B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# -...

36
B15 : PEMELIHARAAN WARISAN

Transcript of B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# -...

Page 1: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN#

Page 2: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 Saliran Dan Perparitan

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 PEMELIHARAAN WARISAN

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-1

B15.0 PEMELIHARAAN WARISAN

Kajian sektor pemeliharaan warisan memberi tumpuan pada aspek bangunan/monumen, tapak, kawasan alam semulajadi dan komuniti yang mempunyai nilai-nilai warisan yang unik, bersejarah serta nilai sosio-budaya yang tinggi untuk tujuan pengekalan aset negara. Kajian ini penting dalam konteks penyediaan Rancangan Struktur bagi mengenalpasti sebarang tapak, kawasan, alam semulajadi, bangunan atau kumpulan komuniti yang perlu dipelihara tetapi pada masa yang sama tidak membantutkan proses perbandaran selaras dengan perubahan struktur ekonomi dan pertambahan penduduk. Penyediaan Rancangan Struktur ini memberi penekanan kepada produk-produk warisan yang dapat diterjemahkan ke dalam bentuk spatial sebagai penyediaan polisi pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan dan taburan elemen warisan yang berbentuk spatial di Negeri Selangor akan memberi panduan terhadap pembentukan dasar-dasar yang berkaitan dengan sektor pemeliharaan warisan ini. Kategori warisan yang akan digunakan untuk membincangkan aspek pemeliharaan warisan ini merujuk kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan mengambil kira keperluan aspek fizikal/spatial dan sedikit penambahan dibuat mengikut kesesuaian sektor pemeliharaan warisan ini. Terdapat dua kategori utama iaitu warisan ketara dan tidak ketara (Jadual B15.1). Jadual B15.1: Kategori Warisan

Kategori Keterangan 1. Warisan ketara (tangible)

1. Statik: merupakan tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan. x Tapak tanah bersejarah (contoh: Lembah Bujang, Pusat

Bandar Lama Melaka, kawasanperlombongan Sg. Lembing) x Monumen / Bangunan (contoh : Istana, Kubu, Makam,

Menara) x Alam Semulajadi (contoh : hutan, gunung, gua, sungai, flora

dan fauna, geologi) 2. Mudah alih: merupakan artifak-artifak bahan budaya yang

boleh dipindahkan Contoh : Artifak (contoh : batu nisan, tekstil, ukiran kayu, manik, manuskrip)

2. Warisan tidak ketara (intangible)

Warisan tidak nyata adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. Contoh: Acara perayaan, ritual dan kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan tradisional.

Sumber: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2012

Page 4: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-2

Warisan ketara yang bersifat statik merangkumi warisan budaya ketara dan warisan semulajadi adalah terdiri daripada jenis-jenis berikut: i. Warisan Budaya Ketara

a) Tapak Warisan Budaya (Cultural Heritage Sites) b) Bandar / Kota Bersejarah (Historic Cities) c) Lanskap Budaya (Cultural Landscape) d) Tapak Suci Semulajadi (Natural Sacred Sites) /Tapak Upacara Keagamaan

Semulajadi e) Warisan Budaya Mudah Alih (The Movable Cultural Heritage) f) Muzium (Museums) g) Warisan Budaya Dalam Air (Underwater Cultural Heritage) h) Kraftangan (Handicrafts) i) Warisan Dokumentari & Digital (The Documentary and Digital Heritage) j) Warisan Sinematografi (The Cinematographic Heritage)

ii. Warisan Semulajadi

a) Taman Negara dan Taman Negeri (National Parks and State Parks) b) Taman Laut (Marine Park) c) Kawasan Tanah Lembap (Bencah-Wetlands) / RAMSAR Sites

d) Hutan Simpan Paya Bakau e) Hutan Simpan f) Rizab Hidupan Liar g) Rizab Mergastua h) Rizab Orang Asli i) Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Wildlife Rehabilitation Centre) j) Sungai, Tasik dan Laut

Bagi tujuan kajian sektor pemeliharaan warisan ini, kategori yang akan digunakan ialah: i. Kategori warisan budaya ketara ii. Kategori warisaan semulajadi iii. Kategori warisan senibina bangunan/monumen Manakala bagi kategori warisan tidak ketara pula, ianya tidak akan dimasukkan di dalam kajian ini kerana ianya lebih bersifat sosio-budaya yang sukar diterjemahkan di dalam bentuk fizikal memandangkan ianya bersifat tidak statik, contohnya bahasa/dialek, perhiasan diri dan pakaian.

Page 5: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-3

B15.1 PENEMUAN SEMASA

B15.1.1 Kedapatan dan Taburan Sumber Warisan Budaya Ketara

Secara keseluruhannya, Negeri Selangor mempunyai empat jenis warisan ketara iaitu tapak warisan budaya, bandar/kota bersejarah, tapak suci semulajadi dan muzium (Jadual B15.2 dan Rajah B15.1). i. Tapak Warisan Budaya

Kg Banghuris di Daerah Sepang dan Kg Sg. Hj. Dorani di Daerah Sabak Bernam adalah tapak warisan budaya yang terdapat di Negeri Selangor.Banghuris merupakan gabungan nama tiga buah kampung berhampiran yang menjalankan kegiatan inap desa iaitu Kampung Bukit Bangkong, Ulu Chuchuh dan Ulu Tris. Tapak warisan budaya adalah berdasarkan kepada sosio-budaya masyarakat tempatan yang diusahakan dalam skala yang besar.

Jadual B15.2: Jenis Warisan Ketara di Selangor

Jenis warisan ketara

Saba

k Be

rnam

Kual

a Se

lang

or

Klan

g

Hulu

Se

lang

or

Gom

bak

Peta

ling

Hulu

La

ngat

Kual

a La

ngat

Sepa

ng

Tapak warisan budaya √ - - - - - - - √

Bandar / Kota Bersejarah (Historic

Cities) - √ √ - - - - - -

Tapak Upacara Keagamaan Semulajadi

- - - - √ - - - -

Muzium (Museums) √ √ - - √ √ - √ - Sumber: KajianRancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

ii. Bandar atau Kota Bersejarah

a) Kota Malawati (Kota Bukit Selangor), Daerah Kuala Selangor

Kota ini dibina dengan batu pejal yang tersusun rapat dan diletakkan beberapa pucuk meriam.Pokok Jati dan Sena ditanam selang 10 kaki untuk mengelakkannya runtuh. Semasa penjajah Belanda menduduki Kuala Selangor, kota ini diubahsuai dengan menambah beberapa pucuk meriam dan dinamakan Fort Altingburg.

Page 6: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan
Page 7: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-5

Kota Malawati ini juga mengandungi beberapa elemen warisan ketara yang lain meliputi aspek warisan ketara bangunan/monumen seperti berikut: x Batu Hampar x Busut Malawati x Makam Diraja x Telaga Tujuh x Tangga Seratus x Kota Bukit Tanjung x Keramat Anak Dara x Rumah Api Kota Malawati x Bukit Raja

Meriam lama yang menghala ke arah laut masih lagi dijaga

dengan baik di Kota Malawati. Sumber :www.carigold.com

Makam Diraja di Kota Malawati.

Sumber :www.padat.gov.my

Page 8: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-6

b) Kota Raja Mahadi, Daerah Klang

Kota Raja Mahadi adalah sebuah kota lama yang terletak di atas bukit di Bandar Klang. Kota ini terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Klang. Kota Raja Mahadi dibina pada tahun 1886 oleh Raja Mahadi dan pengikutnya sebagai benteng pertahanan untuk menghalang gangguan yang diketuai oleh Raja Abdullah. Pada hari ini Kota Raja Mahadi hanya sebagai tinggalan sejarah. Di sekeliling kota ini telah pun dimajukan dengan terbinanya bangunan-bangunan moden.

iii. Tapak Upacara Keagamaan Semulajadi

Batu Caves adalah satu-satunya warisan tapak upacara keagamaan semulajadidi Negeri Selangor di mana ianya adalah merupakan bukit batu kapur yang menjadi tempat beribadat bagi penganut Hindu.Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India. Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun dahulu. Di ketinggian hampir 100 meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecilyang melibatkan tiga tapak (lot tanah) iaitu lot bernombor6020, 4557 dan 1197yang terletak di luar kawasan gua tersebut. Sebuah patung 42.7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006. Ia adalah patung Muruga yang tertinggi di dunia. BatuCaves terkenal dengan sambutan perayaan Thaipusam. Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India, Australia, Singapura, Thailand dan Eropah. Selain itu, ia menjadi tarikan pelancong yang utama di Malaysia.Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar bagi penganut Hindu di dunia.Batu Cave juga mempunyai nilai-nilai warisan yang sangat tinggi.

iv. Muzium

Terdapat lima muzium di Negeri Selangor iaitu: a) Muzium Orang Asli (Daerah Gombak)

Muzium Orang Asli terletak di Jalan Gombak kira-kira 20km dari Kuala Lumpur dan ia mempamerkan koleksi artifak seperti sumpit buluh dan belanga yang diwarisinya berusia lebih dari 600 tahun serta penerangan mengenai Orang Asli.

Page 9: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-7

b) Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.Muzium ini menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain meyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. c) Muzium Daerah Sabak Bernam

Muzium Daerah Sabak Bernam ini bertemakan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan di Daerah Sabak Bernam khasnya dan Negeri Selangor amnya. d) Muzium Sultan Alam Shah (Muzium Negeri Selangor)

Muzium ini terletak di Daerah Petaling dan ia merupakan muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. e) Muzium Tapak Jugra di Daerah Kuala Langat

Bangunan asal muzium ini merupakan Balai Polis Lama, Jugra.Pada asalnya bangunan ini merupakan sebuah balai polis lama dan mempunyai sebuah rumah pasung.Ia merupakan sebuah tinggalan bangunan dua tingkat dan berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan hukuman menerusi sistem kehakiman British yang digunapakai pada ketika itu.

B15.1.2 Kedapatan dan Taburan Sumber Warisan Semulajadi

Sumber warisan semulajadi ini secara asasnya merujuk kepada aset fizikal semulajadi persekitaran yang mempunyai nilai warisan sebagai khazanah alam yang perlu dipelihara untuk kepentingan generasi akan datang dan sebagai menyambung kelangsungan pembangunan lestari aspek pemeliharaan warisan. Ianya meliputi sumberjaya alam sekitar seperti kekayaan flora dan fauna di kawasan perhutanan,

Muzium Alam Shah atau dikenali sebagai

Muzium Negeri Selangor.

Sumber :www.alltravels.com

Page 10: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-8

kawasan rizab hidupan liar dan kawasan penempatan Orang Asli (Jadual B15.3 dan Rajah B15.2).

Jadual B15.3: Jenis Warisan Semulajadi di Selangor

Jenis warisan semulajadi Sa

bak

Bern

am

Kual

a Se

lang

or

Klan

g

Hulu

Se

lang

or

Gom

bak

Peta

ling

Hulu

La

ngat

Ku

ala

Lang

at

Sepa

ng

Taman Negeri - - - √ √ - √ - -

Tapak Kampus FRIM - - - - √ - - - -

Kawasan Tanah Lembap √ √ √ - - - - √ √

Hutan Simpan Paya Bakau √ √ √ - - - - √ -

Hutan Simpanan √ √ √ √ √ √ √ √ √ Rizab Hidupan Liar - - - √ √ - √ - - Penempatan Orang Asli - - - √ √ - √ √ √

Sumber: KajianRancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

i. Taman Negeri

Taman Warisan Negeri Selangor ini mengunjur di sebelah timur Negeri Selangor yang meliputi tiga daerah iaitu Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.Kesemua 10 hutan lipur di Negeri Selangor terletak di dalam Taman Warisan Negeri Selangor ini merangkumi kawasan seluas 107,000 hektar.Ianya telah diwarta sebagai sebuah taman negeri yang telah dikenalpasti sebagai pelindung alam semulajadi, terutamanya bekalan air selain melindungi tanah tinggi/pergunungan dan tanah curam, habitat bernilai tinggi dan unik serta mencegah kejadian banjir di kawasan hilir sungai.

Page 11: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan
Page 12: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-10

Taman Warisan Negeri ini merupakan tarikan dan aset eko-pelancongan yang penting bagi Negeri Selangor. Satu keistimewaan Taman Warisan Negeri ini ialah kewujudan jaluran kuarza yang mempunyai nilai warisan geologi yang bernilai tinggi dan boleh diletakkan dalam empat kategori kepelbagaian warisan iaitu: warisan batuan; mineral; struktur tektonik; dan landskap geologi. Ianya dikenali sebagai Permatang Kuarza Genting Klang (PKGK).Permatang kuarza ini terletak di bahagian utara Kuala Lumpur yang menganjur dari Taman Sri Gombak ke Kg Kemensah sepanjang 14 km dan mempunyai kelebaran hampir 50 meter pada sesetengah bahagian permatang ini. Hampir keseluruhan kandungannya adalah terdiri daripada mineral kuarza. Pihak Berkuasa Negeri Selangor bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerja peringkat negeri untuk mengkaji Permatang Kuarza Genting Klang sebagai Tapak Warisan Negara dan Dunia.Kerajaan Selangor telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri pada 14 Disember 2011.Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji Permatang Kuarza tersebut sebagai Tapak Warisan Negara dan Dunia kerana keunikan struktur geologinya. Mesyuarat pada 15 Disember 2011, jawatankuasa tersebut telah bersetuju supaya pencalonanPermatang Kuarza Genting Klang sebagai Tapak Warisan Dunia perlu dimulakan dengan saintifik bagi mengenalpasti fakta-fakta saintifik atau ‘Outstanding Universal Value” di kawasan tersebut.

Permatang kuarza Genting Klang ini merupakan satu tarikan eko-pelancongan.

Sumber :http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/267624/4e40.jpg

Page 13: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-11

Pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor dan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dengan kerjasama Institut Kajian Bencana Asia Tenggara UKM telah menjalankan kajian saintifik untuk mendapatkan data-data bagi menyokong usaha untuk mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Kajian tersebut mendapati Permatang Kuarza Genting Klang mempunyai dua kriteria warisan tabii yang wajar dipertimbangkan iaitu: Kriteria vii - “contains superlative natural phenomena or areas of exceptional natural

beauty and aesthetic importance” Kriteria viii - “is an outstanding example representing major stages of Earth’s history, including the record of life, significant on-going geological processes in the development

of landforms, or significant geomorphic or physiographic features”. Maka aspek pemuliharaan Permatang Kuarza Genting Klang dan kawasan sekitarnya sebagai zon teras pemuliharaan dan zon penampan perlu disepadukan di dalam perancangan guna tanah keseluruhan untuk Negeri Selangor.

ii. Tapak Kampus FRIM

Selain daripada itu, kawasantapak kampus FRIM yang terletak di Mukim Batu, Daerah Gombak juga merupakan aset semulajadi warisan alam yang bernilai tinggi. Pihak FRIM telah mencalonkan taman yang berusia 82 tahun ini sebagai tapak warisan UNESCO kerana kekayaan kepelbagaian biologikal yang terdapat di kawasan tersebut. Statusnya pada masa kini ialah sebagai tapak warisan kebangsaan. Kawasan kampus tersebut pada asalnya merupakan sebuah kawasan bekas lombongseluas 544.3 hektar dan dikelilingi oleh HS Bukit Lagong. Kawasan kampus FRIM ini merupakan hutan tropika buatan manusia yang tertua dan terbesar di dunia.Kawasan ini telah mendapat status Warisan Semulajadi pada 2009 dan pada 2012ianya telah diisytiharkan sebagai warisan negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

HS Bukit Lagong di kawasan Taman Botani

Kepong, FRIM

Sumber : Seminar Tapak Warisan Kebangsaan

Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Page 14: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-12

FRIM merupakan salah satu repositori spesies tumbuhan yang utama di Malaysia. Terdapat koleksi 354 spesies tumbuhan yang terdiri daripada 149 genera dan 48 famili dalam tujuh arboreta. Terdapat banyak aset di tapak FRIM ini yang menyokong pencalonannya sebagai tapak warisan dunia UNESCO iaitu: titian silara; kawasan perkelahan; Taman Botani Kepong; kawasan tanah bencah; rumah tradisional Melayu; kawasan perkhemahan; denai alam; Taman Ethno Botani; aktiviti alam; Arboreta; kayu bersilika; dan galeri penyelidikan. Taman Botani Kepong yang melibatkan sebahagian kawasan HS Bukit Lagong adalah pusat koleksi fauna terutama spesies tempatan di mana kerja-kerja penyelidikan dalam bidang botani, hortikultur, landskap dan lain-lain bidang tumbuhan yang berkaitan.

iii. Kawasan Tanah Lembap (Bencah-Wetland)

Kebiasaannya, kawasan tanah lembap atau tanah bencah ini terdapat di kawasan yang bergambut.Negeri Selangor mempunyai beberapa taburan kawasan tanah gambut yang besar terutama di Daerah Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.Menurut Jabatan Perhutanan, terdapat sejumlah 82,890.38 hektar kawasan hutan paya gambut yang berstatus hutan simpanan kekal (HSK) pada tahun 2010 (Jadual B15.4). Jadual B15.4: HSK Bagi Hutan Paya Gambut di Selangor, 2010

Bil Hutan Simpan Luas (hek) 1 HS Raja Musa (Kuala Selangor) 23,486.43 2 HS Kuala Langat Selatan (Kuala Langat) 6,844.30 3 HS Kuala Langat Selatan (Tambahan) (Kuala Langat)(1934) 194.87 4 HS Sungai Karang (Sabak Bernam) 50,106.60 5 HS Kuala Langat Selatan (Tambahan) (Kuala Langat) (1940) 1,300.55 6 HS Kuala Langat Utara (Kuala Langat) 957.63 Jumlah 82,890.38

Sumber: Laporan Tahunan 2010, Jabatan Perhutanan Selangor

Manakala tanah bencah terdiri daripada tanah bencah semulajadi atau buatan manusia.Paya Indah Wetlands di Daerah Sepang merupakan kawasan tanah bencah bekas lombong yang popular dan menjadi satu destinasi pelancongan berasaskan ekologi yang kaya dengan nilai khazanah alam semulajadi.

Paya Indah Wetlands merupakan tanah bencah yang

menjadi aset eko-pelancongan yang menarik di Selangor.

Sumber :www.journeymalaysia.com

Page 15: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-13

Kawasan tanah lembap/tanah bencah ini penting sebagai sumber air, mengawal banjir, memerangkap sedimen, mengawal kandungan nutrient serta memelihara habitat (untuk flora dan fauna) untuk kepentingan kepelbagaian biologikal.

iv. Hutan Simpanan Hutan Paya Bakau

Taburan hutan simpan paya bakau ini terletak di kawasan prsisiran pantai atau muara sungai yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Zon jaluran pokok bakau lazimnya adalah seperti berikut Avicenna spp (nama tempatan ialah api-api putih, api-api merah dan api-api hitan), Sonneratia spp (nama tempatan ialah berembang dan pedada), Bruguiera spp (nama tempatan ialah tumu, burus dan mata buaya) dan Rhizophora spp (nama tempatan ialah bakau kurap, bakau minyak dan bakau tanduk). Kawasan hutan paya bakau diklasifikasi sebagai hutan simpanan hutan paya laut yang merangkumi kawasan seluas 18,998 hektar di Selangor pada 2010 dengan taburan yang ketara di kawasan Sekinchan, Kuala Selangor, pulau-pulau Klang dan Jugra. v. Hutan Simpanan

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengkategorikan hutan simpanan kepada empat iaitu hutan darat, hutan paya gambut, hutan paya laut dan ladang hutan di mana keluasan masing-masing adalah 136,859.71 hektar, 82,890.00 hektar, 18,998 hektar dan 11,381 hektar (2010). Hutan simpanan ini pula mempunyai 12 jenis seperti hutan tadahan air, hutan lipur, hutan dara dan hutan perlindungan hidupan liar. Secara umumnya, hutan simpanan adalah elemen alam sekitar yang paling penting kerana ia menyimpan pelbagai khazanah Negara, terutama kepelbagaian flora dan fauna. Taburan hutan simpanan ini terdapat dengan banyaknya di sebelah timur Negeri Selangor yang merupakan sebahagian daripada kawasan Central Forest Spine (CFS) iaitu CFS2-SL3 (HS Raja Musa – HS Bukit Tarek – HS Bukit Gading).Selain daripada itu, terdapat juga hutan paya gambut yang terbesar di Selangor yang terletak di sebelah utara negeri ini iaitu HS Sungai Karang dan Raja Musa, masing-masing di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

vi. Rizab Hidupan Liar dan Kawasan Berkepentingan Burung(IBA)

Negeri Selangor mempunyai beberapa rizab hidupan liar yang menjaga kepentingan khazanah hidupan liar yang terancam dan hampir pupus (Jadual B15.5).

Page 16: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-14

Jadual B15.5: Kawasan Perlindungan Hidupan Liar yang Digazet di Selangor

Rizab hidupan liar Keluasan (hek) Kepentingan

Sungai Dusun (Hulu Selangor) 4,330 Badak Sumatra Bukit Kutu 1,942 Kambing gurun Fraser’s Hill (bahagian Selangor) 2,979 Burung Klang Gate 130 Kambing gurun Bukit Kuala Selangor 44 Burung dan lotong kelabu Bukit Sungai Putih 40 Umum Templer Park 1,214 Kambing gurun Paya Indah Wetlands 3,100 Burung Jumlah 13,779 -

Sumber: PERHILITAN, 2012

Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun telah ditubuhkan pada tahun 1964 di bawah Gazet No. 359 Kerajaan Negeri Selangor.Dengan keluasan 4,330 hektar, kawasan ini merupakan kawasan pertama yang dirizabkan untuk melindungi populasi Badak Sumatra. Secara umumnya,rizab ini terdiri daripada hutan diterokarp tanah pamah dan hutan paya gambut. Rizab ini dikelilingi oleh Sungai Dusun di utara dan Sungai Tengi di selatan.Di dalam rizab ini juga terdapat pusat pembiakan ex-situ untuk spesies hidupan liar seperti tapir dengan laluan masuk melalui jalan utama ke Sungai Besar, Selangor. Pusat ini dikenali dengan nama Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun. Rizab hidupan liar Bukit Kutu telah ditubuhkan pada tahun 1922 dan terletak di Kuala Kubu Bharu.Keadaan muka buminya yang agak curam dan ketinggian 1,053 meter terdapat di puncak yang tertinggi.Rizabhutan di sebelah selatan dan kawasan tadahan air di sebelah barat menjadi sempadan rizab ini.Sebahagian kawasan seluas 1,943 hektar bertindih dengan kawasan rizabhutan. Rizab hidupan liar Klang Gate di Daerah Gombak mempunyai kawasan seluas 130 hektar telah ditubuhkan pada tahun 1936 bagi melindungi keunikan flora dan fauna. Di kawasan ini juga terdapat jaluran permatang kuarza yang mempunyai pemandangannya yang menarik, nilai rekreasi dan penyelidikan alam semula jadi. Bagi kawasan berkepentingan burung (Important Bird Areas-IBA) pula, secara umumnya Negeri Selangor mempunyai dua kawasan iaitu ianya bertindih dengan kawasan Taman Warisan Negeri Selangor di sebelah timur dan kawasan pesisiran pantai yang menganjur dari muara Sungai Bernam ke muara Sungai Klang (Jadual B15.6). Kawasan ini mempunyai himpunan burung-burung yang sukar ditemui di tempat lain dan kini diancam kepupusan.

Page 17: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-15

Jadual B15.6: Kawasan Berkepentingan Burung (IBA) di Negeri Selangor

No. Kawasan HS Spesis yang terancam

1. IBA di Kawasan Taman Warisan Negeri Selangor

1 HS Sungai Lalang (kompatmen 14) dan HS Hulu Langat

Black Partridge-Melanoperdix nigra

2 HS Hulu Langat Crestless Fireback-Lophura erythophthalma

3 HS Hulu Gombak Mountain peacock pheasant-Polyplectron

inopinatum

4 HS Sungai Lalang (kompatmen 24, 18 dan 33)

Malaysian peacock peasant-Polyplectron

malacense 5 HS Hulu Langat Large green pigeon-Treron capellei

6 HS Hulu Gombak dan HS Sungai Lalang

Blue-banded kingfisher-Alcedo euryzona

7 HS Hulu Gombak dan HS Hulu Langat

Straw-headed bulbul-Pycnonotus zeylanicus

8 HS Sungai Lalang dan HS Hulu Langat

Brown-chested jungle flycatcher-Rhinpomyias

brunneata 2. IBA di Kawasan Persisiran Pantai Selangor (muara Sungai Klang ke muara Sg

Bernam)

1 Kepulauan Klang, Stesen janakuasa Kapar dan Tg Karang

Chinese egret-Egretta eulophotes

2 Kepulauan Klang Milky stork-Mycteria cinerea

3 Kepulauan Klang, Stesen janakuasa Kapar dan pantai Kuala Selangor

Lesser adjutant-Leptoptilos javanicus

4 Taman Alam Kuala Selangor Masked finfoot-Heliopais personata

5 Kepulauan Klang, Stesen janakuasa Kapar dan Tg Karang

Nordmann’s Greenshank-Tringa guttifer

6 Stesen janakuasa Kapar, Kuala Selangor dan Tg Karang

Spoon-billed sandpiper-Eurynorhynchus

pygmeus Sumber: Laporan ‘Directory of Important Birds Areas in Malaysia’, Malaysian Nature Society (MNS) dan Birdlife International, 2006

vii. Penempatan Orang Asli

Orang Asli di Negeri Selangor tinggal di beberapa tempat terutama di kawasan berbukit dan juga di tepi pantai. Antaranya ialah di: a) Kampung Orang Asli Broga - suku Temuan b) Kampung Orang Asli Donglai Baru, Sungai Tekala, Semenyih - suku Temuan c) Kampung Orang Asli Kuala Pangsoon - suku Temuan d) Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Sepang, Selangor e) Kampung Orang Asli Serigala Hulu , Hulu Selangor f) Kampung Orang Asli Sungai Lui, Hulu Langat - suku Temuan g) Kampung Orang Asli Bukit Tadom,Labuhan Dagang , Banting h) Kampung Orang Asli Bukit Bangkong , Sepang i) RSA Bukit Cheeding, Kuala Langat - suku Temuan j) Kampung Busut Baru , Kuala Langat - suku Temuan k) Kuala Kubu Baru-suku Temuan l) Tanjung Sepat dan Pulau Carey, Banting - suku Mahmeri

Page 18: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-16

m) Bukit Lanjan Damansara Perdana - temuan campuran n) Bukit Bandaraya, Shah Alam - suku kaum temuan o) Kampung Orang Asli Rawang

B15.1.3 Kedapatan dan Taburan Sumber Warisan Senibina Bangunan/Monumen

Kategori warisan ini meliputi sebarang bangunan/monumen terdiri daripada rumah ibadat, bangunan institusi, kota dan istana, makam dan lain-lain (seperti jambatan dan penjara) yang kaya dengan nilai-nilai senibina dan sejarah.Negeri Selangor mempunyai sejumlah 104 sumber-sumber warisandi Negeri Selangor. Kategori bangunan atau monumen terdiri daripada bangunan-bangunan seperti kediaman, balai polis, bangunan kerajaan, institusi pendidikan, rumah kedai,rumah api, stesen keretapi dan sebagainya. Seterusnya rumah ibadat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu masjid, gereja, tokong dan kuil. Lain-lain kategori adalah seperti jambatan dan stesen hidro empangan. Maklumat ringkas warisan daerah telah dicatatkan serta dikelaskan mengikut kategori seperti ditunjukkan di Jadual B15.7 dan Rajah B15.3.

Jadual B15.7: Taburan SumberWarisan Bangunan/Monumen di Selangor, 2012

Daerah Bangunan/ monumen

Rumah ibadat

Kota dan istana

Makam Lain-lain

Jumlah warisan daerah

Sabak Bernam

1 5 0 0 0 6

Kuala Selangor

5 0 2 2 3 12

Hulu Selangor

10 3 0 1 0 14

Gombak 6 1 0 0 0 7 Hulu Langat

4 2 0 0 2 8

Petaling 3 2 1 0 0 6 Klang 19 9 3 1 2 34 Kuala Langat

8 1 3 1 3 16

Sepang 1 0 0 0 0 1 Jumlah 57 22 9 5 10 104

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012 Laman Sesawanghttp://www.padat.gov.my/, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), 2013

Jadual B15.7menunjukkan terdapat empatdaerah mempunyai senarai warisan yang tinggi, iaitu Daerah Kuala Langat, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.Ini juga menunjukkan daerah-daerah tersebut mempunyai banyak aset-aset warisansenibina bangunan/monumen yang mampu dijadikan sebuah bandar warisan di mana bandar-bandar yang berpotensi ialah:

Page 19: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan
Page 20: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-18

i. Bandar Banting (Daerah Kuala Langat) ii. Bandar Klang (Daerah Klang) iii. Bandar Kuala Kubu Baru (Daerah Hulu Selangor) iv. Bandar Kuala Selangor (Daerah Kuala Selangor)

i. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Sabak Bernam

Sumber warisan bangunan/monumen yang terdapat di Daerah Sabak Bernam lebih berunsurkan kepada masjid di mana terdapat lima buah masjid lama yang disenaraikan oleh JWN (Jadual B15.8). Ianya mempunyai nilai-nilai senibina Melayu yang wajar dipulihara sebagai sumber warisan di peringkat tempatan. Jadual B15.8: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Sabak

Bernam, 2012

Bil Nama Bangunan

Balai Polis

1 Balai Polis Sungai Air Tawar Rumah Ibadat (Masjid)

2 Masjid Pancang Bedena, Sabak Bernam 3 Masjid Rahmani Kampung Permatang, Sungai Burung 4 Masjid Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam 5 Masjid An-Nur Kampung Sungai Haji Dorani 6 Masjid Kampung Peket 100 Sawah, Sabak Bernam

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

ii. Sumber Warisan Bangunan/monumen di Daerah Kuala Selangor

Daerah Kuala Selangor mempunyai beberapa sumber warisan bangunan/monumen yang popular berkait dengan sejarah penubuhan Negeri Selangor, seperti rumah api Bukit Malawati (Jadual B15.9).

Jadual B15.9: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Kuala Selangor, 2012

Bil Nama Bangunan

Kediaman

1 Rumah D.O Kuala Selangor, Bukit Malawati 2 The House Of Palms, Batang Berjuntai Makam

3 Makam Anak Dara** 4 Makam Diraja Bukit Malawati** Rumah Api

5 Rumah Api Bukit Malawati** 6 Monumen Batu Hampar / Batu Pancung, Kota Malawati**

Page 21: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-19

Jadual B15.9: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Kuala Selangor, 2012 (Samb...)

Bil Nama Bangunan

7 Baitul Hallal (tempat mencerap anak bulan), Bukit Malawati** Kota

8 Kota Tanjong Keramat 9 Kota Malawati* Lain-lain

10 Monumen Batu Hampar / Batu Pancung, Kota Malawati** 11 Ibu Empangan Sungai Tengi 12 Bukit Raja

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012 Laman Sesawanghttp://www.padat.gov.my/, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), 2013 Nota: * juga dikategorikan sebagai warisan ketara (bandar/kota bersejarah)

** sebahagian daripada kawasan Kota Malawati, Kuala Selangor

a) Bukit Tanjong Keramat / Bukit Belanda

Bukit Tanjung Keramat atau Bukit Belanda ini terletak berhampiran dengan Bukit Malawati.Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Kuala Sungai Selangor dengan mudah dapat mengawasi angkatan tentera perang musuh dan juga sebagai lalulintas kapal.Sebagai pusat pertahanan, puncak Bukit Tanjung Keramat telah dibina sebuah kota sebagai benteng mempertahankan kerajaan Selangor dari serangan musuh. Sultan Ibrahim ialah sultan yang bertanggungjawab ke atas pembinaan kota tersebut. Binaannya lebih banyak berunsurkan senibina Belanda dengan dilengkapi beberapa batang meriam.

b) Makam Anak Dara

Makam ini telah menjadi satu cerita rakyat di daerah ini.Makam ini dikatakan berasal dari seorang gadis yang warak yang telah dipaksa oleh orang tuanya berkahwin dengan orang yang tidak disukainya.

c) Bukit Raja

Bukit Raja terletak di atas sebuah bukit di permatang yang terletak di seberang Sungai Selangor kira-kira 2 km dari Pekan Kuala Selangor.Nama Bukit Raja bermula dari sebuah bukit yang pernah dijadikan kubu pertahanan kerajaan Melayu Selangor sekitar tahun 1784.Bukit ini pernah dijadikan perkampungan keluarga diraja dan disebabkan adanya penempatan oleh keluarga diraja maka bukit ini dinamakan Bukit Raja oleh penduduk tempatan.Kawasan Bukit Raja pada masa ini dalam keadaan terbiar.

Page 22: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-20

iii. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Hulu Selangor

Bandar Kuala Kubu Bharu di Daerah Hulu Selangor merupakan bandar pertama di Malaysia yang direka dan dirancang mengikut konsep ‘Garden City’ di zaman pemerintahan British. Terdapat banyak bangunan/monumen yang mempunyai nilai senibina dan sejarah pembentukan bandar Kuala Kubu Bharu sebagai pusat pemerintahan British seperti bangunan Pejabat Tanah dan Daerah. Kuala Kubu Baru merupakan salah satu bandar atas bukit di Semenanjung Malaysia dan berfungsi sebagai pintu masuk ke Bukit Fraser. Jadual B15.10 menunjukkan sumber warisan bangunan/monumen yang terdapat di Daerah Hulu Selangor. Jadual B15.10: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Hulu

Selangor, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Selisek, Ulu Bernam 2 Bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kubu Baru, Jalan Bukit

Kerajaan 3 Balai Bomba Lama, Jalan Dato’ Tabal, Kuala Kubu Baharu 4 Pejabat Pos Kuala Kubu Baharu Stesen Keretapi

5 Bangunan Stesen Keretapi Kuala Kubu Baru, Jalan Kuala Kubu, Kampung Kelapa, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu

Balai Polis

6 Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Kuala Kubu Baharu 7 Balai Polis Lama Kuala Kubu Bharu 8 Bangunan Polis Gerak Khas Kuala Kubu Bharu (IPD Hulu Selangor) Rumah Ibadat, Masjid

9 Masjid Lama Kampung Sungai Selisek Ulu Bernam, Hulu Selangor 10 Masjid Ampang Pecah, Hulu Selangor 11 Masjid Syeikh Ismail Simpang Tiga, Ulu Bernam

Makam

12 Makam Saiyid Mashor bin Mohammad Ash-Shahab Kediaman

13 Rumah Tan Boon Chia, Pekan Rasa, Hulu Selangor Rumah Kedai

14 Deretan Bangunan Kedai Lama, Jalan Dato’ Abdul Hamid Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

iv. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Gombak

Kuil Sri Subramaniar Swamydi Batu Caves merupakan warisan monumen bagi rumah ibadatpenganut Hindu yang paling popular terletak di Daerah Gombak. Berbanding dengan lain-lain daerah, sumber warisan bangunan/monumen di Daerah Gombak lebih tertumpu kepada bangunan institusi pendidikan dan lain-lain, seperti stesen keretapi (Jadual B15.11).

Page 23: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-21

Jadual B15.11: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Gombak, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Muzium Orang Asli* Institusi pendidikan

2 Sekolah Kebangsaan Hulu Klang, Ampang 3 Sekolah Kebangsaan Kuang, Rawang 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang Balai Polis

5 Balai Polis Rawang (Sekarang Cawangan Trafik) Stesen Keretapi

6 Bangunan Stesen Keretapi Rawang Rumah Ibadat, Kuil

7 Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves** Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

* juga dikategorikan sebagai warisan ketara (muzium) **juga dikategorikan sebagai warisan ketara (tapak suci semulajadi)&disenaraikan sebagai warisan kebangsaan oleh JWN

v. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Hulu Langat

Menurut rekod Jabatan Warisan Negara, terdapat lapan sumber warisan bangunan/monumen di Daerah Hulu Langat yang meliputi institusi pendidikan, bangunan kerajaan, rumah ibadat dan lain-lain (jambatan gantung dan stesen hidro elektrik (Jadual B15.12).

Jadual B15.12: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Hulu Langat, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Hospital Kajang, Jalan Semenyih Institusi Pendidikan

2 Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Sungai Ramal Luar 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Kajang Stesen Keretapi

4 Bangunan Stesen Keretapi Kajang Rumah Ibadat

Masjid

5 Masjid Raja Alang, Pekan Beranang Kuil

6 Kuil Sri Subramaniam Lain-lain

7 Jambatan Gantung Dusun Tua, Hulu Langat 8 Stesen Hidro Elektrik Pangsoon, Hulu Langat

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

Page 24: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-22

vi. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Petaling

Daerah Petaling yang terletak di tengah-tengah Negeri Selangor mempunyai beberapa bangunan bernilai sejarah, seperti Kota Darul Ehsan yang menjadi tanda pemisah di antara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain daripada itu, terdapat dua institusi pengajian tinggi yang merupakan di antara yang terawal iaitu sebahagian bangunan UiTM, Shah Alam dan UPM, Serdang (Jadual B15.13).Daerah ini juga mempunyai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di Shah Alam yang masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Jadual B15.13: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah

Petaling, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh 2 Bangunan UiTM (Bangunan Latihan RIDA / 1972 ITM / 1999 UiTM), Shah

Alam 3 Bangunan Universiti Putra Malaysia ( Universiti Pertanian Malaysia),

Serdang Rumah Ibadat

Masjid

4 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Wat

5 Wat Buddhist Chetawan, Petaling Jaya Kota

6 Kota Darul Ehsan Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

viii. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Klang

Daerah Klang kaya dengan pelbagai sumber warisan bangunan/monumen yang meliputi berbagai jenis bangunan seperti bangunan kerajaan, kediaman, balai polis, rumah api dan rumah ibadat (Jaduala B15.14).Bangunan Sultan Suleiman iaitu Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan Masjid Diraja Sultan Suleiman di Jalan Kota Raja merupakan dua bangunan yang bersejarah di Daerah Klang. Ianya kaya dengan artifak yang berkaitan dengan sejarah raja-raja Negeri Selangor.Gedung Raja Abdullah pula telah diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara.

Page 25: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-23

Jadual B15.14: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Klang, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Standard Chartered Bank, Jalan Dato’ Hamzah, Klang 2 Bangunan Pejabat Agama Islam, Jalan Dato’ Hamzah, Klang 3 Balai Bomba Lama, Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang 4 Pejabat Pos Klang 5 Bangunan Kelab Diraja Klang, Bukit Istana 6 Bangunan Sultan Suleiman (Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz), Jalan Dato’

Hamzah*

Kediaman

7 Gedung Raja Abdullah** (No. warta-P.U. (A) 56 / 04/03/1982 &P.U. (B) 185 / 14/04/1983)

Balai Polis

8 Bangunan Ibu Pejabat Polis Klang 9 Balai Polis Klang, Pekan Lama Institusi Pendidikan

10 Bangunan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Jalan Kota Raja, Klang 11 Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS), Klang 12 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang, Jalan Meru, Klang 13 Sekolah Kebangsaan Klang, Jalan Sultan 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Klang 15 Sekolah Convent Of Our Lady Of Lourdes, Klang

Stesen Keretapi

16 Bangunan Stesen Keretapi Klang, Jalan Stesen, Klang Rumah Kedai

17 Deretan Bangunan Perniagaan, Jalan Tengku Kelana Rumah Api

18 Rumah Api Permatang Sedepa, Selat Melaka 19 Rumah Api Pulau Angsa

Rumah Ibadat

20 Masjid Kampung Dato’ Dagang, Jalan Kota Raja, Klang 21 Masjid India Klang, Jalan Tengku Kelana 22 Masjid Diraja Sultan Suleiman, Jalan Kota Raja, Klang* 23 Masjid Al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis

Gereja 24 Gereja Our Lady Of Lourdes, Klang

Tokong 25 Kwan Imm Teng Temple, Klang

Kuil 26 Kuil Sri Subramaniam 27 Kuil Sri Mahamariaman, Padang Chetty, Bukit Jawa 28 Kuil Sri Sundaraja Perumal Devasatnam, Persiaran Raja Muda Musa

Istana

29 Istana Jameiyah / Istana Bandung, Jalan Kota Raja, Klang 30 Istana Sri Kenangan, Jalan Rusa, Kampung Jawa, Klang 31 Istana Mahkota, Jalan Rusa, Kampung Jawa, Klang

Page 26: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-24

Jadual B15.14: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Klang, 2012 (Samb…)

Bil Nama Bangunan

Makam 32 Makam Diraja Klang, Masjid Sultan

Lain-lain 33 Stesen Janakuasa Elektrik Connought, Jalan Dato’ Hj. Mohamad Sidin 34 Dermaga Port Swettenham (Port Klang), Pelabuhan Klang

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012 * disenaraikan sebagai warisan kebangsaan oleh JWN ** disenaraikan sebagai warisan 50 (sempena kemerdekaan 50 tahun) oleh JWN

a) Bangunan Gedung Raja Abdullah

Gedung Raja Abdullah merupakan bekas kediaman dan gudang milik Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar yang dilantik oleh Sultan Selangor pada tahun 1854.Pada tahun 1874, pihak British telah menjadikannya sebagai pejabat kerajaan mereka.Pada tahun 1891, gedung ini menjadi sebuah muzium yang banyak menyimpan khazanah-khazanah lama.

b) Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

Kerajaan Penjajahan British memberi bangunan ini kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor kelima) dalam abad ke-19. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah. Masjid ini pernah dijadikan masjid Negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhurkan sebagai Masjid Diraja Klang. Keunikan Masjid Sultan Sulaiman di Klang ini ialah ciri rekabentuknya berkonsepkan klasik Islam serta campuran kolonial dan Asia yang menghasilkan imej yang unik dan mengagumkan.

c) Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Pembinaan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Galeri Diraja) dirancang oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (SPB Yang di-Pertuan Agong XI). Lokasi asal bangunan galeri ini ialah di Jalan Kota Raja, (Kampung Jawa) di Klang.Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai 'Muzium

Masjid Diraja Sultan Sulaiman terletak di Kampung Jawa,

Klang yang turut menempatkan makam Diraja Klang.

Sumber :www.flickr.com

Page 27: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-25

kenangan'yang siap dibina pada tahun 1988. Pada tahun 1996, Almarhum telah menitahkan kerja-kerja pengubahsuaian agar premis ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.Pada tahun 1998, Almarhum telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran Almarhum.

d) Makam-Makam Diraja

Terdapat beberapa sumber budaya warisan yang dikenalpasti oleh Jabatan Muzium Negeri Selangor termasuklah Makam Raja Hassan di Kampung Kuantan dan Makam Tok Ungku Kelang di Bukit Badak.

ix. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Kuala Langat

Bersempena dengan kemerdekaan ke-50 Malaysia, JWN telah memilih lima sumber warisan bangunan/monumen di Daerah Kuala Langat sebagai warisan 50 (Jadual B15.15). Bangunan-bangunan yang terlibat ialah penjara lama Jugra, pejabat daerah lama Kuala Langat, masjid Sultan Alaeddin, makam diraja Jugra dan setor peluru. Secara amnya, terdapat sejumlah 15 sumber warisan bangunan/monumen di Daerah Kuala Langat yang direkodkan oleh JWN.

Jadual B15.15: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah

Kuala Langat, 2012

Bil Nama Bangunan

Bangunan Kerajaan/Perkhidmatan

1 Bangunan Giat MARA Banting (Balai Polis Banting), Teluk Datuk 2 Penjara Lama Jugra*-P.U. (A) 492 / 19/12/2002 3 Pejabat Daerah Lama Kuala Langat*-P.U. (A) 492 / 19/12/2002 Institusi Pendidikan

4 Bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar, Jugra, Kuala Langat Balai Polis

5 Bangunan Ibu Pejabat PolisKuala Langat 6 Balai Polis Jugra, Bukit Jugra Rumah Ibadat

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz kini terletak di Bangunan

Sultan Sulaiman.

Sumber :www.flickr.com

Page 28: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-26

Jadual B15.15: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Kuala Langat, 2012 (Samb...)

Bil Nama Bangunan

Masjid

7 Masjid Sultan Alaeddin*-P.U. (A) 212 / 24/07/1980&P.U. (B) 185 / 14/04/1983

Kediaman 8 Banglo Suara Ombak, Pantai Morib 9 Hatter’s Castle, Pulau Carey, Teluk Panglima Garang Istana 10 Istana Jugra, Kuala Langat 11 Istana Pantai Bahagia, Pantai Morib 12 Istana Alaeddin / Istana Bandar, Kuala Langat, Banting Makam 13 Makam Diraja Jugra* Lain-lain 14 Monumen Pendaratan Askar British – India (Sepoi), Pantai Morib 15 Setor Peluru* 16 Perigi Lama Jugra

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012 Laman Sesawanghttp://www.padat.gov.my/, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri

Selangor, 2013 Nota: * disenaraikan sebagai warisan 50 (sempena kemerdekaan 50 tahun) oleh JWN

a) Masjid Sultan Alaeddin Masjid ini telah dibina dalam Kampung Bandar pada tahun 1924 oleh Almarhum Sultan Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.Masjid ini telah dirasmikan oleh baginda pada tahun 1926.Ia pernah dijadikan Masjid Negeri Selangor pada masa itu.Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh dari kerajaan Deli, Medan.

b) Penjara Lama Jugra

Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat.Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor.

Masjid Sultan Alaeddin (Masjid Bandar) yang

kaya dengan nilai senibina Nusantara.

Sumber :www.panoramio.com

Penjara lama Jugra adalah penjara yang pertama di

Negeri Selangor.

Sumber :www.padat.gov.my

Page 29: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-27

c) Pejabat Lama Daerah Jugra Bangunan yang merupakan bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini dibina pada tahun 1876 dan dibina daripada batu granit. Atapnya pula adalah jenis yang sama dengan atap yang digunakan di Istana Jugra. Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris. d) Makam Diraja Lama Jugra

Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari Bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan pemakaman keluarga Diraja Selangor pada sekitar tahun 1886.Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhannya, kawasan pemakaman ini berpagar.

e) Setor Peluru

Setor Peluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan.Kedudukannya berhampiran dengan bekas Pejabat Daerah Lama dan Tempat Bakar Kayu Arang (kini tinggal tapak sahaja). Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat memudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yang berhampiran mahupun ke tempat penyimpanan.

f) Perigi Lama Jugra

Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi di jalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu. Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan bangunan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003.Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.

Makam ini mengandungi makam Sultan Abdul

Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah

mangkat pada bulan Februari 1898.

Sumber :www.padat.gov.my

Page 30: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-28

x. Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah Sepang

Berbanding dengan lain-lain daerah di Selangor yang mempunyai beberapa sumber nilai warisan, Daerah Sepang kurang mempunyai sumber yang berkenaan.Menurut rekod JWN, hanya terdapat sebuah bangunan yang bernilai warisan iaitu rumah tradisional Melayu di Jenderam Hilir, Dengkil.

Jadual B15.16: Taburan Sumber Warisan Bangunan/Monumen di Daerah

Sepang, 2012 Bil Nama Bangunan

Kediaman

1 Rumah Tradisional Melayu, Jenderam Hilir, Dengkil Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

B15.1.4 Tahap Kepentingan Sumber WarisanKetara

Hasil analisis untuk sumber-sumber warisan ketara di Selangor mendapati terdapat tahap kepentingan yang berbeza yang bergantung kepada beberapa penilaian iaitu nilai artistik, nilai sejarah, nilai budaya sosial, nilai senibandar dan nilai saintifik (Jadual B15.17). Tahap kepentingan warisan ketara dibahagikan kepada tiga iaitu: a) Tahap 1 (Bernilai sangat tinggi)/Warisan Kebangsaan-ianya bermaksud

sumber tersebut kaya dengan nilai-nilai sejarah, ekologi, budaya atau senibina yang unik serta amat berpotensi untuk mendapat pengiktirafan di peringkat negara atau antarabangsa.

b) Tahap 2 (Bernilai tinggi)/Warisan Negeri-ianya bermaksud sumber tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah, ekologi, budaya atau senibina yang perlu dipulihara dan berpotensi untuk ditingkatkan pengiktirafannya sekurang-kurangnya di peringkat Negeri Selangor.

c) Tahap 3 (Bernilai warisan)/Warisan Inventori-ianya bermaksud sumber tersebut sekurang-kurangnya mempunyai nilai warisan yang asas untuk diletakkan di dalam inventori sumber warisan Negeri Selangor.

i. Tahap 1-bernilai sangat tinggi/ Warisan Kebangsaan

Sesuatu aset warisan kebangsaan terdiri daripada monumen, bangunan, arkeologi serta warisan alam semula jadi yang diiktiraf berdasarkan kepada Seksyen 67, Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang memberi status terhadap tapak dan objek warisan yang menonjol dan menyerlah dari segi nilai-nilai sejarah dan warisan negara. Analisis semasa mendapati terdapat empat aset yang diiktiraf sebagai warisan kebangsaan di Negeri Selangor iaitu Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves (bangunan/monumen-rumah ibadat dan tapak suci semulajadi), Bangunan Sultan Sulaiman atau Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang (bangunan/monumen-bangunan kerajaan), Masjid Diraja

Page 31: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-29

Sultan Sulaiman, Klang (bangunan/monumen-rumah ibadat)serta Permatang Kuarza Genting Klang dan tapak kampus FRIM (kategori tapak alam semulajadi).

ii. Tahap 2-bernilai tinggi/ Warisan Negeri

Sumber warisan negeri bermaksud sumber tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai sejarah, ekologi, budaya atau senibina yang berpotensi untuk ditingkatkan pengiktirafannya sekurang-kurangnya di peringkat Negeri Selangor.Ianya menggambarkan kekayaan nilai-nilai tradisi budaya yang menjadi warisan di Negeri Selangor terutama sekali yang menyimpan nilai sejarah penubuhan kerajaan Negeri Selangor yang meliputi aspek sosio-budaya dan sosio-ekonomi.Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 sumber-sumber warisan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia yang merujuk kepada kedapatan sumber warisan ketara di peringkat negeri.Bagi Negeri Selangor, terdapat sejumlah 12 sumber warisan ketara yang terpilih iaitu:

a) Makam Anak Dara, Kuala Selangor b) Makam Diraja Bukit Malawati, Kuala Selangor c) Kota Tanjong Keramat, Kuala Selangor d) Kota Malawati, Kuala Selangor e) Ibu empangan Sungai Tengi, Kuala Selangor f) Makam Saiyid Mashor bin Mohammad Ash-shahab, Hulu Selangor g) Gedung Raja Abdullah, Klang h) Penjara lama Jugra, Kuala Langat i) Pejabat Daerah Lama Kuala Langat j) Masjid Sultan Alaeddin, Kuala Langat k) Makam Diraja Jugra, Kuala Langat l) Setor peluru, Kuala Langat

iii. Tahap 3-bernilai warisan/ Warisan Inventori

Warisan inventori merupakan warisan yang masih mengekalkan bentuk senibina asal dan dimiliki oleh pemilik kawasan atau pengasas.Ianya mempunyai nilai keunggulan senibina dan nilai estetika tersendiri.Pada masa kini, Negeri Selangor mempunyai sebanyak 87 sumber warisan ketara (bangunan/monumen) yang disenaraikan sebagai warisan inventori yang dijalankan oleh JWN.

Page 32: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-30

Jadual B15.17: Tahap Kepentingan Warisan Ketara (Bangunan/Monumen) Mengikut Daerah, 2012

Daerah Tahap 1-Warisan

Kebangsaan

Tahap 2-Warisan Negeri

Tahap 3-Warisan

Inventori

Jumlah

Sabak Bernam 0 0 6 6

Kuala Selangor 0 5 7 12

Hulu Selangor 0 1 12 13

Gombak 1 0 6 7 Hulu Langat 0 0 8 8 Petaling 0 0 6 6 Klang 2 1 31 34 Kuala Langat 0 5 10 15 Sepang 0 0 1 1 Jumlah 3 12 87 102

Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2012

Nota: Penilaian tahap kepentingan ini tidak termasuk Bukit Raja Kuala Selangor dan Perigi Lama Jugra. Kedua-duanya tidak disenaraikan sebagai sumber warisan senibina bangunan /monumen oleh Jabatan Warisan Negara.Walau bagaimanapun Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengenal pasti kedua-duanya sebagai monumen /tapak bersejarah Negeri Selangor.

B15.2 INDIKATOR DAN SASARAN

Jadual B15.18: Indikator Pencapaian dan Sasaranbagi Sektor Pemeliharaan

Warisan

Sumber: KajianRancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

1. Bilangan warisan budaya ketara

- 10 12

2. Bilangan warisan ketara (bangunan/ monumen)

-

x Warisan kebangsaan - 3 5

x Warisan negeri - 12 20 x Warisan inventori - 87 95

3. Bilangan Warisan semulajadi

- 32 35

Page 33: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-31

B15.3 POTENSI PEMBANGUNAN

i. Kedapatan sumber-sumber warisan yang berkepentingan dunia dan

nasional

Kawasan Taman Warisan Negeri Selangor amat berpotensi untuk mendapat pengiktirafan sebagai warisan di peringkat kebangsaan, manakala Permatang Kuarza Genting Klang dan tapak kampus FRIM berpotensi untuk mendapat pengiktirafan di peringkat dunia (bagi kategori tapak alam semulajadi) kerana keunikan batuan geologi dan kepelbagaian biologikalnya. ii. Kepelbagaian sumber-sumber warisan yang meliputi sosio-budaya dan

sejarah pembentukan pemerintahan beraja di Selangor

Kepelbagaian jenis sumber warisan menjadi tarikan kepada sektor pelancongan terutama yang melibatkan aset-aset yang kaya dengan nilai sejarah seperti Kota Malawati dan Bukit Jugra. iii. Pertumbuhan pelancongan berteraskan warisan kebudayaan

Negeri Selangor mempunyai pelbagai sumber pelancongan seperti tarikan semulajadi, warisan bersejarah dan pelancongan berasaskan rekreasi, namun destinasi-destinasi tersebut masih belum dapat menonjolkan imej sebenar pelancongan di Negeri Selangor.Tarikan pelancongan sedia ada juga tidak mempunyai tarikan yang bersesuaian untuk menarik pelawat bagi tempoh yang lama. Taburan sumber-sumber ini juga terletak berjauhan di antara satu sama lain dan menyebabkan tiada ‘linkage’ dan tidak boleh dijadikan pakej antara produk.

B15.4 CADANGAN AM

i. Pewartaan aset warisan

Monumen-monumen lama, tapak kawasan dan artifak bersejarah di Selangor perlu diwartakan menerusi Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan enakment no 4, PADAT 2009.Langkah-langkah pewartaan perlulah merujuk kepada garispanduanyang disediakan oleh JWN atau PADAT.Selain itu, kerja kerja survei dan ekskavasi arkeologi di tapak tapak sejarah negeri Selangor perlu giat dijalankan.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan dan entiti lain (seperti NGO) di semua peringkat perlu diselaraskan untuk melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja mewartakan sumber warisan negeri Selangor. Selain itu, ia dapat mengawal selia piawaian yang terbaik dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan Negeri Selangor.Langkah-langkah yang meliputi kerja-kerja mengenalpasti sumber warisan ketara, mewarta dan seterusnya memelihara sumber-sumber tersebut perlulah dibuat secara bersepadu di antara agensi yang berkaitan.

Page 34: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-32

ii. Kerja-kerja pemuliharaan

Penyelidikan saintifik yang inovatif dan mencipta nilai perlu dilakukan terutamayang merangkumi aspek penyelidikan warisan ketara untuk terus memulihara kewujudan sumber warisan ketara.Kerjasama di antara agensi yang berkaitan perlu dibuat untuk memastikan kelestarian sumber warisan tersebut untuk dijadikan sebagai produk pelancongan.

iii. Mempromosikan sumber warisan ketara sebagai produk pelancongan.

Sumber warisan yang telah disenaraikan sebagai warisan di peringkat negeri dan

kebangsaan perlu digiatkan lagi promosi untuk menarik kedatangan lebih ramai

pelancong ke tempat tersebut.Manakala PBT pula boleh menggiatkan lagi kerja-kerja

promosi sumber warisan ketara di laman sesawang masing-masing.

iv. Aspek kawalan pembangunan

Garis panduan bahan binaan bagi bangunan lama di kawasan warisan perlu diwujudkan.Ia penting supaya pelaksanaan langkah-langkah pemuliharaan dapat dilakukan dengan berkesan.Ini adalah kerana sekiranya kualiti sumber ini terjejas, sudah pasti akan mengakibatkan kepada pengurangan jumlah pelancong.

v. Mengukuhkan aspek pengurusan

Penglibatan “stakeholders” perlu dipertingkatkan supaya permuafakatan dapat dicapai mengenai apa-apa kerja tindakan terdapat aspek pemuliharaan.Selain itu, pengurusan konservasi dan warisan yang cekap dan berkesan adalah penting supaya aktiviti baik pulih dan penyelenggaraan berkaitan dengan rumah, bangunan, monumen, tapak tanah bersejarah dapat dilakukan segera. vi. Insentif untuk pemilik premis

Insentif yang bersesuaian perlulah diberi kepada pemilik premis persendirian yang turut serta dalam kerja-kerja pemeliharaan aset masing-masing (seperti rumah kedai lama).Ini adalah untuk menggalakkan penyertaan pemilik persendirian di dalam kerja-kerja memelihara fasad bangunan seebagai sebahagian daripada langkah-langkah memelihara sumber warisan. Insentif yang diberi boleh merujuk kepada pengurangan icukai pintu atau menanggung kos mengecat bangunan. vii. Menggiatkan Kecenderungan Awam

Sokongan dalam pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan tentang kekayaan sumber warisan ketara Negeri Selangor adalah sangat penting kerana ia adalah asas kepada pengukuhan yang membawa masyarakat supaya lebih menghargai warisan dan

Page 35: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan

LAPORAN TINJAUAN Pemeliharaan Warisan

B15-33

sejarah yang terdapat di sini.Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan pusat sumber maklumat bagi rujukan dan kerja penyelidikan berhubung dengan aspek pemeliharaan warisan ketara di Negeri Selangor.

Page 36: B15#:#PEMELIHARAAN#WARISAN# - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B15.0... · pembangunan untuk menyokong kelangsungan aspek pemeliharaan warisan ini.Kedapatan