Bab 10 b(entri pesanan).doc

19
Bab 10 Entri pesanan adalah matlamat akhir perniagaan; ia adalah bermulanya daripada satu rantaian peristiwa-peristiwa yang kompleks yang mencapai puncaknya dengan penyerahan produk atau perkhidmatan kepada pembeli. Sistem entri pesanan adalah satu ruang antara muka (interface) kepada komponen-komponen lain bagi interaksi sistem pemprosesan, serta antara muka antara perniagaan dan pelanggan-pelanggannya. Kebanyakan gedung Internet cuba menjadikan aktiviti belian dalam talian sebagai sesuatu yang biasa dan seberapa mudah yang mungkin. Produk fizikal yang tersusun di rak-rak digantikan dengan katalog-katalog elektronik yang memuatkan gambar-gambar foto, huraian terperinci tentang produk, dan maklumat harga serta saiz. Pandangan daripada pihak ketiga boleh disediakan bagi membantu pembeli dalam memilih antara jenama atau model yang berbeza. Apabila pelanggan sudah bersedia untuk membeli, pelanggan tersebut hanya klik kepada produk dan ia dimasukkan ke dalam troli belian maya pengguna, dan aktiviti belian diteruskan kepada semak habis (checkout). Semak habis bermaksud membuat pembayaran dan urusan penghantaran, sama ada dilakukan secara dalam talian atau di luar talian. Sistem-sistem entri pesanan yang lain adalah kurang jelas kelihatan. Mereka boleh mengambil input daripada syarikat lain dalam bentuk mesej EDI, di mana ia telah diproses berdasarkan 1

description

bab

Transcript of Bab 10 b(entri pesanan).doc

Page 1: Bab 10 b(entri pesanan).doc

Bab 10

Entri pesanan adalah matlamat akhir perniagaan; ia adalah bermulanya daripada

satu rantaian peristiwa-peristiwa yang kompleks yang mencapai puncaknya dengan

penyerahan produk atau perkhidmatan kepada pembeli. Sistem entri pesanan adalah

satu ruang antara muka (interface) kepada komponen-komponen lain bagi interaksi

sistem pemprosesan, serta antara muka antara perniagaan dan pelanggan-

pelanggannya.

Kebanyakan gedung Internet cuba menjadikan aktiviti belian dalam talian

sebagai sesuatu yang biasa dan seberapa mudah yang mungkin. Produk fizikal yang

tersusun di rak-rak digantikan dengan katalog-katalog elektronik yang memuatkan

gambar-gambar foto, huraian terperinci tentang produk, dan maklumat harga serta saiz.

Pandangan daripada pihak ketiga boleh disediakan bagi membantu pembeli dalam

memilih antara jenama atau model yang berbeza. Apabila pelanggan sudah bersedia

untuk membeli, pelanggan tersebut hanya klik kepada produk dan ia dimasukkan ke

dalam troli belian maya pengguna, dan aktiviti belian diteruskan kepada semak habis

(checkout). Semak habis bermaksud membuat pembayaran dan urusan penghantaran,

sama ada dilakukan secara dalam talian atau di luar talian.

Sistem-sistem entri pesanan yang lain adalah kurang jelas kelihatan. Mereka

boleh mengambil input daripada syarikat lain dalam bentuk mesej EDI, di mana ia telah

diproses berdasarkan perjanjian sebelumnya antara rakan perniagaan. Perjanjian itu

sendiri adalah hasil satu proses perundingan yang kompleks, dan pelaksanaan sistem

tersebut mungkin telah memerlukan pelaburan yang besar daripada kedua-dua pihak.

Kedua-dua pihak menjangka sistem ini akan membawa keuntungan di masa akan

datang, melalui kos operasi yang lebih murah dan kecekapannya yang lebih baik.

Dua sistem yang merupakan nadi bagi sesebuah perniagaan: kawalan inventori

(inventory control) dan lejar am (general ledger). Tumpuan kawalan inventori adalah

logistik produk, manakala lejar am pula merekod aliran dana. Satu bahagian yang

berkait rapat dengan ini, adalah merupakan entri pesanan pelanggan, bil dan akaun

belum terima, yang menyediakan sokongan transaksi untuk jualan. Satu bahagian yang

1

Page 2: Bab 10 b(entri pesanan).doc

lain pula adalah pembelian, pengeluaran dan akaun perlu dibayar, bagi transaksi-

transaksi yang berkaitan untuk bekalan dan bahan mentah.

Lazimnya, sistem kawalan inventori menjejaki kuantiti barangan yang dimiliki,

untuk menunjukkan bila produk perlu dipesan semula dan mengira nilai bagi inventori

tersebut. Input dalam sistem mengandungi jualan, pengeluaran dan notis penerimaan

data. Data jualan memberitahu barang siap yang telah dijual dan menerima notis rekod

penghantaran bekalan dan bahan mentah. Apabila barang-barang telah dihantar,

kuantiti barang yang dikeluarkan daripada inventori dicatat. Ia dihubungkan kepada satu

sistem pengeluaran yang merekod penggunaan bekalan dan bahan apabila ia diubah

menjadi produk untuk pelanggan.

Pada dasarnya, sistem pembelian dan entri pesanan adalah saling melengkapi:

sistem pembelian sesebuah syarikat merupakan satu antara muka bagi sistem entri

pesanan sebuah syarikat lain. Apabila satu pesanan memasuki data telah disahkan dan

ketersediaan inventori dan kredit pelanggan tersebut disemak. Sistem akan mencari

unit harga bagi setiap butiran, dan menyediakan pesanan pembelian. Keluaran (output)

tambahan mungkin merupakan satu laporan prestasi vendor yang menunjukkan

kemampuan seseorang vendor dapat menepati tarikh akhir penghantaran dan matlamat

kualiti/kuantiti.

Lejar am menghubungkan sistem-sistem ini bersama melalui data kewangan

yang digambarkan. Sistem itu menyelesaikan pesanan pembelian, invois pembekal dan

menerima notis bagi memastikan kuantiti yang dipesan sepadan dengan kuantiti yang

diterima dan kuantiti bagi pembekal yang terlibat. Jika terdapat sebarang kecelaruan,

peniaga akan menghubungi pembekal untuk menyelesaikannya. Sebagai tambahan,

sistem itu juga mengingatkan pelanggan invois yang terlewat dan menghantar rumusan

bagi caj invois dan bayaran kepada pelanggan.

Entri Pesanan Automatik

Entri pesanan automatik bagi perdagangan elektronik merupakan penghubung antara

keputusan pembelian dari pihak pelanggan dengan sistem entri pesanan pembekal. Di

2

Page 3: Bab 10 b(entri pesanan).doc

internet, sistem entri pesanan mestilah disepadukan dengan paparan produk supaya

pelanggan dapat memilih beberapa barang bagi sesuatu pembelian.

Asas-asas bagi three-tier client / model pelayan (server model) menjelaskan had

Jaringan Sejagat (World Wide Web) dan menawarkan wawasan kepada pelaksanaan

rangkaian yang menyokong perikatan elektronik. Rangkaian komputer dibahagikan

kepada dua bahagian: komputer, dimana kita boleh duduk di hadapannya dan menaip

atau menggunakan tetikus; dan rangkaian, satu sistem yang misteri atau

interconnections yang membenarkan pengguna untuk mengakses komputer-komputer

lain. Kita dapat mengurangkan kerumitan dengan beranggapan bahawa rangkaian

melakukan tugasnya sendiri dengan membenarkan komputer-komputer untuk

berkomunikasi antara satu sama lain.

Jurutera-jurutera yang telah mereka sistem ini membahagikan peranan yang

dimainkan oleh komputer yang dihubungkan kepada rangkaian kepada tiga:

penyampaian, pemprosesan dan pengurusan data. Mereka telah menemui idea sangat

berguna ini yang mana ia telah disepadukan ke dalam hampir semua perisian yang kita

gunakan. Mereka memanggil ia three-tier client/serve) kerana terdapat tiga perkara

yang perlu dilakukan; secara rasminya, mereka menyebut ia lapisan persembahan

(presentation layer), lapisan penggunaan (application layer) dan lapisan pengurusan

data (data management layer).

Sistem Three-Tier Client/Server di Tempat Kerja

Mari kita mulakan dengan sebuah komputer biasa dalam sebuah pejabat. Ia adalah

mudah untuk mengenal pasti beberapa bahagian: skrin, papan kekunci, tetikus, sebuah

pencetak atau pengimbas dan sebuah “kotak" dimana semua bahagian ini

disambungkan. Pada peringkat ini, kita dapat mengenal pasti tiga lapisan: (1)

penyampaian: skrin dan pencetak (output); (2) penggunaan: “kotak" (pemprosesan –

tidak bekerja melainkan jika ia digerakkan); dan pengurusan data: papan kekunci,

tetikus, pengimbas (input).

3

Page 4: Bab 10 b(entri pesanan).doc

Memulakan komputer bermakna memulakan sistem pengendaliannya (operating

system). Secara teknikalnya, sistem pengendalian bertanggungjawab terhadap

komunikasi dengan semua bahagian komputer dan menggabungkan kesemua model

three-tier client/server. Bagaimanapun, tugasnya yang paling penting adalah

pengurusan data: setiap kali sebuah fail diminta, ia akan membuka sistem kerja untuk

mendapatkan fail dari tempat ia disimpan.

Memulakan program yang lain: sebagai contoh, satu pelayar web (web browser).

Sistem pengendalian itu mencari di mana program itu disimpan dan memberikan ia

kawalan sebuah tetingkap (mungkin keseluruhan skrin) yang boleh digunakan untuk

persembahan; dan beberapa sumber yang boleh digunakan untuk pemprosesan.

Lazimnya, pelayar itu disambungkan kepada satu rangkaian. Browser hanya

mementingkan persembahan; itulah had peranannya. Ia bergantung kepada sistem

pengendalian untuk mencari fail yang dinginkan, dan kemudian mempersembahkan ia.

Ia cuma membuat satu permintaan dan menunggu; apabila gerak balas diterima, ia

dipersembahkan. Ia adalah pelanggan yang membuat permintaan server. Apabila (dan

jika) server membalas, ada sesuatu yang perlu dilakukan; jika tidak, ia hanya

menunggu. Jika server tidak bergerak balas selepas tempoh masa tertentu, browser itu

akan mempamerkan satu mesej ralat (error message).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, mencari sebuah fail merupakan fungsi

pengurusan data. Jika permintaan adalah bagi sesuatu fail di rangkaian itu, sistem

pengendalian akan menghubungi server yang berkenaan merentasi rangkaian. Server

tersebut perlu mendengar permintaan fail, di mana ia adalah tugas webserver

(penggunaan) pada sistem itu. Tugas Webserver hanyalah untuk bergerak balas

terhadap permintaan untuk sebuah fail. Webserver menghabiskan kebanyakan

masanya dengan tidur; ia hanya bangun apabila satu permintaan diterima dan

menjawab terhadap permintaan yang masuk.

4

Page 5: Bab 10 b(entri pesanan).doc

Webserver menganalisis permintaan dan memutuskan jika ia adalah satu

permintaan yang mudah atau satu permintaan yang kompleks. Jika ia adalah satu

permintaan mudah, webserver memanggil server sistem pengendalian untuk memberi

ia sebuah fail untuk dihantar semula kepada pelanggan (klien). Jika halaman yang

diminta memerlukan pemprosesan, sebagai contoh, pemeriksaan jumlah produk dalam

stok, server tersebut menyerahkan permintaan kepada sebuah program lain yang akan

menjana sebuah halaman web di mana server itu akan kembali. Dalam kedua-dua kes,

tugas webserver hanyalah menjawab permintaan dengan sebuah fail bagi sesuatu

browser.

Kebanyakan webservers boleh ditambah, melalui satu pengaturcara penggunaan

antara muka (application programmer’s interface - API). Pengaturcara-pengaturcara

(programmers) juga boleh mewujudkan halaman web khusus melalui get laluan

sepunya antara muka (common gateway interface - GCI). Pemilihan kaedah adalah

satu isu teknikal, yang akhirnya akan bergantung kepada pengaturcara dan matlamat

bagi sistem itu. Akhirnya, apa sahaja kaedah yang digunakan, satu halaman web

khusus dicipta yang mana webserver boleh menghantar semula kepada browser.

5

HTTP Request

Cookie Data

HTTP Request

Cookie Data

Browser

Plug-in

API

CGI

Database

Webserver

HTML and Files

Log Files

Web Pages and Graphics

Page 6: Bab 10 b(entri pesanan).doc

Sekarang, ia sepatutnya sudah jelas bahawa jurutera-jurutera itu adalah seperti

model three-tier client/server berdasarkan dua alasan: (a) setiap pihak mempunyai had

tanggungjawab yang jelas dan (b) peranan-peranan boleh melata (cascade) daripada

satu pihak kepada yang lain. Daripada sudut pandangan pereka itu, urutan di atas

adalah:

1. Browser (lapisan persembahan) meminta sebuah fail.

2. Sistem pengendalian (lapisan pengurusan data) meneruskan permintaan itu

untuk satu lagi server.

3. Webserver (penggunaan) menerima permintaan itu dan bertanya sama ada

kepada sistem pengendalian atau program lain (pengurusan data) untuk gerak

balas yang bersesuaian kepada mesej.

4. Pengurusan data memberi sesuatu semula dan penggunaan diteruskan

sepanjang persembahan; atau penggunaan mengeluarkan satu mesej ralat

untuk persembahan jika pengurusan data tidak memberi respon.

5. Persembahan memaparkan respon tersebut kepada pengguna dan menunggu

untuk permintaan yang seterusnya.

Penghantaran Produk Khusus

Hubungan antara browser dan webserver adalah sukar dinyatakan, ini bermakna

bahawa browser tidak mengetahui jika server sudah tersedia apabila ia membuat satu

permintaan, dan server tidak peduli sama ada browser sudah sedia ada apabila ia

bergerak balas kepada permintaan tersebut. Untuk membuat entri pesanan dalam talian

berfungsi, kita perlu mengekalkan “bentuk" (state) sesuatu transaksi. Dalam erti kata

lain, untuk bergerak melalui proses, browser atau server harus mengingati langkah-

langkah yang telah siap.

Di internet, beberapa mekanisme boleh didapati untuk memasukkan bentuk

maklumat (information state) dalam permintaan itu yang diteruskan dari browser kepada

program CGI melalui Webserver. Selain itu, kebanyakan sistem terkawal menggunakan

“pengawas pemprosesan transaksi" (transaction processing monitors - TPM) atau

6

Page 7: Bab 10 b(entri pesanan).doc

middleware untuk memastikan bahawa semua langkah dapat disiapkan dalam susunan

yang betul.

Pautan (links) yang mendasari pangkalan data adalah kunci kepada kejayaan.

Pangkalan data produk yang canggih dan pautannya kepada sistem entri pesanan dan

paparan membezakan komoditi daripada perkhidmatan entri pesanan yang biasa. Entri

pesanan komoditi menawarkan pilihan rutin bagi produk, harga dan penghantaran.

Tapak (sites) ini meniagakan produk atas kemudahan, ketersediaan dan harga yang

berpatutan. Produk-produk “Off-the-shelf" dan perkhidmatan-perkhidmatan yang

standard juga boleh didapati. Pembayaran dan pilihan penghantaran mungkin berbeza-

beza mengikut keadaan produk dan keadaan transaksi, tetapi hanya boleh dipilih dalam

lingkungan set yang terhad. Entri pesanan yang biasa membenarkan rundingan kepada

pilihan bukan standard; barangan khusus atau sebungkus barangan berserta

perkhidmatan. Tapak ini bertindak sebagai sebuah kenderaan untuk membuka

rundingan kepada produk, harga dan pilihan penghantaran.

Bayangkan sebuah kedai pakaian berasaskan Web yang menggabungkan

teknologi yang membenarkan pelanggan-pelanggan untuk mencuba pakaian.

Keputusan untuk memilih antara saiz sederhana atau lebih besar boleh menjadi mudah

dengan menggunakan tetikus komputer untuk menyeret (drag) baju maya ke atas imej

3D pelanggan tersebut untuk melihat sama ada ianya padan atau bersesuaian. Bagi

peruncit dan pengilang yang terus mengeluarkan saiz yang standard untuk pelanggan

mereka, teknologi ini akan meransang keinginan pengguna untuk mencuba pakaian di

bilik persalinan gedung tersebut. Ada juga yang bercadang membuat perniagaan

menjahit pakaian, dengan menggunakan imej 3D untuk mengikut saiz tempahan dan

kesesuaian bagi seseorang pelanggan.

Muzik dan komputer adalah antara produk lain yang mana gabungan inovasi dan

ekonomi. Pelanggan-pelanggan di kedai muzik dalam talian mempunyai pilihan atau

membeli CD yang boleh didapati di gedung muzik itu. Atau, jika mereka mahu, mereka

juga boleh mencipta CD mereka sendiri daripada sejumlah bilangan perakam digital.

7

Page 8: Bab 10 b(entri pesanan).doc

Cisco membina hampir keseluruhan produk-produknya (routers, suis dan rangkaian lain yang bersambungan dengan peranti) untuk pesanan, jadi cuma terdapat sangat sedikit produk off-the-shelf. Sebelum syarikat dapat mewujudkan kemampuan jualan Internet, pesanan sesuatu produk mungkin adalah rumit. Secara umumnya, jurutera di tapak pelanggan (customer sites) tahu jenis produk yang diperlukan dan bagaimana ia harus diatur (configured). Jabatan Perolehan (procurement department) kemudiannya akan membuat pesanan belian dan menghantarkannya kepada Cisco melalui faks, telefon atau e-mail. Pihak pentadbir perkhidmatan pelanggan Cisco akan memasukkan pesanan ke dalam sistem Cisco yang teruji untuk mengesahkan pesanan tersebut, ia akan menemui kesilapan dalam bagaimana produk itu telah diatur. Pesanan yang tidak disahkan akan di tolak, pelanggan akan dihubungi dan kitaran perolehan akan dibuat semula.

Hari ini, jurutera yang sama boleh mengkonfigurasi produk dalam talian, mengetahui dengan segera jika terdapat sebarang kesilapan, dan menghantar pesanan kepada jabatan perolehan. Disebabkan struktur penentuan harga sudah ada diatur ke dalam tapak Cisco, pembeli yang diberi autoriti dapat melengkapkan pesanan dengan beberapa keystrokes. Dan, selain daripada menelefon Cisco untuk memesan, invois atau akaun maklumat, seorang pelanggan dengan autoriti (authorization) yang betul juga boleh mengakses maklumat secara langsung di tapak Web. Dengan penentuan harga dalam talian dan alat konfigurasi, kira-kira 98% daripada pesanan dapat melalui sistem tersebut dalam satu masa, ini menjimatkan masa di Cisco dan tapak pelanggan (customer’s site).

Membeli sebuah komputer riba tidak lagi terhad kepada sebuah kedai atau

pengeluar yang ada. Sebaliknya, pengguna-pengguna boleh memilih dari kepelbagaian

model, dan membeli konfigurasi yang biasa atau memilih mengikut harga dan keperluan

prestasi (performance). Misalnya, pelanggan boleh memilih sama ada untuk membayar

lebih bagi sebuah processor yang laju (speedy processor) atau mahu menjimatkan

wang dengan memilih sebuah processor yang lebih perlahan (slower processor).

Memori tambahan, modem yang berbeza, network adapters, bateri tambahan dan

pakej-pakej perisian semuanya adalah boleh didapati mengikut permintaan pengguna.

Pakej perkhidmatan (servis) juga boleh disesuaikan kepada keperluan pelanggan itu.

Berikut adalah contoh-contoh yang dapat menjelaskan hubungan bagi pengkalan

data produk yang perlu. Bagi komputer, pilihan boleh didapati bagi setiap model yang

ada mestilah ditentukan berserta dengan harga. Bagi pakaian, sistem itu mestilah

mampu menggambarkan kedua-dua gaya dan warna-warna sekaligus memikat apa

yang disukai oleh pelanggan. Muzik mungkin adalah yang paling mudah, pelanggan

8

Page 9: Bab 10 b(entri pesanan).doc

boleh memilih berdasarkan artis dan tajuk lagu di mana ia dibuat mengikut pesanan

pembeli.

Membuat Entri Pesanan berfungsi

Lapisan pengurusan data mestilah disepadukan dengan proses-proses perniagaan

yang lain supya sistem entri pesanan berfungsi dengan betul. Pembangunan produk,

pengeluaran dan ramalan jualan, wang tunai dan pengurusan kredit, dan hubungan

kepada bank-bank dan perkhidmatan penghantaran mestilah berfungsi kesemuanya

dengan lancar untuk membuat transaksi berjaya. Sebagai contoh, sesuatu server yang

dihubungkan kepada pautan semak keluar (checkout) dalam sesebuah pasaraya.

Setiap kali juruwang melalukan sebuah item ke arah pengimbas laser, satu permintaan

(request) dihantar ke server untuk “menolak satu item daripada inventori yang

mempunyai kod bar itu”. Server mencari butir pengecam; jika ia adalah betul, ia akan

menolak item tersebut dan menghantar satu mesej bahawa permintaan itu telah

berjaya. Jika ada beberapa sebab permintaan tersebut tidak boleh disempurnakan,

server akan menghantar satu mesej ralat (error). Juruwang akan melihat harga jika

permintaan telah berjaya, atau satu mesej seperti “item tidak diketahui" (item unknown)

dalam kes jika berlaku kesilapan.

Senario ini menjelaskan satu perkara penting: juruwang mesti terlatih untuk

merespon kepada mesej-mesej daripada sistem. Mesej “item tidak diketahui"

memerlukan tindakan yang berbeza; ia tidak bermakna pelanggan tersebut tidak boleh

membeli produk itu. Sekali lagi, jurutera-jurutera adalah seperti model client/server

kerana peranan mereka adalah jelas; tetapi mesej mestilah cukup spesifik supaya

mereka memainkan peranan mereka dengan sempurna. Satu lapisan bahan adalah

lapisan rangka kerja (framework) seterusnya; kekuatan sistem ini datangnya daripada

fleksibiliti seni bina yang berlapis.

Jika proses pesanan sukar difahami dalam jualan runcit secara dalam talian,

pengguna tidak akan menekan butang “beli” (purchase). Pengguna perlu mengetahui

apa maklumat yang diperlukan dan apa langkah-langkah perlu untuk melengkapkan

9

Page 10: Bab 10 b(entri pesanan).doc

transaksi. Mereka juga perlu mengetahui bagaimana mereka akan diberitahu apabila

syarikat itu telah menerima pesanan mereka. Sebarang ketakpastian di sini akan

menyebabkan seorang pengguna meninggalkan proses pembelian dalam talian. Jika

maklumat yang diinginkan pada sesuatu produk atau ketersediaannya adalah sukar

untuk dicari, pengguna juga berkemungkinan untuk meninggalkan proses pembelian.

Tiada perkara yang seharusnya menghalang pengguna dari membeli. Satu

kesilapan yang berpunca daripada malfungsi (malfunction) dalam sistem itu iaitu

kecuaian menggunakan komputer yang menyebabkan komputer itu pincang tugas,

boleh menyebabkan pengguna untuk meninggalkan tapak sebelum proses pembelian

bermula. Ia adalah penting di mana segala butang-butang dan pautan dapat membawa

pembeli kepada bahagian yang betul; apabila pengguna-pengguna meletakkan

barangan mereka dalam troli belian (shopping cart) mereka, barang-barang itu kekal di

dalamnya; dan pengguna itu boleh membuangnya dari troli tersebut. Apabila tapak tidak

berfungsi dengan betul, kredibiliti akan hilang dari mata pelanggan.

Perlu diingatkan bahawa pelanggan akan keluar dari penggunaan jika mereka

sudah mula merasakan ia hanya membuang masa. Pautan yang menghubungkan dari

satu borang kepada bahagian fail bantuan yang releven adalah berguna, tetapi dengan

satu klik akan menghilangkan borang itu. Jika anda memerlukan enam aksara kata

laluan abjad angka, nyatakan dengan jelas apabila anda meminta untuk kata laluan.

Jangan membuat pengguna menekan butang “submit” dan menjumpai jalan yang

susah.

Borang Pesanan

Borang digunakan bagi mengumpul data input daripada pengguna; mereka adalah

antara muka antara pengguna dan sistem entri pesanan. Dalam satu persekitaran

antara muka pengguna grafik (graphic user interface - GUI), borang di reka bentuk

untuk menerima input menggunakan widgets. Bagi borang berasaskan Web, widgets

adalah terhad kepada empat jenis yang biasa: butang radio (radio buttons), kotak

semak (checkboxes), senarai drop-down dan medan teks (text field). Lain-lain sistem

10

Page 11: Bab 10 b(entri pesanan).doc

berasaskan GUI mempunyai satu set alat-alat (tools) yang lebih banyak, seperti slider

bars, cascading menus dan trees;; manakala sistem berasaskan teks hanya ada medan

teks untuk input. Biasanya, pembangun boleh bergantung kepada alat-alat perisian

kejuruteraan berbantukan komputer (computer aided software engineering - CASE)

bagi menguruskan kod yang diperlukan untuk mengambil input daripada pengguna dan

menghantar ia kepada server.

Ia adalah penting untuk menjadikan borang yang dipersembahkan oleh aplikasi

entri pesanan mempunyai banyak kefungsian. Empat prinsip asas seperti berikut:

1. Menggunakan reka letak (layout) dan tanda-tanda visual untuk mengatur

elemen-elemen dan tandakan dengan jelas apa yang diperlukan. Borang

pesanan dimulakan dengan grid lajur dua pasangan name-value (two-column

grid of name-value pairs.). Satu reka bentuk yang fleksibel akan bersesuaian

bukan sahaja kepada elemen-elemen mudah tetapi juga sekumpulan elemen

yang lebih kompleks. Widgets yang berkaitan akan dihimpunkan kepada satu

unit; sebagai contoh penjajaran melintang atau tegak bagi butang-butang radio

(radio buttons). Warna latar belakang juga boleh mengumpulkan widgets. Reka

bentuk tersebut mestilah dapat menyampaikan arahan-arahan dengan jelas

(tanpa perlu huraian) seperti: pertama, pilih “bayar melalui kredit kad" atau “bil

saya kemudian". Kemudian, jika anda telah memilih “bayar melalui kredit kad",

anda perlu mengisi semua bagi bahagian yang berkaitan.

2. Melampirkan penjelasan secara langsung untuk membentuk elemen, dan

menggunakan jenis-jenis widget yang bersesuaian kepada konteks. Di

mana praktikal, letakkan penerangan pada borang, di sebelah atau di bawah

widget ia diterangkan. Beberapa reka bentuk akan memerlukan keupayaan untuk

membezakan hasil interaksi dengan seseorang bergantung kepada konteks di

mana borang itu digunakan. Sebagai contoh, jika satu ciri memerlukan

pengesahan, ia sepatutnya tanya pengguna untuk memasukkan satu nama

pengguna dan kata laluan pada borang pengaktifan. Sebagai contoh, proses

pesanan. Jika data tersebut telah dikumpulkan, nama dan jumlah pesanan

11

Page 12: Bab 10 b(entri pesanan).doc

haruslah dipaparkan. Walaupun kebanyakan pengguna tidak akan menyentuh

data tersebut, editable input fields akan mengajak mereka berbuat demikian.

Dalam konteks ini, data seharusnya hanya dipamerkan, tidak berubah dan

pengguna sepatutnya tidak diberi peluang untuk mengubahsuaikannya.

3. Templat input adalah elemen penting bagi borang yang baik. Menerima

semua input yang jelas. Nombor telefon dan nombor kad kredit mungkin input

sebagai satu campuran digit-digit, tanda sempang, ruang dan lain-lain. Jika

permohonan tidak dapat mengurangkan ini kepada hanya maklumat yang ia

kehendaki, satu templat input pada borang mestilah memaksa pengguna untuk

memasukkan data dalam satu bentuk yang dapat digunakan. Tarikh adalah

suatu masalah biasa: di Amerika Syarikat, konvensyen (convention) tarikh

adalah hari ditulis selepas bulan, sementara orang Eropah masa menulis hari

sebelum bulan. Jadi, pengguna perlu tahu jika 03-02-01 adalah Mac atau

Februari!

1. Mengumpulkan dan membuat laporan satu senarai lengkap kesilapan-

kesilapan setiap kali borang diproses. Jika satu server menolak satu borang

dengan mesej “nama pengguna tidak sepadan dengan kata laluan", tidak perlu

untuk memaksa pengguna memasukkan semula borang tersebut jika ia tetap

akan menolak kerana “medan alamat yang dikehendaki adalah kosong”.

Memaksa server untuk mencari kesilapan-kesilapan pada satu-satu masa adalah

satu pembaziran masa dan sumber. Permohonan itu melihat semua medan

(fields) pada borang setiap kali ia dihantar, begitu juga menawarkan kepada

pengguna untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan tanpa perlu banyak

usaha. Satu kelebihan bagi pendekatan ini adalah ia mempercepatkan proses

menguji pemeriksaan ralat kod (process of testing the error-checking code)

berkaitan dengan borang. Dalam satu kitaran tunggal, anda boleh mengesahkan

bahawa satu borang dikendalikan dengan betul melaporkan satu kata laluan

yang sah tidak betul, satu medan alamat yang kosong, dan satu nombor akaun

ill-formed. (In a single cycle, you can verify that a form’s handler correctly reports

12

Page 13: Bab 10 b(entri pesanan).doc

an incorrectly confirmed password, an empty address field, and an ill-formed

account number).

Objektif-objektif

Setelah membaca bab anda seharusnya dapat:

Menghuraikan apa itu entri pesanan.

Menghuraikan fokus dan peranan kawalan inventori, sistem lejar am, sistem

pembelian dan sistem entri pesanan.

Menjelaskan bagaimana sistem pengendalian, pelayar dan webservers berinteraksi.

Memahami maksud pernyataan transaksi dan implikasi kepada entri pesanan.

Menerangkan mengapa jurutera-jurutera seperti model three-tier client/server.

Menghuraikan masalah-masalah sistem entri pesanan yang biasa yang akan

melemahkan pembelian yang dalam talian.

Perbincangan

1. Terangkan bagaimana pembelian dan sistem entri pesanan saling berinteraksi.

13