BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

download BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

of 14

Transcript of BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    1/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    1

    BAB 1: KESUSASTERAAN MELAYU

    Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

      Menjelaskan tentang makna sastera, bentuk-bentuk sastera, jenis-jenis

    sastera dan struktur teks yang terdapat dalam sastera.

    1.1 

    Pengenalan

    1.2  Sastera Lisan (Rakyat)

    1.3 

    Bentuk-bentuk Kesusasteraan

    1.4 

    Jenis-jenis Kesusasteraan

    1.5 Struktur Teks Kesusasteraan

    RINGKASAN

    RUJUKAN

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    2/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    2

    Kesusasteraan  merujuk kepada hasil seni

    yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

    hurufiahnya, perkataan kesusasteraan

     bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah

     bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata

    yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-

    indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

    Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya

    dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja

    mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan

     pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.

    Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu

    masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin

    Zainal,1975 : 1) Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang

     positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai

    dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah

    kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan

     penyesuaian bahan yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu

    dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi

    harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.

    Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong

     penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk

    karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu

    daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian

    karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin. Bahan sastera memiliki daya tarikan

    yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya

    sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak

    1.1 PENGENALAN

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    3/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    3

    cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam

    keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang

     baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya.

    Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.

    Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan

    dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa

    sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses

     penerapan Emotional Quotion (EQ) dalam kalangan pelajar-pelajar.

    Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan

     juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk

    kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar

    muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan

    menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga

    merupakan kesusasteraan. 

    Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castra”. Susastera  pula mempunyai

    makna kata yang membawa maksud khusus iaitu :

    Su = indah, baik, lebih berfaedah

    Sastera = huruf atau buku

    (ke) susastera (an) = kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. 

    Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu

    dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu,

    disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. 

    Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan

    dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan

    semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan

    dengan masyarakat luar.

    1.2 Sastera Lisan (Rakyat)

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    4/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    4

    Sastera lisan merupakan hak milik bersama

    (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam

    masyarakat Melayu tradisional secara lisan

    atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera

    lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau

     penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia

    dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara

    lisan sastera banyak mengalami perubahan

    dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-

    tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi

    setempat.

    Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada

    masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang

    mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis.

    Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup

    didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan

    tertulis.

    Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri kelisanannya,

    malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-cerita rakyat

    ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak. 

    1.2.1 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

    1. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan

    kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut

    tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya.

    Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian

    ceritanya telah dibukukan.

    2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam

    masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.

    https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&docid=jdzXR0p7x0jWqM&tbnid=_5rneuPknktkTM:&ved=0CAUQjRw&url=https://plus.google.com/116960667445402704662&ei=x10OVJiuNJahugS7-YD4Dg&psig=AFQjCNHp9GZANkni7Fj6mr-UZsb0kuYVzA&ust=1410313814597913

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    5/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    5

    3. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah

    tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi

    yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun

    inti patinya tetap kekal.

    4. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan oleh sesiapa

    sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas

    melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu.

    Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa

     penciptanya yang sebenar.

    5. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh penutur dan

     pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama masyarakatnya.

    6. Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak langsung juga

    menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya.

    Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat. 

    7. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur

     biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan

     pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan

    dan kadangkala kelihatan kasar.

    8. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara

    mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa

    mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga

    cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya.

    Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat.

    Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang

    tertentu.

    9. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang

    mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat

    lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu

    masyarakat.

    10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu

    masyarakat.

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    6/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    6

    1.2.1  FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)

    1. Sebagai “Alat” Hiburan 

    Sastera lisan dalam bentuk rakyat turut dijadikan sebagai alat hiburan kepada masyarakat.

    2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik. 

    Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan

     pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran,

    teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat.

    Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan

     bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita

    Binatang.

    Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak -anak dididik agar tidak derhaka kepada

    kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat.

    Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan

    amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan

    keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

    3. Sebagai “Alat” Mengkritik. 

    Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran

    terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti

    cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak,

     pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita

    Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang

    tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri

    orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

    4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi. 

    Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan

    yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-

    orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin

    lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik

     berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan. 

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    7/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    7

    1. 

    Jelaskan definisi kesusasteraan.

    2.  Nyatakan fungsi yang terdapat dalam sastera lisan berserta contoh-contohnya

    yang berkaitan.

    5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”. 

    Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau

     peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang”

    dalam masyarakat.

    Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada  budaya manusia.  Ia adalah

    ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang

    dipertuturkan oleh mereka sendiri.

    Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai

     bentuk bahasa. Dan secara kasarnya, ia boleh

    dikategorikan kepada 2 kategori yang besar

    menurut bentuk bahasa  yang digunakan,

    yakni:

      Prosa

      Puisi

    1.3 Bentuk-bentuk Kesusasteraan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Budayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&docid=xA7GObGIeeHLXM&tbnid=lfduylFRCl2hMM:&ved=0CAUQjRw&url=http://mintnisa-anis.blogspot.com/2011_08_01_archive.html&ei=tCIJVMmrLIewuASdzoLABg&psig=AFQjCNG6DaihWAboD46hcajQP9PYz5sopQ&ust=1409970995971792http://ms.wikipedia.org/wiki/Manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    8/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    8

    Prosa  merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan

    menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun

    dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami

     berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, 

    essei dan sebagainya.

    Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia

    sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-

    frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang

     berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi

    termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

    1.4.1 JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)

    Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua  bentuk:

    a. Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)

     b. Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif) 

    a) Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)

    Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia

    terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut;

    Cerita Lipur Lara (panglipur lara)

    Cerita Jenaka

    Cerita Binatang

    Cerita Asal usul

    Cerita Hantu

    Cerita Teladan

    1.4 Jenis-jenis Kesusasteraan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Cerpenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Novelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dramahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sajakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syairhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pantunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gurindamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lirikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Selokahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Manterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Manterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Selokahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lirikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gurindamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pantunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syairhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sajakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dramahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Novelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cerpen

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    9/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    9

    Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan legenda.

     b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan

    Naratif)

    Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;

    Pantun

    Gurindam

    Seloka

    Teka-teki dan Nyanyian Rakyat

    Jampi, Mantera dan Serapah

    Pepatah dan Perbilangan Adat

    Ungkapan BerangkapPeribahasa, Bidalan dan sebagainya.

    Cerita Lipur Lara Pantun

    Cerita Jenaka Gurindam

    Cerita Binatang Seloka

    Cerita Asal usul Teka-teki

    Cerita Hantu Nyanyian rakyat

    Cerita Teladan Mentera, jampi dan serapah

    Peribahasa

    Bahasa beirama

    Contoh: 

    Jenis Pengertian Karya dan Contoh

    Cerita Binatang Dikenali juga sebagai cerita

    mergastua. Cerita yang

    mengambil binatang sebagai

     pelaku. Binatang diberikan

    sifat manusia biasa, boleh

     bertindak, bertutur, bertingkah

    laku dan hidup bermasyarakat.

    Fungsi berhibur kerana

    mempunyai unsur-unsur lucu,

     pengajaran dankritikan sosial.

    Cerita terkenal ialah jenis ‘epik

     binatang’ iaitu Hikayat Sang

    Kancil. Mempunyai peranan

    tertentu dalam cerita binatang

    Melayu.

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    10/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    10

    Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran.

    Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan

     buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas.

    Ini memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan

    tolong-menolong antara satu sama lain.

    1.4.2 PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG

    Terdapat tiga peranan yang penting Sang

    Kancil di dalam cerita Binatang:

    a. Sang Kancil mengalahkan

    binatang yang besar: 

    1. Sang Kancil membuat tipu-

    helah untuk melepaskan

    dirinya dari harimau.

    2. Sang Kancil melepaskan

    kaki kerbau yang digigit

     buaya dengan mengatakan yang digigitnya ialah kayu.

    3. Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.

    4. Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi

    Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.

    5. Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi

    Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah batang-batang buluh yang

     bergeser.

    6. Sang Kancil dengan buaya.

    7. Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan

    menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak gadisnya.

    8. Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah

    santapan Raja Nabi Sulaiman.

    9. Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan.

    Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman.

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    11/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    11

    Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri dari

    ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada rakyat jelata

    supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu.

    Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar.

    Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia.

    b. Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim: 

    1. Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar

    dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang

    menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.

    2. Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau.

    3. Sang Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak

    mahu mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan bubuk. Sang

    Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya

    kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak mandi sungai terbakar. Denganitu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya kata-kata si peminjam

    yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.

    4. Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut

    kuasa.

    5. sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat.

    Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang.

    Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya.

    Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia

    adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain.

    c. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil: 

    1. Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.

    2. Sang Kancil dikalahkan oleh agas.

    3. Sang Kancil dengan bangau.

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    12/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    12

    Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran

    yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah

    ‘Sepandai- pandai tupai melompat akhirnyajatuh jua’. Ini merupakan kritikan, sindiran dan

     berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali

    akan tertipu juga.

    Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui

    adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan

    merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di

     bawah:

     

    Tema

      Gaya Bahasa

    (Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja)

      Plot

      Watak dan Perwatakan

      Sudut Pandangan

      Latar

    Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membezakan teks kesusasteraan dengan

     bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains.

    1.5 Struktur Teks Kesusasteraan

    1.   Nyatakan jenis sastera lisan yang berbentuk naratif dan bukan naratif.

    Berikan contoh-contoh yang berkaitan.

    2.  Apakah struktur teks kesusasteraan?

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    13/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    13

      Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai

    segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

      Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui

     bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan.

      Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara

    lisan iaitu dipertuturkan.

      Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu,

    disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan.

      Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat

    tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih

    mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan

    kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan

    masyarakat luar.

      Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia

    hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara

    dituturkan.

     

    Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaransecara lisan.

      Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima

     perubahan kepada bentuk bertulis.

      Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi

    lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan

    sekalipun telah menjadi bahan tertulis.

      Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri

    kelisanannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri.

     

    Prosa  merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa,yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam

    kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan.

      Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti

    tatabahasa".

  • 8/18/2019 BAB 1 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    14/14

    Bab 1: Kesusasteraan Melayu

    14

     ______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

     _____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit

    Fajar Bakti.

    Awang Sariyan. 2002. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

     Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd. Anwar Ridhwan. 2005. Penerbitan Buku dalam Bahasa Melayu. Cabaran dan

     Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Polanyi, M. & Prosch, H. 1975. Meaning. Chicago. The University of Chicago Press.

    Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik .

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tun Dr. Mahathir. 2002.  Bahasa Sastera dan Tamadun Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.