Bab 1 Konsep Negara.docx

4
Bab 1 Konsep Negara Posted: 5:19 PTG | Author: keller Purple | Filed under: Koleksi Nota-Nota Pengajian Am 1 Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan. 2 Secara umum, sesebuah negara harus mempunyai ciri-ciri yang berikut: (a) sempadan yang tetap dan diiktiraf (b) penduduk yang tetap (c) kerajaan yang teratur (d) kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan (e) mengadakan hubungan dengan negara-negara lain (f) perlembagaan Fahaman Sesebuah Negara Demokrasi 1 Demokrasi mula-mula dianut orang-orang Yunani di Athens

Transcript of Bab 1 Konsep Negara.docx

Page 1: Bab 1 Konsep Negara.docx

Bab 1 Konsep Negara

Posted: 5:19 PTG

|

Author: keller Purple

|

Filed under: Koleksi Nota-Nota Pengajian Am

1 Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

2 Secara umum, sesebuah negara harus mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(a) sempadan yang tetap dan diiktiraf

(b) penduduk yang tetap

(c) kerajaan yang teratur

(d) kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan

(e) mengadakan hubungan dengan negara-negara lain

(f) perlembagaan

Fahaman Sesebuah Negara

Demokrasi

1 Demokrasi mula-mula dianut orang-orang Yunani di Athens

2 Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani demokratia; demo bererti rakyat

manakala kratia bererti perintah.

3 Maka itu, demokrasi bererti kuasa pemerintahan di tangan rakyat.

Page 2: Bab 1 Konsep Negara.docx

4 Persepsi Abraham Lincoln, salah seorang Presiden Amerika Syarikat tentang fahaman ini ialah " kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.

Maklumat Selanjutnya : Klik Sini

Fasisme

1 Fasisme diperkenalkan oleh Benito Mussolini di Itali pada tahun 1929.

2 Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara (mengamalkan kerajaan totalitarian).

3 Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuki besi.

4 Fahaman ini terkubur bersama-sama kematian Mussolini selepas Perang Dunia Kedua.

Maklumat Selanjutnya : Klik Sini

Nazisme

1 Nazisme

diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930-an

Page 3: Bab 1 Konsep Negara.docx

2 Fahaman ini menghalalkan kekejaman dan pembunuhan.

3 Pengamalan fahaman ini mencetuskan Perang Dunia Kedua dan pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam dalam sejarah manusia.

4 Fahaman ini terkubur bersama-sama Hitler yang membunuh diri setelah kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Maklumat Selanjutnya : Klik Sini

Komunisme

1 Komunisme diperkenalkan oleh Karl Marx (Rusia), dan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin seperti Lenin (Rusia), Stalin (Rusia), dan Mao Tse Tung (China).

2 Fahaman politik ini menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat.

3 Pengamal fahaman ini melaungkan slogan "sama rata, sama rasa".

4. Komunisme juga menolak kewujudan Tuhan.

5 Kini, negara yang masih terikat oleh ajaran komunis secara ketat hanyalah Korea Utara dan Cuba.

Maklumat Selanjutnya : Klik Sini

Sosialisme

Page 4: Bab 1 Konsep Negara.docx

1 Sosialisme mempunyai matlamat asas untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi hak milik negara.

2 Negara sosialis biasanya mengamalkan polisi pintu tertutup, misalnya Myanmar dan Laos.

Maklumat Selanjutnya : Klik Sini