Bab 05_Pembinaan Asas
-
Upload
hafiz-nurahim -
Category
Documents
-
view
280 -
download
9
Transcript of Bab 05_Pembinaan Asas
BAB 5 : PEMBINAAN ASAS
5.1 PENGENALAN
Walaupun kepentingan untuk membina asas yang baik untuk sebarang
binaan struktur telah dikenal pasti beribu tahun lamanya, namun disiplin dalam
pembinaan asas atau kejuruteraan asas seperti mana yang kita ketahui sekarang ini
tidak mula dibangunkan sehinggalah pada awal abad kesembilan puluhan. Reka
bentuk awal asas adalah semata-mata berdasarkan pengalaman yang lepas serta
pengetahuan am. Contoh yang paling ketara dapat dilihat melalui dinding batu yang
dibina di Bandar New York pada awal tahun Sembilan puluhan dimana ia disokong
di atas asas yang lebarnya 1.5 kali lebar dinding tersebut dan dibina di atas kerikil
yang dimampat.
Menara Eiffel yang terletak di Paris adalah contoh yang terbaik struktur baru
yang dibina dengan prinsip kejuruteraan asas ‘moden’. Menara ini telah dibina oleh
Alexandre Gustave Eiffel pada tahun 1889. Beliau menyedari betapa pentingnya
asas yang baik untuk pembinaan menara Eiffel bagi mengelakkan nasib sama yang
menimpa Menara Condong di Pisa, Itali. Sebelum pembinaan menara tersebut, Eiffel
telah mencipta kaedah baru untuk menjelajah tanah iaitu kaedah memacu ke dalam
tanah paip bergaris pusat 200mm yang diisi dengan udara termampat. Udara ini
menghalang air bumi daripada masuk ke dalam tiub dan membolehkan sampel
tanah berkualiti tinggi diambil. Kajian ini berjaya mengesan kawasan tanah lembut
yang boleh mendatangkan masalah kepada menara yang hendak dibina dan
seterusnya telah berjaya menempatkan keempat-empat kaki menara di atas asas
yang sesuai di atast anah yang kukuh.
Pada hari ini, pengetahuan manusia mengenai rekabentuk dan pembinaan
asas adalah jauh lebih baik daripada apa yang ada seratus tahun dahulu sehingga
dapat menghasilkan pembinaan asas yang reliable dengan penjimatan kos dan
kapasiti yang tinggi untuk pelbagai jenis struktur moden. Pembinaan asas
mementingkan disiplin daripada gabungan kejuruteraan struktur, kejuruteraan
geoteknik dan kejuruteraan pembinaan.
Secara umumnya, asas merupakan unsur bangunan yang terletak di bawah
sekali dimana ia berperanan untuk memindahkan segala beban kelapisan tanah di
bawahnya dengan selamat. Dengan ini, binaan asas perlu mengambilkira bukan
sahaja beban yang digalasnya tetapi juga keadaan tanah. Rekabentuk asas pula
dapat diperolehi dalam berbagai-bagai bentuk.Keadaan tanah yang berbeza-beza
member kesan kepada perbezaan dari segi keperluan bentuk asas antara satu
bangunan dengan bangunan yang lain.
Oleh sebab asas terletak dalam tanah, ia hendaklah kukuh dan mempunyai
fungsi yang dikehendaki selagi bangunan yang digalasnya masih berguna. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa asas sepatutnya tidak memerlukan sebarang
pembaikan sepanjang hayat bangunan. Oleh yang demikian, asas perlu dibina
dengan kukuh dan tahan lama walaupun asas terletak di dalam tanah yang mungkin
mengandungi air dan bahan-bahan kimia. Sebarang kegagalan asas akan memberi
kesan terhadap struktur bangunan dan seterusnya bahagian-bahagian yang lain.
5.2 FUNGSI ASAS
Rajah 5.2.1 : Fungsi Asas
Seperti yang diketahui umum, asas merupakan struktur binaan yang
terdapat di bawah lapisan permukaan bumi dimana ia memainkan peranan penting
dalam memindahkan beban struktur bangunan ke lapisan tanah di bawahnya
dengan selamat. Dalam aspek ini, pihak yang terlibat perlu mengenalpasti beban
yang dibawa oleh bangunan dan keupayaan galas tanah pada tapak dimana
bangunan tersebut akan dibina. Tujuannya adalah untuk mendapatkan luas
permukaan asas bagi bangunan yang akan dibina.
Luas Permukaan=Bebandaripada bangunan yangakandibinaKeupayaangalas tanah
Mengikut teori pengiraan dalam Matematik Kejuruteraan, pertambahan keluasan
permukaan sesuatu asas akan membawa kepada pertambahan ketebalan sesuatu
asas itu sendiri. Apabila keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban
terhadap lapisan tanah di bawahnya. Disamping itu, kos yang diperlukan juga
semakin meningkat dari masa ke semasa.
Untuk mengatasi masalah ini, asas akan dibina daripada konkrit tetulang
yang meliputi campuran konkrit dan besi tetulang. Asas konkrit tetulang pada amnya
lebih murah dan lebih mudah untuk dibina jika dibandingkan dengan asas konkrit
tanpa tetulang yang terlalu besar. Walaubagaimanapun, perkhidmatan
juruterastruktur diperlukan untuk menyediakan rekabentuk asas konkrit tetulang
yang selamat dan ekonomi
Memindahkan beban ke lapisan tanah di bawahnya
Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan
pada mana-mana bahagian.Enapan yang berlaku akan menyebabkan keretakan
pada struktur asas itu sendiri. Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah
keretakan yang dihasilkan.Keretakan ini pula seterusnya akan menjadi punca
kecacatan bangunan yang lain. Oleh yang demikian, luas permukaan
asas mesti mencukupi sesuai dengan keupayaan galas tanah bagi membolehkan
beban dapat dipindahkan ke tanah dengan selamat tanpa mengalami enapan.
Pembinaan asas juga bertujuan untuk mengekalkan kedudukan bangunan
pada kedudukan yang awal berdasarkan kepada kehendak lukisan bangunan.Hal ini
penting terutamanya bagi bangunan-bangunan pencakar langit yang mungkin
mengalami pergerakan akibat tiupan angin kencang. Dalam hal ini, asas bertindak
sebagai pengikat supaya bangunan tetap tidak berubah pada kedudukan asalnya.
Tindakan ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai
dengan kedalaman yang mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan
keadaan tanah. Secara umumnya, dalam pembinaan bangunan domestic pada
tanah yang biasa, asas biasanya dibina dengan kedalaman 1 meter hingga 1.5
meter di bawah aras bumi. Kedalaman ini mencukupi untuk mengelakkan
pergerakan bangunan secara mendatar dan juga mengelakkan kerosakan asas
akibat pengembangan dan penguncupan tanah. Pada bangunan tinggi, asas dibina
jauh lebih dalam bagi maksud ini. Perkara ini telah diterangkan sebelum ini dalam
pembinaan asas bagi Menara Berkembar Petronas. Penggunaan cerucuk dalam
bangunan tinggi dapat mempertingkatkan keupayaan asas dalam mengekalkan
kedudukan bangunan kerana cerucuk bertindak seperti akar pokok yang
mencengkam ke bumi.
5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKA BENTUK ASAS
Rajah 5.3.1 : Faktor yang mempengaruhi reka bentuk asas
Reka bentuk asas yang baik dapat mengelakkan kegagalan struktur pada
bangunan yang dibina. Oleh itu, terdapat dua faktor yang paling utama yang
mempengaruhi reka bentuk asas. Antaranya termasuklah beban dan keadaan
tanah. Selain itu, faktor-faktor lain seperti kos dan teknologi turut mempengaruhi
reka bentuk asas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3.1
(i) Beban
Secara umumnya, beban terdiri daripada tiga kompenan iaitu beban mati,
beban hidup dan beban angin. Beban mati merupakan bahagian yang paling besar
antara beban-beban yang lain dimana ia juga merupakan beban bangunan yang
meliputi tiang, rasuk, dinding, lantai, bumbung, kemasan dan kemudahan yang
terdapat dalam sesebuah bangunan. Walaubagaimanapun, jumlah beban mati
dapat dikurangkan melalui pemilihan bahan-bahan binaan yang ringan bagi unsur-
unsur tertentu.
Beban hidup pula terdiri daripada perkara-perkara yang diletakkan dalam
bangunan. Antaranya termasuklah manusia yang menggunakan bangunan, perabot,
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI REKA BENTUK ASAS
peralatan dan lain-lain. Bagi bangunan pejabat, beban hidup yang utama ialah
perabot dan peralatan pejabat yang lain. Manakala bagi bangunan kilang, beban
hidup utama ialah jentera, simpanan bahan mentah dan stok keluaran yang belum
dijual. Hal ini menunjukkan bahawa beban hidup sentiasa berubah-ubah dari masa
ke semasa bergantung kepada keadaan tertentu.
Sementara itu, beban angin juga turut mempengaruhi reka bentuk asas. Hal
ini dapat dilihat pada bangunan tinggi yang terdedah kepada tiupan angin yang
kencang dimana tiupan angin ini sebenarnya merupakan satu tenaga yang kuat
untuk menolak bangunan dari tempat yang asal. Oleh yang demikian, asas perlu
direka bentuk supaya ia dapat mengikat tiang bangunan agar tidak teralih daripada
kedudukan asal.
(ii) Keadaan Tanah
Keadaan tanah hanya akan dapat diketahui secara terperinci melalui
penyiasatan tanah. Antara perkara utama yang perlu dikenal pasti ialah keupayaan
galas beban, aras air bumi dan bahan kimia yang terkandung di dalam tanah.
Keupayaan galas beban banyak bergantung kepada jenis tanah. Tanah
berbatu biasanya lebih kukuh daripada tanah pasir dan tanah liat. Keupayaan galas
beban perlu ditentukan melalui beberapa jenis ujian tanah seperti kaedah korekan
dan gerekan atau kaedah geofizik . Keperluan terhadap ujian ini menjadi lebih
penting terutamanya dalam pembinaan bangunan-bangunan yang tinggi dan lebih
besar. Laporan ujian tanah yang lengkap dan terperinci akan dijadikan panduan
asas dalam menyediakan reka bentuk asas
Contoh yang paling ketara dapat dilihat melalui pembinaan asas bagi
Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur dimana ahli geologi pada ketika itu
mengorek ratusan lubang gerudi pada tanah bagi mengeluarkan ribuan sampel
tanah untuk diuji. Pengujian tanah ini bertujuan untuk mencari batuan dasar yang
keras bagi menyokong beban menara yang akan dibina. Walaubagaimanapun,
kajian yang dijalankan menemui keputusan yang teruk kerana pihak yang
menjalankan kajian menemui batu kapur yang berbagai sifat iaitu batu kapur yang
teruk diikuti dengan batu kapur yang keras dan batu kapur yang lembut.Jika
pembinaan menara diteruskan di tempat terbabit, berkemungkinan tanah akan
menjadi tidak rata dan bangunan Menara Berkembar Petronas mungkin akan runtuh
atau tenggelam.
Rajah 5.3.2 : Menara Berkembang Petronas
Lantaran itu, Charlie Thornton yang merupakan jurutera bagi projek terbabit
mengemukakan idea yang bernas dimana beliau mencadangkan pengalihan
seluruh bangunan 60 meter keatas tanah yang lebih lembut. Ia kelihatan seperti
idea yang tidak normal namun sebenarnya, terdapat pemikiran jelas disebaliknya.
Beliau merancang untuk membina asas melalui cerucuk besar 120 meter kebawah
tanah ke lapisan batu dalam kerak bumi diikuti dengan membina batuan dasar
sendiri di atasnya. Bangunan pencakar langit terbabit akan dibina di atas
permukaan konkrit yang luas dan seterusny amenjadikan pembinaan asas bagi
Menara Berkembar Petronas sebagai asas yang paling dalam di dunia.
(iii) Kos
Sumber kewangan klien adalah terhad. Oleh itu, kos yang dapat dibayar
kepada kontraktor juga terhad. Oleh itu, binaan yang berkualiti tinggi selalunya
dibataskan oleh kos yang terhad itu. Kos diperlukan untuk membeli bahan ,
menyewa loji (atau peralatan) dan membayar gaji pekerja. Bahan-bahan utama bagi
pembinaan asas ialah simen, batu baur dan pasir. Manakala loji yang diperlukan
adalah berkaitan dengan penggunaan konkrit. Biasanya konkrit yang bermutu tinggi
adalah lebih mahal kerana memerlukan bahan-bahan yang juga bermutu tinggi di
samping kawalan mutu yang ketat. Penggunaan konkrit bermutu tinggi ini biasanya
digunakan dalam projek-projek pembinaan yang dijalankan dibawah pengawasan
Jabatan Kerja Raya (JKR). Begitu juga dengan saiz dan bentuk yang turut
mempengaruhi kos. Oleh sebab itu, kos biasanya menentukan jenis konkrit, bahan
dan loji yang akan digunakan.
(iv) Teknologi
Pemilihan reka bentuk asas juga dipengaruhi oleh teknologi yang wujud di
sesuatu tempat. Faktor yang paling utama ialah kepakaran yang dapat diperoleh
untuk membina sesuatu reka bentuk asas. Selain kepakaran, pekerja mahir juga
diperlukan dalam menangani perubahan dalam teknologi. Oleh yang demikian,
pemilihan reka bentuk perlu mengambil kira kepakaran teknologi yang terdapat di
sesuatu kawasan.
5.4 JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN DAN CARA
PENGENDALIANNYA
5.4.1 Gergaji
Gergaji merupakan peralatan yang digunakan untuk memotong kepingan
kayu atau kotak bentuk bagi mencapai ukuran yang dikehendaki. Pemotongan kotak
bentuk atau kayu dimulakan dengan memotong bahagian sudut kayu kayu lapis.
5.4.2 Tukul
Dalam pembinaan asas, tukul biasanya digunakan untuk mengetuk atau
memperbetulkan tetulang menegak yang telah disambungkan dengan tetulang
mendatar didalam lubang korekan atau kotak acuan sehingga mencapai bentuk
yang dikehendaki. Tukul juga digunakan dalam pembinaan kotak bentuk bagi
pembinaan asas.
5.4.3 Paku
Paku lebih kerap digunakan bersama tukul terutamanya dalam pembinaan
kotak bentuk bagi pembinaan asas. Dengan adanya paku, kepingan-kepingan
papan dapat disambungkan secara selari.
5.4.4 Concrete Power Mixer
Concrete Power Mixer merupakan mesin penggaul konkrit yang
membolehkan penggaulan bahan-bahan komposit seperti pasir, batu-baur, simen
dan air sehingga membentuk konkrit basah. Fungsi mesin ini lebih tertumpu kepada
pergerakan tambur yang berputar 360 darjah dimana ia dikawal dengan
menggunakan roda pengawal pada bahagian tepi kiri mesin.
5.5 JENIS ASAS
Dalam konteks pembinaan bangunan, asas dapat diperoleh dalam berbagai-
bagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian semasa dimana asas terbahagi
kepada dua jenis iaitu asas cetek dan asas dalam seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah.
Rajah 5.5.1 : Kategori Asas dan jenis-jenisnya
Asas
Asas DalamAsas Dalam
Asas Pad Asas Rakit Asas Jalur
Cerucuk Kaison
Walaubagaimanapun, kebanyakan projek-projek perumahan yang dijalankan di
bawah firma HC Hidayah Construction lebih tertumpu kepada pembinaan asas
cetek dimana pembinaan asas seperti ini sesuai digunakan untuk pembinaan
bangunan yang mempunyai ketinggian tidak terlalu jauh dari permukaan tanah.
Kedalaman asas ini dikira dari bahagian aras tanah siap dengan jarak kedudukan
tidak lebih dari 3 meter. Secara umumnya, asas cetek terdiri daripada 3 jenis iaitu;
i. Asas Pad
ii. Asas Rakit
iii. Asas Jalur
5.6 ASAS PAD
Kebanyakan asas bagi projek pembinaan bangunan atau rumah kediaman
yang dijalankan di bawah HC Hidayah Construction menggunakan asas pad
sebagai alas tiang dalam binaan. Tidak hairanlah jika dikatakan bahawa asas pad
merupakan jenis asas yang paling banyak digunakan terutamanya dalam
pembinaan rumah atau bangunan satu dan dua tingkat. Hal ini disebabkan
kebanyakan bangunan tersebut dibina dengan menggunakan kerangka yang terdiri
daripada konkrit, keluli atau kayu. Dalam binaan seperti ini, semua beban bangunan
akan dipindahkan ke tanah melalui tiang dan seterusnya melalui asas pad.
Rajah 5.6.1 : Asas Pad
Sebagai alas tiang, asas pad biasanya berbentuk segi empat seperti rajah di
atas. Keluasannya bergantung pada jumlah beban yang diterima daripada tiang dan
juga keupayaan galas tanah. Jumlah beban yang yang lebih besar memerlukan
keluasan alas yang lebih besar. Sebaliknya, jika keupayaan galas lebih tinggi,
keluasan asas semakin kecil. Ketebalan asas pad pula bertambah mengikut
pertambahan keluasannya dengan syarat ketebalan minimum asas pada pinggir
atau tepinya mestilah tidak kurang daripada 150 mm,
Secara umumnya, asas pad biasanya dibina daripada konkrit yang
menggunakan nisbah campuran 1 : 2 : 4 bagi simen, pasir dan batu baur. Keluli
tetulang digunakan untuk memperkukuhkan binaan disamping mengurangkan saiz
asas. Hal ini demikian konkrit mempunyai keupayaan tanggung yang rendah pada
beban tegangan tetapi ia amat kukuh dalam menampung beban mampatan. Jenis
tetulang yang biasa digunakan dalam pembinaan asas ini ialah bar tegangan tinggi.
Rajah 5.6.2 : Asas pad yang menananggung tiang keluli
Selain itu, asas pad ini amat sesuai digunakan untuk menanggung struktur
yang dirangka dengan aggota keluli atau apabila berat ditanggung oleh tiang, dan
dinding dibina sebagai dinding panel atau pelapisan. Situasi ini dapat dilihat melalui
pembinaan asas pad dalam projek “Cadangan Membina dan Menyiapkan Bangunan
Tambahan Gelanggang Futsal Hidayah Centre, Pangkal Kalong” dimana asas pad
tersebut digunakan untuk menanggung tiang keluli bagi pembinaan bangunan
tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
5.7 PROSES PEMBINAAN ASAS PAD
Proses pembinaan asas pad terdiri daripada beberapa aktiviti seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5.7.1. Antara aktiviti utama yang diperlukan ialah
pemancangan, kerja pengorekan, kerja acuan, penyediaan keluli tetulang dan kerja
konkrit. Ada sesetengah kerja dapat dijalankan secara serentak bergantung kepada
tenaga pekerja yang diperlukan. Secara umumnya, urutan aktiviti yang biasa
dilaksanakan dalam pembinaan adalah seperti dalam rajah 5.7.1.
Rajah 5.7.1 : Proses pembinaan asas pad
Pemancangan untuk pembinaan asas pad dibuat setelah aras pembentukan
disediakan melalui kerja tanah. Walaubagaimanapun, perlaksanaan kerja tanah
bergantung kepada keadaan tapak dalam penyediaan aras pembentukan seperti
yang telah diterangkan dalam Bab 3 sebelum ini. Sekiranya aras tapak mempunyai
PEMANCANGAN
PENGOREKAN
PENYEDIAAN BAHAN
KERJA ACUAN
PEMASANGAN TETULANG
KERJA KONKRIT
persamaan dengan aras pembentukan yang dikehendaki, maka kerja tanah tidak
perlu dijalankan. Kerja pemancangan perlu dilakukan secara teliti sebelum
pembinaan asas pad dimulakan. Hal ini penting terutamanya dalam menentukan
kedudukan asas pad yang banyak bilangannya.
Rajah 5.7.2 : Kerja pemancangan sedang dijalankan
Setelah kedudukan asas pad ditentukan, kerja pengorekan lubang terhadap
titik kedudukan dimana asas pad akan dibina boleh dijalankan. Pengorekan lubang
adalah berbentuk segi empat dimana ia dijalankan dengan menggunakan pengorek-
kaut. Lubang yang dikorek untuk pembinaan asas pad biasanya lebih besar
daripada saiz acuan yang hendak dipasang. Hal ini demikian ruang selain daripada
saiz acuan yang terdapat di dalam lubang korekan terbabit digunakan bagi
memudahkan pekerja memasang acuan dan seterusnya mengendalikan kerja
konkrit. Oleh sebab itu, ruang tersebut dikenali sebagai ruang bekerja.
Setelah pengorekan lubang selesai dijalankan, acuan akan ditempatkan dan
dipasang didalam lubang yang telah dikorek untuk menerima konkrit. Pemasangan
acuan biasanya meliputi pembinaan kotak bentuk berbentuk kiub yang tidak
mempunyai penutup dan penempatan tetulang yang siap diikat ke dalam kotak
bentuk.
Rajah 5.7.3 : Lubang yang telah dikorek
Walaubagaimanapun, kebanyakan projek perumahan yang dijalankan
dibawah HC Hidayah Construction tidak menggunakan acuan dalam pembinaan
asas pad sebaliknya mereka menggunakan lubang yang telah dikorek untuk
menerima konkrit menjadikan bentuk asas pad berdasarkan kepada bentuk lubang
yang telah digali. Situasi ini dapat dilihat melalui projek “Cadangan Membina dan
Menyiapkan 1 Unit Rumah Banglo (Batu) 1 ½ Tingkat di atas Lot PT5546 Mukim
Mahang. Ketereh, Jajahan Kota Bharu” dimana projek pembinaan ini menggunakan
kaedah pembinaan asas yang berdasarkan kepada bentuk lubang korekan tanpa
perlu bergantung kepada pemasangan acuan.
Pada masa yang sama, kerja penyediaan keluli tetulang boleh dijalankan
dimana kerja ini hanyalah melibatkan pemotongan dan pembengkokan bar keluli
tegangan tinggi. Jenis tetulang yang digunakan dalam kerja-kerja ini ialah R10. Bar
keluli R10 yang telah dipotong dan dibengkokkan perlu disusun mengikut lukisan
pelan yang yang disediakan sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang telah
ditempatkan di dalam lubang korekan. Bagi pembinaan asas pad yang tidak
memerlukan acuan, bar keluli akan ditempatkan di dalam lubang korekan.
Dalam pembinaan asas pad, kerja konkrit merupakan langkah terakhir
sebelum asas pad dapat disediakan. Campuran simen, pasir dan batu-baur digaul
bersama didalam mesin penggaul konkrit atau lebih dikenali sebagai “Concrete
Mixture” dengan nisbah bancuhan 1 : 2 : 4. Hasil penggaulan ini akan membentuk
konkrit yang akan dituang ke dalam kotak acuan bagi pembinaan asas pad yang
biasa. Manakala bagi pembinaan asas pad tanpa acuan, konkrit dituang terus ke
dalam lubang korekan yang menempatkan bar keluli yang telah disediakan. Konkrit
dibiarkan kering bagi mendapatkan bentuk asas pad yang dikehendaki.
Rajah 5.7.4 : Kokrit dibiarkan kering
5.8 ASAS JALUR
Pembinaan asas jalur turut digunakan dalam sesetengah projek pembinaan
rumah kediaman dibawah HC Hidayah Construction, antara projek perumahan yang
pernah menggunakan kaedah pembinaan asas seperti ini ialah projek “Membina
dan Menyiapkan Sebuah Rumah Kediaman (Batu) di atas Lot PT 739, Mukim
Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan”.
Rajah 5.8.1 : Struktur Asas Jalur.
Rajah 5.8.2 : Asas Jalur sebagai alas struktur dinding galas beban
Asas jalur dibina bagi menanganggung dinding galas beban dimana semua
beban bangunan dipindahkan menerusi struktur dinding ini. Antara beban yang
terlibat dalam situasi ini termasuklah beban mati, beban hidup dan beban angin.
Daripada dinding, beban tersebut akan dipindahkan ke lapisan tanah menerusi asas
yang dikenali sebagai asas jalur. Oleh sebab itu, asas jalur perlu dibina di bawah
sepanjang dinding galas beban seperti yang tertera pada rajah di atas.
Asas jalur biasanya dibina daripada konkrit dimana campuran konkrit yang di
gunakan menggunakan nisbah 1:3:6 yang meliputi 40mm (simen:pasir:batu baur –
saiz garis pusat batu baur). Asas jalur dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
JENIS ASAS PENERANGAN
1) Asas jalur biasa Asas Jalur biasa digunakan untuk bangunan setingkat dan dua
tingkat yang terletak di atas tanah yang baik. Tanah tersebut
mestilah kukuh dan tidak mengecut.
2) Asas jalur lebar Asas jalur lebar diperlukan apabila keupayaan galas beban
tanah rendah jika dibandingkan dengan jumlah beban yang
hendak di galasnya. Contohnya ialah tanah liat lembut, tanah
lembah dan tanah tambun. Sekiranya luas permukaan asas
tidak cukup lebar, ada kemungkinan berlaku enapan tak
sekata. Biasanya asas jalur lebar juga dibina daripada konkrit
tetulang. Tetulang diperlukan untuk mengelakkan berlakunya
kegagalan pada konkrit akibat tegangan.
3) Asas jalur dalam Asas jalur digunakan pada tanah yang mengandungi kelodak.
Ia juga digunakan pada tanah liat yang mengecut dan
mengembang mengikut keadaan persekitaran yang berubah.
Asas ini lebih teguh dan menjimatkan jika dibandingkan
dengan penggunaan bata. Asas jalur dalam mempunyai
kelebaran lebih sedikit daripada dinding.
5.9 PROSES PEMBINAAN ASAS JALUR
Kaedah pembinaan asas jalur mempunyai banyak persamaan dengan kaedah
pembinaan asas pad. Apa yang menjadi perbezaan antara kedua-dua jenis asas ini
hanyalah dari segi reka bentuknya sahaja.
Seperti asas pad, penandaan dilakukan berdasarkan rujukan daripada lukisan
pelan yang telah disediakan sebelum pengorekan lubang dijalankan pada titik
kedudukan yang telah ditentukan. Di dalam lubang korekan yang telah digali, acuan
dipasang secara memanjang sebelum tetulang yang telah diikat ditempatkan di
dalam acuan tersebut. Konkrit yang telah siap digaul dituang ke dalam acuan dan
dibiarkan kering.
5.10 ASAS RAKIT
Asas rakit merujuk kepada pembinaan asas yang meliputi keseluruhan atau
sebahagian besar tapak. Oleh itu, beban bangunan akan di pindahkan menerusi
lantai, asas rakit dan seterusnya ke lapisan tanah di bawah asas rakit tersebut.
Asas rakit diperlukan apabila keupayaan galas tanah bawah adalah lemah, atau
dalam kes tiang-tiang struktur yang mempunyai jarak yang berhampiran antara satu
sama lain dalam kedua-dua arah membujur dan memanjang. Asas jenis ini juga
berguna untuk mengurangkan enapan kebezaan yang sangat besar atau dalam
keadaan terdapatnya perbezaan yang sangat besar dalam pembebanan tiang-tiang
struktur.
Pembinaan asas rakit lebih mudah malahan menjimatkan kos dan masa serta
berfungsi sebagai lantai bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan. Ianya
memudahkan kerja-kerja bagi struktur-struktur yang sangat rapat dan di tanah
yang mempunyai daya keupayaan tanggung rendah ( low bearing capacity) di
mana tekanan yang sama daripada asas boleh disebarkan ke tanah seberapa
luas yang boleh. Asas rakit dapat mengelakkan halangan di tapak bangunan
daripada lubang-lubang korekan yang rapat. Pemendapan dan keretakan di satu-
satu bahagian dapat dielakkan.
Asas rakit dapat dibahagikan kepada tiga mengikut reka bentuk dan binaan.
Antaranya adalah seperti berikut :
a) Papak Padu
Asas rakit papak padu terdiri daripada papak konkrit padu yang di tetulangkan
dalam kedua – dua arah. Papak padu ringan digunakan untuk bangunan jenis
dinding galas beban yang kecil seperti rumah setingkat atau dua tingkat. Papak
yang lebih tebal di perlukan untuk bangunan yang mempunyai beban yang lebih
besar. Walau bagaimanapun, asas jenis ini hanya ekonomi bagi ketebalan sehingga
305mm. Biasanya, papak ini di perkuatkan dengan keluli tetulang pada kedua – dua
arah. Sekiranya tiang atau dinding menanggung beban yang terlalu tinggi, keluli
tetulang tambahan akan di letakkan di bawah garis – garis tiang atau dinding
tersebut.
b) Rasuk Dan Papak
Sekiranya ketebalan papak yang diperlukan melebihi 305mm, penggunaan
binaan rasuk dan papak adalah lebih ekonomi. Papak galas beban di bina di atas
tanah, manakala rasuk dibina di atas papak tersebut.
c) Bersel
Sekiranya asas rakit mengalami tegangan yang tinggi dan memerlukan
ketegaran, ia memerlukan rasuk yang lebih dalam. Akibatnya, keseluruhan tebal
asas rakit mungkin melebihi 1 meter. Dalam keadaan seperti ini, bentuk binaan
bersel adalah lebih ekonomi. Ia terdiri daripada papak atas dan papak bawah
bersam – sama dengan rasuk hujung dan pertengahan membentuk asas bersel
geronggang. Kedalaman asas rakit bersel ini mungkin mencapai kedalaman satu
tingkat lantai bawah tanah atau mungkin lebih dalam lagi. Ini di perlukan sekiranya
ketegaran yang lebih besar di perlukan sekiranya ketegaran yang lebih besar di
perlukan bagi mengelakkan enapan tidak sekata.
5.11 PEMBINAAN ASAS RAKIT
Antara projek perumahan yang menggunakan kaedah asas pembinaan
seperti ini ialah projek “Cadangan Membina dan Menyiapkan 2 unit Rumah
Kediaman Berkembar Batu Kekal 1 Tingkat Lot PT 258 dan PT 259 Mukim Terliar,
Pasir Mas, Kelantan”.
Pembinaan asas rakit dimulakan dengan penyediaan tapak. Tapak akan
dipancang terlebih dahulu menggunakan kayu di sekeliling tapak yang akan dikorek.
Penandaan akan dibuat dengan menggunakan kayu pancang yang telah diukur dan
ditandakan jelas dengan menggunakan paku.
Tapak yang telah dibuat penandaan akan digali menggunakan jengkaut.
Korekan akan dibuat berdasarkan pada saiz rasuk tanah yang telah ditetapkan.
Selepas itu, para pekerja akan meratakan bahagian tanah yang telah dikorek
sebelum pemadatan tanah dapat dijalankan melalui penggunaan jentera pemadat.
Pemasangan paip polietilena yang digunakan untuk saluran air dan paip salir uPVC
yang berlainan saiz untuk saliran air sisa dan air najis dijalankan sebaik sahaja
pemadatan tanah selesai.
Rajah 5.11.1 : Tapak yang telah siap dipasang
paip polietilina dan paip uPVC untuk saliran air najis.
Kotak pembentuk (formwork) menggunakan kayu akan dipasang di sekeliling
kawasan tapak yang akan dituang konkrit. Acuan konkrit ini akan ditupang dimana
kayu yang pertama akan ditegakkan 90° berdekatan dengan acuan konkrit tersebut.
Kemudian, satu kayu lagi akan ditegakkan pada arah condong dan dipakukan pada
kayu yang tadi. Selepas itu, kerja pemasangan jejaring BRC akan dipasang oleh
para pekerja. Jejaring BRC yang bersaiz 65 akan diletakkan di dalam peparit asas.
Manakala BRC bersaiz 610 akan dihamparkan di atas tapak.
Rajah 5.11.2 : Kotak Bentuk yang telah siap dipasang disertai dengan
hamparan jejaring BRC.
5.12 KOMEN DAN CADANGAN
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, pembinaan asas dalam
kebanyakan projek perumahan dibawah firma, HC Hidayah Construction lebih
tertumpu kepada pembinaan asas pad dimana asas pad yang dibina menggunakan
konkrit bertetulang tanpa kotak acuan. Hal ini mungkin disebabkan kotak bentuk
tidak disediakan di tapak bina pada ketika itu. Penggunaan konkrit bertetulang tanpa
kotak acuan dalam pembinaan asas pad boleh membawa kepada kemerosotan
kualiti konkrit. Secara umumnya, salah satu sifat tanah ialah kebolehan dalam
menyerap air. Apabila konkrit basah dituang kedalam lubang korekan, kandungan
air dalam konkrit basah akan berkurangan dan seterusnya akan menghasilkan
struktur konkrit yang tidak kukuh apabila ia mengering.
Dalam perlaksanaan kerja pembinaan asas, kebanyakan pekerja tidak
menitikberatkan aspek keselamatan terutamanya dari segi pemakaian topi
keselamatan. Pekerja binaan yang tidak memakai topi keselamatan mudah
terdedah kepada risiko kecederaan. Oleh itu, pihak kontraktor perlu mengambil
tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Topi
keselamatan perlu disediakan dalam kerja binaan kerana ia dapat mengurangkan
risiko kecederaan terhadap pekerja sendiri.