Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

download Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

of 7

Transcript of Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    1/7

    UNIT 1 PARADIGMA PENGATURCARAAN

    BAB 2 KONSEP PENGATURCARAAN

    OUM 7

    BAB 2 KONSEP PENGATURCARAAN

    PENGENALAN

    Dalam Bab 1 yang lalu anda telah didedahkan tentang komputer dalam kehidupan hari

    ini. Komputer mempunyai tugas-tugas yang tertentu. Walau bagaimanapun andasentiasa perlu ingat bahawa komputer hanyalah sebuah mesin yang perlu disuruhmelakukan sesuatu tugas.

    Oleh itu komputer adalah mesin yang menerima arahan daripada manusia. Jadi

    manusialah yang menentukan tugas-tugas yang patut dilakukan oleh komputer. Sebelum

    kita mendalami proses pengaturcaraan itu mari kita perkemaskan pengetahuan tentangkonsep pengaturcaraan terlebih dahulu.

    OBJEKTIF

    Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:

    1. menerangkan is ti lah pengaturcaraan, a tur cara dan masalah

    pengaturcaraaan;

    2. menje laskan perbezaan antara penyelesaian secara manual danpengaturcaraan; dan

    3. meringkaskan penerangan proses penyelesaian masalah dengan tepat.

    2.1 APAKAH ITU PENGATURCARAAN?

    Dalam Bab 1 kita pernah membincangkan sedikit berkaitan pengaturcaraan. Tetapiapakah takrifnya yang lengkap? Apa pula perbezaannya pengaturcaraan dengan aturcara?

    Para pelajar sekelian pengaturcaraan adalah proses perancangan, penjadualan atauperlaksanaan sesuatu tugas atau peristiwa atau arahan manakala dalam bidang

    komputer pengaturcaraan adalah menyuruh komputer melakukan tugas-tugas yangtelah diarahkan.

    Sebelum meneruskan dengan definisi pengaturcaraan, tuliskan pendapat

    anda tentang apakah yang akan terjadi jika manusia tidak mampu untukmemberikan arahan kepada komputer sehingga ia boleh digunakan?

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    2/7

    PARADIGMA PENGATURCARAAN UNIT 1

    KONSEP PENGATURCARAAN BAB 2

    8 OUM

    Pengaturcaraan komputer boleh didefinisikan sebagai suatu proses

    merancang satu jujukan arahan untuk dilaksanakan oleh komputer.

    Atur cara komputer pula ialah suatu jujukan arahan yang telah

    ditentukan untuk dilaksanakan oleh komputer.

    Dalam melaksanakan rutin seharian, seringkali anda terpaksa melakukan tugas yang

    sama berulangkali. Ini mungkin membuatkan anda merasa bosan atau hilang tumpuan.Akibatnya tugas yang dilaksanakan tidak sempurna dan kualiti hasilnya menurun.

    Dengan membina atur cara, anda dapat mengelak daripada melakukan tugas yangsama berulangkali. Di sinilah pengaturcaraan diperlukan.

    2.2 MASALAH PENGATURCARAAN

    Langkah pertama dalam proses pengaturcaraan adalah mengenal pasti masalah.Masalah pengaturcaraan adalah masalah yang akan diselesaikan dengan

    menggunakan bahasa pengaturcaraan. Sebagai contoh proses menambahkan 3

    nombor iaitu 20,13 dan 34 adalah biasa bagi kehidupan seorang pelajar. Ada pelajaryang hanya mencongak untuk mengiranya. Ada yang memerlukan pensil dan kertas,manakala yang lain mungkin memerlukan mesin kira (kalkulator).

    Penyelesaian secara manual dalam kes menambah bilangan nombor yang banyakboleh melibatkan penggunaan kertas dan pen (pilihan kurang bijak) atau menggunakanmesin kira (pilihan lebih bijak).

    Manakala penyelesaian secara pengaturcaraan adalah membina sebuah atur cara yang

    sesuai yang boleh menyelesaikan masalah penambahan 100 nombor tersebut. Berbeza

    dengan penyelesaian secara manual, penyelesaian secara pengaturcaraan lebih mudahdiubah suai, lebih kekal dan mudah dikendalikan.

    Di antara contoh masalah-masalah berikut, tandakan masalah yang

    boleh anda kategorikan sebagai masalah pengaturcaraan?

    ____ 1. mengira titisan hujan yang turun dalam satu minggu.

    ____ 2. mencari pasangan hidup.

    ____ 3. menukarkan unit timbangan dari kilogram ke gram.

    ____ 4. mengira bilangan kenderaan yang melalui lebuh raya.

    ____ 5. mengira baki umur setiap manusia.

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    3/7

    UNIT 1 PARADIGMA PENGATURCARAAN

    BAB 2 KONSEP PENGATURCARAAN

    OUM 9

    2.2.1 Penyelesaian Secara Manual

    Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini penyelesaian secara manual melibatkan

    pengiraan secara congak ataupun kertas dan pensil. Katakanlah satu masalah mudahyang melibatkan penambahan 10 nombor iaitu 10, 3, 4, 56, 120, 21, 39, 1, 13, dan 34.

    Ada pelbagai cara penyelesaian secara manual yang boleh dilakukan terhadappenambahan nombor ini.

    Setiap daripada anda mempunyai keupayaan pemikiran yang berbeza. Jadi proses

    penyelesaian dan perancangan mungkin berbeza tetapi input dan output tetap sama.

    Jadual 2.1: Pengiraan Penambahan 10 Nombor Secara Manual

    Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, secara manual proses penambahan sukar

    dilakukan oleh manusia jika melibatkan penambahan terlalu banyak nombor. Tugas inimungkin boleh dilakukan dengan mudah oleh kalkulator. Kalkulator dan komputermempunyai litar-litar yang boleh melakukan operasi terhadap nombor tersebut mengikut

    perintah yang disampaikan melalui butang seperti +, -, x dan sebagainya. Melaluiprogram tertentu, komputer juga boleh melakukan tugas yang sama. Malahan komputer

    mempunyai keupayaan untuk menyimpan data yang lebih baik daripada kalkulator.

    Cara Pertama

    Tambahkan 10 dan 3, hasilnya 13.

    Tambahkan 13 dan 4, hasilnya 17.

    Tambahkan 17 dan 56, hasilnya 73.

    Tambahkan 73 dan 120, hasilnya 193.

    Tambahkan 193 dan 21, hasilnya 214.

    Tambahkan 214 dan 39, hasilnya 253.

    Tambahkan 253 dan 1, hasilnya 254.

    Tambahkan 254 dan 13, hasilnya 267.

    Tambahkan 267 dan 34, hasilnya 301.

    Hasilnya adalah 301.

    Cara Kedua

    10

    3

    4

    56

    120

    21

    39

    1

    13

    + 34

    -301

    -

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    4/7

    PARADIGMA PENGATURCARAAN UNIT 1

    KONSEP PENGATURCARAAN BAB 2

    10 OUM

    2.2.2 Penyelesaian Secara Pengaturcaraan

    Selain daripada penyelesaian secara manual, jangan lupa ada satu lagi cara

    penyelesaian iaitu penyelesaian secara pengaturcaraan. Pada pandangan penggunakomputer, membaca bagi komputer adalah aktiviti menekan butang nombor kepada

    komputer. Pengguna menekan butang nombor dan komputer membaca nombor

    tersebut.

    Semua langkah yang dilakukan oleh komputer, merupakan atur cara yang diberikan oleh

    juruaturcara. Dengan memahami kedua-dua situasi dan tugas mengikut dua pandangan

    ini, maka anda boleh melakukan langkah-langkah penyelesaian suatu masalah denganlebih berkesan. Langkah-langkah ini kemudiannya disampaikan kepada komputermelalui interaksi penggunaan bahasa pengaturcaraan.

    Tugas utama juruaturcara adalah menyelesaikan masalah mengikut pandangankomputer dan menggunakan bahasa pengaturcaraan untuk dilaksanakan oleh komputer.

    Penguasaan bahasa pengaturcaraan adalah penting kerana ia menjamin juruaturcarauntuk berinteraksi secara lebih berkesan dengan komputer.

    Penyelesaian secara pengaturcaraan bagi masalah menambah 10 nombor iaitu 10, 3,4, 56, 120, 21, 39, 1, 13, dan 34 memerlukan bahasa pengaturcaraan yang sesuai.Sebelum sebarang atur cara dibina, juruaturcara biasanya akan merancang jujukan

    penyelesaian yang sesuai bagi masalah tersebut. Jadi secara asasnya jujukanpenyelesaian yang sesuai adalah seperti berikut:

    1. Setkan jumlah semasa adalah kosong.2. Inputkan nombor.

    3. Tambahkan nombor kepada jumlah semasa, hasilnya jumlah semasa.

    4. Umpukkan jumlah semasa kepada jumlah sebenar .5. Ulang langkah 2 sehingga cukup 10 nombor diinputkan.6. Setelah cukup 10 nombor dimasukkan paparkan jumlah sebenar.

    Cuba anda jawab soalan-soalan di bawah.

    ( i) 2344 + 2314 x 2 4 12.43(ii) 4323 x 3212 5.43 + ((32.32-32.00) * 12)

    (iii) 4323 x 3212 5.43 + (32.32 - 32.00 * 12)(iv) 12.54 x 76.43 + 23

    (a) Apakah hasil apabila dilakukan pengiraan secara manual

    (menggunakan kertas dan pen).

    (b) Gunakan pula kalkulator.(c) Manakah lebih mudah antara manual dan kalkulator?

    Apakah perbezaan hasilnya ?

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    5/7

    UNIT 1 PARADIGMA PENGATURCARAAN

    BAB 2 KONSEP PENGATURCARAAN

    OUM 11

    Jujukan penyelesaian yang dirancang itu, akan ditulis di dalam bahasa pengaturcaraan

    yang sesuai. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini jujukan arahan ataupenyelesaian dalam bahasa pengaturcaraan ini disebut atur cara.

    2.3 PROSES PENYELESAIAN MASALAH

    Untuk pendekatan lebih tepat, proses penyelesaian masalah secara pengaturcaraan

    boleh diwakili oleh gambar rajah berikut:

    Rajah 2.1: Proses penyelesaian masalah secara pengaturcaraan

    Gunakan kalkulator anda. Apakah hasil jika pernyataan berikut diinputkan

    ke kalkulator (Tumpukan bagaimana langkah demi langkah yang andalakukan):(i) 5 + 6 =

    (ii) 21 6 + 7 * 4 =

    (iii ) 7.5 * (2.0 4.25) =

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    6/7

    PARADIGMA PENGATURCARAAN UNIT 1

    KONSEP PENGATURCARAAN BAB 2

    12 OUM

    Terdapat dua fasa yang terlibat iaitu fasa memahami masalah dan implementasi.

    Kedua-dua fasa ini sangat berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain.

    Fasa memahami masalah terdiri daripada tiga langkah iaitu:

    (a) Analisis

    (i) Sangat penting untuk mengenalpasti dan memahami masalah dengan betul.(ii) Menentukan jenis-jenis input, formula, proses yang sesuai dan output

    rekabnetuk output.

    (b) Alkhwarizmi

    (i) Merangkai proses pembinaan atur cara.

    (ii) Mengesan ralat-ralat logik jika ada.(iii) Menggunakan pseudokod dan carta alir.

    (c) Ujian

    (i) Menguji alkhawarizmi dengan cara menginputkan beberapa data yang sesuai.(ii) Menyemak setiap langkah yang diproses.(iii) Memastikan urutan langkah yang betul.

    Fasa implementasi terdiri daripada tiga langkah iaitu:

    (a) Atur cara

    (i) Menulis atur cara dengan bahasa pengaturcaraan yang sesuai.(ii) Pengkodan atur cara berasaskan alkhwarizmi.

    (iii) Segala sintaks atur cara dipatuhi.

    (b) Pengujian

    (i) Memastikan atur cara berfungsi sepenuhnya.

    (ii) Segala bentuk ujian perlu dilakukan seperti input data yang banyak, input diluar

    julat, dan prosedur atau fungsi yang terlibat.

    (c) Selenggara

    (i) Selenggara juga penting kepada juruaturcara kerana ia adalah fasa terakhir

    supaya atur cara boleh dikemaskinikan dan didokumentasikan.(ii) Mengubah suai atur cara dari masa kesemasa.

  • 8/3/2019 Bab 02 Konsep Pengaturcaraan

    7/7

    UNIT 1 PARADIGMA PENGATURCARAAN

    BAB 2 KONSEP PENGATURCARAAN

    OUM 13

    Proses penyelesaian masalah ini merupakan bahagian yang paling

    penting untuk semua bentuk pengaturcaraan. Anda digalakkan membacabuku-buku lain seperti Modul Pengaturcaraan Komputer dan Modul

    Pengaturcaraan Berorientasikan Objek atau mana-mana buku yang

    tersenarai dalam rujukan di akhir modul ini.

    Sebagai pengukuhan jawab soalan latihan di bawah.

    RUMUSAN

    Sepanjang bab ini anda berkesempatan untuk mengetahui konsep yang paling asasdalam membina atur cara iaitu masalah pengaturcaraan dan proses penyelesaian

    masalah. Teliti bab ini dengan baik sebelum anda ke bab yang seterusnya.

    Latihan 2.1

    Tuliskan ringkasan proses penyelesaian secara pengaturcaraan yangdigambarkan dalam Rajah 2.1 dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.