BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih...

645
1 PADAH “Syarikat Encik Shauki dalam bahaya. Pihak bank akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Encik Shauki gagal menyelesaikan segala hutang,” kata Encik Ali iaitu Pegawai Bank Bungaraya. “Saya faham, Encik Ali. Tapi, berilah saya tempoh dalam sedikit masa lagi,” rayunya. “Saya minta maaf, Encik Shauki. Saya tak boleh berbuat apa-apa. Ini adalah arahan pengurus saya. Saya harap Encik Shauki faham,” balas Encik Ali pula. Dia sebaliknya hanya mampu terkedu apabila mendengar kata-kata Encik Ali itu. Dia sayangkan Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia tak sanggup melihat syarikat ini 1

Transcript of BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih...

Page 1: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

1

PADAH

“Syarikat Encik Shauki dalam bahaya. Pihak bank akan

mengambil tindakan mahkamah sekiranya Encik Shauki gagal

menyelesaikan segala hutang,” kata Encik Ali iaitu Pegawai Bank

Bungaraya.

“Saya faham, Encik Ali. Tapi, berilah saya tempoh dalam sedikit

masa lagi,” rayunya.

“Saya minta maaf, Encik Shauki. Saya tak boleh berbuat apa-

apa. Ini adalah arahan pengurus saya. Saya harap Encik Shauki

faham,” balas Encik Ali pula.

Dia sebaliknya hanya mampu terkedu apabila mendengar kata-

kata Encik Ali itu. Dia sayangkan Syarikat Perkasa Construction Sdn.

Bhd. Dia tak sanggup melihat syarikat ini hanyut. Dia menubuhkan

syarikat ini dengan modal puluhan ribu.

“Baiklah, Encik Shauki. Saya minta diri dulu,” ucap Encik Ali

sambil bingkas bangun.

1

Page 2: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baiklah …!” dia mengangguk lemah sambil berjabat salam

dengan Encik Ali.

Encik Ali kemudiannya lalu mengatur langkah ke arah pintu.

Daun pintu pantas ditariknya dan terus berlalu pergi dari situ.

Kesejukan alat penghawa dingin terasa mengepung seluruh ruang

bilik.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi pintu diketuk orang.

“Masuk!”

Pintu segera terbuka. Sarina iaitu Setiausaha Syarikat Perkasa

Construction Sdn. Bhd. muncul dan terus berdiri memandang tepat

wajahnya.

“Ada apa, Sarina?”

“Saya apa perkara mustahak nak beritahu Encik Shauki.”

“Mustahak? Apa dia?”

2

Page 3: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dah cukup bulan ni. Semua kakitangan merungut. Sebab Encik

Shauki masih lagi tak keluarkan gaji.”

Dia merasa lemah seluruh badan apabila mendengar kata-kata

Sarina itu. Benar. Mereka memang berhak bersuara. Dah cukup bulan.

Gaji mereka mesti dibayar.

“Minta mereka semua supaya bersabar. Saya akan selesaikan

perkara ini dengan secepat mungkin.”

“Baiklah, Encik Shauki!” Sarina menjawab sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Ada apalagi?” dia menyoal Sarina sambil meninggikan kepala

sedikit.

“Tak ada apa-apa, Encik Shauki. Saya pergi dulu.”

Dia sebaliknya hanya mengangguk diam dan memerhatikan

sahaja bayangan Sarina hilang dari pandangan mata. Dia kemudiannya

lalu melepaskan keluhan yang panjang sambil menyandarkan

badannya di atas kerusi pusing yang berwarna merah hati. Shauki

merasa tidak senang duduk. Resah-gelisah. Kepanasan. Walaupun

berada dalam bilik yang berhawa dingin. Dia kemudiannya bingkas

3

Page 4: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bangun dan perlahan-lahan menuju ke arah jendela kaca. Dia lalu

melontarkan pandangan ke arah bangunan-bangunan yang menjulang

tinggi hingga mencakar langit.

“Awak dah fikir masak-masak?” tanya Encik Redzuan iaitu

Pengurus Besar Syarikat Inderapura Holdings Sdn. Bhd. sebaik-baik

sahaja selesai membaca surat perletakan jawatan Shauki.

“Sudah, Encik Redzuan. Saya harap Encik Redzuan akan

meluluskan permohonan saya ini.”

“Awak nak buka syarikat sendiri?”

“Ya, Encik Redzuan. Saya nak ikut jejak langkah Encik Redzuan.

Berjaya menjadikan syarikat ini hingga bertaraf korporat.”

“Saya bangga dengan semangat awak. Tapi, saya tetap

bimbang. Dunia perniagaan ni banyak cabarannya. Kalau awak tak

pandai menanganinya, awak akan gagal.”

“Encik Redzuan jangan bimbang. Saya yakin. Pengalaman saya

sewaktu bekerja dengan syarikat ini akan membantu saya untuk maju

dalam bidang perniagaan.”

4

Page 5: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baiklah. Kalau begitu keputusan awak, saya tak boleh berbuat

apa-apa. Saya luluskan permohonan awak ni. Saya berdoa semoga

cita-cita awak akan tercapai.”

“Terima kasih, Encik Redzuan.”

Tindakannya meninggalkan Syarikat Inderapura Holdings Sdn.

Bhd. mendapat tentangan keras daripada isterinya iaitu Rahimah.

“Apa? Abang dah berhenti kerja?” ujarnya dengan penuh rasa

terkejut.

“Ya, Mah. Abang nak buka syarikat sendiri,” dia menjawab

sambil menghirup air teh yang masih panas itu. Kemudian perlahan-

lahan diletakkannya semula cawan itu ke bawah. Asap nipis yang

keluar daripada air teh itu kelihatan teroleng-oleng naik ke atas.

“Nak buka syarikat perlukan duit yang banyak, bang. Mana

abang nak cari?”

“Abang akan buat pinjaman bank.”

“Betul. Tapi, mampu ke abang bayar balik?”

5

Page 6: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Abang mampu, Mah. Kalau orang lain boleh bayar balik kenapa

abang tak boleh. Kalau orang lain boleh berjaya dalam perniagaan

kenapa abang tak boleh.”

“Mah takut, bang.”

“Takut apa?”

“Abang baru kerja 5 tahun. Dah nak buka syarikat sendiri.”

Dia hanya mendiamkan diri sahaja apabila mendengar kata-kata

isterinya itu. Ketiga-tiga orang anaknya iaitu Shahril, Suzana dan

Syazwan kelihatan sedang asyik menonton rancangan kartun yang

disiarkan di televisyen. Sekali-sekala kedengan hilai tawa mereka yang

hampir memecahkan ruang tamu rumah teres berkembar dua tingkat

itu. Dia kemudiannya mengukir senyuman kecil sambil memandang

tepat wajah isterinya. Gelagatnya itu nyata sekali tidak menyenangkan

isterinya.

“Sebagai isteri Mah sepatutnya beri semangat pada abang.

Bukannya matikan semangat, abang.”

“Itu Mah tahu, bang.”

6

Page 7: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dah tu?”

“Mah takut syarikat abang tak akan bertahan lama.”

“Kenapa Mah cakap macam tu?”

“Berniaga ni bukannya senang, bang.”

“Mah jangan bimbang. Yang nak berniaga, abang. Bukannya,

Mah. Keuntungan yang dapat bukan milik abang seorang. Mah dan

anak-anak akan dapat jugak nanti.”

“Entahlah, bang. Susah Mah nak cakap dengan abang ni. Mah

cuma ingatkan abang aje. Mah tak mahu abang menyesal di kemudian

hari.”

“Abang tak akan menyesal, Mah. Abang yakin. Syarikat abang

akan maju.”

Keesokan harinya dia keluar makan tengah hari bersama dengan

sahabat karibnya iaitu Afian.

7

Page 8: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa? Kau nak buka syarikat? Kau jangan nak olok-olok dengan

aku, Ki?” soal Afian sambil membetulkan duduk.

“Betul, Pian. Aku tak olok-olok,” dia menjawab.

Afian sebaliknya ketawa kecil apabila mendengar kata-katanya

itu. Gelagat yang ditunjukkan oleh sahabat karibnya itu benar-benar

menghairankannya.

“Kenapa kau ketawa? Apa? Kau tak yakin yang aku boleh berjaya

dalam bidang perniagaan?”

“Aku tak bermaksud begitu.”

“Habis?”

Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti. Pelayan lalu

menghampiri mereka berdua sambil membawa makanan dan

minuman yang dipesan iaitu 2 pinggan nasi beriani dan 2 gelas air

sirap limau.

“Terima kasih,” ucap Shauki.

8

Page 9: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sama-sama!” dia membalas sambil menganggukkan kepala dan

pantas berlalu pergi dari situ.

Tanpa membuang masa lagi, mereka lalu menikmati makanan

dan minuman yang dipesan. Selepas selesai menikmati makanan dan

minuman, mereka berdua menyambung semula perbualan.

“Aku bukannya apa, Ki. Sebagai seorang kawan, aku tak mahu

kau menyesal di kemudian hari. Berniaga ni bukan senang, Ki. Ibarat

kapal di tengah lautan. Kalau kau tak pandai menghadapi gelombang,

kau akan tenggelam,” nasihat Afian dengan panjang lebar.

“Kau sama dengan isteri aku. Bukan nak bagi semangat. Nak

patahkan semangat.” Dia langsung tidak menghiraukan nasihat

sahabat karibnya itu.

“Ini bukan soal beri semangat atau patahkan semangat, Ki. Aku

bercakap ni adalah berdasarkan kenyataan.”

“Kenyataan apa?”

“Kau jangan ikut rentak orang, Ki. Bila kau tengok orang lain

buka syarikat, kau pun nak buka syarikat. Dia orang tu mungkin dah

9

Page 10: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berpuluh-puluh tahun menceburi bidang perniagaan. Sedangkan kau

baru 5 tahun bekerja dengan Syarikat Inderapura Holdings Sdn. Bhd.”

“Terima kasih, Pian. Kerana menasihatkan aku. Tapi, kau tak

akan dapat mengubah keputusan aku. Kita dah lama berkawan. Kau

tentu arif dengan prinsip hidup aku, bukan? Apa yang aku kata mesti

aku kota,” Shauki membalas dengan panjang lebar.

Selang beberapa bulan kemudian dia pun menubuhkan Syarikat

Perkasa Construction Sdn. Bhd. Ternyata syarikatnya berjaya

memperolehi keuntungan yang banyak. Syarikatnya banyak mendapat

projek mewah. Duit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya

dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

beberapa buah banglo dan kereta mewah. Tindakannya berbelanja

boros ini telah ditegur oleh Zamri iaitu Pegawai Akaun di syarikatnya.

Namun begitu tidak diendahkannya.

“Jangan berbelanja boros, Encik Shauki. Syarikat kita akan

menerima padah nanti.”

“Itu hak saya, Zamri. Saya pengurus besar di syarikat ni.

Bukannya awak. Saya boleh buat apa aja yang saya suka. Awak tu

makan gaji dengan saya. Faham!”

10

Page 11: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya faham, Encik Shauki …,” dia tidak sempat untuk

menghabiskan kata-kata.

“Dah tu? Awak jangan nak pandai-pandai nasihatkan saya. Awak

pergi buat kerja awak.” Shauki sebaliknya pantas memotong dengan

penuh rasa bongkak dan sombong.

Dia juga telah menjalankan perniagaan dengan cara yang salah.

Dia sanggup memberi rasuah kepada pihak yang bertanggungjawab

untuk mendapatkan projek mewah. Ini tidak disenangi oleh Musa iaitu

Pegawai Pemasaran di syarikatnya.

“Encik Shauki menjalankan perniagaan dengan cara yang salah.”

“Salah kata awak?”

“Ya. Rasuah salah di sisi agama dan undang-undang.”

“Awak sebagai pekerja ikut arahan saya. Awak jangan cuba nak

nasihatkan saya. Dengar sini baik-baik. Tender tu lumayan. Kalau kita

tak umpan mereka, kita akan terlepas. Faham!”

“Tapi, Encik Shauki ….”

11

Page 12: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah! Ikut apa yang saya arahkan. Kalau awak tak mahu buat,

berhenti kerja. Saya boleh cari orang lain.”

“Encik Shauki jangan cuba cabar saya.”

“Saya bukan cabar awak, Musa. Ini adalah kenyataan. Kalau

awak dah bosan bekerja dengan syarikat ni, silakan keluar. Awak

carilah kerja lain.

“Baiklah, Encik Shauki. Saya akan tinggalkan syarikat ini. Saya

tak mahu bersubahat melakukan perkara yang terkutuk.”

“Sudah! Ikut apa yang saya arahkan. Kalau awak tak mahu buat,

berhenti kerja. Saya boleh cari orang lain.”

Musa pun mengambil keputusan nekad meninggalkan Syarikat

Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia lebih senang melihat Musa

berhenti kerja. Sebagai “boss” dia adalah raja. Segala perintahnya

mesti diturut. Tanpa mengira sama ada ia baik ataupun buruk. Dia lupa

pada ajaran agama Islam. Dalam perniagaan ada batasnya. Halal dan

haram. Namun begitu itu semua diketepikannya. Baginya untuk maju

dalam bidang perniagaan soal halal dan haram tidak perlu wujud. Yang

penting ialah memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.

12

Page 13: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Shauki juga bersifat zalim terhadap pekerja. Dia membuang

pekerja dengan sewenang-wenangnya.

“Apa salah saya, Encik Shauki?” soal Mansur yang bertugas

sebagai budak pejabat sebaik-baik sahaja menerima surat notis

berhenti kerja daripada Shauki.

“Saya tak perlu jawab soalan awak. Awak sepatutnya tanya diri

awak sendiri.”

“Awak memang jenis bengap. Semua kerja yang diberikan awak

tak boleh buat. Dahlah tu awak selalu saja ambil cuti sakit. Saya mahu

orang yang berguna dalam syarikat ni. Bukannya orang yang tak

berguna macam awak. Faham!!!” herdik Shauki.

“Saya bukannya suka-suka ambil cuti sakit. Kan saya dah

beritahu Encik Shauki. Saya memang ada masalah kesihatan.” Mansur

sebaliknya cuba membela diri.

Namun begitu tidak diendahkan sama sekali oleh Shauki. Dia

tetap dengan egonya yang tinggi melangit.

13

Page 14: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ah! Itu semua alasan awak. Dah saya katakana tadi. Orang

macam awak memang tak layak bekerja dengan syarikat ni. Ramai lagi

orang yang saya boleh ambil!”

“Encik Shauki tak kasihan ke dengan saya. Saya ada isteri dan

anak-anak. Macam mana saya nak sara hidup mereka.” Mansur terus

merayu.

“Kasihan! Itu bukan urusan saya. Awak carilah kerja lain!”

Mansur diam. Dia sedar siapa dirinya. Encik Shauki selaku

Pengarah Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. yang kini berada

jelas di depan matanya adalah ibarat durian. Manakala dia pula adalah

ibarat mentimun.

Isterinya dan Afian telah beberapa kali menasihatkannya agar

membuang sikapnya yang buruk itu. Namun begitu tidak

diendahkannya langsung. Tetapi dia lupa. Dia hidup di atas dunia ini

hanya sebagai manusia biasa. Walaupun hakikatnya dia dikenali

sebagai Pengarah Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Hanya Allah

SWT sahaja yang berkuasa.

14

Page 15: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Shauki menarik nafas yang panjang. Baru dia sedar kini. Inilah

padahnya bila terlalu menurutkan kata hati, bongkak, menzalimi orang

dan melakukan kemungkaran.

Sepanjang hari dia asyik termenung memikirkan untung

nasibnya bersama Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. yang

semakin malap.

15

Page 16: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

2

SEORANG TUA

Dia melemparkan pandangan yang tajam ke arah desiran ombak

yang tak putus-putus menghempas pantai. Buih-buih memutih

berapungan. Membasuh pasir dan batu-batu kecil di gigian. Pagi masih

muda lagi. Bola matahari bersinar indah terang-benderang. Bayu laut

bertiup lembut. Sungguh segar sekali. Pohon-pohon cemara yang

tumbuh di sekitar pantai meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Daun-daun

hijau mengeluarkan irama yang sungguh merdu apabila bergeseran di

antara satu sama lain.

Pantai Sinar Murni. Sudah seminggu dia berada di sini. Sebuah

kawasan peranginan yang terkenal. Dia sebenarnya mencari

ketenangan. Jawapan. Setiap masalah perlukan penyelesaian.

Laut yang membiru. Hidup manusia di atas muka bumi ciptaan

Allah SWT ini juga umpama laut. Pasang surut silih berganti. Penuh

suka dan duka. Dia akur dengan kenyataan itu. Memang sudah

ditentukan sejak dari azali lagi. Dia menarik nafas yang panjang sambil

membetulkan duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu.

16

Page 17: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara memberi salam.

Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti.

“Waalaikumsalam,” dia menjawab sambil memandang muka

orang tua itu.

“Maafkan, pak cik. Kerana mengganggu ketenangan anak.” Nada

suara orang tua itu tenggelam bersama deruan suara ombak.

“Oh, tidak mengapa. Pak cik. Silalah duduk,” dia membalas

senang sambil memandang tepat wajah orang tua itu dan mengukir

senyuman kecil.

“Terima kasih …,” ucap orang tua itu lembut.

“Anak seorang aje ke?” soal orang tua itu lagi.

“Ya, pak cik!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

“Maafkan, pak cik. Anak nampaknya sedang memikirkan sesuatu

yang amat berat.”

17

Page 18: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia berasa amat terkejut apabila mendengar kata-kata yang

keluar daripada mulut orang tua itu. Macam mana dia tahu semua ini?

Siapakah dia ini yang sebenarnya? Persoalan yang tak henti-henti

menendang benaknya.

“Benar, pak cik. Apa yang bersarang di kepala saya ini adalah

ibarat seketul batu besar,” jelasnya pula.

“Sudah menjadi lumrah hidup manusia. Masalah. Tidak

mengenal tua atau muda.”

“Bolehkah pak cik membantu saya?”

“Kalau anak tak keberatan. Ceritakanlah. Pak cik sedia

mendengarnya.”

“Saya sebenarnya sedang memikirkan Persatuan Ikhlas. Banyak

membantu masyarakat yang tidak berada. Pernah memenangi

Anugerah Cemerlang Persatuan. Tapi kini semuanya dah tak bererti

lagi bagi saya …,” terangnya dalam nada suara yang lemah.

“Apa puncanya?” tanya orang tua itu dengan penuh minat.

18

Page 19: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kuasa,” ucapnya pendek.

“Maksud, anak?”

“Saya adalah Pengerusi Persatuan. Ada yang nak menjatuhkan

saya dalam pemilihan jawatan Pengerusi yang akan diadakan pada

bulan depan.”

“Oh, begitu!” orang tua itu sebaliknya mengangguk-anggukkan

kepala apabila mendengar penjelasan yang diberikannya. Angin tiba-

tiba bertiup lemah. Pohon-pohon dan dedaunan cemara mengikut

rentak tiupan angin. Daun-daun kering berguguran menimpa butiran

pasir yang putih dan halus. Seolah-olah bersimpati dengan nasib yang

menimpa dirinya.

“Saya akur, pak cik. Sekiranya ahli-ahli persatuan mahukan

perubahan saya sedia berundur. Itu adalah hak mereka. Saya tak boleh

memaksa mereka agar terus menyokong saya. Tapi malangnya

pencabar saya menggunakan cara yang tak sepatutnya untuk

memenangi jawatan itu,” katanya lagi.

“Cara yang bagaimana anak maksudkan itu?”

19

Page 20: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Memfitnah dan menuduh saya yang bukan-bukan. Menaburkan

wang kepada ahli-ahli persatuan agar mengangkat dirinya sebagai

Pengerusi.”

“Sungguh dahsyat. Boleh pak cik tahu siapa pencabar anak itu?”

soal orang tua itu.

“Timbalan Pengerusi. Saya kecewa, pak cik. Saya dan dia sama-

sama mengasas dan berjuang membangunkan persatuan. Dia pernah

berjanji. Tidak akan mencabar saya demi perpaduan parti. Saya

menaruh penuh kepercayaan padanya …,” dia bersuara lemah. Suara

angin tidak kedengaran seperti hilang ditelan alam. Hampa. Itulah

yang membalut wajahnya.

“Anak tahu kenapa dia boleh berubah?”

“Entahlah, pak cik. Saya sendiri pun tak tahu. Saya sebenarnya

sayangkan persatuan. Kalau saya gagal mempertahankan jawatan

Pengerusi saya akan tetap setia dengan persatuan. Demi membela

nasib masyarakat yang kurang berada agar dapat menikmati taraf

hidup yang sempurna. Itulah matlamat sebenar saya dan dia

menubuhkan persatuan.”

20

Page 21: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mungkin dia mengejar nama selain daripada kuasa. Apabila

persatuan berjaya nama anak sebagai Pengerusi yang menjadi

sebutan. Itu firasat pak cik saja,” tambah orang tua itu.

“Bagi saya kejayaan yang dikecapi bukan milik saya seorang.

Tetapi adalah milik semua ahli persatuan. Tak tahulah saya kalau dia

beranggapan begitu.”

“Anak ikhlas dan jujur dalam perjuangan persatuan,” ujar orang

tua itu.

“Saya sebenarnya takut pada pujian, pak cik. Walaupun

persatuan di bawah pimpinan saya telah mencipta kejayaan. Kerana

bagi saya pujian itu silap-silap boleh memakan diri sendiri dan

menganggap kita lebih bagus daripada orang lain,” jawabnya.

“Ini adalah kenyataan yang lahir daripada pengamatan pak cik

terhadap anak dan bukannya paksaan. Anak bukannya berjuang untuk

kepentingan diri sendiri. Tetapi semata-mata untuk persatuan. Bagi

pak cik itu adalah sifat pemimpin yang sejati. Pak cik tahu. Anak dah

banyak berkorban masa dan tenaga demi persatuan.”

21

Page 22: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sekali lagi dia berasa terkejut. Orang tua ini tahu segala-galanya.

Memang benar. Persatuan sudah menjadi darah dagingnya.

Perjuangannya membela nasib masyarakat yang kurang berada

memang ada kaitan dengan latar belakang keluarganya yang lebih

banyak mengenal erti kesusahan daripada kemewahan. Semuanya ini

yang menyebabkan dia bersungguh-sungguh memastikan persatuan

mencapai matlamat penubuhannya.

“Mungkin sudah nasib saya, pak cik. Tak semestinya kebaikan

yang dicurahkan akan dibalas orang dengan kebaikan. Adaketikanya

saya berfikir lebih baik mengalah. Tapi saya sedar. Itu bukanlah jalan

yang terbaik buat seorang pemimpin.”

“Pak cik menyokong keputusan yang anak ambil itu. Dalam

hidup ini biar kita mengalah asalkan jangan kalah.”

“Menarik sekali kata-kata pak cik itu.”

“Tuhan sedang menguji anak sebagai seorang pemimpin. Anak

berada di pihak yang benar. Berdoalah sentiasa agar diberikan

kekuatan dan semangat untuk terus berjuang demi persatuan. Insya-

Allah. Tuhan akan memberi anak kemenangan,” nasihat orang tua itu

sambil memegang bahunya. Dia sebaliknya diam sambil memandang

22

Page 23: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

wajah orang tua itu. Angin yang bertiup dari arah laut tiba-tiba

bertukar menjadi kencang. Seperti memberi keazaman kepadanya

agar terus hidup dan mati bersama persatuan. Dia akan tetap

bertanding dengan cara yang bersih untuk mempertahankan

jawatannya. Menang atau kalah biarlah di tangan ahli persatuan.

“Baiklah, nak. Pak cik nak pergi.” Orang tua itu kemudiannya

bingkas bangun sambil menghulurkan tangan dan bersalaman

dengannya.

“Pak cik ni siapa sebenarnya?” dia menyoal.

“Macam anak jugak. Hamba Allah yang hidup di muka bumi ini,”

balas orang tua itu. Sekali lagi dia diam. Wajah orang tua itu

direnungnya dalam-dalam.

“Izinkan pak cik pergi. Semoga kita akan berjumpa lagi.

Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam, pak cik.”

23

Page 24: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Orang tua itu lalu meninggalkannya dan lama-kelamaan hilang

daripada pandangan matanya. Siapakah sebenarnya orang tua ini?

Persoalan yang tak henti-henti menendang benaknya.

24

Page 25: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

3

PAK LONG

Kota Warisan. Keputusan telah dibuat. Akan dirobohkan demi

pembangunan. Maka hilanglah khazanah bersejarah yang tinggi

nilainya. Tak mungkin dapat dicari ganti peninggalan yang berusia

ratusan tahun ini.

Pak Long sayang akan Kota Warisan. Lebih daripada segala-

galanya. Hiba dan sedih hati Pak Long. Bila mendengar Kota Warisan

akan dirobohkan. Kota Warisan yang terletak berhampiran dengan

pangkalan akan digantikan dengan resort yang mampu menarik

pelancong.

Berbanding dengan Kota Warisan. Hanya tinggal tembok dengan

susunan batu yang separuh daripadanya telah runtuh akibat hakisan

dan peredaran zaman. Pak Long masih ingat lagi cerita arwah

datuknya. Kota Warisan adalah lambang pemerintahan beraja.

Dilengkapi dengan istana, kolah, perigi dan parit yang digali sedalam 2

kaki untuk menghindari serangan musuh.

25

Page 26: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Di bahagian hadapan terdapat pintu gerbang. Dikawal oleh

hulubalang sepanjang masa. Manakala di bahagian belakang pula

adalah jalan menuju ke laut. Raja yang bersemayam di Kota Warisan

gemar berlayar.

Kota Warisan runtuh akibat perang saudara. Puncanya ialah

irihati dan tamakkan kuasa. Ada pembesar yang telah belot. Diumpan

oleh musuh dengan wang emas. Rahsia kekuatan Kota Warisan lalu

dibuka. Raja dan pengikut-pengikutnya yang setia lalu melarikan diri.

Tempatnya tidak diketahui. Raja dikatakan menyamar diri sebagai

rakyat biasa kerana takut diburu.

Kota Warisan bukan sahaja peninggalan bersejarah. Lambang

keunikan senibina dan tamadun bangsa Melayu. Pak Long gemar

bercerita tentang Kota Warisan kepada anak dan cucunya. Tetapi

mereka seperti tidak berminat untuk mendengarnya. Pak Long

kecewa. Jawapan mereka itu adalah cerita lama. Sekarang adalah

dunia moden.

Pak Long tak putus asa. Diceritakannya moyang mereka adalah

hulubalang Kota Warisan. Gagah perkasa. Sangat setia kepada raja.

Rela berkorban apa saja. Menurut cerita yang didengar oleh Pak Long

dari datuknya.

26

Page 27: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Harapan Pak Long cuma satu. Bukan untuk berasa megah atau

berbangga. Pak Long mahu mereka mencontohi moyang. Bukan

setakat demi raja sahaja. Agama, bangsa dan negara. Dunia hari ini

banyak cabaran. Silap-silap akan dijajah semula. Pak Long pernah

merasainya. Azab dan sengsara. Zaman British dan Jepun. Pak Long

masih lagi terbayang-bayang di ingatan. Walaupun usianya hampir

meniti separuh abad.

Generasi merdeka hari ini harus mengambil iktibar. Sejarah

adalah teladan. Pak Long tekan sedalam-dalamnya kepada anak dan

cucu. Namun begitu jawapannya tetap sama. Zaman Pak Long sudah

berlalu. Ini zaman mereka.

Pak Long tetap nekad. Walaupun keseorangan tetap akan

memastikan Kota Warisan mendapat pembelaan. Pak Long merenung

laut membiru dalam-dalam. Tenang. Sayup-sayup kedengaran suara

ombak memecah pantai. Buih-buih memutih berapungan di gigian.

Bayu laut bertiup segar. Dingin terasa menyapu kulit Pak Long yang

telah tua itu. Pepohonan rendang yang terdapat di sekitar pangkalan

meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Mengikut rentak tiupan lembut bayu laut.

Pak Long dapat membayangkan keadaan zaman dahulu sewaktu

kegemilangan pemerintahan raja Kota Warisan. Sibuk dengan

27

Page 28: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pedagang-pedagang luar. Cukai di pangkalan dikutip oleh pembesar

yang telah diperintahkan. Kota Warisan terkenal dengan kekayaan.

Masyhur namanya di serata negeri.

Datuk Pak Long juga bercerita akan kehebatan Panglima Muda.

Dilantik oleh raja sebagai panglima kanan istana. Mengikut raja ke

mana sahaja pergi. Kehebatannya terkenal dengan menghapuskan

lanun. Panglima Muda memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan handal

bermain senjata. Sukar ditandingi musuh. Mudah membaca helah dan

tipu daya. Bukan calang-calang orangnya.

Panglima Muda dikatakan berguru di Tanah Seberang. Guru yang

mengajarnya juga hebat orangnya. Menghabiskan seluruh hidupnya

dengan beramal ibadat kepada Tuhan. Panglima Muda telah

dihadiahkan oleh gurunya sebilah keris. Selagi dia memakai keris itu

Kota Warisan dilindungi daripada ancaman musuh.

Dengan renungan tajam bersama makna yang penuh tersirat Pak

Long kemudiannya melemparkan pandangan ke arah Kota Warisan

yang nampak tersergam indah di atas puncak bukit. Biarpun usianya

telah melewati ratusan tahun. Ditariknya nafas panjang. Kota Warisan

adalah sebahagian daripada hidupnya. Pak Long seolah-olah tidak

boleh hidup tanpa Kota Warisan. Walaupun sehari cuma.

28

Page 29: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Di kaki langit bola matahari kian meninggi. Cahayanya menyinari

seluruh alam semesta. Sepertimana harapan Pak Long. Agar Kota

Warisan terus hidup subur buat selama-lamanya.

Pemaju tidak mempunyai rasa cinta terhadap warisan sejarah.

Demi keuntungan semata-mata sanggup membunuh Kota Warisan.

Apakah Kota Warisan akan menerima nasib yang sama seperti Kota

Melaka yang dibina oleh Portugis sewaktu menakluk pada tahun 1511?

Persoalan yang mengetuk fikiran Pak Long. Hari ini sebahagian sahaja

Kota Melaka yang tinggal akibat diletupkan oleh Inggeris. Generasi hari

ini tidak dapat menatap peninggalan bersejarah yang lebih berharga

daripada emas dan permata. Pak Long tidak mahu ibarat kematian

tanpa nisan terjadi pada Kota Warisan.

Musnah …! Itulah yang mampu digambarkan oleh Pak Long.

Generasi akan datang tidak akan dapat melihat Kota Warisan. Pak

Long pernah meminta agar penduduk kampung bersatu

mempertahankan Kota Warisan. Sepertimana yang dilakukan oleh

Panglima Muda dan moyangnya. Malangnya dia hanya bertepuk

sebelah tangan sahaja.

Amat memedihkan jawapan yang diterima. Seperti ditikam

sembilu rasanya. Hampir menitis air mata orang tua itu. Sedih. Kata

29

Page 30: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

mereka Kota Warisan tidak berguna lagi. Lebih baik dirobohkan. Bina

resort mewah untungnya besar pada kampung ini.

Serta-merta langit yang cerah bertukar menjadi mendung. Hujan

pun turun membasahi Kota Warisan. Seolah-olah bersimpati dengan

Pak Long. Akur dan bersabar. Sudah menjadi lumrah hidup manusia.

Yang baik susah diterima. Yang buruk senang diterima.

Tak ubah seperti seorang pejuang. Berkorban demi agama,

bangsa dan tanah air tercinta. Begitu jugalah halnya dengan Pak Long.

Berjuang bermati-matian. Sehingga ke titisan darah yang penghabisan.

Demi untuk Kota Warisan.

Jauh panggang dari api. Pak Long tidak mengejar nama. Apatah

lagi minta jasa dikenang. Cukuplah dengan sekadar apabila dia

menutup mata nanti buat selama-lamanya Kota Warisan ditatapi oleh

cucu cicitnya. Sayang Pak Long pada Kota Warisan tak ubah seperti

menatang minyak yang penuh. Pak Long sanggup berpanas dan

berhujan menebas semak samun yang terdapat di kawasan

persekitaran Kota Warisan.

Entah dari mana datangnya semangat. Entah dari mana

datangnya kekuatan. Sukar untuk mempercayai kudrat Pak Long yang

tak sepadan dengan usianya mampu menjadikan kawasan

30

Page 31: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

persekitaran Kota Warisan terang dan bersih. Seperti baru dibuka. Niat

suci Pak Long ini malangnya disalahertikan oleh penduduk kampung.

Mereka menganggap Pak Long sudah hilang akal dan membuat

kerja sia-sia. Begitu juga dengan isteri dan anak-anak. Marah dengan

tindakan Pak Long itu. Malu! Heboh satu kampung. Tapi Pak Long tak

peduli itu semua. Tidak mahu mencari musuh dengan membalas

tohmahan yang dilemparkan. Berpegang teguh pada hidup dalam

kampung adalah mengutamakan silaturrahim dan bermuafakat.

Lagipun Islam melarang umatnya bersengketa sesama sendiri.

Semangatnya tidak luntur. Sama seperti yang dimiliki oleh moyangnya

sewaktu menjadi hulubalang Kota Warisan dulu.

Kota Warisan tak pernah sunyi dengan pelawat, penyelidik dan

pelajar tanpa mengira peringkat menengah atau universiti yang

terlibat dengan bidang sejarah. Adakalanya Pak Long menjadi

pemandu pelancong memberikan penerangan. Ada ketikanya Pak Long

menjadi pemberi maklumat membantu kajian. Pak Long merasa

sungguh seronok. Soal bayaran Pak Long tak kisah langsung. Asalkan

mereka mendengar cerita Kota Warisan.

Pak Long bukannya tak suka pembangunan. Sesuatu yang baik

tak seharusnya ditolak. Untuk dinikmati bersama dengan penduduk

kampung. Pak Long sedar. Zaman dahulu dengan zaman sekarang

31

Page 32: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

jauh berbeza. Zaman mudanya dengan zaman tua yang dilaluinya hari

ini umpama langit dan bumi. Dituntut agar berfikiran terbuka.

Cuma Pak Long tak mahu Kota Warisan menjadi mangsa

keadaan itu. Kalau boleh biarlah pemaju membuat resot mewah

berjauhan dari Kota Warisan. Rayu Pak Long pada pemaju dari kota

besar itu. Namun ditolak mentah-mentah. Alasan pemaju Kota Warisan

adalah tempat yang strategik untuk didirikan resot mewah.

Kedudukannya mengadap ke arah laut. Tempat yang strategik akan

menjadi tumpuan pelancong. Mereka telah membuat kajian.

Pemaju mengingatkan Pak Long. Kota Warisan bukan miliknya.

Jangan ganggu perancangan yang telah mereka atur. Darah

hulubalang yang diwarisi dari moyangnya lantas mengalir apabila

mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh pemaju yang tidak

menghargai akan kepentingan nilai sejarah sebagai harta pusaka bagi

generasi yang akan datang. Demi Kota Warisan. Pak Long menentang

habis-habisan.

Pak Long turut diberi amaran oleh pemaju. Akan melaporkan

kepada pihak berkuasa kerana mengganggu projek mereka. Namun

begitu rasa gentar tidak ada dalam dirinya. Kebenaran. Itulah yang

32

Page 33: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

ingin ditegaknya. Bukan sahaja tidak mahu kampung ini kehilangan

warisan bersejarah tetapi juga pada negara.

Hari-hari silih berganti. Pak Long tetap setia dengan Kota

Warisan. Selagi dia masih bernafas di atas muka bumi ini selagi itulah

dia akan berjuang. Memastikan Kota Warisan tidak tumbang

menyembah bumi. Kekal buat selama-lamanya!

4

33

Page 34: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

HULUBALANG JIWA

Kisah Hulubalang Jiwa. Gagah perkasa orangnya. Sangat setia

kepada raja. Suatu hari mendapat perintah. Meminang Puteri Bunga.

Kecantikannya tidak terperi. Serata negeri tiada tandingan.

“Segeralah berangkat, anakanda. Jalankanlah titah raja. Berapa

ramai pengiring yang anakanda perlukan?” kata Datuk Paduka

Bendahara.

“Tak usahlah dikirim ramai utusan, ayahanda. Biarlah anakanda

seorang sahaja melaksanakan titah raja ini,” katanya.

“Anakanda. Untuk sampai ke Negeri Taman Seri bukannya

mudah. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi.

Ayahanda khuatir. Hajat raja tak sampai,” nasihat Datuk Paduka

Bendahara. Dia sudah menganggap Hulubalang Jiwa seperti anak

sendiri.

“Usahlah ayahanda bimbang. Ayahanda doakanlah anakanda

dapat membawa pulang Puteri Bunga. Untuk dipersembahkan kepada

raja,” dia sebaliknya membalas.

34

Page 35: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Setelah semuanya siap maka Hulubalang Jiwa pun berangkatlah

ke Negeri Taman Seri. Seperti yang diduga. Hulubalang Jiwa

menempuhi pelbagai halangan dan rintangan. Ancaman perompak.

Hulubalang Jiwa bukan calang-calang orangnya. Memiliki ilmu

persilatan tinggi. Handal bermain senjata. Kesemua perompak dapat

ditewaskannya.

Rupanya semua ini telah diatur oleh Datuk Gagak. Cemburu dan

irihati dengan Hulubalang Jiwa. Dipilih oleh raja untuk meminang Puteri

Bunga yang cantik rupawan.

“Cis! Dia seorang pun tak boleh dikalahkan!” bentaknya dalam

suara yang lantang dan berwajah bengis.

“Dia memang hebat ….”

“Ah! Tambah lagi orang-orang kita. Hulubalang Jiwa mesti

dihapuskan!”

“Baik, Datuk!”

35

Page 36: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Demikianlah jahatnya Datuk Gagak. Apabila Hulubalang Jiwa

mati nanti sudah tentu raja akan memerintahkan dia untuk pergi

meminang Puteri Bunga. Sudah tentu dia akan mendapat kurnia

apabila raja berjaya memperisterikan Puteri Bunga.

Hulubalang Jiwa selamat tiba di Negeri Taman Seri. Peminangan

raja telah diterima. Raja Negeri Taman Seri pun mengadakan majlis

keramaian untuk meraikan Hulubalang Jiwa.

“Siapa nama hulubalang dari Negeri Kembang Hayat tu, mak

inang?” tanya Puteri Bunga.

“Jiwa, tuan puteri,” dia menjawab.

“Jiwa! Sedap namanya. Kena dengan orangnya. Tampan dan

gagah,” Puteri Bunga sebaliknya membalas.

Mak Inang tertawa kecil apabila mendengar kata-kata Puteri

Bunga itu. Keasyikan. Melanda jiwa Puteri Bunga. Apabila terpandang

paras wajah Hulubalang Jiwa. Dalam majlis keramaian yang turut

dihadiri oleh pembesar dan rakyat jelata.

Raja turut mempelawa Hulubalang Jiwa tinggal beberapa hari di

Negeri Taman Seri sebagai tetamu. Hulubalang Jiwa menerima

36

Page 37: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pelawaan raja itu dengan senang hati. Namun begitu kehadirannya

sebagai tetamu raja itu tidak disenangi oleh Datuk Lang Hitam. Salah

seorang pembesar istana.

Datuk Lang Hitam lalu mempengaruhi raja. Dengan mengatakan

kedatangan Hulubalang Jiwa bukan semata-mata untuk meminang

Puteri Bunga. Tetapi sebenarnya adalah berniat jahat. Raja tidak

termakan dengan fitnah Datuk Lang Hitam itu. Raja sebaliknya

menasihatkan Datuk Lang Hitam agar tidak membuat tuduhan melulu.

Buruk padahnya nanti. Datuk Lang Hitam benar-benar merasa kecewa

dan marah. Rancangannya tidak menjadi.

“Aku betul-betul benci dengan hulubalang dari Negeri Kembang

Hayat tu!” luah Datuk Lang Hitam. Dengan rasa penuh geram.

“Hamba pun begitu, datuk. Baru sekali datang kemari. Senang-

senang sahaja dia diterima sebagai tetamu negeri. Kita mesti cari

jalan. Kita mesti usir dia!” sokong Bara. Orang kanan Datuk Lang

Hitam.

“Tak semudah itu, Bara. Dia telah menjadi orang kesayangan

raja. Padahal dia orang luar. Aku dah atur rancangan!” katanya.

“Rancangan apa, Datuk?” soal Bara pula dengan penuh minat.

37

Page 38: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Begini. Kita mesti hapuskan hulubalang tu dalam perjalanan

pulang membawa Puteri Bunga ke Negeri Kembang Hayat. Kita mesti

culik Puteri Bunga dan jadikan tebusan. Kita paksa raja serahkan

takhta. Kalau tidak kita akan bunuh Puteri Bunga. Aku yakin. Raja akan

tunduk pada kemahuan kita. Kerana sayang akan puteri tunggalnya

itu.” Dia menerangkan panjang lebar akan rancangan jahatnya itu.

“Datuk akan jadi Raja Negeri Taman Seri,” Bara menambah.

“Ya!” dia membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala. Dia

kemudiannya lalu ketawa terbahak-bahak. Penuh yakin. Rancangan

jahat yang diaturnya itu akan berjaya.

Hulubalang Jiwa dapat merasakan cabaran dan rintangan yang

terpaksa dihadapinya nanti apabila membawa pulang Puteri Bunga ke

Negeri Kembang Hayat. Setelah beberapa hari tinggal di Negeri Taman

Seri maka tibalah masanya Hulubalang Jiwa berangkat balik. Bersama

dengan Puteri Bunga. Raja telah memerintahkan beberapa orang

pahlawan untuk mengiringi Puteri Bunga dan Hulubalang Jiwa. Namun

begitu Hulubalang Jiwa mengatakan tidak perlu pahlawan pengiring.

Dia memberi jaminan kepada raja akan melindungi Puteri Bunga dan

selamat sampai ke Negeri Kembang Hayat.

38

Page 39: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dalam perjalanan seperti yang diduga. Hulubalang Jiwa dan

Puteri Bunga telah menerima ancaman daripada Datuk Lang Hitam

dan orang-orangnya.

“Datuk Lang Hitam?” Puteri Bunga merasa sungguh terkejut.

“Ya! Apa khabar, tuan puteri? Dan kau hulubalang dari Negeri

Kembang Hayat. Serahkan Puteri Bunga. Jangan mengundang maut!”

Datuk Lang Hitam mengugut sambil meninggikan suara.

“Ah! Tidak, datuk. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai

ke pangkal lengan!” dia sebaliknya membalas dengan berani. Kedua-

dua biji matanya tajam memandang Datuk Lang Hitam yang bermisai

lentik dan berwajah garang itu.

“Sungguh tak disangka. Tergamak datuk buat begini. Apa salah

hamba?” kata Puteri Bunga pula dalam nada suara yang cemas. Dia

benar-benar ketakutan sambil memegang erat tangan Hulubalang

Jiwa.

“Ah! Tamatkan riwayat hulubalang ini!” arah Datuk Lang Hitam

pada orang-orangnya.

39

Page 40: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tenang, tuan puteri. Kalau orang dah menjual. Hamba sedia

membeli,” ucap Hulubalang Jiwa sambil menghunus senjata. Dengan

pantas Puteri Bunga melepaskan pegangan tangan dan berundur ke

belakang. Pertarungan antara Hulubalang Jiwa dengan orang-orang

Datuk Lang Hitam pun berlaku. Kesemua mereka tewas dengan mudah

di tangan Hulubalang Jiwa. Termasuk Bara. Kemarahan Datuk Lang

Hitam kian memuncak.

“Cis! Kau akan bertemu buku dengan ruas. Ini Datuk Lang Hitam.

Bersedialah. Ajal kau dah tiba!” katanya dengan rasa penuh bongkak.

Ternyata Datuk Lang Hitam memiliki ilmu kependekaran yang

tinggi. Namun begitu Hulubalang Jiwa dapat membaca gerak-gerinya.

Pertarungan antara Hulubalang Jiwa dengan Datuk Lang Hitam berlaku

dengan amat sengit. Akhirnya Datuk Lang Hitam menemui ajal juga di

tangan Hulubalang Jiwa. Demikianlah balasannya buat si penderhaka.

“Syukurlah, tuan puteri. Musuh-musuh ini dapat ditewaskan. Ada

lagi cubaan yang perlu kita tempuhi. Berdoalah. Semoga kita selamat

sampai ke Negeri Kembang Hayat,” ucapnya.

Puteri Bunga hanya mengangguk-angguk diam apabila

mendengar kata-kata Hulubalang Jiwa itu. Mereka pun meneruskan

40

Page 41: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

semula perjalanan. Tekaan Hulubalang Jiwa memang tepat sekali. Kali

ini rintangan datang daripada orang-orang Datuk Gagak pula. Mereka

menerima nasib yang sama seperti Datuk Lang Hitam dan orang-

orangnya.

“Sungguh hebat, tuan hamba. Seumur hidup hamba. Tak pernah

hamba temui. Orang segagah tuan hamba,” puji Puteri Bunga.

“Hamba tak minta pujian. Sudah menjadi kewajipan hamba.

Untuk memastikan tuan puteri selamat. Dan seterusnya

dipersembahkan kepada raja,” dia menjawab.

Setelah penat berjalan Hulubalang Jiwa dan Puteri Bunga pun

berhenti rehat. Cuaca kelihatan cerah. Di kaki langit bola matahari kian

meninggi. Jalur-jalur cahayanya kelihatan lurus menyinari seluruh alam

semesta. Angin bertiup lembut. Dedaun hijau dan pohon-pohon bagai

menari-nari. Mengikut rentak alunan angin.

Sayup-sayup kedengaran bunyi air sungai mengalir. Iramanya

sungguh mengasyikkan jiwa pabila didengar. Kicauan burung dan

unggas jelas kedengaran. Menjadi nyanyian alam semesta. Dari jauh

kelihatan banjaran gunung berdiri megah.

41

Page 42: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Puteri Bunga memandang wajah Hulubalang Jiwa. Pandangannya

itu sudah cukup menggambarkan anak raja Negeri Taman Seri itu ada

maksud tersirat yang hendak disampaikan. Ayu wajahnya. Laksana

rembulan yang menyinari di malam hari. Kulit putih berseri. Ditambah

kejelitaan dengan rambut yang bersanggul bersama kain selendang

yang menutupi kepala. Hati mana yang tak tertawan. Apakah ini

dugaan? Bisik hati kecil hulubalang Negeri Kembang Hayat itu.

“Tuan hamba. Maafkan hamba sekiranya bertanya. Itu pun kalau

tidak keberatan tuan hamba menjawabnya.” Dia memulakan bicara.

Lembut suaranya ditelan alunan desiran angin yang bertiup lemah

gemalai.

Hulubalang Jiwa sebaliknya tidak pantas menjawab pertanyaan

yang dilontarkan oleh Puteri Bunga itu. Ditariknya nafas dalam-dalam.

“Silakan, tuan puteri. Walau seberat batu pun. Hamba tidak akan

hampakan,” dia bersuara tenang.

“Tuan hamba sudah punya kekasih hati?” soal Puteri Bunga.

Hamba tak punya kekasih hati,” dia menjawab.

42

Page 43: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Berkata benarlah wahai tuan hamba. Orang yang tampan dan

gagah seperti tuan hamba ini. Sentiasa mendapat tempat di hati setiap

dara seperti hamba,” dia mendesak.

“Namanya untuk berdusta. Tidak sekali-kali. Ada dalam diri

hamba, tuan puteri!” dia membalas sambil menggeleng-gelengkan

kepala.

“Hamba tak percaya. Sebagai seorang teruna. Takkan tuan

hamba tak punya perasaan. Jatuh hati pada seorang dara.” Ternyata

dia masih lagi belum berpuashati. Dengan jawapan yang diberikan

oleh Hulubalang Jiwa itu.

Angin yang tadinya bertiup lembut tiba-tiba bertukar rentak.

Menjadi kencang dari arah pergunungan. Kelihatan cantik mengusapi

wajah Puteri Bunga.

“Cinta hamba hanya pada raja, agama, bangsa dan negeri saja,”

ujar Hulubalang Jiwa pula.

“Sebenarnya hamba ingin berterus terang pada tuan hamba,”

kata Puteri Bunga.

43

Page 44: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Berterus terang? Apa maksud, tuan puteri? Tak sabar rasa

hamba untuk mendengarnya,” dia sebaliknya membalas.

“Sebenarnya …. Hamba ….” Nada suara Puteri Bunga terputus-

putus sambil tertunduk malu.

“Katakanlah wahai tuan puteri. Akan hajat hati yang hendak

disampaikan,” ulangnya lagi.

Perlahan-lahan Puteri Bunga mengangkat muka. Hulubalang Jiwa

nampak tenang menanti apa yang bakal diluahkan oleh anak Raja

Negeri Taman Seri itu. Mereka pun bertentang mata. Sebagai teruna

dan dara masing-masing dapat merasakan getaran yang hebat

menggoncang perasaan.

“Hamba jatuh hati pada tuan hamba …,” lafaz Puteri Bunga

bersama lembut tiupan angin dan bunyi air sungai mengalir.

Kata-kata yang diucapkan oleh Puteri Bunga itu benar-benar

memeranjatkan Hulubalang Jiwa.

Memang benar sangkaannya. Perkara ini akan berlaku. Oh,

Tuhan! Apakah ini dugaan yang harus aku lalui? Puteri Bunga bukan

milikku. Dia adalah milik raja. Aku tak tergamak untuk mengkhianati

44

Page 45: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

raja. Seluruh kesetiaanku hanyalah untuk dia sahaja. Kalau raja

berkehendakkan aku hidup. Maka hiduplah aku. Sebaliknya kalau raja

berkehendakkan aku mati. Maka matilah aku. Getus hati kecil

Hulubalang Jiwa.

“Maafkan hamba. Hamba tak boleh menerima cinta tuan puteri,”

dia menjawab.

“Hamba sungguh cintakan tuan hamba. Bawalah hamba pergi ke

mana sahaja. Hamba rela,” Puteri Bunga merayu.

“Tak boleh, tuan puteri!” dia membantah sekeras-kerasnya

sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Tuan hamba …!” Puteri Bunga pantas mencelah. Kekecewaan.

Jelas terpancar di wajahnya yang ayu itu. Serentak dengan itu juga

bola matanya digenangi titis-titis air jernih. Umpama hujan yang turun

dari langit. Membasahi bumi.

Alam tiba-tiba bertukar menjadi sepi. Seolah-olah meratapi

sebuah kematian. Suara angin dan desiran air sungai mengalir

berbunyi lemah. Tak bermaya untuk meneruskan hidup. Dedaunan

hijau berguguran di atas tanah. Pepohonan meliuk-liuk ke kiri dan

45

Page 46: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kanan dalam rentak lemah-gemalai. Kicauan burung dan unggas tidak

kedengaran.

Cuaca yang tadinya cerah lalu bertukar menjadi redup. Mendung

hitam perlahan-lahan berarak di kaki langit. Menutupi bola matahari.

Seperti turut bersimpati dengan Puteri Bunga. Rupanya dia hanya

bertepuk sebelah tangan sahaja.

“Tergamak, tuan hamba …. Melukakan hati hamba ….” Puteri

Bunga menangis teresak-esak.

“Sekali lagi hamba minta maaf, tuan puteri. Tugas hamba ialah

untuk mempersembahkan tuan puteri kepada raja. Bukannya berkasih

dengan tuan puteri. Berkasih dengan tuan puteri. Bererti hamba telah

menderhaka,” jelas Hulubalang Jiwa pula.

Puteri Bunga lalu tertunduk diam. Titis-titis air matanya umpama

kilauan mutiara di dasar lautan. Semakin banyak berguguran

membasahi pipinya yang lembut itu. Kemudian perlahan-lahan jatuh

membasahi tanah. Kesedihan. Benar-benar membalut jiwanya.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan maka Hulubalang Jiwa

dan Puteri Bunga pun selamat tiba di Negeri Kembang Hayat. Raja

46

Page 47: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berasa amat gembira kerana peminangannya telah diterima. Niat jahat

Datuk Gagak telah diketahui oleh raja. Dia telah diperintahkan

ditangkap dan dipenjara seumur hidup. Pembesar dan rakyat jelata

sekalian lalu membuat persiapan melangsungkan perkahwinan raja

dengan Puteri Bunga. Di atas jasa Hulubalang Jiwa itu raja telah

berkenan mengurniakannya gelaran Datuk.

5

HIDAYAT

47

Page 48: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dari jendela kaca yang berpeluh akibat kesejukan alat penghawa

dingin dia melontarkan pandangan jauh ke arah bangunan-bangunan

yang tinggi mencakar langit. Bola mentari kian meninggi. Jalur-jalur

cahaya yang lurus jelas kelihatan menyinari seluruh bandaraya.

Lamunannya yang jauh melayang itu terhenti seketika apabila

kedengaran daun pintu ditarik. Dia pantas menoleh ke belakang.

Zamri. Rakan kongsinya dalam Syarikat Mawar Holdings Sdn. Bhd. Dia

mengukir senyuman lebar dan pantas melabuhkan punggung di atas

kerusi.

Salim sebaliknya menarik nafas panjang dan memalingkan muka

kembali ke arah jendela kaca.

“Apa yang kau fikirkan tu, Lim? Projek ni untungnya besar. Ingat.

Bukan mudah kita nak dapat?” kata Zamri.

Dia diam. Kedua-dua biji matanya seakan-akan lekat

memandang bangunan-bangunan tinggi yang memenuhi seluruh ruang

kota. Semenjak mimpi bertemu dengan lelaki tua yang berjanggut,

berserban dan berjubah putih malam tadi dia benar-benar jadi tidak

menentu dan takut.

48

Page 49: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ingat, nak. Tuhan menyeru umatnya agar mencari rezeki

dengan cara yang halal dan bukannya dengan cara yang haram.” Kata-

kata itu terngiang-ngiang segar di telinganya. Masih jelas di

ingatannya akan wajah lelaki tua itu yang bersih dan bersinar-sinar

seperti cahaya yang menerangi seluruh alam. Siapakah lelaki ini?

Mengapa dia datang berjumpa dengan aku? Persoalan yang tak henti-

henti menendang benaknya sejak dia keluar dari rumah pagi tadi.

Kedengaran bunyi pintu diketuk. Salim memalingkan muka ke arah

pintu yang dicat dengan warna biru air laut itu.

“Masuk …!” ucapnya dalam nada suara yang lembut. Wati

muncul sambil membawa fail yang berwarna hitam.

“Encik Zamri …,” tegurnya lembut sambil mengukir senyuman

kecil dan menundukkan kepala. Zamri sebaliknya membalas dengan

mengangguk diam. Salim lalu beralih berdiri di sisi meja.

“Ini dia fail yang Encik Salim minta,” katanya sambil perlahan-

lahan meletakkan di atas meja.

“Baiklah. Terima kasih,” dia menjawab sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

49

Page 50: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ada apalagi, Encik Salim?” tanya Wati yang sudah tiga tahun

menjadi Setiausaha Syarikat Mawar Holdings Sdn. Bhd.

“Itu sahaja,” ujarnya pendek.

“Encik Zamri?” soal Wati pula sambil mengalihkan pandangan

pula ke arah Zamri yang duduk tegak di atas kerusi.

“Kalau ada apa-apa nanti saya panggil.”

“Baiklah, Encik Salim, Encik Zamri. Saya pergi dulu.”

“OK!” Salim mengangguk-anggukkan kepala.

Salim pantas duduk di atas kerusi dan memandang tepat wajah

rakan kongsinya itu.

“Macam mana?” Zamri mengangkat kepala.

“Entahlah, Ri …. Aku takut …,” rengusnya.

“Hei, kenapa dengan kau ni, hah? Dulu kau tak macam ni. Kau

jugak yang cakap. Dalam business apa pun sanggup. Asalkan untung

50

Page 51: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berlipat ganda. Come man. What’s wrong with you?” Zamri pantas

memotong sambil tertawa kecil.

“Malam tadi aku bermimpi dengan seorang lelaki tua. Dia kata

selama ini kita menjalankan pekerjaan dengan cara yang salah,” jelas

Salim.

Zamri sebaliknya ketawa terbahak-bahak apabila mendengar

kata-kata yang keluar daripada mulut rakan kongsinya itu.

“Ri, aku serius. Bukan main-main. Apa yang dia cakap tu betul.”

Nada suara Salim tenggelam bersama deruan alat penghawa dingin

yang mengepung seluruh ruang bilik yang dicat dengan warna merah

jambu itu.

“OK! OK!” Zamri menjawab sebaik-baik sahaja ketawanya reda.

“Kau percaya pada mimpi?” katanya lagi sambil melemparkan

pandangan yang dalam ke arah Salim.

“Entahlah. Kau pulak macam mana?”

“Kalau aku senang aje, Lim. Mimpi adalah mainan tidur. Tulah

kau. Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Hah, tengok. Apa dah jadi?

51

Page 52: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sudah lupakan perkara tu. Projek tu lebih penting daripada orang tua

tu,” ujar Zamri pula dengan panjang lebar.

Salim sebaliknya memilih untuk berdiam diri. Dia membetulkan

duduk dan menengadah ke siling. Wajah orang tua itu masih lagi jelas

bermain di ruang matanya walaupun bertemu di alam mimpi. Zamri

tidak berkelip-kelip memandang gelagat rakan kongsinya yang tiba-

tiba berubah itu.

“Lim. Aku rasa fikiran kau terganggu kerana memikirkan

persaingan untuk mendapatkan projek tu. Tapi aku yakin. Syarikat kita

pasti berjaya. Pegawai yang meluluskan projek tu dah berjanji akan

beri kita dengan syarat wang sogokan yang lumayan,” yakin Zamri.

“Itu cara yang salah, Ri. Rasuah adalah perbuatan yang keji dan

salah di sisi undang-undang!” Salim membantah sekeras-kerasnya.

“Sejak bila pulak kau benci rasuah ni. Selama ni kau jugak yang

memberi wang sogokan mendapat tender. Aku pelik betul dengan kau

ni. Macam ni ajelah, Lim. Aku tak nak bertekak dengan kau. Silap-silap

aku boleh putus rakan kongsi. Aku harap kau jangan ubah pendirian.

Walau apa cara sekalipun projek tu mesti berada dalam genggaman

kita. OK!” Zamri sebaliknya membalas dan bingkas bangun. Dia terus

52

Page 53: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

melayan fikirannya. Malam itu dia bermimpi bertemu lagi dengan lelaki

tua itu.

“Hidup anak dipenuhi dengan kemewahan. Tapi sayang. Segala

kemewahan yang anak kecapi ini adalah hasil yang kotor dan

menjijikkan.”

“Siapakah, Tuan …. Yang sebenar ni …? Di manakah saya

sekarang …. Kenapa tempat ni gelap …? Macam dalam gua …,”

katanya dengan penuh gementar bersama dengan nafas yang

tercungap-cungap dan badan berpeluh-peluh.

“Anak dah jauh terpesong. Anak mesti diselamatkan sebelum

terlambat,” jawab orang itu dengan wajah yang bersinar-sinar seperti

cahaya.

“Apa maksud Tuan, ni? Saya benar-benar tak faham …!” Salim

sebaliknya menggeleng-gelengkan kepala.

“Semua orang kenal anak. Seorang ahli perniagaan yang

berjaya. Malangnya menzalimi diri sendiri,” tegas orang tua itu pula.

“Apa? Saya zalim pada diri sendiri. Tolonglah, tuan. Janganlah

kusutkan fikiran saya ni. Masuk ni dah dua kali saya bertemu dengan

53

Page 54: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

tuan. Siapa sebenarnya tuan ni?” Dia memohon penjelasan daripada

orang tua itu.

“Itu tak perlu, nak. Syukurlah. Anak berada di dalam gua ini

kerana diberi hidayat,” orang tua itu membalas sambil memegang

bahu Salim.

“Hidayat ….?” Salim berasa amat pelik apabila mendengar

perkataan itu.

“Anak tahu apa maknanya hidayat?” tanya orang tua itu lagi. Dia

sebaliknya diam. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat. Seperti ada

kuasa yang menghalangnya daripada bercakap.

“Tak apalah, nak. Saya faham. Perkataan hidayat tak pernah

anak dengar. Anak sebenarnya telah mendapat petunjuk daripada

Tuhan,” jelas orang tua itu. Salim lalu menunduk kepala. Tuhan. Baru

dia sedar kini akan kesilapannya. Dia kemudiannya perlahan-lahan

mengangkat kepala kembali dan memandang muka orang tua itu.

“Sudahlah, nak. Tinggalkanlah segala kemungkaran dan ikutlah

jalan kebaikan seperti yang telah diperintahkan oleh Tuhan. Ingat, nak.

54

Page 55: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pintu taubat masih lagi terbuka dan masih lagi belum terlambat. Mari,

nak. Saya hantarkan balik.” Salim lantas tersedar daripada mimpi.

Pagi itu diceritakannya pada Zamri tentang mimpi yang

dialaminya malam tadi. Zamri sebaliknya lantas ketawa terbahak-

bahak.

“Ini adalah kenyataan, Ri. Apa orang tua tu cakap memang betul.

Kita selama ni memang jauh terpesong,” kata Salim.

“Lim …! Lim …!” Zamri menjawab sambil tertawa kecil dan

menggeleng-gelengkan kepala.

“Aku dah ambil keputusan muktamad, Ri. Kita mesti bersaing

dengan cara yang sihat untuk mendapatkan projek tu. Dan bukannya

dengan cara yang salah. Aku tak akan memberi wang suapan pada

pegawai yang menjaga projek tu!” tegas Salim pada rakan kongsinya.

“Hebat betul pengaruh orang tua tu. Padahal kau bermimpi aje.”

Wajah Zamri pantas berubah apabila mendengar kata-kata yang keluar

daripada mulut Salim itu.

“Rasuah adalah perbuatan yang tidak bermoral. Boleh

merosakkan imej dan nama baik negara. Kita mesti tentang habis-

55

Page 56: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

habisan. Sebelum menjadi parah!” Dia terus mempertahankan

pendiriannya.

“Sejak bila pulak kau pandai bercakap tentang moral ni, hah?

Ingat, Lim. Perniagaan kita ni maju pun bukanlah dengan moral yang

baik. Kau jugak yang cakap tanpa wang suapan projek tak akan dapat.

Apa kau dah lupa?” Zamri mengingatkan dia semula.

“Itu dulu, Ri. Tapi mulai hari ini aku berjanji. Mencari keuntungan

perniagaan dengan cara yang halal,” dia membalas sambil

memandang tepat wajah Zamri.

“Hah! Sudah! Sekarang baru kau nak bercakap tentang halal.

Selama ni hasil kemewahan yang kau beri pada anak dan isteri kau.

Beli kereta mewah dan rumah banglo yang eksklusif dengan cara

apa?” Zamri terus mencabar rakan kongsinya itu. Menyirap darah

Salim apabila mendengarnya. Namun dia tetap bersabar. Zamri

melihat jam di tangannya dan bingkas bangun.

“Sudahlah, Lim. Aku tak ada masa nak melayan perkara yang

mengarut ni. Aku ada temu janji dengan pelanggan. Besok pastikan

duit tu dah siap. Aku dah call pegawai yang jaga projek tu. Kita akan

berjumpa di tempat yang rahsia,” katanya. Salim sebaliknya tidak

56

Page 57: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menjawab. Dia memerhatikan sahaja Zamri mengatur langkah ke arah

pintu.

Petang itu dia pulang awal ke rumah. Sejak dari pagi tadi jiwanya

benar-benar tidak berasa tenteram apabila berada di pejabat. Gelisah.

Wajah orang tua yang datang dalam mimpinya terbayang-bayang

segar di ruang mata.

“Awal abang balik hari ni?” tegur isterinya pula. Tak lama

kemudian pembantu rumahnya muncul sambil membawa dulang yang

berisi minuman. Dia kemudiannya perlahan-lahan meletakkannya di

atas meja dan pantas berlalu pergi dari situ.

“Macam mana dengan projek tu, bang?” soal isterinya lagi. Dia

diam. Air teh yang masih lagi panas itu lalu dihirupnya perlahan-lahan.

“Kalau ada rezeki dapatlah ….” Dia mengeluarkan nada suara

yang perlahan sambil meletakkan semula cawan ke bawah.

“Saya yakin. Abang mesti dapat. Bertambah senanglah hidup

kita ya, bang!” sokong isterinya pula.

“Sudah! Tak usah difikirkan sangat projek tu. Anak-anak kita

mana?”

57

Page 58: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Semua ada di rumah, bang. Kenapa?”

“Eloklah tu. Suruh dia orang siap. Hah, termasuk awak jugak!”

“Abang ada tempah special dinner ke malam ni?” ucap isterinya

sambil mengukir wajah gembira.

“Tak ada special dinner. Kita pergi ke masjid malam ni. Dah lama

tak sembahyang jemaah. Tunggu apalagi. Cepat beritahu anak-anak

kita. Tepat pukul 7.00 malam kita pergi.” Dia memberikan arahan pada

isterinya.

Malam itu dia mengalami mimpi yang sungguh dahsyat. Dia

telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas dakwaan memberi rasuah.

Tapi orang tua itu telah membebaskannya dengan ikat jamin.

“Terima kasih, tuan. Kerana membebaskan saya,” ujarnya.

“Anak tak perlu berterima kasih pada saya. Bersyukurlah pada

Tuhan. Telah membukakan pintu hidayat pada anak,” kata orang tua

itu dan terus menghilang. Dia lalu tersedar daripada mimpi dan

beristighfar. Dia kemudiannya lalu membulatkan tekad untuk

58

Page 59: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kegiatan rasuah yang

berlaku di antara rakan kongsinya dengan pegawai projek itu.

6

59

Page 60: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

PEJUANG

Perjuangan. Apakah memaksa seseorang itu melupakan

tanggungjawab kepada keluarga, isteri dan anak-anak? Perjuangan

diwarnai dengan deraian air mata hinggalah ke titisan darah yang

penghabisan mengusir penjajah daripada bumi yang bertuah bagi

mencapai sebuah impian. Kemerdekaan! Untuk anak cucu cicit hidup

bebas daripada belenggu penjajah yang sudah lama bertapak daripada

zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perasaan ini sukar

dibendung dalam dirinya umpama gelora di lautan.

Pagi. Bola matahari semakin meninggi di ufuk langit dengan

jalur-jalur cahaya kelihatan begitu lurus dengan diiringi kicauan

burung-burung memecahkan alam semesta. Angin dari arah

pergunungan bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon-pohon seperti menari-

nari mengikut rentak tiupan angin. Daun-daun yang bergeseran

umpama mengeluarkan irama yang sungguh merdu mengusik jiwa.

Demikianlah Indahnya ciptaan Tuhan untuk makhluknya yang

menjadi khalifah di atas bumi ini.

Keheningan pagi tambah diserikan lagi dengan udara yang

begitu nyaman berhembus. Kabus memutih yang memayungi

permukaan banjaran gunung setiap kali pagi menjelma sudah lama

60

Page 61: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menghilang daripada pandangan mata. Langit tetap membiru dengan

gumpalan tebal awan memutih.

Dia melahirkan penuh rasa kesyukuran dengan saujana mata

memandang tanah kelahirannya.

Inilah anugerah Tuhan untuk anak bangsa yang bernaung di

bawahnya. Tetapi mengapa anak bangsa tidak dapat menikmati

kebebasan di tanah tumpah darah sendiri? Persoalan yang hangat

menendang-nendang di benaknya.

British. Dia tidak boleh mendengar nama itu. Semangatnya

berkobar-kobar seperti api yang panas membakar.

Ini pusaka warisan bangsa datuk nenek moyang kita yang telah

diperturunkan sejak dari zaman berzaman lagi. Untuk siapa? Untuk

siapa lagi kalau bukan kita. Bukannya untuk British orang asing yang

datang menjajah kita di tanah air sendiri. Di sini kita hidup di sini juga

kita berani mati! Suara itu bergema dengan sekuat-kuatnya dalam

hatinya.

Melalui jendela yang terbuka luas Hussin melontarkan

pandangan ke arah banjaran gunung yang di bawahnya terbentang

hamparan sawah padi yang menghijau bersama dengan pohon-pohon

61

Page 62: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kelapa. Dia terus melayan fikirannya sambil menarik nafas yang

panjang.

Kita tak boleh berdiam diri. Takkan selama-lamanya kita harus

begini? Tanah Melayu adalah milik bangsa yang bernama Melayu. Tak

seharusnya kita duduk di bawah telunjuk British sehingga nafas yang

terakhir. Seberkas pertanyaan yang terus menendang-nendang

benaknya tanpa henti.

Angin dari arah pergunungan menembus masuk melalui jendela

yang terbuka luas. Segar. Jelas terasa menyapu permukaan kulitnya.

Perjuangan Hussin menentang British sudah lama tersemai sejak

dari menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI) Tanjung Malim Perak lagi. Dia rela meninggalkan Maktab

Perguruan Sultan Idris (MPSI) demi tidak mahu melihat nasib bangsa

Melayu terus-menerus dalam kemunduran dan ditindas oleh British.

Penjajah British penuh dengan tipu helah. Anak-anak Melayu dari

golongan bawahan tidak mendapat pendidikan sepenuhnya. British

sebaliknya lebih mengutamakan anak-anak Melayu golongan

bangsawan. Mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke

luar negeri. Harapan British apabila mereka balik nanti akan menjadi

62

Page 63: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

konsul iaitu pegawai dalam tanah jajahan Kerajaan British di Tanah

Melayu.

Golongan miskin dibiarkan terus menderita tanpa mendapat

pembelaan. Memang ternyata British mempunyai cita-cita untuk terus

menjajah orang-orang Melayu. British sengaja membiarkan kadar buta

huruf di kalangan anak-anak Melayu meningkat demi memastikan

matlamat untuk terus menguasai Tanah Melayu tercapai sepenuhnya

tanpa halangan.

Siapa yang menjadi tentera dan polis? Anak-anak Melayu dipaksa

menjaga ladang-ladang dan kediaman mereka agar dapat hidup aman

dan malam tidur nyenyak. Tak cukup dengan itu anak-anak Melayu

dikerah ke hutan untuk menggadai nyawa menentang komunis dan

akibatnya ramai yang terkorban. Menjaga keamanan Tanah Melayu.

Itulah yang ditanamkan oleh British ke dalam jiwa anak-anak Melayu.

Tetapi malangnya gaji yang diterima oleh anak-anak Melayu yang

menyertai tentera dan polis adalah amat rendah. Tidak setimpal

langsung dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Anak-anak Melayu tidak diberi peluang untuk menerima

pendidikan tinggi. British bimbang apabila mereka cerdik nanti akan

63

Page 64: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bangkit memberontak menuntut kemerdekaan. Sungguh licin

fikirannya! Getus Hussin dalam diam.

Keadilan? Di mana letaknya? Jiwa Hussin menjerit-jerit

melepaskan marah dan geram. Perjuangan perlu diteruskan sehingga

bangsa yang bernama British mengangkat kaki keluar daripada Tanah

Melayu bumi yang bertuah ini.

Ranjau yang dihadapinya sewaktu berjuang menentang penjajah

British dikutipnya semula. Tak semua rakan-rakannya di Maktab

Perguruan Sultan Idris (MPSI) menyokong perjuangannya untuk

membebaskan tanah air tercinta daripada cengkaman penjajah British.

“Apa yang kau cakap ni, Hussin? Apa kau dah gila ke?” Musa

bersuara. Dia sebaliknya menggelengkan kepala tanda membantah

kata-kata yang keluar daripada mulut Musa itu.

“Aku belum lagi gila, Musa. Aku masih lagi waras,” jawab Hussin

pula.

Di kalangan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Musa terkenal sebagai seorang bangsawan yang menyokong kuat

British. Tambahan pula ayahnya memegang jawatan konsul Melayu

64

Page 65: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

yang mengamalkan gaya hidup barat hingga melupakan adat resam

Melayu dan jarang bercakap dalam bahasa Melayu. Terlalu

mengagung-agungkan British dan sering menyalahkan bangsa sendiri

sudah tertanam erat dalam dirinya sejak dari kecil lagi.

“Ini soal bangsa Melayu, Musa,” dia bersuara tenang dengan

diiringi semangat yang berkobar-kobar.

Musa pantas mengerutkan mukanya apabila Hussin

membangkitkan persoalan itu.

“Kau bercakap tentang bangsa Melayu?” tanya Musa sambil

memandang tepat wajahnya.

“Ya! Bangsa kau jugak!” Hussin membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Apa kaitannya dengan aku, Hussin?”

“Dah tiba masanya kita memperjuangkan nasib orang-orang

Melayu.”

65

Page 66: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa kau kata, Hussin? Memperjuangkan nasib orang-orang

Melayu.” Berdekah-dekah ketawa Musa apabila mendengar penjelasan

yang diberikan oleh Hussin. Dia jelas menghina aku. Sabar! Luah hati

kecilnya menahan kemarahan sambil matanya tajam memperhatikan

gelagat Musa itu.

Dalam perjuangan memang banyak onak dan duri yang perlu

ditempuhi.

“Aku nak nasihatkan kau, Hussin,” kata Musa setelah ketawanya

reda.

“Aku rasa apa yang aku buat ni tak salah. Bukan untuk aku

seorang. Tapi untuk bangsa Melayu termasuk kau.” Dia

mempertahankan pendirian dan tak mahu mengalah.

“Hussin …. Hussin …. Kau jangan jadi macam Mat Jenin. Akhirnya

mati terjatuh daripada pokok kelapa akibat banyak berangan!” sindir

Musa sambil ketawa berdekah-dekah. Dia berasa amat lucu dengan

apa yang diperkatakan oleh Hussin itu.

66

Page 67: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Musa, orang seperti kau tak seharusnya hidup di Tanah Melayu.

Aku benar-benar kesal melihat masih ada bangsa sendiri seperti kau

yang tidak cintakan tanah air sendiri! Bentaknya dalam diam.

“Aku yakin. British akan terus berkuasa dan tidak akan tunduk

pada orang Melayu. Mereka bijak dan banyak membawa perubahan

semenjak menguasai Tanah Melayu. Tak usah mimpilah, Hussin. Apa

yang kau buat ni sia-sia aje.” Musa memberikan sokongan yang tidak

berbelah bagi. Dia benar-benar merasa dicabar oleh Musa. Namun

begitu Hussin bukanlah seorang yang cepat mengaku kalah.

“Kau silap, Musa. Aku tidak berangan atau bermimpi. Tapi adalah

kenyataan. Bangsa kita merempat di negara sendiri!”

“Aku pelik betullah dengan kau ni. Beritahu aku. Bagaimana

caranya orang Melayu boleh menundukkan British?” Dia inginkan

penjelasan daripada Hussin.

“British boleh tunduk melalui kesedaran yang tinggi di kalangan

orang-orang Melayu.”

“Apa maksud kau? Aku benar-benar tak faham,” ucap Musa pula

sambil tertawa kecil.

67

Page 68: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kedua-dua bola mata Hussin tidak berkelip-kelip memandang

bentuk badan Musa yang kurus melidi, rambutnya keriting serta

dipenuhi dengan minyak, bermisai nipis serta berkulit cerah itu.

“Cuba kau lihat betul-betul. Pemikiran bangsa Melayu masih di

takuk lama. British hanya tahu menjajah saja,” Hussin bersuara

dengan penuh berani pada orang yang pro-British.

Dia kemudiannya tenang menunggu tindakbalas yang akan

dilemparkan oleh Musa.

“Kau mesti ingat. Pembaruan tidak akan wujud dalam bangsa

Melayu tanpa kehadiran British.” Keangkuhan Musa terserlah seolah-

olah dia bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Pepatah Melayu yang

menyebut di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung sudah

dilupakannya terus. Ternyata lekat bertapak di jiwanya pengaruh

British malahan sudah sebati menjadi darah daging.

Cara percakapan yang dilemparkan oleh Musa itu tidak putus-

putus mengingatkan Hussin akan kehebatan bangsa yang bernama

British.

68

Page 69: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dengan pantas darah Hussin menyirap. Dia benar-benar terasa

tercabar dengan kenyataan yang telah dilemparkan oleh Musa itu yang

tak ubah seperti cuba memperbodoh-bodohkannya. Musa menganggap

perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman

British adalah sia-sia saja. Hussin tidak patah semangat. Dia

menanamkan tekad untuk mencari kebenaran dan tiada siapa yang

dapat menghalang. Dia berkeyakinan tinggi yang impian itu akan

tercapai suatu hari nanti. Pasti! Bisik hatinya.

“Aku ada permintaan. Itu pun kalau kau tak keberatan untuk

menunaikannya sebagai kawan yang sama-sama menuntut di maktab

ini,” pinta Hussin pula.

“Hah, apa dia?” Musa sebaliknya menyoal sambil mendongakkan

kepala memandang wajah Hussin.

“Aku mahu diberikan peluang,” dia menjawab.

“Kau nak peluang? Peluang apa?” tanya Musa sambil

mengerutkan muka sebagai tanda berasa amat pelik dengan apa yang

diperkatakan oleh Hussin itu.

69

Page 70: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku nak buktikan bahawa segala kata-kata kau itu adalah salah.

Orang Melayu akan mencapai kemerdekaan dan boleh mentadbir

kerajaan sendiri,” jelas Hussin lagi.

“Oh, begitu!” Musa membalas sambil mengangguk-anggukkan

kepala. Dia kemudiannya lantas ketawa berdekah-dekah hinggakan

matanya tertutup rapat. Bahunya juga terangkat. Gelagatnya itu

membuatkan Hussin berasa amat berang. Namun begitu dia tetap

bersabar.

“Musa, kenapa kau ketawa?”

“Aku geli hati.” Tanpa berlengah lagi Musa bersuara. Gaya

percakapannya itu tak henti-henti mempersendakan Hussin.

Hussin mendongakkan muka tinggi sedikit memandang wajah

Musa.

“Kenapa?” Panas seperti dibakar api rasanya! Menyinga di

telinga apabila mendengarnya. Hakikatnya ini bukan satu gurauan.

Tapi adalah kenyataan! Tidak boleh dipandang remeh-temeh dalam

konsep perjuangan yang sebenarnya. Apakah akar umbinya? Hanya

70

Page 71: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dengan berjuang habis-habisan atau dalam erti kata lain bermati-

matian. Ya! Ucap hatinya dengan penuh lantang.

Musa kembali semula menyimpulkan persoalan itu setelah

ketawanya reda.

“Kau buat macam mana pun orang Melayu tidak akan dapat

mengecapi kemajuan walau sedikit pun.” Pedas sungguh kata-kata

Musa itu.

“Maksud kau negeri ini akan selama-lamanya dijajah oleh

British?” Dia bagaikan tidak sabar-sabar lagi pantas mencelah.

“Ya!” Musa mengangguk-anggukkan kepala dengan sikap

sombongnya terserlah.

Aku benar-benar kesal dengan kau, Musa. Mengapa kau sanggup

menjual maruah agama, bangsa dan negara, hah? Sampai sanggup

bertuankan orang putih? Ungkapan yang terbuku dalam jiwanya.

Kau mesti ingat, Musa. Ini negeri kita! Satu-satunya. Tanah

Melayu tidak ada dua. Kalau hilang sukar dicari ganti.

71

Page 72: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Walau apa pun yang terjadi hidup mati kita tetap di sini. Kita

harus sama-sama mempertahankan daripada sebarang pencerobohan

dan penjajahan. Biarpun nyawa menjadi pertaruhan sekalipun. Tanpa

meminta jasa untuk dikenang atau lebih daripada itu mengharapkan

sebutir pingat tersemat di dada.

Dia sebaliknya memilih untuk berdiam diri buat seketika. Wajah

Musa ditenungnya dengan penuh perasaan marah bercampur geram

dengan darah panasnya yang kian mendidih. Sekali lagi dia menahan

bersabar. Ini semua adalah dugaan yang perlu dihadapi. Dalam

perjuangan memang penuh dengan pelbagai onak dan duri yang

menyakitkan.

Musa lalu mengadu kepada Tuan Gordon iaitu pengetua maktab

perihal Hussin mengajak pelatih-pelatih menentang British.

“Betul apa yang awak cakap ni, Musa? Perkara ini tak boleh

dibiarkan!” katanya dalam nada suara yang tegas.

“Betul, tuan. Ini bukan main-main. Memang merbahaya kalau dia

dibiarkan berada di maktab ini. Silap-silap semua pelatih akan

terpengaruh dengan dia. Tuan mesti cepat bertindak. Kalau tidak

susah nanti.” Dia mengapi-apikan Tuan Gordon.

72

Page 73: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Cakap awak memang betul, Musa,” sokong Tuan Gordon pula.

“Lebih baik tuan panggil dia!” dia mencelah pantas.

“Ya! Saya akan panggil dia dan beri kata dua pada dia. Kalau dia

berdegil jugak saya tidak akan teragak-agak untuk memecat dia dari

maktab ini!” ucap Tuan Gordon dengan mengeluarkan nada suara

yang keras sedikit.

“Saya setuju sekali dengan tindakan tuan itu. Sebenarnya saya

ada hajat besar yang nak disampaikan pada tuan. Saya harap tuan

tidak menghampakan,” Musa membalas.

“Apa dia? Katakanlah. Saya sedia mendengarnya,” ujar Tuan

Gordon.

“Saya dah tolong tuan dengan memberitahu rancangan Hussin

menghasut pelatih-pelatih di maktab ni untuk melawan British. Jadi,

tuan sokonglah saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Apabila balik nanti dapatlah saya menjadi konsul macam ayah saya.”

Musa rupanya ada udang di sebalik batu.

73

Page 74: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Oh, begitu. Awak jangan bimbang. Saya tidak akan lupa jasa

awak. Saya akan sokong awak belajar ke luar negeri,” janji Tuan

Gordon pada Musa.

“Terima kasih, tuan. Saya jugak berjanji. Tidak akan menjadi

seperti Hussin. Saya akan sokong British,” ikrar Musa pula dengan

penuh gembira apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada

mulut pengetuanya itu.

“Bagus!” angguk Tuan Gordon.

Keesokan harinya Hussin pun dipanggil oleh Tuan Gordon. Dia

tahu mengapa disuruh berjumpa dengan pengetua Mat Salih itu. Dia

sedikit pun tidak gentar.

“Hussin! Awak tahu tak apa akibatnya kalau menentang British?”

soal Tuan Gordon sambil meninggikan suara.

“Saya tahu, tuan!” dia pantas menjawab.

“Dah tu?” tanya Tuan Gordon lagi.

74

Page 75: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya berjuang untuk membela bangsa saya. Salah ke?” Hussin

membalas dengan berani.

“Memang salah. Saya dapat aduan yang awak mengapi-apikan

semua pelatih di maktab ini agar bencikan British. Saya beri awak

amaran terakhir. Kalau awak teruskan juga saya akan buang awak dari

maktab ini. Faham!” jerkah Tuan Gordon.

“Silakan, tuan. Saya dah fikir masak-masak. Saya tak menyesal

keluar dari maktab ini,” kata Hussin.

“Awak jangan cabar saya, Hussin!” Kemarahan Tuan Gordon kian

memuncak.

“Memang saya cabar, tuan. Kalau tuan berani lakukanlah

sekarang!” Hussin menjawab.

“Baiklah! Saya akan keluarkan surat sekarang jugak. Mulai dari

hari ini awak bukan lagi pelatih di maktab ini!” tegas Tuan Gordon.

Selepas dipecat dari Maktab Perguruan Sultan Idris dia lebih

banyak menghabiskan masa dengan menulis puisi dan cerpen yang

bertemakan perjuangan dan meniupkan semangat untuk menuntut

75

Page 76: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kemerdekaan dalam akhbar Melayu. Tulisannya telah diharamkan dan

dia juga pernah ditahan atas dakwaan menghasut pembaca supaya

bangkit menentang British. Namun begitu dia telah dibebaskan.

Semangat perjuangannya tak pernah padam malah menjadi azimat

untuk menyemarakkan lagi cita-cita untuk melihat Tanah Melayu

merdeka.

Dia juga pernah dipengaruhi agar menyokong perjuangan

komunis menentang British.

“Macam mana, Hussin? Kau setuju tak?” soal Leman.

“Aku tak setuju!” Dia sebaliknya membantah dengan sekeras-

kerasnya.

“Komunis ada senjata. Setakat semangat aje mana cukup,

Hussin. Dah tiba masanya kita menggunakan kekerasan

menghapuskan orang putih,” tambah Leman lagi.

“Aku tak boleh terima perjuangan itu. Bukan setakat orang putih

tapi orang Melayu yang tidak berdosa juga menjadi mangsa. Sebagai

kawan aku nasihatkan kau marilah kita sama-sama berjuang dengan

76

Page 77: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

mengikut jalan yang diredhai Allah. Insya-Allah. Kita akan beroleh

kejayaan,” dia membalas.

“Kau menggunakan kelembutan dalam perjuangan. Aku percaya

kau tak akan dapat mengalahkan orang putih. Sudahlah, Hussin. Aku

tetap memilih komunis dan sama-samalah kita tengok nanti siapa yang

akan berjaya.” Leman melemparkan cabaran pada Hussin.

Jauh benar Hussin mengelamun.

Sehingga sampai ke awangan rasanya. Angin dari arah

pergunungan bertukar rentak menjadi lembut. Pohon-pohon nyiur

kelihatan lemah apabila ditiup angin. Melambai-lambai seperti turut

meniup semangat ke dalam dirinya agar terus berjuang menuntut

kemerdekaan.

Merdeka!

Hari merdeka. Sudah terlalu lama dia bersabar untuk menanti

detik-detik yang bersejarah itu. Dia dan seluruh rakyat Tanah Melayu

akan menyaksikan British pulang meninggalkan tanah air yang tercinta

ini.

77

Page 78: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Serentak dengan itu juga bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai

bahasa kebangsaan dan bukan bahasa Inggeris yang dibawa oleh

British. Rakyat Tanah Melayu tidak akan melihat Bendera Union Jack

berkibaran. Nyanyian lagu God Save The Queen juga hilang.

Kenyataan! Bukan lagi mimpi. Hussin memandang ke arah Ali dan

Sidik yang menjadi rakan seperjuangannya. Mereka mempunyai

impian dan cita-cita yang sama. Tak lain tak bukan iaitu kemerdekaan.

Bergema dan berkumandang di mana-mana sahaja dan ternyata

perjuangan selama ini telah mencapai puncak kejayaan.

Tiba-tiba dia teringatkan Musa dan Leman pada hari yang

bersejarah ini. Musa telah menjadi gila kerana tidak dapat melanjutkan

pelajaran ke luar negeri akibat ditipu oleh Tuan Gordon manakala

Leman pula menyerah diri kepada pihak berkuasa apabila menyedari

perjuangannya bersama komunis adalah sia-sia sahaja.

Sayang sekali. Sepatutnya kau berdua bersama-sama dengan

aku dan seluruh rakyat Tanah Melayu meraikan hari yang keramat ini

walaupun kita tak sehaluan! Cetus hati Hussin.

Dia kemudiannya merenung pula wajah Ali dan Sidik yang

kelihatan terpancar ketulusan dan keikhlasan bersama sinar

78

Page 79: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pengharapan. Kawan yang jujur diperlukan dalam perjuangan dan

bukannya musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Ciri-ciri itu ada pada Ali dan Sidik. Moyang Ali pernah berjuang

bersama dengan Dato’ Dol Said menentang British di Naning.

Manakala datuk Sidik pula pernah berjuang bersama dengan Dato’

Maharajalela menentang British di Perak. Begitu juga dengan Hussin.

Ayahnya pernah berjuang bersama dengan Datuk Onn dan orang-

orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang

diperkenalkan oleh British selepas Jepun menyerah kalah.

Darah pahlawan mengalir segar ke dalam tubuh Hussin, Ali dan

Sidik.

Hussin mengutip semula kisah perjuangan pahlawan Melayu

seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Leftenan Adnan dan lain-lain lagi.

Mereka telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi

menghalau penjajah dan musuh yang cuba menodai tanah air yang

bertuah ini. Kini mereka semua telah tiada. Jasa dan pengorbanan

mereka sewajarnyalah dikenang bersama semangat yang ditinggalkan

harus hidup subur dalam jiwa generasi hari ini untuk meneruskan

perjuangan yang tidak akan ada penghujungnya.

79

Page 80: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia lalu mengatur langkah lima tapak ke arah Ali dan Sidik

kemudian dengan perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas tikar

mengkuang yang kelihatan agak usang itu.

Hussin pantas menghela nafas panjang sambil memandang

wajah kedua-dua rakan seperjuangannya dengan penuh rasa gembira

di atas kemenangan yang telah dicapai. Di luar desiran angin

mengalunkan irama gemersik sekali.

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” pekik Hussin, Ali dan Sidik.

80

Page 81: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

7

TABAH SEORANG ISTERI

Pagi. Cuaca kelihatan cerah. Di kaki langit bola matahari kian

meninggi memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Laut tenang

membiru. Desiran suara ombak jelas kedengaran menghempas pantai.

Berbuih-buih memutih berapungan membasuh butiran pasir dan batu-

batu halus di gigian.

Bayu dari arah laut bertiup perlahan. Terasa nyaman dan dingin

membelah suasana. Pohon-pohon yang tumbuh di tepi pantai bagai

menari-nari mengikut rentak tiupan angin. Daun-daun yang

bergeseran mengeluarkan irama nan merdu menusuk jiwa.

Kicauan sang camar putih yang bebas berterbangan

berpasangan ke sana sini mencari sarang untuk berteduh menyerikan

lagi kesegaran suasana alam sekitar.

Sinar cahaya matahari membangkitkan kilauan pasir putih

berseri. Laksana mutiara di dasar lautan. Dengan renungan yang tajam

Samad melemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke arah laut yang

81

Page 82: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

membiru. Kehidupan juga seperti laut. Pasang surut silih berganti.

Penuh dengan warna-warna suka dan duka.

Dia pernah mendengar ungkapan apa yang dilalui pada hari ini

dan esok tanpa mengira menggembirakan atau tidak adalah

pengalaman yang paling berguna dalam hidup ini. Pengalaman adalah

guru segala-galanya yang mengajar erti kehidupan sebenar. Dari mana

datangnya ungkapan macam intan berlian ini? Terlalu mahal harganya

untuk dibeli. Jawapannya dia tidak tahu.

“Aku pelik betul dengan kau ni, Samad,” kata Osman.

“Pelik apa pulak, Man?” dia sebaliknya menjawab.

“Yalah. Kerja dah berpuluh tahun. Pangkat tak naik-naik jugak,”

ucap Osman pula.

“Apa nak buat, Man. Rezeki aku belum sampai lagi,” Samad

membalas dalam nada suara yang lembut dan tenang.

“Betul. Tapi sampai bila kau nak bersabar. Cuba kau tengok

Khalid. Dia kemudian masuk kerja daripada kau. Dah naik pangkat.

Encik Johan ni tak layak jadi ketua,” tambah Osman.

82

Page 83: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa pulak Encik Johan dikaitkan dalam hal ini?” soalnya

dalam wajah berpura-pura tetapi cukup mengerti dengan maksud

Osman rakan sekerjanya itu.

“Apa tidaknya. Mana adil macam ni. Orang yang dah lama kerja

dia tak nak naikkan. Tapi orang yang baru kerja pulak yang dia pilih.

Kau tak sakit hati ke?” Dia mengapi-apikan Samad.

“Biarlah, Man. Sebagai ketua dia lebih arif dalam hal ini. Mungkin

ada sebab aku tak dinaikkan pangkat,” ujarnya sambil tersenyum

kecil.

“Salah jawapan kau tu, Samad. Aku tak boleh terima,” Osman

membantah.

“Sebabnya?” tanya Samad sambil meninggikan kepala sedikit

memandang Osman yang bermuka bulat bujur sirih dan berkulit cerah.

“Kau kerja bagus. Memang layak dinaikkan pangkat. Berbanding

dengan Khalid budak mentah. Dia pun belajar daripada kau. Entahlah.

Aku sendiri pun tak fahamlah dengan Encik Johan ni …!” keluh Osman

pula.

83

Page 84: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tak apalah, Man. Sekurang-kurangnya aku tumpang merasa

bangga,” dia menjawab. Osman sebaliknya berasa sungguh terkejut

apabila mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Samad itu.

“Bangga kata kau. Susah payah kau mendidik dia dalam kerja

sekarang dia senang-senang pulak mengarah kau. Itu kau boleh terima

ke? Kau dengan Encik Johan sama ajelah. Tak faham aku?” Dia

menggeleng-gelengkan kepala.

Samad memandang desiran ombak yang setia menghempas

pantai sambil memeluk tubuh. Jauh benar fikirannya melayang. Bayu

laut yang tadinya bertiup perlahan tiba-tiba bertukar menjadi kencang.

Dia berpegang kepada prinsip sekali dia jatuh cinta selama-

lamanya dia akan jatuh cinta. Sebagai khalifah yang hidup di dunia ini

dia telah diamanahkan oleh Allah SWT dengan menganggap kerja itu

adalah satu ibadah dan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh

selagi masih bernafas dengan ditemani mentari di siang hari dan

rembulan di malam hari.

Pada satu pagi setibanya di pejabat dia telah dipanggil oleh

Encik Johan. Tentu ada perkara mustahak yang hendak dibincangkan

berkenaan dengan hal syarikat. Bisik hati kecilnya.

84

Page 85: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya benar-benar perlukan pertolongan awak, Samad,” kata

Encik Johan.

“Apa dia, Encik Johan?” dia menyoal ketuanya.

“Projek perumahan Taman Mewah saya akan serahkan kepada

awak untuk uruskannya.”

“Setahu saya projek perumahan tu Encik Johan dah serahkan

pada Encik Khalid untuk uruskan. Nanti apa pulak kata dia?”

“Betul. Tapi pengalaman awak diperlukan. Dia belum mencapai

apa yang saya mahukan dalam dunia perniagaan. Selalu mengambil

tindakan lambat. Projek ni dah terbengkalai hampir dua minggu. Kita

juga yang rugi nanti. Awaklah yang saya harapkan untuk

menyelesaikan masalah ini.”

“Baiklah, Encik Johan. Saya akan pastikan projek ini berjalan

semula dan syarikat tidak mengalami kerugian.”

Ternyata harapan yang disandarkan oleh Encik Johan padanya

tidak sia-sia. Projek perumahan Taman Mewah yang terbengkalai

berjalan semula dan siap sepenuhnya. Orang yang paling gembira tak

85

Page 86: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

lain tak bukan Encik Johan selaku Pengurus Syarikat Gemilang Sdn.

Bhd. Bagi dia Samad adalah penyelamat syarikat dan berjanji akan

memberikan kenaikan pangkat. Sebaliknya bagi dia bukan itu yang

diharapkan tapi yang penting ialah kepuasan apabila kerja yang

diberikan berjaya dilaksanakan.

Namun begitu ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang

telah dilakukannya itu. Mungkin sudah menjadi lumrah hidup manusia.

Ada ketikanya sesuatu kebaikan yang dilakukan itu tidak akan diterima

berbanding dengan keburukan yang amat mudah diterima.

“Masa senang dia lupakan kau. Masa susah baru dia cari kau.

Apa gunanya dia naikkan pangkat Khalid. Masalah macam tu pun dia

suruh kau selesaikan. Dah terang-terang. Kau masih jugak nak tolong

Encik Johan yang tidak mengenang budi tu!” tingkah Osman dengan

panjang lebar dan sekeras-kerasnya.

“Tak baik kau cakap macam tu, Man. Encik Johan tu kan ke ketua

kita. Apa yang dia suruh kita kenalah buat,” dia menjawab lembut.

“Itulah kau terlalu lurus dan lembut sangat. Dia silap orang.

Kalau aku mati hidup balik aku tak akan tolong dia.”

86

Page 87: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku tak bersetuju dengan cara kau tu. Bangun jatuh syarikat

adalah di tangan kita sebagai pekerja. Takkan kita nak biarkan syarikat

gulung tikar,” nasihat Samad.

“Apalah singkat sangat pemikiran kau ni, Samad. Banyak lagi

syarikat yang kita boleh kerja!” kata Osman dengan penuh bongkak

sambil mengangkat kepala tinggi.

“Jangan cakap besar, Man. Dalam keadaan ekonomi sekarang

ada ke syarikat yang nak terima kita bekerja. Kita seharusnya

bersyukur bekerja dengan syarikat yang stabil seperti Gemilang.”

“Kau memang macam tu. Tak ada yang salahnya dengan

syarikat. Oh ya! Baru aku teringat. Aku dengar Encik Johan nak naikkan

pangkat kau. Maklumlah kau dah berjasa besar dengan syarikat. Betul

ke?” ujar Osman sambil mengukir senyuman kecil tapi penuh dengan

makna memandang wajah Samad.

“Insya-Allah, Man. Kalau ada rezeki. Mana kau tahu semua ini?”

“Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Tapi sebagai

seorang kawan aku nasihatkan kau lebih baik lupakan sahaja perkara

87

Page 88: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

tu. Encik Johan tu hanya pandai berjanji sahaja. Tapi habuk pun tak

ada.”

Perbualan mereka yang rancak tiba-tiba terhenti buat seketika.

Pelayan muncul sambil membawa makanan dan minuman yang

dipesan. Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas meja. Samad

memesan nasi goreng kampung dan teh ‘o’ ais limau manakala Osman

pula memesan mi goreng dan Nescafe ais.

“Terima kasih!” Samad bersuara sambil melihat wajah pelayan

yang berusia dalam lingkungan awal 20-an itu.

“Sama-sama!” dia membalas sambil mengangguk-anggukkan

kepala dan kemudiannya pantas berlalu pergi dari situ.

“Dahlah, Man. Mari kita makan. Hari ni aku belanja kau,” ajak

Samad.

Dia menarik nafas panjang sambil terus merenung laut membiru

ciptaan Tuhan Yang Esa untuk makhluknya yang hidup di atas muka

bumi ini. Cuaca masih lagi cerah dengan gumpalan awan tebal

memutih dan langit membiru. Tiada sedikit pun tanda-tanda hujan

akan turun. Bahang matahari kian terasa panas memijar apabila

88

Page 89: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menyapu permukaan kulit. Sekali-sekala terasa kesegaran diusap bayu

laut yang bertiup kencang.

Samad memang seorang yang penyabar dan tekun dalam

menjalankan tugas. Dia tidak pernah merungut dengan kerja yang

diberikan. Sentiasa datang cepat dan pulang lewat. Adakalanya hari

cuti pun dia bekerja. Dia akan berasa gelisah yang amat sangat dan

tidak tenteram apabila kerja tidak selesai.

Kerja yang tertangguh tidak ada dalam kamus dirinya sebagai

insan yang mencari rezeki di Syarikat Gemilang. Baginya kerja hari ini

tanpa mengira mudah atau susah perlu diselesaikan hari ini jugak.

Takut esok datang kerja lain yang memerlukan tindakan segera. Dalam

soal kerja Samad akur bahawa sentiasa bertambah pada setiap hari

dan tiada kesudahannya sehingga meninggalkan syarikat yang sudah

hampir 15 tahun menjadi darah dagingnya.

Dalam soal tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa yang

diberikan oleh syarikat dia bersikap jujur. Pantang bagi dia membuat

tuntutan palsu semata-mata untuk mendapat kemewahan dalam hidup

biarpun adaketikanya sama seperti orang lain yang kesempitan wang

dalam hidup hari ini. Memang benar sebagai pekerja Samad memang

mempunyai hak untuk membuat tuntutan lebih masa setelah

89

Page 90: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berhempas pulas bekerja dari pagi sehingga ke larut malam. Tapi dia

tetap akur bahawa pekerja lain di Syarikat Gemilang juga mempunyai

hak seperti dia dan membazirkan wang syarikat dengan jalan yang

tidak betul adalah sesuatu yang harus dijauhi.

Rezeki yang halal dituntut oleh Allah SWT untuk keberkatan

hidup sekeluarga dan rezeki yang haram adalah kemungkaran yang

harus ditegah.

“Buat apalah abang susah-susahkan diri bekerja sampai malam.

Pangkat tak jugak naik,” tegur isterinya.

“Sabarlah, Mah. Allah SWT tu maha kaya dan maha adil. Kalau

tak ada rezeki abang pun mungkin ada rezeki anak-anak kita,”

jawabnya.

“Abang ni lain takde. Pikir kerja-kerja. Abang mesti ingat. Abang

tu ketua keluarga. Kenalah luangkan masa dengan saya dan anak-

anak. Dah lama abang tak bawa saya dan anak-anak berkelah di

hujung minggu. Dulu selalu jugak. Sekarang dah tak ada masa pulak.

Asyik di pejabat saja. Entah-entah abang ada perempuan lain tak,”

rungut isterinya.

90

Page 91: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mah …. Jangan buat andaian begitu. Tak baik. Hanya Mahlah

satu-satunya isteri abang sehingga ke akhir hayat. Baiklah. Abang

minta maaf. Abang akui telah mengabaikan Mah dan anak-anak kerana

gila kerja. Abang berjanji. Hari minggu ni abang akan bawa Mah dan

anak-anak berkelah …,” dia memujuk lembut isterinya.

“Mah minta maaf, bang. Sebagai seorang isteri Mah tak

seharusnya bersangka begitu terhadap abang. Mah percaya. Abang

seorang suami yang baik dan jujur.”

“Abang faham perasaan Mah sebagai seorang isteri. Perlukan

belaian kasih sayang bersama dengan anak-anak. Percayalah, Mah.

Abang akan berikan tumpuan dengan seadil-adilnya di antara keluarga

dan kerja.”

“Oh ya! Asyik bercakap ni terlupa pulak. Abang dah makan ke

belum?” soal isterinya.

“Belum. Mah masak apa malam ini?” tanya Samad pula.

“Gulai ikan bawal masak lemak cili api kesukaan abang,”

isterinya menjawab.

91

Page 92: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sedap tu. Abang mandi dulu dan solat. Tak sabar rasanya nak

rasa masakan Mah,” kata Samad sambil mengukir senyuman kecil dan

merenung tepat wajah isterinya.

“Baiklah, bang. Saya siapkan makanan!” ucap isterinya pula

sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Samad terus melemparkan pandangan yang penuh dengan

pengharapan ke arah laut membiru dan desiran ombak. Angin yang

datang dari arah laut mengalunkan irama merdu membelai suasana

dengan diiringi gemersik pohon-pohon dan dedaunan hijau. Sinar

cahaya matahari di kaki langit yang menyinari alam turut merestukan

dunia pengembaraannya sebagai seorang pekerja yang taat dan patuh

yang melaksanakan tugas yang diberikannya.

Jauh sekali di sudut hati Samad untuk mengubah dunianya

sebagai pekerja walaupun adakalanya diwarnai dengan tekanan

dianggap sebagai hamba syarikat kepunyaan Encik Johan dan tidak

mendapat ganjaran yang setimpal. Buat baik pun orang mengata

apatah lagi buat tak baik. Itu sudah menjadi lumrah dalam hidup

manusia dan dia nekad untuk membuangnya jauh-jauh.

92

Page 93: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia menanamkan semangat dan ketabahan diri bahawa bekerja

kuat bukan sahaja untuk kesenangan keluarga malahan juga bagi

pembangunan negara dalam mengharungi dunia yang mencabar pada

hari ini. Setelah menemui jawapan yang pasti itu Samad pun berlalu

pergi meninggalkan pantai bersama dengan desiran ombak yang setia.

93

Page 94: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

8

MENARA GADING

Pagi disinari dengan sang suria yang kelihatan memancar

terang. Di kaki langit yang membiru bola matahari sudah lama

meninggi. Seluruh alam semesta diwarnai jalur-jalur cahaya yang

kelihatan lurus. Bersama iringan gumpalan awan tebal yang memutih.

Langit jelas nampak terang dan bersih. Dengan langkah perlahan-

lahan Maizan lalu menghampiri jendela dan mengalihkan pandangan

ke arah luar. Dia menoleh sekejap ke kanan dan kiri. Di pandangan

matanya jelas kelihatan tersergam bangunan-bangunan yang

menempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama pelajar.

Melalui jendela kaca yang terbuka luas angin menyusup masuk.

Segar dan dingin mengusapi permukaan kulit. Umpama air terjun di

pinggir kali. Mencairkan sedikit kehangatan bahang matahari yang

terasa. Sudah lama hujan tidak turun. Maizan kemudiannya lalu

mengalihkan pandangan ke bawah pula. Pohon-pohon yang menghijau

bergoyangan seperti menari-nari inang. Sekejap ke kanan dan sekejap

ke kiri mengikut rentak tiupan angin. Daun-daun hijau yang

bergeseran di antara satu sama lain mengeluarkan irama yang

94

Page 95: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

sungguh merdu. Manakala daun-daun kering yang berwarna perang

sehelai-sehelai berguguran di atas tanah.

“Apa awak kata? Maizan nak ambil periksa lagi?” kata ayahnya

dengan penuh rasa terperanjat sambil mengangkat muka tinggi

memandang ibunya.

“Ya, bang. Eloklah tu. Dia tetap nak teruskan cita-cita masuk ke

universiti. Walaupun dah tiga kali gagal dalam peperiksaan,” tambah

ibunya pula.

“Tak usah mimpilah masuk ke universiti. Tiga kali ambil

peperiksaan tak lulus-lulus juga. Buang masa aje. Suruh dia cari kerja

lagi baik,” ayahnya membalas.

“Abang. Sepatutnya abang sebagai seorang ayah harus merasa

bangga. Mempunyai seorang anak macam Maizan. Bersemangat tinggi

untuk belajar lagi.” Ibunya memberikan sokongan.

“Apa awak kata? Bangga? Maizan tu memang bengap dalam

pelajaran. Awak tengok Minhat abang dia. Sekali aje ambil periksa.

Terus lulus dan masuk universiti. Sekarang dah tahun akhir. Tak lama

lagi jadi pegawai tinggilah dia. Itulah anak saya. Tapi kalau asyik bayar

95

Page 96: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

yuran peperiksaan dan hantar ke kelas tambahan tapi masih gagal

jugak buat apa. Bukan ke membazir namanya!” Ayahnya melontarkan

kata-kata yang pedih.

“Tak baik abang cakap macam tu. Mentang-mentanglah Minhat

tu pandai abang sayang pada dia. Walau macam mana buruk pun

Maizan tu tetap anak kita, bang,” ucap ibunya pula. Perbualan mereka

yang rancak tiba-tiba terhenti. Kedengaran bunyi telefon bimbit

ayahnya.

“Siapa pulak ni? Minhat rupanya.” Ibu jari tangan kanan ayahnya

pantas memicit telefon bimbit untuk menjawab panggilan dan

melekapkan di telinga.

“Assalamualaikum ayah,” Minhat memberi salam.

“Waalaikumsalam,” ayahnya menjawab sambil tersenyum

apabila mendengar suara anak kesayangannya itu.

“Ayah apa khabar?” soalnya.

“Alhamdulillah. Minhat dah lama tak balik. Kenapa?” balas

ayahnya pula.

96

Page 97: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Minhat bukannya tak nak balik, ayah. Tapi Minhat sibuk

sekarang ni. Tak lama lagi peperiksaan akhir. Kenalah belajar. Kalau

tak macam mana nak dapat keputusan cemerlang seperti yang ayah

nak,” katanya.

“Ya ke. Baguslah macam tu. Anak ayah la katakan.” Ayahnya

menjeling megah ke arah ibunya yang hanya berdiam diri sahaja.

“Ayah. Minhat telefon ni ada hal penting,” ujarnya.

“Apahalnya, Minhat? Cakaplah?” ayahnya pantas mencelah.

“Minhat nak duit belanjalah, ayah.”

“Berapa?”

“RM 500.00. Boleh tak ayah masukkan duit tu hari ni jugak.

Minhat betul-betul dah tak ada duit belanja ni.”

“Boleh. Sekarang jugak ayah pergi masukkan.”

“Terima kasih, ayah. Baiklah. Nanti Minhat telefon balik. Kirim

salam kat mak, ya.”

97

Page 98: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Yalah.” Ayahnya kemudian lalu melepaskan telefon bimbit dari

telinga dan menutup butang panggilan yang diterima. Dia

kemudiannya bingkas bangun.

“Minhat kirim salam,” ayahnya bersuara sambil memandang

tepat wajah ibunya.

“Waalaikumsalam. Dia minta duit lagi ke?” Ibunya sebaliknya

menyoal sambil menganggukkan kepala.

“Yalah!” balas ayahnya pendek.

“Kan baru aje abang bagi duit. Tak cukup lagi ke?”

“Duit dia dah habis. Kenalah bagi. Sudahlah. Awak jangan

banyak tanya. Saya pergi dulu.”

Ibunya memerhatikan sahaja ayahnya berlalu pergi dari ruang

tamu dan menuju ke bilik untuk menyalin pakaian. Sementara itu

keriangan jelas terpancar di wajah Minhat setelah menelefon ayahnya.

“Macam mana, Minhat? Tentu dapatkan. Senyum aje aku tengok

kau,” kata Ghani.

98

Page 99: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mesti dapat punya. Ayah aku tu kalau ayat baik mesti dia kasi

punya,” Minhat menambah.

“Enjoylah kita nampaknya!” sahut Ghani pula.

“Duit banyak. Apalagi. Buat apa kita nak fikir tentang

peperiksaan tu. Hidup ni mesti gembira. Betul tak?” Minhat memeluk

erat bahu Ghani.

“Betul. Tapi malam ni jangan lupa. Kita rempit. Kalau menang

kayalah kita,” ingat Ghani pada rakannya itu.

“Kau jangan bimbang, Ghani. Malam ni kita akan menang lagi.

Aku belanja kau dan kawan-kawan,” janjinya.

“Siapa tak kenal Minhat. Jaguh rempit. Tak siapa yang boleh

kalahkan,” ampu Ghani pula. Mereka lantas ketawa terbahak-bahak.

Maizan sedar siapa dirinya yang sebenar. Namun begitu dia tetap

nekad untuk mengambil peperiksaan lagi. Kalau abangnya dan orang

lain boleh masuk universiti kenapa dia tidak boleh.

“Kau nak duit bayar yuran peperiksaan?” Ayahnya mengeluarkan

nada suara yang tinggi.

99

Page 100: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya, ayah ….!” Maizan menjawab sambil mengangguk perlahan.

“Jangan nak berangan la, Maizan. Kau memang tak boleh masuk

universiti. Lembap. Sejak dari sekolah rendah lagi. Buat malu aku aje

ada anak macam kau ni,” rungut ayahnya sambil memandang penuh

benci.

“Sudahlah tu, bang. Bagi ajelah dia duit untuk bayar yuran

peperiksaan. Mudah-mudahan kali ni dia lulus,” pujuk ibunya.

“Awak selalu sebelahkan dia. Masuk ni dah empat kali ambil

peperiksaan. Takkan lulus. Percayalah cakap saya. Lebih baik lupakan

sahaja hasrat untuk masuk universiti. Dia ni layak jadi kakitangan

bawahan aje dan bukannya pegawai tinggi. Faham tak?” Ayahnya tak

henti-henti merendahkan dirinya. Maizan sebaliknya hanya tunduk

diam apabila mendengar kata-kata pedih yang dilemparkan oleh

ayahnya itu. Seperti ditikam sembilu rasanya.

“Kalau ayah tak nak bagi duit …. Tak apalah …. Biar saya cari

sendiri untuk bayar yuran peperiksaan ….” Dia mengalah dengan

mengeluarkan nada suara yang lemah dan kemudian bingkas bangun

berlalu pergi dari situ.

100

Page 101: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Maizan …! Maizan …! Nanti dulu …!” tahan ibunya. Dia berhenti

seketika apabila mendengar suara ibunya itu.

“Tak mengapa, mak. Maizan akan cari kerja untuk dapatkan duit

bayar yuran peperiksaan. Cuma satu sahaja Maizan minta pada ayah

dan mak. Doakanlah agar Maizan berjaya mencapai keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan itu nanti,” katanya dan meneruskan

langkah menuju ke luar rumah membawa perasaan yang hampa.

Namun begitu dia tetap bersabar. Dia menganggap semuanya sebagai

cabaran dan menguatkan semangat untuk mencapai kejayaan.

“Abang tengoklah tu. Kecil hati dia. Abang ni memang tidak adil.

Kalau Minhat minta semua dapat. Tapi kalau Maizan minta jauh

panggang dari api abang nak beri,” tingkah ibunya sebaik-baik sahaja

kelibat Maizan hilang daripada pandangan mata.

“Sudah. Awak jangan nak mengajar saya. Sebagai seorang ayah

saya tahu apa yang nak buat pada anak-anak saya. Dah berapa kali

saya cakap. Tapi awak ni masih tak faham-faham jugak. Minhat tu

anak harapan saya. Maizan? Huh ….!” rengus ayahnya dengan panjang

lebar dan bingkas bangun dari kerusi sofa yang berwarna biru air laut

itu. Ibunya hanya diam dan memerhatikan sahaja ayahnya beredar

dari situ menuju ke bilik.

101

Page 102: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Jauh benar dia mengelamun. Hari ini tidak ada kuliah. Arshad

rakan sebiliknya awal-awal lagi sudah keluar. Katanya ke rumah kakak

di Taman Keramat. Dia terus melemparkan pandangan jauh ke arah

bangunan-bangunan batu sambil menarik nafas yang panjang. Entah

mengapa. Dengan tiba-tiba sahaja segala susah payah dan jerih-perih

yang dilaluinya sebelum mencapai puncak menara gading segar

bermain di ingatannya.

Dia terpaksa bekerja sebagai pelayan restoran milik Pak Hassan

untuk mendapatkan duit bagi membayar yuran peperiksaan dan kelas

tambahan. Bekerja dari pagi hingga ke petang. Malam pula dia

menghadiri kelas malam. Kalau tidak bekerja dia akan menghabiskan

masa dengan membaca buku atau belajar secara kumpulan. Sewaktu

di kelas tambahan dia dan rakan-rakan dibimbing oleh Cikgu Firdaus.

“Bagus, Maizan. Saya dapati semua latihan yang diberi awak

dapat jawab dengan baik. Bahkan awak seorang saja yang mendapat

markah yang tinggi. Saya harap awak kekalkan prestasi ini. Saya yakin

awak pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan nanti.” Cikgu Firdaus menghamburkan kata-kata pujian

kepada Maizan.

102

Page 103: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Insya-Allah, cikgu. Semuanya ini pun adalah hasil daripada

bimbingan dan tunjuk ajar daripada cikgu jugak. Saya berjanji akan

belajar bersungguh-sungguh dan memastikan cita-cita saya untuk

masuk universiti bukan sekadar mimpi semata-mata,” ikrar Maizan

pula. Sementara itu Minhat telah dipanggil oleh pensyarah.

“Awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?” soal Encik Aziz. Nada

suaranya tenggelam bersama deruan alat penghawa dingin yang

mengepung seluruh bilik. Kesejukan jelas terasa menyapu permukaan

kulit.

“Ada apa, Encik Aziz?” Minhat membalas sambil kedua-dua biji

matanya tidak berkelip-kelip sedikit pun memandang Encik Aziz yang

segak memakai tali leher berwarna hijau muda dan berkemeja lengan

panjang berwarna merah hati.

“Apa nak jadi dengan awak ni? Sekarang dah tahun akhir.

Pelajaran awak merosot teruk. Macam mana nak dapat ijazah macam

ni?” jelas Encik Aziz pula.

“Saya tahu, Encik Aziz …. Saya bukannya tak belajar …. Tapi …,”

dia sebaliknya menjawab dengan teragak-agak.

103

Page 104: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tapi apa? Kalau awak belajar tentu dapat keputusan yang

cemerlang dalam setiap semester. Ini tidak. Saya dapat berita yang

awak terlibat dengan gejala rempit. Awak mesti ingat, Minhat. Awak tu

seorang mahasiswa. Sepatutnya menumpukan sepenuh masa pada

pelajaran dan bukannya terlibat dengan gejala yang tidak sihat. Saya

harap mulai dari hari ini awak berubah,” nasihat Encik Aziz dengan

panjang lebar. Minhat sebaliknya hanya mampu tunduk diam tanpa

bersuara.

Hari peperiksaan pun tiba. Dengan langkah yang tenang dan

semangat yang berkobar-kobar seperti api membakar Maizan

menduduki peperiksaan. Lain pula halnya dengan Minhat. Dia tetap

tidak berubah. Nasihat yang diberikan oleh Encik Aziz kepadanya

ibarat kata pepatah mencurah air di daun keladi sahaja. Dia asyik

berfoya-foya dan merempit. Dalam erti kata lain leka dengan

keseronokan dunia dalam usia yang masih muda.

Beberapa kemudian peperiksaan pun diumumkan. Ternyata

segala pengorbanan dan kegigihan Maizan selama ini tidak sia-sia. Dia

berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Doa kesyukuran dan

linangan air mata gembira mengiringi kejayaannya.

104

Page 105: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tahniah, Maizan. Berkat kesabaran dan ketekunan awak

akhirnya awak berjaya juga. Saya bangga. Punya pelajar macam awak.

Tak pernah putus asa dalam memburu cita-cita masuk ke universiti,”

ujar Cikgu Firdaus sambil bersalaman erat dengan Maizan.

“Alhamdulillah, cikgu. Saya terhutang budi dengan cikgu. Terima

kasih. Di atas segala dorongan dan tunjuk ajar selama ini sehingga

membawa kejayaan kepada saya,” Maizan berkata.

“Saya tidak mengharapkan sebarang pujian mahupun ganjaran.

Cukuplah dengan berkongsi rasa gembira melihat awak lulus dengan

cemerlang dalam peperiksaan. Tugas saya sebagai seorang pendidik

ialah memastikan insan yang berguna pada agama, bangsa dan

negara,” tambah Cikgu Firdaus pula yang berusia dalam lingkungan

lewat 30-an. Minhat pula gagal mendapatkan segulung ijazah. Dia juga

ditangkap sebaik-baik sahaja selesai menduduki peperiksaan universiti

dalam operasi mencegah lumba haram.

“Maafkan ayah, Maizan …. Selama ini ayah memandang rendah

pada kau …. Minhat yang ayah harapkan …. Rupa-rupanya ….” Suara

ayahnya terputus-putus dan terhenti.

105

Page 106: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudahlah tu, ayah. Yang lepas tu lepaslah. Ayah dan mak

seharusnya berbangga. Maizan lulus dengan cemerlang dan masuk

universiti. Ayah percayalah. Apa yang ayah buat selama ini Maizan tak

pernah ambil hati. Malahan Maizan jadikannya sebagai cabaran untuk

berjaya. Terima kasih ayah, mak.” Dia mencium tangan ayah dan

ibunya.

“Betul kata Maizan tu, bang. Dahlah. Macam mana baik dan

buruknya Minhat dan Maizan mereka tetap anak kita,” ibunya

mencelah. Ayahnya memandang wajah Maizan dengan rasa penuh

kasih sayang.

“Maizan …!” Ayahnya terus memeluk erat Maizan sambil

menangis.

“Ayah …!” Maizan turut memeluk ayahnya kuat. Tanpa disedari

titis-titis air mata menitis membasahi pipinya sambil disaksikan oleh

ibunya yang kelihatan menangis sama.

Dengan renungan yang tajam sambil memeluk erat tubuh dia

melontarkan pandangan sejauh-jauhnya ke arah bangunan-bangunan

batu yang jelas di pandangan mata. Kemudian perlahan-lahan dia

menarik nafas panjang dan mengatur langkah berlalu pergi dari

106

Page 107: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

jendela kaca yang mengingatkan pada kisah silam yang dilaluinya.

Esok adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup Maizan. Dia akan

naik ke pentas untuk menerima ijazah dan hadiah sebagai pelajar

cemerlang.

107

Page 108: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

9

PERMATA

Keheningan pagi diwarnai dengan cuaca cerah. Bola matahari

kelihatan kian meninggi di kaki langit. Sinarnya memancar terang-

benderang ke seluruh alam. Bersama tompok awan putih dan biru.

Kicauan unggas riang bernyanyi-nyanyi dengan penuh keriangan jelas

kedengaran memecah kesenyapan.

Angin dari arah bukit bertiup perlahan. Pokok nangka, jambu,

manggis, kelapa dan lain-lain lagi di luar halaman rumah meliuk-liuk ke

kanan dan kiri. Mengikut rentak tiupan angin. Sekali-sekala angin yang

berhembus terbabas lalu menyapu permukaan kulit Adnan yang

lembut. Kegelisahan. Benar-benar terasa membelit dirinya di kala ini.

Kemanusiaan, kedamaian, ketenangan dan keamanan yang

selama ini dimiliki telah hilang. Hati kecil Adnan berbisik.

Dengan langkah perlahan-lahan Adnan menuju ke jendela yang

terbuka luas. Dia melontarkan pandangan jauh di balik bukit-bukau

subur yang menghijau.

108

Page 109: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Orang kaya dari bandar tu nak buat pembangunan di kampung

ni. Minggu lepas dia ada buat perjumpaan dengan orang-orang

kampung. Katanya orang-orang kampung akan dipindahkan ke tempat

yang baru …,” Pak Sudin bersuara lemah dan tak bermaya. Nada suara

yang dikeluarkannya itu jelas menagih simpati daripada anaknya yang

masih lagi belajar di universiti dalam tahun akhir.

Adnan pantas mengalihkan pandangannya ke arah ayahnya

yang telah tua itu. Rambut dipenuhi uban dan kedut jelas kelihatan

pada kulitnya. Pak Sudin terbatuk-batuk kecil sambil menghisap rokok

daun. Adnan kemudiannya perlahan-lahan beredar dari jendela dan

melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang duduk berhadapan

dengan ayah dan ibunya.

“Bila dia suruh kita pindah, bang?” sampuk Mak Bedah tiba-tiba

sambil memandang tepat wajah suaminya. Pak Sudin sebaliknya hanya

tunduk menggeleng-gelengkan kepala dan menyedut rokok daun. Asap

memutih kelihatan berkepul-kepul naik ke atas.

“Tak tahulah. Tapi dia kata siap aje rumah di tempat baru tu

nanti barulah orang-orang kampung pindah,” Pak Sudin menjawab.

“Tempat baru tu kat mana, ayah?” soal Adnan pula.

109

Page 110: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Katanya dekat dengan kawasan bandar,” balas Pak Sudin.

“Dia nak bangunkan apa di kampung ni, ayah?” tanya Adnan lagi

dengan penuh minat sambil mengangkat kepala tinggi sedikit melihat

wajah ayahnya.

“Nak buat kawasan pelancongan,” ucap Pak Sudin yang duduk

bersela. Dia kemudiannya lalu menyucuhkan puntung rokok daun ke

dalam bekas yang dibuat daripada tempurung kelapa. Air kopi ‘o’ yang

suam itu pantas diteguknya habis.

“Orang kampung semua dah setuju ke pindah, bang?” Mak

Bedah yang duduk di sebelah Pak Sudin lalu mencelah.

“Ini yang timbul masalah sekarang ni. Orang kampung dah

pecah dua. Ada yang setuju pindah dan ada yang berkeras tidak mahu

pindah,” jelas Pak Sudin.

“Sampai begitu sekali, ayah!” Adnan berasa sungguh terperanjat

apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ayahnya itu.

“Kampung ni dah tak macam dulu lagi, Adnan. Sejak orang kaya

dari bandar tu datang nak buat pembangunan di kampung ni …,” Pak

110

Page 111: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sudin menunjukkan rasa kecewa dan hampa dengan mengeluarkan

nada suara yang lemah.

“Kita tak boleh berdiam diri, ayah. Kita mesti bersatu semula.

Walau apa pun yang terjadi kita tak akan pindah. Kita akan tinggal di

kampung ini sehingga ke akhir hayat!” ujar Adnan dengan penuh

semangat.

“Kau nak buat apa, Adnan?” Mak Bedah menambah pula.

“Saya nak kumpulkan semua orang kampung. Kita mesti

tentang habis-habisan orang kaya dari bandar tu daripada mengambil

milik yang telah kita pusakai dari datuk nenek moyang kita dulu yang

telah bersusah payah meneroka kampung ni. Kita sebagai anak cucu

dan cicit mesti mempertahankannya menyerahkan kepada orang kaya

dari bandar tu namanya tidak sekali-kali!” Semangat Adnan semakin

berkobar-kobar seperti seorang pejuang tanah air menentang

penjajah.

Perbualan rancak Pak Sudin, Mak Bedah dan Adnan lantas

terhenti. Kedengaran suara Bilal Usop melaungkan azan Asar dari

surau yang tidak jauh dari rumah mereka.

111

Page 112: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Waktu asar pun dah masuk. Adnan marilah kita ke surau,” ajak

Pak Sudin sambil bingkas bangun.

“Yalah, ayah!” angguk Adnan pula.

Selepas menunaikan solat Asar Pak Sudin, Tok Ketua, Tok Imam

dan Adnan tidak pulang ke rumah. Mereka duduk di surau sambil

berbual-bual.

“Berapa lama kau cuti, Adnan?” soal Tok Ketua yang berketayap

putih, berbaju Melayu biru air laut dan berkain pelekat.

Di luar angin bertiup lemah-gemalai. Pohon-pohon hijau bagai

menari-nari mengikut rentak tiupan angin. Sekejap meliuk ke kiri dan

sekejap meliuk ke kanan. Dedaunan yang bergeseran mengeluarkan

irama yang sungguh merdu mengusik jiwa bersama ketenangan dan

kedamaian desa permai. Cuaca yang dari awal pagi kelihatan cerah

telah bertukar menjadi redup.

“Tiga bulan, tok,” dia sebaliknya menjawab pendek pertanyaan

yang diajukan oleh Tok Ketua itu.

“Apa kau buat masa cuti ni?” Tok Imam mencelah.

112

Page 113: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Membantu ayah mengerjakan kebun. Tok Imam saya minta

maaf kalau bertanya. Kenapa orang kampung tak ramai sembahyang

jemaah di surau? Selalunya saya tengok penuh surau ni,” kata Adnan.

“Inilah yang menjadi masalah kampung ni sekarang. Berpecah

belah. Tak lagi hidup bersatu padu sepertimana yang dituntut dalam

agama,” jelas Pak Imam pula.

“Semuanya ini berpunca daripada orang kaya dari bandar tu,

kan? Demi kekayaan dan kepentingan diri sendiri kita berpecah belah

dan diusir,” Adnan cepat menambah.

“Memang betul kata kau, Adnan. Tok sebagai ketua merasa

sangat sedih apabila melihat perkara ini berlaku. Kampung ni dah tak

macam dulu lagi …,” sokong Tok Ketua dalam nada suara yang

berbunyi mengeluh.

“Kita mesti buat sesuatu untuk menjernihkan semula suasana

keruh yang telah berlaku sekarang ni. Demi kebaikan kita bersama

sebagai penduduk kampung.” Pak Sudin yang selama ini berdiam diri

tiba-tiba bersuara memberi cadangan.

113

Page 114: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Memang betul kata ayah tu. Untuk perpaduan kita semua saya

cadangkan kita adakan pertemuan di balai raya. Macam mana, tok?”

kata Adnan sambil memandang tepat wajah Tok Ketua.

“Bagus tu, Adnan. Tok memang setuju sekali dengan cadangan

kau tu,” jawab Tok Ketua.

“Bila kita nak adakan pertemuan tu?” Tok Imam mencelah.

“Perkara yang baik tak elok kita lengahkan. Takut nanti datang

pulak perkara buruk. Kita mesti adakan pertemuan esok,” ujar Adnan

lagi.

“Apa kata kalau kita adakan pertemuan tu selepas waktu Zuhur,

tok?” tambah Pak Sudin pula.

“Saya setuju!” Tok Ketua mengangguk-anggukkan kepala.

Keesokan paginya Adnan ke warung Pak Salleh untuk membeli

sarapan.

“Abang Adnan. Bila balik?” tanya Suraya anak Pak Salleh.

114

Page 115: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dah seminggu. Pak Salleh mana?” soal Adnan pula.

“Ayah ke bandar. Dengar petang ni ada pertemuan penduduk

kampung di balai raya. Betul ke, bang?” ujar Suraya.

“Betul, Suraya. Nak membincangkan masalah yang melanda

penduduk kampung sekarang ni. Pak Salleh dah tahu ke hal ni?” Adnan

berkata.

“Dah. Tok Ketua yang beritahu dia sewaktu sarapan di warung ni

pagi tadi,” Suraya sebaliknya membalas.

“Kalau Suraya nak dengar luahan penduduk kampung tentang

pembangunan yang hendak dibuat oleh orang kaya dari bandar tu

sehingga membawa kepada perpecahan datanglah ke balai raya

petang ni,” pelawa Adnan.

“Insya-Allah, bang. Kalau tak ada apa-apa nanti Suraya datang.

Oh ya. Asyik bercerita terlupa pulak. Abang nak apa?” dia bersuara.

“Beri abang nasi lemak tiga, kuih kaswi tiga dan kuih karipap

tiga,” pinta Adnan.

115

Page 116: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Yalah, bang,” Suraya menjawab.

Seperti yang dirancang oleh Tok Ketua, Tok Imam, Pak Sudin dan

Adnan pertemuan diadakan di balai raya. Namun begitu tidak semua

penduduk kampung yang hadir. Hasrat untuk menyatukan semula

penduduk kampung yang berpecah belah dan mendapatkan keputusan

agar tidak berpindah tidak tercapai.

“Nampaknya apa yang kita harapkan gagal. Tapi kita tak boleh

berputus asa. Kita mesti aturkan lagi pertemuan. Kalau tidak masalah

ini tak akan selesai,” ucap Adnan pula sebaik-baik sahaja pertemuan

pada petang itu selesai.

“Kita kena bersabar, Adnan. Banyakkanlah berdoa. Insya-Allah.

Hajat kita yang baik ini akan dimakbulkan,” Tok Ketua menyokong

sepenuhnya kata-kata Adnan itu.

Adnan menggandakan usaha mengumpulkan penduduk

kampung untuk mengatasi kemelut yang melanda. Ada yang bersetuju

untuk bertemu dan ada yang tidak mahu bertemu. Namun begitu dia

tidak berputus asa. Siang dan malam dia bekerja keras untuk memujuk

penduduk kampung agar bersatu semula dan tidak berpindah ke

tempat yang baru.

116

Page 117: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Esok kita mesti adakan pertemuan, tok. Kita mesti berusaha

jugak untuk mengatasi masalah yang melanda penduduk kampung ni,”

Adnan berkata.

“Tapi tak ramai penduduk kampung yang setuju datang. Macam

mana kita nak selesaikan masalah ni …,” rengus Tok Ketua sebaliknya.

“Tak mengapa, tok. Yang penting saya nak tekankan kepada

penduduk kampung yang hadir betapa perlunya kita bersatu dan

mempertahankan kampung ni. Tok jangan risau. Serahkan saja pada

saya,” balas Adnan.

Pada keesokan harinya pertemuan kedua diadakan di balai raya

kampung. Amat menyedihkan sekali sama seperti pertemuan pertama

dulu tidak ramai penduduk kampung yang hadir. Sedangkan usaha

yang dilakukan oleh Adnan adalah untuk kebaikan bersama penduduk

kampung.

Dengan tiba-tiba Adnan teringat akan ungkapan dalam hidup ini

biar kita kalah asalkan jangan mengalah. Dia sendiri tidak pasti dari

buku mana dia membaca ungkapan itu dan yang pasti ia ditulis oleh

seorang ahli falsafah yang terkenal. Adnan lupa nama ahli falsafah itu.

Dia menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman dalam perjuangannya

117

Page 118: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menyatukan semula penduduk kampung dan kekal di tempat yang

bertuah dan permai anugerah Tuhan Yang Esa.

Selang beberapa hari pertemuan ketiga diadakan di tempat yang

sama. Kali ini sambutannya adalah di luar jangkaan. Tidak seperti

pertemuan pertama dan kedua lalu. Seluruh balai raya dipenuhi

dengan penduduk kampung. Kalau pertemuan pertama dan kedua

dahulu banyak kerusi yang kosong tapi hari ini tak cukup kerusi

sehinggakan ada penduduk kampung yang terpaksa berdiri dan ada

yang terpaksa mendengar dari celah tingkap balairaya.

Tiada apa yang mampu diluahkan oleh Adnan selain daripada

rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana impiannya telah

dimakbulkan. Tidak sia-sia kerja keras siang dan malam yang

dilakukannya selama ini demi kebaikan bersama penduduk kampung

dan bukannya untuk kepentingan dirinya sendiri. Inilah namanya

berkat sentiasa berdoa dan bersabar untuk mencapai kejayaan.

“Tiada gunanya kita bersengketa sesama sendiri. Kita jugak akan

merasa rugi. Bukankah Islam melarang perbuatan buruk itu. Marilah

kita bersatu semula demi kesejahteraan kita bersama sebagai

penduduk kampung ini. Mulai dari hari ini marilah kita buang yang

keruh dan ambillah yang jernih. Hidup mati kita biarlah di sini.

118

Page 119: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pertahankanlah kampung ini ibarat permata yang tinggi nilainya. Sukar

dicari ganti. Saya merayu pada semua penduduk kampung.” Kata-kata

yang diluahkan oleh Adnan itu benar-benar memukau penduduk

kampung. Sehinggakan ada yang menitiskan air mata kerana timbul

penyesalan bersengketa semata-mata terpedaya dengan tempat baru

yang dijanjikan oleh orang kaya dari bandar itu.

Semua penduduk kampung lalu bermaaf-maafan dan berpeluk-

pelukan di antara satu sama lain. Suasana di balai raya pada petang

ini bercampur gembira dan terharu.

“Terima kasih, Adnan. Kau telah berjaya menyatukan semula

penduduk kampung,” Tok Ketua bersuara sambil bersalaman dengan

Adnan.

“Sama-sama, tok. Cuma satu lagi yang perlu kita selesaikan,”

Adnan menjawab.

“Apa dia?” Tok Ketua cepat memotong sambil mengangkat

kepala tinggi sedikit memandang wajah Adnan.

119

Page 120: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Besok kita beramai-ramai ke pejabat orang kaya tu untuk

menyatakan bantahan tidak mahu berpindah dari kampung ni,” ucap

Adnan pula.

120

Page 121: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

10

CABARAN

Pagi. Bola matahari kian meninggi di kaki langit biru bersama

gumpalan awan putih. Sinarnya jelas kelihatan menyinari seluruh

Kampung Sena. Kicauan burung-burung jelas kedengaran memecah

alam nan menghijau.

Di halaman rumah pokok cempedak, manggis, kelapa, rambutan

dan lain-lain lagi mengangguk-angguk perlahan ditiup angin dari arah

pergunungan. Melalui jendela yang terbuka luas angin berhembus

nyaman menyapu permukaan kulit Munir yang lembut itu. Seorang

graduan universiti. Sehingga kini masih lagi tidak mempunyai

pekerjaan.

“Belajar tinggi-tinggi takkan kerja kampung, Munir,” kata Adnan.

“Apa nak buat, Nan? Dah puas aku cari kerja. Tapi tak dapat,”

dia sebaliknya menjawab.

121

Page 122: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kalau nak banding dengan aku ni kelulusan bukannya tinggi.

Dapat kerja mewah di Kuala Lumpur,” Adnan membalas dengan penuh

angkuh.

“Dah rezeki kau,” ujar Munir dalam nada suara yang tenang.

Tercabar juga dia dengan kata-kata rakan sekampung dan

sekolahnya itu. Namun begitu dia tetap bersabar. Dugaan Tuhan. Ada

hikmahnya dan dia berkeyakinan tinggi. Siswazah menganggur seperti

dia boleh menabur bakti kepada masyarakat.

Dengan langkah yang perlahan-lahan Munir menuju ke jendela

yang terbuka luas. Fikirannya dilontarkan ke arah banjaran gunung

yang subur menghijau.

Banyak tanah terbiar di kampung ini. Lebih baik diusahakan.

Berjaya atau tidak itu bukan soalnya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-

kata pensyarahnya sewaktu di universiti dahulu. Sesuatu yang

dilakukan dalam hidup ini adalah percubaan. Dia yakin dengan

ungkapan itu.

Keesokan harinya dia pun ke rumah Tok Ketua. Menyatakan

hasrat murninya itu.

122

Page 123: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku tak ada halangan, Munir. Memang baik cadangan kau itu.

Tapi siapa yang nak usahakannya? Orang-orang kampung ni ramai

yang dah tua. Takkan larat nak buat kerja-kerja tu semua,” ucap Tok

Ketua sebaliknya.

“Kan kita ramai anak-anak muda yang tak bekerja seperti saya di

kampung ni. Kita gunakan tenaga mereka,” balas Munir.

“Betul. Soalnya mahu ke mereka mengusahakan tanah terbiar

tu. Setahu aku. Usia muda macam mereka tu mana sanggup menebas

dan mencangkul tengah panas,” ujar Tok Ketua lagi.

“Itulah silapnya orang kita ni, tok. Macam mana nak maju. Belum

apa-apa lagi dah menyerah. Itu tak jangan bimbang. Serahkan pada

saya. Tahulah saya nanti macam mana nak tarik mereka.” Munir

memberi jaminan pada Tok Ketua.

“Baiklah, Munir. Aku mengikut saja apa yang kau fikirkan baik

untuk kampung ni. Aku doakan semoga rancangan kau ni berjaya,”

Tok Ketua menambah.

“Insya-Allah, tok. Berkat doa dan sokongan tok saya yakin tanah

yang terbiar itu akan membawa hasil,” jawab Munir.

123

Page 124: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Hah, jemputlah minum, Munir. Nanti sejuk pulak air ni,” pelawa

Tok Ketua.

“Terima kasih, tok!” Munir membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

Berikutnya Munir berjumpa dengan Sidik Pengerusi Persatuan

Belia Kampung Sena.

“Bagus sekali cadangan kau tu, Munir. Sekurang-kurangnya

anak-anak muda di kampung ini tidaklah mmebuang masa dengan

melakukan perkara yang tidak berfaedah. Seperti terlibat dengan

dadah.”

“Kalau kita yang tidak mulakan siapa lagi, Sidik.”

“Memang betul kata kau tu, Munir. Aku sokong. Orang terpelajar

macam kau ni memang diperlukan buah fikirannya untuk memajukan

kampung ni.”

“Sudahlah tu, Sidik. Jangan nak memuji-muji aku. Tak ada

bezanya terpelajar atau tidak. Kita manusia kan semuanya sama di sisi

124

Page 125: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tuhan. Oh, ya! Sebelum aku terlupa. Kau ada kawan tak di Jabatan

Pertanian. Kita perlu dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dulu.”

“Itu kau jangan bimbang. Aku memang ada kawan di Jabatan

Pertanian. Besok kita ke sana. Jumpa dia.”

Ternyata Jabatan Pertanian menyokong penuh usaha murni

Munir itu. Namun begitu sudah menjadi lumrah manusia. Sesuatu yang

baik itu adaketikanya sukar diterima.

“Apa? Munir mengusahakan tanaman buah-buahan dan sayur-

sayuran di tanah terbiar tu?” kata Adnan dengan penuh rasa

terperanjat.

“Ya! Tengah rancak berjalan sekarang ni. Aku betul-betul kagum

dengan dia. Lulusan universiti yang tak memilih kerja. Sekurang-

kurangnya tanah tu ada jugak hasilnya. Daripada terbiar begitu saja,”

Tok Ketua sebaliknya menjawab.

“Itu kerja sia-sia namanya, tok. Langsung tak ada faedah. Tanah

yang terbiar tu boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada

kampung ni. Kalau kena dengan caranya.” Dia terang-terang

menentang projek yang diusahakan oleh Munir itu.

125

Page 126: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sia-sia apa pulak ni, Nan. Aku tak nampak usaha Munir tu akan

gagal. Lagipun anak-anak muda melalui Persatuan Belia kampung ni

turut sama mengusahakannya.” Tok Ketua menyatakan sokongan

yang tidak berbelah bagi.

“Itulah, tok. Mudah percaya sangat dengan kata-kata Munir.

Saya dah lama kenal dengan dia tu. Cakap saja lebih. Kata orang tak

ubah macam tong kosong. Bunyi aje lebih. Tapi hasil tak ada!” Adnan

membalas.

“Apa pasal kau marah sangat dengan Munir ni? Salah ke apa

yang dia buat tu. Sepatutnya kau turut sama memberikan sokongan

dan bukannya merosakkan rancangan dia,” ujar Tok Ketua pula.

Kebosanan. Jelas terpancar di riak wajah Adnan. Jarumnya untuk

mempengaruhi Tok Ketua agar tidak menyokong projek Munir itu

nampaknya tidak berjaya. Sebenarnya ada udang di sebalik batu.

“Begini ajelah, tok. Biar saya berterus terang ajelah. Saya

berjanji. Nak jualkan tanah tu pada tuan syarikat saya bekerja. Berapa

saja harganya dia sanggup beli,” jelas Adnan dalam nada suara yang

lembut memujuk Tok Ketua.

126

Page 127: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Nan …. Nan …!” Tok Ketua sebaliknya menggeleng-gelengkan

kepala dan sedikit mengukir senyuman kecil apabila mendengar kata-

kata Adnan itu.

“Untungnya sangat lumayan, tok. Kita pun dapat bahagian,”

tambah Adnan lagi.

Di luar cuaca begitu panas sekali. Sudah hampir sebulan hujan

tidak turun. Angin dari arah pergunungan bertiup perlahan. Pohon

kelapa yang tumbuh di halaman rumah Tok Ketua meliuk-liuk ke kanan

dan kiri. Dedaunan hijau yang bergeseran mengeluarkan irama yang

sungguh merdu. Mengikut rentak tiupan angin. Sebagai seorang

pemimpin yang masak dengan asam garam kehidupan dia cukup

faham dengan maksud Adnan itu.

“Dia nak buat apa dengan tanah tu?” dia menyoal sambil

memandang tepat wajah Adnan.

“Kalau tok nak tahu dia nak buat rumah peranginan

berkonsepkan kampung. Macam mana? Tok setuju tak?” dia cepat

menjawab serentak membalas pandangan Tok Ketua.

127

Page 128: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Diam. Tok Ketua sebaliknya menyucuhkan api paip yang melekat

di bibirnya. Adnan memerhatikan sahaja gelagatnya itu.

Angin dari arah pergunungan tiba-tiba bertiup kencang dan

menerobos masuk ke dalam rumah papan itu. Bunyi ayam, itik dan

kambing peliharaan Tok Ketua jelas kedengaran memecah suasana.

Tok Ketua kemudiannya lalu menghembus keluar asap paip. Nampak

berkepul-kepul memutih memenuhi ruang tamu rumah itu.

“Nan, aku berpegang pada pepatah kerbau berpegang pada tali

manusia berpegang pada janji. Aku dah beri sepenuh kepercayaan

pada Munir untuk mengusahakan tanah tu. Dia baru mula. Takkan aku

nak suruh dia berhenti.”

“Jangan tolak tuah, tok. Ini untuk kesenangan tok dan penduduk

kampung ni jugak.”

“Dalam dunia ni tak ada manusia yang hendak hidup susah.

Semua nak hidup senang. Kau silap, Nan. Aku bukan jenis pemimpin

yang mementingkan kemewahan dan diri sendiri. Biar susah senang

bersama dengan anak-anak buah.”

128

Page 129: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tersentak Adnan apabila mendengar kata-kata yang keluar

daripada mulut Tok Ketua itu. Pedas dan tajam bunyinya. Namun

begitu dia tetap tidak berputus asa. Memujuk Tok Ketua supaya

memenuhi impiannya memperolehi habuan lumayan hasil daripada

jualan tanah itu.

“Tok, projek rumah peranginan yang dicadangkan oleh tuan

syarikat saya tu bukan kecil. Belanjanya besar. Dengan bermacam-

macam kemudahan yang disediakan tentu akan menarik pelancong

dating ke kampung ni dan bertambah maju. Setanding dengan

kampung-kampung lain. Hah, tok jugak nanti dapat nama,” ucap

Adnan.

“Sekali lagi kau silap, Nan. Orang tua yang sekarang berada di

depan kau ni tidak mengejar nama walaupun berkuasa. Begini ajelah.

Bidang pertanian juga boleh menyumbang kemajuan pada kampung

tanah kelahiran kau ni. Projek rumah peranginan tuan syarikat kau

bekerja tu belum tentu dapat mendatangkan hasil untuk dinikmati oleh

penduduk kampung ni. Takut nanti lebih banyak pembaziran aje,” Tok

Ketua sebaliknya menjawab dengan panjang lebar.

“Dahlah, tok. Saya buat benda yang baik untuk kampung ni tok

tak setuju. Benda yang tak berfaedah langsung dibuat oleh Munir tu

129

Page 130: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

tok sokong pulak. Saya balik dululah!” Dia pantas beredar dari rumah

Tok Ketua dengan penuh rasa hampa.

“Eh, kalau ya pun tunggulah minum dulu. Nan …! Nan …!” tahan

Tok Ketua pula.

“Kenapa dengan Nan tu, bang? Lain macam aje saya tengok,”

ujar Mak Timah yang muncul dari dapur sambil membawa dulang yang

berisi minuman.

“Entahlah, Mah …!” keluh Tok Ketua sambil menyucuhkan

semula api paip yang telah padam.

Projek tanaman semula yang diilhamkan oleh Munir nyata

membuahkan hasil.

“Aku betul-betul kagum dengan kau ni, Munir,” kata Sidik.

“Kagum apa?” tanya Munir sambil mengesat peluh di dahi.

“Tak ramai orang terpelajar macam kau ni nak menceburi bidang

pertanian. Yalah tempat kau sepatutnya di bilik yang besar dan

130

Page 131: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berhawa dingin. Dan bukannya berpanas terik macam ni,” Sidik

membalas.

“Ijazah tidak boleh dijadikan ukuran untuk berjaya dalam hidup.

Bagi aku bidang pertanian juga merupakan satu kerjaya. Jauh di sudut

hati aku menyesal memilih bidang ini walaupun tidak setimpal dengan

kelulusan yang aku miliki,” jelas Munir.

Bola matahari jelas kelihatan menegak di kaki langit. Cahaya

yang dipancarkannya menyimbah ke seluruh alam. Bahangnya pula

terasa pedih menggigit permukaan kulit.

Sementara itu angin dari arah pergunungan bertiup lemah-

gemalai. Pohon-pohon yang menghijau mengangguk-angguk. Seolah-

olah menyokong dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Munir itu.

Bunyi daun-daun bergeseran ibarat irama lagu yang sungguh

menghiburkan jiwa apabila didengar. Begitu juga dengan bunyi daun-

daun kering dan ranting patah jatuh berguguran di atas tanah juga

jelas kedengaran memecah suasana yang dibalut dengan ketenangan.

Munir dan Sidik sama-sama meneguk minuman. Dingin. Umpama

air terjun di pinggir kali. Jelas terasa apabila air membasahi tekak yang

kering.

131

Page 132: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau lihat tu, Munir. Anak-anak muda begitu bersemangat sekali.

Mengerjakan tanah yang dulunya terbiar. Kini dipenuhi dengan sayur-

sayuran dan pokok buah-buahan,” ucap Sidik sebaik-baik sahaja

selesai meneguk minuman.

Munir lalu menarik nafas panjang.

“Itulah yang kita mahu. Anak-anak muda di kampung ni dapat

menyumbang sesuatu yang berguna dalam usia ibarat sehelai daun

hijau,” balas Munir.

“Aku setuju sekali dengan kata-kata kau tu. Sejak projek

tanaman semula ni bermula aku sebagai Pengerusi Persatuan Belia

kampung ni tengok mereka jauh dah berubah. Tak macam dulu. Lebih

banyak melakukan perkara yang tak berfaedah,” Sidik menambah.

“Mereka memang mudah terpengaruh dengan perkara begitu.

Siapa lagi yang nak mengubahnya. Kalau bukan kita. Oh, ya! Sebelum

aku terlupa. Sayur-sayuran kita tu dah ada pemborong. Harga yang

ditawarkan pun berpatutan,” ucap Munir pula.

“Ya ke? Baguslah macam tu!” Sidik sebaliknya membalas sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

132

Page 133: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kita dah lama berehat ni. Mari kita sambung kerja balik,” ajak

Munir.

“Yalah!” kata Sidik.

Mereka berdua bingkas bangun sambil membawa cangkul

menuju ke tapak projek tanaman semula.

Keesokan paginya Adnan bertemu dengan Tuan Sharif.

“Susah, tuan …!” keluh Adnan pendek.

“Apa yang susah ni, Nan?” soal Tuan Sharif.

“Tanah tu dah dijadikan projek tanaman semula.” Adnan

memberi penjelasan.

“Projek tanaman semula?” Tuan Sharif merasa sungguh

terperanjat apabila mendengar kata-kata itu.

“Ya, tuan!” angguk Adnan dengan pantas.

133

Page 134: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Siapa yang usahakan?” Tuan Sharif bagaikan tidak sabar-sabar

lagi pantas mencelah.

“Munir. Seorang lulusan universiti. Bersama dengan anak-anak

muda kampung melalui Persatuan Belia,” Adnan menjawab.

“Awak mesti ingat. Dah ada pelabur luar yang bersetuju

usahasama dengan kita melaksanakan projek tu. Kita tak boleh

lepaskan peluang ini begitu sahaja. Walau apa cara sekalipun awak

mesti dapatkan tanah tu. Ingat, Nan. Saya beri awak amaran. Kalau

awak gagal. Awak akan dipecat. Faham!” Dia mengeluarkan nada

suara yang tinggi.

Adnan kemudiannya pantas berlalu pergi dari bilik Tuan Sharif.

Tak dapat cara halus cara kasar aku gunakan. Janji tanah tu dapat.

Habuan pun dapat dan aku tidak dibuang kerja. Getus hati kecilnya.

Tanpa berlengah lagi dia lalu memicit nombor telefon bimbitnya

dan menghubungi Murad.

“Hello, Murad. Aku nak jumpa kau. Sekarang. Tempat biasa. OK!”

Seperti yang dijanjikan Adnan dan Murad lalu berjumpa.

134

Page 135: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku ada kerja untuk kau.”

“Kerja apa, Nan?”

“Ini RM 500.00. Aku nak kau bawa kawan-kawan kau rosakkan

satu projek tanaman semula.”

“Di mana?”

“Kampung aku. Malam ni tepat pukul 8.00 kau tunggu di sini.

Aku bawa kau ke sana.”

“Baiklah!”

Munir, Sidik dan Tok Ketua memandang sayu tanaman sayur-

sayuran dan buah-buahan yang telah dirosakkan. Cuaca pada hari ini

nampak suram. Angin dari arah pergunungan bertiup lemah. Seolah-

olah bersimpati dengan nasib yang menimpa Munir, Sidik dan anak-

anak muda kampung yang mengusahakan projek tanaman semula.

“Sabar, Munir. Ini semua ujian Allah. Mungkin ada rahmat di

sebaliknya.” Tok Ketua menenangkan Munir sambil menepuk-nepuk

bahunya.

135

Page 136: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Munir sebaliknya hanya berdiam diri sambil tunduk memegang

daun-daun sayur yang telah hancur.

“Kita tak boleh berdiam diri, tok. Kita mesti cari sampai dapat

mereka yang melakukan angkara ini. Kalau saya dapat nanti tahulah

saya mengajarnya cukup-cukup!” kata Sidik dengan perasaan yang

penuh geram.

“Jangan bertindak terburu-buru, Sidik. Kita kan ada undang-

undang. Lebih baik kita laporkan saja perkara ini pada pihak

berkuasa,” ujar Tok Ketua pula.

Munir lalu bangun dan mendongakkan kepala tinggi sedikit.

“Kita mesti bangkit semula. Sekali kita ke depan. Tidak sesekali

kita akan ke belakang bila gagal. Kita mesti bina semula projek

tanaman semula yang telah musnah ini. Insya-Allah. Kita di pihak yang

benar. Kejayaan akan bersama kita.” Munir membakar kata-kata

semangat.

Ternyata rancangan jahat Adnan tidak melemahkan semangat

Munir, Sidik dan anak-anak muda kampung. Malahan hasil tanaman

mereka amat menggalakkan berbanding dengan yang terdahulu.

136

Page 137: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Jabatan Pertanian telah menganugerahkan Pertanian Cemerlang. Bagi

Munir selaku Ketua Projek kejayaan ini bukan miliknya seorang.

Malahan semua yang telah berusaha keras dan bertungkus-lumus

memerah keringat di bumi bertuah menjayakannya.

Benar kata pepatah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya

jatuh ke tanah juga. Adnan dan rakan-rakannya telah ditahan oleh

polis.

Di kaki langit fajar kian menyingsing melabuhkan tirainya

menyambut malam. Esok hari baru akan bermula. Segala suka dan

duka yang dilayari hari ini dihimpunkan menjadi kekuatan pengalaman

selagi masih bernafas di atas muka bumi ini. Sesungguhnya hidup ini

penuh dengan pelbagai cabaran. Perlu ditempuhi dengan kuat dan

tabah. Demikianlah yang bersarang dalam jiwa seorang siswazah yang

bernama Munir.

137

Page 138: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

11

SURATAN JODOH

Selepas menunaikan solat Asar di surau Pak Latip terus pulang

ke rumah. Setibanya di rumah Pak Latip yang berketayap putih,

berbaju Melayu berwarna biru muda dan berkain pelikat duduk di atas

kerusi kusyen. Angin dari arah bukit bertiup lembut membelah seluruh

kampung. Cuaca kelihatan cerah.

“Minum, bang,” pelawa Mak Kiah sambil meletakkan secawan air

kopi dan sepinggan lepat pisang di atas meja.

Pak Latip kemudiannya lalu meneguk air kopi perlahan-lahan.

“Sedap lepat pisang ni,” kata Pak Latip.

“Pisang yang abang bawa balik dari kebun semalam. Bang. Tadi

Johan datang,” Mak Kiah sebaliknya bersuara.

“Ada apahal dia kemari?” soal Pak Latip pula.

138

Page 139: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tentang rancangan dia nak jodohkan anaknya Azam dengan

anak kita Maimunah,” jelas Mak Kiah.

“Saya tiada halangan. Yalah. Bukannya kerana Johan tu orang

berada. Saya menerima hasratnya itu. Tapi atas niat baik dan kalau

sudah ditentukan oleh Tuhan jodoh Maimunah dengan anaknya. Awak

pulak macam mana?” Pak Latip menambah.

“Apa yang abang fikirkan baik saya jugak begitu, bang,” sokong

Mak Kiah.

“Tapi saya cuma bimbang. Zaman sekarang ni bukan macam

zaman kita dulu. Jodoh diaturkan oleh orang tua. Awak dah tanya ke

dengan tuan punya badan sendiri,” ucap Pak Latip.

“Dah, bang. Kata Maimunah ajal dan maut di tangan Tuhan.

Kalau sudah ditakdirkan jodohnya dengan Azam dia ikhlas

menerimanya dengan hati yang terbuka. Lagipun kalau baik bagi kita

sebagai ayah dan ibunya maka baik juga bagi dirinya,” Mak Kiah

membalas.

139

Page 140: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Syukur alhamdulillah. Marilah kita sama-sama berdoa semoga

apa yang kita rancangkan ini akan direstui oleh Allah SWT,” tambah

Pak Latip.

Sementara itu di rumah Johan.

“Azam. Ada perkara yang ayah nak cakap,” Johan bersuara.

“Perkara apa, ayah? Kalau pasal bisnes kita bincang aje di

pejabat. Bukannya di rumah,” celah Azam.

“Ini bukan soal bisnes. Ayah dah buat keputusan nak jodohkan

kau dengan Maimunah pekerja syarikat kita tu,” terang Johan yang

duduk di atas kerusi antik mewah.

“Apa? Abang nak jodohkan Azam dengan Maimunah. Abang tak

malu ke. Pekerja syarikat dijadikan menantu,” Faridah menyampuk

dengan rasa terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar

daripada mulut suaminya itu.

“Betul kata mak tu. Ayah kan tahu yang saya berkawan dengan

Sherin. Dah suka sama suka. Kenapa pulak saya harus berkahwin

dengan Maimunah pilihan ayah,” ucap Azam pula.

140

Page 141: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Lagipun kita kan dah setuju dengan Datuk Mohd Nor dan Datin

Ani nak satukan Azam dengan Sherin. Takkan abang dah lupa,” ingat

Faridah pada Johan.

“Itu dulu. Tapi sekarang abang dah buat keputusan. Abang Latip

dan Kak Kiah akan menjadi bisan kita. Bukannya Datuk Mohd Nor dan

Datin Ani,” putus Johan sebaliknya.

“Abang. Apa pulak kata mereka nanti. Bukankah abang dengan

Datuk Mohd Nor tu dah lama berkawan baik dalam dunia perniagaan.

Dituduhnya kita mungkir janji pulak,” ujar Faridah lagi.

“Bagi saya Maimunah sesuai sebagai pasangan hidup Azam. Baik

tingkah laku dan beragama. Susah nak dapat gadis macam dia zaman

sekarang,” Johan bersuara.

“Saya minta maaf, ayah. Terus terang saya katakan. Saya tetap

akan berkahwin dengan Sherin dan bukannya Maimunah!” Azam

membantah sekeras-kerasnya kemahuan ayahnya.

“Keputusan ayah muktamad. Maimunah tetap akan menjadi

isteri kau. Minggu depan ayah akan hantar wakil untuk meminang.”

Johan memberikan kata putus.

141

Page 142: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ayah. Berilah saya peluang untuk ….” Azam tidak dapat

meneruskan percakapan untuk memberikan penjelasan selanjutnya.

“Cukup tu, Azam! Apa yang ayah dah putuskan kau tetap kena

ikut. Ini bukan paksaan. Demi untuk kebaikan hidup kau. Ayah pilih

Maimunah sebagai isteri kau. Faham!” Johan cepat memotong dalam

nada suara yang tegas dan kemudiannya bingkas bangun menuju ke

bilik atas.

Azam dan ibunya hanya berdiam diri apabila mendengar kata-

kata yang diluahkan oleh ayahnya itu. Dia kemudiannya memandang

wajah ibunya yang duduk berhadapan dengannya.

“Apa dah jadi ni, mak? Tiba-tiba aje ayah suruh kahwin dengan

Maimunah. Tak fahamlah saya. Kenapa ayah buat macam ni.” Azam

sebaliknya meluahkan rasa bingung yang melanda dirinya akibat

daripada keputusan ayahnya itu kepada ibunya.

“Entahlah, Azam. Mak pun pening kepala dibuatnya,” Faridah

menjawab.

“Bosanlah macam ni …,” keluh Azam sambil pantas bangun dan

menuju ke pintu masuk rumah.

142

Page 143: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Nak ke mana tu, Azam?” tanya Faridah pula sambil

mendongakkan kepala tinggi sedikit.

“Lebih baik keluar. Cari ketenangan. Kat rumah ni berserabut aje

kepala,” Azam menjelaskan pada ibunya.

“Kalau ya pun tunggulah dulu, Azam. Azam …! Azam …!” Faridah

cuba menahan anaknya.

Keesokan harinya Azam berjumpa dengan Maimunah.

“Awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?” Azam berkata.

“Tak? Kenapa, Encik Azam? Ada yang tak kena ke dengan kerja

yang saya buat?” balas Maimunah yang kelihatan ayu bertudung

warna merah dan berbaju kurung berwarna biji kundang.

“Bukan pasal kerja. Tapi pasal kita berdua,” Azam bersuara

dalam nada yang tidak menyenangkan.

“Saya tahu. Sebab Tuan Johan nak jodohkan kita berdua, kan?”

Maimunah sebaliknya menjawab.

143

Page 144: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Awak dengar sini ya. Kita tak akan kahwin. Biar saya berterus

terang dengan awak. Bakal isteri saya bernama Sherin. Anak Datuk

Mohd Nor. Saya dan dia dah lama berkenalan sewaktu sama-sama

menuntut di luar negeri dulu. Saya dan Sherin dah kenal hati budi

masing-masing. Sedangkan awak baru saya kenal bekerja dengan

syarikat ayah saya. Dah terus nak kahwin. Jawapannya minta maaf

dari saya!” ujar Azam pula dengan panjang lebar berserta rasa

bongkak.

“Encik Azam. Ini adalah kehendak Tuan Johan sendiri. Bukan

kehendak saya,” tambah Maimunah dengan tenang.

“Sudah. Saya tak mahu dengar itu semua. Ayah saya paksa

macam mana sekalipun saya tetap tidak akan kahwin dengan awak.

Faham!” Azam memberikan kata putus. Maimunah sebaliknya

mendiamkan diri.

Pak Latip dan Mak Kiah rancak berbual-bual. Tiba-tiba

kedengaran suara orang memberi salam dari bawah rumah. Pak Latip

dan Mak Kiah lalu menjawab salam.

“Ada orang datang. Cuba awak tengok siapa tu,” arah Pak Latip

pada isterinya. Mak Kiah bingkas bangun menuju ke pintu.

144

Page 145: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau rupanya, Johan. Jemputlah naik,” pelawa Mak Kiah.

“Apa khabar, kak?” tegur Johan.

“Baik. Kau seorang aje ke? Faridah tak ikut sekali?” soal Mak

Kiah.

“Tak, kak!” Johan sebaliknya menjawab ringkas.

“Johan. Jemputlah duduk,” kata Pak Latip pula.

“Apa khabar, bang?” ucap Johan sambil bersalaman dengan Pak

Latip.

“Alhamdulillah baik. Kenapa tak telefon dulu nak datang,” Pak

Latip bersuara.

“Saya sebenarnya dari rumah Tok Ketua. Bincang nak cat semula

surau kampung kita tu. Saya nak beri sumbangan ikhlas,” tambah

Johan.

145

Page 146: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Syukur alhamdulillah. Moga Allah memberi ganjaran pada

kebaikan yang kau lakukan,” ujar Pak Latip lagi.

“Saya tak harapkan semua tu, bang. Yang penting amal jariah

sepertimana yang dituntut oleh Allah SWT kepada saya sebagai hamba

di atas dunia yang sementara ini. Terlanjur saya ke rumah Tok Ketua

saya singgah ke rumah abang. Nak bincangkan hal anak-anak kita tu,”

Johan menerangkan pada Pak Latip.

“Kak Kiah ada cerita pada abang. Tentang niat kau nak jodohkan

Azam dengan Maimunah. Alhamdulillah. Abang dan kakak tiada

halangan termasuk tuan punya badan sendiri Maimunah. Tapi macam

mana pulak dengan Azam. Dia setuju ke?” Pak Latip mendongakkan

kepala tinggi sedikit memandang muka Johan.

“Betul tu, Johan. Yalah. Macam Azam tu. Faham-fahamlah aje.

Berkedudukan macam kau. Takut dia tak boleh menerima Maimunah.

Tak bahagia hidup bersama. Kita pulak yang disalahkannya,” sampuk

Mak Kiah dengan tiba-tiba.

“Tentang tu tak usahlah abang dan kakak risaukan. Apa yang

saya lakukan ini demi kebahagiaan hidup anak saya dan anak abang

dan kakak. Insya-Allah. Mereka akan hidup bahagia dan mengenal

cinta melalui perkahwinan yang kita aturkan ini,” yakin Johan pula.

146

Page 147: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Azam dan ibunya kelihatan sedang rancak berbincang mengenai

perkahwinan dengan Maimunah ketika Johan memasuki ruang tamu

rumah mewah itu.

“Awal abang balik hari ni. Tak macam biasa. Abang tak ke

pejabat ke hari ni.” Faridah mengalih tajuk perbualan.

“Tak. Saya ke rumah Abang Latip dan Kak Kiah. Bincangkan hal

perkahwinan Azam dengan Maimunah,” Johan menambah setelah

duduk di atas kerusi sofa antik.

“Ayah …!” Azam tidak sempat untuk bercakap.

“Sudah, Azam! Apalagi yang kau nak. Segala kemewahan hidup

ayah dah beri. Takkan permintaan ayah yang baik ini tak boleh kau

tunaikan!” Johan pantas memotong dalam nada suara yang tegas.

“Dah dia tak nak Maimunah sebagai isteri nak buat macam

mana. Mana boleh paksa-paksa dalam soal kahwin ni,” celah Faridah

pula.

“Awak jangan bercakap sedap mulut aje. Soal paksa tidak timbul

dalam perkahwinan yang saya aturkan ini. Tapi yang penting bahagia.

147

Page 148: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Ingat, Azam. Kaulah satu-satunya pewaris syarikat ayah. Maimunah

adalah pilihan tepat untuk bersama dengan kau untuk menjaga

syarikat demi anak cucu ayah pada masa yang akan datang,” Johan

mengingatkan anaknya.

“Tapi, ayah. Kan saya dah cakap. Saya tak cintakan …,” Azam

terhenti.

“Cukup, Azam! Kan ayah dah cakap. Ayah tak akan berpatah

balik. Kau tetap akan berkahwin dengan Maimunah. Kau jangan nak

beri ayah malu. Sudah. Waktu asar dah pun masuk. Siap cepat. Kita

pergi berjemaah di masjid. Awak Faridah ikut sekali,” potong Johan

dengan pantas dan panjang lebar sambil bingkas bangun.

“Yalah, bang. Azam pergi cepat siap. Tak lama lagi kau akan

bergelar suami. Sebagai ketua keluarga kau kenalah menunjukkan

teladan yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama dalam

membina sebuah keluarga yang bahagia,” Faridah sebaliknya bersuara

sambil memandang wajah Azam.

“Baiklah, mak!” Azam membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala tanda menurut sahaja apa yang diarahkan oleh

ayah dan ibunya itu.

148

Page 149: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Hah, macam tulah. Sembahyang jemaah ni banyak pahalanya

daripada sembahyang sendirian. Rugi kalau kita tidak lakukan seperti

yang dituntut oleh agama,” ingat Johan lagi.

Setelah siap semuanya Johan, Faridah dan Azam pun pergi ke

masjid untuk menunaikan solat Asar dengan menaiki kereta mewah

yang dipandu oleh Azam.

Restoran Nelayan yang menyediakan masakan kampung

menjadi pilihan makan tengah hari Azam dan Sherin. Selepas

menikmati hidangan yang penuh menyelerakan mereka rancak

berbual-bual.

“Apa? Ayah kau suruh kahwin dengan pekerja syarikat. Azam.

Kau jangan nak bergurau!” Sherin berasa sungguh terkejut apabila

mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Azam itu.

“Sungguh, Sherin! Aku tak bergurau. Tak tentu arah aku

dibuatnya. Dia paksa aku kahwin jugak. Apa yang diputuskannya tak

boleh dibantah langsung. Kalau hitam hitamlah kalau putih putihlah.”

Azam melepaskan sepenuh masalah yang dihadapinya pada Sherin.

149

Page 150: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jadi kau setujulah nak kahwin dengan gadis pilihan ayah kau

tu?” Sherin menyoal sambil melemparkan pandangan yang penuh

manja pada Azam.

“Mana boleh, Sherin. Takkanlah aku nak kahwin dengan

perempuan yang aku tak cintai. Lainlah kau. Wanita yang aku cintai

setulus hati. Tulah kau. Aku ajak kahwin ada aje alasan. Tak

bersedialah. Nanti dululah. Masa panjang lagilah. Macam-macam.

Kalau kita kahwin tak timbul masalah ni,” rungut Azam pula.

“Apa yang kau merepek ni, Azam?” jawab Sherin.

“Merepek apa pulak. Kenyataan. Masalah ni semua berpunca

kerana kita tak berkahwin. Sedangkan kedua-dua orang tua kita dah

tahu kita ni dah suka sama suka sejak menuntut di luar negeri lagi.”

Azam nyata tidak senang dengan jawapan yang diberikan oleh Sherin

itu.

“Buat apa pening kepala kau fikirkan semua ni, Azam. Sampai

masa nanti kita kahwinlah.” Sherin cuba memujuk Azam.

“Tapi soalnya bila?” tambah Azam lagi.

150

Page 151: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sabarlah. Kita akan kahwin jugak nanti. Percayalah!” yakin

Sherin dalam nada suara yang manja sambil memegang tangan Azam

yang duduk berhadapan dengannya.

“Kau pandai berjanji. Tapi tak pernah tertunai. Bosan aku tahu

tak,” Azam mengeluh.

“Janganlah macam tu, Azam. Aku percaya. Kita tetap akan

kahwin. Ayah kau tetap akan pilih aku sebagai menantu. Kau pujuklah

ayah kau tu baik-baik. Dia pasti akan menerima keputusan kau.” Dia

tak putus-putus meyakinkan Azam.

“Yalah …!” Azam akhirnya mengalah dengan pujukan kekasihnya

itu.

“Macam tulah. Apa kata lepas ni kita pergi shopping,” cadang

Sherin sambil mengukir senyuman apabila melihat wajah Azam

kembali ceria.

“Aku ikut aje!” ucap Azam sambil pantas mengangguk-

anggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan Sherin itu.

“Jom kita pergi sekarang,” Sherin berkata.

151

Page 152: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Azam kemudiannya lalu memanggil pelayan untuk mendapatkan

bil bayaran makanan dan minuman yang dipesan.

Pagi itu setibanya di pejabat Zarina setiausaha syarikat

memberitahu Azam ayahnya hendak berjumpa. Tanpa berlengah lagi

Azam menuju ke bilik ayahnya.

“Ada apa, ayah?” tanya Azam sebaik-baik sahaja duduk di atas

kerusi.

“Kau baca ni,” arah Johan sambil menghulurkan suratkhabar

kepada Azam.

“Apa? Anak seorang usahawan terkenal bergelar Datuk

ditangkap khalwat. Sherin!” Azam berasa sungguh terperanjat apabila

membaca berita panas yang tersiar dalam suratkhabar hari ini.

Dia terus diam membisu. Baru dia mengerti kini. Cintanya

terhadap Sherin ibarat mencurah air di daun keladi sahaja. Selama ini

dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Sherin hanya berpura-pura

menyintai dirinya. Rasa kecewa dan luka yang pedih seperti ditikam

sembilu tajam pantas menyelubungi perasaan. Namun begitu dia tetap

bersyukur kerana tidak menjadikan Sherin sebagai isteri.

152

Page 153: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Johan mengerti akan apa yang sedang bersarang di jiwa anaknya

setelah membaca berita yang sungguh menggemparkan itu.

“Azam …. Setiap yang Tuhan aturkan itu ada hikmahnya. Sama

seperti perkahwinan yang ayah aturkan ini. Ayah pernah melihat

Sherin keluar dengan ramai lelaki. Demi tidak mahu melihat kau

menderita sekiranya berkahwin dengan dia maka ayah memilih

Maimunah gadis kampung sebagai isteri kau. Azam. Jangan terlalu

memandang pada kecantikan tetapi yang penting kesetiaan dan

kejujuran di hati dalam membina kebahagiaan hidup bersama sebagai

suami isteri,” nasihat Johan pada anaknya dalam nada suara lembut

dan panjang lebar.

Azam sebaliknya lalu menarik nafas yang panjang dan

memandang wajah ayahnya.

“Saya minta maaf, ayah. Barulah saya sedar kini mengapa ayah

memilih Maimunah sebagai isteri saya. Terima kasih, ayah. Saya akan

menerima Maimunah sebagai isteri dengan rasa penuh cinta dan

ikhlas,” kata Azam.

“Alhamdulillah,” Johan melafazkan rasa penuh kesyukuran.

153

Page 154: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

12

JALAN PULANG

Selepas mandi Amri turun bersarapan. Selesai bersarapan dia

terus ke kolej dengan menaiki motosikal.

“Macam mana dengan malam ni? Jadi ke?” kata Rashid pada

Amri sebaik-baik sahaja tiba di kolej.

“Jadi!” Amri menjawab dengan cepat.

“Aku yakin. Kita pasti menang malam ni,” sokong Rashid pula.

Tiba-tiba lalu seorang pelajar perempuan ayu bertudung. Jalan

tunduk dan penuh sopan.

“Siapa tu? Boleh tahan. Cantik,” ucap Amri tidak berkelip-kelip

memandang pelajar perempuan itu.

“Pelajar baru agaknya. Kenapa? Kau dah jatuh hati ke?” Rashid

sebaliknya bersuara.

154

Page 155: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Taklah sampai ke situ. Tapi …. Lawa,” ulang Amri lagi.

“Hah. Kan aku dah kata. Itu tandanya kau dah terpikat dengan

dia, kan,” Rashid menambah.

“Dahlah. Gadis pakai tudung mana boleh jadi awek aku,” dalih

Amri pula.

“Habis tu. Kau asyik kata cantiklah lawalah. Bukan dah jatuh hati

namanya, Amri. Terus terang ajelah,” desak Rashid.

“Sudahlah. Kau jangan nak merepek. Kelas pun dah nak mula.

Mari kita pergi. Nanti membebel lagi Encik Zulkarnain. Lambat masuk

kelas,” ajak Amri.

Selepas tamat kelas Amri dan Rashid tidak terus pulang ke

rumah. Kedua sahabat baik itu sebaliknya rancak berbual-bual di

tempat letak motosikal. Tajuk perbualan Amri dan Rashid lebih kepada

perlumbaan malam ini.

“Malam ni pukul berapa, Amri?” soal Rashid.

155

Page 156: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Macam biasalah. Kau ni buat-buat lupa pulak. Macamlah

pertama kali join race,” Amri menjawab dalam nada suara yang tidak

senang dengan pertanyaan Rashid itu.

“Tempat pun macam biasa jugaklah,” celah Rashid pula.

“Yalah!” Amri mengangguk-anggukkan kepala.

“Siapa taja?” tanya Rashid lagi sambil mengangkat kepala tinggi

sedikit memandang muka Amri.

“Siapa lagi kalau bukan Abang Bidin kita,” balas Amri.

Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti seketika.

Kedengaran bunyi telefon bimbit Amri.

“Hah. Panjang pun umur. Abang Bidin,” kata Amri apabila

melihat nombor orang yang menaja perlumbaan tertera di telefon

bimbitnya.

Dia pantas menjawab panggilan itu.

156

Page 157: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Hello, bang. Ya. Malam ni jadi. Apa? Lumayan. OK. Kita jumpa di

sana nanti,” ujar Amri.

“Apa kata Abang Bidin?” Rashid bagaikan tidak sabar-sabar lagi

ingin mengetahui apa yang dibualkan Amri dengan orang yang menaja

perlumbaan malam ini.

“Dia dah aturkan semua untuk race malam ni. Termasuk jalan

untuk kita melarikan diri sekiranya dikejar polis nanti. Hadiahnya

sungguh lumayan,” terang Amri.

“Lumayan? Berapa?” Rashid sebaliknya bertanya apabila tertarik

mendengar kata-kata Amri itu.

“Ah. Dah menang nanti kau tahulah. Kau ni banyak soal pulak.

Oh ya! Baru aku teringat. Nora nama budak baru tu. Dengan tiba-tiba

sahaja Amri mengalih tajuk perbualan.

“Amri …! Amri …!” Rashid menggeleng-gelengkan kepala sambil

ketawa kecil.

“Eh, apa yang kau ketawa ni. Lucu sangat ke bila aku sebut

nama dia.” Amri berasa sangat hairan apabila melihat gelagat yang

ditunjukkan oleh Rashid itu apabila menyebut nama Nora.

157

Page 158: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Begini ajelah kawan. Aku tak nak cakap banyak. Lebih baik kau

berterus terang pada dia. Yang kau sukakan dia. Habis cerita,” cadang

Rashid.

“Apalah kau ni, Rashid? Tak habis-habis merepek. Jangan-jangan

kau yang suka kat dia tak?” Amri membantah.

“Dah aku suka kat dia pulak. Habis tu yang kau asyik sebut

nama dia apahal. Kan aku dah cakap. Itu tandanya yang kau suka kat

dia,” ingat Rashid.

“Habis? Sebut aje nama aku syok kat dia. Hei. Kan aku dah

cakap. Dia tu pakai tudung. Mana aku minat. Citarasa aku pada gadis

yang tak pakai tudung. Senang bawa ke sana kemari. Kau sendiri pun

selalu tengokkan gadis yang aku jadikan pasangan. Macam Nora tu.

Tengok pun aku dah tahu. Agama kuat susah nak ajak keluar,” jelas

Amri dengan panjang lebar.

“Selalunya kata orang apa yang kita tak suka itulah akhirnya

yang kita dapat. Aku rasa macam ini ajelah. Aku cabar kau pikat dia.

Kalau berjaya aku berjanji aku belanja kau makan. Kalau kau betul-

betul anak jantan kau terimalah cabaran aku ni. Apa macam, boleh?”

Rashid bersuara.

158

Page 159: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baik! Aku terima cabaran kau sahabat yang bernama Rashid.

Tapi aku tak akan jadikan dia sebagai teman istimewa. Tapi semata-

mata tak nak malu sebagai anak jantan dan nak merasa kau belanja

makan. Setuju?” Amri menyatakan persetujuan untuk menyahut

cabaran yang dilontarkan oleh Rashid itu.

“Setuju. Aku memang setuju sangat. Tapi kau jangan lupa. Itu

kalau aku kalah dalam pertaruhan. Macam mana pulak kalau aku

menang dalam pertaruhan. Baru nampak adil, kan,” ujar Rashid.

“Oh, ya! Betul jugak cakap kau. Hah. Tak usah cerita banyak.

Aku pun macam kau jugaklah. Belanja makan sudahlah. OK?” Amri

pantas menambah.

“Cantik! Aku ikut aje. Tak ada bantahan!” Rashid menjawab

sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan

Amri itu.

Malam itu seperti yang dijanjikan Amri, Rashid dan kawan-

kawannya pun berlumba motosikal secara haram yang ditaja oleh

Bidin. Ternyata malam itu adalah milik Amri. Dia menang dalam

perlumbaan itu.

159

Page 160: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Keesokan harinya Amri dan Rashid datang lewat ke kolej. Encik

Zulkarnain telah memberitahu perkara ini pada ayahnya.

“Awak tahu. Tadi Encik Zulkarnain pensyarah Amri tempat kolej

dia belajar telefon. Dia kata Amri selalu datang lambat ke kolej.

Kadang-kadang tak datang langsung. Pelajaran tak usah cakaplah.

Teruk. Silap-silap dia boleh kena buang kalau tak berubah,” kata

ayahnya pada ibunya.

“Awak nasihatkanlah dia. Awak kan ayah dia. Takkanlah nak

biarkan,” ibunya membalas.

“Amboi. Sedapnya awak bercakap. Yang awak tu selalu tak

duduk di rumah siang malam sibuk dengan butik dan persatuan. Sebab

itulah dia jadi macam tu. Tahu tak!” bentak ayahnya.

“Jadi, abang nak salahkan sayalah, ya? Yang abang tu siang

malam sibuk dengan perniagaan tak nampak!” tingkah ibunya.

“Saya sibuk siang malam untuk kesenangan keluarga kita jugak.

Awak tu sebagai ibu sepatutnya lebih banyak masa di rumah. Beri

sepenuh perhatian pada Amri!” ayahnya membantah sekeras-kerasnya

kata-kata yang keluar daripada mulut ibunya.

160

Page 161: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kedengaran bunyi enjin motosikal. Ayah dan ibunya berhenti

seketika daripada bertengkar.

“Hah, itu pun dia dah balik,” ujar ayahnya.

Amri melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kau dari mana ni, Amri?” ayahnya menyoal.

“Dari mana lagi dari kolejlah,” dia menjawab dengan cepat

pertanyaan ayahnya itu.

“Oh, dari kolej. Kau jangan nak cakap bohong. Tadi Encik

Zulkarnain pensyarah kolej kau telefon. Ayah dah tahu. Apa nak jadi

dengan kau ni hah, Amri!” ayahnya melepaskan kemarahan dengan

meninggikan suara.

“Sudahlah. Saya bosan duduk dalam rumah ni. Keluar lagi

baiklah,” Amri membalas sambil meninggalkan ruang tamu rumah

tanpa memandang wajah ayah dan ibunya.

“Amri! Amri! Nanti dulu. Ayah tak habis cakap lagi ni. Hah. Degil.

Macam awak jugak!” rungut ayahnya pada ibunya.

161

Page 162: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Restoran yang tidak jauh dari kolej menjadi pilihan Amri dan

Nora untuk berjumpa. Mereka memilih makanan yang sama iaitu mi

goreng manakala minuman Amri memilih limau ais manakala Nora

pula memilih teh ‘o’ ais limau.

“Kenapa awak beria-ia sangat nak jumpa saya?” tanya Nora

yang memakai tudung berwarna biji kundang dan berbaju kurung

berwarna merah jambu.

“Saja. Nak berkenalan dengan awak lebih dekat lagi,” jelas Amri

sambil menyedut air limau ais.

“Betul ke awak dan Rashid mat rempit? Saya harap awak tak

marah dengan soalan saya ni,” Nora bersuara.

“Pasal Encik Zulkarnain tegur saya dengan Rashid datang lambat

tempoh hari,” Amri sebaliknya pantas memotong.

“Kenapa awak dengan Rashid terlibat dengan kegiatan yang

tidak bermoral ni?” soal Nora sambil memandang tepat wajah Amri.

“Jadi, awak percayalah yang saya dengan Rashid selalu datang

lewat sebab malam-malam asyik merempit,” dia cuba berdalih.

162

Page 163: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kalau Encik Zulkarnain seorang sahaja yang bercakap susah

nak saya percaya. Lagipun tak nampak depan mata saya. Tapi semua

pelajar di kolej tu kata awak dan Rashid terlibat dengan lumba haram,”

tekan Nora lagi.

“Sudahlah. Awak jangan percaya semua tu. Kita cerita lainlah,”

Amri mengelak.

“Awak ada masalah ke? Dari raut muka awak tu saya dapat

baca. Awak cuba menyembunyikan sesuatu daripada saya, bukan?”

ucap Nora pula.

Dia benar-benar terpukau dengan kata-kata yang keluar

daripada mulut Nora itu. Nora tahu yang dia berbohong dengan

mengatakan tidak terlibat dengan lumba haram. Gejala tidak sihat

yang sering melanda di kalangan remaja pada hari ini.

“Berterus teranglah. Apa sebenarnya masalah awak ni. Saya ni

kan kawan awak. Manalah tahu kalau boleh saya tolong ….” Nora

mengeluarkan nada suara yang lembut.

Amri terus mendiamkan diri. Entah mengapa. Gadis yang kini

berada di depannya lain daripada gadis-gadis yang pernah dikenalinya

163

Page 164: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

sebelum ini. Nora memerhatikan sahaja gelagat Amri itu yang sedang

seperti memikirkan sesuatu. Dia kemudiannya lalu menarik nafas yang

panjang.

“Kalau awak tak nak cakap tak apalah. Setakat ni ajelah kita

berkawan …,” gertak Nora pula.

“Nanti dulu …. Nanti dulu, Nora …. Baiklah. Saya akan beritahu

awak. Apa sebenarnya masalah saya ….” Dia akhirnya mengalah

dengan desakan Nora itu sambil mengeluarkan suara yang tersekat-

sekat.

“Hah, macam tulah. Ceritakanlah. Saya nak dengar,” Nora

berkata dengan senang dan mengukir senyuman manis.

“Sejak dari kecil saya tak pernah merasa kasih sayang dari ayah

dan ibu. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Saya tak

dipedulikan. Saya bosan. Untuk menghilangkan rasa bosan saya

terlibat dengan lumba haram. Bila menang hati saya benar-benar

gembira,” terang Amri pada Nora.

“Saya simpati dengan awak, Amri. Tapi jalan yang awak pilih tu

bukanlah jawapan penyelesaian pada masalah yang awak hadapi.

164

Page 165: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tiada faedahnya melibatkan diri dengan lumba haram malah

membahayakan nyawa. Amri. Saya merayu pada awak. Mulai hari ni

tinggalkanlah lumba haram sebelum terlambat,” nasihat Nora.

“Itu saya tahu, Nora. Tapi …,” dia tidak sempat untuk

menghabiskan kata-kata.

“Tapi apa? Saya tahu. Sukar bagi awak untuk meninggalkan

tabiat buruk itu, kan? Menang bukan sahaja gembira. Hilang rasa

bosan, dapat duit dan pasangan. Hari ini awak menang dalam

perlumbaan. Tapi esok lusa belum tahu lagi. Mungkin awak akan

ditangkap atau ditimpa kecelakaan. Siapa tahu. Maafkan saya Amri

kerana tak sepatutnya saya cakap begitu pada awak. Tapi saya

sebagai kawan awak saya berhak untuk cakap begitu. Kalau awak nak

marah terpulanglah. Tapi fikirkanlah demi kebaikan awak,” Nora

menambah dengan panjang lebar.

Amri lantas tunduk dan mendiamkan diri. Barulah dia tahu kini.

Selama ini dia banyak menghabiskan usia muda dengan perkara yang

sia-sia.

“Banyak cara yang awak boleh lakukan untuk menghilangkan

rasa bosan. Dekatkanlah diri dengan Tuhan. Setiap kali lepas solat

165

Page 166: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

mohonlah doa. Moga awak diberi petunjuk dan kekuatan untuk keluar

dari masalah yang membelenggu awak selama ini. Insya-Allah. Tuhan

tidak akan mensia-siakan permintaan hambanya yang mahu berubah

macam awak,” kata Nora lagi.

Tanpa disedari titis-titis air mata mengalir membasahi pipi Amri.

Rasa penyesalan benar-benar terbit di hatinya. Gadis bernama

Nora yang cuba dipikatnya umpama cahaya yang menerangi hidupnya

yang selama ini diselubungi dengan kegelapan.

Dengan perlahan-lahan Amri mengangkat muka bersama air

mata yang mengalir memandang wajah Nora.

“Terima kasih, Nora …. Kerana telah menyedarkan saya …,”

ucap Amri dalam nada suara yang terputus-putus kerana sebak

menahan tangisan.

“Syukur alhamdulillah …,” Nora sebaliknya membalas lembut.

Sekembalinya ke rumah petang itu Amri lalu duduk di atas kerusi

sofa berhadapan dengan ayah dan ibunya.

166

Page 167: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mak …. Ayah …. Amri minta maaf sekiranya apa yang Amri

cakapkan ini mengguris hati ayah dan mak,” dia bersuara.

Rasa terkejut jelas terpancar di wajah ayah dan ibunya sambil

saling berpandangan.

“Apa dia, Amri? Cakaplah. Ayah dan mak sedia mendengarnya,”

ayahnya bersuara. Memberi peluang kepada Amri untuk meluahkan

apa yang terbuka di hatinya.

Bukan setakat terperanjat sahaja rasa hairan turun dirasakan

oleh ibunya. Tak pernah Amri bercakap lembut begini. Setahunya Amri

seorang anak yang degil dan memberontak sejak dari kecil lagi apabila

ditegur melakukan kesalahan.

“Ya, Amri! Apa yang kau nak beritahu mak dan ayah,” ibunya

menambah pula.

“Amri selama ni sesat. Amri banyak membuang masa dengan

kawan-kawan menyertai lumba haram. Semuanya ini kerana Amri rasa

bosan dan dahaga kasih sayang ayah dan mak. Amri tahu. Ayah dan

mak selalu sibuk dengan perniagaan. Sehingga tak ada masa dengan

167

Page 168: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Amri. Tak macam orang lain. Anak dapat bersama dengan ayah dan

ibu walaupun sibuk,” luah Amri pada ayah dan ibunya.

Kata-kata Amri itu membuatkan ayah dan ibunya terdiam. Benar

apa yang diperkatakan oleh Amri itu. Kesibukan mereka menjadikan

Amri dahagakan kasih sayang daripada seorang ayah dan ibu. Namun

begitu mereka tetap bersyukur diberikan hidayat oleh Tuhan dengan

Amri menyedarkan mereka akan kesilapan yang telah dilakukan.

“Mulai dari sekarang Amri berjanji tidak akan terlibat lagi dengan

lumba haram. Amri akan tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

Amri sedar. Usia masih muda lagi dan diperlukan oleh negara untuk

menyumbang bakti,” janji Amri.

Ayahnya lalu menarik nafas yang panjang.

“Kau tak bersalah, Amri. Apa yang kau cakapkan tu memang

benar. Selama ini ayah dan mak tak pedulikan kau akibat sibuk dengan

mengejar kemewahan dunia. Sedangkan kaulah satu-satunya harta

yang paling berharga kurniaan Tuhan untuk ayah dan mak …,”

ayahnya bersuara perlahan.

168

Page 169: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Syukurlah Amri kerana kau dah sedar akan kesilapan yang telah

kau lakukan. Mulai hari ini mak dan ayah akan beri sepenuh perhatian

pada kau,” ibunya berkata.

“Ayah! Mak!” Amri lantas bangun dari kerusi sofa dan memeluk

ayah dan ibunya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

169

Page 170: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

13

WASIAT AYAH

Sayup-sayup kedengaran suara angin petang. Membelah seluruh

kampung yang indah dan permai.

“Abang mesti tolong saya,” kata Borhan.

“Kau nak buat apa dengan geran tanah tu, Borhan?” soal

Baharuddin.

“Saya nak cagarkan pada bank,” Borhan sebaliknya membalas.

“Cagarkan pada bank?” Serta-merta Baharuddin berasa terkejut.

Apabila mendengar penjelasan yang diberikan oleh adiknya itu.

“Ya, bang!” Borhan mengangguk-anggukkan kepala dengan

pantas.

“Saya nak buka perniagaan sendiri,” sambungnya lagi.

170

Page 171: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Baharuddin yang duduk di atas kerusi kemudiannya lalu menarik

nafas yang panjang.

“Niat kau tu memang baik. Tapi sebelum ayah meninggal dunia

dia berpesan supaya tanah itu diusahakan dan jangan dijual,” ingat

Baharuddin.

“Itu saya tahu, bang. Tapi abang sendiri pun tahu kan. Tanah tu

dah tak ada hasil. Buat apa disimpan,” jawab Borhan.

“Ya betul, Borhan! Baru-baru ni abang tanam pisang. Tapi tak

menjadi,” akui Baharuddin.

“Dah tu. Apalagi yang nak diharapkan pada tanah tu, bang.

Buang masa dan tenaga abang aje. Kan lebih baik dijadikan cagaran

pada pinjaman saya,” ulang Borhan lagi.

“Borhan …! Borhan …!” Baharuddin bersuara lembut sambil

menggeleng-gelengkan kepala.

“Kau jangan lupa, Borhan. Arwah ayah dah berwasiat. Tanah tu

tak boleh dijual. Abang kena ikut,” tambahnya.

171

Page 172: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Susahlah macam ni. Kalau abang tak nak tolong saya tak

apelah. Mulai hari ini kita putus adik-beradik. Tapi saya akan buktikan.

Yang saya akan berjaya membuka perniagaan sendiri. Saya pergi dulu.

Selamat tinggal, bang!” Borhan berkata dan pantas berlalu pergi

meninggalkan rumah abangnya.

“Borhan! Nanti dulu, Borhan. Dengar cakap abang ….” Dia cuba

menahan adiknya.

Tak lama kemudian Salmah isterinya muncul sambil membawa

dulang berisi minuman.

“Kenapa dengan Borhan tu, bang? Macam ada yang tak kena

aje. Minum pun tak sempat,” ucapnya.

“Entahlah, Mah …,” keluh Baharuddin dengan lembut.

Kesejukan alat penghawa dingin terasa mengepung seluruh

ruang bilik mewah itu. Datuk Borhan yang memakai kot, bertali leher

dan berkaca mata meneliti kertas kerja yang dibuat oleh Sabri.

“Bagus proposal yang awak buat ni. Lengkap dan padat. Saya

yakin. Kita akan dapat projek tu,” ujarnya pada Sabri.

172

Page 173: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Insya-Allah, Datuk. Sama-samalah kita berdoa,” Sabri

menjawab.

“Saya kagum dengan awak, Sabri. Seorang pekerja yang

komited dan jujur. Saya sungguh bertuah. Memiliki pekerja macam

awak.” Datuk Borhan menghamburkan kata-kata pujian pada Sabri.

“Pujian itu terlalu tinggi buat saya, Datuk. Bukan itu yang saya

harapkan. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pekerja di

syarikat ni. Melaksanakan apa yang Datuk arahkan. Apa yang saya

lakukan adalah untuk kebaikan bersama syarikat. Bukannya untuk

saya seorang.” Sabri tidak mudah leka dengan pujian itu. Sebaliknya

merendah diri.

Datuk Borhan lalu mengukir senyuman kecil. Apabila mendengar

kata-kata yang keluar daripada mulut Sabri itu.

“Saya berkata dengan ikhlas, Sabri. Lagipun perkara yang baik.

Memang patut dipuji,” Datuk Borhan bersuara.

Perbualan mereka yang rancak pantas terhenti. Kedengaran

bunyi telefon bimbit Datuk Borhan.

173

Page 174: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Hello! Waalaikumsalam. Ya, Encik Tahir. Tender perumahan

Taman Bukit Melati Fasa 2. Ya. Syarikat saya ada masuk.

Alhamdulillah. Baik, Encik Tahir. Terima kasih. Waalaikumsalam,” dia

membalas.

“Saya ada berita baik, Sabri,” ucap Datuk Borhan dengan pantas.

Sebaik-baik sahaja selesai menjawab panggilan telefon itu.

“Kita dapat tender perumahan Taman Bukit Melati Fasa 2,” Sabri

mencelah.

“Benar, Sabri!” angguk Datuk Borhan.

“Syukur alhamdulillah. Rezeki syarikat kita, Datuk,” tambahnya

lagi.

“Berkat kerja keras awak jugak, Sabri,” Datuk Borhan

mendongakkan kepala tinggi sedikit memandang wajah Sabri.

Tengah hari. Baharuddin duduk di atas pangkin sambil

melepaskan pendangan ke arah bukit-bukau yang subur menghijau.

Berhadapan dengan rumahnya yang jelas kelihatan.

174

Page 175: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Angin bertiup lembut. Terasa nyaman dan segar. Menyapu

permukaan kulit. Pepohonan dan dedaunan bagai menari-nari. Sekejap

ke kanan dan sekejap ke kiri. Mengikut rentak tiupan angin. Yang

datang dari arah bukit.

Bunyi suara ayam memagut jagung di atas tanah juga jelas

kedengaran. Memecahkan suasana bersama cuaca panas terik.

Matahari yang meninggi di kaki langit biru dan gumpalan awan

tebal memutih nampak terang-benderang cahayanya. Menyimbah ke

seluruh kampung.

“Baru balik, bang?” tegur isterinya.

“Ya, Mah!” Baharuddin dengan cepat menjawab.

“Macam mana dengan pisang yang abang tanam tu? Dah

berbuah ke?” isterinya tak henti-henti menyoal.

“Alhamdulillah, Mah. Ada setandan abang bawa balik. Abang

letak di dapur,” balasnya.

“Bang! Tadi Sabri telefon,” jelas isterinya pula.

175

Page 176: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa dia nak?” tanya Baharuddin pada isterinya.

“Dia kirim salam kat abang,” jelas isterinya.

“Waalaikumsalam!” dia menjawab sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

“Dia nak balik hujung minggu ni,” terang isterinya lagi.

“Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya dia dapat menjenguk

kita walaupun sibuk dengan kerja,” Baharuddin berkata.

Hari semakin menghampiri senja. Sabri masih lagi belum pulang.

“Awak masih belum balik lagi, Sabri?” Datuk Borhan menyoal.

“Belum, Datuk. Saya nak siapkan kerja yang Datuk beri tadi,” dia

menerangkan pada Datuk Borhan.

“Oh, begitu!” dia sebaliknya mengangguk-anggukkan kepala.

Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Sabri itu.

176

Page 177: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Banyak lagi ke?” Datuk Borhan memandang Sabri sambil

mengangkat kepala.

“Sikit aje lagi, Datuk,” jelasnya.

Datuk Borhan kemudiannya lalu melihat jam di tangan.

“Waktu maghrib pun dah nak masuk ni. Kita pergi berjemaah di

masjid. Lepas tu kita pergi makan,” ajak Datuk Borhan.

“Baik, Datuk!” Dia menurut sahaja akan ajakan Datuk Borhan itu.

Selepas menunaikan solat Maghrib di masjid Datuk Borhan dan

Sabri menjamu selera di Restoran Orang Kampung.

“Saya macam awak jugak, Sabri. Berasal dari kampung. Mulanya

saya bekerja sebagai pembantu pengurus projek. Lama-kelamaan saya

membuka syarikat sendiri.” Dia membuka kisah silam yang dilaluinya

pada Sabri.

“Saya benar-benar kagum dengan Datuk. Yalah. Bermula dari

bawah. Kemudian berjaya membuka syarikat besar seperti sekarang,”

balas Sabri sebaliknya.

177

Page 178: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tapi kejayaan yang saya nikmati hari ni tak semudah datang

bergolek,” Datuk Borhan bersuara tenang.

“Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa Datuk hadapi?”

sampuknya pula dengan pantas.

“Benar, Sabri!” Datuk Borhan mengangguk-anggukkan kepala

dan menarik nafas yang panjang.

“Saya berpatah arang berkerat rotan dengan abang kandung

saya sendiri …,” dia menyambung dengan mengeluarkan nada suara

yang lemah.

Sabri sebaliknya hanya mendiamkan diri. Dia memandang

dalam-dalam wajah Datuk Borhan. Mendengar dengan penuh minat

kisah silam pengurus syarikat tempat dia bekerja.

“Puncanya saya minta geran tanah pusaka milik arwah ayah

saya. Untuk dijadikan cagaran pinjaman bank untuk membuka

syarikat. Tapi dia enggan menyerahkannya kepada saya. Katanya dia

memegang wasiat arwah ayah saya. Tanah itu mesti diusahakan dan

jangan dijual,” ucap Datuk Borhan lagi.

178

Page 179: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jadi Datuk merajuk dan kecil hati dengan abang Datuk?”

soalnya pula.

“Sehingga sekarang saya tidak mendengar khabar berita

darinya. Saya langsung tak balik ke kampung. Sedangkan dialah satu-

satunya abang kandung saya,” Datuk Borhan membalas.

Seperti yang dijanjikan Sabri pulang ke kampung pada hujung

minggu.

“Macam mana dengan pekerjaan kau, Sabri?” ayahnya bertanya.

“Alhamdulillah, ayah. Semuanya berjalan dengan baik dan

lancar,” dia sebaliknya menjawab.

“Hah, baguslah macam tu. Ingat pesan ayah selalu. Bekerjalah

dengan rajin dan jujur. Tanamkan dalam hati. Bekerja bukan untuk

mengejar pangkat dan kemewahan semata-mata. Tapi adalah ibadah

selagi masih bernafas di dunia ni,” Baharuddin memberikan nasihat

pada anaknya. Dengan penuh panjang lebar.

“Insya-Allah, ayah! Saya akan sentiasa ingat segala pesan ayah.

Untuk pengetahuan mak dan ayah lagi bulan depan saya akan

179

Page 180: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dinaikkan pangkat.” Dia menyampaikan berita gembira kepada ayah

dan ibunya.

“Ya? Syukur alhamdulillah. Rezeki namanya tu,” sahut ayahnya

pula.

“Datuk tempat syarikat saya bekerja tu percaya betul dengan

saya. Sebab itulah saya dinaikkan pangkat,” terang Sabri.

“Ayah harap kau balaslah kepercayaan yang diberikan oleh

Datuk itu dengan baik.” Dia sebaliknya mengingatkan anaknya.

“Insya-Allah, ayah!” angguk Sabri dengan pantas.

“Saya berjanji. Tidak akan mensia-siakan harapan Datuk tu pada

saya,” ikrarnya lagi.

“Hah, kerja dah bagus pangkat dah naik tapi satu lagi yang

kurang dengan kau.” Ibunya yang selama ini berdiam diri tiba-tiba

menyampuk. Ayahnya lalu memalingkan muka ke arah ibunya. Yang

duduk di sebelahnya.

“Apa dia, mak?” Sabri menyoal ibunya.

180

Page 181: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kahwin? Hah, bila lagi?” tanya ibunya sambil mengangkat

kepala dan memandang tepat wajah Sabri. Yang duduk berhadapanan

dengannya.

“Oh, kahwin. Sabarlah, mak. Biarlah saya tumpukan perhatian

dulu terhadap pekerjaan. Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana.

Dah tiba masanya nanti kahwinlah saya. Mak tak usahlah risau. Saya ni

kan lelaki. Bukannya perempuan.” Dia memberikan jawapan pada

soalan yang dikemukakan oleh ibunya itu.

“Ke situ pulak perginya …,” rengus ibunya pula.

Baharuddin dan anaknya lantas ketawa.

Dari jauh kelihatan rumah banglo mewah. Tersergam indah di

atas puncak Bukit Antarabangsa. Borhan duduk termenung di ruang

tamu rumah. Dari riak mukanya jelas menggambarkan dia sedang

memikirkan sesuatu.

“Jauh mengelamun nampak? Apa yang abang fikirkan tu?”

Latipah isterinya menegur. Dia kemudiannya lalu duduk berhadapan

dengan Borhan.

181

Page 182: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Lamunannya yang jauh melayang hingga terasa sampai ke

awangan itu lantas terhenti. Borhan menarik nafas yang panjang. Dia

memandang wajah isterinya dalam-dalam sambil mengukir senyuman

kecil. Latipah memerhatikan sahaja gelagat suaminya itu.

“Tak ada apa-apa, Tipah! Cuma abang terkenangkan Sabri,”

Borhan berkata.

“Sabri?” tanya isterinya pula.

“Ya!” dia mengangguk-anggukkan kepala.

“Pekerja di syarikat kita. Budaknya baik. Rajin bekerja dan jujur.

Berkenan abang nak jodohkan dia dengan Miza anak kita tu. Sekurang-

kurangnya dia dengan Miza dapat menjaga syarikat kita tu.” Dia

menyatakan hasrat murninya pada isterinya.

“Tipah tak kisah, bang. Apa yang abang fikirkan baik Tipah pun

begitu jugak. Tapi apa pun biarlah Miza tu habiskan pelajarannya dulu

di luar negeri,” ucap isterinya pula.

“Yalah, Tipah. Itu cuma cadangan abang saja. Kita sebagai

manusia hanya mampu merancang. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

182

Page 183: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Bercakap pasal Sabri ni abang teringat pada Abang Baharuddin.

Wajahnya saling tak tumpah macam dia,” Borhan bersuara.

“Dah lama abang putus hubungan adik-beradik dengan dia.

Khabar berita pun tak dengar. Macam manalah agaknya keadaan dia

sekarang ya, bang …?” isterinya menambah dalam nada suara yang

lembut.

Borhan sebaliknya diam. Kata-kata isterinya itu semakin

menguatkan ingatannya terhadap abangnya Baharuddin. Serta-merta

juga dia teringatkan pesan arwah ayahnya. Agar jangan putus

hubungan adik-beradik. Hanya Baharuddin sajalah satu-satunya abang

kandungnya yang ada di dunia ini.

Latipah dapat membaca apa yang sedang menyelubungi

perasaan suaminya.

“Abang ….” Dia terus mengeluarkan nada suara yang halus.

Borhan memandang tepat wajah isterinya.

“Yang sudah tu sudahlah. Buang yang keruh ambillah yang

jernih. Tiada gunanya abang menyimpan perasaan dendam terhadap

Abang Baharuddin. Dia bukannya orang lain. Abang kandung abang

183

Page 184: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

jugak. Maafkan Tipah, bang. Tak sepatutnya Tipah cakap macam ni

pada abang. Tapi demi kebaikan bersama Tipah beranikan juga,” luah

Latipah dengan penuh panjang lebar pada suaminya.

“Tipah tak bersalah dalam hal ini. Apa yang Tipah cakap

memang benar. Sejak kebelakangan ini abang asyik teringatkan dia.

Sampai terbawa-bawa dalam mimpi …,” kata Borhan pula dalam nada

suara yang perlahan.

“Sudahlah, bang. Apa kata esok kita pergi jumpa dia. Tautkan

kembali hubungan abang dengan dia. Yang telah sekian lama

terputus,” ajak isterinya pula.

“Yalah, Tipah!” dia sebaliknya mengangguk-anggukkan kepala

sebagai tanda menurut sahaja ajakan isterinya tu.

Sebuah kereta mewah kelihatan memasuki halaman rumah

Baharuddin.

“Bang! Ada orang datang,” ujar Salmah.

“Yalah! Siapa ni?” dia membalas.

184

Page 185: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Baharuddin berasa sungguh terkejut. Dia seakan-akan tidak

percaya. Yang turun dari kereta mewah itu Borhan dan isterinya.

“Assalamualaikum, bang,” dia memberi salam.

“Waalaikumsalam,” Baharuddin menjawab. Kedua-dua beradik

itu lantas berpelukan erat.

“Bang …. Maafkan saya …,” dia bersuara sambil menitiskan air

mata.

“Sudahlah, Borhan. Syukur alhamdulillah. Kita dapat bertemu

semula. Marilah kita naik ke rumah!” Dia mengeluarkan nada suara

yang penuh dengan rasa gembira tak terhingga.

Cuaca yang kelihatan cerah sejak dari pagi tadi bersama tiupan

angin yang datang dari arah bukit turut berkongsi rasa kegembiraan.

Apabila kedua adik-beradik yang telah terputus hubungan sejak sekian

lama kembali bercantum semula.

“Mari, Tipah. Boleh kita berbual panjang. Lama kita tak jumpa,”

isterinya pula mencelah.

185

Page 186: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Yalah, kak!” angguknya.

Sabri muncul di muka pintu ketika Baharuddin, Borhan, Salmah

dan Latipah melangkah naik ke rumah.

“Datuk?” Dia merasa sungguh terperanjat apabila melihat Datuk

Borhan bersama dengan isterinya.

“Sabri? Apa awak buat kat sini?” soal Borhan yang turut berasa

terkejut.

“Kau kenal dengan dia ni, Sabri?” tanya Baharuddin dengan rasa

penuh hairan sambil memandang wajah anaknya.

“Datuk Borhan ni tuan punya syarikat tempat saya bekerja,

ayah,” jelasnya pula.

Salmah dan Latipah sebaliknya hanya mendiamkan diri sambil

saling berpandangan melihat pertemuan bersejarah keluarga ini.

“Jadi, Sabri ni anak buah saya?” ucap Borhan.

“Ya, Borhan! Air dicincang takkan putus!” abangnya menambah.

186

Page 187: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

14

JIHAD

Angin petang bertiup lemah-gemalai. Membelah seluruh

kampung. Waktu asar belum lagi masuk. Lebai Dollah awal-awal lagi

sudah tiba di masjid. Sebaik-baik sahaja Lebai Dollah mematikan enjin

motosikal Osman muncul.

“Assalamualaikum, lebai,” Osman lalu memberi salam.

“Waalaikumsalam,” jawab Lebai Dollah sebaliknya sambil

bersalaman dengan Osman.

“Panas betul sekarang ya, lebai. Musim kemarau agaknya,”

tambah Osman pula.

“Yalah! Dah tiga bulan hujan tak turun. Macam mana pun kita

kena bersyukur. Panas ke hujan ke sudah ditentukan Tuhan asalkan

tak ditimpa bencana. Macam negara lain. Yang kita tengok di tv dan

suratkhabar tu,” Lebai Dollah berkata.

187

Page 188: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Memang betul kata lebai tu. Semuanya kehendak Tuhan. Bukan

kehendak kita sebagai manusia. Tapi kalau direnung-renung balik

bencana yang berlaku adalah balasan Tuhan kepada manusia yang

melakukan dosa di atas muka bumi ini,” Osman mencelah.

“Benar, Man. Kita sebagai hamba hendaklah sentiasa taat dan

patuh pada segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-

Nya. Agar mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat,” ucap

Lebai Dollah.

“Oh, ya! Lebai perasan tak. Dah lama Haji Deris tak datang ke

masjid ni. Kalau tak silap saya dah hampir sebulan. Sembahyang

Jumaat pun dia pergi ke masjid Kampung Bidara,” kata Osman.

“Entahlah, Man. Aku sendiri pun tak faham. Kenapa tiba-tiba dia

tak mahu jejakkan kaki di masjid ni …,” keluh Lebai Dollah sebaliknya

dalam nada suara lemah.

“Apa yang saya dengar sekarang dia rapat dengan guru agama

dari Tanah Seberang,” jelas Osman pada Lebai Dollah.

“Guru agama dari Tanah Seberang?” soal Lebai Dollah sambil

mengangkat kepala tinggi sedikit memandang wajah Osman.

188

Page 189: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya, lebai! Mak Som yang beritahu!” Osman menambah sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

Lebai Dollah sebaliknya diam apabila mendengar kata-kata yang

keluar daripada mulut Osman itu. Dia kemudiannya melihat jam di

tangan.

“Hah, waktu pun dah masuk. Pak Imam pun dah sampai. Kau

laungkanlah azan, Man,” arah Lebai Dollah.

“Yalah, lebai!” Osman pantas menjawab.

Haji Deris duduk berehat di ruang tamu rumah. Tak lama

kemudian Mak Som muncul sambil membawa dulang berisi minuman.

“Minum, bang,” pelawa Mak Som.

Dia lalu menghirup perlahan-lahan air kopi yang masih panas itu.

Asap nipis yang keluar daripada air kopi kelihatan teroleng-oleng naik

ke atas.

“Saya tengok abang dah lama tak pergi ke masjid,” Mak Som

menegur suaminya.

189

Page 190: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Awak kan tahu. Saya sekarang tengah berjihad dengan tuan

guru dari Tanah Seberang tu. Menentang musuh-musuh Islam,” balas

Haji Deris.

“Tapi takkanlah asyik dengan berjihad sehingga tak ada masa

untuk pergi berjemaah di masjid,” tingkah Mak Som pula.

“Itulah awak orang perempuan. Apa tahu. Sudah. Malas saya nak

layan awak. Saya nak pergi berjumpa dengan tuan guru.” Haji Deris

lalu bingkas bangun.

Di kaki langit matahari kian meninggi. Tanda sudah tengah hari.

Cahayanya menyimbah ke seluruh kampung. Panas memijar terasa

menggigit-gigit permukaan kulit.

Pepohonan dan dedaunan hijau meliuk-liuk ke kiri kanan. Lemah-

gemalai mengikut rentak tiupan angin yang datang dari arah bukit-

bukau menghijau.

Dari jauh kelihatan Lebai Dollah dan isterinya sedang bekerja di

kebun bersebelahan dengan rumahnya. Lebai Dollah berhenti seketika.

Sambil mengesat peluh yang mengalir di dahi dia memandang ke

190

Page 191: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

langit biru bersama dengan gumpalan awan tebal memutih. Jelas

kelihatan terang-benderang.

“Bang! Saya balik dululah, ya. Dah tengah hari ni!” pinta

isterinya.

“Yalah!” angguk Lebai Dollah pula.

“Oh, ya. Sebelum saya terlupa. Nanti abang petik pucuk ubi, ya.

Tengah hari ni saya buat sambal belacan,” isterinya bersuara lagi.

“Yalah! Nanti abang petik,” ulang Lebai Dollah. Isterinya pantas

berlalu pergi dari situ.

Tak lama kemudian kedengaran bunyi enjin motosikal. Lebai

Dollah lalu menjengahkan kepala. Untuk melihat siapa yang datang.

Osman rupanya.

“Assalamualaikum, lebai,” Osman memberi salam. Enjin

motosikal lantas dimatikannya.

“Waalaikumsalam. Kau dari mana ni, Man?” Lebai Dollah

menjawab.

191

Page 192: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dari kedai. Lebai ada dengar tak cerita Haji Deris dan beberapa

orang kampung terpengaruh dengan tuan guru dari Tanah Seberang tu

untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam,” ucap Osman.

Dengan serta-merta rasa kehairanan jelas terpancar di wajah

Lebai Dollah. Apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut

Osman itu.

“Betul ke ni, Man? Mana kau dapat cerita ni?” tanya Lebai Dollah.

“Dari Karim. Dia kata tuan guru tu hebat orangnya. Selain

daripada memiliki agama yang tinggi dia juga telah berjaya

membunuh ramai musuh Islam. Terutamanya yang datang ke Tanah

Seberang.” Dia menerangkan pada Lebai Dollah.

“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perjuangan yang

dibawa oleh tuan guru tu. Jihad memang dituntut dalam Islam. Tapi

kita tak boleh membunuh mereka bukan Islam dengan sesuka hati,”

kata Lebai Dollah pula.

“Habis, apa kita nak buat ni, lebai? Perkara ini tak boleh kita

biarkan berlaku. Akibat terpengaruh dengan perjuangan songsang ni

ada penduduk kampung kita menjadi pengganas. Membunuh orang-

192

Page 193: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

orang bukan Islam dengan sesuka hati. Seperti yang kita lihat di tv dan

akhbar. Sedangkan Islam melarang semua tu,” Osman sebaliknya

menambah dengan panjang lebar.

Lebai Dollah diam. Dari raut wajahnya jelas dapat dibaca. Dia

sedang memikirkan sesuatu. Mata Osman tidak berkelip-kelip.

Memandang gelagat yang ditunjukkan oleh Lebai Dollah itu. Kemudian

Lebai Dollah lalu menarik nafas yang panjang. Setelah menemui

jawapan pada persoalan yang dilontarkan oleh Osman itu.

“Perkara ni tak boleh dibiarkan. Kita mesti jumpa Haji Deris. Kita

nasihatkan dia supaya berhenti daripada melakukan kerja yang sia-sia

ni. Aku yakin. Haji Deris telah diperalatkan oleh tuan guru tu supaya

mempengaruhi orang-orang kampung,” ujar Lebai Dollah.

“Itulah yang sebaik-baiknya, lebai. Kalau macam tu saya minta

diri dulu. Dah tengah hari ni. Nak ambil anak balik dari sekolah.

Assalamualaikum,” mohon Osman.

“Waalaikumsalam!” Lebai Dollah membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

193

Page 194: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Osman lalu menghidupkan enjin motosikal. Lebai Dollah

memerhatikan sahaja Osman berlalu pergi sehingga hilang di

pandangan mata. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Memikirkan Haji Deris dan beberapa penduduk kampung yang

terpengaruh dengan perjuangan salah yang dibawa oleh tuan guru dari

Tanah Seberang.

Dalam hati kecilnya dia memunajatkan doa. Agar Tuhan

memberikan taufik dan hidayat kepada mereka. Meninggalkan

perjuangan yang salah itu. Kembali semula ke pangkal jalan. Menurut

jihad yang sebenar dituntut oleh agama Islam.

Haji Deris terus pulang ke rumah selepas berjumpa dengan tuan

guru. Setibanya di rumah dia lalu duduk di atas kerusi kusyen

berwarna biru air laut.

Di luar cuaca kelihatan redup. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Membelah suasana kampung yang indah dan permai. Pohon kelapa

yang tumbuh di halaman rumah Haji Deris melambai-lambai disapu

angin. Seolah-olah mengajak perantau di kota pulang ke tempat

kelahiran mereka.

194

Page 195: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dedaunan kelapa yang bergeseran mengeluarkan irama yang

sungguh merdu. Menusuk hingga ke jiwa. Kesepian yang melanda rasa

terhibur apabila mendengar nyanyiannya.

Dia lalu memanggil isterinya. Mak Som yang berada di dapur lalu

menuju ke ruang tamu rumah.

“Ada apa, bang?” tanya Mak Som.

“Mulai hari ni saya tak mahu barang-barang buatan orang bukan

Islam dalam rumah ni. Saya nak awak buang semua. Pakai barang

buatan orang Islam. Awak faham!” ingat Haji Deris.

“Kenapa pulak, bang? Tiba-tiba aje abang suruh buang. Nada

suara Mak Som berbunyi hairan dan terkejut. Apabila mendengar kata-

kata yang keluar daripada mulut suaminya itu.

“Awak jangan banyak soal. Saya kata buang. Buang ajelah!” Haji

Deris menjawab.

“Yalah! Saya nak tahu jugak. Apa sebabnya?” tambah isterinya

pula.

195

Page 196: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Orang bukan Islam tu musuh kita. Kata tuan guru kalau kita

menggunakan barang buatan mereka bererti kita menyokong mereka.

Kita mesti hapuskan mereka. Jangan biarkan mereka hidup!” ulang

Haji Deris pada isterinya dengan penuh semangat.

“Bang …. Mereka tu manusia macam kita jugak. Nak hidup di

atas dunia ni. Walaupun berlainan agama. Islam tak mengajar kita

agar melakukan kezaliman sesama manusia …,” Mak Som sebaliknya

cuba menasihatkan suaminya. Dengan mengeluarkan suara yang

lembut.

“Susahlah awak ni, Som. Saya berjuang di jalan yang benar.

Sepatutnya awak merasa bangga dan menyokong perjuangan suci

saya ni. Ini tidak. Awak bangkang pulak!” bantah Haji Deris.

“Semua orang kampung cakap perjuangan yang dibawa oleh

tuan guru tu salah. Sudahlah, bang. Saya minta abang janganlah

percaya sangat dengan ajaran tuan guru tu,” rayu Mak Som pada

suaminya yang terpengaruh dengan perjuangan sesat yang dibawa

oleh tuan guru dari Tanah Seberang itu.

“Dahlah, Som! Awak dengan orang kampung sama saja. Tak

faham tentang jihad. Kalau awak tak nak berdiri teguh di belakang

196

Page 197: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

saya tak ape. Tapi saya tetap akan berjuang bersama dengan tuan

guru menghapuskan orang bukan Islam!” dia membangkang dengan

sekeras-kerasnya.

Mak Som hanya mampu mendiamkan diri sambil memerhatikan

suaminya bingkas bangun dan menuju ke dalam bilik. Dia

kemudiannya lalu mengambil keputusan berjumpa dengan Lebai

Dollah.

“Dia dan tok guru tu berjihad nak menghapuskan semua orang

bukan Islam?” Lebai Dollah berasa sungguh terperanjat apabila

mendengar penjelasan yang diberikan oleh Mak Som itu.

“Tolonglah, lebai. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Dah

puas saya nasihatkan dia. Tapi dia tetap berdegil. Nak berjuang

dengan tuan guru yang berfahaman salah tu,” Mak Som merayu pada

Lebai Dollah.

Apabila mendengarkan kata-kata Mak Som itu Lebai Dollah lalu

beristighfar dan menggeleng-gelengkan kepala. Isterinya yang duduk

di sebelahnya turut berasa terkejut.

197

Page 198: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Bersabarlah, Som. Aku dan Osman dah bincangkan perkara ni.

Kita mesti selamatkan dia dan beberapa penduduk kampung. Sama-

samalah kita berdoa pada Tuhan. Insya-Allah. Dia dan mereka yang

selama ini jauh tersesat akan pengertian jihad sebenar sedar dan

kembali semula ke jalan yang diredhai,” Lebai Dollah berkata dalam

nada suara yang tenang dan memberi semangat pada Mak Som.

“Betul tu, Som. Banyakkanlah berdoa. Mungkin ini ujian dari

Tuhan. Harus ditempuhi dengan tabah dan sabar,” isteri Lebai Dollah

menyampuk.

“Nanti aku dan Osman akan nasihatkan dia. Kau janganlah

bimbang, Som,” ucap Lebai Dollah pula.

“Terima kasih, lebai!” Mak Som membalas.

“Sama-sama, Som!” Lebai Dollah mengangguk-anggukkan

kepala.

“Jemput minum, Som,” pelawa isteri Lebai Dollah.

Seperti yang dijanjikan Lebai Dollah dan Osman pun pergi

berjumpa dengan Haji Deris.

198

Page 199: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jihad kan dituntut dalam agama. Kita mesti tunaikan. Baru Islam

kuat,” tahan Haji Deris.

“Memang betul. Tapi kenalah dengan cara yang betul. Bukannya

dengan keganasan,” tingkah Lebai Dollah.

“Pak Haji menggunakan kekerasan dengan menjadikan orang

yang tidak berdosa sebagai mangsa tidak dituntut dalam agama.

Banyak lagi cara jihad yang boleh kita buat untuk menegakkan Islam.

Tapi bukannya dengan membunuh seperti yang diajar oleh tuan guru

tu,” Osman mencelah.

“Kau mana tahu tentang jihad, Man. Tak usahlah kau nak

mengajar aku. Dah terang-terang mereka tu musuh kita. Buat apa

dibiarkan hidup,” Haji Deris menjawab.

“Deris …. Kita sebagai orang Islam diajar supaya berbuat baik di

antara satu sama lain. Tanpa mengira bangsa dan agama. Kita

mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik. Bukannya bertindak

dengan liar dan tidak berperikemanusiaan …,” Lebai Dollah memujuk

Haji Deris dalam nada suara yang halus.

199

Page 200: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah! Sudah! Aku tak mahu dengar apa yang kau orang nak

kata. Walau apa pun yang terjadi aku dan tuan guru akan tetap

berjihad menghapuskan orang bukan Islam di muka bumi ini!” Dia

memberikan kata putus.

Lebai Dollah dan Osman saling berpandangan. Mereka

kemudiannya beredar meninggalkan rumah Haji Deris.

“Susah macam ni, lebai. Kita nak selamatkan dia tapi dia tetap

menyokong perjuangan tuan guru yang sesat tu,” Osman mengeluh

hampa. Usahanya bersama Lebai Dollah untuk memujuk Haji Deris

meninggalkan jihad dengan menggunakan keganasan menemui jalan

kegagalan. Lebai Dollah lalu menarik nafas yang panjang.

“Kita tak boleh berputus asa. Haji Deris dan beberapa orang

kampung yang terpengaruh dengan perjuangan yang salah tu kita

mesti selamatkan. Kita berdoalah pada Tuhan. Agar mereka diberi

petunjuk dan sedar akan kesilapan yang mereka lalukan selama ini,”

Lebai Dollah bersuara sambil memegang lembut bahu Osman.

Pada keesokan harinya selepas menunaikan solat Subuh dan

bersarapan Lebai Dollah dan Osman pergi ke pejabat agama.

200

Page 201: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tak sangka. Ada orang yang sanggup memperalatkan agama

untuk kepentingan diri sendiri,” rengus Osman. Sebaik-baik sahaja

keluar daripada pejabat agama dan sambil berjalan bersama-sama

dengan Lebai Osman menuju ke tempat letak motosikal.

“Orang yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk

mencapai cita-cita. Kata pegawai agama tadi tuan guru sudah lama

dikehendaki oleh pihak berkuasa di Tanah Seberang. Dia

menggunakan jihad sebagai topeng untuk menubuhkan kerajaan

sendiri,” Lebai Dollah mencelah.

“Yang saya pelik tu lebai ada pulak pengikutnya. Sedangkan dah

terang dan nyata. Dia tu seorang penjenayah kejam,” Osman berkata.

“Itulah akibatnya kalau kita mudah terpengaruh dan kurang ilmu

agama. Tambah pulak dia menyamar sebagai guru agama. Kita

tengoklah nanti, Man. Pejabat agama dah pun menyerahkan perkara ni

pada pihak berkuasa. Sudahlah. Mari kita balik,” ajak Lebai Dollah

pula.

“Yalah, lebai!” angguk Osman pula. Sebagai tanda setuju dengan

ajakan Lebai Dollah itu.

201

Page 202: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Keesokan paginya Haji Deris dikejutkan dengan suara Karim

dengan memanggil namanya.

“Ada apa ni, Karim? Pagi-pagi lagi nampak cemas. Macam

sesuatu yang buruk aje berlaku,” kata Haji Deris yang berdiri tercegat

di muka pintu.

“Memang ada berita buruk ni, Pak Haji …,” Karim sebaliknya

membalas dalam nada suara yang tercungap-cungap.

“Berita apa, Karim?” ulang Haji Deris pula sambil mengangkat

kepala tinggi memandang wajahnya.

“Tuan …. Tuan …. Guru ….” Suara Karim terputus-putus dan

terhenti.

“Yalah, tuan guru. Kenapa dengan dia? Kau cakap ajelah,” desak

Haji Deris.

“Dia kena tangkap. Rupanya kita kena tipu selama ni. Dia

sebenarnya bukan guru agama. Tapi pengganas yang paling

dikehendaki. Dia datang ke kampung ni kerana melarikan diri. Setelah

melakukan serangan bom di salah sebuah tempat di Tanah Seberang.

Orang Islam di sana juga terkorban,” terang Karim pada Haji Deris.

202

Page 203: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa?” Dia berasa sungguh terkejut dan beristighfar panjang.

15

TERJEBAK

Angin dari arah bukit bertiup sepoi-sepoi bahasa. Di kaki langit

bola matahari belum kelihatan lagi. Pagi masih muda lagi. Kesejukan

terasa membungkus seluruh suasana. Kesan dari hujan lebat yang

turun malam tadi. Sampai subuh baru berhenti. Dedaunan hijau dan

rumput kelihatan basah.

Selepas bersarapan pagi Rosdin menghidupkan enjin motosikal

menuju ke kebun pisang. Setibanya di kebun pisang dia memulakan

kerja-kerja seperti biasa. Sedang dia asyik bekerja dengan tiba-tiba dia

dikejutkan dengan bunyi orang memberi salam. Dia lantas berhenti

dan menoleh ke arah suara itu. Pak Majid rupanya dan dia lalu

menjawab salam sambil berjabat tangan.

203

Page 204: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Macam mana dengan hasil tanaman pisang kau, Rosdin?” soal

Pak Majid yang bersongkok berbaju kemeja lengan pendek berwarna

biru tua dan berseluar hitam.

“Alhamdulillah, Pak Majid. Berbuah lebat nampaknya,” Rosdin

menjawab sambil mengesat peluh di dahi. Bola matahari perlahan-

lahan menampakkan sinarnya. Pokok-pokok pisang seperti terbuai-buai

bersama pelepah ditiup angin yang berentak perlahan.

“Baguslah, Rosdin. Kalau berbudi pada tanah inilah habuan yang

dapat. Aku datang ni pun pasal nak beli buah pisang kau tu. Kau pun

tahu bukan. Aku ni pengusaha kerepek,” dia menyatakan hajatnya

pada Rosdin.

“Saya tak ada masalah untuk membekalkan bekalan pisang pada

Pak Majid. Cakap aje berapa tandan nak. Tapi minggu depan barulah

pisang tu masak,” jelas Rosdin pula.

“Tak apalah macam tu. Aku bukannya nak sekarang. Tentang

harga macam mana pulak?” tanya Pak Majid lagi.

204

Page 205: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Pasal harga saya tak dapat nak putuskan sekarang. Macam ni

ajelah, Pak Majid. Apa kata kalau kita ikut harga timbang. Macam yang

kita selalu beli di kedai tu,” cadang Rosdin sebaliknya.

“Eloklah tu, Rosdin. Aku setuju sangat. Kalau macam tu aku

minta diri dulu. Aku sebenarnya nak ke pekan. Kebetulan lalu depan

kebun pisang kau ni. Aku pun singgahlah. Aku pergi dulu ya.

Assalamualaikum,” mohon Pak Majid sambil berjabat tangan.

“Waalaikumsalam,” dia membalas sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

Rosdin meneruskan semula kerja-kerja yang terhenti buat

seketika. Menyangkul pangkal pokok pisang dan membubuh baja.

Memangkas pelepah pisang yang kering dan melonggokkannya

setempat. Bola matahari terasa tegak di atas kepala. Sedar-sedar

sudah tengah hari. Dia berhenti seketika dan menarik nafas panjang

sambil memandang sekeliling kebun pisang. Tekaknya terasa haus dan

kering. Maklumlah banyak peluh yang keluar. Bekerja di tengah panas.

Dia lalu menuju ke pondok kecil yang terdapat di kebun pisang.

Bertiangkan dan berlantaikan papan. Beratapkan zink yang telah

berkarat. Tetapi masih kukuh dan kuat lagi. Diteguknya perlahan-lahan

air suam yang dibawanya dari rumah. Terasa nyaman dan dingin.

205

Page 206: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Seperti air terjun di pinggir kali. Bila membasahi tekak yang basah. Dia

lalu duduk untuk melepaskan penat. Dengan renungan yang tajam dan

penuh bermakna dia melemparkan pandangan ke arah pokok-pokok

pisang.

“Apa abang nak tinggalkan kampung ni?” kata Salmah.

“Ya, Salmah. Abang sedar siapa diri ni. Sebab itulah ayah Salmah

menolak pinangan abang,” Rosdin membalas.

“Bang. Bawalah Salmah bersama. Salmah rela mengikut abang

walau ke mana sahaja …,” rayu Salmah pula.

“Tak boleh, Salmah!” bantah Rosdin sebaliknya.

“Kenapa, bang? Salmah benar-benar cintakan abang. Lelaki yang

pertama dan terakhir dalam hidup Salmah hanya abang seorang

sahaja,” ucap Salmah lagi.

“Abang juga begitu, Salmah. Terimalah ketentuan dari Tuhan.

Jodoh Salmah bukan dengan abang. Jodoh Salmah dengan Hashim,”

Rosdin menambah.

206

Page 207: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Salmah tak cintakan Hashim. Salmah cintakan abang,” ujar

Salmah.

“Maafkan abang, Salmah. Abang doakan semoga Salmah hidup

bahagia dengan Hashim. Selamat tinggal,” Rosdin bersuara.

“Abang …!” Salmah lalu menangis teresak-esak.

Setibanya di rumah Rosdin lalu mengemaskan pakaian. Dia

sudah nekad. Membawa hatinya yang luka ke Kuala Lumpur.

“Kau berkemas pakaian ni nak ke mana, Rosdin?” tegur Mak

Limah.

“Ke Kuala Lumpur, mak,” dia menjawab sambil melipat kain dan

baju ke dalam beg.

“Ke Kuala Lumpur? Kau nak buat apa kat sana, Rosdin? Kuala

Lumpur tu besar. Kita bukannya ada saudara mara kat sana. Kalau kau

susah nanti siapa nak tolong kau.” Mak Limah cuba menahan anaknya.

“Rosdin nak berjaya dalam hidup, mak. Kat Kuala Lumpur

banyak kerja boleh buat. Duit pun senang dapat. Lainlah kerja kebun

kat kampung. Siapa nak buat menantu,” terang Rosdin pula.

207

Page 208: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sabarlah, Rosdin. Ramai lagi gadis di kampung ni yang boleh

kau jadikan isteri. Bukan Salmah seorang saja,” Mak Limah memujuk

Rosdin agar tidak meninggalkan kampung.

“Rosdin dah buat keputusan, mak. Walaupun tak ada kelulusan

tinggi Rosdin tetap akan ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Rosdin

pergi dulu, mak,” dia memohon izin sambil mencium tangan ibunya.

“Rosdin …. Rosdin …. Nanti dulu …,” Mak Limah cuba menahan

anaknya. Ternyata dia amat berat untuk melepaskan Rosdin pergi ke

Kuala Lumpur.

Setibanya di Kuala Lumpur sewaktu di perhentian bas dia

berjumpa dengan Ludin.

“Awak nak ke mana? Nampak macam baru sampai di Kuala

Lumpur,” tegur Ludin dengan penuh ramah.

“Ya. Saya Rosdin. Dari kampung hajat datang ke Kuala Lumpur ni

nak cari kerja,” akuinya.

208

Page 209: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Oh begitu. Saya Ludin!” dia memperkenalkan diri sambil

menganggukkan kepala dan berjabat salam dengan Ludin.

“Saya tak tahu ke mana nak pergi. Saya tak ada kawan dan

saudara-mara di Kuala Lumpur ini.” Rosdin sebaliknya berterus terang

pada Ludin yang baru dikenalinya.

“Tinggal saja di rumah aku,” ajak Ludin dengan bersungguh-

sungguh.

“Betul ke ni? Tak menyusahkan kau ke?” soal Rosdin pula yang

berasa amat terkejut dengan pelawaan Ludin itu.

“Sungguh. Kau tak percaya dengan aku. Sudahlah. Mari ikut aku

ke rumah,” ucap Ludin lagi. Rosdin hanya mendiamkan diri dan

menurut saja ajakan Ludin itu.

“Kau kerja apa Ludin. Tinggal dalam rumah besar macam ni.

Pakai kereta besar,” Rosdin bersuara sebaik-baik sahaja duduk di atas

kerusi sofa yang berwarna hitam.

“Aku kerja sendiri,” Ludin membalas.

“Kerja sendiri?” ujar Rosdin dengan cepat.

209

Page 210: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya! Apa sebenarnya tujuan kau datang ke Kuala Lumpur ni

selain daripada mencari kerja. Boleh aku tahu?” tambah Ludin sambil

mengangkat kepala tinggi sedikit memandang tepat wajah Rosdin.

“Aku sebenarnya nak menghilangkan rasa luka di hati,” terang

Rosdin.

“Tentang kerja tu kau jangan risau. Kebetulan boss aku tengah

cari pekerja baru. Besok aku bawa kau jumpa dia. Aku yakin. Dia mesti

terima kau,” ujar Ludin.

“Ya ke ni, Ludin? Aku baru aje sampai di Kuala Lumpur ni. Takkan

terus dapat kerja?” Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata

yang keluar daripada mulut Ludin itu.

“Kau ni. Masih tak percaya dengan aku. Pandailah aku ayat boss

aku tu nanti,” yakin Ludin lagi. Perbualan mereka yang rancak lantas

terhenti. Kedengaran bunyi telefon bimbit Ludin.

“Sekejap ya. Hello. Ya, Rony. Ada stok tu ada kau jangan

bimbang. Takkan aku nak tipu pulak. Besok aku beri. Kau percayalah.

Tempat macam biasa. OK!” Ludin menjawab panggilan itu.

210

Page 211: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baru aku tahu. Kau berniaga rupanya,” Rosdin berkata.

“Pelanggan aku yang telefon. Biasalah banyak kerenah. Kenalah

bersabar. Janji duit masuk,” tambah Ludin pula.

“Barang apa yang kau meniaga, Ludin?” soal Rosdin sebaliknya

dengan penuh minat.

“Nanti kau tahulah bila dah kerja nanti. Buat masa ni kau tak

perlu tahu. Oh ya! Terlupa pulak aku. Tadi kau kata datang ke Kuala

Lumpur ni selain daripada mencari kerja ialah untuk mengubat hati

yang luka. Kenapa? Kau putus cinta ke dengan gadis sekampung kau.

Aku minta maaflah kerana bertanyakan hal ni. Maklumlah hal peribadi

yang sepatutnya aku tak perlu tahu,” teka Ludin.

“Tak mengapa, Ludin. Memang benar. Ayahnya terlalu

memandang pada harta kekayaan. Pinangan aku ditolaknya mentah-

mentah. Minggu depan dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan

ayahnya. Aku tak sanggup melihat hari persandingan mereka …,”

Rosdin cepat membalas dengan panjang lebar dalam nada suara yang

lemah dan tidak bermaya.

211

Page 212: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Rasa pedih seperti ditikam sembilu yang tajam menyiat-nyiat di

hatinya. Dia menundukkan kepala apabila mengenangkan kisah

cintanya dengan Salmah yang telah musnah berderai umpama kaca

yang terhempas ke batu.

“Sudahlah tu, Rosdin. Kau lupakanlah semua tu. Kau bina hidup

baru di Kuala Lumpur ni. Bukan dia seorang saja gadis dalam dunia ni.

Ramai lagi. Lebih cantik daripada dia pun ramai di Kuala Lumpur. Kau

pilih aje mana yang kau hendak. Janji ada duit,” tambah Ludin lagi.

Rosdin yang tadinya tunduk lalu perlahan-lahan mendongakkan muka

memandang wajah Ludin yang duduk berhadapan dengannya.

“Tapi, Ludin …,” dia tidak sempat untuk menghabiskan kata-

kata.

“Dahlah tu. Kau pun penat kan. Hah, mari aku tunjukkan bilik.

Kau mandi dan berehatlah dulu. Malam nanti kita keluar makan. Aku

belanja. Lepas makan aku bawa kau meronda seluruh bandar Kuala

Lumpur yang besar ni,” Ludin cepat memotong.

“Yalah!” angguk Rosdin.

212

Page 213: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Macam tulah. Mari aku tunjukkan bilik kau.” Ludin mengajak

kawan yang baru dikenalinya itu.

Keesokan paginya seperti yang dijanjikan Ludin membawa

Rosdin berjumpa dengan bossnya yang bernama Sani.

“Siapa yang kau bawa ni, Ludin?” tanya Sani dalam nada suara

yang garau dan keras. Wajahnya bengis dan bermisai tebal. Berkepala

botak dan berbadan gempal. Perasaan kecut dan takut menyelubungi

Rosdin apabila bertemu dengan Sani.

“Dia ni Rosdin, boss. Kawan sekampung saya. Dia datang ke sini

untuk cari kerja boss ….” Percakapan Ludin yang tersusun memujuk

Sani serta-merta terputus.

“Kau nak suruh aku ambil dia kerja?” Sani pantas menyampuk.

“Ya, boss!” Ludin mengangguk-anggukkan kepala. Rosdin hanya

mendiamkan diri.

“Boleh percaya ke dengan dia ni?” dia tak henti-henti menyoal

Ludin sambil memandang Rosdin dari atas ke bawah dengan rasa

penuh curiga.

213

Page 214: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya gerenti, boss. Saya dah lama kenal dengan dia ni. Kat

kampung dia memang rajin bekerja. Cakap apa saja. Semua dia boleh

buat. Rugi kalau boss tak ambil dia kerja,” yakin Ludin lagi.

“Baiklah. Tapi ingat, Ludin. Kalau dia buat hal nahas akibatnya.

Kau pun sama. Faham!” Sani memberi amaran keras.

“Saya faham, boss!” Ludin sebaliknya hanya mengangguk-

anggukkan kepala apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada

mulut Sani itu.

“Sudah. Pergi bawa dia buat kerja!” arah Sani pada Ludin. Tanpa

membuang masa lagi Ludin dan Rosdin pantas meninggalkan bilik Sani

untuk membuat apa yang telah diarahkan oleh Sani.

“Terima kasih, Ludin. Kerana kau aku dapat kerja. Tapi aku pelik

tengok boss kita tu. Keras dan kasar aje aku tengok,” kata Rosdin.

“Kau jangan takutlah. Boss memang macam tu. Hal kerja dia

memang tegas. Tapi hati dia baik. Sudahlah. Hari ni kau dah mula

kerja. Mari ikut aku,” Ludin menambah.

214

Page 215: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dengan menaiki kereta Ludin dan Rosdin menuju ke belakang

bangunan.

“Apa kita nak buat kat sini, Ludin?” Rosdin bertanya sambil

memandang ke kiri dan kanan.

“Buat apalagi kerjalah.” Nada suara Ludin seperti berbunyi bosan

dengan pertanyaan Rosdin itu. Tak lama kemudian muncul seorang

lelaki dari lorong bangunan sambil matanya memandang sekeliling.

“Kerja apa kita nak buat di lorong ni?” kata Rosdin lagi.

“Kau ni banyak tanyalah. Sudah. Kau nampak tak lelaki tu.

Sekarang kau ambil bungkusan ni dan beri pada dia. Pergi!” suruh

Ludin.

“Bungkusan apa ni?” ujar Rosdin pula sambil memandang muka

Ludin.

“Janganlah banyak tanya. Pergilah cepat!” ulang Ludin lagi.

“Yalah!” Rosdin tidak membantah dan turun dari kereta sambil

membawa bungkusan yang tidak diketahui isinya itu menuju ke arah

lelaki yang sedang tercegat berdiri seperti menanti seseorang.

215

Page 216: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jangan bergerak. Polis!” Tiba-tiba kedengaran suara dari arah

belakang bangunan. Rosdin dan lelaki itu telah dapat ditangkap oleh

tiga orang polis yang berpakaian biasa. Ludin pantas menghidupkan

enjin kereta dan memecut dengan laju.

“Ludin! Ludin! Tunggu aku. Tunggu aku. Apa ni, encik? Apa

salah saya?” Rosdin terpinga-pinga dengan apa yang telah terjadi.

Tangannya telah digari dan bungkusan yang dipegangnya telah

dirampas oleh polis.

“Awak ditahan kerana terlibat dengan sindiket pengedaran

dadah. Sudah. Bawa mereka berdua ke balai!” arah anggota polis yang

berpangkat inspektor itu.

“Baik, tuan!” jawab salah seorang daripada anggotanya.

“Tapi, encik. Saya tak tahu apa-apa. Percayalah. Saya telah

diperalatkan …!” rayu Rosdin untuk mempertahankan dirinya.

“Sudah! Awak ikut saya ke balai!” tegas inspektor polis itu lagi.

Rosdin telah dijatuhkan hukuman penjara di atas kesalahan itu.

Mujurlah tidak sampai ke tali gantung. Selepas keluar daripada penjara

216

Page 217: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dia terus pulang ke kampung. Timbul rasa penyesalan di hatinya

kerana telah memalukan nama baik keluarga. Barulah dia mengerti

kini akibat terlalu mengejar kesenangan hidup di bandar besar dia

terjerat dalam kancah hitam sebagai mangsa Sani dan Ludin untuk

mengedarkan dadah yang menjadi musuh utama negara.

Dia berasa serik dan takut untuk mencari kerja di bandar akibat

daripada peristiwa hitam yang melanda dirinya itu. Rosdin

membulatkan tekad dalam dirinya. Biarlah dia mengerjakan kebun

pisang di kampung tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sehingga ke

nafas yang terakhir.

Rosdin menarik nafas yang panjang. Penat telah pun hilang.

Umpama air sungai yang mengalir kisah silam yang penuh dengan

warna-warna hitam biarkanlah berlalu. Tak guna dikenangkan apa

yang telah terjadi dan jadikanlah ia sebagai pengalaman yang paling

berharga dalam hidup ini. Dia lalu bingkas bangun untuk menyambung

semula kerja-kerja yang dilakukannya setiap hari di kebun pisang.

217

Page 218: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

16

GELORA

Dia cuba mencari kekuatan. Setelah menempuhi kegagalan

dalam hidup. Sebagai manusia dia redha. Dengan takdir yang telah

ditentukan ke atas dirinya. Semuanya adalah kehendak Tuhan. Bukan

kehendak dirinya.

“Kau tengok laut tu. Ombak tak putus-putus menghempas

pantai. Tanpa rasa jemu dan bosan,” kata Juana.

“Laut lain, Juana. Kita manusia lain. Mana nak sama,” Marlisa

membalas.

“Itulah silapnya kau,” bantah Juana sebaliknya.

218

Page 219: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Silap? Kenapa pulak kau kata begitu?” tanya Marlisa dengan

rasa hairan.

“Hidup manusia di dunia ni sama macam laut. Pasang surut silih

berganti. Ada ketika kita merasa suka. Ada ketika kita merasa duka,”

Juana bersuara.

Marlisa melepaskan pandangan sejauh-jauhnya ke arah laut biru.

Dia mengutip semula kisah silam yang pernah dialaminya.

“Tahun ni penting bagi kau, Marlisa. Kau akan menduduki

peperiksaan SPM. Penentu masa depan kau,” ingat ayahnya.

“Betul kata ayah kau tu, Marlisa. Kerja sekarang tak macam

dulu. Semua nak kelulusan tinggi,” sokong ibunya pula.

“Ayah! Mak! Marlisa tahulah semua tu. Janganlah cakap selalu.

Bosanlah!” keluh Marlisa.

Bayu yang datang dari arah laut terasa segar dan dingin

menyapu seluruh tubuhnya. Pandangannya masih lagi melekat pada

laut biru yang nampak tenang.

219

Page 220: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa dengan kau ni, Marlisa? Nampak muram aje aku

tengok,” ucap Eddy.

“Tak ada apa-apalah,” dia berdalih.

“Hei, janganlah macam tu. Aku ni kan ke kawan kau. Beritahulah

aku. Apa masalah kau. Mana tahu kalau aku boleh tolong,” desaknya

lagi.

“Aku benganglah!” dia meluahkan apa yang terbuku di

perasaannya pada Eddy.

“Bengang? Pasal apa pulak?” soal Eddy lagi dengan penuh minat

sambil memandang wajah Marlisa.

“Ayah dan ibu aku asyik berleter. Pasal periksa SPM tahun ni,”

jelasnya.

“Oh, begitu! Itu perkara biasalah, Marlisa,” Eddy menambah.

“Perkara biasa kata kau. Masalahnya hari-hari aku kena leter.

Perkara yang sama. Kalau kena kat kau tentu kau pun rasa bosan,”

ujar Marlisa.

220

Page 221: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudahlah tu. Kau releks saja. Tak usah pening-pening kepala.

Fikirkan semua tu,” Eddy bersuara.

“Releks kata kau? Hei, tak kena pada kau bolehlah kau cakap.

Cuba kalau kena pada kau. Tahulah …!” rengus Marlisa.

“Yalah! Releks! SPM lambat lagi. Dah. Malam ni kau ikut aku.

Sekurang-kurangnya hilang masalah kau,” pujuk Eddy pula.

“Ke mana?” Marlisa menyoal.

“Kau ikut ajelah nanti. Tak usah banyak tanya!” Eddy mencelah.

Sesungguhnya Tuhan menciptakan hidup ini untuk manusia

adalah satu perjalanan yang jauh. Hakikatnya bermula dari kelahiran

dan berakhir dengan kematian. Penuh dengan pelbagai ujian dan

dugaan yang perlu ditempuhi. Sambil memeluk tubuh erat Marlisa

menarik nafas yang panjang dan melemparkan pandangan sedalam-

dalamnya ke arah laut biru.

221

Page 222: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tempat apa ni, Eddy? Ramainya orang. Motosikal pun banyak,”

Marlisa berkata.

“Inilah tempat untuk kita enjoy,” Eddy menambah.

“Tempat macam ni?” Marlisa berasa sungguh terperanjat apabila

mendengar kata-kata Eddy itu.

“Yalah!” dia membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Habis tu? Kau ingat tempat macam mana?” sambung Eddy lagi.

“Aku ingatkan tempat disko,” tambah Marlisa.

“Bukan apa enjoy di tempat disko. Tempat macam nilah bagus,”

jelas Eddy.

Marlisa diam. Dia memandang ke kanan dan kiri. Penuh dengan

remaja lelaki dan perempuan. Seusia dengannya tanpa segan dan silu

berkelakuan tidak sopan. Dengan bebas berpeluk-pelukan melanggar

agama dan adat.

222

Page 223: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau tunggu sini sekejap. Aku nak jumpa kawan. Kau tunggu sini,

ya!” ucap Eddy.

“Jangan pergi lama tau. Aku takutlah, Eddy. Tempat macam ni

tempat rempit aje aku tengok. Silap-silap kena tangkap polis ….” Dia

mengeluarkan nada suara yang berbunyi takut dan gelisah.

“Hah, lecehlah kau ni. Kau jangan takut. Tempat ni memang

untuk merempit. Tempat ni selamat. Polis tak tahu. Kalau menang

lumayan kau dapat tahu,” Eddy sebaliknya memujuk Marlisa.

“Lumayan?” soalnya dengan penuh rasa hairan.

“Dahlah! Kau tahulah nanti. Jangan banyak soal. Kau nampak tak

mamat yang pakai jaket kulit hitam tu. Dia tu kawan aku. Hei, Kau

tunggu kejap. Aku nak jumpa dia sekejap,” celah Eddy.

Dia lalu pergi menemui kawannya itu. Mereka berbual-bual

sambil Eddy mengangkat mukanya menunjukkan ke arah Marlisa.

Kawannya itu memandang Marlisa dengan tersenyum dan

mengangguk-anggukkan kepala. Dia kemudiannya menepuk-nepuk

bahu Eddy dan menunjukkan isyarat bagus.

223

Page 224: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Marlisa nampak terpinga-pinga. Tidak tahu butir perbualan Eddy

dan kawannya itu.

Lamunannya yang jauh melayang sehingga ke awangan itu

dengan tiba-tiba sahaja lantas terhenti. Sayup-sayup kedengaran

suara ombak menghempas pantai. Buih-buih memutih berapungan di

gigian membasuh butiran pasir halus dan batu-batu kecil.

Marlisa menghela nafas yang panjang. Tudung berwarna merah

yang melitupi kepalanya mengerbang sedikit apabila ditiup bayu yang

datang dari arah laut. Seingat dia malam itulah bermula detik

kehancuran dalam hidup remajanya.

“Kau dari mana ni, Marlisa? Dah jauh malam baru balik. Apa nak

jadi dengan kau ni, hah?” tengking ayahnya. Dengan rasa marah jelas

terpancar di wajahnya.

“Dari rumah kawanlah. Belajar,” dia menjawab.

“Kau jangan nak bohong, Marlisa. Tadi ayah dapat panggilan

telefon dari cikgu kau. Dah seminggu kau tak datang ke sekolah. Kau

pergi mana, hah?” herdik ayahnya lagi dengan rasa penuh geram.

“Ya, Marlisa!” ibunya mengangguk-anggukkan kepala.

224

Page 225: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau pergi mana sebenarnya? Setiap hari kau pergi sekolah. Tapi

kau tak pergi sekolah,” desak ibunya pula.

“Ah! Bosanlah! Ayah dengan mak ni!” Dia tergamak melepaskan

kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan pada ayah dan ibunya.

“Kurang ajar!” ayahnya menjawab dengan pantas sambil

menampar pipi Marlisa.

“Abang! Sudahlah tu!” tahan ibunya pula.

“Ayah pukul saya, ya …! Dulu ayah tak pernah pukul saya ….

Tapi sekarang ayah pukul saya …. Takpe …!” Marlisa sebaliknya

pantas menjawab sambil berlalu pergi menuju ke bilik.

“Marlisa …! Marlisa …! Tunggu dulu …!” ibunya cuba menahan.

“Sudah! Biarkan dia. Degil!” halang ayahnya pula dengan

sekeras-kerasnya.

Akibat terlalu menurut kata hati dia lalu mengambil keputusan

nekad. Melarikan diri dari rumah dan pergi ke rumah Eddy.

225

Page 226: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apahal dengan kau ni, Marlisa? Aku tengok macam lari dari

rumah aje. Siap bawa beg pakaian sekali,” Eddy berkata.

“Memang aku lari dari rumah,” akuinya.

“Kenapa?” soal Eddy sambil mengangkat kepala memandang

wajah Marlisa.

“Aku dah tak tahan lagi dengan ayah dan mak aku. Kau tahu.

Sejak dari kecil lagi aku tak pernah kena pukul. Tapi semalam ayah

aku pukul aku,” dia menjelaskan pada Eddy.

“Ayah kau pukul kau?” Eddy berasa sungguh terperanjat apabila

mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Marlisa itu.

“Ya! Kau tahu apa sebabnya?” ulang Marlisa lagi.

“Pasal apa?” ujar Eddy dengan rasa penuh minat untuk

mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

“Sebab balik lewat semalam. Eddy aku nak tumpang rumah

kaulah. Aku tak nak balik rumah. Eddy kau kawan aku. Bolehlah ya?”

mohon Marlisa.

226

Page 227: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau nak tumpang rumah aku?” tanya Eddy.

“Ya, Eddy!” dia cepat menjawab sambil mengangguk-anggukkan

kepala.

“Tolonglah! Aku tak nak balik rumah. Aku rasa lebih tenang di

rumah kau,” Marlisa merayu pada Eddy.

“Yalah! Yalah! Memandangkan kau kawan aku kau boleh tinggal

di rumah ni. Kau pakailah bilik aku tu. Tapi berselerak. Kau maklumlah

orang bujang. Kau kemaskanlah apa yang patut,” jawab Eddy.

“Terima kasih, Eddy. Kaulah satu-satunya kawan aku. Habis? Kau

nak tidur mana?” Marlisa membalas.

“Itu kau tak usah risaulah. Dahlah. Kau masuklah ke bilik. Aku

nak keluar sekejap,” ucap Eddy pula.

Cuaca kelihatan cerah menyinari seluruh alam semesta. Suara

ombak menghempas pantai tak putus-putus kedengaran membelah

suasana. Marlisa masih lagi menghempaskan segala kisah silam yang

pernah dialaminya pada laut biru.

227

Page 228: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Macam mana ni, bang? Dah seminggu Marlisa tak balik ke

rumah. Saya risaulah, bang,” kata ibunya sambil menangis teresak-

esak.

“Nak buat macam mana, Mah. Kita pun dah laporkan pada polis.

Kita tunggu ajelah. Dah puas kita cari kat rumah kawan-kawan dia.

Tapi tak ada. Entah ke mana hilangnya,” ayahnya sebaliknya bersuara.

“Bang! Marlisa tulah satu-satunya anak kita bang!” ingat ibunya

pada ayahnya sambil tak henti-henti menangis.

“Ya! Itu abang tahu!” angguk ayahnya pula.

“Tapi dia sendiri yang pilih nak keluar dari rumah ni. Mentang-

mentang dah besar tak boleh ditegur,” ayahnya mencelah.

Perbualan ayah dan ibunya lantas terhenti. Kedengaran bunyi

telefon bimbit ayahnya.

“Hello! Waalaikumsalam. Ya, cikgu. Setakat ni belum dapat apa

berita, cikgu. Apa? Saya faham, cikgu. Tindakan itu memang terpaksa

diambil. Yalah, cikgu. Waalaikumsalam!” ayahnya menjawab panggilan

itu.

228

Page 229: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa, bang?” ibunya pantas menyoal.

Ayahnya tidak menjawab pertanyaan ibunya itu. Dia sebaliknya

hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Cikgu Marlisa telefon. Dia kena buang sekolah. Sebab dah lama

tak datang,” jelas ayahnya pula.

Kisah silam yang pernah melanda dirinya sukar untuk dilupakan.

Semakin jelas dan kuat menyelubungi ingatannya. Walaupun telah

lama berlalu pergi. Entah mengapa! Dengan tiba-tiba sahaja segala

noda dan dosa yang pernah terpalit di dirinya selama ini seolah-olah

tercermin di atas permukaan laut biru.

“Malam ni ada pertaruhan besar,” kata Eddy.

“Pertaruhan besar?” ucap Marlisa pula.

“Ya! Malam ni kau ikut balik mamat yang menang. Besok pagi

aku ambil kau balik. Faham?” Eddy bersuara sambil mendongakkan

kepala memandang wajah Marlisa.

“Eddy …. Aku …,” dia terhenti.

229

Page 230: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa dengan kau ni, hah? Kan aku dah kata. Buat apa yang

aku suruh!” arah Eddy dengan mengeluarkan suara yang berbunyi

keras.

“Tapi, Eddy kau buat aku macam perempuan murahan. Tiap-tiap

malam lepas perlumbaan kau serahkan aku pada mamat yang

menang. Kadang-kadang kau bawa balik kawan-kawan. Berseronok

dengan aku. Duit kau dapat. Kau ingat aku ni apa, hah?” jawab Marlisa.

“Hei, perempuan! Kau dengar sini baik-baik. Ini Eddy tau. Apa

yang aku suruh kau mesti buat. Jangan banyak cakap!” ingat Eddy.

Tiba-tiba telefon bimbit Eddy kedengaran berbunyi.

“Hello! Ya, bos. Gua tahu. Tapi gua belum dapat bayar pasal tak

ada wang. Macam ni ajelah, bos. Gua ada barang baik mau kasi sama

lu. Percayalah gerenti baik punya. OK. Kasi langsai semua hutang.

Nanti gua bawa itu barang. Nanti lu tunggulah.” Demikianlah butir

perbualan Eddy dengan pemanggil.

“Sudah! Mari ikut aku cepat!” ujar Eddy pada Marlisa.

“Nak ke mana ni?” soalnya pula.

230

Page 231: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jangan banyak cakap. Aku kata ikut kau ikut ajelah!” paksa

Eddy sambil meninggikan suara.

Ternyata dia salah memilih kawan. Eddy telah menghumbannya

ke lembah kehinaan. Dia dijadikan sebagai umpan untuk Eddy

menyelesaikan segala hutang dan memperolehi kemewahan.

“Aku tak sangka, Eddy …. Sanggup kau buat aku macam ni ….”

Marlisa mengeluarkan nada suara tersekat-sekat sambil menangis

teresak-esak.

Dia sebaliknya ketawa terbahak-bahak apabila mendengar

luahan Marlisa itu.

“Hei, Marlisa! Tak sangka aku. Perempuan cantik macam kau ni

setahu aku bijak. Memperdayakan semua lelaki. Wang pun senang

dapat. Tapi lain pulak dengan kau ni. Bodoh!” Eddy melemparkan kata-

kata pedas dan menyakitkan hati Marlisa.

“Sudah …! Kau memang lelaki tak guna …! Setan …! Kau

jahanamkan hidup aku …!” pekiknya sambil menangis. Namun begitu

Eddy langsung tidak mengendahkannya dan terus ketawa terbahak-

bahak.

231

Page 232: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sekarang baru kau tahu aku ni setan. Habis selama ni siapa

yang kutip kau macam sampah dan bawa tinggal di sini. Aku! Hidup

bersama macam suami isteri. Lepas tu aku beri kau peluang merasai

keseronokan hidup dengan bermacam lelaki. Tak sangka aku. Kau ni

tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit,” dia bersuara pada

Marlisa setelah ketawanya reda.

“Kau tu yang binatang! Aku nak balik!” pekik Marlisa lagi dengan

tak henti-henti menangis.

“Apa? Kau nak balik?” Eddy berkata dengan mengangkat kepala

melihat mukanya.

“Ya! Aku nak balik!” Marlisa pantas mengangguk-anggukkan

kepala.

“Kau memang lelaki yang tak guna. Aku benci kau!”

sambungnya lagi sambil menjerit dengan sekuat-kuat hati.

“Hei! Kau dengar sini baik-baik, ya. Keluarga kau tak akan terima

kau balik. Tak ada siapa yang nak terima kau. Sedarlah diri tu. Kau tu

perempuan kotor. Reti?” jerkah Eddy dengan cepat menolak Marlisa

sehingga jatuh ke lantai.

232

Page 233: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau dengar sini lagi. Aku akan pastikan yang kau tak akan

keluar dari rumah ni. Aku akan jadikan kau pembawa keuntungan

kepada aku. Kalau kau cuba lari nahas kau!” ugut Eddy pula.

Marlisa hanya terdaya menangis teresak-esak. Mengenangkan

nasib malang yang menimpa dirinya. Di ketika ini barulah terbayang

wajah ayah dan ibunya di ruang mata. Rasa penyesalan timbul di

hatinya. Inilah akibat apabila terlalu menurut kata hati. Tanpa berfikir

panjang.

Barulah dia mengerti kini. Segala yang dibuat oleh ayah dan

ibunya selama ini adalah demi kebaikan kerana rasa kasih sayang

pada seorang anak.

Nasib gadis remaja Marlisa bertambah parah. Lelaki yang

bernama Eddy telah mengambil kesempatan di atas kelemahan

dirinya. Dia telah dijual di hotel murahan. Tetapi dalam satu serbuan

membanteras maksiat oleh pihak berkuasa dia telah ditahan.

Memandangkan dia masih gadis remaja lagi dia telah dihantar ke

sekolah pemulihan akhlak.

233

Page 234: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Walau seburuk mana pun kau Marlisa kau tetap anak mak dan

ayah …,” kata ibunya sambil menangis ketika melawatnya.

“Ya, Marlisa! Ayah harap kau akan belajar menjadi gadis yang

baik budi pekerti selama di sini,” sahut ayahnya pula.

“Ayah …! Mak …! Maafkanlah, Marlisa. Marlisa benar-benar

menyesal. Kalau Marlisa dengar cakap ayah dan mak tentu Marlisa tak

akan jadi macam ini …,” balasnya dalam nada suara yang perlahan

sambil menangis.

“Syukurlah, nak kerana Tuhan masih sayangkan kau lagi.

Membukakan pintu taubat untuk kau kembali semula ke pangkal

jalan,” tambah ibunya.

Kini dia telah keluar dari sekolah pemulihan akhlak. Dengan tiba-

tiba air matanya mengalir membasahi pipi. Mengenangkan gelora

kehidupan yang pernah dialaminya. Sama seperti yang adakalanya

melanda laut biru yang direnungnya.

234

Page 235: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

17

ANAK NELAYAN DAN ANAK KORPORAT

Di kaki langit biru matahari kian meninggi. Bersama gumpalan

awan tebal memutih. Jalur-jalur cahayanya kelihatan lurus menyinari

seluruh alam semesta. Bayu laut bertiup lembut. Dingin dan nyaman

membungkus suasana. Pohon-pohon yang tumbuh di tepi-tepi pantai

bagai menari-nari. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mengikut

rentak tiupan angin.

Daun-daun hijau kedengaran mengeluarkan irama yang sungguh

merdu. Apabila bergeseran di antara satu sama lain. Jiwa yang dibaluti

dengan kesepian dan kekosongan akan menjadi terhibur apabila

mendengarnya. Desiran ombak tidak putus-putus menghempas gigian

pantai. Buih-buih memutih berapungan membasuh butiran pasir halus

dan batu-batu kecil.

Wahid menarik nafas panjang. Dia melemparkan pandangan

sejauh-jauhnya ke arah laut yang membiru melalui pondok kecil yang

bertiangkan dan berlantaikan kayu. Deretan rumah-rumah peranginan

jelas kelihatan. Fikiran Wahid menerawang jauh bersama gulungan

ombak yang setia menghempas pantai. Wahid sebenarnya sedang

235

Page 236: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

mencari ilham untuk melukis. Setiap yang tergambar dalam

perasaannya dan dilaluinya dalam kehidupan ini dicurahkannya dalam

lukisan.

Bagi Wahid lukisan adalah segala-galanya dalam mewarnai

perjalanan hidupnya. Tanpa lukisan dia merasakan seolah-olah tidak

bermaya dan gelap dalam hidup ini. Kanvas dan berus adalah teman

sejatinya. Minat Wahid melukis sejak dari kecil lagi. Bermula dengan

menconteng di atas butiran pasir dengan menggunakan ranting kayu

atau lidi penyapu. Kemudian apabila bersekolah rendah dia

menconteng di atas kertas.

Dia masih ingat lagi. Sewaktu di sekolah rendah dia sering

dimarahi oleh guru. Asyik melukis sahaja. Tidak pandai dalam mata

pelajaran lain. Apabila di sekolah menengah dia sering mendapat

kepujian dalam mata pelajaran lukisan. Lamunannya yang jauh benar

melayang sehingga ke awangan itu lantas terhenti. Kedengaran suara

wanita memberi salam. Dia lantas menoleh ke arah suara yang lembut

itu dan menjawab salam.

“Jauh mengelamun nampak. Maafkan saya. Mengganggu awak

ke?” tanya Rosnani dengan lembut dan penuh sopan.

236

Page 237: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Oh tidak. Jemputlah duduk. Saja-saja aje tenangkan fikiran pagi

ni. Awak pulak dari mana. Dah sarapan ke belum?” Wahid sebaliknya

menjawab sambil memandang wajah Rosnani yang sungguh ayu dan

jelita apabila disapu oleh angin yang bertiup dari arah laut. Seperti

rembulan yang jatuh ke riba diibaratkan. Dia kemudiannya lalu duduk

bersebelahan dengan Wahid.

“Macam awak jugak. Saja-saja aje mengambil angin laut. Saya

dah sarapan. Sedap betul nasi lemak di warung Mak Limah. Yang awak

tu dah sarapan ke belum?” balas Rosnani.

“Sudah!” Wahid mengangguk pantas. Rosnani kemudiannya

memandang kawasan sekeliling. Wahid hanya memerhatikan sahaja

gelagat Rosnani itu. Dia kemudiannya memandang semula Wahid.

“Saya suka tempat ni. Tenang dan damai. Tak silap saya memilih

tempat bercuti,” Rosnani menambah.

“Macam mana dengan rumah peranginan yang awak duduk tu?

Bagus ke?” soal Wahid pula sambil mengangkat kepala tinggi sedikit.

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa teroleng-oleng hinggap di atas

pondok yang beratapkan nipah.

237

Page 238: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Memang bagus sekali. Dah banyak tempat peranginan saya

pergi. Termasuk luar negara. Inilah kali pertama saya berjumpa

dengan tempat yang paling bagus sekali.” Rosnani menghamburkan

kata-kata pujian. Wahid sebaliknya tersenyum kecil apabila mendengar

kata-kata gadis manis dari kota besar itu.

“Kenapa awak ketawa? Ada yang tak kena ke dengan apa yang

saya cakapkan tadi?” Dia lalu berasa hairan apabila melihat senyuman

terukir jelas di wajah Wahid.

“Tak ada apa-apa?” dia menggeleng-gelengkan kepala apabila

menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Rosnani itu.

“Habis tu? Tentu ada sesuatu yang lucu awak rasakan. Masa kan

tidak dengan tiba-tiba saja awak tertawa kecil,” Rosnani pantas

memotong.

“Kan saya dah kata tadi. Tak ada apa-apa yang melucukan.

Cuma timbul di hati saya sama ada awak ikhlas memuji tempat ini

atau terpaksa. Kerana awak berhadapan dengan saya. Itu saja. Saya

minta maaf kalau penjelasan saya ini benar-benar keterlaluan bagi

awak,” pinta Wahid dalam nada suara sayup-sayup tenggelam

bersama desiran ombak yang gagah perkasa menghempas pantai.

238

Page 239: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tak perlu awak minta maaf pada saya. Lagipun awak tak ada

buat salah apa-apa. Memang betul kata awak tu. Saya memang ikhlas.

Saya jatuh cinta pada tempat ni. Tak macam di bandar. Jalan raya

penuh sesak dengan kenderaan. Dari pagi sampai malam. Orang yang

hidup di bandar besar berlumba-lumba termasuk saya. Sibuk dengan

macam-macam urusan dalam kehidupan,” terang Rosnani pula dengan

panjang lebar.

“Jadi awak suka dengan perkampungan nelayan seperti ni?”

Wahid menambah. Dia terperanjat apabila mendengar kata-kata yang

keluar daripada mulut Wahid itu.

“Perkampungan nelayan?” Rosnani mengangkat muka tinggi

sedikit. Seolah-olah tidak faham akan maksud Wahid itu. Dia dapat

membaca apa yang tergambar di fikiran Rosnani.

“Mungkin awak tak faham. Tak mengapalah. Awak tengok

kawasan sekeliling ini tidak ada rumah-rumah nelayan. Tapi suatu

masa dahulu ada. Sekarang digantikan dengan rumah-rumah

peranginan,” jelas Wahid pada Rosnani.

“Baru saya mengerti sekarang!” angguk Rosnani dengan cepat.

239

Page 240: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya dapat bayangkan pada waktu itu. Kawasan pantai ini

penuh dengan pokok-pokok kelapa dan perahu-perahu nelayan,” ucap

Wahid lagi sambil mendongakkan kepala ke arah laut yang tenang

membiru. Dengan serta-merta ingatan masa lalu yang penuh

kenangan indah segar menjelma di ingatannya.

“Memang dapat saya bayangkan apa yang awak cakapkan tu.

Tapi sayangnya saya tak mengalaminya. Dari kecil hingga sekarang

saya hidup di bandar,” akui Rosnani.

“Saya suka pada laut. Tenang walaupun berombak dengan

airnya yang masin. Laut menjadi punca rezeki nelayan. Saya

dibesarkan dengan laut. Sebahagian daripada hidup saya adalah laut,”

kata Wahid.

“Menarik sekali kata-kata awak itu. Awak anak nelayan rupanya.

Patutlah awak rapat dengan laut. Karya lukisan awak lebih kepada

laut. Baru saya mengerti sekarang. Kenapa awak selalu berada di tepi

pantai,” Rosnani mencelah. Wahid lantas terkejut. Rosnani tahu

segala-galanya mengenai dirinya.

“Macam mana awak tahu ni?” dia pura-pura bertanya sambil

memandang dalam-dalam wajah gadis dari kota itu yang datang

240

Page 241: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bercuti ke kawasan peranginan yang dahulunya perkampungan

nelayan.

“Saya dengar cerita orang di sini,” Rosnani bersuara. Angin laut

seakan-akan menyanyi-nyanyi riang menghiburkan suasana. Bersama

rentak tari irama pepohonan dan dedaunan. Bisikan desiran ombak

tenang membelai mengiringi cuaca yang cerah. Damai jiwa terasa

bersama alunan dingin biarpun terik matahari memayungi seluruh

alam yang terang-benderang. Berkilauan putih berseri butiran pasir

halus di sepanjang pantai.

Sedar-sedar senja telah melabuhkan tirainya menyambut

malam. Matahari yang tadinya cerah bertukar warna seperti buah

pinang masak. Langit bertukar menjadi kelabu. Burung-burung telah

pulang ke sarang semula. Dia teringatkan kata-kata pujangga. Segala

suka duka yang dialami hari ini dihimpunkan menjadi pengalaman

untuk mendewasakan kita. Pengalaman adalah ibarat guru dalam

hidup ini. Kita belajar daripadanya. Wahid tidak pasti dari mana

datangnya kata-kata hikmah itu.

Dia cuma mendengar sahaja dan melekat kuat di ingatannya.

Malam itu selepas pulang dari surau dengan tiba-tiba sahaja dia

mendapat ilham untuk melukis. Selalunya dia akan menjadikan anjung

rumah sebagai tempat untuk menghasilkan lukisan. Menghadap ke

241

Page 242: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

arah laut bersama sayup-sayup bunyi desiran ombak membelai pantai

dalam kepekatan malam. Dibelai hembusan dingin angin bersama lagu

merdu dendangan pohon-pohon dan daun-daun. Sinar rembulan dan

kerlipan bintang di kaki langit hitam amat indah dan benar-benar

membangkitkan ilham kepada Wahid untuk menghasilkan karya seni.

“Kau dah balik, Wahid?” tegur ibunya yang tiba-tiba muncul dari

bilik.

“Dah, mak!” Wahid membalas sambil berhenti dari melukis dan

memandang ke arah wajah ibunya yang telah tua itu.

“Mak dengar kau rapat dengan seorang budak perempuan dari

bandar yang datang bercuti ke kampung ni. Betul ke?” ibunya

bersuara. Angin malam yang lembut menerobos masuk melalui anjung.

Segar menyapu permukaan kulit ibunya yang telah tua dan kulit Wahid

yang masih muda itu. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan memecah

kesunyian malam.

“Wahid dengan dia cuma kawan aje. Rosnani namanya,” dia

menjawab pertanyaan yang diajukan oleh ibunya itu.

242

Page 243: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mak bukannya apa. Mak bimbang dia tu perempuan. Jangan

sampai perkara yang tak elok berlaku. Malu kita, Wahid,” pesan ibunya

dalam nada suara yang risau.

“Jangan bimbang, Mak. Wahid tahu batas agama dan adat

dalam berkawan. Mak percayalah.” Dia meyakinkan ibunya yang

duduk di atas tikar mengkuang. Tak lama kemudian adiknya Azri

muncul. Dia berkelulusan universiti. Tapi sampai sekarang masih tidak

dapat pekerjaan.

“Mak besok saya akan ke bandar. Ada temu duga kerja,” katanya

yang bersongkok memakai baju Melayu berwarna perang dan berkain

pelekat. Sama macam abangnya dari surau.

“Pergilah, Azri. Mak doakan mudah-mudahan kau dapat kerja,”

ujar ibunya pula. Wahid yang sedang asyik melukis lalu terhenti dan

memandang tepat ke arah adiknya yang masih tercegat berdiri di sisi

ibunya.

“Betul kata mak tu. Kau ada kelulusan. Carilah pekerjaan yang

sesuai dengan kelulusan kau tu,” celah Wahid.

“Terima kasih mak, abang. Insya-Allah dengan berkat doa dan

dorongan mak dan abang moga-moga dapatlah saya kerja. Dapat

243

Page 244: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

jugaklah saya bantu keluarga kita,” Azri berjanji. Dia kemudiannya

memohon diri untuk masuk ke dalam bilik. Wahid dan ibunya yang

masih lagi di anjung rumah rancak berbual-bual. Sudah menjadi

kebiasaan. Ketika Wahid melukis dia akan ditemani oleh ibunya.

“Mak …. Penatlah, Wahid …. Mak masuk tidur dulu …,” ibunya

bersuara perlahan.

“Yalah, mak. Pergilah mak berehat. Saya nak siapkan lukisan ni

dulu,” Wahid menjawab. Ibunya lalu bangun dan mengatur langkah

menuju ke bilik.

Tinggallah Wahid seorang diri di anjung rumah. Dia amat tekun

dalam menyiapkan lukisan. Selagi tidak siap dia tidak akan berhenti.

Kadangkala sampai pagi dia baru masuk tidur. Wahid berasa penat.

Dia lalu berhenti seketika. Dengan renungan yang kudus dan penuh

bermakna dia melontarkan pandangan ke luar rumah. Dia masih ingat

lagi. Ketika zaman kanak-kanak dahulu pada waktu malam begini dia

dan Azri akan menyiapkan kerja sekolah sambil ditemani dengan api

pelita.

Sementara arwah ayahnya pula akan menjahit jala sambil

menghisap rokok daun. Ibunya pula akan menyediakan kopi ‘o’ pekat

244

Page 245: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

minuman kegemaran ayahnya. Keesokan paginya selepas solat Subuh

arwah ayahnya akan turun ke laut mencari rezeki. Dia dan Azri

berjalan kaki ke sekolah. Pada waktu petang Wahid dan kawan-kawan

akan bermain di tepi pantai. Bila musim angin kuat layang-layang

adalah permainan utama dia dan kawan-kawan.

Alangkah indahnya masa itu ketika diingatkan. Namun begitu dia

tetap akur. Semuanya kini tinggal menjadi kenangan indah sahaja.

Tambahan pula ayahnya telah tiada. Sudah menjadi lumrah dalam

kehidupan. Apa yang dilalui masa lalu tak akan kembali lagi. Sama

seperti kata-kata sekali ombak melanda pantai berubah segala-

galanya. Perubahan tetap akan berlaku juga dalam mengharungi arus

kehidupan.

Melalui kaca jendela rumah peranginan Rosnani memeluk tubuh

sambil memandang laut yang diselubungi kegelapan dan hanya

kedengaran sayup-ayup desiran ombak membelai pantai. Kemudian

dia menoleh pula ke arah rumah-rumah kampung yang terdapat di

kawasan persekitaran pantai. Ada yang masih lagi terang-benderang

dan ada yang telah gelap.

Mungkin ada yang masih belum tidur lagi dan ada yang telah

tidur. Tiba-tiba telefon bimbit yang diletakkannya di atas meja

245

Page 246: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berbunyi. Lamunannya yang asyik memerhatikan laut dan rumah-

rumah kampung itu pantas terhenti. Siapa pulak telefon malam-malam

ni? Getus hati kecilnya. Tanpa berlengah lagi dia lalu mengangkat

telefon. Tertera nombor telefon orang yang telah menyakiti hatinya.

Dia malas untuk menjawab panggilan ini. Dipaksanya juga

dirinya untuk menjawab panggilan orang yang disayanginya tetapi

telah melukakan hatinya. Pedih seperti ditikam sembilu rasanya. Dia

lalu menekan butang panggilan. Kebosanan jelas terpancar di

wajahnya yang jelita.

“Hello, Rosnani. Maafkan saya. Awak dah tidur ke?” Zaki

bersuara.

“Belum. Ada apa awak telefon saya malam-malam ni?” Bunyi

nada suara Rosnani macam nak tak nak sahaja bercakap dengan lelaki

bernama Zaki itu.

“Kenapa dengan awak ni? Seperti tak suka aje bercakap dengan

saya. Kan saya dah kata. Saya cuma sayang awak seorang saja. Saya

dengan Azurah yang awak jumpa tempoh hari tak ada apa-apa. Dia tu

tergila-gilakan saya. Mentang-mentanglah saya ni berada ….” Dia tidak

sempat untuk menghabiskan kata-kata.

246

Page 247: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudahlah, Zaki. Walau apa pun alasan yang awak berikan saya

tetap tak nak dengar. Tak usahlah awak nak berbohong dengan saya.

Terang-terang depan mata saya awak berpegang tangan dan begitu

mesra dengan dia. Awak memang dasar lelaki yang tak boleh

dipercayai!” bantah Rosnani dengan cepat sambil menggertap giginya

yang putih berseri. Menahan marah dan geram yang teramat sangat.

“Rosnani. Tunggu dulu. Dengar saya cakap ….” Suara Zaki

terputus lagi.

“Dahlah, Zaki. Cukuplah tu. Kita dah tak ada apa-apa hubungan

lagi. Kalau dia tu dah pilihan awak saya doakan semoga awak dan dia

bahagia. Selamat tinggal, Zaki …,” Rosnani berkata lemah dan terus

menutup telefon bimbitnya. Dia enggan bercakap lagi dengan lelaki

itu.

Serta-merta rasa kesedihan menyelubungi wajahnya yang ayu

dan jelita itu. Dengan tiba-tiba juga air matanya mengalir membasahi

pipinya yang gebu dan halus itu bersama kepekatan malam. Umpama

titisan hujan yang turun membasahi bumi. Rasa pilu terasa menyiat-

nyiat di jiwanya. Hakikatnya Zaki adalah lelaki pertama dan terakhir

247

Page 248: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

yang dicintainya dalam dunia ini. Rosnani amat menyayangi lelaki itu.

Dia tidak boleh melupakan lelaki itu walaupun cuma seketika.

Hidupnya terasa lemah dan tidak bermaya. Kalau sehari tidak

bertemu dan menatap wajah lelaki itu. Dia ingin sehidup semati

dengan Zaki dengan membina mahligai kehidupan bersama. Musnah

berkecai impian yang disemai. Bagai kaca yang terhempas ke batu

dan tak mungkin akan dapat bercantum kembali. Bahtera yang

diidamkannya dilayarkan bersama dengan Zaki ke pulau impian tidak

kesampaian. Tenggelam di lautan dihempas gelora dan gelombang

ganas.

Disangkanya panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di

tengah hari. Musnah berderai impian yang disemainya selama ini.

Bagai kaca yang terhempas ke batu. Tak mungkin akan dapat

bercantum kembali. Dia amat setia dalam percintaan tapi malangnya

Zaki berpura cuma. Kesepian dan kekosongan kini menyelubungi

warna-warna hidupnya. Dalam dunia percintaan Rosnani berpegang

teguh pada kata-kata kalau dia dah sayang seseorang itu dia akan

sayang selama-lamanya.

Kenangan indah sewaktu memadu cinta dan kasih sayang

sewaktu bersama dengan Zaki dahulu sukar untuk dilupakannya.

Lelaki yang dikenalinya sewaktu berada di luar negara dahulu sama-

248

Page 249: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

sama menuntut dalam bidang perniagaan. Rasa sebak terus menusuk

jiwa Rosnani yang dilanda pasrah. Apabila mengenangkan semua itu

semula. Benar kata orang. Cinta itu memang indah. Dunia dipenuhi

dengan bunga-bunga berseri siang dan malam. Tapi bila terluka

pedihnya terasa seluruh hayat.

Mungkin bagi orang yang gagal dalam percintaan pengalaman

yang dilalui sungguh pahit. Seperti hempedu rasanya dan mengambil

keputusan nekad tidak mahu bercinta lagi. Bagi lelaki rela membujang

manakala bagi perempuan pula rela menjadi dara sehingga ke akhir

hayat. Bagi Rosnani kehadiran lelaki yang bernama Zaki cuma seketika

sahaja. Kemudian berlalu pergi meninggalkan dirinya dalam sendiri

dibayangi derita.

Dalam erti kata lain Zaki adalah ibarat setitis embun pagi yang

membasahi dedaunan dan rumput. Hilang dan kering apabila terbit

matahari. Namun begitu Rosnani tetap redha. Dia adalah insan yang

lemah di dunia. Semua ini adalah suratan takdir dari Tuhan Yang Esa

untuk menguji hidupnya. Sebagai manusia apa yang telah

ditentukannya dia tidak mampu menolaknya. Harus diterima dengan

sabar dan tabah. Selagi masih melihat matahari di siang hari dan

rembulan di malam hari. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan

249

Page 250: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pelbagai ujian dan cabaran. Perlu dihadapi dengan kekuatan dan

ketenangan.

Lantaran itu dia lalu mengambil keputusan. Mengubati

kekecewaan di hati dengan bercuti di kawasan peranginan yang

dahulunya adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan. Dia

memunajatkan doa ke hadrat Allah SWT. Semoga diberikan kekuatan

untuk meneruskan hidup dan tetap menaruh harapan agar ditemukan

dengan lelaki yang lebih baik daripada Zaki. Dia akur bahawa setiap

yang dikurniakan oleh Pencipta itu sama baik atau buruk tersembunyi

hikmah di sebaliknya. Di sebalik kesedihan yang melanda dirinya

sepanjang malam dengan tiba-tiba sahaja dia teringat ungkap yang

berbunyi kalau kita tidak merasa bahagia pada hari ini usah kecewa

mungkin esok Tuhan sudah sediakan hari bahagia untuk kita. Rosnani

lalu mengesat dengan tangan titis-titis air mata yang membasahi

pipinya apabila teringat kata-kata yang penuh bermakna dan

semangat itu.

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh

ruang bilik itu. Hawanya termampan pada dinding batu pejal yang

dicat dengan warna biru tua. Manakala permaidaninya berwarna

merah hati. Zaki lalu berjumpa dengan Datuk Baharuddin ayah

250

Page 251: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Rosnani. Dia duduk tersandar di atas kerusi pusing berwarna hitam

sambil memakai kot dan bertali leher.

“Macam mana ni, Datuk? Rosnani ni betul-betul keras hatilah.

Dah berkali-kali saya telefon sejak semalam. Ditutupnya,” luah Zaki

dalam nada suara hampa.

“Kenapa Zaki beria-ia sangat nak hubungi dia? Kan dia tengah

bercuti. Biarkanlah. Tak usah diganggu,” tambah Datuk Baharuddin

pula. Dia sudah tahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tapi dia buat

pura-pura tidak tahu. Zaki berasa amat tidak senang sekali apabila

mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Datuk Baharuddin

itu.

“Saya nak tahu dia bercuti di mana. Saya nak jumpa dia.

Bincangkan pertunangan yang akan berlangsung tidak lama lagi,” jelas

Zaki pula.

“Bincangkan pasal pertunangan?” Sekali lagi Datuk Baharuddin

buat pura-pura tidak mengerti akan kata-kata Zaki itu sambil menarik

badan ke depan dan mendongakkan kepala tinggi sedikit memandang

Zaki yang memakai kot dan bertali leher.

251

Page 252: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya!” dia sebaliknya membalas dengan mengangguk-anggukkan

kepala.

“Takkan Datuk tak tahu lagi. Kan ayah dah bincang perkara ini

dengan Datuk. Pujuklah dia Datuk. Sebagai anak dia pasti akan

mendengar cakap Datuk sebagai ayah,” Zaki menambah lagi dengan

lembut. Dia berharap dengan menggunakan Datuk Baharuddin

hubungannya dengan Rosnani akan kembali bertaut.

“Zaki …! Zaki …!” Datuk Baharuddin hanya menggeleng-

gelengkan kepala dan mengukir senyuman kecil apabila mendengar

penjelasan yang tidak benar sama sekali daripada anak Datuk

Abdullah itu. Dia tidak mudah lembut dan terpedaya dengan cakap

Zaki itu. Setahu dia tak pernah pun dibincangkan perkara ini dengan

rakan seperniagaannya. Cuma yang dia dan Datuk Abdullah tahu

Rosnani dan Zaki hanya berkawan sahaja. Belum lagi sampai ke tahap

untuk disatukan dahulu dengan pertunangan dan kemudiannya

dengan perkahwinan.

“Kenapa ni, Datuk? Tak betul ke apa yang saya cakapkan ini?”

tanya Zaki.

“Saya nak nasihatkan Zaki. Jangan beritahu saya keputusan

yang telah dibuat tanpa perundingan dengan ayah Zaki terlebih

252

Page 253: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dahulu. Begini ajelah, Zaki. Saya nasihatkan Zaki akan belajar

menghormati perasaan wanita yang mengasihi kita sebagai lelaki dan

bukannya mempermainkan perasaannya,” terang Datuk Baharuddin

dalam nada suara yang tegas tapi lembut.

“Apa ni, Datuk? Saya betul-betul tak faham dengan maksud

Datuk ni. Tolonglah, Datuk. Janganlah kusutkan lagi fikiran saya ni,”

pinta Zaki sebaliknya sambil kerut jelas terpancar pada wajahnya.

“Jangan buat tak faham, Zaki. Saya tahu kenapa Rosnani

bertindak menjauhkan diri daripada Zaki. Bukan saja Rosnani nampak

Zaki keluar dengan perempuan lain tetapi saya juga nampak semalam.

Sudahlah, Zaki. Saya ada mesyuarat. Sampaikan salam saya pada

ayah Zaki,” ucap Datuk Baharuddin. Zaki lantas menjadi terkedu.

Memang benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Semalam dia keluar

dengan perempuan lain. Tapi bukan dengan Azurah. Kali ini dengan

Rohayati pula. Dia kemudiannya lalu meninggalkan bilik Datuk

Baharuddin dengan penuh perasaan hampa dan kecewa.

Hari-hari yang berlalu terasa dengan begitu pantas sekali. Sudah

seminggu Rosnani berada di sini. Petang itu cuaca kelihatan redup

sahaja. Matahari tidak kelihatan langsung di kaki langit. Namun begitu

tiada tanda-tanda hujan akan turun membasahi kawasan peranginan

253

Page 254: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dan kampung yang berhampiran dengannya. Angin dari arah laut

bertiup sepoi-sepoi bahasa. Membelai seluruh alam semesta.

Sang camar putih bebas berterbangan berpasangan ke sana sini.

Membelah angkasa yang luas sambil bernyanyi-nyanyi riang. Sesekali

hinggap di dahan membuat sarang dan kemudian terbang semula.

Desiran ombak tetap tenang menghempas pantai. Buih-buih memutih

bermain dengan penuh keriangan di gigian. Sekejap timbul dan

sekejap hilang. Seperti biasa butiran pasir halus dan batu-batu kecil

akan basah dengan kejadian ciptaan Tuhan itu. Pepohonan dan

dedaunan hijau bagai menari-nari. Mengikut tarian angin yang

berhembus dingin dan nyaman. Rasa segar dan nikmat yang tak

terhingga jelas terasa apabila menyapu permukaan kulit.

“Cantik lukisan awak,” kata Rosnani sambil membelek satu

persatu lukisan yang dibawa oleh Wahid. Rambutnya yang panjang

hitam ikal mayang sehingga mencecah paras bahu itu mengerbang

apabila ditiup angin laut.

“Yang ini saya hadiahkan istimewa untuk awak. Semalaman saya

tak tidur untuk menyiapkannya,” Wahid bersuara sambil

menghulurkan lukisan yang menggambarkan sebuah perkampungan

nelayan.

254

Page 255: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya ke. Cantik sungguh lukisan awak. Terima kasih. Memang

awak berbakat. Kalau awak jual dengan harga yang mahal pun saya

sanggup beli lukisan ini,” jawab Rosnani sambil melihat dalam-dalam

lukisan itu.

“Saya tak fikirkan soal bayaran. Yang penting kepuasan dalam

berkarya. Agar insan seperti awak faham apa yang tergambar dalam

perasaan saya. Mensyukuri kehidupan yang dianugerahkan oleh

Tuhan. Bermula dari kita dilahirkan sehinggalah kematian menjemput

kita nanti,” dia menambah sebaliknya sambil membetulkan duduk di

lantai pondok.

“Dalam sekali kata-kata awak tu. Apa yang saya lihat awak ni

selain daripada seorang pelukis juga seorang penyair rupanya,” ujar

Rosnani pula.

“Melukis sudah menjadi darah daging dalam hidup saya. Dunia

penyair tidak pernah saya ceburi. Cuma membaca buku-buku penyair

terkenal bertemakan ketuhanan, kemanusiaan dan alam semula jadi.

Saya tak boleh ketepikan karya puisi kerana ia berkait rapat dengan

lukisan yang saya hasilkan. Walaupun bertemakan kehidupan laut,”

terang Wahid.

255

Page 256: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa yang awak cakapkan itu memang saya akui kebenarannya.

Ada yang bernasib baik dan ada yang tak bernasib baik. Ada yang

bahagia dan ada yang tak bahagia. Ada yang berjaya dalam hidup dan

ada yang tak berjaya dalam hidup. Tapi bagi saya kita harus bersyukur

dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan,” Rosnani menambah.

“Maafkan saya kalau bertanya. Itu pun kalau awak tak keberatan

dan menyentuh perasaan awak untuk menjawabnya.” Dia memandang

tepat wajah Rosnani yang duduk bersebelahan dengannya.

“Apa dia?” soal Rosnani berkulit putih dan halus sambil

mengangkat kepala tinggi sedikit.

“Apa sebenarnya pekerjaan awak dan kenapa awak datang

bercuti ke sini?” Pertanyaan yang diajukan oleh Wahid.

“Saya bekerja dengan ayah saya seorang ahli perniagaan. Saya

datang bercuti ke sini saja untuk merehatkan fikiran setelah penat

bekerja,” dia cepat menjawab soalan Wahid itu.

“Awak sungguh bertuah memiliki keluarga yang mewah dan

berada. Berbanding dengan saya. Kehidupan keluarga saya lebih

256

Page 257: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

mengenal erti kesusahan daripada kesenangan. Kais pagi makan pagi

kais petang makan petang,” jelas Wahid.

“Tentu awak selalu mengikut ayah awak turun ke laut.” Rosnani

semakin berminat untuk mengetahui liku-liku kehidupan yang dilalui

oleh Wahid sebagai anak nelayan. Dia sebaliknya tidak pantas

menjawab pertanyaan Rosnani itu. Ditariknya nafas dalam-dalam.

Bersama alunan ombak yang tak henti-henti membelai pantai maka

terbayanglah kejadian di laut yang dilalui olehnya bersama dengan

arwah ayahnya. Wahid kemudiannya mengalihkan pandangan yang

melekat di laut yang tenang membiru dan memandang wajah Rosnani.

“Saya dan arwah ayah saya pernah dipukul gelombang ganas di

lautan. Syukur alhamdulillah. Umur saya dan arwah ayah saya masih

lagi dipanjangkan oleh Tuhan. Kami dapat menyelamatkan diri …,” dia

bersuara perlahan. Rosnani hanya berdiam diri apabila mendengar

cerita Wahid itu. Rasa keinsafan benar-benar terbit di hatinya.

Kehidupan yang dilaluinya jauh berbeza dengan kehidupan yang dilalui

oleh Wahid. Umpama langit dan bumi. Mungkin sudah ketentuan

Tuhan. Dia ditemukan dengan orang seni macam Wahid sewaktu

bercuti.

257

Page 258: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Wahid …. Awak anak nelayan …. Saya anak korporat …. Di sini

kita bertemu ….” Nada suara Rosnani berbunyi perlahan dan

tenggelam bersama gulungan ombak yang terus menghempas pantai.

18

RINDU AYAH RINDU ANAK

Hujan turun lebat malam tadi. Pohon-pohon dan daun-daun

kelihatan basah. Begitu juga dengan rumput-rumput menghijau. Langit

nampak kelabu. Matahari tidak kelihatan. Mungkin kesan daripada

hujan lebat yang bermula daripada tengah malam tadi sehinggalah ke

subuh.

Kedinginan. Jelas terasa menyelubungi suasana desa. Yang

penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Dingin yang diarasai ketika

ini juga kesan daripada hujan yang turun mencurah-curah lebat malam

tadi.

Begitu juga dengan kabus putih. Nampak melitupi puncak bukit-

bukau yang subur menghijau. Melalui jendela yang terbuka luas

kelihatan tegap berdiri seorang lelaki tua. Haji Dollah namanya.

258

Page 259: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Ketayap putih, baju Melayu dan kain pelikat yang dipakainya

sewaktu meunaikan solat Subuh tadi masih lagi belum disalinnya.

Seperti biasa dia menunaikan solat Subuh di surau. Tidak jauh dari

rumahnya. Tapi hari ini kerana hujan lebat yang turun sejak malam

tadi dia tidak dapat pergi ke surau untuk menunaikan solat Subuh

secara berjemaah. Sebaliknya dia menunaikan solat Subuh di rumah

saja.

Selepas menunaikan solat Subuh baru hujan berhenti. Hujan

sentiasa turun sejak akhir-akhir ini. Tak menentu. Adaketikanya pagi.

Adakalanya tengah hari. Begitu juga petang dan malam.

Haji Dollah melemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke arah

bukit-bukau yang masih lagi ditutupi kabus. Berhadapan dengan

rumahnya. Entah mengapa! Dengan tiba-tiba saja hati tuanya berasa

rindu pada Azam. Satu-satu anak lelakinya dengan arwah isterinya

dulu.

“Ayah memang dah tak sayang lagi dengan arwah mak!” bantah

Azam dengan sekeras-kerasnya.

“Zam …. Nanti dulu ….” Dia memujuk lembut anaknya.

259

Page 260: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah, ayah! Sudah! Kalau ayah dah benar-benar nak

berkahwin dengan Mak Cik Siah, teruskanlah. Tapi saya dah buat

keputusan!” tegas Azam pula sebaliknya.

“Keputusan?” Haji Dollah berasa amat terkejut. Apabila

mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut anaknya itu.

“Ya, ayah!” angguk anaknya.

“Zam …. Dengar dulu apa yang ayah nak cakapkan ni. Tak elok

bertindak terburu-buru. Mari kita sama-sama selesaikan masalah ni,”

tahannya.

“Tak perlu, ayah!” Azam tetap berkeras sambil menggeleng-

gelengkan kepala.

“Saya akan keluar dari rumah ni! Selamat tinggal, ayah!”

Demikianlah keputusan yang diambil oleh Azam. Bila ayahnya mahu

berkahwin lagi. Dengan Mak Cik Siah juga seorang janda beranak lima.

“Tunggu dulu, Zam! Jangan pergi. Zam! Zam!” kata Haji Dollah.

Namun tetap tidak diendahkan oleh anak lelaki tunggalnya itu.

260

Page 261: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Azam nekad meninggalkan rumah. Dia benar-benar berasa kecil

hati dengan ayahnya. Dia tak boleh menerima Mak Cik Siah sebagai

ibu tiri. Untuk menggantikan ibunya yang telah pergi buat selama-

lamanya. Bagi Azam ibunya yang kini sedang bersemadi di alam baqa

adalah satu-satunya ibu yang telah melahirkannya ke dunia ini.

Sampai ke akhirat pun itulah ibu yang dia ada. Tak mungkin ada

dua atau ramai ibunya.

Dia sangat sayangkan ibunya yang kini sudah tiada lagi. Tapi

ayahnya tidak. Ibu pasti akan menangis dalam kubur. Apabila tahu

ayah buat begini. Demikianlah bisik hati kecil Azam.

Nafas yang panjang ditarik sedalam-dalamnya oleh Haji Dollah.

Peristiwa itu tetap melekat segar di ingatannya. Walaupun telah lama

berlalu pergi dalam hidupnya.

Tapi bagi dia ia seolah-olah baru saja berlaku semalam. Kerana

memilih untuk berkahwin lagi dia putus kasih sayang dengan anaknya.

Dalam cuaca pagi yang dibungkus dengan kedinginan hati Haji Dollah

benar-benar tersentuh. Tatkala teringatkan peristiwa itu.

261

Page 262: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Jauh benar nampaknya mengelamun. Apa yang abang fikirkan

tu?" tegur isterinya.

Serta-merta lamunan Haji Dollah yang jauh melayang hingga

entah ke mana itu pantas terhenti. Diam. Itu saja yang dipilihnya.

Sambil terus memandang ke luar. Masih tegak berdiri di tepi jendela.

Sejak dari tadi. Tidak menoleh ke belakang. Memandang isterinya yang

duduk di kerusi.

Perlahan-lahan Haji Dollah mengangkat kepala. Merenung jauh

langit yang masih lagi kelabu. Bersama lembut tiupan angin. Membelai

pohon-pohon dan daun-daun hijau. Mengangguk-angguk. Meliuk-liuk.

Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Lemah-gemalai. Mengikut rentak

tiupan angin.

Bunyi desiran angin sungguh menyentuh jiwa pabila didengar.

Seolah-olah turut menghulurkan simpati. Dengan apa yang dirasai oleh

Haji Dollah ketika ini. Rindu. Teramat sangat. Pada anaknya yang

bernama Azam. Hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya yang

dulu.

262

Page 263: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sayu dan pilu jelas kelihatan di wajahnya yang kian dimamah

usia itu. Cuma air mata saja yang masih belum mengalir. Masih

mampu ditahannya. Walaupun kesedihan berkocak di jiwanya.

Isterinya dapat membaca dari raut wajahnya yang muram itu.

Seperti cuaca pagi ini yang tanpa sinaran matahari. Tak seperti biasa.

Terang-benderang. Menerangi seluruh alam semesta.

"Abang teringatkan Azam …." Haji Dollah akhirnya bersuara.

Lemah bunyinya. Mengiringi suasana suram yang memayungi seluruh

kampung.

"Dah lama abang tak jumpa dia," tambahnya lagi. Semakin

perlahan suaranya. Namun jelas dapat didengar oleh isterinya.

Memahami dengan apa yang sedang menyelubungi benak suaminya di

waktu ini.

"Sudahlah, bang. Siah faham dengan perasaan abang. Azam

tulah satu-satunya anak abang dengan arwah Kak Rahimah dulu.

Sabar ajelah. Jawapan yang diberikan oleh isterinya. Untuk

memadamkan rasa sayu di jiwanya.

"Kenapalah dia marah sangat? Sampai tak boleh terima Siah,"

luah Haji Dollah pula. Langit suram terus direnungnya.

263

Page 264: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Biarkanlah, bang. Sama-samalah kita berdoa. Moga satu hari

nanti dia akan balik bertemu dengan abang semula," ujar isterinya.

Mendengarkan saja kata-kata isterinya itu membuatkan Haji

Dollah diam. Semua ini adalah dugaan Tuhan. Harus diterima dengan

rasa penuh sabar dan redha. Untuk menguji sejauhmana keimanan

hamba-Nya.

Setiapkali selepas sembahyang dia tidak lupa memunajatkan

doa. Moga anak yang dirinduinya itu kembali semula kepadanya.

"Kenapa ni, Zam? Dua tiga hari ni aku nampak kau termenung

aje. Kau ada masalah ke?" soal Shukri. Rakan serumahnya.

Azam sebaliknya diam. Tidak menjawab pertanyaan Shukri itu. Di

luar cuaca nampak cerah. Sejak dari pagi tadi sehinggalah ke petang

ini. Tanda-tanda hujan akan turun tidak kelihatan langsung.

"Cakaplah, Zam? Kenapa kau jadi begini? Tak macam selalu.

Atau kau tak sihat agaknya," desak Shukri pula.

"Tak ada apa-apalah …!" Azam menggeleng-gelengkan kepala

dan berkata perlahan.

264

Page 265: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Kau tak usahlah, risau. Aku sihat," sambungnya lagi sambil

memandang wajah rakan serumahnya itu.

"Dah tu? Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni muram. Macam

memikirkan sesuatu. Kalau kau ada masalah kau beritahulah aku.

Manalah tahu sebagai seorang kawan boleh tolong," ucap Shukri. Yang

duduk berhadapan dengannya.

"Pasal ayah aku." Azam akhirnya mengalah. Dengan

memberitahu perkara yang sebenar pada Shukri. Apa yang mengusik

ingatannya. Sehingga dia jadi tidak menentu.

"Tiba-tiba saja aku teringatkan dia," jelasnya.

Kesedihan dengan serta-merta jelas kelihatan di wajah Azam.

Matanya digenangi dengan air. Apabila terkenangkan ayahnya.

Rasa penyesalan yang teramat sangat juga mewarnai hatinya.

Dengan apa yang telah dilakukannya terhadap lelaki tua itu. Yang

telah membesarkannya bersama arwah ibunya di dunia ini.

Seingatnya dia mendapat belaian penuh kasih sayang daripada

ayahnya. Maklumlah anak tunggal kepada ayah dan arwah ibunya. Apa

265

Page 266: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

saja yang diminta pasti akan ditunaikan oleh ayahnya. Tapi inikah

balasan yang diberikan kepada ayahnya. Dia lalu memejamkan mata.

Bila teringatkan semua itu. Deraian air mata mengalir laju. Umpama

hujan turun yang mencurah-curah. Membasahi pipinya.

Rasa simpati lalu lahir di hati Shukri. Apabila melihat wajah rakan

serumahnya itu dibalut dengan kepiluan. Sebaik-baik sahaja

memberitahu mengenai ayahnya.

"Aku berdosa pada dia," terang Azam. Bersama rasa sebak yang

semakin kuat menikam-nikam perasaannya.

"Apa yang telah kau buat?" ulang Shukri lagi. Sambil

mengangkat muka tinggi sedikit memandang muka Azam.

"Aku membenci dia …." Dia mengeluarkan bunyi nada suara

yang lemah dan tak bermaya. Perlahan-lahan tunduk. Semakin banyak

air matanya yang tumpah. Sukar untuk dibendung lagi. Tanda

penyesalan. Yang hanya mampu digambarkannya. Kerana

membuatkan ayahnya derita di atas perbuatannya selama ini.

266

Page 267: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Kenapa jadi sampai begitu, Zam?" tanya Shukri tak henti-henti

pada Azam yang nampak tunduk sugul. Rasa sedih dan pilu semakin

kuat menapak di jiwanya yang masih muda itu.

Dengan tiba-tiba saja cuaca yang di luar tadi cerah bertukar

menjadi redup. Panas terik matahari yang tadinya menyinari seluruh

alam tidak lagi kelihatan. Langit sebaliknya bertukar menjadi

mendung. Angin bertiup lemah. Seolah-olah turut menghulurkan

simpati. Pada perasaan yang dirasai oleh Azam ketika ini.

"Sebab dia berkahwin lagi. Selepas emak aku meninggal dunia.

Kerana terlalu marahkan dia aku mengambil keputusan keluar

daripada rumah," terangnya.

Baru Shukri mengerti. Apabila mendengar penjelasan kawan

serumahnya itu. Yang tadinya merunduk layu. Kini bertentang muka

dengannya.

"Oh, begitu kisahnya!" Shukri membalas dengan anggukan.

"Tak seharusnya kau bersikap begitu, Zam. Walau apa pun dia

tetap ayah kau. Sudahlah tu, Zam. Buang yang keruh ambillah yang

jernih. Pulanglah temui ayah kau. Selagi kesempatan yang masih ada

ini," nasihat Shukri.

267

Page 268: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Azam lantas terdiam apabila mendengar kata-kata yang keluar

daripada mulut kawan serumahnya itu. Benar. Apa yang dicakapkan

oleh Shukri itu. Dia harus pulang menemui ayahnya. Mala mini jugak.

Sebelum terlambat untuk memohon ampun dan maaf. Di atas

kesalahan yang telah dilakukannya. Terhadap ayahnya selama ini.

"Aku nak bersiap sekarang!" Azam bingkas bangun sambil

mengesat air mata.

"Hah, eloklah tu!" Dengan cepat Shukri mencelah dan

mengangguk-anggukkan kepala.

"Moga kau selamat sampai ke kampung dan dapat berjumpa

dengan ayah kau," tambah Shukri lagi.

"Terima kasih, Shukri!" angguk Azam pula sebaliknya.

Sepanjang perjalanan ke kampung rasa rindu terhadap ayahnya

semakin bertiup kencang bagai angin. Tak sabar-sabar rasanya dia

hendak memeluk ayahnya yang sudah lama tidak ditemuinya.

268

Page 269: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Serentak dengan itu juga dia teringatkan arwah Pak Harun.

Orang tua yang dihantarnya ke hospital. Akibat ditimpa kemalangan.

"Terima kasihlah kerana anak bawa Pak Harun ke hospital. Kalau

tak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada Pak Harun. Siapa nama

anak ni …?" dia bertanya dalam bunyi nada suara yang lemah.

Disebabkan kesakitan yang dialaminya. Ditambah pula dia banyak

kehilangan darah.

"Nama saya Azam. Pak Harun. Maafkan saya kalau bertanya.

Dah tiga hari Pak Harun berada di sini. Tapi isteri dan anak-anak Pak

Harun tak datang tengok," Azam bersuara.

Wajah tua Pak Harun pantas berubah menjadi sedih. Dia

menangis. Azam dapat membaca dari raut wajah Pak Harun itu.

Macam ada sesuatu yang mengusik perasaannya. Bila ditanya isteri

dan anak-anaknya.

"Kenapa Pak Harun berasa sedih sangat? Apa dah jadi dengan

isteri dan anak-anak Pak Harun?" Rasa ingin tahu semakin kuat

menendang-nendang benaknya.

269

Page 270: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Isteri Pak Harun sekarang ada di kampung. Pak Harun datang ke

Kuala Lumpur ni sebab nak cari anak perempuan Pak Harun," jelas Pak

Harun padanya sambil menangis teresak-esak. Jelas tergambar rasa

sedih yang teramat sangat. Menyelubungi hati tuanya itu.

Kepiluan …. Lantas menyirami hati Azam. Bersama rasa sebak

dan hiba. Mendengar cerita Pak Harun. Yang mungkin sebaya dengan

usia ayahnya. Setelah sekian lama disisihkan daripada hidupnya.

Hanya disebabkan rasa marah ayahnya memilih Mak Cik Siah sebagai

pasangan hidup. Bagi menggantikan arwah ibunya.

"Di mana anak Pak Harun sekarang?" dia menyoal. Muka orang

tua yang nampak pucat dan lesu itu dipandangnya dalam-dalam.

Kasihan dia. Terlantar seorang diri. Tanpa ditemani oleh isteri dan

anak-anak. Untuk diberikan semangat. Menghadapi kesakitan yang

ditanggung akibat dilanggar lari.

Dia ditemui oleh Azam dalam keadaan pengsan di tepi jalan. Lalu

Azam membawanya ke hospital.

Lama juga dia tidak sedarkan diri. Akibat daripada cedera parah

yang dialaminya. Mungkin kerana dirinya yang sudah terlalu tua dan

uzur. Menyebabkan dia jadi begitu.

270

Page 271: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Entahlah …. Pak Harun tak tahu di mana dia berada sekarang

…. Dia lari dari rumah …." Suaranya lemah dan terputus-putus.

Bersama nafas yang tercungap-cungap.

"Kenapa?" Dia berasa sungguh terperanjat. Mendengar

penjelasan daripada orang tua itu.

"Kerana mengikut teman lelakinya. Ibunya jatuh sakit kerana

rindukan dia. Ayah dan ibu mana yang tak sayangkan anak …,"

luahnya perlahan pada Azam.

Demikianlah kata-kata terakhir yang didengarinya daripada

arwah Pak Harun. Sebelum dia menutup mata. Pergi buat selama-

lamanya meninggalkan dunia yang fana ini.

Kisah arwah Pak Harun benar-benar menerbitkan rasa keinsafan

di hatinya. Dia tidak mahu nasib malang yang menimpa arwah Pak

Harun terjadi pada ayahnya.

Haji Dollah dan isterinya rancak berbual-bual di ruang tamu

rumah. Kedengaran suara orang memberi salam. Perbualan mereka

lalu terhenti.

271

Page 272: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Salam yang dihulurkan itu lalu dijawab oleh Haji Dollah sambil

bingkas bangun dari kerusi dan perlahan-lahan mengatur langkah ke

pintu. Untuk melihat siapa yang datang.

"Ayah!"

"Azam!"

Mereka pantas berpelukan.

272

Page 273: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

19

SEPI SEBUAH RUMAH PUSAKA

Sepi …. Sebuah rumah pusaka. Bagai diusik kematian. Tanpa

nisan. Mendung menyelubungi suasana. Tiada lagi kedengaran. Suara

tawa riang penghuninya.

Penuh rasa pilu di hatinya. Tak siapa yang tahu. Bersama

deraian air mata. Yang membasahi pipi. Umpama titisan hujan. Apabila

melihat rumah pusaka yang ditinggal sunyi.

Entah mengapa …! Hatinya benar-benar tersentuh.

Mengenangkan rumah pusaka. Pada suatu ketika dahulu pernah

menyemai benih-benih kebahagiaan keluarga. Masih segar bersemadi

di ingatannya.

Dia menarik nafas panjang. Sambil memeluk tubuh dia melihat

dalam-dalam rumah pusaka. Di sinilah dia dilahirkan. Di sinilah dia

273

Page 274: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dibesarkan. Mana mungkin. Dapat dia melupakan kenangan indah itu.

Yang pernah mewarnai hidup yang dilaluinya.

Masih lagi dia terbayang-bayang. Betapa gembiranya dia

bersama dengan isteri dan anak-anak begitu juga dengan adik-beradik

lain berkumpul di rumah ini setiap kali tiba hari raya. Tergambar rasa

riang. Yang amat sangat di wajah ayah dan ibunya. Melihat anak-

anaknya pulang untuk merayakan hari mulia.

Bukan selalu suasana sebegini dirasai. Hanya setahun sekali.

Tapi kini semuanya tinggal menjadi kenangan. Bila ayah dan ibunya

sudah tiada lagi. Jiwa rumah pusaka ini menjadi sunyi.

"Ayah ada satu permintaan. Boleh tak kau tunaikan?" pinta

ayahnya.

"Apa dia, ayah?" dia membalas. Wajah tua ayahnya itu

dipandangnya dalam-dalam. Tak mahu dilepaskannya.

"Sebagai anak yang sulung ayah berharap kau jagalah rumah ni

baik-baik. Apabila ayah dan mak dah tak ada nanti," sambungnya lagi.

274

Page 275: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Insya-Allah, ayah!" dia mengangguk-angguk dengan pantas.

Sebaik-baik sahaja mendengar amanah yang disampaikan oleh

ayahnya itu.

"Saya tidak akan hampakan harapan ayah dan mak," janjinya.

"Alhamdulillah, Nasir!" sahut ayahnya pula. Dengan rasa penuh

gembira di hati. Apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh

anaknya itu.

"Inilah satu-satunya harta yang kita ada," tambah ayahnya.

Kata-kata ayahnya itu masih lagi terpahat kukuh di ingatannya.

Walaupun ayahnya telah lama pergi dan tak akan kembali lagi. Masih

lagi segar kata-kata ayahnya itu. Seolah-olah baru saja didengarnya

sebentar tadi.

Bila diberi amanah perlu ditunaikan. Sememangnya dituntut

dalam agama. Tambah pulak amanah yang diberikan kepadanya

datang daripada ayahnya sendiri.

Rumah pusaka yang dibungkus dengan rasa penuh kesepian itu

dipandangnya dengan rasa penuh syahdu di hati. Angin bertiup lemah.

275

Page 276: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Daun-daun kering berguguran dan bertaburan memenuhi tanah.

Macam turut menghulurkan simpati.

"Mak …," dia bersuara lembut.

"Ayah dah tak ada. Marilah tinggal dengan saya," ajaknya.

"Tak apalah, Nasir …!" tolak emaknya pula sebaliknya. Sambil

menggeleng-gelengkan kepala.

"Terima kasihlah atas pelawaan kau tu," ujarnya lagi.

"Mak …," celahnya dan lantas terhenti. Tidak dapat meneruskan

kata-kata.

"Walaupun ayah kau dah tak ada lagi mak tak akan tinggalkan

rumah ni. Itu janji emak pada ayah kau," emaknya pantas memotong.

"Kalau emak sakit nanti macam mana. Saya tak sanggup tengok

mak tinggal sorang-sorang di rumah ni. Nanti apa pulak kata orang.

Ada anak. Tapi hidup terbiar," jelasnya.

Desiran angin petang jelas kedengaran. Sepoi-sepoi bahasa.

Membelah seluruh kampung yang diwarnai dengan penuh keindahan

276

Page 277: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dan kedamaian. Hembusan angin membangkitkan rasa segar dan

dingin. Jelas terasa menyapu seluruh rumah pusaka yang beratapkan

zink. Berdinding dan berlantaikan papan.

"Soal mak tak usahlah kau bimbang, Nasir. Tahulah mak

menjaga diri nanti," emaknya berkata.

Puas berkali-kali dia memujuk emaknya. Agar tinggal bersama

dengannya. Namun emaknya tetap dengan keputusan yang telah

dibuatnya itu.

Ternyata kasih emaknya pada rumah pusaka ini amat tebal

sekali. Seperti juga ayahnya. Di rumah inilah emaknya

menghembuskan nafas yang terakhir. Maka sepilah rumah pusaka ini.

Bila ayah dan ibunya dipanggil mengadap Tuhan. Pergi buat selama-

lamanya. Meninggalkan dunia yang fana ini.

"Ada perkara apa yang abang nak bincang dengan saya ni?"

Norman adiknya menyoal.

"Pasal rumah di kampung tu …!" dia bersuara perlahan dan

menarik nafas yang panjang.

277

Page 278: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Kenapa pulak?" tanya Norman pula sebaliknya. Sambil

mengangkat kepala memandang wajah abangnya. Yang duduk

berhadapan dengannya.

Perbualan mereka lantas terhenti. Pelayan muncul. Dengan

membawa dulang yang berisi minuman. Nasir memesan teh tarik.

Manakala Norman memesan kopi.

Perlahan-lahan pelayan yang masih muda berusia dalam

lingkungan awal 20-an meletakkan minuman yang dipesan oleh kedua-

dua beradik itu di atas meja yang berbentuk empat segi. Asap nipis

yang keluar daripada air teh tarik dan kopi yang dipesan oleh Nasir

dan Norman jelas kelihatan teroleng-oleng naik ke atas. Kemudian

terus menghilang.

"Terima kasih!" ujar. Nasir sambil mengangguk-anggukkan

kepala dan melihat muka pelayan itu.

"Sama-sama!" jawab pelayan dengan mengangguk-anggukkan

kepala dan kemudiannya pantas berlalu pergi dari situ. Sambil

membawa dulang yang kosong.

278

Page 279: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Air teh tarik dan kopi yang masih lagi panas itu lalu dihirup

perlahan-lahan oleh Nasir dan Norman. Nasir kemudiannya

menyambung semula perbualan yang terhenti buat seketika.

"Rumah tu dah teruk sangat. Yalah! Sejak ayah dan emak

meninggal rumah tu terbiar macam tu aje. Kata orang macam dah tak

ada seri lagi. Jadi, abang nak ajak Norman, Nazri, Norkiah dan Nazariah

kita baiki semula rumah tu. Kembalikan semula semangatnya. Lagipun

arwah ayah sebelum dia meninggal dulu dah pesan pada abang.

Supaya jaga rumah tu baik-baik," jelasnya pada Norman dengan

panjang lebar.

"Nak buat macam mana, bang. Dah macam tu keadaan rumah

tu. Lagipun kalau kita baiki siapa yang nak duduk kat rumah tu. Kita

kan ada rumah sendiri. Tak ke buat penat dan sia-sia aje namanya."

Jawapan yang diberikan oleh Norman. Jelas sekali tidak bersetuju

dengan cadangan abangnya itu.

"Abang faham semua tu, Norman. Tapi bila kita dah baiki rumah

tu dapatlah kita adik-beradik berkumpul bila hari raya nanti. Sekurang-

kurangnya taklah terus sunyi rumah tu." Ternyata dia tidak berputus

asa. Untuk memujuk adiknya supaya mengembalikan semula seri

rumah pusaka yang telah hilang itu.

279

Page 280: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Dah! Dah!" angguk Norman. Sambil memandang tepat muka

abangnya.

"Saya tak ada masa nak fikirkan rumah buruk tu. Banyak lagi

kerja yang saya kena buat. Abang tanyalah pulak pada Nazri, Norkiah

dan Nazariah. Manalah tahu kalau dia orang bersetuju dengan

cadangan abang tu," dia menambah lagi.

Memang dia benar-benar rasa kecewa dengan sikap yang

ditunjukkan oleh Norman adiknya yang kedua itu. Kekecewaannya

terus berlarutan apabila adik-beradiknya yang lain Nazri, Norkiah dan

Nazariah macam juga Norman. Tidak mahu menerima cadangannya.

Demi memastikan rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya terus

hidup.

Dia lalu menanamkan tekad sedalam-dalamnya di hati. Biarlah

tidak mendapat bantuan daripada adik-beradik. Namun demi

memegang amanah yang ditinggalkan oleh arwah ayah dan tidak

sanggup untuk melihat rumah pusaka ini dilanda sepi maka dia akan

mengembalikan semula sinarnya. Walaupun terpaksa dilakukan

dengan sendirian.

280

Page 281: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

20

TANAH KEBUN

Cuaca kelihatan cerah menyinari seluruh kampung bersama

dengan ketenangan dan kedamaian.

"Tijah! Oh, Tijah!" Kedengaran suara orang memanggil namanya

dari bawah rumah.

"Ya! Ya! Saya datang ni. Siapa tu?" sahut Tijah yang berada di

dapur.

"Abang Deraman rupanya. Hah, jemputlah naik," pelawa Tijah

pula.

"Datang seorang aje ke. Kak Mariam mana?" tanya Tijah lagi.

281

Page 282: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Ada kat rumah. Aku datang ni pasal tanah kebun tu," kata

Deraman.

"Saya faham, Abang Deraman. Ada duit nanti saya bayarlah

semua hutang Abang Long tu," jelas Tijah sebaliknya.

"Bila kau nak bayar, Tijah. Aku ni mengenangkan Adam tu anak

arwah adik aku. Sebab nak masuk universiti. Aku beri pinjam duit.

Kalau orang lain jangan haraplah aku nak beri," Deraman menambah.

"Saya hargai jasa baik dan pertolongan Abang Deraman tu. Tapi

tanah kebun tu satu-satunya harta pusaka peninggalan arwah Abang

Majid …," rayu Tijah dalam nada suara lembut. Memohon simpati

daripada Deraman.

"Yalah! Itu aku tahu. Tapi soalnya sekarang dah lama sangat aku

beri kau tempoh. Kau fahamkan adat orang berhutang kenalah bayar.

Sekarang kau terang-terang tak boleh nak bayar. Jadi lebih baik kau

serahkan saja geran tanah kebun tu pada aku. Hah, selesai masalah,"

ingat Deraman.

"Abang Deraman …. Sekali lagi saya minta tolong. Berilah

tempoh. Saya janji. Akan selesaikan semua hutang Abang Deraman tu.

Percayalah …!" Tijah mengeluarkan nada suara lembut. Bersama

282

Page 283: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

wajah penuh pengharapan. Supaya Deraman menerima

permintaannya itu.

"Hei, lagi-lagi janji. Sampai bila aku nak menunggu kau tunaikan

janji kau tu, Tijah. Letih aku macam ni!" rengus Deraman dalam nada

suara yang keras.

Dia kemudiannya lalu meninggalkan rumah Tijah dengan rasa

penuh kecewa dan terus pulang ke rumah.

"Macam mana, bang? Dapat ke geran tanah tu?" tanya Mariam

isterinya.

"Mana dapat. Tijah tu betul-betul degillah. Dah berkali-kali abang

suruh dia serahkan geran tu. Tak mahu jugak diberinya. Naik buntu

kepala abang. Tak tahulah apa cara lagi nak gunakan. Untuk

lembutkan hatinya tu," Deraman bersuara.

"Abang pujuklah dia baik-baik. Nanti dia serahkanlah geran tu.

Kan kita dah janji nak jual tanah kebun tu pada Orang Kaya Bakar,"

ujar isterinya.

"Awak cakap senanglah. Kan saya dah kata tadi. Hah, dah

berkali-kali saya pujuk dia supaya serahkan geran tu. Hutang dia

283

Page 284: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dengan abang pun selesai. Tapi keputusan dia tetap jugak nak jelaskan

bila dah ada duit nanti," jelas Deraman pula.

"Habis, macam mana pulak dengan Orang Kaya Bakar? Duit

cengkeram dia dah beri," ucap isterinya.

Perbualan Deraman dengan isterinya pantas terhenti apabila

kedengaran bunyi telefon bimbit.

"Hello! Ya! Ya, Encik Bakar. Saya faham, Encik Bakar. Tapi

berilah saya sedikit masa. Saya janji, Encik Bakar. Geran tanah tu saya

akan dapatkan segera. Encik Bakar percayalah. Ya! Ya! Baik, Encik

Bakar!" Demikian perbualan antara Deraman dengan Orang Kaya

Bakar.

"Apa kata Orang Kaya Bakar, bang?" isterinya pantas menyoal.

"Dia beri tempoh sampai minggu depan. Kalau tak dapat jugak

geran tu dia suruh pulangkan balik duit tu. Tapi macam mana abang

nak beri. Duit tu dah habis beli barang kemas dan perabot mewah

rumah ni. Sebab ikut kehendak awak. Hah, sekarang tengok apa dah

jadi!" Deraman melepaskan nada suara marah pada isterinya.

284

Page 285: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Duit tu takkan kita nak simpan dalam almari cik abang oi.

Mestilah kita gunakan untuk saya nampak bergaya dengan emas dan

keperluan rumah ni jugak," isterinya menjawab.

"Hei, bertambah kusutlah kepala aku ni. Dengan keras kepala

Tijah, duit Encik Bakar hah dengan lagak awak lagi macam orang kaya.

Sudahlah! Aku nak keluar. Duduk dalam rumah ni buat semak fikiran

aku aje!" rungut Deraman pada isterinya.

Angin yang datang dari arah bukit berhadapan dengan rumah

Tijah bertiup sepoi-sepoi bahasa membelah suasana tengah hari yang

masih lagi diwarnai dengan cuaca cerah sejak dari pagi tadi.

"Assalamualaikum, mak!" Adam memberi salam.

"Waalaikumsalam! Adam!" Tijah menjawab salam itu dengan

rasa penuh gembira apabila melihat anaknya balik.

"Apa khabar, mak?" tanya Adam lagi sambil mencium tangan

ibunya.

"Alhamdulillah, baik. Lama ke kau cuti, Adam?" Tijah sebaliknya

bersuara apabila melihat anaknya membawa beg besar.

285

Page 286: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Ya, mak!" angguk Adam sambil memandang wajah ibunya.

"Sebulan. Baru lepas periksa. Jadi, Adam baliklah. Kawan-kawan

ajak kerja masa cuti ni. Adam malaslah, mak. Sementara cuti ni Adam

rasa lebih elok tolong mak di kebun arwah ayah tu," sambungnya lagi.

"Hah, eloklah macam tu, Adam. Sekurang-kurangnya ringan sikit

kerja mak. Walaupun masa kau cuti ni aje," Tijah menambah.

"Adik-adik belum balik sekolah lagi ke, mak?" Adam menyoal

ibunya.

"Kejap lagi dia orang baliklah. Kau pergilah masuk ke dalam.

Mandi dan solat Zuhur. Nanti boleh kita makan sama-sama," ibunya

berkata.

"Baiklah, mak!" balas Adam pula.

Rasa bengis dan kecewa jelas kelihatan di muka Deraman

setibanya di rumah malam itu.

"Tak boleh jadi macam ni!" bentaknya melepaskan kemarahan

yang sedang bersarang di jiwanya.

286

Page 287: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Kenapa ni, bang? Ribut tak ada. Angin tak ada. Balik naik angin

je," tegur Mariam.

"Mahu tidaknya. Memang saya tengah marah ni. Awak jangan

nak naikkan darah saya lagi!" Deraman meninggikan suara seolah-olah

melepaskan kemarahannya yang panas membara seperti api

membakar pada isterinya.

"Yalah! Abang ceritalah. Apa sebenarnya abang tak tentu pasal

naik angin ni," kata isterinya lagi.

"Saya kalah teruk judi tadi!" jelas Deraman pada isterinya sambil

mengeluarkan bunyi nada suara yang masih lagi keras kerana berasa

tidak puashati dan marah.

"Oh, kalah judi rupanya," isterinya menjawab.

"Awak jangan nak perli saya. Sakit betul hati saya dengan Tijah.

Ini semua dia punya pasal. Dah berkali-kali saya suruh dia serahkan

geran tanah tu. Taklah sampai saya berjudi nak bayar balik duit

cengkeram Orang Kaya Bakar tu!" Deraman bersuara lantang sehingga

hampir menggegarkan seluruh rumah.

287

Page 288: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat Asar di

surau Adam bertemu dengan pakciknya.

"Pakcik, apa khabar?" dia menyapa dengan hormat.

"Hah, eloklah pun dah jumpa kau kat sini!" tegas Deraman

sebaliknya pada Adam.

"Kenapa, pakcik? Macam ada hal mustahak aje nak beritahu."

Adam macam dapat membaca apa yang hendak dicakapkan oleh

pakciknya itu.

"Pasal mak kaulah!" ujar Deraman lagi.

"Mak? Kenapa dengan mak, pakcik?" Dengan serta-merta dia

berasa hairan apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada

mulut pakciknya itu.

"Dengar sini baik-baik, ya. Mak kau berhutang dengan aku sebab

nak belanjakan kau masuk universiti..

"Berhutang sebab nak tampung belanja saya masuk universiti?"

soal Adam pula sambil memandang wajah pakciknya itu.

288

Page 289: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Ya!" Deraman pantas membalas dengan mengangguk-

anggukkan kepala.

"Berapa hutang mak, pakcik?" tanya Adam lagi.

"Itu kau tak perlu tahu. Jawapannya ada pada mak kau. Begini

ajelah, Adam. Biarlah aku berterus terang. Aku benar-benar dah bosan

dengan mak kau tahu tak. Kau pujuklah mak kau serahkan geran

tanah kebun arwah ayah kau tu. Untuk tebus semua hutang. Kau tu

pun berpelajaran tinggi. Faham ajelah cakap aku ni, ya!" Deraman

bersuara lantang dengan panjang lebar sebagai ingatan keras kepada

ibunya.

Deraman kemudiannya pantas menghidupkan enjin motosikal

dan berlalu pergi dari situ.

Adam termenung jauh memikirkan sesuatu sejak berjumpa

dengan pakciknya siang tadi sambil melemparkan pandangan ke arah

luar yang diselubungi kepekatan malam.

Rembulan yang bersinar indah bersama kerlipan cahaya bintang

jelas kelihatan di dada langit hitam.

289

Page 290: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Bunyi cengkerik jelas kedengaran bersahut-sahutan membelah

suasana malam bersama hembusan dingin angin malam.

"Kenapa ni, Adam? Menung aje. Ada yang tak kena ke?" ibunya

bersuara.

Adam sebaliknya hanya mendiamkan diri dan menarik nafas

panjang dengan gelagatnya itu diperhatikan dalam-dalam oleh ibunya.

"Cakaplah, Adam. Kenapa? Selalunya balik tak macam ni." Tijah

terus mendesak anaknya. Dia dapat merasakan ada masalah yang

sedang difikirkan oleh Adam.

Di luar bunyi pohon-pohon dan daun-daun diusik angin malam

jelas kedengaran mengeluarkan irama yang sungguh merdu membelai

jiwa.

"Petang tadi waktu balik dari surau Adam jumpa dengan Pakcik

Deraman …," dia terhenti.

"Pasal hutang, kan?" Tijah cepat memotong.

"Adam jadi beban mak sebab berhutang dengan Pakcik

Deraman," Adam berkata.

290

Page 291: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Adam …!" Tijah mengeluarkan nada suara lembut.

"Mak …!" Adam sebaliknya membalas.

Tijah memegang lembut bahu anak sulungnya itu dan

memandang wajahnya dengan rasa penuh kasih dan sayang.

"Mak lakukan semua ni demi masa depan Adam dan keluarga

kita jugak. Bila Adam dah berjaya lulus dari universiti dan bekerja nanti

mak harap Adam dapat membela nasib keluarga kita …," Tijah

memujuk anaknya.

"Insya-Allah, mak!" janji Adam pada ibunya sambil mengangguk-

anggukkan kepala.

Sementara itu Deraman pergi ke bandar untuk bertemu dengan

Orang Kaya Bakar.

"Macam mana ni, Deraman? Duit cengkeram aku dah beri. Tapi

tanah kebun yang kau janjikan tu masih tak dapat jugak!" rungutnya

keras pada Deraman.

291

Page 292: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Itu saya tahu, Encik Bakar. Tapi berilah saya tempoh …." Suara

Deraman terputus-putus apabila melihat wajah Orang Kaya Bakar yang

berasa bosan apabila mendengar jawapan yang diberikannya itu.

"Tempoh apalagi hah, Deraman! Jangan-jangan kau nak tipu aku

tak. Nahas kau nanti!" bentak Orang Kaya Bakar sambil melepaskan

tumbukan di atas meja melepaskan rasa geram dan marah sehingga

terasa seperti bergegar seluruh ruang bilik.

"Sabar …. Sabar dulu, Encik Bakar …." Dia sebaliknya berasa

terketar-ketar apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Orang

Kaya Bakar itu.

"Nak sabar apalagi, Deraman! Duit aku kau dah sapu. Sekarang

kau terimalah akibatnya. Jo! Budin! Ajar dia cukup-cukup. Baru dia

tahu siapa aku. Orang Kaya Bakar!" arahnya pada dua orang

suruhannya itu.

"Baik, bos!" jawab Jo dengan pantas.

"Nanti dulu …. Nanti dulu, Encik Bakar …," tahan Deraman pula

sebaliknya.

292

Page 293: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Deraman lalu dipukul tanpa rasa belas kasihan oleh dua orang

suruhan Orang Kaya Bakar dan apa yang mampu dilakukannya

hanyalah mengerang kesakitan.

"Rasakan! Baru padan muka kau. Inilah akibatnya kalau

mempermainkan aku!" Orang Kaya Bakar ketawa terbahak-bahak dan

berasa puas apabila menengok di depan mata Deraman dibelasah

sepuas-puasnya oleh dua orang suruhannya itu.

Mariam berasa gelisah dan tidak senang duduk apabila suaminya

tidak pulang ke rumah sejak dari semalam.

"Ke mana dia pergi agaknya? Selalunya dia tak macam ni. Pulang

ke rumah walaupun dah jauh malam. Jangan …. Jangan …. Hish ….

Makin risau aku dibuatnya," kata Mariam sambil wajah cemas nampak

di wajahnya.

"Baik aku tanya kawan-kawan dia. Mungkin dia orang tahu. Ke

mana Abang Deraman pergi," putus Mariam.

Puas dia bertanya pada kawan-kawan Deraman namun mereka

tidak tahu ke mana perginya Deraman.

293

Page 294: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Hei, di mana lagi aku nak cari dia ni. Seorang pun tak tahu. Dia

pergi …," dia terhenti apabila terfikir sesuatu.

"Boleh jadi dia ada pergi ke rumah Tijah," sambungnya lagi.

Sekali lagi harapannya hampa setibanya di rumah Tijah apabila

diberitahu suaminya tidak datang ke rumahnya.

Mariam lantas menangis teresak-esak dan mula terbayang akan

nasib buruk yang menimpa diri suaminya.

"Sudahlah, kak. Bawa bersabar. Nanti kita cari dia. Banyakkan

berdoa moga dia selamat." Tijah sebaliknya menenangkan Mariam

sambil memegang lembut bahunya.

"Tak tahulah apa yang terjadi pada Abang Deraman," Mariam

bersuara dengan menangis teresak-esak.

Adam menarik nafas panjang dan memandang wajah makciknya

itu yang sedang dibalut rasa kesedihan kerana suaminya tidak pulang

ke rumah sejak dari semalam.

"Dia pergi mana, makcik?" Adam menyoal.

294

Page 295: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Katanya pergi ke bandar," ujar Mariam yang tak henti-henti

menangis.

"Pergi ke bandar?" tanya Adam lagi.

"Ya, Adam …!" kata Mariam pula dengan tangisannya masih

belum reda.

"Pakcik buat apa pergi ke bandar, makcik?" soal Adam tak putus-

putus dengan rasa penuh minat.

"Entahlah, Adam," Mariam membalas.

"Makcik sendiri pun tak tahu …," sambungnya dalam nada suara

yang perlahan dan terus menangis.

Tijah sebaliknya hanya mendiamkan diri dan menggosok-gosok

lembut bahu Mariam untuk menenangkan dirinya yang tidak sudah-

sudah menangis sejak dari tadi.

"Makcik dah buat laporan polis?" Adam berkata.

"Belum lagi, Adam …!" geleng Mariam lemah dan tak bermaya.

295

Page 296: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Makcik benar-benar buntu. Puas makcik cari dia. Tapi tak ada

…," ulangnya.

"Dah tanya kawan-kawan dia?" Adam mengangkat kepala

memandang muka makciknya.

"Sudah, Adam!" Mariam menjawab dengan cepat.

Adam sebaliknya hanya mendiamkan diri apabila mendengar

jawapan yang diberikan oleh makciknya itu dan memikirkan apakah

sebenarnya yang terjadi pada pakciknya.

"Dahlah, kak. Berhentilah menangis. Sama-samalah kita berdoa

pada Tuhan semoga Abang Deraman dilindungi dan selamat," pujuk

Tijah pula.

Mariam tidak mampu untuk berkata-kata lagi dan hanya

menangis sahaja yang mampu dilakukannya mengenangkan nasib

buruk yang dialami oleh Abang Deraman suaminya apabila tidak

pulang ke rumah sejak dari pagi semalam.

Tijah yang memahami akan perasaan Mariam yang digambarkan

melalui tangisan itu tak henti-henti menggosok-gosok lembut bahunya

296

Page 297: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

untuk menyabarkan dan menenangkan dirinya yang sedang dilanda

kesedihan teramat sangat.

"Hairan. Ke mana dia pergi. Tak apalah, makcik. Bawa banyak

bersabar. Adam pergi cari dia sekarang," kata Adam.

Sampai sahaja di bandar Adam lalu membuat laporan polis

mengenai kehilangan pakciknya.

Sementara itu kedua-dua belah tangan Deraman diikat dengan

kesan lebam di mukanya akibat diseksa dan dipukul teruk oleh Jo dan

Budin.

Seluruh badannya terasa lemah dan sakit-sakit akibat didera

oleh Orang Kaya Bakar yang marah kerana menipunya tidak

menjualkan tanah kebun milik arwah adiknya seperti yang telah

dijanjikan sedangkan wang cengkeram telah diterima oleh Deraman.

"Macam mana ni, bos? Apa yang kita nak buat dengan dia ni?" Jo

bersuara.

"Betul kata Jo tu, bos!" Budin sebaliknya menyokong sambil

mengangguk-anggukkan kepala.

297

Page 298: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Sampai bila kita nak tahan dia. Lagipun dah tentu polis cari kita.

Nahas, bos. Tambah pulak mereka dah tahu kegiatan kita!" ingat Budin

pula pada Orang Kaya Bakar.

"Ya! Ya! Itu aku tahu. Apa? Kau orang ingat aku tak fikirkan

semua tu, ke?" Orang Kaya Bakar mencelah sambil berjalan mundar-

mandir memikirkan sesuatu.

Deraman tidak mampu untuk bercakap dan hanya mampu

melihat dan mendengar apa yang mereka bertiga bincangkan.

"Hah!" kata Orang Kaya Bakar dengan tiba-tiba sahaja.

"Aku dah dapat. Apa yang patut kita buat dengan orang macam

dia ni," sambung Orang Kaya Bakar lagi.

"Apa dia, bos?" Jo yang bagaikan tidak sabar-sabar lagi untuk

mengetahui apa yang perlu dilakukan pada Deraman.

"Mudah saja, Jo! Orang macam ni kita hapuskan saja. Lepas tu

kita lari ke sempadan Siam!" putus Orang Kaya Bakar.

298

Page 299: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Bagus sekali keputusan bos tu. Itulah yang sebaik-baiknya kita

lakukan. Orang macam dia ni buat apa kita simpan. Menyusahkan aje.

Lebih baik dia mampus!" Budin menambah.

"Tolong …. Tolong, Encik Bakar …. Jangan …. Jangan bunuh saya

…. Tolong …," rayu Deraman pula sebaliknya dalam nada suara yang

terketar-ketar kerana ketakutan.

Mendengar sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut

Deraman itu Orang Kaya Bakar lalu memandang wajahnya dengan

rasa penuh bengis dan geram.

"Sudah terlambat, Deraman!" Orang Kaya Bakar menggeleng-

gelengkan kepala sambil memandang muka Deraman seperti mahu

menelannya hidup-hidup.

"Kau mesti mati jugak di tangan aku. Bersedialah untuk

mengucapkan selamat tinggal!" Orang Kaya Bakar berkata sambil

mengacukan pistol ke arah Deraman yang nampak menggigil

ketakutan.

299

Page 300: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

"Polis! Letakkan senjata. Lebih baik awak semua menyerah diri!"

Kedengaran suara dan dengan pantas Orang Kaya Bakar dan orang-

orangnya dapat diberkas oleh polis.

"Pakcik!" Adam bersuara dan lalu menuju ke arah Deraman dan

membuka ikatan tali di tangannya.

"Adam …!" Deraman hanya mampu mengeluarkan nada suara

yang lemah dan tak bermaya.

"Syukur alhamdulillah. Pakcik dah selamat. Mari kita balik!" ajak

Adam sambil memapah pakciknya.

Sampai sahaja di rumah ibunya Deraman dan Adam disambut

dengan rasa penuh gembira oleh Mariam.

"Macam mana Adam tahu yang pakcik disembunyikan oleh

Orang Kaya Bakar?" tanya Deraman.

"Hasil daripada maklumat orang ramai, pakcik. Pihak polis

memang dah lama menghendaki Orang Kaya Bakar dan orang-

orangnya. Mereka bukan sahaja menjadi peminjam wang secara haram

malahan juga terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rompakan dan

peras ugut. Menurut pihak polis lagi mereka juga terlibat dengan kes

300

Page 301: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pembunuhan yang melibatkan peminjam yang gagal menjelaskan

hutang," jelas Adam pula dengan panjang lebar.

"Sampai begitu sekali. Dahsyat sungguh mereka," ujar Deraman

sambil menarik nafas yang panjang.

Tak lama kemudian Tijah muncul sambil membawa dulang yang

berisi minuman.

"Hah, bang, kak jemputlah minum!" pelawa Tijah.

"Pakcik!" ucap Adam sambil mengangguk-anggukkan kepala dan

memandang muka Deraman.

"Saya nak cakap sikit," tambahnya lagi.

"Pasal apa, Adam?" Deraman mendongakkan kepala tinggi

sedikit memandang wajah anak saudaranya itu.

"Berkenaan hutang tu. Saya …," dia terhenti tidak dapat

meneruskan kata-kata.

"Adam!" Dengan cepat Deraman memotong.

301

Page 302: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia kemudiannya lalu memandang isterinya yang duduk di

sebelahnya dan kelihatan mengangguk-angguk diam sebagai tanda

setuju dengan apa yang bakal diperkatakan oleh suaminya itu.

"Tentang hutang tu tak usahlah kau bangkitkan, Adam. Lagipun

kau bukannya orang lain. Anak saudara pakcik jugak," Deraman

berkata.

"Betul kata pakcik tu, Adam. Yang penting sekarang Adam harus

berjaya mendapatkan ijazah. Untuk membela nasib keluarga.

Sepertimana yang diharapkan oleh arwah ayah dan ibu Adam," sokong

Mariam pula.

"Pakcik sebenarnya terhutang budi pada Adam. Kerana telah

menyelamatkan nyawa pakcik. Kalau tak …. Entah apalah yang akan

terjadi pada pakcik," luah Deraman.

"Sudahlah tu, pakcik. Saya tak minta semua tu untuk dihargai.

Yang penting pakcik selamat," Adam membalas.

"Pakcik dan makcik minta maaf pada Adam dan jugak kau, Tijah.

Abang benar-benar menyesal. Dengan apa yang telah abang lakukan

302

Page 303: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

selama ni …." Nada suara Deraman berbunyi sayu dan tanpa disedari

perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi.

"Kakak pun begitu. Maafkan kakak, Tijah …," Mariam mencelah

sambil turut menitiskan air mata.

"Bang, kak yang sudah tu sudahlah. Abang dan kakak tak ada

salah apa pun dengan saya. Ikatan kekeluargaan kita tetap erat.

Walaupun Abang Majid dah tak ada lagi," jawab Tijah pula sebaliknya.

Apabila mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Tijah itu

Deraman lalu tunduk bersama linangan air mata yang terus mencurah-

curah seperti hujan.

Angin petang yang bertiup lembut bersama bunyi pohon-pohon

bergoyangan dan daun-daun bergeseran bagai merestui penyesalan

yang diluahkan oleh Deraman dan Mariam itu.

303

Page 304: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

21

SEORANG MAHASISWA BERNAMA NAZIM

Nazim. Seorang mahasiswa yang mengambil jurusan undang-

undang di salah sebuah universiti tempatan. Dia telah terpengaruh

dengan dakyah parti pembangkang. Esok dia dan kawan-kawannya

akan menyertai demonstrasi jalanan anjuran parti pembangkang

menentang kerajaan.

“Jangan buat kerja sia-sia, Zim. Kau kan masih belajar lagi,”

nasihat Mohsin rakan yang sejurusan dengannya.

“Aku berjuang untuk menegakkan keadilan! Menghapuskan

penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat!”

tegasnya dengan lantang.

“Penindasan apa, Zim? Kerajaan dah beri banyak kesenangan

kepada rakyat termasuk kita sebagai mahasiswa,” Mohsin membalas

pula sebaliknya.

304

Page 305: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah! Kau jangan nak bersyarah dengan aku. Walau apa pun

yang akan terjadi aku tetap menyokong perjuangan parti

pembangkang. Untuk menegakkan keadilan di negara ini!”

Ternyata kata-kata kawannya itu membangkitkan rasa

kemarahan yang teramat sangat dalam dirinya.

Pihak pembangkang jelas telah dapat mempengaruhi mahasiswa

yang menuntut di institusi pengajian tinggi agar menyokong

perjuangan mereka. Nazim dan rakan-rakannya begitu fanatik

terhadap manifesto yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang

untuk menumbangkan kerajaan. Ketika dia sedang bersiap-siap untuk

menyertai demonstrasi jalanan tiba-tiba kedengaran bunyi pintu

biliknya diketuk. Dia lalu membukanya dan kelihatan seorang lelaki

tua.

“Assalamualaikum!” lelaki tua itu memberi salam.

“Waalaikumsalam!” dia menjawab.

“Boleh pak cik masuk?”

“Ya! Silalah masuk, pak cik!”

305

Page 306: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Nazim kemudiannya mempersilakan lelaki tua itu duduk di atas

kerusi yang terdapat di biliknya.

“Boleh saya tahu pak cik ni siapa?” dia bertanya.

“Tujuan pak cik datang ni adalah untuk memberi nasihat kepada

anak,” jelasnya pada Nazim.

“Nasihat?” Dia berasa amat terkejut apabila mendengar apa

yang dikatakan oleh orang itu.

“Ya!” angguknya dengan pantas.

“Jangan salah pilih jalan, nak,” lelaki tua itu mengingatkannya.

“Apa sebenarnya maksud pak cik ni? Saya benar-benar tak

faham!” katanya dengan hairan.

“Pak cik kasihan dengan anak kerana dijadikan alat oleh

pembangkang,” tambah lelaki tua itu lagi.

“Sudah!” bantah Nazim dengan pantas.

306

Page 307: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya tak mahu dengar nasihat pak cik. Saya nak pergi

sekarang!”

Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu meninggalkan lelaki

tua itu seorang diri di dalam biliknya.

“Nak ...!”

Langkahnya lalu terhenti apabila kedengaran suara lelaki tua itu

memanggilnya.

“Pak cik tak mahu anak menyesal nanti.”

“Menyesal?”

“Saya tak rasa menyesal, pak cik!” ujarnya dengan menggeleng-

gelengkan kepala.

“Jalan yang saya pilih ini adalah betul. Selamat tinggal, pak cik!”

Jawapan yang diberikannya sambil memandang wajah lelaki tua itu.

307

Page 308: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kehadiran lelaki tua itu lalu diceritakannya kepada Syazwan

sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat perhimpunan yang telah

ditetapkan oleh pihak pembangkang.

“Sudahlah tu, Zim. Tak usah difikirkan sangat,” Syazwan

bersuara.

“Dia nasihatkan aku supaya jangan menyokong perjuangan

pihak pembangkang,” dia membalas.

“Dahlah tu. Itu mungkin perasaan kau. Lupakanlah. Apa yang

penting sekarang kita mesti sokong perjuangan pihak pembangkang,”

celah Syazwan pula.

Puluhan ribuan penyokong pihak pembangkang kelihatan

membanjiri tempatan perhimpunan. Ada juga yang membawa anak-

anak.

Tiba-tiba Nazim terpandang lelaki tua yang datang ke biliknya

tadi. Rasa pelik serta-merta menyelubungi dirinya. Macam mana dia

ada di sini? Secebis pertanyaan yang menendang-nendang di hati

kecilnya.

308

Page 309: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pasukan keselamatan juga berkawal dan bersiap sedia untuk

menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tak lama kemudian ketua pihak pembangkang pun tiba bersama

dengan orang-orang kanannya. Disambut dengan sorakan dan tepukan

gemuruh para penyokong.

“Kerajaan telah banyak melakukan kezaliman. Kita tak boleh

berdiam diri. Kita mesti tentang habis-habisan. Jika anda semua

memilih pihak pembangkang untuk memerintah dalam pilihan raya

yang akan diadakan tidak lama lagi saya selaku ketua parti ini berjanji

akan membela nasib anda semua!”

Ucapan ketua pembangkang yang mengapi-apikan ribuan

penyokong dan disambut dengan bunyi sorakan dan tepukan sehingga

menggegarkan seluruh tempat perhimpunan.

“Kami sokong pihak pembangkang!”

“Kami mahukan perubahan!”

Pekik para penyokong begitu juga dengan Nazim, Syazwan dan

kawan-kawannya.

309

Page 310: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ayuh! Anda semua. Bangkitlah bersama kami untuk melakukan

perubahan. Hapuskanlah segala penindasan dan kezaliman!” Ketua

pihak pembangkang terus membakar semangat para penyokong untuk

bangkit menentang kerajaan.

Serentak dengan itu keadaan yang tadinya aman tiba-tiba

bertukar menjadi tegang.

“Apa tunggu lagi? Mari kita ikut mereka bersama-sama

melepaskan kemarahan!” ajak Syazwan.

“Betul kata kau, Wan. Dengan bertindak liar dan ganas sajalah

jalan yang terbaik untuk mendesak kerajaan agar berundur,” dia

menyambut.

“Nanti dulu, nak!” tahan lelaki tua itu dengan tiba-tiba.

“Pak cik lagi? Apa yang pak cik nak lagi ni? Boleh tak pak cik

jangan ganggu saya?” dia berkata.

Bosan! Jelas nampak di mukanya apabila didatangi oleh lelaki

tua itu.

310

Page 311: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Bukan cara begini yang harus anak tunjukkan sebagai seorang

pelajar universiti,” dia menasihatkan Nazim.

“Ah! Pak cik pergi dari sini. Saya tak akan dengar nasihat pak

cik. Saya akan tetap berjuang dengan pihak pembangkang demi

keadilan rakyat di negara ini. Faham!” jerkahnya.

Syazwan berasa terperanjat apabila mendengar Nazim

meninggikan suara.

“Hei! Apa kena kau ni, Zim? Kau marahkan siapa?”

“Siapa lagi? Orang tua tulah.”

“Orang tua mana pulak ni?”

“Orang tua yang aku ceritakan pada kau tulah. Dia ada pulak di

sini. Takkan kau tak nampak aku marahkan dia tadi.”

Mendengarkan saja kata-kata Nazim itu membuatkan dia

semakin berasa hairan.

311

Page 312: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa yang kau merepek ni, Zim? Mana ada orang tua tu. Aku tak

nampak pun!” ujar Syazwan.

“Ada!” sampuknya pantas dengan mengangguk-anggukkan

kepala.

“Aku tak bohong, Wan!” sambungnya lagi.

“Sudah! Sakit kepala aku melayan kau ni!” potong Syazwan

dengan pantas.

Hairan! Macam mana dia tak boleh nampak orang tua tu?

Padahal dia dekat dengan orang tua tu! Hati kecilnya tak henti-henti

berdetik.

Dia kemudiannya mengatur langkah untuk menyertai kumpulan

penyokong pihak pembangkang mencetuskan huru-hara.

Melihatkan keadaan ini peniaga-peniaga di ibu kota telah

menutup kedai mereka. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, teksi

dan transit aliran ringan juga tergendala. Akibat daripada demonstrasi

jalanan yang dicetuskan oleh penyokong parti pembangkang.

312

Page 313: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah, nak. Mari ikut pak cik balik. Tak usah buat kerja yang tak

berfaedah ni!” larang lelaki tua itu lagi.

“Ah! Kan aku suruh kau pergi! Pergi!” jeritnya pula sebaliknya

dengan sekuat-kuat hati.

Sekali lagi Syazwan berasa terkejut apabila melihat kawannya itu

bertempik kuat seorang diri.

“Kau ni dah gila agaknya!” dia lalu menegur Nazim.

“Aku tak gila! Orang tua tu kacau aku lagi!” Dia meninggikan

suara apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Syazwan

itu.

Pasukan keselamatan lalu memberi amaran kepada kumpulan

penyokong parti pembangkang supaya bersurai. Namun tidak

diendahkan oleh mereka dan pasukan keselamatan telah bertindak

dengan kuasa yang ada pada mereka. Demi memastikan keadaan

selamat dan tidak membawa darurat kepada negara akibat daripada

rusuhan yang dicetuskan oleh kumpulan penyokong pihak

pembangkang.

313

Page 314: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan itu

menyebabkan ramai penyokong parti pembangkang telah ditangkap

termasuk Nazim dan dibawa ke tempat tahanan. Nazim kemudiannya

dibebaskan dengan diikat jamin oleh lelaki tua itu.

“Terima kasih, pak cik. Kerana telah membebaskan saya. Pak cik

.... Saya minta maaf di atas segala sikap buruk saya terhadap pak

cik ....” Dia melahirkan rasa penyesalan dalam nada suara yang

perlahan.

“Sudahlah tu, nak. Anak tak ada salah apa dengan pak cik,”

lelaki tua itu sebaliknya menjawab.

“Saya rasa menyesal pak cik. Kalau saya dengar cakap pak cik

dah tentu saya tak jadi begini,” dia membalas.

“Syukur alhamdulillah, nak. Anak telah pun sedar daripada

kesilapan!” Lelaki tua itu mengangguk-anggukkan kepala dan

menepuk-nepuk lembut bahu Nazim.

“Pak cik harap selepas ini anak tidak akan melibatkan diri lagi

dalam demonstrasi jalanan. Ingatlah. Anak adalah seorang mahasiswa

314

Page 315: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dan tumpukanlah sepenuh perhatian terhadap pelajaran.” Dia tak

putus-putus menasihatkan Nazim.

Memang benar apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu. Kerana

termakan hasutan pihak pembangkang agar membenci kerajaan dia

sanggup bertindak liar dan ganas merosakkan harta benda awam.

Yang seharusnya tidak ada dalam dirinya sebagai seorang yang

terpelajar.

Dia lalu tersedar daripada mimpi. Kemudian dia mandi dan

menunaikan solat Subuh. Selesai solat Subuh Nazim termenung jauh

memikirkan mimpi yang dialaminya bersama lelaki tua yang

dianggapnya misteri itu.

“Ayah dan ibu anak pasti akan berasa kecewa. Kalau mereka

mengetahui yang anak terlibat dengan demonstrasi untuk

menggulingkan kerajaan. Pihak universiti pula sudah pasti akan

mengambil tindakan tegas terhadap anak. Kerana tidak mematuhi

etika sebagai seorang pelajar. Bayangkanlah betapa ruginya anak

kehilangan peluang menimba ilmu pengetahuan di menara gading dan

mendapat pekerjaan yang baik apabila tamat nanti disebabkan terlibat

dengan demonstrasi jalanan. Pak cik harap anak belajarlah

bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan semester akhir yang akan anak hadapi tak lama

315

Page 316: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

lagi.” Itulah yang diucapkan oleh lelaki tua itu dengan panjang lebar

sebelum dia hilang daripada mimpi yang dialami oleh Nazim.

Rasa keinsafan lalu menyelubungi dirinya. Dia menanamkan

tekad mulai daripada hari ini dia akan berpihak kepada kerajaan dan

berazam untuk memperolehi ijazah sarjana muda kelas pertama dalam

bidang undang-undang. Sebagai membalas jasa dan pengorbanan

ayah dan ibunya yang telah bersusah payah membesarkan dan

memberi pelajaran hingga ke peringkat universiti.

Demikianlah kisah seorang mahasiswa bernama Nazim.

316

Page 317: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

22

KISAH DONGENG SANG REMBULAN DAN PUNGGUK

Kisah dongeng sang rembulan dan pungguk. Dihikayatkan sang

rembulan dan pungguk adalah lambang setia dalam percintaan. Saling

saying-menyayangi dan pungguk akan berasa kerinduan apabila sehari

tak bertemu dengan sang rembulan. Pungguk akan tetap setia

menanti kedatangan sang rembulan walaupun tidak kelihatan kerana

malam dibasahi hujan. Begitu juga dengan sang rembulan akan lemas

di lautan kerinduan. Bila sehari tak dapat menatap wajah kekasih

pujaan hatinya.

Sang rembulan dan pungguk telah melafazkan janji untuk

sehidup semati. Tetap bersama walau apapun yang akan terjadi. Rela

317

Page 318: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berkorban demi cinta setia. Dan tak siapa yang dapat untuk

memusnahkan kota cinta yang telah mereka bina bersama.

Demikianlah indahnya kisah cinta sang rembulan dan pungguk.

Mungkin inilah yang dijadikan orang sebagai perlambangan dalam

dunia percintaan Adam dan Hawa. Wajah sang rembulan yang

bercahaya menerangi awan yang hitam dan pekat amat cantik apabila

dipandang. Bersama kerlipan sinar bintang-bintang yang menghiasi

dada malam.

Kalau ditanya mengapa sang rembulan tidak kelihatan di siang

hari bersama terik panas matahari jawapannya itu adalah kuasa

Tuhan. Mungkin Tuhan mahu kita sebagai manusia yang dijadikannya

agar menghayati suasana alam ciptaannya di malam hari dengan

melihat keindahan sang rembulan.

Pada satu malam sang rembulan berasa amat berdukacita.

Menangis mengalir air mata seolah-olah sesuatu yang menyedihkan

mengusik jiwanya. Pungguk kekasih hatinya yang setia berasa terkejut

dan hairan apabila melihat orang yang dicintainya berasa sedih dan

menangis pada malam ini.

“Wahai kekasih yang aku sayangi sang rembulan. Kenapa kau

nampak sedih hingga menangis? Adakah aku telah menyakiti dan

318

Page 319: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

melukai hatimu?” pungguk lalu bertanya untuk mendapatkan

kepastian.

Mengapa dengan tiba-tiba saja kekasih hatinya ini dibungkus

dengan rasa kedukaan yang teramat sangat?” Sang rembulan

sebaliknya hanya berdiam diri dan tidak menjawab pertanyaan

kekasihnya itu. Makin jadi resah dan gelisah tidak menentu sang

pungguk dibuatnya. Hanya diam bersama rasa duka yang kian

membelit wajah kekasihnya sebagai jawapan kepada pertanyaannya

benar-benar menjadikan dia yang bernama pungguk berasa tidak

senang apabila melihatnya. Tentu ada sesuatu yang tidak kena

menyebabkan dia jadi begini bisik hati kecil pungguk.

Pungguk lalu mengeluarkan nada suara perlahan untuk memujuk

kekasihnya yang sedang dilanda rasa sedih dan duka.

“Sang rembulan ….”

“Aku minta maaf. Kalau membuatkan hati kau terluka …,”

katanya lagi.

Mendengarkan saja kata-kata syahdu pujukan kekasihnya itu

membuatkan hati sang rembulan lalu rasa terusik dan tersentuh.

319

Page 320: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dengan sedalam-dalamnya umpama lautan biru yang luas

dipandangnya wajah kekasihnya itu. Sepanjang dia memadu kasih dan

cinta dengan pungguk tak pernah sekalipun dia menyakiti apatah lagi

melukai hatinya. Tak sanggup rasanya untuk dia membiarkan pungguk

dibalut rasa kegelisahan apabila melihat dia menunjukkan perubahan

pada malam ini. Berwajah dengan rasa penuh berduka dan bersedih

menitiskan air mata seperti hujan turun yang mencurah-curah.

Sang rembulan lalu menjelaskan perkara yang sebenarnya

kepada orang yang dicintainya pungguk.

“Duhai pungguk yang aku sayangi sepanjang hayat. Ketahuilah

bahawa aku tidak pernah rasa terluka keranamu.”

Rasa gembira dan lega bukan kepalang jelas nampak di muka

pungguk. Yang diterangi dengan cahaya indah dan cantik sang

rembulan dalam kepekatan malam. Walaupun sang rembulan

menangis kerana berasa sedih dan duka namun ia tetap menawan

dipandang menyinari malam. Tidak nampak titis-titis air mata sang

rembulan. Barangkali inilah yang dinamakan keajaiban Tuhan dan

kesetiaan sang rembulan seperti yang dicurahkannya pada pungguk

dengan menyinari cahaya di langit hitam dan pekat. Biarpun dalam

320

Page 321: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

hatinya tak siapa yang tahu dia kini sedang dilanda rasa duka dan

sedih.

Sementara itu pungguk diam dan tak berkata untuk mendengar

apa yang ingin dikatakan lagi oleh kekasih hatinya.

“Aku sedih melihat apa yang berlaku di bawah …,” sayu bunyi

nada suara sang rembulan.

“Maksud kau pergolakan hidup manusia yang berlaku pada hari

ini?” pungguk memotong dengan pantas.

Memang benar kita sebagai manusia tidak pernah mendengar

sang rembulan bercakap. Manusia dan sang rembulan tidak sama

sifatnya. Tuhan memberikan manusia suara untuk bercakap tetapi

sang rembulan tidak. Ramai manusia yang hidup di dunia tetapi sang

rembulan hanya satu. Yang boleh dilihat di langit hitam nan tinggi di

malam hari.

Namun manusia dan sang rembulan mempunyai satu persamaan

iaitu diciptakan oleh Tuhan. Cuma yang membezakan lagi sang

rembulan berada di atas dan manusia berada di bawah. Kita yang

bernama manusia memandang sang rembulan dari bawah. Begitu juga

321

Page 322: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dengan sang rembulan meskipun tidak dikurniakan mata oleh Tuhan

boleh jadi dapat melihat dan berasa sedih dengan apa yang tidak

sepatutnya kita lakukan pada hari ini.

“Mereka berpecah-belah dan tidak bersatu sepertimana yang

dituntut dalam agama,” jelas sang rembulan lagi.

“Jadi, itu yang menyebabkan kau menangis? Mengenangkan

nasib malang yang telah menimpa manusia pada hari ni?” pungguk

menyoal sambil memandang dengan rasa penuh kasih dan sayang.

Wajah sang rembulan yang cantik berseri itu.

Sang rembulan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh

kekasih hatinya itu dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Benar wahai kekasihku pungguk!”

“Aku sendiri melihat bagaimana terjadinya persengketaan dan

perpecahan sesama umat Islam di bawah tadi. Berpunca daripada

resolusi persidangan pihak pembangkang membenarkan kalimah Allah

dipakai oleh orang bukan Islam,” dia menyambung.

322

Page 323: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dahsyat …!” keluh pungguk pula sebaliknya dengan menarik

nafas yang panjang.

“Memang dahsyat. Mereka sanggup mempersenda-sendakan

kesucian agama. Yang menjadi pedoman hidup kita selama ini,” celah

sang rembulan.

Malam yang dikelilingi dengan pekat dan hitam menjadi saksi

sang rembulan dan pungguk bertemu untuk memadu kasih asmara

turut menghulurkan rasa sayu. Dengan apa yang dikatakan oleh

pasangan kekasih itu.

“Agama tak boleh dikaitkan dengan politik. Inilah akibatnya

apabila terlalu ingin berkuasa. Sehingga agama sanggup dijadikan alat

untuk mencapai cita-cita,” ujar pungguk lagi.

“Kau nampaknya sehati dan sejiwa dengan aku duhai kekasih

hatiku,” sambut sang rembulan pula sebaliknya.

“Itulah yang menjadikan kita sebagai pasangan kekasih yang

sejati,” pungguk menambah.

323

Page 324: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kalimah Allah hanya untuk orang Islam saja,” ulang sang

rembulan.

“Aku juga berasa sedih wahai kekasihku. Dengan mereka yang

tidak menghormati kesucian agama,” pungguk menyokong apa yang

dikatakan oleh sang rembulan itu.

“Kepada mereka yang berada di bawah sana segeralah insaf dan

bertaubat sebelum jauh tersesat,” luah sang rembulan dengan banir-

banir rasa penuh kesedihan dan kedukaan masih lagi belum padam di

wajahnya.

“Sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadrat Tuhan agar

mereka diberikan taufik dan hidayah. Supaya tidak mempolitikkan

agama untuk kepentingan parti yang mereka perjuangkan,” balas

pungguk.

“Moga mereka akan menjadi orang yang beriman dan soleh

untuk mempertahankan kalimah Allah demi agama Islam yang

tercinta,” sang rembulan berkata.

324

Page 325: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Itulah rintihan rasa sepasang kekasih yang setia dalam

percintaan melalui dongengan yang harus kita sebagai manusia

dengar bersama.

23

PULAU PAYUNG

Dari jauh kelihatan kapal perang Negara Naga Sakti sedang

mengharungi lautan biru yang luas.

“Dato’ Laksamana!” tegur Panglima Bentara Betong.

Dato’ Laksamana Rentaka lalu berpaling ke arah Panglima

Bentara Betong.

325

Page 326: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kita dah dapat maklumat daripada pasukan pengintip,” dia

berkata.

“Apa dia?” Dato’ Laksamana Rentaka sebaliknya menyoal

Panglima Bentara Betong.

“Kekuatan musuh tidaklah sehebat mana.” Itulah jawapan yang

diberikan oleh Panglima Bentara Betong.

“Awak yakin?” tanya Dato’ Laksamana Rentaka lagi.

“Ini buktinya, Dato’ Laksamana!” Panglima Bentara Betong

menyerahkan laporan yang diterima daripada pasukan pengintip

kepada Dato’ Laksamana Rentaka.

Dia kemudiannya pantas menyambut laporan yang diserahkan

oleh Panglima Bentara Betong itu. Dan membacanya dalam diam.

Selepas membaca laporan itu Dato’ Laksamana Rentaka memandang

semula muka Panglima Bentara Betong. Dan berkata dengan penuh

yakin.

326

Page 327: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kalau begini kekuatan musuh seperti yang dilaporkan oleh

pasukan pengintip sudah pasti Pulau Payung yang kaya dengan emas

akan menjadi milik kita!”

Sementara itu angkatan perang laut Negara Debunga Wangi juga

telah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran. Dengan angkatan

perang laut Negara Naga Sakti. Angkatan perang laut Negara Debunga

Wangi dipimpin oleh Dato’ Laksamana Budiman.

Lamunannya yang jauh melayang itu memikirkan sesuatu sambil

memandang laut membiru yang tenang lantas terhenti. Apabila

Panglima Bentara Jantan menghampirinya dan bersuara.

“Pulau Payung,” jawabnya pendek.

“Kerana Pulau Payung kita terpaksa berperang dengan Negara

Naga Sakti. Sedangkan sejarah telah membuktikan yang Pulau Payung

adalah milik kita yang sebenarnya.”

“Mungkin kerana berebutkan emas Negara Naga Sakti sanggup

bertumpah darah dengan kita,” Panglima Bentara Jantan menambah.

327

Page 328: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dato’ Laksamana Budiman sebaliknya hanya berdiam diri. Dan

menarik nafas yang panjang. Apabila mendengar kata-kata Panglima

Bentara Jantan.

Agak lama kemudian barulah Dato’ Laksamana Budiman

bersuara. Untuk membalas apa yang dikatakan oleh pegawai tentera

laut Negara Debunga Wangi itu.

“Seperti yang telah diputuskan oleh Ketua Negara dalam

Mesyuarat Negara kekayaan hasil emas bukan dimiliki oleh pemerintah

dan pemimpin-pemimpin tapi diagihkan kepada rakyat.”

Peperangan bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik

dalam menangani sesuatu isu. Seperti yang dihadapi oleh Negara

Naga Sakti dan Negara Debunga Wangi terhadap Pulau Payung.

“Negara kita tidak seharusnya mengheret Negara Debunga

Wangi ke kancah peperangan. Disebabkan pertikaian hak milik Pulau

Payung,” kata Bujang.

Seorang siswazah yang mengambil jurusan undang-undang di

salah sebuah universiti yang terdapat di Negara Naga Sakti.

328

Page 329: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Peperangan membawa kepada kemusnahan,” sokong Dara

rakan sejurusan dengannya.

“Memang benar apa yang kau katakan tu, Dara!” dia

menyambut dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Rakyat akan merasa hidup susah dan menderita akibat

daripada peperangan. Terus terang aku katakan aku tidak menyokong

peperangan walaupun telah diputuskan oleh Ketua Negara dan

pemimpin-pemimpin atasan dalam Mesyuarat Negara,” dia

menyambung lagi.

Seorang lagi rakan yang sejurusan dengannya Teruna yang

hanya mendiamkan diri dan sekali-sekala menikmati minuman yang

dipesan tiba-tiba menyampuk.

“Dasar negara kita juga dah berubah.”

Suasana di kantin universiti dipenuhi dengan pelajar sebaik-baik

sahaja tamat kuliah.

“Kau berdua perasan tak. Sebelum sesuatu keputusan itu dibuat

yang melibatkan peperangan perlu mendapatkan sokongan rakyat

terlebih dahulu. Sama ada menerimanya atau tidak. Kemudian barulah

329

Page 330: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

negara bertindak mengikut apa yang telah diputuskan oleh rakyat,”

jelasnya lagi.

Mendengarkan saja apa yang dikatakan oleh rakan yang

sejurusan dengannya itu Bujang pantas mengangguk-anggukkan

kepala sebagai tanda bersetuju. Bahawa dasar yang selama ini

dipegang oleh Negara Naga Sakti berkaitan dengan peperangan telah

terpesong. Dan tidak lagi diamalkan oleh ketua negara dan pemimpin-

pemimpin tertinggi.

“Memang rakyat berhak bersuara dalam perkara ini!”

“Sama seperti mereka memilih ketua negara dan barisan

kepemimpinannya. Untuk menerajui negara ini. Macam yang aku

katakan tadi. Peperangan sebenarnya adalah satu bala bencana

kepada rakyat. Tapi jawapannya mudah mengapa ketua negara dan

pemimpin-pemimpin tertinggi menolak untuk melibatkan rakyat dalam

soal ini. Disebabkan terlalu ingin untuk menunjukkan kekuatan dengan

memenangi peperangan dan tamakkan hasil emas yang terdapat di

Pulau Payung,” dia menambah lagi dengan panjang lebar.

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh

ruang bilik Dato’ Orang Kaya Jingga Ketua Negara Naga Sakti.

330

Page 331: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sambil enak bersandar di atas kerusi pusing yang empuk

fikirannya jauh melayang. Dengan angan-angan memiliki kekayaan

dan kemewahan. Sekiranya Pulau Payung jatuh ke tangan negara yang

diperintahnya.

Lamunannya serta-merta terhenti apabila kedengaran bunyi

pintu biliknya diketuk orang.

“Masuk!” arahnya dengan pantas.

Sebaik-baik sahaja pintu biliknya terbuka muncul Dato’

Bendahara Jaka Rabung. Ketua Pemimpin-pemimpin Tertinggi di

Negara Naga Sakti. Memang dia mengarahkan Dato’ Bendahara Jaka

Rabung. Untuk berjumpa dengannya pagi ini.

“Ada apa dato’ panggil saya?” tanya Dato’ Bendahara Jaka

Rabung sebaik-baik sahaja duduk di atas kerusi.

“Tentang Perang Pulau Payung,” dia membalas dengan pantas.

“Angkatan perang laut kita telah bersiap sedia untuk

melancarkan serangan terhadap angkatan perang laut Negara

331

Page 332: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Debunga Wangi.” Jawapan yang diberikan oleh Dato’ Bendahara Jaka

Rabung.

“Bagus!” Dato’ Orang Kaya Jingga mengangguka-anggukkan

kepala.

“Pastikan Pulau Payung yang kaya dengan emas itu menjadi

kepunyaan kita!” tegasnya.

Dato’ Bendahara Jaka Rabung yang duduk berhadapan

dengannya menyambut pantas dengan anggukkan kepala.

“Baik, dato’!”

“Saya akan arahkan angkatan laut di bawah pimpinan Dato’

Laksamana Rentaka untuk melakukan apa yang dato’ inginkan,”

janjinya.

Rasa kegembiraan lantas kelihatan di wajah Dato’ Orang Kaya

Jingga apabila mendengar kata-kata Dato’ Bendahara Jaka Rabung itu.

332

Page 333: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dalam pada itu Dato’ Laksamana Rentaka dan pegawai-

pegawainya mengadakan mesyuarat khas. Untuk membincangkan

strategi memusnahkan angkatan laut perang Negara Debunga Wangi.

“Kapal perang mereka dilengkapi dengan beberapa buah kapal

pengangkut jet pejuang,” terang Panglima Bentara Dali.

“Apa kurangnya kita, panglima. Mempunyai kapal pengangkut

yang lebih canggih dan moden,” Panglima Bentara Betong pula

sebaliknya mencelah.

“Kita mesti bijak membuat percaturan supaya tidak kecundang,”

ujar Panglima Bentara Gagang.

“Saya tahu falsafah dalam peperangan, panglima. Laksamana!

Saya sudah siapkan jet-jet pejuang yang telah dilatih sekian lama

untuk memusnahkan musuh,” Panglima Bentara Betong bersuara.

“Awak pasti pasukan yang kita harapkan ini boleh

menghapuskan musuh?” Dato’ Laksamana Rentaka menyoal. Dengan

memandang sedalam-dalamnya wajah Panglima Bentara Betong.

Panglima Bentara Betong lalu menjawab bersama dengan

anggukkan kepala.

333

Page 334: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya yakin, dato’ laksamana! Berilah saya peluang untuk

membuktikannya!” pintanya lagi pada Dato’ Laksamana Rentaka.

Dato’ Laksamana Rentaka pantas memberikan kata putus. Pada

permintaan Panglima Bentara Betong tanpa berfikir panjang lagi.

“Baiklah!” angguknya.

“Besok kita lancarkan serangan!” dia mengeluarkan arahan.

“Kalau begitu saya akan arahkan pasukan jet pejuang agar

bersiap sedia,” Panglima Bentara Betong membalas.

Maka lautan biru yang luas akan bergegar dengan pertempuran.

Antara angkatan perang Negara Naga Sakti dengan Negara Debunga

Wangi. Untuk menentukan siapa yang berhak memiliki Pulau Payung.

Yang kaya dengan hasil masyghul emas.

Wajah Dato’ Laksamana Budiman tetap tenang apabila

diberitahu oleh Panglima Bentara Jantan. Yang angkatan laut perang

Negara Naga Sakti akan melancarkan serangan melalui jet-jet pejuang.

Hasil daripada maklumat yang diterima daripada pasukan pengintip.

334

Page 335: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Melalui tingkap kaca kapal Dato’ Laksamana Budiman

mendongakkan kepala tinggi sedikit. Sambil memandang laut biru

yang penuh dengan ketegangan seperti yang jelas kelihatan di

wajahnya.

“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Biar putih tulang jangan putih mata. Pantang menyerah sebelum

kalah. Kita tentang mereka habis-habisan. Arahkan pasukan jet

pejuang kita untuk bersiap sedia!” dia berkata dengan penuh rasa

bersemangat.

Panglima Bentara Jantan lalu menyambut kata-kata perangsang

dan semangat yang dikeluarkan oleh Dato’ Laksamana Budiman

dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Baik, dato’! Demi agama, bangsa dan negara saya dan pasukan

tentera laut dan udara akan berjuang sehingga ke titisan darah yang

terakhir. Untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung kepunyaan

negara kita. Walau seinci pun tak akan diserahkan kepada Negara

Naga Sakti!” Demikianlah lafaz ikrar Panglima Bentara Jantan kepada

Dato’ Laksamana Budiman.

Wajah Dato’ Laksamana Budiman dipenuhi dengan senyuman

kecil. Kerana berasa gembira dengan semangat berkobar-kobar yang

335

Page 336: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

ditunjukkan oleh pegawainya itu. Memang dalam peperangan

semangat yang membara dan kesediaan untuk berkorban dengan

berjuang demi tanah air tercinta perlu ada di dalam setiap diri anggota

tentera. Bagi memastikan kemenangan yang mutlak dapat dimiliki.

Dalam perkara ini Dato’ Laksamana Budiman berasa amat yakin.

Bahawa kemenangan dalam peperangan dengan Negara Naga Sakti

untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung sepertimana yang

diucapkan oleh Panglima Bentara Jantan akan tercapai. Dengan

adanya semangat juang yang tinggi dimiliki oleh anggota-anggota

tentera laut dan udara atas nama Negara Debunga Wangi yang

dipimpinnya.

Tanpa berlengah lagi Panglima Bentara Jantan pun berlalu pergi

meninggalkan Dato’ Laksamana Budiman. Untuk melaksanakan apa

yang telah diarahkan oleh ketuanya itu.

Sebaik-baik sahaja kelibat Panglima Bentara Jantan hilang

daripada pandangan mata seperti biasa Dato’ Laksamana Budiman

tetap nampak tenang. Sambil merenung laut yang membiru

memikirkan strategi yang telah disusun dan dirancang. Untuk

menumpaskan serangan jet-jet pejuang tentera udara Negara Naga

Sakti.

336

Page 337: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pertempuran antara jet pejuang tentera udara Negara Naga

Sakti dan Negara Debunga Wangi pun berlaku dengan sengitnya.

Pasukan jet pejuang tentera udara kedua-dua negara tersebut sama

kuat dan sama hebat. Ramai anggota tentera udara kedua-dua negara

yang terlibat dalam peperangan yang berpunca daripada perebutan

Pulau Payung terkorban. Demikian juga dengan kemusnahan jet-jet

pejuang milik kedua-dua Negara. Baik di pihak Negara Naga Sakti

mahupun di pihak Negara Debunga Wangi.

Panglima Muda Lintang yang mengetuai pasukan tentera udara

Negara Naga Sakti dalam peperangan ini lalu menghubungi Panglima

Bentara Betong. Menerusi alat perhubungan yang terdapat dalam jet

pejuang yang dipandunya. Untuk melaporkan pertempuran yang

berlaku antara pasukan jet pejuang Negara Naga Sakti yang

dipimpinnya. Dengan jet pejuang Negara Debunga Wangi.

“Panglima jet pejuang mereka sukar untuk dikalahkan. Ramai

anggota kita yang terkorban.”

“Apa? Mereka sukar untuk ditewaskan. Bukankah jet pejuang

kita lebih canggih daripada mereka?” Terkejut Panglima Bentara

337

Page 338: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Betong apabila mendengar apa yang dilaporkan oleh Panglima Muda

Lintang itu.

“Benar, panglima! Tapi mereka dapat juga memusnahkan jet

pejuang kita. Walaupun tidak secanggih jet pejuang yang kita miliki,”

jelas Panglima Muda Lintang lagi.

“Teruskan serangan dan musnahkan semua jet-jet pejuang dan

kapal pengangkut mereka!” arah Panglima Bentara Betong kepada

Panglima Muda Lintang menerusi alat perhubungan yang terdapat di

dalam kapal perang angkatan laut Negara Naga Sakti.

Namun begitu arahan yang diberikan oleh Panglima Bentara

Betong itu sukar diterima oleh Panglima Muda Lintang.

“Panglima lebih baik kita berundur saja. Daripada meneruskan

serangan ke atas mereka.”

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Panglima Muda Lintang itu

menjadikan Panglima Bentara Betong berasa amat terperanjat.

Bercampur dengan marah apabila dia mendengarnya.

338

Page 339: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Jangan ingkar arahan! Sebagai pegawai tentera sudah menjadi

tugas awak. Untuk melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh

pegawai yang berpangkat tinggi seperti saya!”

“Ini bukan soal ingkar arahan, panglima. Sebagai pegawai

tentera saya faham dengan apa yang panglima katakan tu,” jawab

Panglima Muda Lintang.

“Dah tu? Kenapa awak tak ikut?” potong Panglima Bentara

Betong pula sebaliknya dengan pantas. Sambil meninggikan suara

disebabkan keengganan Panglima Muda Lintang untuk mematuhi apa

yang telah diarahkannya.

“Seperti yang saya katakan tadi ramai anggota kita telah

terkorban. Kita tak mampu untuk meneruskan serangan. Dengan

jumlah anggota yang tinggal sedikit ini. Lebih baik kita kembali semula

ke pangkalan dan menyusun strategi baru. Untuk melancarkan

serangan bagi mengalahkan musuh,” cadang Panglima Muda Lintang.

Panglima Bentara Betong akhirnya akur dan menerima cadangan

Panglima Muda Lintang itu. Agar tidak meneruskan serangan ke atas

pasukan jet-jet pejuang dan angkatan laut Negara Debunga Wangi. Dia

kemudiannya mengarahkan Panglima Muda Lintang bersama dengan

339

Page 340: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

anggota-anggota pasukan jet pejuang supaya kembali semula ke kapal

laut yang menjadi pangkalan mereka. Dalam peperangan dengan

Negara Debunga Wangi.

Sudah pastinya ini bukanlah satu berita yang amat

menggembirakan. Bila Panglima Bentara Betong menyampaikannya

kepada Dato’ Laksamana Rentaka.

“Apa? Kita terpaksa berundur?” Nada suara Dato’ Laksamana

Rentaka berbunyi marah. Sebaik-baik sahaja membaca laporan bertulis

yang diserahkan oleh Panglima Bentara Betong.

“Kita tak ada pilihan, laksamana,” balas Panglima Bentara

Betong.

“Kenapa itu yang harus dijadikan sebagai jawapan?” Ternyata

Dato’ Laksamana Rentaka berasa tidak puas hati. Dengan apa yang

dikatakan oleh pegawainya itu. Sambil tidak dapat menyembunyikan

rasa marah dan hampa di wajahnya. Di atas kegagalan pasukan jet

pejuang angkatan udara Negara Naga Sakti. Menumpaskan angkatan

perang musuh Negara Debunga Wangi.

340

Page 341: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Nampaknya sia-sia saja misi kita, laksamana. Mereka tidak

dapat dikalahkan!” Panglima Bentara Dali mengapi-apikan Dato’

Laksamana Rentaka.

“Benar sekali apa yang dikatakan oleh Panglima Bentara Dali tu,

laksamana!” sokong Panglima Bentara Gagang.

“Sudah pasti ini akan mendatangkan kemarahan kepada ketua

negara kita. Panglima Bentara Betong mesti bertanggungjawab dalam

perkara ini!” tambahnya lagi.

Mendengarkan sahaja kata-kata pedas yang dikeluarkan oleh

Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang itu lantas

menjadikan Panglima Bentara Betong naik berang.

“Dato’! Jangan bercakap sedap mulut aje. Sebagai panglima

yang ditugaskan untuk menjalankan misi negara ini saya tahu apa

akibatnya bila gagal melaksanakannya. Tak perlu dato’ berdua nak

menghukum saya. Hanya laksamana yang kini berada di depan kita

saja yang berhak untuk melakukannya ke atas saya!” Dia meninggikan

suara sambil memandang muka Panglima Bentara Dali dan Panglima

Bentara Gagang silih berganti. Bersama rasa kemarahan yang teramat

sangat jelas nampak di wajahnya.

341

Page 342: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pertikaman lidah antara mereka bertiga itu pantas dileraikan

oleh Dato’ Laksamana Rentaka.

“Sudah!” tengkingnya.

“Kita berperang dengan Negara Debunga Wangi. Bukannya

sesama sendiri. Kan lebih baik panglima bertiga duduk berbincang.

Mencari strategi yang terbaik untuk mengalahkan angkatan perang

Negara Debunga Wangi. Daripada saling menyalahkan antara satu

sama lain. Kerana kegagalan strategi yang kita gunakan. Untuk

menumpaskan mereka!” bentak Dato’ Laksamana Rentaka lagi dengan

panjang lebar.

Kemarahan yang ditunjukkan oleh Dato’ Laksamana Rentaka

menjadikan ketiga-tiga panglima perang Negara Naga Sakti itu lantas

terdiam.

Pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa akan diadakan tidak

lama lagi. Bujang dicalonkan untuk bertanding memegang jawatan

tersebut. Ternyata Bujang mendapat pencalonan yang tinggi dari

kalangan mahasiswa. Menentang Daik penyandang jawatan selama

tiga penggal berturut-turut.

342

Page 343: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau sememangnya layak, Bujang. Untuk dicalonkan bertanding

dalam pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa,” ujar Teruna.

“Kan ramai lagi yang layak. Yang boleh dicalonkan untuk

bertanding dengan Daik. Aku ni mana ada kewibawaan. Untuk

mengetuai persatuan mahasiswa di universiti ni,” Bujang sebaliknya

merendah diri.

“Kau sebenarnya berwibawa, Bujang. Tapi kau yang tidak

menyedarinya. Sebab itulah mereka mencalonkan kau,” ujar Dara

pula.

Apa yang dikatakan oleh Dara itu disokong penuh Teruna. Sambil

mengangguk-anggukkan kepala dia bersuara.

“Memang benar sekali dengan apa yang kau cakapkan tu, Dara!

Keberanian kau Bujang menyuarakan pendangan tentang krisis yang

berlaku sekarang antara negara kita dengan Negara Naga Sakti yang

berpunca daripada isu persempadanan dan kedaulatan Pulau Payung

sewaktu dalam kuliah Tamadun Negara memang menarik minat aku

termasuk rakan-rakan lain untuk menghayatinya. Sehingga apa yang

kau suarakan itu mendapat pujian daripada Profesor Alam Kesuma.

Rata-rata termasuk profesor sendiri bersetuju dengan pandangan yang

343

Page 344: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kau lontarkan itu. Bahawa isu ini sebenarnya dapat diselesaikan

melalui perundingan antara kedua-dua buah negara yang terlibat. Dan

bukannya memilih jalan untuk berperang sebagai kata pemutus,” dia

menyambung lagi.

“Itulah sebenarnya kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri

kau, Bujang. Cara kau yang bijak berkata-kata maka sewajarnyalah

kau dipilih oleh kawan-kawan kita. Untuk bertanding dalam pemilihan

jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Yang akan diadakan tak

lama lagi,” Dara mencelah.

“Aku yakin dengan kewibawaan dan kebolehan yang kau miliki

kau akan dapat menyandang jawatan ini,” tambah Teruna pula.

“Tambah pulak semua mahasiswa yang belajar di universiti ini

memberikan sokongan padu. Terhadap pencalonan kau. Bagi

bertanding jawatan tertinggi dalam persatuan mahasiswa di universiti

kita. Itu petandanya kau berpeluang cerah untuk memenangi jawatan

ini,” Dara menyampuk.

“Aku dan Dara serta kawan-kawan lain akan berkempen habis-

habisan. Untuk memastikan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa

344

Page 345: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menjadi milik kau,” ikrar Teruna pada kawannya yang akan bertanding

itu.

Bujang lalu menarik nafas yang panjang. Setelah mendengar

ulasan yang diberikan oleh kedua-dua rakan yang sama belajar

dengannya di universiti. Berkenaan pemilihannya sebagai calon.

Bertanding untuk memegang jawatan tersebut. Dalam persatuan yang

tujuan utama ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan serta

menggerakkan program dan aktiviti yang penuh dengan kemanfaatan

dan faedah kepada mahasiswa.

Perlahan-lahan Bujang memandang wajah kedua-dua kawan

baiknya itu dan bersuara.

“Terima kasihlah kepada kau berdua. Juga kepada kawan-kawan

lain. Kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku. Untuk

menerajui persatuan mahasiswa di universiti tempat kita belajar.

Insya-Allah! Sekiranya aku diberi mandat nanti aku akan laksanakan

tugas dan amanah. Yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” janji

Bujang pula sebaliknya.

Sementara itu Daik berasa tidak senang. Bila mendapat

perkhabaran yang Bujang akan menentangnya. Dalam pemilihan

345

Page 346: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pengerusi persatuan mahasiswa. Yang menurut perlembagaan

persatuan diadakan dua tahun sekali.

Selama dia memegang jawatan pengerusi tiada perubahan

mahupun program dan aktiviti yang dilakukannya dalam persatuan.

Sejajar dengan tujuan utama penubuhannya.

Menjaga kebajikan mahasiswa jauh sekali. Maka sewajarnyalah

dia mengundurkan diri. Untuk memberi peluang kepada muka baru

menerajui persatuan. Namun disebabkan mahu sentiasa mendapat

nama dan gilakan kuasa dia tetap mahu memastikan jawatan itu tetap

menjadi miliknya. Buat kali yang keempat berturut-turut walaupun

dengan menggunakan cara yang dianggap kotor dan tidak sihat dalam

pertandingan.

“Berani Bujang mencabar aku!” dia berkata dalam nada suara

yang marah dan tidak puashati. Kerana ada orang yang cuba untuk

menggugat kedudukannya dalam persatuan.

“Kau mesti buat sesuatu, Daik. Untuk memastikan jawatan yang

kau pegang selama ini tidak jatuh dengan mudah ke tangan dia,”

Lingka sahabat akrabnya mencelah.

346

Page 347: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Memang betul sekali apa yang kau katakana tu, Lingka!” Daik

membalas dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Aku tengok makin ramai pelajar-pelajar di universiti ini yang

menyokong dia. Tambah pulak dibantu dengan kempen yang hebat

dijalankan oleh Teruna dan Dara,” dia menambah lagi.

Lingka pantas memberikan cadangan dan buah fikiran kepada

Daik. Bagaimana cara untuk mengalahkan Bujang. Dalam

pertandingan pemilihan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Di

mana akan diadakan tidak lama lagi.

“Kau kan anak jutawan yang terkenal di negara ini. Jadi, kau

kenalah minta bantuan daripada ayah kau.”

Daik lalu mengangkat kepala dengan tinggi memandang muka

kawan karibnya itu dan menyoal.

“Maksud kau?”

“Kau mesti dapatkan bantuan kewangan daripada bapa kau.

Untuk membeli mahasiswa-mahasiswa di universiti ini. Untuk terus

memilih kau mengetuai persatuan. Hanya itu sajalah jalan yang ada

347

Page 348: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

buat kau. Bagi mengalahkan Bujang dalam pertandingan itu nanti,”

jelas Lintang.

Rasa kegembiraan dan kelegaan serta-merta nampak di muka

Daik. Sebaik-baik sahaja mendengar apa yang dimaksudkan oleh

Lintang itu.

“Bijak! Kau memang bijak!” dia memuji Lintang. Sambil

menepuk-nepuk bahu kawan akrabnya itu.

“Ya!” tambah Daik lagi dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Dengan wang kita boleh membeli segala-galanya termasuk

pengaruh!” sambungnya dengan rasa keyakinan jelas kelihatan di

wajahnya. Bahawa dengan menaburkan wang mahasiswa-mahasiswa

di universiti ini nanti akan terus memilih dia sebagai pengerusi

persatuan.

Dalam pada itu angkatan tentera laut dan udara Negara

Debunga Wangi. Amat sukar untuk dikalahkan. Tambah pulak pegawai-

pegawai tentera laut dan udara Negara Naga Sakti tidak bersatu dan

tidak mempunyai semangat juang yang tinggi. Panglima Bentara

Betong sering bertelagah dengan Panglima Bentara Dali dan Panglima

348

Page 349: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Bentara Gagang tentang strategi untuk mengalahkan angkatan perang

musuh. Masing-masing mahu menunjukkan kehandalan dan kehebatan

sebagai seorang pegawai tentera.

Sehingga segala pandangan dan cadangan yang dibentangkan

dalam mesyuarat untuk membincangkan strategi bagi menewaskan

musuh yang dipengerusikan oleh Dato’ Laksamana Rentaka dengan

sewenang-wenangnya ditolak oleh ketiga-tiga panglima perang Negara

Naga Sakti itu. Mereka tidak lagi menghormati Dato’ Laksamana

Rentaka. Sebagai ketua angkatan perang negara mereka. Dalam misi

untuk merampas Pulau Payung yang kaya dengan emas daripada

tangan Negara Debunga Wangi. Disebabkan masing-masing sudah ada

agenda yang tersendiri.

Akibatnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera laut

dan udara menjadi berpecah-belah dan berpuak-puak. Ada yang

menyokong Panglima Bentara Betong. Tidak kurang pula yang

memberikan sokongan kepada Panglima Bentara Dali dan Panglima

Bentara Gagang.

Keadaan ini sukar dikawal oleh Dato’ Laksamana Rentaka.

Hingga membawa kelemahan kepada angkatan perang laut dan udara

Negara Naga Sakti.

349

Page 350: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Bahana daripada peperangan juga menjadikan rakyat di Negara

Naga Sakti hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. Banyak wang

dilaburkan untuk membeli senjata moden dan canggih. Semata-mata

digunakan untuk mengalahkan angkatan perang laut dan udara

Negara Debunga Wangi. Dalam peperangan untuk mendapatkan Pulau

Payung. Yang memiliki kekayaan hasil emas sehingga rakyat sanggup

dibiarkan berendam dengan air mata kepayahan.

Namun pembelian alat senjata yang canggih dan moden

semuanya adalah sia-sia belaka. Negara Naga Sakti tetap mengalami

kekalahan. Terbukti angkatan perang laut dan udara Negara Debunga

Wangi sukar untuk ditewaskan. Kesan daripada peperangan yang

berpunca perebutan hak milik Pulau Payung juga telah membawa

kepada kejatuhan ekonomi di Negara Naga Sakti.

Sementara itu Bujang telah berjaya mengalahkan Daik dalam

pemilihan jawatan pengerusi persatuan mahasiswa. Ternyata wang

hasil daripada bantuan bapanya yang dilaburkan oleh Daik gagal

memikat hati mahasiswa-mahasiswa. Supaya memilihnya berkekalan

menyandang jawatan utama. Yang setelah sekian lama dipegangnya.

350

Page 351: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa

kesyukuran ke hadrat Tuhan. Dan terima kasih di atas kesudian dan

kepercayaan rakan-rakan sekalian memilih saya sebagai pengerusi

persatuan mahasiswa yang baru,” ucap Bujang di hadapan mahasiswa-

mahasiswa. Sebaik-baik sahaja diisytiharkan sebagai penyandang baru

jawatan pengerusi persatuan.

“Berdirinya saya di sini adalah bersama dengan janji. Untuk

memastikan persatuan mahasiswa di universiti ini bergerak dan hidup.

Sepertimana yang rakan-rakan sekalian harapkan!” dia berkata

dengan penuh semangat. Kemudian lalu disambut dengan tepukan

gemuruh ribuan mahasiswa.

“Kita harus menumpukan perhatian terhadap nasib malang yang

menimpa rakyat di negara ini. Akibat daripada peperangan dengan

Negara Debunga Wangi. Semata-mata kerana gilakan dan tamakkan

kekayaan emas di Pulau Payung. Sedangkan sejarah telah nyata

membuktikan. Bahawa pulau itu adalah kepunyaan Negara Debunga

Wangi. Mengapa negara kita harus membuang masa? Dengan menjadi

penyamun dan perompak. Mencuri dan merampas hak wilayah dan

kedaulatan Negara Debunga Wangi. Sehingga rakyat menjadi mangsa

kepedihan dan kesengsaraan!” dia menambah lagi dengan panjang

lebar.

351

Page 352: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sekali lagi dewan universiti bergema dengan suara sorakan dan

tepukan daripada mahasiswa-mahasiswa. Sebagai tanda sokongan

padu terhadap permulaan semangat perjuangan. Yang dibakar oleh

Bujang.

“Sebagai permulaan kita selaku mahasiswa di universiti ini yang

bernaung atas nama persatuan harus bangkit dan bangun membela

nasib rakyat. Yang menjadi mangsa penindasan akibat daripada

peperangan. Kita mesti desak Dato’ Bendahara Jaka Rabung, Ketua

Pemimpin-pemimpin Tertinggi negara kita agar segera menghentikan

peperangan. Dan memberikan sepenuh perhatian semula kepada

kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Jika dia gagal berbuat

demikian maka persatuan kita akan berjuang habis-habisan seperti di

medan perang. Bagi membela nasib rakyat di tanah air yang tercinta

ini!” laung Bujang untuk terus menyalakan api semangat perjuangan

kepada kawan-kawan. Yang belajar seuniversiti dengannya.

Bunyi tepukan dan suara sorakan kuat mahasiswa-mahasiswa

terus bergema. Menyelubungi seluruh ruang dewan universiti itu.

Ternyata apa yang diperjuangkan oleh Bujang itu demi membela nasib

rakyat mendapat sokongan yang kuat. Daripada kawan-kawannya

melalui persatuan mahasiswa.

352

Page 353: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Suasana di Negara Naga Sakti lalu menjadi huru-hara dan kacau-

bilau. Akibat daripada pemberontakan yang dilakukan bersama oleh

persatuan mahasiswa yang diketuai Bujang dan rakyat.

Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh persatuan mahasiswa dan

rakyat sukar dikawal pasukan keselamatan. Ramai yang terkorban dan

cedera. Dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan

pasukan keselamatan.

Begitu juga dengan kemusnahan harta benda. Kumpulan

pemberontak bertindak liar dengan membakar bangunan-bangunan

yang terdapat di Negara Naga Sakti. Sehingga suasana dipenuhi

dengan asap hitam menebal dan julangan api yang marak. Darurat

terpaksa diisytiharkan manakala pejabat, kedai dan sekolah ditutup.

Dengan perintah berkurung dikuatkuasakan dan kegiatan harian

rakyat di Negara Naga Sakti menjadi lumpuh.

Dato’ Orang Kaya Jingga, Ketua Negara Naga Sakti lalu

meninggalkan negara. Apabila keadaan huru-hara dan kacau-bilau

yang dicetuskan oleh kumpulan pemberontak gagal dikawal oleh

pasukan keselamatan.

353

Page 354: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dari jendela kaca di dalam biliknya Dato’ Bendahara Jaka Rabung

hanya mampu termenung dan melihat gelombang kebangkitan

persatuan mahasiswa dan rakyat berkumpul di depan pejabatnya

mendesak agar dia segera menghentikan peperangan dan meletakkan

jawatan.

24

KEMBALI

354

Page 355: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Bosan!

Sudah lama dia di sini di sebuah kota yang amat asing bagi

dirinya. Tenggelam dalam kelemasan dan ingin pulang semula ke

tempat asalnya. Yang nyata dia hanyut dalam arus pembangunan.

Hingga dia lupa pada asal usulnya. Mengapa? Entahlah! Kadang-

kadang dia sendiri tidak mengerti. Adatlah tu. Penghuni kota

semuanya berlumba-lumba mengejar pembangunan. Dalam konsep

siapa cepat akan berjaya dan siapa yang lambat akan ketinggalan.

Hipokrit? Memang tidak dapat dinafikan lagi. Kebenarannya

memang ada di mana-mana saja. Manusia tidak mahu mengaku kalah.

Baik dari golongan bawahan mahupun golongan atasan. Terpaksa

berpura-pura dalam menyerap bencana itu. Persoalan yang tak putus-

putus menendang benaknya tika ini.

Hari itu, dia telah mengambil keputusan tidak mahu pergi

bekerja. Matlamatnya ingin mengitari seluruh perut kota sebagai

pengembara yang sedang mencari sesuatu yang paling berharga

dalam hidupnya. Dia masih merasa belum puas.

355

Page 356: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kota terlalu besar. Dan apa yang ada di dalamnya? Dia sendiri

tidak tahu. Persoalan yang sentiasa mengisi kotak fikirannya. Hari itu

cuaca cerah sahaja. Bola matahari tepat di kepala. Jalur-jalur

cahayanya kelihatan amat jelas sekali menyinari alam semesta.

Bahangnya terasa amat ketara sekali menggigit permukaan

kulit. Pedih mencakar-cakar. Sementara penghuninya bertebaran di

mana-mana saja mengisi seluruh ruang kota. Tak ubah seperti

dilanggar garuda. Kadar penghuninya kian bertambah dari masa ke

semasa.

Jalan raya dipenuhi dengan pelbagai rupa kenderaan.

Memuntahkan asap hitam dan gas beracun. Penyakit. Zahirnya

memang ada, batuk-batuk dan lelah. Hospital dan klinik boleh

dikatakan saban hari terpaksa menampung jumlah pesakit yang ramai.

Pencemaran! Amat merungsingkan fikirannya. Pohon-pohon

semuanya telah ditumbangkan oleh raksasa bergigi besi untuk projek

pembangunan. Fikirannya enggan berhenti berbicara. Berputar ligat

bak kipas. Mimpi! Tidak! Dia sebenarnya tidak bermimpi. Ia adalah

sebuah kenyataan yang kini sedang membelenggu hidupnya.

Satu persoalan yang timbul ialah apakah kita benar-benar kini

menghayati erti kemerdekaan yang sebenar? Apakah kita sudah lupa

356

Page 357: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

pada Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Leftenan

Adnan serta pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain? Mereka semua

telah berkorban demi negara yang tercinta.

Cita-cita mereka cuma satu iaitu mengusir penjajah dari bumi

yang bertuah ini. Demi kemerdekaan anak cucu-cicit mereka. Alangkah

beruntungnya kita. Dia lantas diam membisu seribu bahasa.

Kakinya belum mengenal erti penat. Terus menapak.

Matlamatnya yang satu itu belum lagi tercapai. Dia tidak akan pulang

selagi tidak menemui jawapan itu. Kompleks membeli-belah tumbuh

bagai cendawan selepas hujan. Ia lebih peka mengajar pelanggannya

ke arah pembaziran yang berleluasa dan budaya lepak di kalangan

remaja.

Ditenungnya muka mereka semua satu persatu. Sebagai daun

hijau yang masih muda lagi. Harapan negara pada masa depan. Maju

mundurnya negara sebenarnya adalah terletak di atas tangan mereka.

Andainya mereka lemah, negara mudah dijajah oleh kuasa asing.

Mereka nampaknya sudah lupa pada budaya yang menjadi

pegangan datuk nenek moyang mereka dulu. Lebih agresif dengan

budaya barat. Rock, rap dan GQ yang kini di mana-mana.

357

Page 358: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Atas alasan yang kukuh bahawa mengikut peredaran zaman. Aku

tak setuju! Hatinya memberontak kuat. Geram! Dia seolah-olah

melepaskan protes yang telah lama bersarang di dadanya dan dia

nyata sekali membantah sekeras-kerasnya.

Mengapa kau mempunyai alasan begitu? Terdengar suara-suara

yang inginkan kepastian yang penuh darinya.

Kita mempunyai budaya sendiri. Mengapa harus meniru budaya

orang lain? Tambahnya lagi dengan penuh berkobar-kobar. Suara itu

membalas dengan ketawa yang terbahak-bahak seperti bunyi

motosikal yang tersumbat enjinnya.

Sial! Rungut hati kecilnya.

“Lu, kolotlah brother!”

“Ketinggalan zaman!”

“Lu, apa peduli. Gua punya sukalah!”

358

Page 359: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Brother, lu kampung marilah!” Demikianlah antara jawapan

yang menyumbat cuping telinganya.

Suhu darahnya kian mendidih. Umpama singa yang lapar mahu

menyambar mangsanya. Namun dia tetap bersabar. Dunia sekarang

sudah berubah bukan seperti dulu lagi. Tak mengapa. Biarkanlah!

Asalkan mereka tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai manusia

dan tidak mendekatkan diri dengan dadah.

Dia pantas berlalu pergi dari situ. Meninggalkan mereka yang

masih terkinja-kinja lagi. Seronok dengan dunia remaja yang mereka

alami.

Sebentar kemudian sebuah kereta Mercedes Benz yang

berwarna hitam melintasi di depannya. Ia milik seorang lembaga

pengarah Syarikat Seroja Holdings Sdn. Bhd. Harta kekayaannya

melimpah-limpah. Rumahnya sebuah banglo mewah tiga tingkat yang

terletak di Ukay Height.

Siang dan malam asyik memburu kekayaan.

Tapi sayang, dia amat jahil dalam soal agama. Hidupnya penuh

dengan dosa dan maksiat. Lebih banyak menghabiskan masa dengan

dosa dan maksiat. Lebih banyak menghabiskan masa mengunjungi bar

359

Page 360: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dan pub. Berkawan dengan perempuan-perempuan yang cantik serta

bir dan wiski malah judi. Banyak melakukan penyelewengan dan

menggelapkan wang syarikat sesuka hati.

Dia hidup mewah dan bersenang-lenang, sedangkan orang

bawahannya hidup dengan penuh derita. Dan yang lebih dahsyat lagi

dia tidak pernah bersembahyang, berpuasa dan mengeluarkan zakat.

Malah dia tidak pernah langsung mengenal isi-isi yang

terkandung dalam al-Quran dan hadis. Menjejakkan kaki ke masjid jauh

sekali seumur hayatnya. Fardu Jumaat selalu tuang saja. Sibuk dengan

urusan dunia hingga melalaikan akhirat.

“Kenapa kau jadi begini?” soalnya pula.

“Aku ingin menikmati hidup yang penuh mutlak,” jawab ahli

lembaga pengarah itu dengan megah dan angkuh.

“Tapi, kau sebenarnya lupa bahawa dunia ini hanyalah

sementara waktu sahaja sedangkan akhirat jualah yang kekal abadi

buat selama-lamanya,” nasihatnya lagi tak henti-henti.

“Aku mengerti itu semua!”

360

Page 361: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Habis? Bila kau nak bertaubat?”

“Dah tua nanti,” jawabnya begitu mudah sekali.

Dia lantas terperanjat bila mendengarnya. Dan menggelengkan

kepala. Namun hati kecilnya tetap berdoa moga Tuhan akan

membukakan pintu hatinya ke arah jalan yang benar.

Kereta mewah itu terus menderu laju hingga meninggalkan asap

saja. Dia sebaliknya meneruskan perjalanan. Tiba-tiba matanya

ternampak seorang pegawai kerajaan sedang bermaharajalela

menerima rasuah.

Tanpa berlengah lagi dia lantas menghampirinya.

“Mengapa kau lakukan kerja yang terkutuk ini, hah?” dia

menyergah pantas. Pegawai itu pula mengangkat muka ke arahnya.

“Demi untuk kesenangan hidup!” balasnya senang.

“Bukan begini caranya. Carilah rezeki dengan cara yang halal

dan direstui oleh Tuhan,” ujarnya bertubi-tubi kali.

361

Page 362: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Habis?” Pegawai itu mendongakkan mukanya.

“Bukankah ia salah di sisi undang-undang.” Dia cuba

mengingatkan.

“Benar!” pegawai itu menganggukkan kepala.

“Kau dah kahwin?” soalnya lagi tak henti-henti.

“Sudah!” jawab pegawai itu pantas.

“Berapa orang anak kau?”

“Lima,” jawabnya ringkas.

“Semua sudah bersekolah?”

“Sudah.”

“Apa yang terjadi kepada mereka semua kalau kau

dipenjarakan?”

Ternyata dia bukan jenis yang mahu mendengar nasihat.

362

Page 363: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa kau sibuk sangat?” pegawai itu naik berang.

“Sekadar mahu mengingatkan,” balasnya.

“Itu bukan urusan kau!”

“Benar!” dia mengangguk kepala.

“Aku tidak mahu melihat kau menyesal nanti!” sambungnya lagi.

“Mengapa kau harus heboh?”

Dia lantas diam dan enggan mengeluarkan kata-kata. Mulutnya

seolah-olah terkunci rapat.

Rasuah sudah menjadi darah dagingnya. Itu saja cara yang

mudah untuk memperolehi sumber kekayaan bukan dengan cara

bertungkus-lumus. Hingga melupakan konsep bersih, cekap dan

amanah. Sedangkan slogan dan kempen bergema di mana-mana saja.

Tapi tak diendahkannya langsung.

Entahlah.

363

Page 364: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia sendiri kadangkala tidak mengerti. Hidup manusia memang

aneh. Penuh dengan aneka ragam. Rambut sama hitam tapi hati lain-

lain. Sampai bila dia harus bersubahat dengan musuh negara itu.

Seberkas pertanyaan membelenggu benaknya.

Siapa jiran yang tinggal di sebelah rumah kau itu?

Kalau tak silap aku, dia adalah seorang ahli perniagaan. Isterinya

bekerja? Persoalan itu tak henti-henti menerjah fikirannya sejak dari

tadi. Yang itu, aku kurang pasti. Jawabnya pendek saja.

Mengapa jadi begini? Apakah kau sudah lupa bahawa agama

Islam sejak zaman Nabi Muhammad telah menekankan perpaduan

ummah dalam konsep hidup berjiran?

Tidak! Aku tidak pernah lupa itu semua.

Dan dia terus meneroka alam kota.

Seorang pemuda sedang khayal menghisap dadah di belakang

lorong Masjid India.

364

Page 365: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Keadaan dirinya sungguh menyedihkan. Di mana badannya

kurus dan matanya cengkung. Ini semua adalah bahana najis dadah

yang menjadi musuh negara.

“Kenapa kau jadi begini?”

“Aku sebenarnya putus cinta …,” jawabnya lemah dan tak

bertenaga lagi.

“Jadi, kau memilih dadah sebagai jalan yang terbaik untuk

menyelesaikan masalah yang kau hadapi?”

“Ya!” dia menganggukkan kepala.

“Bagaimana kau memperolehi wang membeli benda haram itu?”

soalnya dengan penuh rasa simpati campur sayu. Pemuda itu

mengangkat mukanya perlahan-lahan. Dan berkata:

“Aku terpaksa mencuri dan dari upah menjaga serta mencuci

kereta.”

“Dulu kau kerja di mana?” soalnya lagi.

“Jabatan Kerajaan.”

365

Page 366: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa jawatan kau?”

“Kerani Am dan aku hampir-hampir dinaikkan pangkat. Tapi ….”

Dia berhenti bercakap. Seolah-olah tak berkuasa lagi untuk

meneruskannya.

“Kau harus insaf dengan kembali semula ke pangkal jalan. Serta

menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Dan bukannya menjadi sampah masyarakat,” nasihatnya bertubi-tubi.

Wajah pemuda itu kian layu.

“Tak boleh!” pemuda itu menggelengkan kepala.

“Mengapa?” tanyanya dengan penuh kehairanan.

“Kerana ia telah menjadi sebahagian daripada hidupku ….” Dia

berterus terang dan lantas mengeluh sendirian.

Secara zahirnya hidup ini penuh dengan pelbagai onak dan duri-

duri yang amat menyakitkan yang harus ditempuh. Pemuda itu terus

khayal dengan heroin, jarum, lilin dan sudu. Matanya tak berkelip-kelip

memerhatikan peristiwa yang amat ngeri itu.

366

Page 367: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

25

CALON

367

Page 368: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia sebenarnya dicalonkan untuk menjadi Pengerusi syarikat.

Berkuasa penuh. Segala cakap yang keluar daripada mulutnya tidak

boleh dibantah. Keputusan adalah muktamad. Tambahan pula dia

bakal memegang saham yang tertinggi dalam syarikat. Duduk dan

menyandarkan tubuh pada kerusi eksekutif sambil berpusing ke kiri

kanan. Dalam bilik yang dikepung oleh mesin penghawa dingin.

Yang nyata dia benar-benar berlagak seperti seorang calon.

Bak kata orang angan-angan Mat Jenin. Ingin memeluk Puteri

Raja akhirnya terjatuh pokok kelapa. Apa salahnya? Setiap manusia

yang hidup di atas muka bumi ini memang mempunyai cita-cita. Kalau

tidak hidup sudah tentu kosong.

Kata putus belum dicapai. Biarpun Datuk Osman akan

mengundurkan diri dari jawatan Pengerusi. Mahu menumpukan

seluruh perhatian terhadap amal ibadat dan keluarga. Dia sudah lama

bergelumang dengan dunia perniagaan. Seperti sudah menjadi darah

daging. Kini tampuk Pengerusi harus dilepaskan untuk memberi

peluang kepada orang lain untuk menjawatnya.

Sebaik-baik sahaja mesyuarat tamat, dia pantas keluar dari bilik.

368

Page 369: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tanpa memandang muka Datuk Osman serta kakitangan

syarikat yang lain. Dia mengatur langkah perlahan.

“Karim!”

Kedengaran suara memanggil namanya.

Dia berhenti seketika dan menoleh ke belakang. Muncul Zaid.

Berambut lurus dan berbadan tegap. Perlahan-lahan dia menghampiri

Karim yang masih tercegat berdiri.

“Macam mana dengan peluang kau, Karim?” tanya Zaid lagi.

Sambil membetulkan tali leher.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya menoleh ke kiri kanan. Jam di

dinding tepat menunjukkan pukul 4.30 petang. Suasana di ruang

pejabat macam dilanggar garuda. Kakitangan yang lain telah pulang

ke sarang masing-masing. Aina yang merangkap sebagai setiausaha

Datuk Osman masih lagi bersolek di tempat duduknya.

Mata Zaid tunak menanti jawapan Karim. Dia mengeluarkan

suara senang:

“Peluang tetap cerah.”

369

Page 370: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Rekod kau memang baik,” Zaid cepat menyampuk bagai sang

helang menyambar mangsa. Dia ketawa kecil. Begitu juga dengan

Zaid.

“Hidup perlu berpura-pura,” tekan Karim pula. Serentak

melangkah masuk ke dalam bilik. Zaid mengikuti dari belakang.

Daun pintu segera terkuak.

Karim terus menghampiri jendela kaca. Dia melontarkan

pandangan ke bawah dari bangunan yang setinggi 15 tingkat terletak

di Jalan Duta.

Titis-titis hawa dingin bagai berpeluh terlekat pada kaca jendela.

Kesejukan mesin penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik.

Sesekali Karim menyelak kain langsir yang berwarna biru laut serta

berbunga putih dan merah. Bola mentari kian meninggi di kaki langit.

Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari seluruh bandaraya Kuala

Lumpur. Deru kenderaan berlibur di atas jalan raya. Pembangunan

menjadikan manusia semakin ramai.

370

Page 371: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Zaid telah lama melabuhkan punggung di atas kerusi. Kedua-dua

biji matanya tidak berkelip-kelip memerhatikan gelagat Karim. Yang

menjadi sahabat karibnya.

Karim memalingkan muka.

“Bagaimana dengan tender yang akan datang?”

“Beres!”

“Berapa peratus untuk bahagian kita?” Soalan yang biasa timbul.

Zaid membetulkan duduk.

“Lumayan sekali!” Dia menyilangkan kaki di atas paha.

Karim masih lagi berdiri di sisi meja yang berbentuk empat segi.

Kemudian bergerak perlahan-lahan untuk melabuhkan punggung di

atas kerusi. Dia sempat mencuri pandang fail yang berwarna hijau tua

di atas meja. Memorandum yang amat penting sekali. Berkaitan

dengan tender yang menunggu untuk ditandatangani oleh Datuk

Osman. Hanya tawaran dua kali ganda iaitu sebanyak RM 990,000.00.

Karim berjaya menjadi sang penakluk. Huh hebatnya!

371

Page 372: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia melonggarkan tali leher.

Tubuh tegap itu disandarkan pada kerusi empuk. Sekejap-

sekejap dia memandang ke atas. Dinding konkrit bercat putih.

Zaid memancung lamunannya.

“Kau menjadi orang kepercayaan Datuk. Tentu sudah faham

dengan tugas yang bakal kau pikul.” Dia mendongakkan kepala tinggi.

Dan cepat memotong:

“Maksud kau untuk meyakinkan dia.”

“Sudah tentu!” Zaid menyokong pendapat itu.

“Kau jangan bimbang, Zaid. Serahkan segala-galanya pada aku.”

Karim berperasaan megah. Dia yakin segala rancangan yang diatur

akan berjalan dengan lancar. Tanpa sebarang halangan dan rintangan.

Datuk Osman pasti akan tunduk. Tak lama lagi dia akan berundur dari

jawatan Pengerusi setelah sekian lama bergelumang dengan syarikat.

Masa depan Karim semakin cerah.

372

Page 373: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Ibarat sang suria yang terbit di waktu pagi. Zaid melontarkan

pandangan ke arah bangunan-bangunan yang tinggi mencakar langit.

Setelah lama, dia kembali semula menyapu muka Karim yang bulat

berbujur sirih. Dia bersuara tegas:

“Karim, aku harap kau tidak lupa pada janji.”

Dia tertawa kecil bila mendengarnya.

Kedua-dua belah mata hampir tertutup. Begitu juga dengan

kedua-dua belah bahunya terangkat. Zaid berwajah serius. Kemudian

Karim bersuara:

“Tentang kedudukan kau?”

Dia mengingatkan Zaid semula.

“Kau akan diberi kuasa sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.

Malah kau akan menjadi pemegang kedua tertinggi saham syarikat.”

Ia bukan teka-teki. Atau sekadar untuk menduga Zaid.

“Tanpa persetujuan daripada ahli-ahli lembaga pengarah yang

lain.”

373

Page 374: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya!” angguk.

“Jadi kau takut akan diisngkirkan?” tanya Karim. Sambil

membelek-belek fail tawaran harga tender. Dia pantas menutup

semula. Dan meletakkannya di atas rak besi yang terletak di sudut

meja.

Zaid tak henti-henti menyoroti persoalan itu.

“Manusia memang mudah lupa daratan.” Dia mengutip semula

kata-kata itu.

Karim tidak mengendahkan langsung. Tidak gusar sama sekali

dengan ingatan itu.

“Nampaknya kau meragui semangat setiakawan yang telah lama

kita bina.” Kata-kata yang terkeluar daripada mulut Karim.

“Tidak!” Zaid mengalihkan perhatian pada permukaan

permaidani yang berwarna merah hati.

Dia berwajah selamba. Dan berkata:

374

Page 375: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Zaid, kita dah lama berkawan. Takkanlah tergamak aku hendak

menipu kau.”

“Sedangkan pantai boleh berubah sekejap masa, inikan pulak

manusia.” Zaid menguatkan lagi hujah-hujah. Macam seorang

peguambela mengendalikan perbicaraan kes pembunuhan di

mahkamah. Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah dan

dibebaskan daripada sebarang hukuman.

“Kau anggap aku tidak berpegang pada janji?”

“Bak kata orang kerbau dipegang pada tali manusia dipegang

pada janji.”

Perdebatan antara Karim dengan Zaid semakin hangat. Setiap

janji harus dikota. Bukannya angan-angan kosong. Itulah amalan hidup

Zaid. Walaupun melakukan perbuatan yang serong dan penuh noda.

Hawa dingin terasa segar menyapu permukaan kulit. Seperti air

terjun di pinggir kali.

375

Page 376: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau jangan bimbang, Zaid 90% saham syarikat ini adalah hak

milik kau,” ikrar Karim berulang kali. Sambil memandang tepat muka

Zaid.

Sungguhpun begitu, Zaid masih jelas lagi menyanggah

keyakinan yang ditimbulkan oleh Karim.

“Karim, kau jangan lupa bahawa kita ada ancaman yang lebih

besar.”

“Ancaman?” Dia terkejut.

“Ya!” Zaid pantas mengangguk-anggukkan kepala.

“Dari siapa?” Karim semakin berminat untuk mengetahui dengan

lebih lanjut lagi sambil membetulkan duduknya.

“Alwi,” jawab Zaid ringkas.

“Anak tunggal Datuk Osman. Budak mentah,” Karim membalas

mudah.

376

Page 377: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dia mempunyai hak dalam syarikat ini. Tambahan pula dia

memiliki ijazah dari luar negeri.” Reaksi Karim tidak panik walau sedikit

pun. Dia mengambil jalan pendek.

“Senang!”

“Senang kau kata?”

“Ya!” Karim sekadar mengangguk.

“Maksud kau?”

“Aku ada strategi.”

“Strategi apa?” soal Zaid bertubi-tubi. Umpama muntahan peluru

daripada muncung mesin-gun. Ternyata Zaid masih belum mengerti.

Karim enggan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh

Zaid. Dia melontarkan pandangan ke arah pintu antik. Sebuah diari

hitam yang berfungsi sebagai catatan harian terletak di tepi sudut

meja. Kemudian kedua-dua bola matanya merenung Zaid yang bakal

menjadi rakan kongsi. Sama-sama bersubahat melakukan

penyelewengan.

377

Page 378: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku akan mempengaruhi Datuk Osman.” Perasaan tamak Karim

kian meluap-luap.

“Bolehkah perkara ini berhasil?”

“Mengapa kau kata begitu?” Karim kembali menyoal Zaid.

Serentak mendongakkan kepala tinggi sedikit.

Suara Karim bergetar menembusi celah-celah dinding.

“Zaid, kalau tak berjaya jangan panggil aku Karim!” ujarnya

dengan penuh bongkak. Dia yakin seratus peratus rancangan yang

jahat ini pasti berjaya.

Sementara itu, Zaid nampaknya masih lagi merasa was-was.

“Tapi soalnya sekarang Alwi seorang golongan yang terpelajar.”

“Ahhh,” sanggah Karim tak putus-putus.

“Datuk boleh disuntik.” Karim tidak bimbang.

378

Page 379: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tapi ….”

“Sudahlah tu, Zaid,” Karim begitu cepat sekali memancung kata-

kata Zaid.

“Jangan difikirkan sangat. Itu perkara mudah saja.”

Zaid diam. Setelah agak lama kemudian dia beralih ke topik lain

pula.

“Kau kenal dengan Datuk Jamil?”

“Pemilik syarikat Mawar Holding Sdn. Bhd.”

“Kau masih belum lagi membereskan tugas. Untuk menyekat

pengaruh dan kuasa Mawar Holding,” ujar Zaid lagi.

“Apa dia?”

Demikianlah ragam hidup manusia lebih mencerminkan

perasaan cemburu dan iri hati. Pantang melihat kejayaan orang lain.

Sentiasa mencari jalan mudah mahupun mengambil masa untuk

menjatuhkan orang yang berada di puncak kejayaan. Tanpa

379

Page 380: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menghiraukan kekuasaan Allah SWT yang menjadikan manusia dan

seluruh alam semesta.

“Datuk Jamil berjaya memperolehi tender membina bangunan

kerajaan di Jalan Ampang sebanyak RM 990,000.00.”

“Mana kau tahu semua ini?” Dia bermuka tinggi. Melihat dengan

penuh teliti Zaid yang bermuka bulat serta berdahi licin. Berkulit

kuning langsat.

“Karim, bukankah kita sentiasa memasang orang di mana-mana

sahaja?”

“Jadi?” Dia ingin kepastian.

Sejak dari dahulu lagi dia tidak mempunyai masalah untuk

mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada Zaid. Mereka berdua

mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama. Mahu menakluki

seluruh empayar syarikat Dinihari Holdings Sdn. Bhd.

“Kita mesti sabotaj bekalan simen mereka. Bila mereka gagal

menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan sudah pasti

surat tawaran yang dikemukakan kepada mereka secara automatik

380

Page 381: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

akan dibatalkan. Dan tugas kau ialah untuk mengambil alih sepenhnya

projek yang terbengkalai itu.” Jelas sekali niat jahat Zaid.

Akibatnya dia menerima habuan pujian yang melambung tinggi.

“Kau memang bijak, Zaid!” Dia tersenyum megah. Dan

menjawab:

“Karim rancangan ini pasti akan menguatkan lagi kedudukan kau

sebagai Pengerusi syarikat.”

“Dan saham syarikat ini tidak akan goyah selagi kau bertindak

sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.”

Perkembangan ini amat menggembirakan sekali hati Zaid. Dia

sudah terbayang ganjaran lumayan yang bakal diterima. Biarpun

terpaksa mendendami orang lain yang bersifat dengki untuk

mendapatkan tender. Tidak seperti orang-orang yang tertentu. Lebih

mementingkan kualiti kerja untuk mencapai kepuasan yang tinggi.

Sepertimana yang dipandang oleh pihak kerajaan. Karim tidak jemu-

jemu mengatur rancangan jahat.

“Aku akan upah orang-orang kita supaya melakukan

penyelewengan terhadap Syarikat Mawar Holdings.”

381

Page 382: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Zaid awal lagi telah pun dapat membaca.

“Sudah pasti harga tawaran yang dikemukakan kepada mereka

lama-kelamaan akan jatuh merosot.”

“Tepat sekali!” Karim mengangguk-angguk.

Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 6.00 petang. Zaid

bingkas bangun setelah sekian lama memanaskan kerusi.

“OK, Karim! Aku balik dulu!”

“Tapi kau jangan lupa.” Karim macam mengingatkan sesuatu.

Dia disapa kehairanan.

“Lupa apa pulak?”

“Kita berkumpul dan enjoy di pub malam ini pukul 8.00 malam.

Bidadari-bidadari yang jelita sudah lama merindui kedatangan kita.”

“Tentu untuk celebrate, bukan?”

“Kejayaan awal kita,” balas Karim lagi.

382

Page 383: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Mereka ketawa terbahak-bahak.

“Kau tak balik, Karim?”

“Aku akan terus ke pub.”

“Kau tak sabar-sabar lagi,” Zaid menyindir.

“Mahu tidak.” Karim kian ghairah.

“Aku pergi dulu!”

“Silakan!” Dia mengatur langkah lima tapak menghampiri pintu.

Tangan kanannya begitu pantas sekali menarik daun pintu dan apabila

ia terkatup semula bayangannya pun tidak kelihatan lagi.

Karim memasang angan-angan sambil kedua-dua bola matanya

menengadah ke atas.

“Tak lama lagi akan bergelar jutawan dalam sekelip mata,”

ucapnya sendiri. Cita-citanya tinggi seperti Gunung Fujiyama di Negara

Jepun. Tanpa mengira halal dan haram.

383

Page 384: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dengan wang dan harta kekayaan, seluruh dunia ini boleh aku

beli,” katanya lagi.

Dia sanggup menzalimi orang lain. Melakukan penyelewengan

wang syarikat.

Malah lebih dahsyat lagi memberi rasuah kepada orang atasan.

Dia juga menganiaya pekerja-pekerja lain yang mendapat perhatian

Datuk Osman. Dengan alasan berpura-pura baik di depan tapi di

belakang kaki judi, arak dan perempuan. Serta tidak berdisiplin. Ada

juga yang telah dibuang dan diturunkan pangkat.

Datuk Osman terpengaruh dengan tuduhan Karim dalam

mengambil sesuatu tindakan. Tanpa usul periksa. Sesungguhnya Karim

menjadi dalang yang bakal menruntuhkan Syarikat Dinihari.

Karim berpoya-poya dengan menggunakan duit syarikat.

Tembelangnya telah berjaya dipecah oleh Salleh yang bertindak

sebagai akauntan syarikat. Dia telah diugut oleh Karim.

“Ingat, Salleh! Kalau perkara ini sampai pada pengetahuan

Datuk ini bermakna keselamatan diri kau terancam!”

384

Page 385: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya tidak takut pada ancaman Encik Karim. Saya lebih

takutkan Tuhan dan tidak mahu bersubahat melakukan kejahatan,”

balas Salleh yang mempunyai sifat-sifat jujur dan amanah.

“Ooh, kau nak tunjuk keras kepala, ya!”

Dia enggan mengalah. Perbuatan jahat amat dipandang keji oleh

Islam.

“Tiada gunanya kita melakukan kemungkaran. Berdosa

hukumnya. Dan kita akan dilontarkan ke dalam neraka jahanam.”

Lagak Salleh macam seorang Tok Imam. Zaid serta-merta menjadi

panik kerana terlibat sama dalam hal ini. Seperti orang yang hilang

arah haluan.

“Habis kita kali ni, Karim.”

“Kita tak akan masuk penjara,” dia menyanggah.

“Tapi dia ada bukti yang cukup.”

“Aku ada rancangan untuk menyingkirkan dia dari syarikat ini,”

tegas Karim pula.

385

Page 386: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Rancangan apa lagi, Karim?” Zaid seolah-olah sukar untuk

mempercayai kata-kata Karim. Sambil mundar-mandir ke hulu ke hilir.

Macam orang yang hilang anak. Dia tidak senang duduk.

Karim bagai mendapat ilham.

“Aku akan upah orang-orang kita agar mencuri fail akaun

syarikat.”

Rasa cemas Zaid lantas hilang.

“Dengan ini kita tidak akan ditangkap kerana tanpa bukti yang

kukuh. Bukan begitu?”

“Kan senang tu!” Karim melapangkan kedua-dua belah tangan.

Demikianlah taktik Karim untuk menutup setiap kesalahan yang

dilakukannya. Dia merasakan seolah-olah berkuasa dalam dunia ini.

Tanpa menghiraukan Allah SWT yang maha berkuasa ke atas manusia

dan seluruh alam fana ini. Dia dapat melihat setiap perbuatan baik

atau jahat yang dilakukan oleh seseorang manusia itu. Karim benar-

benar tenggelam dalam kemungkaran. Lebih banyak memburu dosa

daripada pahala. Sedangkan dunia ini hanyalah penginapan sementara

386

Page 387: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

waktu sahaja sedangkan akhirat jualah sebenar-benar tempat lagi

kekal abadi.

Layakkah dia menjadi Pengerusi syarikat?

387

Page 388: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

26

CATATAN SEORANG TEMAN

Hisham menatap warkah biru itu. Isinya tertinta kemas dan

padat. Bersama bait-bait kata yang indah lagi puitis. Maknanya terlalu

mendalam. Seperti lautan biru yang terbentang luas. Hingga

membangkitkan kenangan silam. Yang menciptakan memori indah.

Ibarat lukisan yang berwarna. Demikianlah sucinya cinta. Macam

kilauan sebutir mutiara di dasar lautan. Kesetiaan. Menjadi akar cinta.

Tanpa perasaan yang berbelah bagi. Suratan takdir. Penentu segala-

galanya dalam dunia percintaan. Tiada siapa yang berdaya

menolaknya. Sebagai seorang yang bernama manusia kita hanya

mampu merancang. Tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Hisham terpaksa menerima hakikat yang telah ditentukan.

Hafizah, seorang sahabat yang mempertahankan kejujuran dan

keikhlasan di hati. Biarpun kini terpisah jauh. Dia sedang melanjutkan

pelajaran dalam bidang guaman di seberang laut. Bagi memenuhi cita-

cita keluarganya. Agar menjadi manusia yang berguna pada agama

dan tak pernah lekang menaburkan bakti pada masyarakat.

388

Page 389: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hisham berjaya menjadi seorang pendidik. Kenyataannya

mereka berdua berjaya dalam hidup. Sehati dan sejiwa. Itulah yang

mereka turapkan dalam konsep persahabatan. Hisham menatap potret

Hafizah. Merenungnya dalam-dalam. Angin timur yang menyusup

masuk melalui jendela yang terbuka luas seakan-akan membentuk

wajah Hafizah di pandangan mata Hisham. Cantiknya laksana bulan

jatuh ke riba. Kecantikan. Setiap manusia yang hidup di atas muka

bumi ini bebas memujanya. Ia juga adalah anugerah Tuhan. Begitu

juga dengan cinta. Petang itu cuaca kelihatan redup sahaja.

Hisham membiarkan sahaja angin timur menyapu tubuhnya

yang agak tegap. Kadangkala mengeluarkan bunyi yang sungguh

gemersik menerjah gegendang telinga.

“Hidup ini zahirnya adalah satu perjalanan yang jauh,” Hafizah

bersuara. Dia membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal

mayang hingga mencecah paras bahu. Mengerbang sedikit akibat

ditiup angin.

Hisham mengangkat kepala tinggi sedikit dan menjawab:

“Kita umpama pengembara.”

389

Page 390: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Pengembara?” Tiada kepastian. Sama ada Hafizah mengerti

atau cuma berpura-pura. Bola mata mereka saling berlaga. Dia dapat

merasakan sinar mata Hafizah bagai kaca yang berkilau-kilauan.

Hisham lalu melunjurkan kedua-dua belah kakinya agar rapat

dan lurus. Kemudian dia menghela nafas yang panjang. Dan berkata:

“Hingga sampai ke sebuah pelabuhan. Bersama bekalan yang

cukup.” Mata Hisham tunak.

“Kau nampaknya arif dalam bidang falsafah,” Hafizah segera

memotong. Dia mengutip semula kata-kata itu.

“Aku gemar membaca buku,” terangnya lagi. Hisham berminat

sekali untuk mengolah topik ini dengan lebih lanjut lagi.

“Bahan bacaan yang kau pilih?”

“Yang bersumberkan ilmu pengetahuan am. Tanpanya kita akan

teraba-raba. Tak ubah macam berada di ruang yang gelap-gelita. Lebih

penting lagi dengan banyak membaca akan menjadikan pemikiran

bertambah matang dan tajam.”

390

Page 391: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Macam seorang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran

guru dalam kelas. Diam seketika. Hafizah tambah ayu bila

mengenakan baju kurung yang berwarna biru air laut. Serta

bersulamkan bola-bola manik yang kuning keemasan dan berkilauan.

Hafizah tidak mahu keadaan ini berlarutan. Kebisuan segera

dipecahkan.

“Melalui tulisan kau mengharapkan golongan bawahan akan

mendapat pembelaan. Bukan begitu?” Dia jatuh hati dengan isu

kemiskinan.

Dia mengukir seribu senyuman di hati. Dia tidak keseorangan

dalam memikul perjuangan. Hafizah turut berdiri teguh di belakangnya

memberi sokongan. Udara berhembus segar. Saujana mata

memandang. Dia menoleh semula ke arah Hafizah. Dan berkata:

“Aku mempunyai prinsip hidup yang sendiri.”

Hafizah nampaknya seperti berpuas hati dengan penjelasan

Hafiz itu. Ungkapan ini amat menarik sekali apabila dipanjangkan.

391

Page 392: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Antara manusia dan Tuhan mempunyai jurang pemisah yang

amat dalam. Tuhan bersifat pencipta dan berkuasa. Ke atas seluruh

manusia dan alam semesta.”

“Aku amat bersetuju sekali dengan kata-kata kau itu. Kita

sebagai manusia hanya hidup buat sementara waktu sahaja di atas

muka bumi ini. Akhirat jualah tempat buat kita selama-lamanya,”

sokong Hafizah pula.

“Dengan matlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan

pembaca. Kadangkala aku merasa diri ini masih lagi serba

kekurangan,” Hafiz menambah.

Dari segi mesej, Hafizah berwajah ceria dan anggun. Umpama

bidadari dari syurga. Yang turun ke bumi bersama haruman kasturi.

Sepi. Tiba-tiba mengambil tempat. Macam berada di ruang yang

sunyi. Ungkapan ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam

dari segi maksdnya. Mereka enggan berbicara. Seperti ada kuasa yang

mengunci rapat mulut Hisham dan Hafizah. Pohon-pohon yang

menghijau bagai bernyanyi-nyanyi. Sambil meliuk-liuk ke kiri dan

kanan. Di kaki langit gumpalan awan hitam seakin tebal meliputi

permukaannya. Hujan akan turun. Semenjak dari pagi tadi hingga ke

392

Page 393: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

petang cuaca amat panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat

Tuhan. Kita harus bersyukur menerimanya. Hisham tidak mahu

keadaan ini berlarutan.

“Mari kita ke sana!” katanya sambil mengangkat kepala

menunjuk ke arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.

“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah

naik kering,” tambahnya lagi.

“Baiklah!” Hafizah sebaliknya tidak membantah dan

menganggukkan kepala. Dia mengukir senyuman kecil. Mereka

bingkas bangun daripada kerusi kayu yang terletak di bawah pohon

yang rendang. Mereka bernasib baik. Setibanya di dalam restoran

hujan pun turun dengan lebat. Pelanggan tidak ramai. Boleh dikira

dengan jari dalam anggaran dua tiga orang sahaja. Hisham dan

Hafizah memilih tempat duduk di sudut yang paling sepi. Bebas

daripada sebarang gangguan. Mereka sama-sama memesan minuman

yang sama daripada pelayan. Dua gelas air fresh orange. Hafizah

memecahkan kebisuan.

“Apakah erti sebenar sebuah persahabatan?” Dia nampaknya tak

putus-putus menduga Hisham.

393

Page 394: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Mempertahankan kejujuran dan keikhlasan tiap waktu dan

ketika,” Hisham menjawab sambil menarik kerusi ke depan sedikit.

Terhenti buat seketika. Pelayan muncul membawa bersama

minuman yang dipesan. Dengan penuh tertib perlahan-lahan dia

meletakkan dua gelas air fresh orange di atas permukaan meja yang

berbentuk empat segi. Hisham mengangkat muka ke atas. Pelayan

bermuka bulat dan berdahi licin. Berkulit kuning langsat.

“Terima kasih!” ucap Hisham.

“Sama-sama!” balasnya sambil mengukir senyuman ramah.

Tanpa menunggu arahan lagi dia pantas beredar pergi dari sisi meja.

“Silakan!” pelawa Hisham lagi.

“Terima kasih!”

Mereka sama-sama menyedut minuman. Hafizah pantas

melepaskan straw yang melekat di bibirnya yang merah bak delima.

Dia menyoroti semula persoalan yang terhenti.

“Kau meragui?”

394

Page 395: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kawan yang mudah ketawa memang ramai. Tapi kawan untuk

menangis bersama-sama hanyalah sendiri.” Hisham menghabiskan

sisa-sisa minuman. Bukankah Islam amat melarang keras pembaziran?

Hafizah terus menguji.

“Aku?”

“Tidak sama sekali!” Hisham membalas sambil menggelengkan

kepala. Dia membenarkan kata-kata itu. Bukan sekadar omong-omong

kosong.

“Setiap janji harus dikotakan.” Dia menguatkan lagi hujah-

hujahnya. Macam peguambela dalam perbicaraan kes pembunuhan di

mahkamah. Untuk membuktikan yang tertuduh tidak bersalah. Dan

dibebaskan daripada sebarang hukuman.

Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah kain yang

berwarna hijau muda melitupi permukaan meja. Sekuntum mawar

merah terhias indah dalam jambangan kecil yang berwarna putih.

Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang restoran.

Hawanya termampan menembusi di celah-celah dinding yang bercat

putih. Irama muzik yang sentimental sungguh menggetarkan jiwa.

Hafizah mendongakkan kepala tinggi sedikit. Dan bersuara lembut:

395

Page 396: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tentang cinta?” Dia melukiskan senyuman kecil. Hisham

menjadi kaget. Dia tidak menduga sama sekali Hafizah akan

menimbulkan perkataan itu.

“Cinta adalah permainan hidup.”

“Indah seperti rama-rama yang berterbangan mengelilingi

bingkai lukisan,” Hafizah pantas menyampuk.

“Ada orang yang mengibaratkan cinta umpama setitis embun.

Akan kering apabila terbit mentari dari arah timur. Hadirnya cuma

seketika. Tidak semua cinta berakhir dengan kegembiraan.” Dia

mengingatkan Hafizah.

“Maksud kau pengalaman silam?”

Hisham dengan tiba-tiba sahaja berdiam diri. Dia tidak

menjawab. Sebaliknya menengadah ke siling. Berfikir sesuatu. Hafizah

tekun memerhati gelagat Hisham. Setelah agak lama dia kembali

mengangkat muka dan menarik nafas panjang. Dia bersuara:

“Dalam percintaan terselit juga pahit dan manis.”

396

Page 397: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ini menjadikan kita agar berfikiran lebih matang dalam

mengharungi dunia percintaan,” ucap Hafizah pula sambil

membetulkan duduk.

Hisham sebaliknya mengangguk-angguk diam. Tanda setuju

dengan pendapat itu.

“Kau pernah jatuh cinta?” Hafizah terus meraih kepastian.

“Cinta monyet. Zaman persekolahan.” Hisham membalas

dengan senyuman kecil.

“Benar!” Hafizah agak tersipu-sipu malu. Tajuk percintaan

semakin hangat.

“Kemuncaknya ialah apabila menaiki jinjang pelamin,” sambung

Hisham lagi. Kemudian kedua-dua biji mata Hisham leka

memerhatikan dua buah gelas yang telah kosong. Ketul-ketul ais juga

beransur-ansur menjadi cair. Hafizah mendongakkan kepala dan

bertanya:

“Apakah kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga?”

“Persefahaman, kasih sayang dan saling bertolak-ansur.”

397

Page 398: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku sering berdoa moga Tuhan akan menganugerahkan aku

seorang suami yang beriman dan bertanggungjawab terhadap

keluarga.”

“Aku juga begitu. Semoga Tuhan akan mengurniakan aku

seorang isteri yang solehah dan mempunyai didikan agama yang

kuat.”

Nilai-nilai agama turut diterapkan dalam soal mencari jodoh.

Alangkah bertuahnya aku kalau kau menjadi suri dalam hidup ini!

Getus hati kecil Hisham.

398

Page 399: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

27

MEDAN

Ledakan bom bergema membelah suasana. Bersama percikan

api. Hujan peluru bersimpang-siur. Mayat-mayat bergelimpangan di

atas tanah. Darah merah mengalir membuak-buak. Dari arah bukit

pertempuran sedang berlaku. Utara dan selatan. Lautan tentera Jepun

sukar untuk dibendung lagi. Lebih dua kali ganda daripada pasukan

pimpinan Leftenan Rosli.

Sarjan Talib lalu menghampiri Leftenan Rosli.

“Bagaimana, tuan?” Nada suaranya tercungap-cungap kerana

menahan penat.

Leftenan Rosli pantas mengangkat muka. Matanya tunak.

Kemudian dia lalu menghela nafas yang panjang. Dan berkata:

“Teruskan!”

“Tapi ….”

399

Page 400: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Sudah! Kita sudah tidak mempunyai banyak masa lagi!” tegas

Leftenan Rosli lagi.

Sarjan Talib terpaksa akur juga dengan arahan daripada

ketuanya itu.

“Baiklah!” Dia menganggukkan kepala. Dan pantas berlalu pergi

dari situ sambil merangkak dengan penuh berhati-hati di celah-celah

batu yang besar. Sementara itu, hujan peluru terus menggila

membaham mangsanya. Leftenan Rosli lantas berteriak:

“Sarjan! Hati-hati saya cover!” Beberapa das tembakan

dilepaskan dan mengenai sasaran. Sarjan Talib tanpa membuang masa

lagi cepat melompat masuk ke dalam kubu yang dikelilingi oleh guni-

guni yang dipenuhi dengan timbunan pasir.

“Serang!” pekik Sarjan Talib dengan penuh semangat sekali.

“Nasir …!” Leftenan Rosli bersuara agak perlahan sedikit.

“Saya, tuan!” jawabnya pantas.

“Awak ambil tempat saya.”

400

Page 401: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya nak lihat keadaan anggota-anggota kita di bawah sana.”

Nasir mengangguk. Tanpa membantah dia melakukan arahan

Leftenan Rosli.

“Cover saya!” Dia tak putus-putus memberi arahan. Nasir terus

menjalankan tugasnya.

“Tuan, hati-hati!”

“Bagaimana dengan keadaan awak, Osman?”

Dia mengangkat matanya perlahan-lahan.

“Tuan …,” Osman mengerang menahan kesakitan.

“Sudahlah, Man. “Awak banyak kehilangan darah. Lebih baik

awak berehat saja!” Leftenan Rosli mendongakkan mukanya sedikit.

Selepas itu, dia lalu mengalihkan pandangan ke arah Rahim pula.

“Rahim, Osman cedera parah. Cepat ambil tempat dia!”

401

Page 402: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baik!” Dia segera meninggalkan kubunya.

“Awak bertahan di sini. Saya nak ke kubu sebelah sana.” Rahim

mengangguk diam. Tanpa membuang masa lagi Leftenan Rosli pantas

meninggalkan tempat itu. Hujan peluru terus bermaharajalela.

Leftenan Rosli terpaksa mengguling-gulingkan badannya untuk

menepis.

Tiba-tiba sedas tembakan tepat mengenai kepala Rahim.

“Ya, Allah!” Dia menahan kesakitan. Leftenan Rosli berpaling ke

belakang bila mendengar suara itu.

“Rahim!” Dia berteriak. Perlahan-lahan dia rebah ke dalam kubu

dan gugur.

Dan Leftenan Rosli hanya sekadar terdaya menggelengkan

kepala sahaja bila melihat peristiwa itu.

“Koperal Ahmad lekas ambil tempat Rahim!”

402

Page 403: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baik, tuan!” Dia pantas meninggalkan kubu di sebelah kanan

bukit. Malangnya dia tidak sempat sampai ke kubu bahagian bawah.

Kerana sedas tembakan hinggap di atas dadanya.

“Ya, Allah!” dia bersuara sambil tangan kanannya menahan

darah merah yang membuak-buak keluar.

Kedua-dua biji mata Leftenan Rosli terjojol keluar.

“Koperal Ahmad!” Dia tidak dapat menjawab sebaliknya lalu

rebah.

Sekali lagi Leftenan Rosli terpaksa menggelengkan kepala

menahan hampa. Kini kubu tersebut kosong. Osman sudah tidak

bermaya lagi.

“Yusuf!”

“Saya, tuan!”

“Ambil tempat Osman lekas! Saya cover!”

Dia pantas menerima arahan itu.

403

Page 404: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Yusuf selamat sampai ke dalam kubu. Sementara itu, Leftenan

Rosli menuruni bukit dengan penuh berhati-hati. Sekumpulan tentera

Jepun melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya. Bagaikan

helang menyambar mangsanya dia melompat pantas masuk ke dalam

kubu yang terletak di sebelah kanan bukit. Ali dan Bakar sedang

bertahan di situ.

“Tuan, kami kehabisan peluru,” ujar Bakar sambil mengesat

peluh yang mengalir di dahinya. Manakala Ali pula memasukkan peluru

yang masih tinggal sedikit lagi ke dalam senapang. Leftenan Rosli lalu

menoleh ke arah kubu Sarjan Talib di bahagian tepi bukit.

“Sarjan! Campakkan satu beg peluru kepada saya.”

“Baik, tuan!” Dia mengikat rapi beg yang berisi peluru dan tanpa

membuang masa lagi dia melambungkannya tinggi ke arah Leftenan

Rosli. Dan ini telah dapat dikesan oleh pihak musuh. Salah seorang

daripadanya telah melepaskan tembakan ke arah beg itu. Tapi tidak

mengenai sasaran. Leftenan Rosli lebih cepat menyambutnya.

“Ali, jimatkan peluru sikit,” pesan Leftenan Rosli sambil

tangannya menghulurkan beg yang berisi peluru itu kepada Ali.

404

Page 405: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Baik, tuan!”

Tentera Jepun itu merasa geram kerana gagal melaksanakan

misinya. Ini menaikkan lagi api kemarahan ketua seksyen yang

berpangkat Sarjan. Dia berteriak dalam bahasa Jepun. Agar terus

melakukan serangan ke atas kubu pasukan Askar Melayu.

Tangan Sarjan Talib terus berputar ligat memetik picu mesin-gun

dengan penuh bersemangat.

Ini mengakibatkan ramai tentera Jepun yang terkorban. Namun

ketua seksyen tidak berputus asa. tentera Jepun. Dia mengarahkan

lagi sekumpulan tentera Jepun supaya mara ke depan mengepung

bahagian bawah bukit dari arah utara dan selatan. Seperti kilat datang

menyambar sebutir peluru telah mengenai rusuk kanan Sarjan Talib.

Dengan serta merta mesin-gun terlepas daripada tangannya. Sambil

memejamkan kedua-dua belah matanya menahan kesakitan.

“Sarjan Talib! Bakar tolong cover saya!”

Dia tidak membantah. Perlahan-lahan Leftenan Rosli

menghampiri Sarjan Talib.

405

Page 406: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Nampaknya Sarjan luka parah.” Matanya tajam mengamati kulit

Sarjan Talib yang terkopak akibat bedilan peluru. Sudah pasti rasa

sakitnya meresapi ke seluruh anggota badannya. Darah merah tak

henti-henti mengalir.

“Tak mengapa. Sarjan, awak berehatlah. Jangan banyak

bergerak. Awak masih lemah lagi.”

“Tuan, mari kita teruskan …. Saya masih boleh lagi ….” Dia

terhenti. Pedih. Dia kemudian lalu membalut lukanya agar dapat

meredakan kesakitan sedikit.

“Sarjan, biar saya Bantu,” sampuk Karim tiba-tiba. Darah merah

semakin banyak mengalir. Hinggakan kain pembalut yang berwarna

putih sudah bertukar warna menjadi merah.

“Berehatlah.” Mata Leftenan Rosli tunak sambil memegang

lembut bahu Sarjan Talib.

Sebaliknya Sarjan Talib lalu memejamkan mata kerana menahan

rasa sakit yang tak terhingga. Sudah pasti bias peluru telah menjalar

ke seluruh tubuh.

406

Page 407: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Karim yang berada di sebelahnya lalu menemui ajal bila sebutir

peluru melekat di dadanya. Dia tidak dapat berkata walau sepatah

pun. Lantas rebah di atas timbunan guni yang berisi pasir.

“Karim!”

Sarjan Talib mengangkat kepala dengan lemah. Dan tertunduk

hampa sambil memejamkan matanya. Jahanam! Bisik hati kecilnya.

Dia bingkas bangun dan mengangkat senjata.

“Jangan, Sarjan! Bukankah awak masih lemah lagi?” larang

Leftenan Rosli pula.

Dia memandang tepat wajah Leftenan Rosli.

“Tidak!” ucapnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Tuan, walau apa pun yang akan terjadi saya akan tetap

berjuang habis-habisan untuk mempertahankan Tanah Melayu

daripada jatuh ke tangan Jepun. Sama ada hidup atau mati,” ulangnya

lagi.

407

Page 408: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Leftenan Rosli hanya mendiamkan diri bila mendengar kata-kata

itu. Agak lama kemudian barulah dia memberi arahan kepada Bakar

yang berada di kubu sebelah.

“Bakar lekas bantu Sarjan!”

“Baik!” balasnya sambil menganggukkan kepala.

“Sarjan, saya naik dulu. Tolong cover saya,” katanya serentak

memegang lembut bahu Sarjan Talib. Dia lalu mengangguk.

“Baiklah, tuan! Hati-hati,” pesannya lagi.

Leftenan Rosli pantas beredar daripada kubu itu.

“Tuan! Jaga-jaga. Musuh datang daripada arah depan,” laung

Sarjan Talib.

Ternyata Osman masih bersemangat lagi untuk mengangkat

senjata.

408

Page 409: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Walaupun luka yang dialaminya amat parah sekali. Namun dia

tidak menghiraukan langsung. Leftenan Rosli rasa terharu dengan

semangat perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Osman.

“Tuan ….” Nada suaranya lemah.

“Saya akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir …,”

ikrarnya sambil memejamkan mata menahan kesakitan.

Semangat keperwiraan Leftenan Rosli kian berkobar-kobar.

Seperti api yang sedang panas menyala dan sukar dipadamkan.

Leftenan Rosli lalu menoleh ke kiri dan kanan.

Gerombolan tentera Jepun yang besar sedang mara mendaki

bukit. Namun dia tetap bernekad. Akan menentangnya habis-habisan.

Seinci pun bumi yang tercinta ini tidak akan diserahkannya.

Leftenan Rosli merenung tepat wajah Osman. Kemudian dia

bersuara:

“Cover saya!” Osman mengangguk diam. Sambil terus

menghalakan senapang ke arah musuh. Tembakan yang bertubi-tubi

409

Page 410: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kali jelas kedengaran. Begitu juga dengan hujan peluru dan ledakan

bom seakan-akan meruntuhkan bumi.

Dia pantas mendaki bukit. Peluru musuh terus mengekori

jejaknya.

Tanpa berlengah lagi dia melayangkan badan ke dalam kubu.

Sebaik-baik sahaja dia masuk, Nasir didapati sedang cedera parah. Dia

tak putus-putus melepaskan tembakan. Akhirnya Nasir rebah di atas

pangkuannya.

“Nasir!” dia bersuara sambil menggoyangkan badannya. Dengan

lemah dia membuka kedua-dua kelopak matanya.

“Tuan ….” Dan kembali semula menutup mata buat selama-

lamanya. Dia gugur jua.

Leftenan Rosli menggeleng cuma.

Dia lantas memejamkan mata. Sudah ramai anak-anak buahnya

yang terkorban.

Peluru mesin-gun bertalu-talu diarahkan.

410

Page 411: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sebutir bom tangan dilemparkan ke arah Sarjan Talib.

Bunyinya sungguh kuat sekali.

“Sarjan!” Leftenan Rosli menjerit.

Dan pantas menekupkan muka. Perlahan-lahan dia

mendongakkan muka tinggi.

“Koperal Bidin!”

“Saya, tuan!” ucapnya.

“Cepat! Pergi ambil tempat Sarjan Talib!”

Tanpa berlengah lagi dia keluar daripada kubu. Tapi malangnya

sebutir peluru telah hinggap di atas pahanya lalu terjatuh. Nasibnya

bertambah buruk lagi apabila ditikam hingga mati dengan banet oleh

musuh.

“Oh …. ” Dia hanya mampu bersuara perlahan.

411

Page 412: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tuan!” Kedengaran suatu suara memanggil namanya. Tanpa

tertunggu-tunggu lagi dia cuba mencari arah dari mana datangnya

suara itu. Rupa-rupanya Yusuf. Leftenan Rosli mengangkat kepala

sedikit.

“Kenapa, Suf?”

“Harapan kita semakin tipis.”

“Mengapa pula?” Nada suaranya nyata sekali belum mahu

mengaku kalah.

“Kita kehabisan peluru!” Dia menggelengkan kepala. Seolah-olah

tidak percaya dengan kata-kata Yusuf.

“Tidak! Kita tidak akan berundur. Akan terus berjuang hingga ke

titisan darah yang penghabisan!” ikrar Leftenan Rosli pada Yusuf.

“Perlukah kita minta bantuan daripada Kapten Richard?”

“Tak perlu!” Semangat juangnya memang dalam seperti lautan

biru nan luas.

412

Page 413: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kita masih terdaya lagi!”

“Tapi ramai anggota-anggota kita yang cedera dan terkorban,”

jawab Yusuf.

Leftenan Rosli enggan mengalah. Pendiriannya tetap tegas.

“Kita masih lagi bernyawa bukan?” Sambil tangan kanannya

menggoyang kuat bahu Yusuf. Sebagai perangsang untuk terus

berjuang.

Yusuf mengangguk diam sahaja.

Secepat kilat lantas mengangkat senjata.

“Teruskan!” Leftenan Rosli bertindak sebagai pembakar

semangat.

Dia lalu mengangkat tangan tinggi. Dan berteriak sekuat-kuat

hatinya.

“Tembak!” Pertempuran semakin sengit.

413

Page 414: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tentera-tentera Jepun telah dapat memusnahkan kubu di

bahagian bawah bukit.

Ali dan Bakar turut terkorban. Tinggal Sarjan Talib seorang diri.

Lukanya makin parah. Pandangan matanya berpinar-pinar. Dia cuba

merangkak keluar perlahan-lahan daripada kubu. Namun tidak berjaya.

Jatuh. Kerana dia sudah tidak bertenaga lagi.

Dia tidak berputus asa. Mencuba sekali lagi. Akhirnya dia berjaya

juga. Tetapi terpaksa merangkak di celah-celah mayat tentera Jepun

yang bergelimpangan.

Bola matahari kian meninggi.

Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari alam semesta.

Bahangnya terasa pedih bila menggigit permukaan kulit. Sarjan Talib

terbatuk-batuk kerana kelemasan oleh asap hitam. Tiba-tiba

sekumpulan tentera Jepun bersiap sedia untuk melepaskan tembakan

ke arahnya. Namun begitu dia sempat juga melontarkan sebutir

mortar. Letupan bergema. Kesemua tentera Jepun itu terbunuh.

Dia kian bersemangat tinggi tanpa menghiraukan sedikit pun

luka parah yang sedang dialaminya.

414

Page 415: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dengan gerak badan yang lemah Sarjan Talib cuba bangun.

Takdir telah menentukan sebutir peluru sesat telah

menghinggapi belakang badannya.

“Ah!” Dia rebah semula menyembah bumi. Oleh kerana

keadaannya semakin tenat maka dia terus gugur sebagai bunga

bangsa yang harum.

“Sarjan!”

Leftenan Rosli menundukkan kepala sambil memejamkan kedua-

dua biji matanya. Orang kanannya kini sudah tiada lagi. Kematiannya

harus dituntut bela. Keazamannya semakin menggunung tinggi.

“Tembak!”

Kedua-dua belah pihak saling berbalas tembakan. Tiba-tiba

sebutir peluru musuh telah menembusi bahu kanannya.

“Ya, Allah!” Sebutir peluru lagi hinggap di dadanya. Leftenan

Rosli memejamkan kedua-dua belah matanya kerana menahan

kesakitan.

415

Page 416: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tuan!” teriak Yusuf pula.

“Sudah! Jangan pedulikan saya. Teruskan!” Dia melarang Yusuf

daripada menghampiri dirinya. Darah merah membasahi timbunan

guni yang berisi pasir. Pandangan matanya pula berpinar-pinar.

Keazamannya semakin menggunung tinggi.

Namun dia tetap bertekad untuk terus berjuang!

416

Page 417: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

28

OPERASI BUKIT MERAH

Bukit Merah memang menggerunkan. Markas gerila komunis

yang terbesar sekali di sempadan Malaysia-Thai. Kekuatannya

dianggarkan dua kali ganda kira-kira 100 hingga 280 orang anggota

termasuk lelaki dan perempuan. Ia diketuai oleh Tuen Yuen. Dipercayai

berketurunan Cina-Siam. Berasal dari selatan Haadyai. Bukit Merah

telah banyak mengorbankan nyawa dan mencederakan anggota

pasukan keselamatan.

Dari sumber yang aku perolehi pasukan keselamatan telah

memenangi dua pertempuran. Selebihnya dimenangi oleh pasukan

Tuen Yuen atau dikenali juga sebagai Harimau Bukit Merah.

Seperkara yang perlu diingat. Tuen Yuen dikatakan amat licin

macam belut. Pasukan risik percaya Tuen Yuen mempunyai banyak

tempat persembunyian dan tak syak lagi dia dibantu oleh penduduk

yang tinggal di pinggir kampung yang bekerja sebagai penoreh getah.

417

Page 418: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Aku percaya serang hendap melalui bom tangan mengorbankan

Leftenan Omar dan anak-anak buahnya pada pagi 18 Mei 1985 adalah

angkara Tuen Yuen. Cuma Prebet Abu Bakar sahaja yang terselamat.

Dia cedera parah. Menurutnya sewaktu trak yang mereka naiki

melintasi kawasan ladang getah itu, mereka ternampak seorang lelaki

yang berbadan gempal sedang terbongkok-bongkok menyembah

pokok getah.

Pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana dia

cuma seorang penoreh getah. Malangnya jangkaan mereka silap.

Sebutir bom tangan terus dilemparkan ke arah trak mereka. Prebet

Abu Bakar sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar

sebelum trak itu terbalik. Leftenan Omar dan anak-anak buahnya

menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan di situ juga mereka

semua gugur sebagai bunga bangsa. Sementara itu, Prebet Abu Bakar

diselamatkan oleh penduduk kampung yang berhampiran.

Itulah tragedi yang menyayat hati yang telah menimpa pasukan

Batalion ke-10 Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Port Dickson.

Tetap segar bersemadi dalam ingatan kami sehingga ke hari ini.

Walaupun telah lama berlalu iaitu kira-kira sembilan tahun namun

seolah-olah ia baru sahaja berlaku semalam. Setiap kali selepas

sembahyang aku tidak lupa menyedekahkan pahala Al-Fatihah semoga

418

Page 419: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

roh mereka yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah air

yang tercinta dicucuri rahmat serta dimasukkan ke dalam golongan

orang-orang yang beriman.

Pagi itu, aku telah dipanggil oleh Pegawai Pemerintah iaitu

Kolonel Abdullah. Aku sudah menduga. Operasi Bukit Merah akan

dipikul oleh pasukanku yang berjumlah 30 orang anggota. Dari

taklimat yang aku terima kawasan Bukit Merah rata-rata dipenuhi oleh

ranjau dan jerangkap samar. Itulah senjata utama Tuen Yuen dan

orang-orangnya.

Aku turut difahamkan akan dibantu oleh pasukan Leftenan Saiful

dari arah selatan. Selama lima tahun menceburkan diri dalam bidang

ketenteraan sudah berpuluh-puluh operasi aku lalui termasuk di Sabah

dan Sarawak. Syukur alhamdulillah semuanya mencapai kejayaan

yang cemerlang. Namun aku tidak pernah riak dan takbur. Aku harus

berhati-hati sewaktu menjalankan tugas. Bahaya sentiasa mengintai

sekiranya aku tidak berwaspada.

Operasi Bukit Merah benar-benar mencabar. Inilah kali pertama

aku akan bertempur di sempadan. Entahkan menang, entahkan gugur.

Aku sendiri tak pasti. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Andainya

ditakdirkan aku gugur di medan perjuangan aku tetap merasa bangga

419

Page 420: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kerana mempertahankan bumi yang tercinta daripada jatuh ke tangan

musuh.

Tidak kupinta sama sekali pingat keberanian disematkan ke dada

ini kerana mengenangkan segala jasa dan pengorbananku. Cukuplah

sekadar menjadi inspirasi dan teladan buat generasi yang akan datang

supaya rela berkorban mempertahankan negara yang tercinta.

“Semoga awak berdua akan berjaya dalam misi ini.” Kolonel

Abdullah mengakhiri taklimat.

Setelah memberi tabik hormat aku pantas beredar keluar

daripada pejabatnya dan mendapatkan Sarjan Karim supaya

mengumpulkan kesemua anggota-anggota platun.

Dalam perjuangan aku langsung tidak mengenal erti putus asa.

Maruah agama, bangsa dan negara perlu dijaga. Sebagai ketua

aku menjadi contoh untuk menyemarakkan lagi semangat anak-anak

buahku.

“Berjuanglah hingga ke titisan yang penghabisan. Menyerah

jangan sekali!” Kata-kata yang sering kusematkan ke dalam diri

mereka. Sebagai azimat dalam pertempuran nanti. Wajah setiap

420

Page 421: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

anggota platun kupandang silih berganti. Akhir sekali kualihkan

pandangan pula ke arah Sarjan Karim. Masuk ni, sudah lima kali dia

bertindak sebagai pembantuku. Seorang yang berdedikasi dan

berdisiplin tinggi.

“Kematian rakan-rakan kita mesti dibela!” Aku menggenggam

erat tangan kanan. Dendamku terhadap Tuen Yuen semakin membara.

Sukar untuk dibendung lagi seperti api yang dicurahkan dengan

minyak tanah. Panas! Marak membakar.

Tambah mengapi-apikan lagi semangat anak-anak buahku.

“Seinci pun jangan kita serahkan bumi yang bertuah ini kepada

mereka!”

Aku melihat jam di tangan.

“Sarjan!”

“Tuan!” dia membalas pantas macam peluru.

“Kita bergerak sekarang.” Aku mengeluarkan arahan.

421

Page 422: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Skot bersiap semua!” Kedengaran suara Sarjan Karim dengan

penuh lantang.

Kami dibawa menaiki helikopter. Perjalanan memakan masa

hampir kira-kira dua jam. Kuperhatikan setiap wajah anggota platun

tetap tenang seperti biasa. Sebagai anggota tentera kita mesti berani,

cekal dan tabah dalam mengharungi perjuangan. Soal mati tidak

pernah timbul. Kalau sudah ajal di tangan musuh harus diterima.

Setelah sekian lama teroleng-oleng di udara akhirnya kami sampai ke

destinasi yang dituju.

Dari atas kelihatan kawasan bukit-bukau yang tebal. Sesuai

dengan namanya Bukit Merah menyaksikan tumpahan darah perwira-

perwira yang gugur kerana mempertahankan tanah air yang tercinta.

Sebaik-baik sahaja turun daripada helikopter aku mengarahkan semua

anggota platun di satu tempat.

Aku membuka lipatan peta dan meneliti dengan kompas. Aku

memandang tepat muka Sarjan Karim dan Koperal Rahman.

“Bila kita akan bergerak, tuan?” soal Sarjan Karim.

“Besok sebaik sahaja terbit matahari.” Aku menarik nafas yang

panjang.

422

Page 423: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Leftenan Saiful akan membantu kita dari arah selatan,”

sambungku lagi.

“Kita akan bergerak dalam berapa kumpulan, tuan?” soal

Koperal Rahman pula yang selama ini berdiam diri serentak

membetulkan topinya.

“Dua.” Aku mengisyaratkan dengan tangan.

“Koperal dan saya dalam satu kumpulan. Manakala kumpulan

yang satu lagi akan dipimpin oleh Sarjan.”

“Baik, tuan!” Dia mengangguk tanpa banyak membantah.

Anggota-anggota platun yang lain mendengar peneranganku dengan

penuh teliti.

Aku memandang wajah Sarjan Karim sehinggalah anggota platun

yang lain silih berganti. Kemudian aku lalu berkata:

“Menurut maklumat yang diterima daripada pasukan risik jejak-

jejak Tuen Yuen dan orang-orangnya amat sukar untuk dikesan. Tapi

saya yakin sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke

423

Page 424: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

tanah juga.” Aku menanamkan keyakinan ke dalam diri setiap anggota

platun.

“Sarjan.”

“Tuan.”

“Kita bermalam di sini.” Aku melipat semula peta dan

memasukkannya ke dalam beg galas.

“Baik, tuan!” angguknya.

“Dirikan khemah segera.” Sarjan Karim mengeluarkan arahan.

Anggota-anggota platun bersurai untuk menjalankan tugas masing-

masing. Ada yang mencari kayu untuk dijadikan tiang khemah, ada

yang mencari air di sungai untuk memasak dan ada yang

menghidupkan api.

Setelah siap mendirikan khemah aku pun menikmati hidangan

tengah hari bersama-sama dengan anggota-anggota platun yang lain.

Kemudian aku ke sungai yang berhampiran untuk mengambil

wuduk. Dalam sembahyang aku tak henti-henti berdoa semoga Tuhan

mengurniakan kemenangan yang gemilang ke atas platunku. Selepas

424

Page 425: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

selesai menunaikan solat Zuhur aku berehat di bawah pokok ketapang

yang rendang. Cuaca kelihatan baik. Matahari memancar dengan terik

sekali. Kicauan burung-burung sungguh merdu memecah kesunyian

hutan belantara yang menghijau. Aku menyandarkan senjata M16

pada pangkal pokok. Sarjan Karim dan Koperal Razak sedang rancak

berbual.

Hashim yang menjaga bahagian wireless sedang cuba untuk

mendapatkan maklumat daripada Leftenan Saiful dari arah selatan.

Sementara itu, Prebet Mokhtar dan Prebet Ismail sedang

berkawal. Kedua-dua biji mata mereka ligat memerhatikan kawasan

sekeliling. Sambil senjata siap sedia di tangan. Selalunya kawalan

dilakukan bergilir-gilir sampailah ke waktu malam. Manalah tahu kalau

pihak musuh yang lebih awal menghidu pergerakan kami untuk

membuat serang hendap.

Aku terus melayani fikiran. Tumpuanku semakin tajam terhadap

Operasi Bukit Merah.

Dalam benakku tertanya-tanya bagaimana rupa Tuen Yuen

agaknya. Pengkhianat negara itu daripada sumber maklumat yang aku

terima melalui pasukan risik sungguh zalim dan tidak

425

Page 426: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

berperikemanusiaan. Bak kata orang nama sahaja muka manusia tapi

berhati binatang.

Dia tidak teragak-agak membunuh anggotanya yang cuba belot

atau berpaling tadah.

Dia juga telah membunuh penduduk yang tinggal di pinggir

kampung sekiranya enggan memberikan kerjasama kepada

pasukannya. Ini mengakibatkan mereka semua tinggal dalam

ketakutan.

Kali ini kau akan bertemu buku dengan ruas Tuen Yuen! Aku

akan tentang kau habis-habisan sehingga ke titisan darah yang

terakhir! Negara tidak akan aman dan damai selagi orang-orang

seperti kau masih hidup! Aku melepaskan perasaan geram dalam hati

kecil. Aku berpaling ke arah senjata M16.

Aku memandang ke atas. Langit membiru seperti air laut.

Gumpalan awan putih begitu tebal sekali. Bersih dan terang-

benderang.

Daun-daun hijau berguguran. Pohon-pohon bergoyangan

mengeluarkan nada bunyi yang sungguh gemersik. Angin dari arah

pergunungan bertiup lembut. Sungguh segar bila menyapu permukaan

426

Page 427: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kulit. Ditambah pula dengan keindahan hutan belantara yang

menghijau.

Aku mengutip semula salahsilah keturunanku. Sememangnya

aku berdarah pendekar. Menurut cerita arwah datuk moyangku dulu

pernah berjuang bersama-sama dengan Mat Kilau, Datuk Bahaman

dan Tok Gajah menentang British di Pahang. Ayahku juga seorang

anggota tentera. Tapi kini dia telah pun bersara. Dia menamatkan

perkhidmatan dengan pangkat Pegawai Waran 1. Terkenal dengan

sifat-sifat berani dan tegas sewaktu zaman darurat. Jadi ke mana

tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“Darus dah besar nanti nak jadi apa?” tanya ayah sambil

memegang lembut bahu kananku. Dia merenung dalam-dalam

wajahku. Aku dapat membaca maksudnya itu. Penuh dengan makna

dan harapan.

“Nak jadi askar macam ayah!” aku lantas menjawab dengan

penuh semangat.

“Kenapa?” Ayah mengangkat kepala tinggi sedikit.

427

Page 428: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Dapat berbakti pada negara.” Semangatku semakin meluap-

luap. Seolah-olah dibakar menerusi peperangan dalam siri Combat

yang ditayangkan di kaca televisyen ketika itu.

“Bagus anak ayah kerana mempunyai semangat yang waja.” Dia

mengusap-usap lembut rambutku sambil tersenyum kecil.

Aku pun tumpang gembira kerana ayah merestui cita-citaku.

“Tapi …!” Ayah mengangkat jari telunjuk tangan kanannya.

“Darus mesti berjanji dengan ayah supaya belajar rajin-rajin.”

Dia memberi ingatan.

“Baiklah, ayah!” aku cuma mengangguk-anggukkan kepala.

Ibu adalah orang yang paling kecewa sekali apabila aku menolak

tawaran mengikuti latihan perguruan di Tanjung Malim.

“Tiada hinanya menjadi seorang guru, Darus …,” ibu bersuara

lemah melambangkan kekecewaan.

“Apa boleh buat, mak.” Aku lantas memujuk kekecewaan yang

membalut hatinya.

428

Page 429: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya lebih terpanggil untuk menceburi bidang ketenteraan,”

sambungku lagi.

Ayah berdiri teguh di belakangku.

“Kalau itulah keputusannya apa kita boleh buat, Mah ….” Ayah

terhenti seketika untuk membetulkan duduknya di atas kerusi kusyen

yang berwarna daun hijau muda.

“Biarkanlah.” Dia memberi sokongan yang padu.

Ibu tetap juga membantah.

“Tapi ….” Dia pantas berpaling ke arah ayah.

“Dialah satu-satunya anak lelaki kita.” Ternyata ibu amat berat

untuk menerima keputusanku.

“Kita harus berbangga, Mah.” Ayah cuba memujuk ibu.

“Kerana punya anak yang bersemangat waja. Rela berkorban

demi nusa dan bangsa.” Lagak ayah seperti seorang peguambela terus

menguatkan hujah-hujahnya. Ibu diam. Dia benar-benar termampan

429

Page 430: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

dengan kata-kata ayah itu. Perlahan-lahan dia merenungku dan

berkata:

“Kalau begitu keputusan kau, pergilah. Mak izinkan. Mak doakan

semoga kau berjaya menjadi seorang pegawai tentera yang berhemah

tinggi seperti ayah kau.” Akhirnya dia mengalah jua.

“Terima kasih, mak,” ujarku penuh gembira bercampur lega. Aku

kemudian mengalihkan pandangan ke arah ayah pula orang yang

banyak memberi dorongan dan rangsangan supaya aku menceburi

bidang ketenteraan. Dia kelihatan tumpang gembira. Senyumannya

semakin melebar. Dalam pada itu ayah tetap menammpakkan sifat-

sifat ketegasannya dalam menangani tanggungjawab sebagai ketua

keluarga biarpun telah lama bersara meninggalkan bidang ketenteraan

yang diceburinya hampir 40 tahun.

Kak Long tidak melarangku menceburi bidang ketenteraan

seperti ayah juga dia terus memberi galakan dan semangat kepadaku.

Tambahan pula suaminya seorang anggota Pasukan Polis Hutan

berpangkat Sarjan di Ulu Kinta. Dia telah dikurniakan tiga orang anak,

dua lelaki dan seorang perempuan.

Kak Ngah pula mula-mula seperti ibu melarang keras

keputusanku. Dia mendesak aku supaya menerima tawaran latihan

430

Page 431: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

perguruan. Tapi lama-kelamaan dia mengalah juga. Apabila melihat

ayah dan ibu menghulurkan sokongan yang kuat kepadaku. Dia mahu

aku buktikan bahawa aku boleh mengikut jejak ayah menjadi seorang

pegawai tentera yang berjaya dan disegani ramai.

Dia bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah di Kota

Bharu, Kelantan. Manakala suaminya pula baru sahaja menamatkan

pengajian di Universiti Malaya. Dia kini sedang mengajar di salah

sebuah sekolah menengah di Pangkalan Cepa.

Mereka berkenalan sewaktu sama-sama mengikuti latihan

perguruan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Hasil

perkahwinannya telah dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan

seorang perempuan.

Sebelum menjadi Pegawai Waran 1 ayah berpangkat Sarjan.

Sebut sahaja Sarjan Yahaya semua pengganas akan kecut perut. Ayah

sangat terkenal dengan ketangkasan dan keberaniannya merempuh

kubu musuh tanpa mengira keselamatan diri. Menjadi sumber inspirasi

dan pembakar semangat kepada pasukan Batalion ke-10 Askar Melayu

Diraja.

431

Page 432: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia berpegang teguh pada prinsip gugur kerana

mempertahankan bumi yang tercinta daripada mengikut telunjuk

musuh.

Ayah juga pernah cedera parah sewaktu bertempur dengan

pihak musuh di Grik, Perak kerana menyelamatkan nyawa tuannya.

Sebulan lamanya ayah berada di wad kecemasan. Di atas

keberaniannya itulah maka ayah telah dianugerahkan Pingat Gagah

Berani (PGB) sbelum dia bersara iaitu pada tahun 1980.

Kini ayah mampu mengulum sejuta senyuman. Bangganya hati

ayah tidak terkira. Perjuangannya dalam mempertahankan tanah air

daripada jatuh ke tangan musuh tidak berkubur sebaik-baik sahaja dia

bersara. Aku terus mewarnai perjuangannya. Kalau boleh biarlah

sehingga anak cucu-cicit kami. Walaupun ayah telah lama bersara

daripada bidang ketenteraan namun semangatnya masih lagi terus

menyala macam api yang membakar. Dia sentiasa memberi aku

dorongan dan galakan.

Katanya disiplin serta keazaman yang tinggi adalah kunci utama

untuk mencapai kejayaan.

Kata-kata ayah menjadi azimat yang paling berguna buat diriku.

432

Page 433: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hasilnya aku telah menjadi pegawai yang berdisiplin dan

berhemah tinggi. Aku sering kali mendapat pujian daripada pegawai-

pegawai atasan kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam

operasi.

Kejayaanku yang paling cemerlang ialah menumpaskan

gerombolan komunis ketiga terbesar di Ulu Kinta, Perak yang

mempunyai kekuatan anggota kira-kira 90 orang. Termasuk lelaki dan

perempuan. Aku juga telah berjaya membunuh ketuanya yang dikenali

sebagai Ah Chee. Platunku telah berjaya membunuh 80 pengganas

komunis dan menawan 10 orang termasuk lelaki dan perempuan. Aku

juga merasa bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa di pihakku.

Cuma dua orang sahaja platunku yang cedera ringan.

Senjata seperti senapang, pistol, pisau dan bom buatan sendiri

turut dirampas.

Berita kejayaan platunku telah mendapat liputan meluas dalam

akhbar tempatan. Orang yang paling bangga di atas kejayaanku tak

lain tak bukan ialah ayah.

“Ayah harap platun kau akan berjaya lagi dalam operasi-operasi

yang seterusnya.” Ayah tak henti-henti memberi galakan.

433

Page 434: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Insya-Allah, ayah,” janjiku lagi.

“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ayah

kerana dengan doa dan dorongan ayah selama inilah maka saya telah

berjaya mengecapi kejayaan yang gemilang.”

“Berhati-hatilah Darus semasa menjalankan tugas. Ingatlah

kepada Tuhan selalu. Sembahyang apabila tiba waktunya.”

“Syabas, Darus! Awak memang hebat. Saya harap awak

meneruskan lagi kecemerlangan ini di masa-masa akan datang,” puji

Kolonel Abdullah sambil menjabat erat tanganku. Tapi aku tidak

mudah kembang dengan pujian itu.

“Terima kasih, tuan. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

juga. Saya juga sentiasa berdoa agar Batalion ke-10 akan mendapat

kejayaan yang lebih cemerlang lagi di masa akan datang,” balasku

pula.

Begitu cepat waktu berlalu. Tanpa disedari senja perlahan-lahan

merangkak tiba melabuhkan tirainya menyambut malam. Bola

matahari yang berwarna seperti buah pinang masak sudah tidak

kelihatan lagi.

434

Page 435: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Malam begitu pekat sekali. Awal-awal lagi aku sudah masuk ke

dalam khemah. Senjata M16 sentiasa sahaja setia berada di sisi. Bulan

dan bintang tetap indah bersinar. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan.

Bayu malam terasa dingin merembes seluruh tubuh. Hutan belantara

sudah menjadi rumah kedua buatku. Sepanjang menceburkan diri

dalam bidang ketenteraan sudah tiga kali aku tidak dapat menyambut

Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan keluarga yang tersayang

kerana terpaksa bertugas di perbatasan. Dua kali aku terpaksa beraya

di hutan dan sekali di kem.

Hati mana yang tak sedih kerana terpaksa berjauhan dengan

keluarga di hari yang mulia.

Tambahan memilukan lagi apabila terkenangkan takbir yang

bergema di pagi raya serta menikmati juadah ketupat, lemang dan

rending bersama-sama dengan keluarga tersayang. Tetapi demi

mempertahankan negara yang tercinta kesyahduan dan kepiluan

terpaksa diketepikan.

Sebenarnya aku baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira

tiga bulan yang lalu dengan gadis pilihanku sendiri. Aida namanya.

Kami berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di Sekolah Menengah

435

Page 436: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Seri Ampangan, Seremban. Waktu itu aku menuntut dalam tingkatan

lima manakala Aida pula menuntut dalam tingkatan tiga.

“Aida tidak rasa menyesal memilih abang?” soalku sambil

merenung wajahnya yang jelita itu dalam-dalam.

“Menyesal?” Dia memandangku tepat.

“Apa maksud, abang?” Dia menagih kepastian.

“Memilih seorang tentera sebagai suami,” jawabku.

“Jadi?”

“Aida akan selalu ditinggalkan,” jelasku lagi.

“Aida lebih bangga bersuamikan seorang satria negara.” Kata-

kata yang keluar daripada mulutnya.

“Betul?” Aku cuba menduga.

“Apa abang masih lagi meragui kejujuran dan kesetiaan hati Aida

terhadap abang?” dia membalas.

436

Page 437: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tidak sama sekali, Aida!” aku menggeleng-gelengkan kepala.

“Habis?” dia pantas memotong bagaikan peluru.

“Cuma mahukan kepastian.” Aku mengukir senyuman lebar.

Begitu juga dengan Aida. Wajahnya tambah bening dan manis.

Rambutnya yang panjang hitam ikal mayang sehingga mencecah

paras bahu itu kuurut perlahan-lahan seperti bayi kecil yang minta

dimanja.

Itulah saat-saat indah malam perkahwinan yang dilalui oleh aku

dan Aida.

Badanku mula terasa letih. Mataku pula lantas diserang ngantuk.

Mungkin kerana perjalanan jauh yang kulalui bersama-sama dengan

anggota platun yang lain. Aku terus terlena dibuai oleh mimpi-mimpi

yang indah.

Keheningan pagi diserikan lagi dengan kicauan unggas. Bola

matahari semakin meninggi dengan jalur-jalur cahayanya mencecah

ubun-ubun pergunungan. Selepas sarapan pagi, aku telah menerima

arahan daripada pihak markas supaya bergerak ke arah selatan

437

Page 438: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

menjejak kesan-kesan Tuen Yuen dan orang-orangnya. Pihak perisik

mendapati mereka telah berada di kawasan selatan Bukit Merah sudah

hampir sebulan.

Aku pun pantas mendapatkan Sarjan Karim supaya

mengarahkan anggota platun bersiap sedia bergerak ke arah selatan.

Segala kayu-kayu khemah hendaklah dibuang jauh-jauh dan asap

dikambus agar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Setelah segalanya berjalan lancar kami pun bergerak mengikut

seperti yang dirancangkan.

Aku mengetuai kumpulan satu berada di sepan. Kumpulan dua

berada di belakang di bawah pimpinan Sarjan Karim. Hampir tiga jam

perjalanan kami ke arah selatan. Mengharungi hutan rimba yang tebal,

sungai dan lurah. Naik bukit turun bukit. Akhirnya aku memutuskan

supaya berehat di sebuah kawasan yang lapang.

Bola matahari makin tegak di atas kepala. Bahangnya terasa

pedih menggigit-gigit permukaan kulit. Aku mengesat peluh yang

membintik di atas permukaan dahi dengan tangan kanan. Kemudian

aku mengarahkan semua anggota platun agar membuat satu bulatan.

Aku membuka lipatan peta dan meneliti dengan kompas.

438

Page 439: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kita sudah semakin hampir dengan markas musuh.” Aku

memberi penerangan.

“Berapa jaraknya, tuan?” soal Sarjan Karim. Aku meneliti semula

peta dan memandang wajah Sarjan Karim.

“Tak sampai satu batu.” Aku memandang wajah anggota-

anggota platun silih berganti dan bersuara:

“Berehatlah. Selepas makan nanti kita bergerak semula.” Lipatan

peta kumasukkan semula ke dalam beg galas.

Sebaik-baik sahaja selesai makan tengah hari, kami meneruskan

semula gerakan setelah menerima isyarat daripada Leftenan Saiful

yang mengatakan bahawa kedudukan kami tepat dengan markas

musuh.

Aku sudah tak sabar-sabar lagi untuk berhadapan dengan Tuen

Yuen dan orang-orangnya. Aku akan pastikan dia rebah menyembah

bumi atau ditangkap hidup-hidup untuk dibawa ke muka pengadilan.

Tak semua manusia yang hidup. Ada juga kelemahannya. Hanya Allah

SWT sahaja yang berkuasa di dunia dan akhirat.

Aku menggenggam erat senjata M16.

439

Page 440: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

29

RESOLUSI KERIS

“Apa pandangan awak tentang kertas kerja yang telah

dibentangkan tadi?” tanya Encik Talib yang berumur dalam lingkungan

lewat 40-an sambil membetulkan cermin matanya yang berbentuk

empat segi itu. Beliau merupakan salah seorang daripada peserta yang

turut bersama-samaku menyertai seminar yang bertajuk “Senjata-

senjata Melayu Tradisional” anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti

Malaysia.

“Menarik!” aku menjawab pendek.

“Menarik dari segi apa?” soalnya lagi.

“Kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Profesor Rahim dari

Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia tadi telah

memberikan kesempatan kepada saya untuk mengenali dengan

440

Page 441: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

secara lebih dekat lagi tentang senjata-senjata warisan bangsa Melayu

yang unggul,” aku membalas dengan panjang lebar.

“Itu saja!” katanya sambil tersenyum sinis.

“Bagi saya itu adalah rumusan yang dapat saya berikan hasil

daripada seminar tadi. Saya rasa Encik Talib tentu mempunyai

pandangan yang bernas. Sebagai orang muda, saya ingin mencapai

resolusi dengan orang yang lebih berpengalaman dalam bidang

Kebudayaan.” Aku berterus terang. Dia lalu membetulkan duduknya

dan berkata:

“Saya bersetuju sekali dengan kata-kata awak tu, Amir. Generasi

muda seperti awak perlu diberikan kesedaran serta kefahaman

tentang kekayaan dan keunikan ciptaan seni bangsa Melayu yang

dijelmakan selama ini dan kekal menjadi identiti budaya yang

dibanggakan.”

“Menarik sekali pandangan Encik Talib tu. Lagi?”

“Ia juga memberi ilham serta menimbulkan minat para karyawan

menghasilkan ciptaan seni yang baru dan lebih bermutu berasaskan

kepada unsur-unsur tradisi yang sudah diterima umum.” Aku benar-

benar tertarik dengan kata-kata Encik Talib itu. Ini jelas membuktikan

bahawa bangsa Melayu mempunyai identiti tersendiri serta sifat-sifat

441

Page 442: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

keperwiraan yang perlu dibanggakan oleh generasi kini dan yang akan

datang.

“Teori ini memang tidak dapat dinafikan lagi, Encik Talib. Tapi,

secara praktikalnya masyarakat Melayu lebih mengenali keris sebagai

kumpulan senjata tikam yang utama berbanding dengan senjata-

senjata yang lain.” Aku merancakkan lagi perbualan.

“Saya ada membuat kajian tentang keris.”

“Apa yang Encik Talib dapat?” aku menyoalnya dengan penuh

minat sambil membetulkan duduk.

“Banyak. Keris memainkan peranan yang khusus dan penting

dalam masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja digunakan sebagai senjata

semata-mata. Hakikat ini jelas dapat dibuktikan kerana terdapat

banyak senjata yang dianggap mempunyai kuasa magik dan keramat

yang harusnya dihormati di kawasan Nusantara terutamanya di

Indonesia. Misalnya Rencong di Aceh, Mandau di Kalimantan dan Badik

di Sulawesi Selatan. Fenomena ini akan menjadikan seseorang akan

berasa selamat apabila membawa senjata seumpama ini dalam hidup

atau perjalanannya.” Dia memberikan penerangan dengan panjang

lebar.

442

Page 443: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hebat! Senjata-senjata ini pada asalnya merupakan sesuatu

yang disebut sebagai senjata menikam. Tetapi lama-kelamaan dalam

perkembangan mutakhir akibat daripada berbagai-bagai faktor seperti

keadaan geografi serta pengaruh lingkungan, maka timbullah

perbezaan bentuk dan fungsinya seperti sekarang ini serta seirama

dengan perkembangan kebudayaan secara keseluruhan.

“Saya ada membaca buku yang bertajuk Keris dan Asal-usulnya.

Dalam buku itu ada menyentuh bahawa keris dalam penggunaannya

merangkumi aspek kehidupan yang amat luas. Ia sudah dianggap

sebagai gejala umum sejagat di mana sesuatu yang dianggap penting

selalunya berhubungan rapat dengan tatacara kehidupan, khususnya

kehidupan spiritual seperti dapat menjaga keselamatan dan

kebahagiaan hidup.”

Dia kelihatan mengukir senyuman kecil apabila mendengar kata-

kataku itu.

“Itulah kelebihannya kalau kita banyak membaca. Awak

meletakkan fakta pada landasan yang tepat. Seperkara lagi yang

penting apabila kita membicarakan tentang keris ialah ia juga

merupakan hasil karya cipta seni masyarakat Melayu dari segi rupa,

443

Page 444: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bentuk serta mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang sangat

tinggi. Ini menjadikan keris terdiri daripada berbagai jenis dan sesuai

dengan perkembangan seni serantau.”

“Apakah yang telah mendorong Encik Talib sehingga begitu

berminat sekali untuk membuat kajian tentang keris?” Aku mengalih

tajuk perbualan.

Dia sebaliknya tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata

yang keluar daripada mulutku itu. Dengan wajah yang tenang dia lalu

menjawab:

“Menurut penelitian para penyelidik yang bijaksana, keris hanya

terdapat di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Nusantara. Ia

mengalami perkembangan yang berbeza-beza dari segi bentuk, nama

dan fungsinya dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana keadaan

geografis Kepulauan Nusantara yang terpisah di antara satu sama lain.

Seperti yang telah saya katakana tadi di Aceh dikenali dengan nama

Rencong, di Sulawesi Selatan Badik, di Jawa Barat Kujang, di Jawa

Tengah dan Jawa Timur Keris. Namun begitu keris sendiri akhirnya

tersebar ke berbagai daerah di Tanah Melayu serta Indonesia. Misalnya

di Jawa Barat, Madura, Bali, Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan.”

“Jadi, selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem

sosial, maka fungsi keris mengalami perkembangan dan perubahan.”

444

Page 445: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Benar kata awak tu, Amir!” dia menjawab sambil

menganggukkan kepala.

“Perubahan ini dapat diperhatikan misalnya pada keris yang

pada mulanya merupakan senjata telah bertukar menjadi barang

keramat yang dihormati, dipuja, lambing ikatan keluarga, tanda jasa,

tanda pangkat atau kuasa, barang mewah serta lama-kelamaan

dianggap sebagai karya seni,” sambungnya lagi penuh perasaan.

“Bagaimana pula dengan peranan seorang Pandai Besi atau

Empu yang ditugaskan membuat keris?” soalku lagi.

“Biasanya seorang Empu terdiri daripada keluarga diraja atau

Penggawa dalam lingkungan istana. Oleh yang demikian pada zaman

dahulu pusat-pusat pembuatan keris berpindah-pindah mengikut jatuh

bangunnya sesuatu kerajaan. Keris biasanya dibuat atas titah Raja.

Hasil daripada fenomena inilah yang telah menggolongkan keris

sebagai kebudayaan istana. Namun begitu ada juga keris dibuat di luar

istana tetapi ia masih lagi dalam pengawasan istana,” ujarnya pula.

Baharu aku tahu kini. Keris yang merupakan sejenis senjata

pendek kebangsaan Melayu turun-temurun yang digunakan sejak lebih

daripada 600 tahun yang lalu bukan sahaja digunakan sebagai senjata

445

Page 446: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

untuk mempertahankan serangan musuh tetapi juga dijadikan sebagai

alat kebesaran Diraja serta disanjung tinggi dan sering dikaitkan

dengan kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa. Buktinya keris

boleh terbang sendiri mencari musuh atau boleh membunuhnya

dengan menikam bekas tapak kaki orang berkenaan.

“Saya sebenarnya sekarang sedang membuat kajian tentang

keris.” Aku akhirnya berterus-terang pada Encik Talib.

“Patutlah awak beria-ia benar berbincang mengenai keris

dengan saya. Apa yang awak kaji?” tanya Encik Talib yang berkulit

cerah serta tidak pernah lekang dengan senyuman itu.

“Saya membuat kajian pada bahagian keris iaitu mata, hulu dan

sarung,” aku menjawab pantas.

“Apa yang awak faham tentang ketiga-tiganya?” Dia cuba

mendugaku.

“Mata keris diperbuat daripada beberapa lapisan besi yang

berlainan jenis dan mempunyai bilangan luk yang tertentu atau lurus

sahaja. Ciri-ciri inilah yang membezakan di antara keris-keris tersebut

446

Page 447: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

serta mempunyai nama-namanya tertentu seperti Keris Majapahit,

Pekaka, Bugis, Jawa, Madura dan lain-lain lagi.”

“Hulu dan sarungnya?” dia pantas mencelah dengan tiba-tiba

sambil kedua-dua biji matanya tepat memandang wajahku.

“Hulu keris lazimnya mempunyai ukiran yang berbagai rupa

menggunakan logam yang sama ada daripada kayu atau gading dan

adakalanya menggunakan logam yang sama dengan yang digunakan

pada mata keris. Manakala sarung keris pula mempunyai bahagian

tertentu iaitu sampir, batang serta punggung yang diperbuat daripada

kayu atau gading dan ada di antaranya bersalut perak atau emas,

berukir indah tertakluk kepada darjat dan kemampuan pemakainya,”

aku menjawab soalannya dengan panjang lebar.

“Awak tidak mengkaji asal usulnya?” dia sebaliknya tidak henti-

henti menyoalku.

“Para penyelidik berpendapat mungkin ia berasal dari Jawa. Akan

tetapi rupa dan perhiasan keris Melayu adalah berlainan daripada keris

yang diperbuat di Indonesia. Keris biasanya digunakan untuk menikam

musuh di hadapan dengan tikaman secara mendatar serta hulunya

447

Page 448: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

terletak di tapak tangan dengan digenggam oleh empat batang jari

dari bawah. Ibu jari diletakkan di atas hulu dan menghala ke hadapan.”

Aku tidak pasti sama ada dia bersetuju atau tidak dengan

jawapan yang telah aku berikan. Tetapi dari raut wajahnya yang

tenang itu telah pun dapat kubaca. Dia ingin menambah lagi fakta

daripada huraian yang telah kuberikan tadi. Dan jangkaanku memang

tepat sekali. Tanpa membuang masa dia lalu bersuara:

“Masyarakat Melayu menggunakan keris hampir dalam seluruh

kegiatan. Umpamanya pada upacara-upacara rasmi seperti

perkahwinan, kelahiran dan berkhatan. Di samping itu juga, masih ada

lagi upacara lain yang menggunakan keris misalnya kenduri doa

selamat sebelum turun ke laut menangkap ikan, berlayar dan bercucuk

tanam. Dalam upacara-upacara kumpulan pertama, keris berfungsi

sebagai penolak bala. Sementara dalam upacara-upacara kumpulan

kedua, keris benar-benar berfungsi sebagai alat menolak bala agar

semua usaha berjaya tanpa sebarang gangguan. Dalam upacara

perkahwinan pula, keris yang dipakai oleh pengantin dihias dengan

bunga untuk membedakan di antara pengantin dengan pengapitnya.

Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung juga turut membuat keris

tiruan yang dibuat daripada bambu dan diletakkan di atas pintu

sebagai alat penolak bala.”

448

Page 449: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Sungguh hebat Encik Talib ni! desis hati kecilku. Dia benar-benar

seorang ahli penyelidik yang pakar dalam bidang senjata Melayu

tradisional terutamanya keris. Sesungguhnya keris mempunyai

pengaruh psikologis yang sangat kuat dalam kehidupan masyarakat

Melayu walaupun diketahui umum bahawa pada mulanya ia dijadikan

sebagai senjata. Kemudian ia bertukar menjadi barang keramat yang

dihormati. Kepercayaan demikian masih meresap sampai sekarang.

“Saya masih kabur dengan fakta yang terdapat di dalam buku

“Keris dan Asal Usulnya” di mana ia mengatakan bahawa pada zaman

kerajaan Islam khususnya di Tanah Melayu dan masyarakat Melayu

amnya,” ujarku pula dengan panjang lebar untuk meminta penjelasan

daripada Encik Talib.

Dia nampaknya tidak keberatan untuk menjawab soalanku itu.

“Dalam lingkungan istana, keris merupakan tanda kebesaran

atau darjat serta tanda pangkat dan kelengkapan pakaian untuk

upacara-upacara rasmi. Dalam kehidupan masyarakat Melayu pula, ia

merupakan kelengkapan pakaian rasmi dan barang pusaka yang amat

dihargai serta dimuliakan. Tetapi lama-kelamaan keris tidak lagi

dianggap sebagai kelengkapan pakaian, bahkan ia menjadi ukuran

harta seseorang yakni apabila sarung keris diperbuat daripada logam

449

Page 450: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

yang mahal. Keris turut berfungsi sebagai kelengkapan pakaian,

dipakai dalam upacara rasmi di istana, upacara-upacara beradat dan

juga dalam pertunjukan yang bersifat kesenian. Tidak hairanlah

mengapa dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu, seseorang

peria itu dapat dikatakan berpakaian lengkap apabila sudah

berpakaian adat dengan memakai keris di pinggang.”

Satu lagi pengetahuan baru mengenai keris yang telah berjaya

aku perolehi daripada Encik Talib! Aku membuat kesimpulan dalam

diam.

“Dalam pertunjukan kebudayaan Melayu, keris juga turut

memainkan peranan yang penting. Buktinya ada persembahan yang

menggunakan keris hanya sebagai pelengkap pakaian dan ada juga

yang menggunakan nama keris dalam persembahan taridera seperti

Tari Keris,” tambahku lagi.

“Sesuai dengan fungsi sebagai senjata, maka tidak hairanlah

mengapa ia sering digunakan dalam persembahan teater untuk

membunuh musuh apabila musuh berkenaan tidak dapat ditewaskan

tanpa menggunakan senjata. Adegan-adegan seumpama ini banyak

kita dapati dalam pertunjukan bangsawan, wayang kulit, wayang golek

dan sebagainya,” balasnya pula.

450

Page 451: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya rasa kita juga harus mengupas keris dari sudut seni.” Aku

memberikan cadangan untuk merancakkan lagi perbualan.

“Apa yang awak dapat apabila memerhatikan mata keris sama

ada keris berluk ataupun keris lurus?” dia sebaliknya menyoalku

sambil mengangkat kepala tinggi sedikit.

“Terdapat bentuk seperti nyalaan api atau lidah api,” aku

menjawab lancar tanpa nada suara yang tersekat-sekat.

“Dari segi manifestasinya?”

“Ia merupakan suatu karya imaginatif yang sangat tinggi nilai

seninya. Sekiranya keris itu dilihat pula secara keseluruhan dengan

sampirnya, maka tampaklah satu jalinan yang harmonis. Selain

daripada itu, dengan adanya berbagai-bagai bentuk tarian yang ada

kaitannya dengan keris bermakna seni itu sudah lahir berilhamkan

keris. Demikian juga terhadap aspek-aspek seni yang lain yang sangat

penting seperti seni ukir serta seni patung.”

“Dari mana awak dapat semua fakta-fakta ini?” dia menyoalku

dengan penuh minat sambil kedua-dua biji matanya tidak berkelip

memandang wajahku.

451

Page 452: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya memperolehinya daripada Kurator Unit Ethnologi di

Jabatan Muzium dan Antikuiti.” Aku tidak teragak-agak untuk membuat

pengakuan.

“Nampaknya awak lebih bijak daripada saya!” Dia sebaliknya

menghamburkan kata-kata pujian kepadaku sambil mengukir

senyuman yang lebar. Tetapi aku tidak mudah kembang dengan pujian

yang telah diberikannya itu. Aku terus menumpukan perhatian untuk

mendengar kata-kata yang akan keluar daripada bibir mulutnya.

“Memang tidak dapat dinafikan lagi semuanya ini telah

memberikan ilham kepada bahan yang sama di mana terdapat hiasan-

hiasan pada keris itu baik pada hulu, rangka mahupun pada bilah serta

sarungnya adalah merupakan hasil seni tersebut. Semuanya ini

dihasilkan menerusi karya seni yang tinggi mutunya dan keahlian yang

sempurna,” ucap Encik Talib pula.

Apa yang telah diperkatakan oleh Encik Talib tadi mengingatkan

aku pada bahagian-bahagian sebilah keris Melayu yang terdiri

daripada hulu, mata dan sarung. Bagiku ketiga-tiga bahagian ini begitu

unik sekali dari segi pembuatannya. Hulu diperbuat daripada kayu,

tulang, gading dan juga daripada perak atau emas. Mata diperbuat

452

Page 453: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

daripada besi waja. Sarung keris pula diperbuat daripada kayu dan

adakalanya dihias dengan perak atau emas. Ganja yang merupakan

sekeping besi waja akan menjadikan mata keris bertambah lebar dari

bawah ke atas apabila dipasang di kepala mata. Ia bertujuan untuk

menyelamatkan buku lali tangan daripada mata keris musuh daripada

bertikam. Keris juga mempunyai Pendongkok iaitu benda perhiasan

yang biasanya dipasang di bawah hulu keris. Bentuknya seperti cawan

kecil yang rapat dengan hujung hulu. Ia dipasang di antara hulu keris

dengan mata yang biasanya dibuat daripada tembaga atau emas

celup.

Seperkara lagi yang menarik tentang Pendongkok keris ialah ia

direka bentuk menyerupai sebentuk cincin yang dipasang di bahagian

pangkal hulu keris sebagai perhiasan dan juga pembahagi di antara

hulu serta mata keris. Biasanya Pendongkok diperbuat daripada perak

atau tembaga dan dihiasi dengan motif-motif bunga dan juga tumbuh-

tumbuhan. Ia biasanya dihasilkan melalui teknik-teknik filigree,

repouse dan juga tebuk iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas,

perak dan tembaga. Sungguhpun jelas kelihatan Pendongkok

mempunyai bentuk yang stereotaip namun ia dapat dibezakan melalui

reka corak serta teknik-teknik ia dihasilkan dalam membentuk hiasan

tersebut.

453

Page 454: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Namun begitu ada juga Pendongkok yang dilengkapkan dengan

hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh oleh gandar-

gandar. Secara amnya Pendongkok bolehlah ditafsirkan sebagai satu

hiasan seni yang menarik yang terdapat pada keris.

“Mata keris mempunyai dua jenis. Satu yang lurus atau juga

dikenali sebagai Keris Sapukal dan satu lagi Keris Sempana di mana

matanya berlok. Kedua-dua jenis mata ini digunakan untuk bertikam,”

kata Encik Talib.

“Seperkara lagi yang menarik tentang mata Keris Sapukal yang

panjang ialah lazimnya digunakan untuk menjalankan hukuman

bunuh,” aku menambah.

“Kedua-dua belah tepi mata keris adalah sama tajam.”

“Encik Talib ingat tak berapa ukurannya?” aku tiba-tiba pantas

memotong.

“Ukuran sebilah mata keris biasanya kira-kira 15 inci atau 38 cm

panjang,” balasnya.

454

Page 455: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Bagaimana pula dengan mata keris berlok?” aku menyoalnya

lagi dengan penuh minat.

“Bagi mata keris berlok pula, ukurannya kadang-kadang

sehingga 20 inci atau 50 cm panjang. Bilangan lok pada mata keris

mesti ganjil.”

“Ganjil macam mana, Encik Talib?” tanyaku dengan penuh

minat.

“Lazimnya mata keris yang berlok ada tujuh. Akan tetapi ada

juga yang sebanyak 15 lok. Mata keris dibuat dari beberapa lapisan

besi waja. Sepertimana yang telah kita ketahui, pada zaman dahulu

seorang tukang keris yang mahir dan dihormati iaitu Empu atau Pandai

Besi bekerja di Istana Raja,” terang Encik Talib dengan panjang lebar.

Sebelum kedatangan agama Islam ke Semenanjung Tanah

Melayu, kebanyakan hulu keris mempunyai bentuk seperti kepala

Dewa-dewa Hindu. Bentuk yang biasa merupakan kepala burung

Garuda yang dikatkan kenderaan Dewa Vishnu. Di kawasan-kawasan

pengaruh agama Hindu seperti di Indonesia terutama di Pulau Bali,

bentuk hulu keris seperti kepala Dewa Hindu sehingga sekarang ini.

455

Page 456: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apabila agama Islam tersebar di Tanah Melayu, bentuk hulu

yang asal sudah diubah dan diberi nama Jawa Demam yang merujuk

kepada cerita Hang Tuah di Melaka atau Ayam Patah Tekak,” ujarku.

“Tetapi walaupun demikian hulu keris Tajon atau kadang-kadang

yang dinamakan sebagai Keris Hulu Pekakak di mana ia dibuat di

Negeri Patani yang mempunyai bentuk seperti kepala Garuda dengan

mata dan paruh yang tajam,” balas Encik Talib pula.

“Bagaimana pula dengan pamor?”

“Pamor ialah corak atau tanda yang terdapat pada bilah keris.

Apa yang menarik tentang pamor pada bilah keris ialah ada yang

timbul kerana disengajakan dan ada pula yang timbul secara

kebetulan.”

“Sungguh menarik sekali!” aku pantas mencelah dengan tiba-

tiba kerana tertarik dengan apa yang telah diperkatakan oleh Encik

Talib itu.

“Tentu awak nak tahu sebabnya, bukan?” katanya sambil

mendongakkan kepala tinggi sedikit dan tepat memandang wajahku.

456

Page 457: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Itu sudah semestinya, Encik Talib. Bagi saya, dalam soal

menambah ilmu pengetahuan, kita seharusnya tidak segan silu untuk

bertanya apabila mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup ini.” Dia

sebaliknya tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata yang keluar

daripada mulutku itu.

“Pamor yang timbul secara kebetulan disebabkan oleh proses

percampuran besi setelah dibentuk menjadi bilah. Manakala pamor

yang timbul secara kebetulan pula berlaku melalui dua cara. Cara

pertama ialah dengan mencampurkan logam bilah dengan bahan

pamor agar dalam membentuk bilah sekali gus akan timbul pamor

yang diinginkan sementara cara kedua ialah dengan membentuk bilah

keris tanpa campuran besi yang lain. Kemudian barulah dititik logam

sesuai dengan pamor yang dikehendaki,” terang Encik Talib dengan

panjang lebar.

“Nampaknya pamor juga merupakan bahagian keris yang

terpenting.”

“Bukan setakat itu saja, Amir. Menurut kepercayaan masyarakat

Melayu lagi, pamor mempunyai kuasa luar biasa yang sangat besar

serta dapat mempengaruhi kehidupan si pemiliknya. Pengaruh

tersebut tidak sama di antara satu dengan yang lain. Terdapat

457

Page 458: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

beratus-ratus nama pamor yang mempunyai magis atau daya keramat

yang serba berlainan,” tambahnya lagi.

Sesungguhnya keris mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam

kehidupan masyarakat Melayu. Hakikat ini jelas terserlah kerana ramai

lagi yang mempercayai bahawa keris mempunyai kuasa luar biasa

sehingga dapat mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat

Melayu di mana kuasa luar biasa itu berbeda-beda pada setiap keris.

Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa ada keris yang memiliki

daya magis kerana jenisnya dan ada pula keris yang mempunyai daya

magis kerana pamornya. Secara keseluruhannya setiap pamor

mempunyai daya magis yang tersendiri.

Manakala keris yang melambangkan sebagai senjata untuk

membunuh musuh dalam sesuatu pertunjukan banyak digunakan

dalam adegan yang menonjolkan fungsi keris kerana seni bermain

keris dalam sesuatu adegan merupakan sesuatu yang dipentingkan.

Itulah resolusi yang kami buat berkenaan keris sebelum bersurai.

458

Page 459: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

30

BARAT DAN BUDAYA MELAYU

“Saya benar-benar tertarik dengan negara Malaysia. Ia

mempunyai sejarah dan kebudayaan yang luas dengan berbagai unsur

luar seperti Islam, Paganisme, India, Cina dan juga Eropah di mana

tiap-tiap satunya telah meninggalkan beberapa kesan yang boleh

dikenali sebagai warisan oleh semua masyarakat di negara ini,” kata

Frank yang berasal dari Australia sebaik-baik sahaja selesai melawat

Balai Kebudayaan yang terdapat di Muzium Negara. Dia baru sahaja

sampai ke Kuala Lumpur semalam atas undanganku.

Dia amat fasih sekali berbahasa Melayu. Aku mula mengenalinya

semasa sama-sama menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Seperkara lagi yang menarik tentang Frank ialah beliau amat berminat

459

Page 460: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

sekali mengkaji warisan sejarah dan kebudayaan yang terdapat di

negara ini.

“Walaupun agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Malaysia,

agama lain boleh dianuti dengan bebasnya oleh masyarakat seperti

Cina, India dan lain-lain lagi,” balasku pula.

“Perpaduan yang unggul di antara pengaruh sejarah dan budaya

bercampur dengan berbagai tradisi Melayu telah melahirkan corak

kebudayaan yang unik,” ucap Frank.

“Apa pandangan awak tentang artifak-artifak kebudayaan yang

dipamerkan di balai tadi?” tanyaku.

“Menarik!” dia sebaliknya menjawab pendek sambil

membetulkan duduk.

“Menarik dari segi apa?”

“Sesungguhnya artifak-artifak yang dipamerkan di balai tadi

menjadi saksi utama terhadap hubungan kebudayaan serta

persejarahan di antara orang-orang Melayu dan dunia luar melalui satu

perjalanan sejarah yang dialami oleh negara ini sejak dahulu lagi.”

460

Page 461: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hebat! Aku benar-benar mengagumi Frank. Dia telah berjaya

meletakkan fakta yang berkaitan dengan warisan sejarah dan

kebudayaan yang terdapat di negara ini pada landasan yang tepat.

Kata-kata yang diucapkannya itu ada terkandung dalam buku yang

bertajuk “Sejarah dan Budaya Melayu.” Aku pernah membaca buku itu.

“Sekarang awak buat kajian tentang apa?” aku menyoalnya lagi

dengan penuh minat sambil menyedut sedikit air Milo Ais. Frank pula

memilih minuman kegemarannya iaitu Fresh Orange.

“Budaya hidup orang Melayu,” jawab Frank yang turut menyedut

sisa-sisa air Fresh Orange yang masih tinggal sedikit sahaja lagi.

“Apa yang awak kaji?”

“Istiadat perkahwinan orang Melayu,” balas Frank yang

berambut perang dan berkulit putih itu.

“Kenapa awak begitu berminat sekali untuk mengkajinya?” aku

tak putus-putus menyoal Frank.

Di luar cuaca memang panas sekali sejak akhir-akhir ini. Hujan

pun sudah lama tidak turun. Daun-daun serta rumput yang berwarna

hijau telah bertukar menjadi perang akibat cuaca yang panas terik.

461

Page 462: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Bagi saya istiadat perkahwinan orang Melayu sungguh unik

sekali kerana ia berdasarkan kepada prinsip-prinsip agama Islam yang

diadun dan dipersuaikan dengan kebudayaan tradisional Melayu.”

“Sungguhpun pada prinsipnya istiadat perkahwinan ini adalah

sama tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi adat yang

kebiasaannya dipengaruhi oleh pemahaman dan amalan budaya suku

ethnik Melayu di sesebuah negeri atau daerah seperti Minangkabau,

Jawa, Bugis, Rawa, Mendailing, Banjar, Aceh, Melayu dan lain-lain lagi,”

tambahku pula.

“Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, majlis perkahwinan

merupakan satu majlis yang istimewa dan diadakan dengan meriah

dan dipenuhi dengan upacara adat istiadat Melayu yang gilang-

gemilang. Kemeriahan sesuatu majlis perkahwinan itu bergantung

kepada kedudukan kedua-dua belah keluarga pengantin dari segi

kewangan serta martabat. Persiapan majlis perkahwinan ini lazimnya

memakan masa lebih lama lagi dan melibatkan berbagai istiadat yang

diadakan dengan penuh meriah.”

Sekali lagi aku terpampan dengan kata-kata Frank yang bermata

biru itu. Dari mana dia tahu semua ini? Mungkin dia banyak membuat

462

Page 463: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

kajian dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan budaya hidup

orang Melayu, desis hati kecilku.

“Mengikut adat resam masyarakat Melayu, sesuatu majlis

perkahwinan itu terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu istiadat

meminang, istiadat pertunangan, menghantar belanja dan akad nikah,

mengasah gigi, berinai iaitu berinai curi dan berinai besar, bersanding,

mandi limau serta akhir sekali bertandang,” tambahnya lagi.

“Dari segi agama pula, upacara perkahwinan yang sebenar

bermula dengan upacara akad nikah yang lazimnya diadakan di rumah

pengantin perempuan. Akad nikah ini diadakan berlandaskan kepada

hukum syarak dan setelah upacara ini sempurna maka baharulah

kedua-dua pengantin itu sah dari segi hukum syarak sebagai suami

dan isteri.”

“Saya pernah mendengar perkataan itu. Tapi, saya kurang jelas

apa maksudnya hukum syarak dalam upacara perkahwinan orang

Melayu,” akui Frank meminta penjelasan daripadaku.

“Mengikut hukum syarak, terdapat 5 rukun nikah yang mesti

dipatuhi. Pertama, pengantin lelaki, kedua, pengantin perempuan,

463

Page 464: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

ketiga, seorang wali bagi pihak pengantin perempuan, keempat, dua

orang saksi dan yang kelima ijab dan qabul.”

“Oh, begitu!” dia mengangguk-anggukkan kepala sebagai tanda

faham dengan penjelasan yang telah kuberikan.

“Bagaimana pula dengan majlis bersanding?” sambungnya lagi

dengan penuh minat sambil kedua-dua belah matanya yang berwarna

biru itu tepat memandang wajahku.

“Majlis bersanding merupakan acara kemuncak dalam istiadat

perkahwinan orang Melayu. Dalam majlis ini, pengantin lelaki dan

perempuan sebagai Raja Sehari akan duduk di atas pelamin atau

peterana yang dihias indah. Majlis ini biasanya dilakukan setelah

pengantin lelaki siap dengan pakaian khas dan sirih latlat atau sirih

genggam diterima dari pihak pengantin perempuan. Kemudian

baharulah pengantin lelaki dengan diiringi oleh pengapit dan

rombongannya diarak dengan bunga manggar serta kumpulan

kompang, rebana atau hadrah berjalan perlahan-lahan menuju ke

rumah pengantin perempuan,” terangku pula dengan panjang lebar.

“Kalau tak silap saya dalam buku yang bertajuk “Perkahwinan

Orang Melayu” ada menyebutkan bahawanya setibanya di

perkarangan rumah pengantin perempuan, rombongan pengantin

464

Page 465: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

lelaki tadi akan disambut dengan taburan beras kunyit serta renjisan

air mawar dan persembahan pencak silat. Sebelum dipersilakan masuk

ke dalam rumah, adakalanya dikenakan beberapa syarat lain seperti

tebus pintu dan tebus pelamin. Bukan begitu?” Frank menyoalku

sambil mengangkat muka tinggi sedikit.

“Benar.”

“Apa tujuannya?” dia pantas mencelah.

“Tujuannya ialah untuk mengusik-usik rombongan pengantin

lelaki supaya menjadi lebih meriah dan mesra.”

“Jadi, setelah syarat-syarat atau halangan-halangan ini dilalui,

maka baharulah pengantin lelaki didudukkan bersanding di sisi kanan

pengantin perempuan sebagai Raja Sehari.”

“Tepat sekali. Semasa majlis bersanding inilah saudara-mara dan

sahabat handai akan tampil seorang demi seorang ke kaki pelamin

untuk merenjiskan air mawar serta menabur beras kunyit kepada

kedua-dua mempelai. Kemudiannya mereka akan diberi sebiji atau

setangkai bunga telur,” ujarku lagi.

465

Page 466: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Barulah saya faham dengan tablo yang dipamerkan di Balai

Kebudayaan tadi,” kata Frank sambil tersenyum puas.

“Kenapa awak tak tanya saya?”

“Saya sebenarnya asyik memerhatikan pakaian yang dipakai

oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan.”

“Pengantin lelaki memakai Tengkolok Sering yang berasal dari

Patani. Baju, seluar dan kain sampinnya ditenun di Negeri Kelantan.

Manakala corak sanggul emas, kilat dahi emas, dokoh dan pakaian

pengantin perempuan pula mengikut gaya pakaian istana Perak dalam

tahun 1880-an,” terangku pada Frank.

“Bilangan mata tangga atau tingkat pelamin yang disusun

dengan angka ganjil juga merupakan salah satu daripada cirri yang

menarik dalam istiadat perkahwinan Melayu.”

“Kenapa awak kata begitu?” Giliranku pula menyoal Frank.

“Ia tertakluk kepada kedudukan pengantin berkenaan, tiga

tingkat untuk orang kebanyakan, lima tingkat untuk orang-orang

466

Page 467: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bangsawan dan tujuh tingkat untuk keluarga Diraja,” jawabnya dengan

suara yang lancar tanpa tersekat-sekat.

“Saya benar-benar kagum dengan awak, Frank.” Aku

menghamburkan kata-kata pujian kepada Frank.

“Kagum?” Dia seolah-olah terperanjat apabila mendengar kata-

kata pujian yang keluar daripada mulutku itu. Namun begitu senyuman

kecil tetap terukir di wajahnya.

“Ya. Awak bukan saja fasih berbahasa Melayu malahan juga

dapat meletakkan fakta yang berkaitan dengan budaya Melayu pada

landasan yang tepat.”

“Awak jangan terlalu memuji saya, Azman.” Dia sebaliknya tidak

mudah kembang apabila mendengar kata-kataku itu.

“Saya berkata dengan ikhlas.”

“Sudahlah tu. Kita lupakan saja perkara itu. Lebih baik kita

teruskan perbincangan tentang istiadat perkahwinan orang Melayu.”

Frank mengalih tajuk perbualan.

467

Page 468: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dalam istiadat perkahwinan orang Melayu yang diwarisi sejak

zaman-berzaman biasanya dimulakan dengan merisik, meminang,

menghantar belanja serta akad nikah. Setelah persetujuan dan

penetapan hari untuk melangsungkan majlis perkahwinan di antara

kedua-dua belah pihak diperolehi, maka baharulah istiadat

perkahwinan yang sebenar diadakan.” Aku menyambung semula

perbincangan mengenai istiadat perkahwinan orang Melayu yang

tergantung buat seketika.

“Seperkara lagi yang menarik ialah dalam buku yang bertajuk

“Perkahwinan Orang Melayu” ada menyebutkan bahawa ketibaan

rombongan pengantin lelaki lazimnya didahului dengan menghulurkan

tepak sirih atau sirih junjung dan diiringi pula dengan bingkisan-

bingkisan hantaran yang setiap satunya digubah dengan seindah-

indahnya serta disusun berbaris sambil disaksikan oleh ahli-ahli waris

dari kedua-dua belah pihak. Setelah barang-barang ini diteliti dan

disahkan oleh pegawai adat dan ahli-ahli waris perempuan

berdasarkan kepada janji yang telah diikat, maka baharulah upacara

akad nikah dilakukan,” celah Frank pula.

“Tentu awak mempunyai pandangan yang menarik tentang

peranan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu.”

468

Page 469: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tradisi hantaran ini lebih merupakan pemberian atau tanda

cinta kasih dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang

biasanya terdiri dari berbagai barang. Di antara barang-barang yang

dipentingkan ialah duit hantaran atau wang belanja, persalinan yang

lengkap, sejadah dan telekung, tuala mandi, alat solek, sebentuk

cincin permata serta diiringi dengan kuih-muih, buah-buahan, bunga

rampai dan sebagainya. Jumlah bingkisan hantaran biasanya ganjil

seperti 7, 9, 11 atau 13 di mana tertakluk kepada kemampuan dan

keinginan pihak lelaki. Ini jelas melambangkan bahawa peranan

hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu melambangkan

ciri-ciri yang universal,” jawabnya lagi dengan panjang lebar.

“Kesemua barang-barang hantaran ini digubah dengan cukup

cermat dan indah. Kemudian ia diletakkan di atas pahar atau bekas-

bekas yang beralaskan baldu bertekat dan adakalanya dibalut pula

dengan kertas kilat berwarna sehingga dapat memperlihatkan satu

persembahan yang paling istimewa kepada seorang raja. Hantaran

balas dari pihak pengantin perempuan juga tidak banyak

perbezaannya tetapi lebih kepada kuih-muih yang melambangkan

kemahiran dan sifat-sifat wanita yang lemah-lembut,” aku menambah.

469

Page 470: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Saya sebenarnya sekarang sedang menyusun sebuah buku

yang berkenaan dengan istiadat perkahwinan orang Melayu,” akui

Frank lagi.

“Awak tulis dalam versi apa?”

“Inggeris.”

“Dah berapa bab awak tulis?” soalku pula bertubi-tubi kali.

“Baru 4 bab.”

“Apa yang awak sentuh?”

“Tentang upacara perkahwinan orang Melayu yang dilakukan

secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan di mana upacara

akad nikah dan bersanding diadakan. Beberapa hari sebelum upacara

itu dilakukan, bahagian luar dan dalam rumah tersebut dihias indah.

Tanpa mengira keadaan kewangan bapa pengantin perempuan, sudah

menjadi kelaziman di rumahnya dibuat sebuah pelamin dan sebuah

bilik pengantin,” jawab Frank dengan panjang lebar.

“Tumpuan di dalam bilik pengantin itu ialah katilnya. Biasanya ia

dihias indah dengan cadar dan sarung bantal yang dibuat khas dari

470

Page 471: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

baldu yang bertekat benang emas yang sesuai untuk sepasang Raja

Sehari. Keindahan hiasan bilik pengantin itu sebenarnya menjadi suatu

kebangaan kepada keluarga pengantin perempuan,” tambahku.

“Katil di dalam kamar pengantin itu biasanya digunakan oleh

kedua-dua pengantin baru itu pada malam pertama dan ketiga. Pada

malam kedua biasanya mereka tidur di rumah pengantin lelaki. Itu saja

yang saya tahu.”

“Di Perak, biasanya pada malam ketiga sehelai kain putih akan

diletakkan di atas cadar katil itu oleh keluarga pengantin perempuan

sebelum kedua-dua pengantin baru masuk tidur.”

“Menarik!” kata Frank sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Kenapa kain putih itu diletakkan di atas cadar katil?”

sambungnya lagi.

“Pada keesokan harinya, kain itu akan diperiksa sama ada

mengandungi tompok-tompok darah atau tidak?”

“Darah?” Dia berasa hairan apabila mendengar kata-kata yang

keluar daripada mulutku itu.

471

Page 472: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya. Di sini darah melambangkan yang pengantin perempuan itu

masih lagi dara sebelum berkahwin. Walaubagaimanapun upacara

perkahwinan orang Melayu sebenarnya berbeza dari satu negeri ke

satu negeri yang lain,” terangku.

“Saya amat tertarik sekali dengan katil pengantin yang telah

dipamerkan di Balai Kebudayaan tadi,” ujarnya.

“Katil pengantin yang kita lihat tadi berasal dari Terengganu dan

berusia kira-kira seratus tahun. Ia diperbuat daripada kayu cengal

serta penuh berukir dengan motif bunga-bungaan Melayu. Kepala katil

pula diukir sepenuhnya dengan motif awan larat dan berbentuk seperti

ambang pintu. Kelambunya pula bersulam dengan benang emas dan

digantungkan pada bingkainya.”

Dia sebaliknya diam sambil mengangguk-anggukkan kepala

apabila mendengar kata-kataku itu. Aku tak pasti sama ada dia

berpuas hati atau tidak dengan penjelasan yang telah kuberikan itu.

Dari raut wajahnya yang berbentuk bulat itu telah pun dapat kubaca

bahawa dia sedang berfikir sesuatu. Agak lama kemudian baharulah

dia bersuara:

“Selain daripada itu, saya juga tertarik dengan persembahan

Wayang Kulit.”

472

Page 473: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Wayang Kulit telah termasyhur sejak lebih dari seribu tahun

dahulu di negeri-negeri sebelah Timur Tengah dan Tenggara Asia,” aku

menjawab.

“Kalau tak silap saya dalam buku yang bertajuk “Wayang Kulit

dan Asal Usulnya” ada menyebutkan bahawa contoh Wayang Kulit

yang tertua sekali ialah Wayang Kulit India, Indonesia dan China,”

jawabnya pula.

“Benar kata awak tu, Frank. Tetapi rupa patung serta cerita-

cerita yang dimainkan amat berlainan sekali.”

Itu saja yang aku ingat tentang persembahan Wayang Kulit. Di

kesemua negara yang telah disebutkan tadi, patung Wayang Kulit

diperbuat daripada kulit yang dipotong secara boneka dan biasanya

sebelah sahaja tangannya yang boleh digerak-gerakkan. Persembahan

Wayang Kulit dilakukan di sebalik tabir kain putih dan patung-patung

kulit itu ditayangkan serta digerak-gerakkan di antara tabir dan pelita

yang tergantung. Kemudian bayang-bayang patung itu akan kelihatan

di atas tabir itu. Orang yang melakonkan patung-patung kulit itu

dipanggil Tuk Dalang. Para penonton akan duduk atau berdiri di

hadapan tabir dan mendengar cerita yang disampaikan oleh Tuk

Dalang. Dia juga akan mengubah-ubahkan suaranya mengikut watak

patung-patung yang dimainkannya.

473

Page 474: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Di negara ini, persembahan Wayang Kulit masih kerap diadakan

di Negeri Kelantan berbanding dengan negeri-negeri yang lain,”

tambahku lagi.

“Wayang Kulit Jawa mempunyai lebih daripada 100 watak,” celah

Frank pula.

“Cerita-cerita Panji merupakan cerita yang paling digemari

dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.”

“Bagaimana pula dengan cerita-cerita Ramayana yang dipetik

daripada Hikayat Seri Rama?” dia sebaliknya pantas memotong.

“Ia jarang dipersembahkan dalam Wayang Kulit Jawa. Patung-

patung Wayang Kulit Jawa kebanyakannya lebih besar daripada patung

Wayang Kulit yang digambarkan di negara ini atau Thailand.”

“Memang benar kata awak tu, Azman. Dalam buku yang bertajuk

“Wayang Kulit dan Asal Usulnya” ada menyebutkan bahawa tulang

patung Wayang Kulit serta pemegangnya lazimnya diperbuat daripada

tanduk yang dilentur dan bukannya daripada kayu seperti yang

terdapat di negara ini. Bentuk lembaga patung Wayang Kulit Jawa juga

jauh berbeza daripada yang terdapat pada Wayang Kulit Jawa di Negeri

474

Page 475: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kelantan. Ini dapat disaksikan dengan membandingkan watak Semar

dan watak Pak Dogol.”

“Dari segi bentuk panggung pula, ia dibuat mengikut bentuk

panggung yang digunakan di Negeri Kelantan di mana ia telah mula

digunakan sejak lebih dua ratus tahun dahulu,” balasku pula.

“Seperkara lagi yang menarik ialah Tuk Dalang boleh

menggerakkan patung-patung belulang serta menyuarakan kata bual

tanpa dibantu oleh sesiapa pun di sepanjang persembahan Wayang

Kulit.”

“Tuk Dalang lazimnya akan dibantu oleh Tukang Unjuk yang

duduk di sebelah kiri dan kanannya.”

“Apa pula peranan Tukang Unjuk ni?” dia menyoalku dengan

penuh minat.

“Sebenarnya tugas Tukang Unjuk hanya menyediakan patung-

patung belulang mengikut ceritanya untuk memudahkan Tuk Dalang

mengambilnya apabila dikehendaki,” terangku.

475

Page 476: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Batang pisang juga turut digunakan untuk menegangkan kain

tabir atau kleh serta untuk mencucuk patung-patung belulang yang

sudah ditayangkan,” ujarnya pula.

“Sebuah pelita akan digantung untuk memancarkan bayang-

bayang patung belulang di atas kain kleh itu. Pada masa dahulu

mereka menggunakan pelita minyak kelapa yang bersumbukan

benang kapas,” aku menambah lagi.

“Hebat sungguh budaya orang Melayu!” puji Frank.

476

Page 477: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

31

WAYANG MAT SALIH

“Oh God! Wak Longgg …. Please don’t do it to me!”

“Tolong, tolong Zek!” jerit William.

Kemudian diikuti dengan bunyi ketukan bertalu-talu di pintu.

“William! William! Kenapa kau!”

“Yes, ya, ya, Zek,” kata William separuh ketakutan.

Pintu pun terbuka. William mengesat-ngesat mata.

477

Page 478: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku bermimpi, Zek. Wak Long nak cekik aku ….”

“Hah kau, William, mimpi berlawan dengan Wak Long lagi.

Semalam pun berlawan dengan Wak Long. Dulu, dulu bertumbuk

dengan Hanuman. Tak habislah kau bermimpi. Dah tu nyusahkan

orang pulak,” tukas Zek.

“I am sorry,” jawab pemuda Inggeris bernama William yang baru

tiga bulan berada di Malaysia itu. Dia datang ke negara ini semata-

mata kerana cintakan wayang kulit.

“Entah apa nilai wayang kulit pada William. Sedangkan orang

Melayu telah lama tidak tengok wayang kulit,” bisik Zek.

Pada suatu petang selepas peristiwa mimpi itu, Zek dan William

berbual-bual di Taman Bunga berhampiran Muzium Negara.

“Mengapa awak begitu berminat sekali untuk membuat

penyelidikan tentang wayang kulit, William?” soal Zek dengan penuh

minat.

“Menarik,” William sebaliknya menjawab pendek sambil

membetulkan duduk.

478

Page 479: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Menarik dari segi apa?” Zek menyoalnya kembali sambil

memandang tepat pada wajahnya.

“Wayang kulit adalah satu teater tradisional yang menggunakan

prinsip cahaya serta bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung

kulit terdiri daripada pelbagai watak methologi khayalan yang

dimainkan oleh Tuk Dalang,” William menjawab panjang lebar.

“Tepat sekali, di samping itu ia diiringi oleh kumpulan muzik

paluan gamelan, rebab dan gong,” tambah Zek pula.

“Assalammualaikum,” sapa satu suara.

William dan Zek menoleh ke arah suara.

“Waalaikummussalam. Oh, Pak Ya.”

“William, ini Pak Ya, Pak Dalang dari Kelantan. Kadang-kadang

dia pun mengajar di Akademi Seni Melayu tempat kau belajar tu.”

Pak Ya menghulur tangan pada William.

479

Page 480: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa khabar, saudara William,” sapa Pak Ya penuh sopan.

Mereka saling berkenalan dan bertukar-tukar fikiran.

Pada William pertemuannya dengan Pak Ya penuh bermakna dan

sungguh-sungguh menguntungkan. Pertemuan yang tidak dirancang

itu memberi khabar gembira pada William. Pak Ya sendiri akan

bermain wayang pada minggu hadapan sempena hari jadi sultan.

William telah dijanjikan oleh Pak Ya untuk dibawa ke Kota Bharu

untuk melihat sendiri persembahan itu.

Setelah Pak Ya beredar, Zek pun cepat-cepat mengusik William.

“Eloklah kau pergi ke sana. Di sana bolehlah jumpa Wak Long

yang kau minati dan Pak Dogol sekali.”

“Siapa pula Pak Dogol tu?” tanya William kehairanan.

“Itulah, pelajaran kau tentang wayang kulit belum seberapa.

Eloklah ke sana berjumpa Mahasiko, Said, Samad, Wak Yah dan Eden

sekali.”

480

Page 481: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Eden, siapa Eden tu, Zek. Orang Melayu ke orang Iraq?” tanya

William kehairanan.

“Bila kau ke Kelantan nanti kau tanyalah pada Pak Ya!”

“Kau ni suka sangat berahsia. Aku kan student, banyak benda

yang harus kuambil tahu. Nanti bila pulang ke England aku kena tulis

buku. Bapa aku nak terbitkan cerita wayang kulit ini,” kata William

separuh merayu.

“Oh jadi kau datang ke Malaysia ni semata-mata mahu buat

cerita tentang wayang kulitlah!”

William mengangguk-angguk hatinya berbunga penuh harapan.

Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu William. Bersama

dengan Zek mereka sudah berada di sebuah bangsal wayang kulit

yang bakal didalangkan oleh Pak Ya di bandar Kota Bharu.

Orang ramai sedang berkerumun di suatu sudut di Padang

Paduka. Pak Ya sedang memainkan cerita percintaan Seri Rama

dengan Sita Dewi. Cerita pun bermula. Orang ramai semakin khusyuk.

481

Page 482: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Begitu juga William dan Zek. Pada William inilah peluang seumur

hidupnya yang tidak mungkin dilupai.

Semakin lama cerita semakin rancak. Wak Long, Pak dogol dan

kawan-kawan sudah muncul beberapa kali. Bunyi gendang dan serunai

silih berganti. William asyik memerhatikan Pak Ya memainkan patung-

patung.

Seri Rama dan Sita Dewi yang terpisah sedang dalam kesedihan.

Hanuman dan hamba sahaya sedang mengembara mencari Sita Dewi.

Hamba sahaya terdiri daripada Pak Dogol, Wak Long, Samad,

Said Wak Yah dan Eden juga turut mengembara mencari Sita Dewi.

Bunyi paluan gendang dan gong menyemarakkan perasaan. William

kian seronok melihat watak-watak Wak Long dan kawan-kawan dengan

lebih dekat.

Tiba-tiba Pat! Pat! Pat! bunyi papan yang dihentak kuat. Itu

adalah tanda mula perlawanan antara Hanuman dengan Jit Afrit.

Paluan gong semakin rancak. Genderang perang sedang berbunyi.

Degupan jantung penonton semakin kuat. Perlawanan hebat akan

terjadi sebentar lagi. William ikut terangsang. Tiba-tiba dia terbangun.

482

Page 483: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Entah kuasa apa membuat William bersilat. Yah! Yah! William

bersuara. Matanya pula merawang ke udara.

Zek termangu.

“Apa dah jadi pada kawan aku ni!” kata Zek separuh berbisik

bimbang.

Belum sempat Zek berbuat apa-apa William merapati kelir

wayang.

Patung Hanuman dan Jit Afrit yang sedang berjuang hebat

dirampas daripada Pak Ya. Tiba-tiba William pula yang mengambil

peranan sebagai Tok Dalang. Suasana di bangsal wayang jadi kelam-

kabut. Semua bunyi-bunyian terhenti.

Tiba-tiba semua lampu dan pelita padam. Orang yang menonton

bersorak bagai jong karam. Anak-anak kecil menangis kerana

kegelapan. Sepantas kilat William diberkas oleh juak-juak wayang. Pak

menggeleng-gelengkan kepala. Zek juga termangu-mangu.

“Inilah kalau dah syok sangat!” kata Zek dalam hati.

483

Page 484: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Orang putih naik syeikh weh!” kata suara ramai bersorak.

32

NEKAD

Dia sudah nekad. Tidak akan merompak lagi. Tidak akan

membunuh orang lagi. Tangannya penuh dengan kekotoran. Neraka

jahanam ini mesti ditinggalkan sebelum terlambat. Dia harus

memulakan penghidupan yang baru. Penuh aman dan tenteram.

Menjadi manusia yang berguna pada masyarakat. Bukannya

penjenayah yang ditakuti. Dia membulatkan tekad seperti bola.

Bosan!

Ya, benar. Dia ingin bertaubat. Kembali semula ke pangkal jalan.

Selama ini dia asyik melakukan kerja yang sia-sia. Nama sahaja

manusia tapi berhati binatang.

484

Page 485: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hari ini dia mungkin lepas. Tapi esok atau lusa belum pasti lagi.

Dia mesti berhenti!

Siapa Tahir?

Seorang penjenayah yang kejam. Namanya sentiasa terkandung

dalam fail polis. Gambarnya sering terpampang di dada akhbar. Polis

menawarkan hadih yang lumayan kepada sesiapa yang dapat memberi

maklumat hingga tertangkapnya Tahir.

Dia lalu tersandar di atas kerusi yang agak usang itu.

Sambil tangannya membelek-belek pistol revolver .32. Yang

telah meragut ramai nyawa. Kemudian dia mengeluarkan pula peluru

kelongsong. Dan melemparkannya pantas ke atas simen. Hingga

bertaburan merata-rata.

Dia mendengus.

Serta menengadah ke atas siling yang telah dimakan anai-anai.

Kesan-kesan retak juga kelihatan di dinding. Warna cat sudah lapuk.

Bersama habuk-habuk halus.

485

Page 486: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kemudian dia lantas memejamkan kedua-dua belah matanya.

Oh, Tuhan mengapa aku sanggup menzalimi diri sendiri! Dia

meluahkan rasa penyesalan.

Orang yang bergelumang dengan dosa tidak akan mendapat

tempat di syurga yang penuh dengan kenikmatan. Sebaliknya akan

dicampakkan ke dalam neraka jahanam yang penuh dengan azab

seksa yang pedih.

Namun dia tetap yakin, msih belum terlambat lagi. Tiada jalan

lain lagi selain daripada meminta keampunan daripada Allah SWT.

Kerana Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Lamunannya

terhenti seketika. Apabila Din Jambang muncul dengan tiba-tiba. Ketua

kumpulan Helang Hitam. Penjenayah nombor satu negara.

Rupanya garang.

Tidak pernah tersenyum. Orangnya berbadan tegap. Seorang

penjenayah yang kejam. Dahsyat seperti binatang. Tidak mempunyai

langsung sifat berperikemanusiaan. Dia akan membunuh orang yang

cuba menghalang cita-citanya.

Tahir mengangkat muka.

486

Page 487: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Din Jambang berdiri tegak. Lantas menepuk bahu Tahir.

“Bagaimana?” Bunyi suaranya garau. Mengaum bak singa lapar

yang mahu menerkam mangsanya. Amat sesuai sekali dengan

sifatnya. Hampir memecahkan ruang tamu rumah yang usang itu.

Yang menjadi markas kumpulan Helang Hitam sejak berkurun-kurun

lamanya.

Tahir tersentak dengan persoalan itu.

Namun dia tidak gentar sedikitpun, memberanikan diri. Dia telah

lama bersiap sedia untuk menghadapinya. Dia tahu. Membantah kata-

kata Din Jambang bererti menempah maut.

Dia menggelengkan kepala sebagai tanda membantah.

“Tidak!”

“Mengapa?” soal Din Jambang dengan penuh angkuh.

Sambil mengatur langkah lima tapak. Kemudian perlahan-lahan

melabuhkan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengan Tahir.

487

Page 488: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kedua-dua belah kakinya lalu disilangkan di atas meja yang berbentuk

empat segi itu.

Din Jambang mengeluarkan sekotak rokok besar daripada poket

baju jaket kulit yang berwarna hitam pekat. Tanpa berlengah lagi dia

lantas menghulurkannya pada Tahir.

“Tidak!” dia menolak.

Sebaliknya Din Jambang lalu menjepit rokok di bibir. Api segera

dicucuhkan. Kemudian dia menyimpan semula kotak rokok ke dalam

poket. Sambil menghembus asap yang memutih. Berkepul-kepul

memenuhi ruang.

Tahir kembali semula memecahkan persoalan yang terhenti buat

seketika.

“Aku minta kau kecualikan aku daripada misi ini.” Dia

mengeluarkan nada suara yang tenang.

Dengan secepat kilat Din Jambang menarik muka tanpa berkata

walau sepatah pun. Kerana terkejut.

488

Page 489: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kecualikan?”

“Ya!” ujar Tahir serius.

“Kau dah silap agaknya!” Muka Din Jambang turut berubah. Dia

berasa pelik. Dengan tiba-tiba sahaja Tahir berani membantah.

Selalunya sebagai orang kanan dia patuh pada segala arahan. Tanpa

banyak soal dan karenah. Namun Tahir tetap mempertahankan

hujahnya.

“Memang selama ini aku silap, Din. Dan kini sudah tiba masanya

untuk aku membetulkannya. Din Jambang memadamkan api rokok di

atas simen. Kemudian memijakkannya hingga lenyek.

Dia lantas ketawa terbahak-bahak. Hingga tertutup kedua-dua

belah matanya. Begitu juga dengan bahunya turut terangkat.

Gemanya menyusup melalui celah-celah dinding yang retak. Kerana

terlalu gelihati. Tetapi bagi Tahir ia adalah suatu penghinaan. Dia

merenung lama wajah Din Jambang dengan penuh tegas.

“Kau tak ingat ke? Hendak menempah maut!” Din Jambang

memberi amaran sambil menudingkan jari kanannya ke arah Tahir. Dia

cuba mengugut. Agar Tahir menarik balik keputusannya. Tetapi Tahir

tetap bertekad, dia tidak akan tunduk dengan ugutan itu.

489

Page 490: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa nak buat kalau sudah ditakdirkan aku akan maut di hujung

senjata kau.”

Din Jambang lantas naik berang bila mendengar kata-kata itu.

Api kemarahannya kian memuncak. Bagai disimbah minyak.

Panas! Marak menyala.

“Lagi, lagi takdir!” Din Jambang bersuara lantang. Sambil

melepaskan tumbukan yang kuat di atas meja. Kedua-dua belah

kakinya pantas ditarik semula turun ke bawah.

“Ini semua adalah ketentuan Tuhan, Din,” sokong Tahir lagi.

“Ya! Sekarang baru kau mengenal Tuhan. Tapi sebelum ni?” soal

Din Jambang bertubi-tubi kali. Umpama muntahan peluru daripada

muncung mesin-gun.

“Kita sebagai manusia amat kerdil di sisi-Nya.”

“Maksud kau kita jadi begini kerana takdir?” Din Jambang terus

menagih kepastian.

490

Page 491: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Din, kita dah jauh tersesat. Dan kita harus kembali semula ke

pangkal jalan.” Tahir cuba memujuk.

Nyata Din Jambang seorang manusia yang tidak makan nasihat.

“Ah! sudah! Kau jangan nak bersyarah pulak!” Sekali lagi dia

melepaskan tumbukan yang kuat di atas meja. Kemudian dia lalu

menegakkan kepala.

“Bukankah ini semua adalah untuk kesenangan hidup kita!” Dia

mengutip semula kata-kata itu. Mengingatkan Tahir. Matlamat utama

kumpulan Helang Hitam.

Sementara itu, protes Tahir semakin menjadi-jadi.

“Tapi cara kita salah. Dengan menganiaya orang yang tidak

berdosa, membunuh dan merompak!” balasnya sambil meninggikan

suara sedikit.

Jelas sekali dia kian bersemangat. Tidak gentar lagi dengan Din

Jambang. Walaupun dia bergelar penjenayah nombor satu negara. Dia

hanya takut pada Tuhan. Yang amat berkuasa menjadikan alam

semesta ini. Bukannya pada Din Jambang.

491

Page 492: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Itu saja jalan mudah untuk mencapai kekayaan!”

Din Jambang sungguh tegas dalam mempertahankan haknya.

Kumis lebat memenuhi dagunya. Perdebatan makin genting.

Nampaknya tidak ada jalan penyudah yang akan ditemui. Din Jambang

tetap tidak mahu mengaku kalah. Perbuatan jenayah seolah-olah

sudah sebati dengan darah dagingnya.

Mata Tahir tajam memandang Din Jambang.

Dia tidak berputus asa. Semangatnya kental seperti besi waja.

“Kita mesti membina kekayaan dengan cara yang halal. Aku

akan ikut.”

Din Jambang mengerutkan mukanya. Serta menggelengkan

kepala. Dia benar-benar tidak mengerti. Apakah benda yang telah

merasuk fikiran Tahir? Din Jambang lalu mengangkat muka tinggi.

“Kau bodoh, Tahir!”

Tahir sebaliknya berpura-pura tidak faham dengan maksud Din

Jambang itu.

492

Page 493: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Maksud kau?”

“Kalau kita ada duit banyak dan kaya raya semua orang akan

mendampingi kita termasuk saudara mara. Tapi kalau kita miskin

mereka pandang tak ubah macam sampah!” Dia melepaskan perasaan

geram bercampur marah.

“Dengan merompak dan membunuh kita akan dipandang lebih

hina lagi, Din.”

Din Jambang lantas menepuk dahi. Terus mengangkat kepala.

Fikirannya kian kusut. Dia hairan. Tahir begitu cepat sekali berubah.

Macam orang yang kena pukau. Dahulu tangannya amat ringan untuk

merompak dan membunuh.

“Tahir, Tahir kau memang tak sedar. Agaknya dah kena

sampuk!” katanya sambil ketawa berdekah-dekah. Bunyinya seperti

motosikal yang tersumbat. Sekali lagi kedua-dua belah matanya

tertutup rapat. Manakala kedua-dua belah bahunya turut terangkat.

Tahir naik bengang melihat gelagatnya itu. Dengan wajahnya

yang penuh seius dia pantas bersuara:

“Din, ini bukan lawak jenaka!”

493

Page 494: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Lawak jenaka?” Ketawa Din Jambang semakin menjadi-jadi.

Ternyata dia gagal mengawal hilai tawa. Tahir menahan perasaan

geram. Sambil menggenggam erat penumbuk. Rasanya ingin sahaja

dilepaskannya padu ke muka Din Jambang. Hingga jatuh tersungkur.

Agar dia tahu sama ada langit itu tinggi atau rendah. Namun dia tetap

bersabar. Kerana dia mempunyai prinsip yang tersendiri. Bertindak

bukan mengikut perasaan. Tetapi adalah pemikiran.

Ketawa Din Jambang perlahan-lahan reda.

Dia kembali semula menyimpulkan persoalan itu.

“Kita mana ada kelulusan?”

“Benar!” Tahir menganggukkan kepala.

“Tapi kita masih boleh menyumbangkan sesuatu yang berguna

pada agama, bangsa dan negara.” Dia menyuarakan pendapat.

“Melalui cara apa?” Din Jambang mendabik dada. Sombong dan

bongkak.

494

Page 495: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Membanteras jenayah.”

Suhu darah Din Jambang kian mendidih.

“Sudah! Kau jangan nak berangan-angan menjadi manusia yang

baik!” Dia tetap membantah. Berdegil dan keras kepala.

“Kenapa kau kata begitu?” Tahir gagal mengawal perasaan

marah.

“Kerana kau seorang penjenayah!” celah Din Jambang yang jelas

enggan melepaskan Tahir keluar daripada tempat itu. Dia khuatir

rahsianya akan bocor pada pihak polis. Namun Tahir tetap bertekad di

dalam hati. Akan menghapuskan kegiatan kumpulan Helang Hitam.

“Aku sudah bosan menjadi buruan polis!”

Tahir melepaskan rasa geramnya. Dengan melepaskan satu

hentakan yang kuat ke atas meja. Din Jambang lalu bersuara bila

melihat kelakuannya itu:

“Jadi?”

“Tuhan boleh mengubah seseorang manusia itu daripada jahat

menjadi baik. Dengan syarat manusia itu sendiri yang mengubahnya!”

495

Page 496: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Din Jambang sebaliknya menentang habis-habisan. Seperti bala

tentera yang sedang berjuang di medan peperangan hingga ke titisan

darah yang penghabisan.

“Tahir, lebih baik kau lupakan saja niat kau tu. Mari kita

tumpukan pada misi Kedai Emas di Jalan Tunggal malam ini!”

“Aku tak mahu!”

“Kau betul-betul nekad hendak meninggalkan kumpulan ini.” Din

Jambang terus menagih kepastian.

“Aku bukan bergurau, Din.”

Mata Din Jambang tunak. Tapi penuh dengan muslihat. Dia lantas

menyeluk tangan ke dalam poket bajunya. Dengan serta-merta

mengeluarkan pistol revolver .32. Tahir sudah masak dengan taktik itu.

Dia tidak alpa.

“Sebelum terlambat kau harus dihapuskan!”

Dengan secepat kilat Tahir menendang meja di hadapannya. Din

Jambang jatuh terpelanting hingga ke belakang. Seperti nangka busuk

496

Page 497: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

bunyinya. Sedas tembakan kedengaran memecahkan ruang tamu

rumah usang itu.

Tahir bingkas bangun.

Dia bersedia menerima tindakan yang selanjutnya. Din Jambang

memandang Tahir dengan penuh rasa geram. Seperti seekor harimau

lapar yang mahu menerkam mangsanya.

Kedua-dua biji matanya terjojol keluar. Sambil mengertap rapat

giginya.

“Bangsat!” dia bertempik sekuat hati. Api kemarahannya kian

meluap-luap. Dia pantas bangun untuk memberikan cabaran.

Anggota-anggota lain muncul. Apabila mendengar bunyi

tembakan itu. Mereka tercegat berdiri. Menyaksikan pertarungan

antara dua jaguh untuk menentukan sama ada hidup ataupun mati.

Din Jambang lalu memalingkan muka ke arah mereka.

“Pergi!” tengkingnya lagi sambil mengangkat tangan tinggi

menghalau mereka semua supaya pergi dari situ.

497

Page 498: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Biar aku sahaja yang menamatkan riwayat si bangsat ni!”

ucapnya sambil menudingkan jari tepat ke arah Tahir. Mereka semua

akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Din Jambang. Dengan

pantas beredar jauh dari situ.

Belumpun sempat mereka berdua beradu kekuatan, kedengaran

bunyi siren polis. Din Jambang menjadi kaget. Dia merasa hairan

bagaimana pihak polis boleh menghidu persembunyian kumpulan

Helang Hitam. Sedangkan ia adalah sebuah kawasan yang jauh

terpencil daripada kawasan bandar. Amat sulit daripada pengetahuan

mereka.

Anggota-anggota kumpulan Helang Hitam bertempiaran lari

seperti dilanggar garuda. Untuk menyelamatkan diri.

Din Jambang memandang sahaja gelagat mereka. Sementara itu

hati kecil Tahir merasa lega sekali. Rancangannya telah pun berjaya.

Din Jambang memandang tepat wajahnya. Tahir tak putus-putus

memujuk.

“Din, marilah kita menyerah diri.” Dia mengeluarkan nada suara

yang lembut.

498

Page 499: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tetapi sebaliknya Din Jambang membuntangkan kedua-dua biji

matanya sebagai tanda geram. Kemarahannya sudah tidak dapat

dikawal lagi.

“Pembelot!” dia bersuara lantang. Serentak dengan itu

melepaskan sedas tembakan ke arah Tahir. Sebaliknya mengenai

dinding.

499

Page 500: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

33

DIA RELA MENGUNDURKAN DIRI

Pagi masih muda lagi. Bola matahari bersinar indah terang-

benderang. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Sang camar putih

berkicau riang. Bebas berterbangan ke sana sini. Bayu laut bertiup

lembut. Sungguh segar sekali. Pohon-pohon cemara meliuk-liuk ke kiri

dan kanan. Daun-daun hijau dan kering berguguran.

Ombak tak putus-putus memukul pantai. Buih-buih memutih.

Membasuh pasir dan batu-batu kecil.

Sudah seminggu Azmi berada di sini. Port Dickson. Sebuah

kawasan peranginan yang terkenal di Malaysia. Dia sebenarnya

mencari ketenangan. Jawapan. Setiap masalah perlukan penyelesaian.

Azmi memandang laut yang membiru. Hidup manusia di atas

muka bumi ciptaan Allah SWT ini juga umpama laut. Pasang surut silih

berganti. Penuh suka dan duka.

500

Page 501: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku terang-terang tidak setuju dengan cara kau tu,” kata Azmi

kepada Karim, rakan kongsinya dalam Syarikat Setia Construction Sdn.

Bhd.

“Kenapa?” soal Karim yang berwajah bulat macam bujur sirih.

“Kau menggunakan cara yang salah.”

“Maksud kau?” Dia pura-pura tidak mengerti sambil

membetulkan tali lehernya yang berwarna hitam. Dia kelihatan enak

bersandar di atas kerusi pusing. Kesejukan alat penghawa dingin

mengepung seluruh ruang bilik besar dan berbentuk empat segi itu.

“Rasuah salah di sisi agama dan undang-undang!” tentang Azmi

habis-habisan. Dia memandang serius wajah Karim. Yang dua tahun

lebih muda darinya. Karim sebaliknya tertawa. Menyirap darah Azmi.

Apabila melihat gelagat Karim itu. Yang mempersendakan nasihatnya.

Karim membuka kotak rokok dan menghulurkannya kepada

Azmi.

“Terima kasih!” dia menolak.

501

Page 502: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Karim terkejut.

“Dah berhenti merokok?”

“Ya,” jawab Azmi ringkas. Karim menjepit rokok di bibir dan

menyucuhkan api. Dia menyedut dan menghembuskan keluar asap

perlahan-lahan. Putih berkepul-kepul. Menari-nari. Itulah yang

diperhatikan oleh Azmi.

Karim mengangkat kepala tinggi sedikit memandang Azmi. Dan

berkata:

“Agama dan undang-undang lain. Kau masih belum faham lagi

tentang konsep bisnes.” Dia membuang habuk rokok ke dalam bekas

kaca yang berbentuk bulat macam bola.

“Aku faham!” Azmi menganggukkan kepala.

“Bisnes untuk mendapatkan untung,” sambungnya lagi.

“Dah tu. Apa kaitannya agama dan undang-undang dengan

bisnes?” sanggah Karim.

“Rasuah adalah perbuatan kotor.” Azmi mengingatkan rakan

kongsinya itu.

502

Page 503: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Azmi, Azmi!” Karim menggeleng-gelengkan kepala. Dia

kemudiannya menyucuhkan puntung rokok ke dalam bekas yang bulat

itu.

“Kau hairan?” Dia dapat membaca reaksi Karim.

Kedua-dua biji mata Karim tepat memandang wajah Azmi. Yang

berkulit cerah. Berambut lurus serta bermisai tebal. Badannya agak

kurus sedikit.

“Kau masih mentah lagi,” ucap Karim.

“Mentah?”

Karim mengangguk sambil membetulkan duduknya.

“Ya! Macam budak hingusan.”

Sekali lagi darah Azmi menyirap. Namun begitu dia tetap

bersabar. Walaupun hati kecilnya merasa sakit apabila Karim

mengecapnya sebagai budak hingusan.

Tok! Tok! Tok!

503

Page 504: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Perbualan mereka terhenti seketika. Apabila kedengaran bunyi

pintu diketuk orang.

“Masuk!” kata Karim sambil meninggikan kepala. Sarina,

setiausaha syarikat muncul bersama fail.

“Ini dia fail-fail yang Encik Karim minta.” Dia menyerahkannya

kepada Karim.

Karim lalu mengambil pen dan menandatangani kesemua fail

tersebut. Kemudian dia menyerahkannya semula kepada Sarina.

“Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu, Encik Karim?” tanya

Sarina lagi. Orangnya manis dan cantik. Usianya awal 20-an.

“Tak ada!” dia menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Encik Azmi?” Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah

Azmi.

“Baiklah. Saya pergi dulu,” ujarnya sambil mengukir senyuman

manis. Karim mengangguk. Dia menguak daun pintu dan menutupnya

kembali perlahan-lahan.

504

Page 505: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Maafkan aku, Azmi. Aku harap kau tak kecil hati. Aku lakukan

semua ini untuk kesenangan kita bersama jugak,” Karim bersuara

setelah bayangan Sarina hilang daripada pandangan mata.

“Itu aku tidak tahu, Karim. Tapi ....” Dia tidak sempat untuk

menghabiskan kata-kata. Karim lebih pantas memotong.

“Projek tu bernilai RM 1.8 juta. Kalau terlepas rugi besar kita.”

Demikianlah sikap Karim. Tegas orangnya. Setiap keputusan

yang diambilnya tidak boleh diubah. Kalau hitam katanya maka

hitamlah. Kalau putih katanya maka putihlah. Tetapi ketegasannya

tidak bertempat. Azmi diam. Dia serba salah. Keuntungan yang bakal

diperolehi oleh Syarikat Setia Corporation Sdn Bhd akan

menambahkan lagi rezeki kepada keluarganya. Tetapi dengan cara

memberi rasuah semata-mata untuk mendapatkan projek itu adalah

tidak berkat. Dia mahu mencari rezeki dengan cara yang halal. Cara

yang diredai oleh Allah SWT. Agar selamat isteri dan anak-anaknya.

Azmi kembali menyorot muka Karim. Dia memakai baju

berlengan panjang yang berwarna daun hijau muda.

505

Page 506: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Tak adakah cara lain untuk kita mendapatkan projek tu?” Azmi

bersuara lembut. Dia cuba menggunakan psikologi untuk memujuk

rakan kongsinya itu. Karim sebaliknya menggeleng-gelengkan kepala.

Pendiriannya tetap. Tidak boleh diubah lagi. Dia tidak menghiraukan

nasihat Azmi.

“Tak ada, Azmi. Itu saja jalan yang terbaik buat kita,” ujar Karim

pula.

Dia mengeluh dengan tindakan Karim itu.

“Aku tetap tak setuju, Karim!”

“Come on man. Dunia kita bisnes. Kita perlukan duit. Mereka

sanggup tolong kita. Asalkan kita memberikan mereka habuan yang

lumayan,” terang Karim dengan penuh panjang lebar.

Sekali lagi Azmi diam. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat. Tidak

dapat berkata-kata. Dia memerhatikan wajah Karim dalam-dalam. Dia

berdoa dalam hati kecilnya. Semoga dia dilindungi oleh Allah SWT

daripada melakukan kerja yang terkutuk ini.

Karim memancung lamunannya.

506

Page 507: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Minggu depan kita perlu sediakan wang berjumlah RM

800,000,” katanya sambil membetulkan duduk.

“RM 800,000?” Azmi terkejut mendengarnya.

“Ya. Banyak itu yang mereka minta.”

“Kerja gila.”

“Kerja gila? Kenapa kau kata begitu?” soal Karim sambil

mendongakkan kepala.

“Karim, aku takut nanti yang dikendong tak dapat yang dikejar

berciciran. Silap-silap kita tak boleh bayar gaji pekerja.” Dia tidak

jemu-jemu menasihatkan Karim.

Karim ketawa apabila mendengar kata-kata Azmi itu. Azmi

berwajah serius. Hatinya geram. Terbakar. Panas. Seperti api yang

disimbahkan minyak. Dia kecewa dengan sikap Karim. Yang langsung

tidak ambil peduli nasihatnya.

“Aku pelik betul dengan kau ni. Bergurau tak kena tempat,”

balas Karim pula.

507

Page 508: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Hati Azmi bertambah sakit. Kemarahannya semakin meluap-

luap. Dia tetap bersabar. Sabar itu separuh daripada iman.

“Aku tak suka bergurau, Karim.” Nada suara Azmi serius.

“Okey, aku minta maaf. Aku tahu. Kau tak suka bergurau. Setiap

kerja yang dilakukan perlu bersungguh-sungguh. Itu prinsip hidup

kau.”

“Dah tu.” Wajah Azmi semakin serius.

“Itu perkara kecil. Mudah. Mereka perlu berkorban.”

“Berkorban?”

“Ya. Kita tahan gaji mereka,” kata Karim.

“Melampau. Kita tidak boleh menzalimi mereka. Berdosa.” Azmi

bertambah geram. Tindakan rakan kongsinya itu tidak

berperikemanusiaan.

508

Page 509: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Itu aku tahu,” balas Karim sambil menjepit rokok di bibirnya.

Dia mengambil pemetik api dan menyucuhkannya pada rokok. Dia

menghembuskan asap keluar perlahan-lahan.

“Kita bayar gaji mereka lewat,” ujarnya lagi.

“Mereka semua kan ada keluarga. Kita sebagai majikan patut

bertimbang rasa,” kata Azmi lagi.

“Maksud kau, kita mesti tunduk pada mereka?”

“Mereka juga mempunyai hak sebagai pekerja. Kalau mogok

siapa yang akan rugi? Kita juga.” Dia membidas sekeras-kerasnya

tindakan yang diambil oleh Karim.

Karim endah tak endah sahaja dengan kata-kata rakan

kongsinya itu. Dia menyedut rokok dan menghembuskan asap keluar.

“Sebagai majikan kita mempunyai kuasa untuk bertindak. Kita

singkirkan saja mereka.” Karim mengambil jalan mudah.

“Kau ingat senang?”

509

Page 510: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Apa pulak susah? Ramai lagi yang mahu bekerja dengan kita.

Syarikat kita maju dan berkembang.”

“Entahlah ....” Azmi merengus. Karim menyucuhkan api rokok

pada bekas kaca itu.

“Kau tentu sudah masak dengan prinsip hidup aku. Berpendirian

tetap. Bukan seperti lalang yang ditiup angin. Sekejap ke kiri, sekejap

ke kanan. Apa yang aku kata mesti dikota. Jadi, tak usahlah kau cuba

nak ubah prinsip hidup aku.”

Azmi mengangguk-anggukkan kepala.

“Aku faham! Aku bangga mempunyai seorang kawan seperti

kau. Berpendirian tegas. Tapi apa yang aku cakapkan ni demi untuk

masa depan syarikat kita juga.”

Karim diam. Nasihat Azmi baginya umpama masuk telinga kanan

keluar telinga kiri.

Dia malas lagi hendak bertekak dengan Karim. Dia pura-pura

melihat jam di tangan. Kemudian dia bingkas bangun.

510

Page 511: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kau nak ke mana?” tanya Karim sambil kedua-dua biji matanya

tepat memandang wajah Azmi.

“Aku ada urusan. Aku harap kau fikirlah masak-masak nasihat

aku tadi,” ulangnya lagi.

“Azmi, dalam dunia bisnes kita tidak boleh mudah mengalah.

Kita punya banyak persaingan. Kita mesti berani membuat keputusan.

Kalau tidak kita akan ketinggalan.”

“Tapi keberanian kau tak bertempat.” Dia terus menyanggah

kata-kata Karim.

Lamunan Azmi yang jauh melayang itu terhenti. Kedua-dua biji

matanya tidak berkelip-kelip melihat laut yang membiru. Melihat

ombak terus memukul pantai. Melihat buih-buih memutih. Bayu laut

menyapu seluruh badannya. Dia berteduh di bawah pohon cemara

yang rendang. Dingin rasanya. Jalur-jalur cahaya matahari terpantul di

atas permukaan daun-daun hijau. Bayu laut yang bertiup kencang

menerbangkan daun-daun hijau dan kering yang gugur. Berterbangan

entah ke mana. Mengikut tari bayu laut.

511

Page 512: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Syarikat Setia Construction Sdn. Bhd. bukannya sebuah syarikat

yang kecil. Mereka juga mempunyai sebuah kilang kelapa sawit di

Kampung Serting Hilir.

Pada satu pagi dia datang menemui Karim sambil membawa

sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.

“Lebih baik kita hentikan saja operasi kilang kelapa sawit di

Kampung Serting Hilir tu.”

“Hentikan? Kenapa?” Karim menyoal dengan penuh hairan.

“Kau tak baca surat khabar ke?”

“Kenapa pulak?” soal Karim lagi umpama muntahan peluru

daripada muncung senapang.

“Kau tengok ni,” kata Azmi sambil menghulurkan akhbar

berkenaan kepada Karim.

Dia pantas menyambutnya. Muka depan akhbar itu memaparkan

tentang berita pencemaran air sungai di Kampung Serting Hilir. Akibat

pembuangan sisa-sisa bahan kilang kelapa sawit mereka. Berita itu

512

Page 513: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

sedikit pun tidak menarik perhatian Karim. Dia menyerahkan semula

akhbar itu kepada Azmi.

“Kilang kelapa sawit ni dah banyak memberi keuntungan kepada

kita. Senang-senang kau suruh tutup.”

“Sisa-sisa bahan buangannya mencemarkan alam sekitar. Orang-

orang di Kampung Serting Hilir tidak dapat menggunakan air sungai

untuk minum, memasak dan mencuci,” jelas Azmi pula.

“Itu bukan masalah kita,” jawab Karim senang.

Dia cukup berang apabila mendengar kata-kata Karim itu.

“Bukan masalah kita kau kata? Silap-silap kita boleh dikenakan

tindakan undang-undang.”

“Kita kan banyak wang. Masalah itu boleh diatasi,” Karim

membalas sambil memandang Azmi yang berdiri tegak.

“Ya, itu aku tahu. Dengan wang kita boleh membeli segala-

galanya. Tapi kita tidak boleh menodai pemberian Tuhan di atas muka

bumi ini.”

513

Page 514: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Aku mahu syarikat ini maju ke depan. Bukannya ke belakang.

Walau apa pun yang terjadi kilang itu tidak akan ditutup,” bentes

Karim lagi.

Azmi berwajah hampa. Seperti bala tentera yang tewas di medan

perang. Karim memang degil orangnya. Jenis tak makan pujuk. Jenis

tak makan nasihat.

Kalau diturutkan hati mahu sahaja dia berhenti dari Syarikat

Setia Construction Sdn. Bhd. Tetapi dia tidak mahu mengambil

keputusan terburu-buru. Dia sudah beristeri dan mempunyai tiga

orang anak. Dahulu isterinya bekerja. Tetapi sekarang sudah berhenti.

Dia mahu isterinya menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah

tangga. Mengasuh anak-anaknya menjadi manusia yang berguna pada

agama, bangsa dan negara. Dia juga tidak terlepas daripada

tanggungjawab itu. Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan dia

tetap meluangkan masa memberikan belaian kasih sayang kepada

isteri dan nak-anaknya. Pada hari minggu dia akan membawa

keluarganya bersiar-siar. Dia mahukan keluarganya bahagia harmoni.

Baginya itulah harta yang paling bernilai.

Dia melihat jam di tangan.

514

Page 515: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tepat menunjukkan pukul 10:00 pagi. Bola matahari semakin

meninggi di kaki langit. Laut biru tenang. Ombak masih lagi terus

memukul pantai. Mengapung buih-buih memutih. Cantik. Membasuh

pasir dan batu-batu kecil. Bayu laut bertiup segar. Enak. Pohon-pohon

cemara mengalunkan irama gemersik. Apabila daun-daunnya

bergeseran antara satu sama lain.

Riuh-rendah kedengaran suara orang mandi di pantai. Hari Ahad.

Hari untuk berhibur bersama keluarga. Setelah seminggu suntuk penat

bekerja.

Azmi juga merupakan pemegang saham yang kedua terbesar

dalam Syarikat Setia Construction Sdn. Bhd. Pemegang saham yang

terbesar ialah Karim. Yang merupakan pengasas Syarikat Setia

Construction Sdn. Bhd. Dia adalah raja. Segala keputusan yang

dibuatnya tidak boleh dibantah. Semua tindakannya betul biarpun

salah di mata pekerja-pekerja yang lain. Azmi dan pekerja-pekerja

yang lain tidak mempunyai hak untuk bersuara. Dia mengamalkan

konsep mentimun dengan durian.

Seperkara lagi Karim suka mencari kelemahan orang lain.

515

Page 516: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Kenapa kau tak naikkan gaji, Nasir? Kan dia sudah hampir tujuh

tahun bekerja dengan syarikat ni,” kata Azmi pada Karim pada suatu

petang.

“Dia tak pandai kerja. Lembap.”

“Tapi aku tengok dia rajin orangnya.” Dia membela Nasir.

“Orang yang pandai bekerja saja akan dinaikkan gaji. Itu prinsip

aku.”

“Kau tak kasihan kepada dia?” tanya Azmi lagi.

“Nak kasihan apa?” dia sebaliknya menyoal kembali Azmi.

“Keluarga dia besar. Isteri tak bekerja. Anak pulak lima orang.”

Cara Azmi bercakap tak ubah macam seorang peguambela di

mahkamah. Yang berusaha untuk melepaskan yang tertuduh daripada

sebarang hukuman.

“Kalau aku fikirkan itu semua syarikat ini akan rugi.” Karim

mematahkan hujah-hujah Azmi.

516

Page 517: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Azmi melemparkan pandangan yang tajam pada wajah rakan

kongsinya itu. Dan bersuara:

“Jadi, kau tak luluskan surat sokongan aku untuk menaikkan gaji

Nasir.”

“Tidak!” jawab Karim sambil menggeleng. Kau zalim, Karim! Tak

berhati perut. Tak berperikemanusiaan. Kau perah tenaga orang lain

sehingga kering semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Manusia

jenis apa kau ni, hah? Protes Azmi dalam hati kecilnya.

Selang beberapa bulan Nasir pun berhenti kerja.

“Saya terpaksa tinggalkan syarikat ini, Encik Azmi. Gaji yang

ditawarkan oleh Syarikat Mutiara Construction Sdn. Bhd. lebih lumayan

daripada syarikat ini,” jelasnya pada hari terakhir dia bekerja di

Syarikat Setia Construction Sdn. Bhd.

Azmi menarik nafas panjang. Dan mengangguk.

“Saya faham, Nasir! Tapi kehilangan awak merupakan satu

kehilangan yang besar kepada syarikat ini. Saya tahu. Awak kecewa

kerana surat sokongan saya untuk menaikkan gaji awak tidak

517

Page 518: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

diluluskan oleh Encik Karim. Bukan?” Kedua-dua biji mata Azmi tunak

memandang Nasir yang berambut kerinting serta berkulit hitam manis.

“Saya tak kisa itu semua. Islam menyeru umatnya supaya

menganggap setiap kerja yang dilakkan di atas muka bumi ini sebagai

satu ibadah. Saya sayangkan syarikat ini. Saya seronok bekerja di sini.

Tapi saya perlu juga fikirkan masa depan keluarga saya, Encik Azmi,”

ujarnya dengan penuh panjang lebar.

518

Page 519: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

34

TEGUH

Sayup-sayup kedengaran bunyi burung punai. Pak Hamid

terhenti seketika. Dia mendongakkan kepala ke atas memandang bola

matahari yang kian meninggi di kaki langit. Bahangnya terasa pedih

bila menggigit permukaan kulitnya yang hitam manis itu. Kemudian

dia toleh ke kanan dan kiri sambil menarik nafas panjang.

Cuma tinggal satu relung lagi yang perlu ditajak. Dia mengatur

langkah lima tapak ke arah taliair untuk membasuh lumpur yang

melekat di kakinya. Kemudian perlahan-lahan dia menuju ke arah

pondok usang yang terletak tidak jauh dari situ. Tajak pantas

disandarkannya pada tiang pondok itu. Pak Hamid lalu melabuhkan

punggung di atas pangkin kayu sambil mengesat peluh yang mengalir

dengan kain putih yang melilit kepalanya.

Angin bertiup perlahan terasa segar menyapu tubuhnya apabila

dia membuka baju. Mengibas-ngibas ke kanan dan kiri untuk

mendapatkan hawa dingin.

519

Page 520: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kopi yang telah sejuk itu lantas diteguknya untuk menghilangkan

dahaga. Ubi rebus yang sejuk juga melepasi kerongkongnya. Bekalan

daripada isterinya yang setia iaitu Mak Limah sebagai buat perut.

Kemudian dia menyucuhkan api pada rokok daun.

Dihembusnya asap yang memutih berkepul-kepul memenuhi

ruang udara.

Kedua-dua biji matanya yang tua itu sayu memandang sawah

padi yang terbentang luas. Dia teringat semula. Buah padi yang

menguning melambai-lambai bila ditiup angin. Alangkah damainya.

Jiwanya dibalut pilu. Bila wajah Seman terdampar di ruang

matanya. Lintah darat yang menghisap darah orang-orang Kampung

Batu Lebar.

“Pak Hamid dah tua.”

“Jadi?”

“Jualkan saja tanah tu!” desaknya.

“Jual?” Pak Hamid terperanjat.

520

Page 521: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Ya!” angguk Seman.

Mata Pak Hamid tunak memandang Seman. Manusia yang tidak

berhati perut.

Seman mengangkat muka.

“Pak Hamid cakap berapa harganya? Kami boleh bayar!” ujarnya

dengan penuh angkuh.

Pohon-pohon nyiur mengeluarkan bunyi yang gemersik bila

ditiup angin. Tanah merah berlumpur akibat hujan lebat malam tadi.

Pak Hamid menghela nafas panjang.

Kesayuan terpancar jelas di wajah tuanya itu.

“Mengapa pula?” Dia meminta penjelasan daripada Seman.

“Demi untuk pembangunan.”

Pak Hamid lantas berasa hairan. Dia benar-benar tidak mengerti.

521

Page 522: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Pembangunan apa?” soalnya bertubi-tubi kali. Seperti

muntahan peluru daripada muncung mesin-gun.

“Sebuah kilang simen akan dibina di sana,” Seman pantas

menjawab sambil menudingkan jari telunjuknya tepat ke arah

hamparan sawah padi yang menghijau bak permaidani yang

terbentang luas.

Sebaliknya Pak Hamid tidak berpuashati dengan kenyataan itu.

“Kenapa pula kampung ini dijadikan sasaran dan bukannya di

bandar?” Lagak Pak Hamid tak ubah seperti seorang senator yang

membentangkan usul perbahasan di Dewan Negara.

“Sebab kampung ini mempunyai potensi besar untuk maju.

Tambahan pula ia dapat membekalkan tenaga buruh yang ramai

terutama sekali daripada anak-anak muda,” jelas Seman lagi.

Diam.

Dia memandang tajam tubuh Seman yang gempal itu. Kedua-

dua biji matanya tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Sementara itu

522

Page 523: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Seman berasa bosan melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Pak Hamid

itu sambil berkata:

“Sudahlah! Jangan dikir-fikirkan lagi. Orang-orang kampung yang

lain sudah pun setuju menjual tanah sawah mereka. Cuma Pak Hamid

seorang aje yang belum memberi kata putus!” Seman ternyata belum

berputus asa terus mempengaruhi Pak Hamid agar mengubah

pendiriannya.

Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Kemudian bersuara:

“Aku tak setuju, Seman!” dia bersuara sambil menggeleng-

gelengkan kepala.

Serta-merta sahaja wajah Seman diselaputi rasa hampa bila

mendengar jawapan itu.

Umpama bala tentera yang kecundang di medan perang.

“Apalagi yang Pak Hamid mahu?” Seman mengeluh.

“Ini tanah pusaka aku,” jawab Pak Hamid mempertahankan

haknya. Perdebatan antara mereka berdua makin hebat.

“Jadi, Pak Hamid tak suka pembangunan?”

523

Page 524: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Geleng.

“Bukan aku tak suka.”

“Habis?” Seman bagaikan tak sabar-sabar lagi pantas

memotong.

“Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini memang berhak

menikmati kemajuan ….” Dia tak sempat untuk menghabiskan kata-

kata.

“Hah, faham pun!” balas Seman megah.

Pak Hamid enggan mengalah.

“Tapi ….”

“Tapi apa?” Seman meninggikan suara. Pak Hamid merenung

wajahnya dengan penuh dalam seperti lautan biru nan luas.

“Tempatnya tak sesuai.” Pak Hamid memberi penerangan.

524

Page 525: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Reaksi Seman pula umpama orang yang tak berdaya lagi untuk

meneruskan hidup bila mendengar kata-kata yang terkeluar daripada

mulut Pak Hamid.

“Tak sesuai macam mana lagi, Pak Hamid?”

“Seman, kau tahu bukan bahawa sisa-sisa bahan buangan kilang

itu akan mencemarkan seluruh kampung ini termasuk sekali air sungai.

Asapnya pula mendatangkan penyakit kepada orang kampung,” ujar

Pak Hamid pantas membantah projek tersebut.

“Pak Hamid jangan menolak tuah!” Seman mengutarakan alasan

yang kukuh. Agar dapat melembutkan hati Pak Hamid yang keras

seperti seketul batu pejal.

“Tidak, Seman!” Pak Hamid menggelengkan kepala.

Dia tetap berdegil. Walau apa pun yang bakal terjadi dia tetap

tidak akan menjualkan tanah sawahnya yang luas cuma sekangkang

kera itu.

525

Page 526: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

“Seman, sampai mati pun aku tak akan jual,” ikrarnya lagi

dengan berkobar-kobar. Seman memandang tepat wajah orang tua

yang bersemangat besi waja itu.

“Baiklah!” Seman bersuara sambil mengangguk.

“Tapi saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat jugak membeli

tanah itu.”

Pak Hamid hanya diam. Membisu seribu bahasa. Tanpa berkata

walau sepatah pun.

Seman bergegas pergi dari halaman rumah Pak Hamid menuju

ke arah kereta Mercedes Benz yang berwarna hitam pekat. Tangannya

begitu pantas membuka pintu. Dan menghempaskannya semula

dengan kuat. Seolah-olah melepaskan kemarahan yang memuncak

kepada Pak Hamid.

Secepat kilat dia menghidupkan enjin mengaum bunyinya

seperti seekor harimau yang lapar mahu menerkam mangsanya. Pak

Hamid memandang sahaja gelagat yang sengaja dipamerkan oleh

Seman itu.

526

Page 527: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Kereta mewah itu bergerak perlahan-lahan kerana lumpur

meliputi tayar. Perjalanannya juga tersekat-sekat akibat lubang yang

terdapat di permukaan jalan tanah merah. Lama-kelamaan bayangan

kereta Seman beransur-ansur hilang daripada pandangan Pak Hamid.

Tanpa membuang masa lagi, dia mengatur langkah ke arah anak

tangga. Sambil menanggalkan sepatu yang sudah nampak benar

usang dan meletakkannya di tepi anak tangga. Kemudian dia

membuka tudung tempayan dan menceduk air dengan tempurung lalu

membasuh kedua-dua belah kaki. Selesai sahaja membasuh kedua-

dua belah kaki, dia lalu menapak mata tangga secara perlahan-lahan

satu persatu.

“Apahalnya Si Seman itu datang kemari?” sergah Mak Limah

yang muncul tiba-tiba dari dapur. Sebaik-baik sahaja Pak Hamid

mencecahkan kaki di anjung rumah.

Dia tidak menjawab pertanyaan itu.

Pak Hamid memilih untuk berdiam diri. Sambil merenung tajam

wajah isterinya yang juga jelas dimamah usia. Kemudian Pak Hamid

melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang yang telah lapuk.

527

Page 528: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Tubuhnya yang kurus itu disandarkannya pada tiang seri. Mak

Limah hanya memandang sahaja kelakuan suaminya.

Bola matahari kian meninggi. Panasnya hingga boleh mencairkan

otak.

Ruang anjung rumah ditutupi dengan setengah dinding papan.

Ini menjadikan angin mudah menerpa masuk. Terasa segar bila

menyapu permukaan kulit Pak Hamid dan Mak Limah yang dimakan

kedut.

“Entahlah,” Pak Hamid mengeluh.

“Kenapa pulak, bang?”

Mak Limah semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih

lanjut lagi dan perlahan-lahan menghampiri suaminya.

“Tak lama lagi projek kilang simen akan bermula di kampung

kita.”

“Jadi?” tanya Mak Limah tak putus-putus.

528

Page 529: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Pak Hamid mencuri pandang ke luar melalui jendela kayu yang

terbuka luas. Banjaran gunung yang memanjang tambah subur

menghijau. Pokok rambutan, langsat, sukun, cempedak dan lain-lain

lagi meliuk-liuk ke kanan dan kiri bila ditiup angin. Ini semua adalah

anugerah Tuhan. Dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak

terhingga di hati kecilnya.

Dia hampir terlupa menyoroti semula persoalan yang terhenti

buat seketika.

Pak Hamid bersuara serentak mengangkat muka:

“Tanah sawah kita juga terlibat sama.”

“Jadi?” Mak Limah mengulangi soalan yang sama.

“Dia mendesak abang agar menjualkannya.”

“Jadi abang setuju?” Mak Limah meninggikan kepala sedikit.

Geleng.

“Tidak sama sekali!” Dia berwajah tegas.

529

Page 530: BAB 1 - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa ... · Web viewDuit keuntungan syarikat lebih banyak dilaburkannya dengan melancong ke luar negara bersama keluarga serta membeli

Dia tetap mempertahankan haknya yang sejati hingga ke titisan

darah yang penghabisan.

“Saya bimbang, bang!” Mak Limah bersuara cemas. Seperti

dibayangi rasa ketakutan. Namun Pak Hamid tidak menampakkan

perasaan yang resah gelisah sebaliknya bersikap tenang.

530