BAB 1

download BAB 1

of 5

description

q

Transcript of BAB 1

BAB 1PENGENALAN PROJEK

1.1 PENGENALAN Projek semester akhir yang laksanakan ini adalah sebahagian daripada syarat yang dikenakan kepada pelajar tahun akhir bagi setiap kursus Diploma Politeknik di seluruh Malaysia. Setiap kumpulan perlu menghasilkan suatu produk yang baru yang berkaitan dengan jurusan yang diambil, pengajian teori dan praktikal digabungkan bagi menghasilkan suatu rekacipta yang kreatif dan dapat beroperasi dengan baik.Sepanjang perlaksanaan projek, kepakaran di dalam bidang teknikal dapat dipraktikkan dan digunakan sepenuhnya. Tujuan utama projek ini diwajibkan adalah untuk menerapkan bidang kejuruteraan di dalam projek ini. Ianya dapat melatih pelajar dalam pelbagai aspek contohnya seperti pengurusan masa dan perancangan projek yang akan dilakukan. Langkah-langkah dan pengalaman melakukan sesuatu projek kejuruteraan serta penyenggaraan baik pulih peralatan kejuruteraan yang berkaitan dapat membentuk sahsiah seperti nilai kesabaran, ketekunan dan sikap kerjasama dapat dipupuk.Projek yang diberi nama Smart Sensor PLC Trainer ini dihasilkan disebabkan oleh beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan pada sesi pembelajaran antaranya ialah kekurangan latihan amali yang lebih mendalam pada subjek EJ501 Programmable Logic Circuit (PLC). Subjek ini adalah subjek teras bagi pelajar jurusan DET dan subjek eletif bagi jurusan DEP dan juga DTK. Di sebabkan oleh itu , tercetus satu idea untuk menghasilkan satu projek dimana ianya dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan juga dapat memberikan pendedahan yang lebih mendalam bagi mempelajari tajuk sensor .Selain itu, jika sesebuah trainer hanya dimuatkan dengan satu jenis sensor sahaja ianya secara tidak langsung memberikan sedikit sahaja kemahiran kepada pelajar . Di sebabkan oleh itu juga , penghasilan Smart Sensor PLC Trainer dimana ianya dimuatkan kesemua jenis sensor seperti photo optic , proximity , inductive sensor , capacitive sensor dan juga ultrasonic sensor di dalam satu trainer . Dengan adanya trainer yang ada kesemua sensor ianya memudahkan proses pembelajaran dilakukan.Walaubagaimanapun, pelajar harus mempelajari tajuk ini secara teori terlebih dahulu dimana kegunaan setiap pengeria yang digunakan dan apakah contoh applikasi yang digunakan untuk sensor tersebut. Setiap sensor mempunyai kegunaannya tersendiri sebagai contoh, ultrasonic sensor. Ianya berfungsi dengan cara mengira jarak sesuatu metal ataupun ianya digunakan untuk mengira sesuatu metal yang bergerak melepasinya. Penghasilan projek ini menitik beratkan aspek keselamatan kerana kecederaan dan kemalangan boleh berlaku tanpa jangkaan waktu . Projek ini direka khas dengan kebesaran yang tidak terlalu besar supaya ianya mudah untuk dibawa ke bilik kuliah bagi pengajar . Oleh itu , penghasilan projek ini harus jayakan bagi menginovasikan pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang. Dengan adanya Smart Sensor PLC Trainer ini ianya dapat memudahkan kegunaan untuk sama sama mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan.

1.2 PENYATA MASALAHDalam menghasilkan sesuatu projek, terdapat penyata masalah yang mendorong untuk projek trainer ini dihasilkan bertujuan untuk menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara penyata masalah yang dapat dihuraikan disini ialah:

a) Trainer yang sedia ada tidak menggunakan sensor akan tetapi ia menggunakan toggle switch yang beroperasi sebagai penganti penderia.

b) Kesukaran pelajar untuk memahami lebih mendalam tentang sensor bagi bab yang ke 2 iaitu Logical Sensor bagi kursus EJ501 (Programmable Logic Contoller and Automation).

c) Saiz dan reka bentuk trainer yang besar dan berat menyukarkan untuk pensyarah membawa ke bilik kuliah.

1.3 OBJEKTIF KAJIANTerdapat beberapa objektif kajian dalam penghasilan projek ini antaranya ialah :a) Menghasilkan projek Logical Sensor PLC Trainer yang mempunyai kesemua jenis sensor di dalam satu trainer.

b) Untuk memudahkan pembelajaran kepada pelajar mengenai tajuk sensor serta operasinya .

c) Untuk menghasilkan sebuah trainer dan alat bantu mengajar yang mudah dibawa ke bilik kuliah .

1.4 SKOP KAJIANa) Menggunakan perisian Ardunio untuk mengawal Ultrasonic sensor ..

b) Menggunakan perisian proteus untuk simulasi litar yang diperlukan seperti litar bekalan kuasa dan sensor photo optic.

c) Menggunakan perisian CX-programmer untuk mengawal PLC .

d) Logical Sensor PLC Trainer ini menggunakan 6 jenis iaitu ultrasonic, photo optic, toggle switch, proximity capacitive dan proximity inductive.

1.5 KAJIAN KES Terdapat beberapa kajian kes yang diperoleh antaranya:

a) Melalui pengawasan penyelia yang berwibawa serta dibantu oleh pensyarah mekanikal, elektrik/elektronik dan pengaturcaraan.

b) Melalui kertas amali yang telah disiapkan.

c) Kerja kajian telah dijalankan dengan melayari internet.