Azmi Kemahiran Membaca

19
Pengenalan Kemahiran Membaca Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan- perkembangan yang diterima. Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya. Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid sama

description

tugasan kemahiran membaca pendidikan khas

Transcript of Azmi Kemahiran Membaca

Page 1: Azmi Kemahiran Membaca

Pengenalan Kemahiran Membaca

Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda

besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik

huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila

pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap

berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang

belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada

salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat

persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita

berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. Frank Smith

(1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu langkah

lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-

perkembangan yang diterima.

Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap individu perlu

menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan seterusnya

akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak akan

dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya.

Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid

sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh,

seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di

Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan

kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula

kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh

tulisan itu. Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai

kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai

kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan

sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-

perkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad,

2011). Menulis juga merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu

penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau

idea kepada pembaca (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).

Page 2: Azmi Kemahiran Membaca

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke

arah memperoleh ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),

membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

memahamkan makna kandungannya, mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku,

papan tanda secara lisan dengan kuat, dan memahamkan sesuatu makna. Tujuan membaca

bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca

(Yahya 2008). Pengajaran Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan

kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam pengajaran

bahasa perlu dibaca dan difahami oleh pelajar. Kemahiran membaca merupakan salah satu

kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu.

Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat

diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu

memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu

dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya

individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan

kepada orang lain atau pembaca.

Page 3: Azmi Kemahiran Membaca

Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV

Arahan: Eja dan Baca Suku Kata KV + KV Di Bawah

SUKU KATA KV + KV SKOR/CATATAN

BAJU BIJI BOLA

BUKU DADA DADU

DURI KAKI KUDA

KAYU MATA MEJA

TOPI KOPI CERI

SUDU GULA GULI

SUSU SAWI TOPI

LORI LARI LAWA

SARI SAPU DARA

PARA PERI PURA

Rajah 1: Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KV KV

Kajian Kemahiran Membaca Ke atas 2 orang Murid Pendidikan Khas

Ujian Dagnostik

Page 4: Azmi Kemahiran Membaca

Pada peringkat awal iaitu sebelum sesuatu kajian dimulakan saya telah mengadakan ujian

diagnostik. Ujian ini saya telah berikan kepada murid-murid yang telah saya kenalpasti. 1

item yang mengandungi 5 soalan telah dikemukakan kepada murid untuk mengukur sejauh

mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk mengeja dan membaca perkataan yang

mempunyai sukukata terbuka KV KV.Soalan adalah berkisar kepada benda-benda yang biasa

mereka lihat contonya kuda, guli, cili dan sebagainya. Murid dikehendaki mengeja dan

membaca sukukata yang betul bagi setiap gambar. Pilihan jawapan tidak diberikan. Ini ialah

untuk mengukur sejauh mana murid dapat membaca dengan betul. Kemudian keputusan ini

dianalisis secara terperinci bagi mengenalpasti kelemahan dan permasalahan murid. Dapatan

daripada ujian yang dijalankan saya dapat mengesan bahawa 2 orang murid yang saya

kenalpasti ini tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Saya telah membuat keputusan

untuk menjadikan 2 orang murid ini sebagai responden dalam kajian saya.

Melalui data-data tersebut, saya dapat mengenalpasti masalah murid sehingga berjaya

menentukan fokus kajian saya. Data-data tersebut juga akan menjadi panduan kepada saya

dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan saya.

Pelaksanaan Ujian Kemahiran Membaca

Kajian ini melibatkan dua orang murid pendidikan khas SMK Bandar Mas. Kedua-dua

peserta kajian adalah terdiri daripada murid lelaki dan dipilih berdasarkan kepada pencapaian

dalam ujian membaca. Pengumpulan data dibuat menggunakan instrumen pemerhatian

semasa sesi pemgajaran dan pembelajaran dijalankan.

Proses pengumpulan data dimulakan dengan menggunakan instrumen pemerhatian di

mana pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ke atas murid-murid

pendidikan khas SMK Bandar Mas untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah

dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui sesi pemerhatian tersebut dua orang murid

lelaki telah dipilih sebagai responden kajian yang dinamakan sebagai Responden 1 dan

Responden 2 di dalam kajian ini. Responden 1 merupakan seorang murid yang aktif di dalam

kelas namun tidak mahu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Responden 1 merupakan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca.

Peserta kajian ini cepat bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 5: Azmi Kemahiran Membaca

Responden 1 ini juga gemar memberi jawapan apabila guru membuka soalan walaupun

jawapan yang diberikan adalah tidak tepat dan salah.

Responden 2 pula merupakan seorang murid yang rajin dan tidak mendatangkan

sebarang masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun, masalah tidak

mahir membaca yang dihadapi menyebabkan Responden 2 kurang memberi tumpuan dan

kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, proses

pembelajaran yang diterima Responden 2 tidak aktif dan Responden 2 kelihatan tidak

berminat dalam kemahiran membaca.

Untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca kedua-dua responden kajian

ini satu ujian kemahiran membaca telah dijalankan ke atas mereka menggunakan set

kemahiran ujian membaca suku kata kvkv yang telah dibina oleh pengkaji. Set ujian ini

dibina khas untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja dan membaca murid-murid

pendidikan khas serta kemahiran mereka membantangkan suku kata kvkv. Sebanyak 30

perkataan yang mengandungi suku kata kvkv telah disediakan dan kedua-dua responden di

minta untuk mengeja dan membaca suku kata tersebut. Dapatan daripada ujian kemahiran

membaca kedua-dua responden dicatat dan direkodkan. Berikut adalah dapatan ujian

kemahiran kedua-dua responden kajian.

Responden 1

Jadual 1 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 1

Page 6: Azmi Kemahiran Membaca

SUKU KATA KV + KV SKOR/CATATAN

BAJU BIJI BOLA 2

BUKU DADA DADU 2

DURI KAKI KUDA 1

KAYU MATA MEJA 2

TOPI KOPI CERI 1

SUDU GULA GULI 0

SUSU SAWI TEPI 0

LORI LARI LAWA 2

SARI SAPU DARA 0

PARA PERI PURA 0

JUMLAH SKOR 10

Responden 2

Jadual 2 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 2

SUKU KATA KV + KV SKOR/CATATAN

BAJU BIJI BOLA 3

BUKU DADA DADU 2

DURI KAKI KUDA 1

KAYU MATA MEJA 2

TOPI KOPI CERI 0

SUDU GULA GULI 0

SUSU SAWI TEPI 0

LORI LARI LAWA 2

SARI SAPU DARA 1

PARA PERI PURA 0

JUMLAH SKOR 11

Jadual 1 menunjukkan data ujian bagi Responden 1. Daripada Jadual 1 didapati bahawa

Responden 1 hanya Berjaya membaca 10 daripada 30 suku kata kvkv yang dikemukan. Ini

menunjukkan dengan jelas bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca Responden 1

adalah agak lemah. Berdasarkan ujian membaca yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji

mendapati bahawa Responden 1 tidak dapat membaca banyak perkataan kv+kv dengan

Page 7: Azmi Kemahiran Membaca

betul. Selain itu, pengkaji memerhatikan bahawa, responden 1 tidak berminat untuk belajar

malah lebih kerap bermain dan tidur walaupun guru sedang mengajar. Rajah 2 berikut

memaparkan pemerhatian terhadap Responden 1.

Rajah 2: Reaksi Responden 1 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Jadual 2 pula menunjukkan data skor ujian membaca Responden 2. Daripada Jadual 2

didapati bahawa Responden 2 pula hanya dapat membaca 11 perkataan yang mempunyai

suku kata KV KV. Sebagaimana Responden 1, Responden 2 juga tidak menunjukkan minat

dan tidak memberi tumpuan semasa ujian dijalankan. Ini mungkin kerana murid ini lemah

untuk membaca perkataan-perkataan yang diberikan dan keadaan ini kurang memberikan

motvasi kepadanya untuk mengikuti ujian tersebut. Kelemahan juga dapat dilihat kerana

untuk membaca sesuatu perkataan tersebut, Responden memerlukan masa yag lama untuk

menyebut dan membaca sesuatu perkataan tersebut.

Dengan itu, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kedua-dua murid ini

perlukan sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat dan

perhatian mereka untuk mengikuti sesuati sesi pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan

terhadap minat dan perhatian mereka terhadap sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran

mungkin dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mereka seterusnya dapat meningkatkan

prestasi kemahiran membaca mereka pada masa akan datang.

Page 8: Azmi Kemahiran Membaca

Cadangan Intervensi Pengajaran Kemahiran Membaca Perkataan KVKV Terhadap

Murid Pendidikan Khas

SPESIFIKASI INTERVENSI

Rajah 1: Papan Interaktif Kata

Page 9: Azmi Kemahiran Membaca

Intervensi ini dinamakan “Papan Interaktif Kata” kerana menggunakan program Microsoft

Power Point untuk membuat slaid yang terkandung di dalamnya. Selain itu, program ini turut

mengandungi mempunyai perkataan kv+kv yang ingin dikaji dan telah dipilih untuk kajian

tindakan ini. Membaca perkataan kv+kv memerlukan bacaan yang sesuai kerana setiap

konsonan dalam bahasa Melayu bercantum dengan lima huruf vokal menghasilkan bacaan

dan bunyi yang berbeza. Jika diperhatikan dengan teliti konsep membaca perkataan kv+kv

memerlukan murid untuk membunyikan huruf konsonan terlebih dahulu sebelum bergabung

dengan huruf vokal iaitu a, e, i, o, u untuk membacanya. Program Papan Interaktif Kata ialah

program di mana murid membaca perkataan kv+kv berpandukan tayangan slaid Papan

Interaktif Kata. Program ini direka khas bagi murid yang mempunyai masalah dalam

membaca perkataan kv+kv dan mempunyai tiga bahagian dan aktiviti iaitu Konsonan dan

Vokal, Suku Kata kv serta Perkataan kv+kv.

Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan dan membantu murid

membaca perkataan kv+kv dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat berdasarkan

langkah yang diberi. Dengan ini, murid akan dapat mengaplikasikan kaedah ini ketika aktiviti

Page 10: Azmi Kemahiran Membaca

membaca perkataan kv+kv. Tindakan ini dirancang agar murid dapat melakukannya dengan

cepat dan mudah difahami.

Dalam penggunaan intervensi ini, pengkaji menjalankan sesi sebanyak tiga sesi

intervensi dengan objektif yang berbeza pada setiap satu sesi intervensi. Pada sesi intervensi

yang pertama, pengkaji menekankan kepada sesi pengenalan kepada huruf konsonan dan

vokal. Pertamanya, peserta kajian akan belajar mengenal semua huruf melalui aktiviti nyanyi

berpandukan video yang ditayangkan. Selepas itu, peserta kajian dikenalkan kepada huruf

konsonan dan vokal dengan berpandukan sebutan yang betul bagi setiap huruf yang

ditayangkan secara berulang-ulang. Seterusnya, peserta kajian diminta menyebut huruf

konsonan dan vokal yang diberikan secara rambang. Objektif pada sesi pertama ini adalah

peserta kajian dapat mengenal dan menyebut huruf konsonan dan vokal yang diberikan

dengan betul.

Pada sesi intervensi kedua, peserta kajian ditunjukkan cara membaca suku kata kv

berdasarkan slaid yang ditayangkan. Pada mulanya, peserta kajian akan mendengar cara

mengeja dan membaca suku kata kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas

itu, peserta kajian akan mengajuk dan membaca suku kata kv mengikut audio tersebut secara

berulang-ulang. Langkah ini diulangi dengan suku kata kv yang seterusnya. Selepas itu, bagi

menguji dan mengukuhkan kemahiran ini, peserta kajian diminta membaca suku kata kv yang

ditayangkan secara rambang. Objektif pada sesi kedua ini adalah peserta kajian dapat

membaca suku kata kv yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Pada sesi intervensi ketiga pula, peserta kajian ditunjukkan slaid cara membaca

perkataan kv+kv dengan betul. Pada mulanya, peserta kajian akan mendengar cara mengeja

dan membaca perkataan kv+kv dengan betul melalui audio dari pembesar suara. Selepas itu,

peserta kajian akan mengajuk dan membaca perkataan kv+kv mengikut audio tersebut secara

berulang-ulang. Langkah ini diulangi dengan perkataan kv+kv yang seterusnya. Selepas itu,

bagi menguji dan mengukuhkan kemahiran ini, peserta kajian diminta membaca perkataan

kv+kv yang ditayangkan secara rambang. Objektif pada sesi kedua ini adalah peserta kajian

dapat membaca perkataan kv+kv yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Kesimpulan

Page 11: Azmi Kemahiran Membaca

Murid-murid Pendidikan Khas sangat sinonim dengan masalah tidak menguasai kemahiran

membaca. Hal ini kerana beberapa faktor seperti ketidakupayaan intelektual yang teruk,

ketidakupaayaan fizikal dan sebagainya. Mengikut terjemahan Kirk (1993) dalam Mohd

Anizu Mohd Nor & Ernie Suliana Md. Shariff (2010), definisi murid Pendidikan Khas ialah

kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri

mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot mahupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun

emosi serta keupayaan komunikasi. Kepelbagaian kekurangan ini memerlukan perkhidmatan

Pendidikan Khas supaya ia mereka dapat berkembang sehingga kemampuan yang

maksimum. Justeru, kanak-kanak berkeperluan khas ini akan diberikan pendidikan dengan

pelbagai kaedah yang terbaik sesuai dengan keupayaannya dengan cara yang lebih efektif.

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru

membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj.

Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kemahiran

mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan

menarik bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu

mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan

kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai

pemberi motivasi dalam pembelajaran para pelajar”. Motivasi menjadi penggerak semangat

murid untuk terus aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan kenyataan tersebut, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran perlu digunakan untuk memberikan pelabagai pengalaman

pembelajaran kepada murid terutamanya murid-murid pendidikan khas yang sentiasa

memerlukan bimbingan dan panduan guru di dalam proses pembelajaran mereka. Suasana

yang menyeronokkan dan boleh menarik perhatian mereka mungkin dapat membantu mereka

meningkatkan tumpuan dan pemahaman mereka seterus dapat membantu meningkatkan

kemahiran membaca mereka pada masa-masa akan datang.

Page 12: Azmi Kemahiran Membaca

Rujukan

Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor

Page 13: Azmi Kemahiran Membaca

Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid Pemulihan Khas dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International Seminar on Quality dan Affordable Education Tahun 2013, 220-228.

Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila (Ed), The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International Reading Assosiation.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah Kemantapan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.