Azmy Tawan Hypermarket Bertaraf Lima Bintang

download Azmy Tawan Hypermarket Bertaraf Lima Bintang

of 2

Transcript of Azmy Tawan Hypermarket Bertaraf Lima Bintang

  • 8/19/2019 Azmy Tawan Hypermarket Bertaraf Lima Bintang

    1/2

    Azmy tawan hypermarket bertaraf lima bintang

    Utusan Malaysia, 23 Dec 2010

    KATA pepatah – tak kenal, maka tak cinta, Bila sudah mencuba, hati terpikat dan terus

    tergoda, Begitulah respons pengguna terhadap burger, nugget dan bebola ayam serta

    daging jenama Azmy setelah merasa produk makanan sejuk beku hasil keluaran

    syarikat Selangor Foods Industries Sdn, Bhd., sewaktu menyertai program kempen

    Belilah Barangan Buatan Malaysia anjuran KPDNKK.

    “Biarpuh jenama Azmy sudah memasuki pasaran tempatan, namun ia terpaksa

    bersaing sengit dengan jenama-jenama lain seperti Ramly, Ayamas, Saudi Gold dan

    Purnama. Namun, setelah mengikuti program KPDNKK, jenama kita semakin dikenali

    dan diyakini pembeli,” kata Pengarah Urusan Selangor Foods Industries Sdn. Bhd,

    Azmy Sanusi.

    Rata-rata pengguna melahirkan rasa yakin dengan jenama Azmy setelah mengeiahui

    lebih dekat produk keluaran syarikat yang ditubuhkan sejak 1993 itu seratus peratus

    dimiliki bumiputera, dan sudah tentu produk yang dihasilkan halal.

    Bertitik tolak dari situ, permintaan terhadap produk semakin bertambah, dan ia sekali

    gus menigkatkan keyakinan hypermarket bertaraf lima bintang untuk menempatkan

    Jenama Azmy di pasar raya mereka.

    Ketika ini, jenama Azmy sudah memasuki pasaran Tesco, Carrefour, Sogo, Giant, Mydin

    dan NSK Trading. Malah lebih membanggakan Tesco telab menawarkan tender OrigInal

    Equipment Manufacturing (0EM) kepada syarikat Selangor Food Industries Sdn. Bhd.,

    untuk mengeluarkan tujuh produk atas jenama Tesco.

    “Tender itu berjaya diperolehi hasil usaha KPDNKK yang telah memanggil semua wakil

    hypermarket untuk mengadakan Pemadanan Perniagaan dengan PKS sebelum ini.Setelah itu, Tesco kenal lebih rapat dan yakin dengan keupayaan kami untuk

    mengeluarkan produk jenama mereka,” katanya.

    Mengenai pasaran ke luar negara, Azmy berkata, pihaknya terlebih dahulu telah

    membuat persiapan temasuk mendapatkan logo veterinar selain memperoleh sijil GMP

  • 8/19/2019 Azmy Tawan Hypermarket Bertaraf Lima Bintang

    2/2

    dan HACCP bagi memudahkan KPDNKK membantu mereka memperomosikan jenama

    Azmy ke pasaran antarabangsa.

    “Insya-Allah, atas usaha KPDNKK juga, perbincangan untuk memasuki pasaran Brunei

    sedang dilakukan, manakala kita juga telah menghantar sampel produk Ke Filipinauntuk memperluaskan pasaran antarabangsa menjelang tahun depan,” katanya

    syarikatnya juga mengeluarkan produk jagung sejuk beku serta daging kisar.

    Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Azmy, sila hubungi

    talian 03-60571655 atau emelkan [email protected]