B Asas Mengarangx

download B Asas Mengarangx

of 16

Transcript of B Asas Mengarangx

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    1/16

    A s a s M e n g a r a n g | 1

    UNIT 1

    ASAS MENGARANG

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

    1. Memahami objektif mengarang2. Mengenal jenis-jenis penulisan3. Menghuraikan konsep ayat tesis, ayat topik dan ayat penyangga4. Menjelaskan empat jenis perenggan yang menjadi asas karangan

    Pengenalan

    erkataan karang berasal daripada pekerjaan menggubah bunga, mereka ukiran atau membuat

    sesuatu yang cantik. Dari situ dikembangkan maknanya kepada menyusun perkataan dengan

    aturan yang elok dalam bentuk hal atau cerita supaya dapat dibaca oleh orang lain (Zaba: 1965).

    Manakala Kamus Dewan (1986) menjelaskan, istilah karangan merujuk kepada gubahan, ciptaan,

    susunan. Dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) selain perkataan

    mengarang, istilah yang digunakan untuk merujuk aktiviti menulis tahap tinggi ialah menyurat,

    disurat atau persuratan. Ketiga-tiga kosa kata ini banyak digunakan dalam kitab-kitab Melayu klasikberbanding perkataan mengarang. Pada zaman sebelum penjajahan, tulisan Jawi yang berasal

    daripada abjad Arab digunakan secara meluas dalam semua jenis penulisan karangan. Manakala

    tulisan Rumi (Romawi) yang berasaskan huruf-huruf Yunani diperkenalkan oleh penjajah dan terus

    digunapakai sehingga hari ini.

    Mengarang merupakan proses menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat

    pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan diri sendiri,

    orang lain atau peristiwa. Menurut Raminah Sabran (1985), penulisan ialah penglahiran perasaan,

    fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi

    bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

    Don Bryne (1979) pula menyatakan manusia menggunakan simbol-simbol grafik semasa

    menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-

    lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.Penulisan merupakan satu keterampilan berbahasa

    yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.

    Penulisan juga adalah satu pengolahan pemikiran atau sebagai satu proses mekanis yang melibatkan

    P

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    2/16

    A s a s M e n g a r a n g | 2penggunaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan, falsafah dan idealisme. Dengan kata

    lain, karangan merupakan sebuah wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun

    secara logik dan sistematik serta berkaitan maknanya antara satu dengan yang lain.

    Siapakah Pengarang?

    Pengarang merupakan individu yang menyusun gagasan-gagasan dan mahu ideanya disebarluaskan

    kepada pembaca melalui wahana-wahana tertentu seperti buku, majalah, media dan sebagainya.

    Selain itu, pengarang terbahagi kepada dua golongan, iaitu pengarang profesional dan pengarang

    yang amatur. Pengarang profesional ialah mereka yang kerjaya utamanya menulis. Mereka

    menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti penulisan manakala pengarang yang bertaraf

    amatur ialah mereka yang menulis sebagai aktiviti sampingan, hobi ataupun kerana minat semata-

    mata. Contoh pengarang profesional ialah mereka yang bertugas sebagai wartawan atau novelis.

    Objektif Mengarang

    Menurut Anwar al-Jundi, seorang pengarang terkenal kelahiran Mesir, tujuan utama mengarang

    ialah:

    i. menulis sesuatu yang baharuii. memperbaiki sesuatu yang kurangiii. mengemaskini sesuatu yang terpisahiv. memudahkan sesuatu yang rumitv. membetulkan sesuatu yang salahvi. mempertahankan diri dan keluargavii. menjawab tuduhan musuh

    Pengarang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam merangka, menyusun dan

    menyiapkan sesebuah teks sekurang-kurangnya harus memiliki sifat-sifat berikut:

    i. Bersikap ikhlas kerana Allah S.W.T.ii. Sentiasa berhemah, jujur dan bertanggungjawabiii. Seorang yang insaf dan tabahiv. Bersikap proaktif, kritis dan kreatifv. Peka dengan sekitaranvi. Pencinta bahasa klasik mahupun modenvii. Seorang yang realis dan idealisviii. Sentiasa bersikap pragmatikJujun (1990) menyatakan seseorang penulis mestilah berupaya menggerakkan dirinya agar

    memiliki ilmu, iman dan amal untuk menghasilkan karya yang benar dan bermanfaat kepada khalayak

    pembaca. Sifat-sifat yang di atas memungkinkan seseorang penulis memusatkan seluruh minat,

    ketekunan dan keintelektualannya terhadap fenomena alam demi kemaslahatan masyarakat. Hal ini

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    3/16

    A s a s M e n g a r a n g | 3banyak sekali disentuh oleh beberapa penulis seperti Syed Husein (1992) dan Zaini Ujang (1993).

    Paling menarik Jujun (1990) menerusi karyanya Ilmu dalam Persepektif Moral, Sosial dan Politik

    menyatakan tanggungjawab moral seorang ilmuan yang sekali gus merujuk kepada tugas pengarang

    amat berkaitan dengan landasan epistimologi. Antara tanggungjawab yang dimaksudkannya adalah:

    i. Kebenaranii. Kejujuraniii. Tanpa kepentingan langsungiv. Bersandarkan kepada kekuatan penghujahanv. Rasionalvi. Objektifvii. Kritisviii. Terbukaix. Pragmatikx. Neutral daripada nilai-nilai yang bersifat pragmatik dalam mentafsir hakikat realiti.Peranan dan tanggungjawab seorang penulis cukup besar dan berat. Jujun (1990)

    seterusnya menyatakan suatu peradaban yang ditandai dengan masyarakat keilmuan yang maju

    secara bersungguh-sungguh dapat melaksanakan asas moral yang melibatkan kebenaran, kejujuran,

    bebas kepentingan dan dukungan berdasarkan kekuatan penghujahan. Malah menurut al-Quran dan

    al-Hadis telah mengingatkan kepada golongan penulis akan kepentingan jihad pena yang menjadi

    tanggungjawab besar untuk jalan berdakwah.

    Jihad pena bersifat berterusan dan ia wajib dilakukan oleh setiap orang selagi mereka

    mempunyai ilmu, kebolehan serta kuasa untuk berbuat demikian. Memandangkan penulis mempunyai

    kebolehan yang banyak, maka jihad pena dalam kalangan mereka adalah lebih dituntut. Tiadaseorang penulis akan menolak tugas ini jika mereka mengetahui kemuliaan seorang penjihad di sisi

    Allah S.W.T.

    Selain sebab-sebab yang telah dinyatakan, tujuan penulisan pada peringkat pengajian tinggi

    adalah untuk menyampaikan maklumat, menjelaskan sesuatu idea dan menyatakan hujah. Ketiga-tiga

    tujuan ini merupakan teras dalam semua bentuk genre dalam penulisan. Paling utama sesuatu teks

    ditulis adalah untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca. Jika penulis teks ialah

    pelajar maka teks yang ditulis adalah untuk penyelia, rakan-rakan atau sesiapa yang berminat tentang

    topik yang ditulis itu.

    Bagi pembaca pula, mereka tidak sekadar membaca, memaham dan mengguna mana-mana

    fakta dan data secara langsung yang terdapat dalam sesuatu teks, tetapi perlu bersikap kritis dan

    analitis terhadap teks yang dibacanya. Dalam sebahagian kes, pembaca mudah terpengaruh dengan

    sesuatu penulisan dengan menerima bulat-bulat akan maklumat dalam sesuatu teks tanpa merujuk

    dan membandingkan daripada sumber-sumber yang lain.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    4/16

    A s a s M e n g a r a n g | 4Hal inilah yang wajar diperhatikan oleh pengarang kerana sebarang kesilapan maklumat yang

    mereka catatkan akan memberi kesan kepada pembaca. Paling penting bagi pembaca adalah apa

    yang dibacanya dapat dicerna sebagai ilmu dan hikmah yang amat berguna untuk pembangunan

    insaniah. Dalam menjelaskan konsep dan pengertian ilmu, Syed Muhamad Naquib al-Attas dalam

    Syed Muhamad Dawilah (1993) menyatakan:

    merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalahketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabilamerujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diriseseorang kepada makna tentang sesuatu.

    Ketibaan makna yang dimaksudkan di atas ialah perubahan diri, minda dan jiwa seseorang

    daripada negatif kepada positif, daripada minda kerdil kepada minda berwawasan sehingga akhirnya

    ilmu dapat membentuk sifat, watak dan perwatakannya menjadi manusia yang berakhlak serta faham

    matlamat kejadian manusia dan landasan hidup yang harus ditujui. Ilmu yang tidak disertai dengan

    ketibaan makna akan mendorong pemujaan kepada nilai meterialistik dan memenuhi kehendak hawanafsu.

    Feadah-faedah Mengarang

    i. Dengan menulis kita dapat mengembangkan berbagai-bagai idea atau gagasan. Oleh itu kitaterpaksa bertaakul dan bernalar; fakta-fakta serta isi hujahan dihubungkan dan dibandingkan.

    Hal ini mungkin tidak akan kita lakukan jika kita tidak menulis.

    ii. Kegiatan menulis memaksa kita banyak mencari, mengkaji, menyerap dan menguasai maklumatyang berkaitan tajuk atau mauduk yang hendak ditulis. Dengan demikian, menulis memperluasdan memperdalam wawasan kita secara teoretis dan empiris tentang tajuk atau fakta yang kita

    paparkan.

    iii. Kegiatan menulis yang terancang akan membiasakan kita berfikir serta berbahasa secara tertib.Ketertiban berfikir dan berbahasa sebenarnya menjadi cerminan keintelektualan seseorang.

    iv. Dengan menulis kita akan dapat mengetahui kemampuan dan potensi diri. Untuk menulis danmengembangkan sesuatu tajuk, kita terpaksa berfikir, menggali pengetahuan dan pengalaman

    yang kadangkala tersimpan dalam minda bawah sedar kita.

    v. Keupayaan menulis dengan baik dan berkesan ialah suatu pencapaian yang harus diperolehioleh golongan berpendidikan lebih-lebih lagi oleh golongan yang bergelar mahasiswa. Melalui

    kegiatan menulis dapat kita tunjukkan bahawa kita telah mencapai dan menguasai suatu tahap

    kemahiran menulis yang sewajarnya.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    5/16

    A s a s M e n g a r a n g | 5

    vi. Pendidikan formal yang kita lalui menekankan soal penerimaan ilmu dan maklumat yangbermakna. Soal ini memerlukan kemahiran dan kecekapan menulis. Kecekapan menulis

    bertalian erat dengan kecekapan berfikir, menyusun dan menyampaikan buah fikiran dengan

    baik. Dengan kata lain, penulis yang baik sebenarnya ialah pemikir. Pemikir dapat menjadi ahli

    profesional yang baik. Hal inilah merupakan ciri penting orang yang berpendidikan.

    Penggolongan Karangan

    Terdapat dua kategori utama karangan. Pertama, karangan yang bertujuan memberi informasi sesuai

    dengan fakta disebut sebagai karangan faktawi atau factual writing (John Riebel, 1978). Manakala

    karangan yang bertujuan memberi hiburan kepada pembaca; bersifat khayali, imaginasi, lamunan

    atau fantasi dikategorikan sebagai karangan imaginasi atau imaginative writing. Secara ringkas,

    penggolongan karangan boleh diklasfikasikan sebagai berikut:

    Tahap-Tahap Penulisan

    Terdapat beberapa tahap yang perlu dilalui oleh seseorang penulis dalam menghasilkan karyanya.

    Secara umum, proses penulisan bermula dengan pemilihan tajuk atau bidang tajuk, dan diikuti

    dengan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan tajuk karangan yang mudah ditulis.

    Seterusnya, seseorang penulis perlu pula membentuk kerangka kasar, mengembangkan fakta,

    Karangan

    FaktawiImaginasi

    novel, cerpen, puisi drama, seloka, syair pantun, metafora, rubai

    berita, rencana, laporan tesis, kertas kerja, jurnal kertas projek, iklan

    Ilmiah dan informatifProsa dan Puisi

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    6/16

    A s a s M e n g a r a n g | 6menyunting, menyediakan ilustrasi dan menulis draf akhir. Menurut Awang Sariyan (1992: 5), terdapat

    dua tahap dalam proses penulisan iaitu:

    Rajah 1:

    Tahap-tahap yang harus dilalui dalam menghasilkan karangan

    1. Tahap PersiapanPada tahap ini, penulis akan memperlengkap diri dan memberi perhatian kepada

    aspek-aspek yang berikut, iaitu:

    i. mempersiap minda (mental/psikologi)ii. mengenal pasti bidangiii. menentukan skop/tumpuaniv. menentukan sasaran/khalayakv. memperoleh maklumat

    2. Tahap PenyusunanPada tahap ini, penulis akan membuat perancangan yang melibatkan:

    i. menyusun/mengatur rangka isiii. mengembangkan isi/fakta dan pemerenggananiii. menjalinkan isiiv. menatakan formatv. mengedit bahasavi. penerbitan

    Asas Pemerengganan

    Pemerengganan merupakan suatu entiti yang paling penting dalam tubuh sesebuah karangan. Proses

    membina perenggan sama konsepnya dengan menulis sebuah karangan. Perenggan dapat dianggap

    sebagai inti karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang

    Tahap Penulisan

    Prapenulisan Penyusunan Pascapenulisan Penerbitan

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    7/16

    A s a s M e n g a r a n g | 7dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubungan. Dengan kata

    lain, perenggan sebenarnya merupakan satu karangan pendek (huraian lanjut tentang

    pemerengganan pada bab ke-2). Perenggan dapat memandu penulis dan pembaca melihat

    hubungan unit-unit idea dalam karangan dengan lebih lancar dan jelas. Sebelum dapat menghasilkan

    sebuah karangan yang bermutu, maka perlulah difahami dulu ciri-ciri penting perenggan dan konsep

    binaan perenggan. Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialahpertama; penyataan tesis atau tema induk (lihat rajah 2). Kedua; ayat topik atau dikenali juga sebagai

    ayat fokus.

    Pernyataan Tesis

    Setiap karangan perlu mempunyai ayat tesis atau pernyataan tesis. Ayat tesis bermaksud idea inti

    dalam karangan dan menjadi asas pengembangan seluruh karangan. Biasanya daripada pernyataan

    tesis menjadi penanda untuk membina tajuk yang sesuai bagi sesebuah karangan. Terdapat hanya

    satu pernyataan tesis dalam sesebuah karangan.

    Lazimnya pernyataan tesis berada pada perenggan terawal tetapi kadang kala pernyataan

    tesis berada pada perenggan yang lain. Pernyataan tesis merupakan salah satu komponen ayat yang

    paling kuat idea intinya daripada keseluruhan ayat topik yang terdapat dalam sesebuah karangan. Hal

    ini bermakna hanya ayat topik terkuat dari segi idea intinya akan menjadi ayat tesis dalam sesebuah

    karangan. Formula berikut dapat memahamkan anda, bahawa:

    TERDAPAT BANYAK AYAT TOPIK TETAPI

    AT (AYAT TOPIK TERKUAT ) PT (PERNYATAAN TESIS)

    Secara teori, terdapat dua jenis pernyataan tesis, iaitu jenis tersirat dan jenis tersurat.

    Pernyataan tesis jenis tersurat lebih mudah dikesan dengan mengenal pasti idea inti pada klausa

    tertentu. Biasanya pernyataan tesis jenis ini dikemukakan pada perenggan pengenalan. Akan tetapi

    pernyataan tesis tersirat pula hanya dapat dikesan setelah kita membaca seluruh isi setiap perenggan

    dari awal hingga akhir.

    Dengan mengandaikan tema-tema penting yang cuba dikemukakan oleh pengarang, kita

    dapat merumuskan satu kesimpulan pernyataan tesis dalam karangan tersebut. Penyataan tesis

    yang dinyatakan secara langsung terbina oleh dua unsur, iaitu subjek dan fokus. Subjek ialah perkara

    utama yang menjadi perbincangan, manakala fokus ialah hal-hal yang menceritakan subjek itu. Ayat

    tesis yang baik dan berkesan perlu terbatas, tidak terlalu luas dan umum serta dinyatakan dengan

    bahasa yang jelas. Contohnya seperti rajah 2 di sebelah:

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    8/16

    A s a s M e n g a r a n g | 8

    Rajah 2

    Bandingan grafik pernyataan tesis yang tepat (kanan) dan yang menyimpang (kiri)

    (i) Ayat tesis dengan tema umum : Bidang pertanian telah berkembang pesat.

    (ii) Ayat tesis dengan tema berfokus : Penanaman padi di negara kita [SUBJEK]

    telah mengalami perkembangan pesat

    akibat kemajuan teknologi [FOKUS].

    Dalam rajah 2 menunjukkan bahawa kegagalan menjana ayat tesis yang menepati tema

    sesebuah karangan akan menyebabkan kekeliruan dalam penyusunan isi dan idea. Karangan yang

    sedemikian akan kelihatan tidak lancar dari segi susunan idea. Justeru, membina ayat tesis yang

    jelas dan tepat amat penting dalam menghasilkan sesebuah karangan yang bermutu.

    Penyataan tesis bentuk tersirat yang menjadi asas pengembangan karangan dapat juga

    diungkapkan melalui pernyataan maksud pengarang. Contoh pernyataan maksud di bawah ini dengan

    jelas menunjukkan tujuan penulisan dan membantu mengembangkan karangan.

    (i) Dalam rencana ini akan dibincangkan perbezaan sistem ekonomi pada duniaorde lama dengan sistem ekonomi pada dunian orde baru.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    9/16

    A s a s M e n g a r a n g | 9(ii) Penulis ingin mengemukakan bukti-bukti sejarah dan arkeologi yang

    membuktikan bahawa telah wujud tamadun manusia yang tinggi di Wilayah

    Nusantara sejak abad ke-3 sebelum Masehi.

    (iii) Apakah yang menyebabkan terlibatnya para belia dengan dadah? Penulis akanmengemukakan beberapa hal yang erat hubungannya dengan pendidikan

    keluarga serta perhatian ibu bapa.(iv) Dalam tulisan ini akan dihuraikan beberapa proses membuat keputusan dalam

    organisasi

    Proses membina sebuah perenggan adalah sama dengan proses membina sebuah

    karangan. Perenggan, dalam skopnya yang lebih kecil, seperti juga sebuah karangan mesti

    mempunyai tujuan. Tujuan sesebuah karangan dinyatakan oleh pernyataan tesis, manakala tujuan

    perenggan pula dinyatakan oleh ayat topik. Sesebuah perenggan yang lengkap dan berkesan terbina

    oleh unsur-unsur asas berikut:

    Ayat topik, iaitu isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perengganserta memandu pengembangan satu unit buah fikiran dalam satu perenggan bagi

    menyokong pernyataan tesis karangan.

    Ayat penyangga utama, iaitu ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayattopik dan merujuk ayat topik secara langsung. Ayat penyangga juga dikenali

    sebagai ayat sokongan utama. Ayat penyangga terbina dalam bentuk fakta-fakta,

    contohan, data-data atau huraian.

    Ayat penyangga kecil, iaitu ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentangayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung. Ayat penyangga kecil

    dapat dibina menerusi huraian lanjut data-data, fakta-fakta atau contohan yang

    bertujuan mengukuhkan penjelasan dalam ayat penyangga utama.

    Ayat kesimpulan, iaitu ayat akhir yang menutup perenggan sebelum beralihkepada perenggan yang seterusnya. Walau bagaimanapun, ayat kesimpulantidak bersifat tetap pada setiap perenggan. Kewujudannya tergantung pada

    keperluan dan keutuhan wacana pada ayat topik dan ayat penyangga utama.

    Yang pasti, ayat kesimpulan wajar ditulis dalam perenggan terakhir sesebuah

    karangan.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    10/16

    A s a s M e n g a r a n g | 10Strategi Membina Ayat Topik

    Telah dinyatakan dalam bahagian awal bahawa perenggan yang ideal harus terdiri oleh unsur-unsur

    dasar yang meliputi ayat topik dan ayat-ayat penyangga. Idea utama diluahkan ke dalam ayat topik,

    manakala idea sokongan ke dalam ayat-ayat penyangga. Ayat-ayat penyangga inilah yang

    mendukung penjelasan dan pembuktian tentang idea utama dalam ayat topik. Ayat topik bolehdiletakkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam perenggan. Kedudukan ayat topik dalam

    perenggan boleh didasarkan pada corak perenggan deduktif, perenggan induktif dan perenggan

    deduktif induktif. Mengetahui corak binaan perenggan ini amat berguna sebagai panduan awal

    membina perenggan yang baik dan berkesan.

    i. Perenggan DeduktifPerenggan deduktif bermula dengan ayat topik. Ayat topik yang mendukung idea utama

    dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung

    isi atau idea sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian dikemudiankan.

    Ringkasnya, perenggan ini bermula dengan penyataan umum dan menuju kepada penyataan

    khusus. Kerapkali perenggan jenis ini dikenali sebagai perenggan piramid terbalik. Perhatikan

    contoh perenggan deduktif:

    Kosa kata memainkan peranan dan merupakan unsur dasar yangpaling penting dalam kemampuan berbahasa, khususnya dalamkarang mengarang. Jumlah kosa kata yang dimiliki oleh seseorangakan menjadi petunjuk tentang pengetahuan seseorang itu. Disamping itu jumlah kosa kata yang dikuasai seseorang juga akanmenjadi indikator bahawa orang itu mengetahui sekian banyak konsep.

    Semakin banyak kosa kata yang dikuasai, semakin banyak pulapengetahuan seseorang. Dengan demikian, seorang penulis akanmudah memilih kata-kata yang tepat atau cocok untukmengungkapkan idea yang ada dalam fikirannya.

    Ayat Topik

    Ayat Penyangga Utama

    Ayat Penyangga Kecil

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    11/16

    A s a s M e n g a r a n g | 11ii. Perenggan Induktif

    Perenggan induktif bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal khusus, kemudian

    diakhiri dengan penyataan umum. Dalam perenggan induktif, ayat topik atau pernyataan topik

    terletak pada bahagian akhir perenggan. Perhatikan contoh berikut:

    Industri sampingan tumbuh dengan banyaknya sebagai hasil pembabitanMalaysia dalam projek-projek industri berat. Contohnya, projek industrikereta Proton Saga memerlukan beratus-ratus ribu liter cat sebagai catasas lapisan atas kereta. Keperluan terhadap cat ini memberikan peluangberkembangnya industri cat. Di samping itu berkembang juga industripermbuatan alat-alat ganti kereta. Wujudnya industri berat di Malaysia inimemberikan faedah yang besar kepada penduduk negara ini dari segipeluang pekerjaan.

    iii. Perenggan Deduktif InduktifPerenggan jenis ini merupakan gabungan deduktif induktif mengemukakan ayat topik padaawal perenggan dan pada akhir perenggan, manakala di tengahnya dikemukakan idea-idea

    penyangga. Perhatikan contoh di bawah ini.

    Ayat Topik

    Ayat Penyangga Kecil

    Ayat Penyangga Utama

    Peningkatan taraf pendidikan para petani dianggap samapentingnya dengan usaha peningkatan taraf hidup mereka.Petani yang berpendidikan dapat mengubahkan sistem pertaniantradisional menjadi pertanian moden yang produktif. Petani yangberpendidikan mampu menerima perubahan dan pembangunansecara positif. Mereka dapat memberikan maklum balas yang

    setimpal terhadap segala rancangan yang digubal oleh paraperancang pembangunan, sama ada peringkat pusat, negeriataupun daerah. Itulah sebabnya, peningkatan taraf pendidikanpara petani dianggap sangat mustahak.taraf pendidikan parapetani dianggap sama pentingnya dengan usaha peningkatantaraf hidup mereka.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    12/16

    A s a s M e n g a r a n g | 12Petanda penting untuk mengenal perenggan jenis ini ialah isi inti pada ayat topik terawal

    boleh dipertautkan dengan isi inti pada ayat di akhir perenggan. Jika isi inti tersebut tidak bertaut,

    maka jelaslah bahawa perenggan tersebut bukan daripada jenis deduktif induktif. Berkemungkinan

    ayat terakhir tersebut merupakan ayat penyangga utama, ayat penyangga kecil atau ayat kesimpulan.

    Rajah di bawah menunjukkan bentuk perenggan deduktif induktif.

    iv. Perenggan Segi Empat tepatPerenggan jenis ini tidak banyak dipraktikkan dalam penulisan popular. Hal ini demikian

    kerana hampir kesemua susunan ayat dan isi dalam perenggan ini sama penting dari awal

    hingga akhir perenggan. Ini bermakna ayat topik dan ayat penyangganya saling lengkap

    melengkapi sehingga tidak mudah untuk disunting kecuali mereka yang pakar. Biasanya

    perenggan jenis ini terdapat dalam peruntukan undang-undang, perlembangaan, anekmen

    yang hanya difahami oleh peguam atau pakar undang-undang. Perhatikan contohperenggan jenis segi empat tepat:

    Perkara 152,

    Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan diMalaysia ialah bahasaMelayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidakmenafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkansekalipun dengan menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadamkerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranyaia hendak dipinda.

    Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

    (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yangdiperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa

    (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selainbagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasalain; dan

    Ayat Topik 1

    Ayat Topik 2

    Ayat Penyangga Utama

    Ayat Penyangga Utama

    Ayat Penyangga Kecil

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkara_159(5)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Raja-Rajahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Raja-Rajahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkara_159(5)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    13/16

    A s a s M e n g a r a n g | 13(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan

    atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskanpenggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

    (2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasaInggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam DewanUndangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

    (3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih

    (a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanyayang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

    (b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanolehKerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

    (4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas HariMerdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala

    prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggihendaklah dalam bahasa Inggeris:

    Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perluditerjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

    (5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklahdalam bahasa Inggeris.

    (6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada KerajaanPersekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihakberkuasa awam.

    Rajah di bawah menunjukkan perenggan jenis segi empat tepat.

    Ayat Topik + Ayat

    Penyangga Utama +

    Kecil + kesim ulan.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    14/16

    A s a s M e n g a r a n g | 14Perhatikan binaan perenggan pada contoh berikut. Berikan perhatian teradap susunan ayat

    topik, ayat penyangga utama, ayat penyangga kecil dan ayat kesimpulan.

    Menurut Jomo K.S. dan Toh Kin Woon dalam tulisan mereka yang bertajukSifat Pemerintah Malaysia dan Implikasinya untuk PerancanganPembangunan, perancangan pembangunan Malaysia menggunakan

    pendekatan dualis yang wujud dalam dua strategi perancangan yangberbeza, tetapi berkait [AYAT TOPIK]. Dalam strategi pertama, sektortradisional diintegrasikan dengan sektor moden [PENYANGGA UTAMA].Strategi ini terlaksana apabila kerajaan dapat memindahkan teknologimoden, modal dan nilai utama ke dalam sektor tradisional [PENYANGGAKECIL]. Strategi kedua, Malaysia bergantung pada negara-negara kapitalismaju [PENYANGGA UTAMA]. Pergantungan ini perlu ada supayapemindahan sumber-sumber penting dari negara-negara kapitalis maju keMalaysia dapat dilakukan [PENYANGGA KECIL]. Sumber-sumber ituseperti modal, teknologi, kepakaran, nilai-nilai dan institusi modendipindahkan dengan menggunakan mekanisme perdagangan asing,

    pelaburan swasta, bantuan dan nasihat perancanngan [PENYANGGAKECIL]. Memandangkan perancangan yang demikian, maka tidaklahmenghairankan bahawa rancangan pembangunan Malaysiamenitikberatkan faktor asing, seperti aliran masuk modal asing dantekniologi, untuk memastikan pertumbuhan dan pembangunan berjalandengan lancar [AYAT KESIMPULAN].

    Fahami Istilah Penting Seni Mengarang

    Retorika Seni berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud

    dengan cara memanipulasi segala unsur bahasa sama ada aspek

    tatabahasa, semantik, estetik dan logik.

    Stilistika Cara pemakaian bahasa yang melibatkan aspek-aspek kesesuaian

    penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan tertentu yang

    dapat mengungkap sifat-sifat individu. Perbezaan stilistika dengan

    retorika ialah stilistika lebih mementingkan aspek keindahan bahasa

    berbanding aspek motif berbahasa.

    Estetika Konsep keindahan yang boleh dikaji sama ada dari segi keindahan

    luaran, keindahan dalaman atau keindahan dalam bentuk falsafah.

    Logika Asas berfikir yang melihat hubungan sesuatu perkara atau konsep

    dan menyimpulkan hubungan tersebut secara teratur supaya idea

    yang dinyatakan tidak bercanggah atau tidak logik.

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    15/16

    A s a s M e n g a r a n g | 15Diksi Pemilihan perkataan atau cara pengungkapan gagasan, pengetahuan

    atau perasaan dalam bentuk kata-kata dengan tujuan supaya maksud

    yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan

    tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh penulis.

    Semiotika Konsep berkaitan simbol-simbol atau tanda yang menjadi pegangan

    atau pandangan hidup dalam sesuatu budaya dan masyarakat.

    Koheren Pertautan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang

    bermakna dan dapat difahami.

    Kohesi Keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur

    linguistik yang lain.

    Wacana Penggunaan bahasa secara bertulis yang terdiri dariapada ayat atau

    ayat-ayat, bab, buku, dialog yang mempunyai awal dan akhir.

    Penanda Wacana Kata hubung antara ayat seperti: dan, tetapi, untuk, supaya, selain

    itu, malah, bagaimanapun dan seumpamanya.

    Paralinguistik Unsur-unsur yang digunakan untuk memperjelas persembahan

    wacana seperti penggunaan tanda baca; koma, noktah, tanda petik

    dan sebagainya.

    PENILAIAN KENDIRI1. Bincangkan tiga objektif pengarang?2. Bincangkan perbezaan antara pernyataan tesis, ayat topik dan ayat penyangga.3. Tulis tiga bentuk perenggan jenis deduktif, induktif dan deduktif Induktif.4. Berdasarkan empat jenis perenggan asas yang telah dipelajari, pilih sebuah

    karangan dan huraikan jenis-jenis peranggan yang diaplikasi oleh pengarang.

    KATA KUNCI

    1. Mengarang 4. Ayat Topik 7. Deduktif2. Menyurat 5. Ayat Fokus 8. Induktif3. Pernyataan Tesis 6. Ayat Penyangga 9. Deduktif Induktif

  • 7/30/2019 B Asas Mengarangx

    16/16

    A s a s M e n g a r a n g | 16Bahan Rujukan

    Awang Sariyan. (2006). Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Henry Guntur Tarigan (1986) Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung:

    Penerbit Angka.

    Ismail Ahmad (1996) Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Md. Sidin Ahmad Ishak. (1999). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Sulaiman Masri et al. (2007) Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.