BAB 1 RESPIRASI 1.2

5
1.2 Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Manusia BAB 1 : RESPIRASI

description

sains

Transcript of BAB 1 RESPIRASI 1.2

Page 1: BAB 1 RESPIRASI 1.2

1.2 Pengangkutan Oksigen Dalam Badan

Manusia

BAB 1 : RESPIRASI

Page 2: BAB 1 RESPIRASI 1.2

PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN

1) Semasa bernafas, kepekatan oksigen di dalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.

2) Darah beroksigen masuk ke dalam peparu melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveolus.

3) Alveolus adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku

4) Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui peparu

Page 3: BAB 1 RESPIRASI 1.2

PENYEBARAN OKSIGEN DARIPADA

ALVEOLUS KEPADA KAPILARI DARAH1) Alveolus mempunyai permukaan yang lembap,

berdinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah yang membantu meningkatkan kadar pertukaran gas.

2) Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveolus. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.

3) Apabila kepekatan oksigen di dalam alveolus adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah.

4) Membran nipis alveolus meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.

5) Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.

Page 4: BAB 1 RESPIRASI 1.2

PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH DARAH

1) Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.

2) Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).

3) Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit).

4) Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.

5) Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil.

Hemoglobin + Oksigen → Oksihemoglobin

6) Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen.

Page 5: BAB 1 RESPIRASI 1.2

PENYEBARAN OKSIGEN DARIPADA

KAPILARI DARAH KE SEL-SEL BADAN1) Apabila sampai ke sel-sel badan yang

kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin.

Oksihemoglobin + Oksigen → Hemoglobin

2) Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke peparu untuk mengikat oksigen baru.

3) Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.

4) Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada peparu semasa proses menghembus nafas.