bersetuju dengan

penyataan ini.

Untuk item 17 pula, iaitu guru tidak meninggikan suara di dalam kelas ketika

sesi pengajaran matematik. Seramai 19 orang (27.1%) responden tidak bersetuju

dengan item ini, 22 orang (31.4%) responden tidak pasti dan 29 orang (41.43%)

responden yang bersetuju dengan item ini.

Bagi item 18 pula, ialah berkenaan guru mengalakkan pelajar memberi salam

kepada guru di awal pengajaran matematik . Terdapat seorang(1.4%) responden

yang tidak bersetuju, tujuh orang (10%) responden yang tidak pasti dan 62 orang

(88.3%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Untuk item 19 pula menyatakan guru mewajibkan pelajar hadir ke kelas

pembelajaran matematik tepat pada waktunya. Hanya seorang (1.4%) responden

sahaja yang tidak bersetuju. Seramai enam orang (8.6%) responden tidak pasti dan

63 orang (90%) responden bersetuju dengan item ini.

Page 70: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

54

Bagi item 20 menyatakan bahawa tidak pernah ada sebarang penipuan yang

dilakukan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran matematik di kelas. Seramai

tiga orang (4.3%) responden yang tidak bersetuju, 11 orang (15.7%) responden yang

tidak pasti dan 56 orang (80%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Item 21 pula menyatakan guru mengaitkan pelajaran matematik dengan

tuntutan agama. Terdapat lima orang (7.14%) responden yang tidak bersetuju, 16

orang (22.9%) responden yang tidak pasti dan 49 orang (70%) responden yang

bersetuju dengan item ini.

Untuk item 22 menyatakan guru tidak membangkitkan isu yang boleh

membawa mencetuskan isu perkauman di dalam sesi pengajaran matematik.

Seramai seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju,enam orang (8.6%)

responden yang tidak pasti dan 63 orang (90%) responden yang bersetuju dengan

item ini.

Bagi item 23 pula menyatakan guru memberi tugas matematik yang tertentu

kepada pelajar bagi menggalakkan sikap bertanggungjawab di dalam satu tugasan.

Terdapat seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju, lima orang (7.1%)

responden yang tidak pasti dan 64 orang (91.43%) responden yang bersetuju dengan

item ini.

Item 24 pula menyatakan guru tidak memilih kasih di dalam proses

pengajaran matematik. Seramai seorang (1.4%) responden yang tidak bersetuju, dua

orang (8.6%) responden yang tidak pasti dan 67 orang (74.44%) responden yang

bersetuju dengan item ini.

Page 71: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

55

Bagi item 25 pula menyatakan guru mengajar murid untuk berdikari

mencari bahan sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu diajar. Seramai

empat orang (5.7%) responden yang tidak bersetuju, 15 orang (21.4%) responden

yang tidak pasti dan 51 orang (72.86%) responden yang bersetuju dengan penyataan

ini.

Untuk item 26 iaitu guru sentiasa mengamalkan sikap jujur di dalam proses

pengajaran matematik. Terdapat dua orang (2.9%) responden yang tidak bersetuju,

seorang (22.9%) responden yang tidak pasti dan 67 orang (95.71%) responden yang

bersetuju dengan item ini.

Item 27 iaitu berkenaan guru memastikan kerja rumah matematik yang

diberikan akan disiapkan oleh pelajar. Seramai empat orang (5.7%) responden yang

tidak pasti dan 63 orang (90%) yang bersetuju dengan penyataan ini.

Untuk item 28 pula menyatakan, guru akan menegur kesalahan matematik

yang dilakukan pelajar dengan cara yang bersopan santun. Seramai seorang (1.4%)

responden yang tidak bersetuju, sembilan orang (12.9%) responden yang tidak pasti

dan 60 orang (85.71%) responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Bagi item 29 menyatakan kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat

menerapkan nilai-nilai dalam pengajaran matematik. Terdapat 20 orang (28.57%)

responden yang tidak bersetuju, 18 orang (25.71%) responden yang tidak pasti dan

32 orang (45.71%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Item 30 iaitu berkenaan tajuk di dalam matematik sukar untuk melaksanakan

nilai-nilai murni. Seramai 22 orang (32.4%) responden tidak bersetuju, 22 orang

(32.4%) responden tidak pasti dan 25 orang (35.71%) responden yang bersetuju

dengan penyataan ini.

Page 72: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

56

Bagi item 31 menyatakan bahawa tekanan dari pihak atasan untuk

menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan terhadap

penerapan nilai-nilai murni. Seramai 18 orang (25.71%) responden yang tidak

bersetuju, 11 orang(15.7%) responden yang tidak pasti dan 41 orang (58.57%)

responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Untuk item 32 ialah buku mengenai penerapan nilai-nilai dalam pengajaran

matematik di sekolah sukar didapati. Terdapat lima orang (7.1%) responden yang

tidak bersetuju, 29 orang (41.4%) responden yang tidak pasti dan 36 orang (51.43%)

responden yang bersetuju dengan item ini.

Item 33 ialah berkenaan bilangan pelajar yang terlalu ramai agak sukar bagi

guru untuk menerapkan nilai-nilai murni pengajaran matematik. Seramai 17 orang

(24.29%) responden yang tidak bersetuju, 16 orang (22.9%) responden yang tidak

pasti dan 41 orang (52.86%) responden yang bersetuju dengan item ini.

Bagi item 34 pula menyatakan pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik

menyukarkan guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.

Seramai 28 orang (40%) responden yang tidak bersetuju, 13 orang (18.6%)

responden yang tidak pasti dan 29 orang (41.43%) responden yang bersetuju dengan

penyataan ini.

Secara umumnya dari jadual 4.5 menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya tahap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik oleh

guru matematik menengah rendah di daerah Manjung dijelaskan dengan nilai purata

min 3.8761. Ini bermaksud tahap kefahaman guru matematik terhadap konsep

pendidikan bersepadu adalah baik. Dari segi peratus juga dapat dilihat dengan purata

peratus responden bersetuju ialah sebanyak 76.51% ,purata peratus responden yang

tidak pasti 15.16% manakala purata peratus responden yang tidak bersetuju ialah

sebanyak 7.63%. Ini menunjukkan tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni

dalam pengajaran matematik menengah rendah oleh guru-guru matematik di daerah

Manjung adalah tinggi.

Page 73: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

57

4.5 Hasil Ujian Hipotesis

Hipotesis pertama diuji bagi melihat adakah terdapat perbezaan yang

signifikan di antara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan

bersepadu.Hipotesis kedua diuji bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang

signifikan diantara jantina terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah.

Jadual 4.6 Analisis Ujian t Perbezaan kefahaman konsep pendidikan bersepadu

berdasarkan Jantina

Aspek Min(L) Min(P) Df T Sig

Kefahaman konsep

pendidikan bersepadu

3.7850 4.0472 68

-2.533

0.014

• Signifikan pada aras keertian 0.05

Jadual 4.6 menunjukkan keputusan kajian terhadap kefahaman konsep

pendidikan bersepadu berdasarkan perbezaan jantina. Daripada analisis ujian- t

yang dibuat, nilai ‘p’ yang diperolehi adalah 0.014 adalah lebih kecil daripada

aras signifikan yang telah ditetapkan 0.05. Oleh yang demikian hipotesis nol

ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap

pemahaman konsep pendidikan bersepadu.

Page 74: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

58

Jadual 4.7 Analisis Ujian t Perbezaan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di

dalam pengajaran matematik berdasarkan jantina

Aspek Min(L) Min(P) Df T Sig

Pelaksanaan penerapan

nilai-nilai murni

3.7600 3.9405 68 -2.585 0.012

• Signifikan pada aras keertian 0.05

Jadual 4.7 menunjukkan keputusan kajian terhadap pelaksanaan penerapan

nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik oleh guru matematik berdasarkan

perbezaan jantina. Daripada analisis ujian- t yang dibuat, nilai ‘p’ yang diperolehi

adalah 0.012 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang telah ditetapkan 0.05.

Oleh yang demikian hipotesis nol ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang

signifikan diantara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu.

4.6 Kesimpulan

Dapatan dari kajian ini menunjukkan secara keseluhannya tahap kefahaman

konsep pendidikan bersepadu di kalangan guru-guru matematik adalah tinggi.

Demikian juga dengan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajan

matematik juga tinggi. Ini menunjukkan reaksi yang positif dari kalangan guru-guru

tentang konsep pendidikan bersepadu serta pelakanaan penerapan nilai-nilai murni.

Walaubagaimanapun berdasarkan keputusan ujian-T menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan wanita mengenai kefahaman

konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni.

Page 75: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

59

Bab 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini dapatan kajian dirumus dan dibincangkan berdasarkan data

yang telah dianalisis dalam bab empat. Perbincangan dibuat berdasarkan empat

persoalan kajian yang telah dikemukakan. Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk

melihat mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep

pendidikan bersepadu, mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni

guru-guru matematik dalam pengajaran yang dilakukan, mengenalpasi tahap

kefahaman konsep pendidikan bersepadu antara guru-guru matematik lelaki dan

perempuan dan mengenalpasti tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni antara

guru-guru matematik lelaki dan perempuan di dalam pengajaran. Bagi objektif

kajian yang ketiga dan keempat, dua hipotesis telah dibuat iaitu tiada perbezaan

yang signifikan di antara jantina terhadap pemahaman konsep pendidikan bersepadu

dan juga tiada perbezaan yang signifikan diantara jantina dalam pelaksanaan

penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Page 76: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

60

5.2 Rumusan

Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada guru-guru

matematik sekolah menengah yang mengajar tingkatan satu, tingkatan dua dan tiga

di daerah Manjung. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik

dengan menggunakan Skala Likert. Data-data mentah yang dikumpul telah dianalisis

dengan menggunakan perisian Statiscal Package for Science Social(SPSS) versi 15.

Berdasarkan dapatan kajian, ia dapat menjawab persoalan kajian sejauhmanakah

tahap kefahaman konsep pendidikan bersepadu dan apakah tahap pelaksanaan

penerapan nilai-nilai murni guru-guru matematik.

5.3 Tahap Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu

Berdasarkan jadual 4.4 dapatan kajian menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya tahap kefahaman guru-guru matematik terhadap konsep pendidikan

bersepadu berada pada tahap yang tinggi. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila

min purata bagi konsep pendidikan bersepadu ialah 3.56. Kebanyakan responden

bersetuju dengan semua item satu hingga lapan iaitu tentang konsep pendidikan

bersepadu. Kebanyakan nilai min melebihi 3.4. Ini bererti bahawa responden

mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap konsep asas pendidikan bersepadu

seperti kesepaduan antara unsur-unsur empirikal dan saintifik di dalam pendidikan

dengan unsur agama.

Hanya dua item yang sederhana iaitu item lima dan item lapan. Item lima

menyatakan konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak dari

matlamatnya dan item lapan menyatakan sukar bagi guru untuk mendapatkan buku

mengenai konsep pendidikan bersepadu. Item yang keenam menyatakan masalah

gejala sosial dapat dikurangkan dan diatasi dengan persepaduan antara ilmu

matematik dan juga ilmu yang berteraskan akidah dan iman. Min bagi item ini ialah

sebanyak 3.84. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa persepaduan

Page 77: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

61

antara ilmu agama dan juga ilmu lain. Ini bererti mereka berpendapat bahawa

pendidikan matematik haruslah seimbang diantara ilmu agama dan ilmu keduniaan.

Ini terbukti apabila nilai min bagi item ini ialah yang tertinggi iaitu sebanyak 4.44.

Bagi item yang ketujuh juga dapat dilihat bahawa responden bersetuju subjek

matematik akan lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran lain supaya ia

akan menyeimbangkan pengajaran yang disampai. Min bagi item ini ialah 3.97.

Secara keseluruhannya responden memahami konsep pendidikan bersepadu

dan mereka bersetuju dengan konsep pendidikan bersepadu iaitu mengembangkan

komponen kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk akhlak yang baik

agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada guru-guru memahami

konsep pendidikan bersepadu ataupun tidak.

5.4 Tahap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni

Berdasarkan jadual 4.5, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap

pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.88. Ini

menunjukkan bahawa responden melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam

pengajaran matematik.

Banyak item yang mencapai min yang tinggi. Min yang paling tinggi ialah

4.31 iaitu item 12. Ramai responden yang bersetuju bahawa guru sentiasa

berpakaian kemas dan sopan semasa mengajar matematik. Ini menunjukkan guru

memahami mereka haruslah menjadi tauladan yang baik ataupun role model kepada

pelajar. Ini diikuti dengan item 24 dengan nilai min 4.3 yang menyatakan guru

bersikap tidak pilih kasih di dalam proses pengajaran matematik. Ramai responden

yang bersetuju dengan penyataan ini.

Page 78: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

62

Daripada 34 item hanya lapan item sahaja yang mencapai nilai min yang

sederhana iaitu item yang mempunyai nilai min yang kurang daripada 3.66. Item-

item tersebut ialah:

a) Item 11 yang menyatakan guru membuat kesimpulan di akhir

pengajaran matematik dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni.

b) Item 17 yang menyatakan guru tidak meninggikan suara ketika sesi

pengajaran sedang berlaku.

c) Item 29 yang menyatakan kekangan masa menyebabkan guru tidak

dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.

d) Item 30 yang menyatakan tajuk di dalam matematik sukar untuk

menerapkan nilai-nilai murni.

e) Item 31 yang menyatakan tekanan dari pihak atasan untuk

menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan

terhadap penerapan nilai-nilai murni.

f) Item 32 yang menyatakan agak sukar untuk mendapatkan buku

mengenai penerapan nilai-nilai murni .

g) Item 33 yang menyatakan bilangan pelajar yang terlalu ramai agak

sukar bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran

matematik.

h) Item 34 yang menyatakan agak sukar bagi guru untuk menerapkan

nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik bagi pelajar yang terdiri

daripada pelbagai etnik.

Dapat dilihat dari sini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru di

dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai murni. Ini dapat dilihat dengan jelas pada

item 29 hingga item yang ke 30. Walaubagaimanapun pelaksanaan penerapan masih

berjalan. Ini dapat dilihat dengan min item bagi penyataan satu sebanyak 3.84. Item

satu menyatakan bahawa pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni telah dijalankan di

dalam pengajaran matematik.

Page 79: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

63

Semasa sesi pengajaran juga dapat dilihat guru menyelitkan unsur nilai-nilai

murni di dalam pengajaran ini dapat dilihat dengan nilai min bagi item dua, enam,

lapan, sembilan, 14, dan 25. Nilai min terendah bagi item-item ini ialah 3.75. Ini

menunjukkan skala min yang tinggi bagi item-item tersebut. Penyataan item-item

tersebut ialah:

a) Konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran matematik.

b) Penerapan nilai-nilai dalam pengajaran matematik dapat membentuk

pelajar yang seimbang dari segi JERI.

c) Saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik di

sekolah.

d) Sebelum memulakan pengajaran matematik saya menggalakkan pelajar

membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula.

e) Saya menggalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di dalam sesi

pengajaran matematik.

f) Saya sentiasa melaksanakan aktiviti kumpulan di antara murid semasa

sesi pengajaran matematik.

g) Saya selalu menyuruh murid-murid untuk berdikari mencari bahan

sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu diajar.

Secara keseluruhannya responden telah melaksanakan penerapan nilai-

nilai murni di dalam pengajaran dan pengajaran walaupun terdapat beberapa

kekangan. Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada guru-guru telah

melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran ataupun tidak.

5.5 Rumusan Dapatan Ujian Hipotesis

Berdasarkan jadual 4.6 dan jadual 4.7 dapatan ujian hipotesis satu dan dua

menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan diantara jantina terhadap

konsep pendidikan bersepadu dan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam

Page 80: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

64

pengajaran. Hipotesis itu ditolak kerana berdasarkan ujian t nilai yang diperolehi

kurang daripada 0.05. Keputusan ujian t dapat dirumuskan:

5.5.1 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru perempuan terhadap pemahaman konsep pendidikan

bersepadu.

5.5.2 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan

perempuan terhadap pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Ini mungkin kerana konsep asas pendidikan bersepadu oleh guru lelaki masih

kurang berbanding dengan guru perempuan. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas di

mana item yang ketiga menyatakan sesuatu sistem pendidikan akan lebih sempurna

jika dibuat penggabungjalinan diantara subjek agama dan matematik. Dapat dilihat

nilai min bagi guru perempuan ialah sebanyak 4.3 dan nilai min bagi guru lelaki ialah

sebanyak 4.08. Begitu juga dengan item tujuh yang menyatakan pendidikan

matematik akan lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran lain. Nilai min

bagi guru perempuan ialah 4.16 manakala guru lelaki ialah sebanyak 3.64. Jelas

disini terdapat perbezaan yang ketara terhadap pemahaman konsep di antara jantina.

Pemahaman konsep pendidikan bersepadu akan membuatkan pelaksanaan

penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran berjalan dengan baik. Dapat dilihat

pada item 21 yang menyatakan guru sentiasa mengaitkan pengajaran matematik

dengan agama. Nilai min bagi guru lelaki ialah sederhana iaitu 3.44 berbanding nilai

min guru perempuan iaitu 3.91. Guru perempuan juga lebih senang menyelitkan

nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Ini terbukti dengan item 13 dan 23 dimana

guru cuba membina hubungan yang harmonis dan menyelitkan unsur tanggungjawab

kepada pelajar melalui tugasan tertentu. Nilai min guru perempuan bagi kedua item

ini lebih dari nilai min guru lelaki.

Page 81: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

65

Dapatan ini menjawab persoalan kajian sama ada terdapat perbezaan yang

signifikan di antara guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan terhadap pemahaman

konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam

pengajaran matematik.

5.6 Perbincangan

Perbincangan yang dibuat adalah berfokuskan kepada keseluruhan kajian ini

berdasarkan dari analisis data dan dapatan kajian.

Pada secara keseluruhannya guru matematik menengah rendah daerah

Manjung memahami konsep pendidikan bersepadu serta melaksanakan penerapan

nilai-nilai murni dalam pengajaran. Ini membuktikan bahawa mereka telah

mempunyai pengetahuan tentang konsep pendidikan bersepadu dan seharusnya

mereka telah memahami dan dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pendidikan matematik haruslah

seimbang di antara ilmu agama dan ilmu keduniaan. Ini yang dikatakan

matapelajaran merentas kurikulum. Ini bermaksud pengajaran tidak bersandarkan

kepada peperiksaan semata-mata tetapi ingin melahirkan manusia yang mempunyai

akhlak yang baik dan patuh pada agama tetapi pada masa yang sama ia adalah

manusia yang cemerlang.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa konsep pendidikan bersepadu

ini agak abstrak dari segi matlamatnya dan agak sukar bagi mendapatkan buku

tentang konsep pendidikan bersepadu. Ini menunjukkan bahawa mereka mengetahui

tentang konsep pendidikan bersepadu tetapi gambaran konsep itu tidak begitu jelas

kerana ia terlalu abstrak dan kesukaran mendapatkan buku bagi memantapkan lagi

Page 82: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

66

pemahaman menyebabkan mereka memahami konsep itu secara sendiri. Ini selari

dengan dapatan kajian William Baja Jap (1999) yang mendapati guru menghadapi

masalah memahami beberapa konsep kesepaduan dan penerapan nilai-nilai murni

kerana kekaburan penggunaan istilah dan bahasa yang tidak difahami serta dianggap

abstrak.

Guru-guru matematik berpendapat bahawa gejala sosial dapat dikurangkan

dan diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang yang

berteraskan akidah dan iman. Dengan penggabungjalinan antara ilmu matematik dan

juga agama akan membolehkan pelajar menuju kesempurnaan hidup dan

mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan remaja.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa penerapan

nilai-nilai murni wajar dilaksanakan dalam pengajaran matematik bagi melahirkan

pelajar yang seimbang dari segi JERI. Ini juga dapat membina masyarakat yang

bertamadun tinggi dan harmonis.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tingkahlaku guru-guru haruslah

menunjukkan contoh yang baik kerana mereka ialah cermin kepada pelajar.Ini sejajar

dengan kenyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) “...peribadi guru

sendiri menjadi ukuran dan teladan serta faktor utama kepada keberkesanan

penerapan nilai-nilai murni. Ini kerana guru adalah cerminan kepada murid.”

Dapatan kajian juga menunjukkan walaupun pelaksanaan penerapan nilai-

nilai murni dijalankan oleh guru tetapi terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi

oleh guru seperti:

a) Kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan

penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.

b) Pentadbir yang menekankan kepada penghabisan silibus

dan kecemerlangan akademik semata-mata.

Page 83: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

67

c) Sukar untuk mendapatkan buku mengenai penerapan nilai-

nilai murni bagi memantapkan lagi pemahaman guru bagi

melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

d) Bilangan pelajar yang ramai dan juga datang dari pelbagai

etnik menyukarkan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni

dalam pengajaran.

Pandangan guru-guru terhadap masalah yang dihadapi haruslah diambil kira

dalam keberkesanan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni . Walaupun terdapat

kekangan yang dihadapi guru haruslah melaksanakan penerapan nilai-nilai murni

kerana merekalah yang berkuasa dalam melaksanakan kurikulum di dalam kelas.

Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru lelaki menunjukkan kefahaman

konsep pendidikan bersepadu yang lebih rendah berbanding guru-guru perempuan.

Di dalam pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni juga dapat dilihat bahawa

pelaksanaan nilai murni oleh guru lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan guru

wanita. Hasil ujian hipotesis satu dan dua mendapati wujudnya perbezaan yang

signifikan diantara jantina. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Zalina Abd

Rahman(1990) di dalam kajian “Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Dalam KBSM”

yang mendapati faktor jantina mempengaruhi pelaksanaan nilai-nilai murni.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa guru-guru matematik yang

mengajar di sekolah menengah tingkatan satu hinga tiga di daerah Manjung

memahami konsep pendidikan bersepadu serta melaksanakan penerapan nilai-nilai

murni dalam pengajaran .

Page 84: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

68

5.7 Cadangan

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi telah dijelaskan bahawa

guru-guru matematik memahami konsep pendidikan bersepadu dan melaksanakan

penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa cadangan

yang difikirkan sesuai bagi tindakan selanjutnya.

5.7.1 Sistem pendidikan harus dikaji semula bagi membolehkan

pelajar tidak hanya bergantung kepada kejayaan akademik

semata-mata. Ini kerana sistem yang hanya berorientasikan

peperiksaan hanya akan menyebabkan guru mengejar untuk

menghabiskan silibus dan mengabaikan pembentukan sahsiah

pelajar melalui penerapan nilai-nilai murni.

5.7.2 Perlulah diadakan jawatankuasa khas pelaksanaan penerapan

nilai murni yang terdiri dari pegawai kementerian pelajaran,

pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pegawai

pendidikan daerah supaya pelaksanaan penerapan nilai murni

dapat dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah dengan serius

supaya pelaksanaannya tidak seperti melepaskan batuk di

tangga.

5.7.3 Guru-guru perlulah didedahkan dengan lebih lagi tentang

konsep pendidikan bersepadu dan pelaksanaan penerapan

nilai-nilai murni di dalam pengajaran ini supaya membolehkan

mereka memahami dengan lebih jelas lagi konsep pendidikan

bersepadu dan dapat melaksanakan penerapan nilai-nilai murni

dengan lebih terancang dan berkesan lagi.

5.7.4 Perlulah diadakan pemantauan oleh pihak atasan bagi

memantau pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni di dalam

pengajaran oleh guru-guru matematik.

Page 85: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

69

5.7.5 Guru-guru haruslah menunjukkan contoh yang baik dan

menjadi role model kepada pelajar-pelajar. Ini kerana guru

yang cemerlang akan menghasilkan pelajar yang gemilang.

5.7.6 Guru haruslah menutup sesi pengajaran dengan memberikan

nasihat yang berguna kepada pelajar dan menyelitkan nilai-

nilai murni semasa di akhir pengajaran.

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan

Di antara kajian-kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang adalah

seperti berikut:

5.8.1 Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan guru matematik menengah

rendah sahaja , dicadangkan satu kajian yang yang melibatkan guru-

guru matematik menengah dan guru-guru matematik sekolah rendah

bagi mengetahui pemasalahan sebenar.

5.8.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru sahaja, maka di masa

akan datang diharapkan penglibatan pelajar sebagai responden bagi

merangkumi pelbagai ruang lingkup skop yang boleh dikaji dengan

lebih mendalam.

5.8.3 Kajian yang sama boleh dilakukan terhadap responden dengan

menukar pendekatan instrumen kajian yang berbentuk kajian kualitatif

seperti pemerhatian di dalam kelas, temubual dan membuat kajian

sebenar di dalam kelas.

5.8.4 Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru matematik terhadap

pemahaman konsep pendidikan bersepadu serta pelaksanaan

Page 86: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

70

penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Perluasan skop

persampelan boleh dilakukan ke atas guru-guru matapelajaran lain.

5.9 Penutup

Hasil daripada kajian ini, secara keseluruhannya guru-guru matematik

memahami konsep pendidikan bersepadu dan melaksanakan penerapan nilai-nilai

murni dalam pengajaran. Seharusnya semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak

pentadbiran hingga ke pihak pelaksana memandangkan serius akan hal ini kerana ia

penting bagi melahirkan pelajar yang dikehendaki selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya dapat mengurangkan gejala negatif yang

menular di negara kita hari ini.

Guru-guru selaku pelaksana kurikulum haruslah tegas di dalam melaksanakan

kurikulum dan menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru-guru

haruslah menunjukkan sahsiah yang baik agar dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar.

Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan terutama dari pihak

pentadbir supaya pelaksanaan penerapan nilai murni bagi melahirkan pelajar yang

tidak hanya bersandarkan akademik semata tetapi mempunyai sahsiah yang elok.

Hasil dapatan kajian ini juga mendapati masih terdapat kelemahan yang boleh

diperbaiki seperti sukar untuk mendapat buku konsep pendidikan bersepadu dan juga

matlamatnya yang agak abstrak. Pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan

seminar ataupun bengkel bagi guru supaya dapat memantapkan lagi pemahaman

guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan seterusnya melaksanakan penerapan

nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Ini bagi memastikan bahawa matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari

segi emosi, rohani dan intelek tercapai dengan jayanya.

Page 87: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

71

RUJUKAN

Abdullah Mohd Noor(1998). “Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum Mata

Pelajaran Geografi”.Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum.

Universiti kebangsaan Malaysia.

Abd Mutallib Rani(1998). “Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Mata Pelajaran

Sejarah”. Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentasi Kurikulum. Universiti

kebangsaan Malaysia.

Abd Rahman Aroff dan L.H Chang(1994). “Pendidikan Moral”. Petaling Jaya :

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Hamdan(2007). “ Pengajian Kurikulum” Skudai : Universiti

Teknologi Malaysia.

Adnan Khamis(1988). Pendidikan Kebudayaan Dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Semula”. Jurnal Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Jaffni Hasan(1987). Pendidikan Moral dalam KBSM: Ke Arah Membentuk

Seorang Insan Yang Harmonis”.Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amidah Adam (1988). “ Tinjauan Penerapan Konsep Pendidikan Bersepadu Dalam

Pelajaran Sains,Menurut Perspektif KBSM.” Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahya et.al(2007). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.” Kuala

Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bahamin Ibrahim (1993). “ Persepsi Pelajar Dan Guru-Guru Binaan Bangunan

Sekolah Menengah Vokasional Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni.” Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 88: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

72

Hassan Langgulung(1977), “Asas Pendidikan Islam.” Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hassan Langgulung(1977), “ Pendidikan Islam,Satu Analisa Sosio Psikologikal”.

Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ibrahim Md. Noh (1995). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berasaskan

Fahaman Binaan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Matematik di Metro

Inn. Kajang.

Kamaruddin Yakub (Modul Kaedah Penyelidikan USM 1997)

Kamus Dewan (2002) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Khairudin Ngah dan Heng Hu Yee(1995). “Pendidikan Moral.” Petaling Jaya: Pan

Asia Publications Sdn Bhd.

Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”.Skudai :

Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Helmi Yusuf.(1988) “Pendidikan Sepadu dan Implikasinya Dalam

Pembaharuan Budaya Melayu” Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Kamal Hassan (1979). “ Ke arah Penyerapan Unsur-Unsur Islam dalam Dasar

Pendidikan Negara”. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribut Hasab

Mohd Kamal Hassan (1988). “ Pendidikan Dan Pembangunan: Satu Perspektif

Bersepadu ”. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mohd Majid Konting(1994). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 89: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

73

Mok Soon Sang (2003). “Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan” Subang

Jaya:.Kumpulan Budiman SDN. BHD.

Mok Soon Sang (2001). “Psikologi Pendidikan” Subang Jaya: Kumpulan Budiman

SDN. BHD.

Muhd Uthman El-Muhamady(1982) “Peradaban Islam”Kuala Lumpur: Pustaka

Aman Press.

Munirah Ahmad Masduki (2004). “Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Sains di Lapan Buah Sekolah

Menengah Di Daerah Jitra Kedah” Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana

Muda.

Nik Azis Nik Pa(1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan

KBSM. Kuala Lumpur : DBP

Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR

dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP

Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar.” Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda

Nor Hafizah Musa(1990). “Pelaksanaan KBSM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Satu Tinjauan Awal di Lima Buah Sekolah Menengah di Melaka.” Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2007

Rohani Dollah(1980), “Pendidikan Akhlak Mengikut Pandangan Islam”. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 90: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

74

Sufean Hussin(1989). “ Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum” Shah Alam : Fajar

Bakti

Sukatan Pelajaran KBSM Matematik 2000

Sulaiman Aziz (1994). “Penerapan Nilai-Nilai Murni Ke atas Guru-guru dan Guru

Pelatih Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Johor Baharu.” Universiti

Teknologi Malaysia.

Sulaiman Masri (1995). “Kaedah Penyelidikan Dan Panduan

Penulisan(esei,proposal,tesis). Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributions

Sdn Bhd.

Tajul Ariffin Noordin(1987). “Pendidikan Bersepadu:Konsep dan Falsafahnya Di

Dalam KBSM” Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin dan Nor’aini Dan(1992). “Pendidikan Dan Wawasan 2020.”

Kuala Lumpur. Arena Ilmu Sdn Bhd.

Tokijan Hj Abd Halim(1991). “Persepsi Guru-Guru Sejarah dan Guru-Guru Geografi

terhadap Konsep Pendidikan Bersepadu dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam

KBSM: Kajian di sekolah-sekolah Batu Pahat dan Pontian, Johor” Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Tunku Sara Tunku Mohd Jiwa(2001). Penerapan Nilai Murni Di Dalam

Pendidikan.”Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Zahid Noordin (1988). “ Ke Arah Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Di Dalam

KBSM :Falsafah Pendidikan Negara”. Kertas Kerja Seminar Nilai-Nilai Murni

Merentas Kurikulum Dalam KBSM. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 91: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

75

William Baja Jap (1999). “Kefahaman Guru Mengenai Kesepaduan dan Nilai Murni

Dalam KSM: Satu Kajian di Sarawak”. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Don(2006). “Psikologi sosial dalam pendidikan”. PTS Professional.

Zalina Abd Rahman(1990). “Pelaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Satu Tinjauan” Universiti Kebangsaan

Malaysia

Page 92: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

76

Lampiran A

Bil.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

BORANG SOAL SELIDIK

Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik

Saudara / saudari yang dihormati, Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang soal selidik ini. Kerjasama saudara / saudari adalah diharapkan untuk menjawab soalan dengan jujur dan ikhlas terhadap item-item yang dikemukakan. Segala maklumat yang diberikan oleh saudara / saudari adalah sulit. Maklumat yang diperolehi akan membantu pengkaji menjalankan penyelidikan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda Kerjasama daripada kalian saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Page 93: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

77

Soal Selidik ini mempunyai 3 Bahagian. Sila jawab semua bahagian. Sila pilih dan tandakan ( √ ) yang bersesuaian dengan jawapan anda pada kotak yang disediakan. 1. Nama Sekolah : _________________________________________________________ 2. Lokasi Sekolah : a. Bandar b. Luar Bandar 3. Jantina : a. Lelaki

b. Wanita

4. Pengalaman Mengajar: a. kurang 5 tahun b. 6 - 10 tahun

c. 11 - 15 tahun d. 16 - 20 tahun

e. lebih 20 tahun 5. Kelas Matematik yang diajar :

BAHAGIAN A: Latar Belakang Responden

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Page 94: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

78

Arahan Sila bulatkan (O) jawapan pilihan anda berdasarkan kenyataan yang diberikan Konsep Pendidikan Bersepadu

BAHAGIAN B:

Kefahaman Konsep Pendidikan Bersepadu

Bil Soalan-soalan STS TS TP S SS1 Pendidikan matematik bersepadu menyumbang

dalam membina manusia yang bertamadun tinggi

1 2 3 4 5

2 Pendidikan matematik yang disampaikan haruslah seimbang dintara ilmu agama dan ilmu keduniaan.

1 2 3 4 5

3 Sesuatu sistem pendidikan itu akan lebih sempurna jika dibuat pengabungjalinan diantara subjek agama dan matematik.

1 2 3 4 5

4 Pendidikan matematik memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri pelajar yang seimbang dari segi JERI

1 2 3 4 5

5 Konsep pendidikan matematik bersepadu sebenarnya agak abstrak dari segi matlamatnya.

1 2 3 4 5

6 Masalah gejala sosial dapat dikurangkan dan diatasi melalui persepaduan antara ilmu matematik dan juga ilmu yang berteraskan akidah dan iman.

1 2 3 4 5

7 Subjek matematik lebih sempurna jika disepadukan dengan pelajaran yang lain supaya ianya akan menyeimbangkan pengajaran yang disampaikan

1 2 3 4 5

8 Sukar untuk mendapatkan buku tentang konsep pendidikan matematik bersepadu bagi memantapkan lagi pemahaman tentang pendidikan bersepadu

1 2 3 4 5

Page 95: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

79

ARAHAN Sila bulatkan (O) jawapan pilihan anda berdasarkan kenyataan yang diberikan Nilai-Nilai murni Bil Soalan-soalan STS TS TP S SS1 Penerapan nilai-nilai murni kini dilaksanakan di

dalam pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

2 Konsep kerjasama diterapkan di dalam pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

3 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik melahirkan pelajar yang beretika .

1 2 3 4 5

4 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI

1 2 3 4 5

5 Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik akan membentuk nilai-nilai yang positif di dalam diri pelajar

1 2 3 4 5

6 Saya menerapkan unsur keadilan di dalam pengajaran matematik di sekolah

1 2 3 4 5

7 Saya memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memberikan jawapan semasa di dalam sesi pengajaran matematik

1 2 3 4 5

8 Sebelum memulakan pengajaran matematik saya mengalakkan pelajar membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula.

1 2 3 4 5

9 Saya mengalakkan pelajar berfikir secara lebih rasional di dalam sesi pembelajaran matematik.

1 2 3 4 5

10

Melalui penerapan dan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik, masalah gejala sosial dapat dibendung.

1

2

3

4

5

11 Saya membuat kesimpulan di akhir pengajaran matematik dan dikaitkan dengan nilai-nilai murni.

1 2 3 4 5

BAHAGIAN C:

Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran

Page 96: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

80

12 Saya sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa mengajar matematik.

1 2 3 4 5

13. Saya sentiasa akan cuba membinakan perhubungan yang harmonis diantara pelajar semasa aktivti pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

14 Saya sentiasa melaksanakan aktiviti kumpulan diantara murid semasa sesi pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

15. Saya sentiasa bersikap terbuka semasa membuat sesi perbincangan pelajaran matematik dengan pelajar.

1 2 3 4 5

16. Saya yakin saya telah menerapkan nilai murni berkhemah tinggi dalam pengajaran matematik saya.

1 2 3 4 5

17. Saya tidak meninggikan suara di dalam kelas ketika sesi pengajaran matematik

1 2 3 4 5

18 Saya mengalakkan pelajar memberi salam kepada guru di awal pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

19. Saya mewajibkan pelajar hadir ke kelas pembelajaran matematik tepat pada waktunya.

1 2 3 4 5

20. Saya tidak pernah menipu dalam menyampaikan pengajaran matematik di dalam kelas.

1 2 3 4 5

21. Saya sentiasa mengaitkan pengajaran matematik dengan tuntutan agama.

1 2 3 4 5

22 Saya tidak membangkitkan isu yang boleh mencetuskan isu perkauman di dalam sesi Pengajaran matematik

1 2 3 4 5

23 Saya akan memberi tugas matematik yang tertentu kepada pelajar bagi mengalakkan sikap bertanggungjawab di dalam satu tugasan

1 2 3 4 5

24 Saya tidak akan memilih kasih di dalam proses pengajaran matematik

1 2 3 4 5

25. Saya selalu menyuruh murid untuk berdikari mencari bahan sesuatu topik pelajaran matematik sebelum topik itu di ajar.

1 2 3 4 5

26. Saya sentiasa mengamalkan sikap jujur di dalam proses pengajaran matematik

1 2 3 4 5

Page 97: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3

81

27. Saya akan memastikan bahawa kerja rumah matematik yang diberikan akan disiapkan oleh pelajar.

1 2 3 4 5

28. Saya akan menegur kesalahan matematik yang dilakukan oleh pelajar dengan cara bersopan santun.

1 2 3 4 5

29. Kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

30. Tajuk di dalam matematik sukar untuk melaksanakan nilai-nilai murni.

1 2 3 4 5

31. Tekanan dari pihak atasan untuk menghabiskan silibus matematik menyebabkan kurang penekanan terhadap penerapan nilai-nilai murni.

1 2 3 4 5

32. Buku mengenai penerapan nilai-nilai dalam pengajaran matematik di sekolah sukar didapati.

1 2 3 4 5

33. Bilangan pelajar yang terlalu ramai agak sukar bagi saya untuk menerapkan nilai-nilai murni alam pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

34 Pelajar yang datang dari pelbagai etnik agak sukar bagi saya untuk menerapkan nilai- nilai murni dalam pengajaran matematik.

1 2 3 4 5

Nota: STS -Sangat Tidak Setuju TS -Tidak Setuju TP -Tidak Pasti S -Setuju SS -Sangat Setuju

Page 98: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 99: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 100: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 101: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 102: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 103: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3
Page 104: AZHARUL NIZAM BIN · PDF file3.7.1 Pengumpulan Data Primer 36 3.7.2 ... 4.2 Huraian Latar Belakang Responden 43 : 4.2.1 Jantina Responden 43 . 4.2.2 Lokasi Tempat Mengajar 43 . 4.2.3