Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

download Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

of 23

Transcript of Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    1/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 1

    BAB 5 KERADIOAKTIFAN

    5.1 Nukleus sesuatu atom

    Komposisi nukleus suatu atom

    Model atom

    Rutherford-Bohr

    Nukleus suatu atom terdiri daripada nukleon-nukleon.

    Nukleon terdiri daripada proton yang bercas positifdan neutron tidak bercas.

    NukleonNilai cas

    (C)Jeniscas

    Jisimrelatif

    Jisimsebenar

    (kg)

    Proton +1.6 x 10-19 Positif 1 1.67 x 10-27

    Neutron 0 Neutral 1 1.67 x 10-27

    Nombor proton dan nombor nukleon

    Nombor proton suatu unsur ialah bilangan proton yang terdapat di dalam nukleusatom unsur itu. Nombor proton diwakili oleh simbol Z.

    Nombor proton, Z juga dikenali sebagai nombor atom.

    Nombor nukleon suatu unsur ialah jumlah bilangan proton dan bilangan neutronyang terdapat di dalam nukleus atom unsur itu. Nombor nukleon wakili olehsimbol A .

    Nombor nukleon, A juga dikenali sebagai nombor jisim.

    Maka,

    Definisi nuklid

    Nuklid ialah suatu spesies nukleus atom yang mempunyai bilangan proton danbilangan neutron yang tertentu.

    Simbol bagi suatu nuklid tertentu boleh dinyatakan dengan menggunakan simbolnuklid berikut:

    XAZ

    X ialah simbol kimia bagi suatu unsur. Contohnya H ialah simbol bagi hidrogendan C ialah simbol bagi karbon.

    Sub-sub atom seperti proton, neutron dan elektron juga boleh ditulis dalambentuk simbol nuklid.

    Simbol nuklid bagi proton ialah p11 , simbol nuklid bagi neutron ialah n10 dan

    simbol nuklid bagi elektron ialah e01- .

    Bagi suatu atom yang neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilanganelektron. Maka bilangan elektron yang mengelilingi nukleus bagi suatu atom

    neutral sama dengan nilai nombor proton, Z.

    ++

    +

    +

    Bilangan neutron, N = nombor nukleon, A nombor proton, Z

    Nombor nukleon

    Nombor protonSimbol kimia

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    2/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 2

    Tentukan nombor nukleon, nombor proton dan bilangan neutron bagi nuklid-nuklidberikut:

    Unsur Simbol unsurNombor

    nukleon, A Nomborproton, Z

    Bilanganneutron, N

    Hidrogen H11

    Karbon C126

    Oksigen O168

    Helium He42

    Uranium U23892

    Radium Ra22688

    Thorium Th23290

    Definisi Isotop

    Isotop adalah nuklid-nuklid (nukleus-nukleus atom) bagi suatu unsur yang sama

    yang mempunyai bilangan proton, Zyang sama, tetapi nombor nukleon, A yangberlainan.

    Unsur hidrogen mempunyai tiga jenis isotop yang wujud secara semula jadi iaituprotium (hidrogen), deutrium dan tritium.

    Namaisotop

    Simbolisotop

    Strukturnukleus

    Nombornukleon, A

    Nomborproton, Z

    Nomborneutron, N

    Protium(hidrogen)

    H11 1 1

    Deuterium H21 2 1

    Tritium H31 3 1

    Isotop-isotop bagi suatu unsur yang sama menunjukkan sifat kimia yang samakerana bilangan proton dan bilangan elektron yang dimiliki oleh atom neutraladalah sama.

    Bagaimanapun, isotop-isotop bagi suatu unsur yang sama menunjukkan sifatfizik yang berlainan disebabkan oleh jisim yang berlainan.

    Contoh : Simbol nuklid bagi satu nukleus Protactinium-231diberikan seperti yangberikut:

    Pa23191

    Tentukan bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus tersebut.Penyelesaian:

    +

    +

    +

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    3/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 3

    5.2 Pereputan radioaktif

    Keradioaktifan

    Keradioaktifan ialah proses pereputan nukleus yang tidak stabil denganmemancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi nukleus yang lebih stabil secara

    spontan dan rawak.

    Proses pereputan radioaktif berlaku secara spontan kerana ia tidak dikawal danberlaku dengan sendiri serta tidak dipengaruhi oleh keadaan fizikal seperti suhudan tekanan.

    Proses pereputan radioaktif dikatakan berlaku secara rawak kerana sinaran yangdipancarkan tidak berlaku pada selang masa yang sekata dan tidak boleh diramalia berlaku.

    Isotop-isotop yang mempunyai nukleus yang tidak stabil dikenali sebagairadioisotop.

    Jadual berikut menunjukkan contoh-contoh isotop stabil dan radioisotopnya.Lengkapkan jadual ini dengan simbol nuklid bagi setiap radioisotop.

    Isotop stabil Simbol Radioisotop Simbol

    Karbon-12 C126 Karbon-14

    Natrium-23 Na2311 Natrium-24

    Kobalt-59 Co5927 Kobalt-60

    Plumbum-207 Pb20782 Plumbum-210

    Tiga jenis sinaran radioaktif yang boleh dikeluarkan oleh nukleus yang tidakstabil semasa reputan radioaktif ialah:

    (a) Zarah alfa ()Zarah alfa ialah nukleus helium ( He42 ) dan bercas positif

    (b) Zarah beta ()Zarah beta ialah elektron ( e01- ) yang bergerak dengan laju dan bercas negatif

    (c) Sinar gama ()Sinar gama ialah gelombang elektromagnet yang berfrekuensi tinggi dan tidakbercas.

    Perbandingan ciri-ciri bagi tiga jenis sinaran radioaktif

    Perbandingan tiga jenis sinaran radioaktif boleh dibuat dengan membincangkansifat semulajadi mereka iaitu dari segi:(a) Kesan pengionan(b) Kuasa penembusan(c) Pemesongan oleh medan elektrik(d) Pemesongan oleh medan magnet(e) Julat pancaran di dalam udara

    Perbezaan sifat-sifat semulajadi sinaran radioaktif ini membolehkan kita

    mengesan sinaran radioaktif dengan menggunakan pengesan sinaran radioaktiftertentu seperti pembilang bunga api, kebuk awan dan tiub Geiger-Mller.

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    4/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 4

    (a) Kesan pengionan

    Sinaran radioaktif seperti zarah alfa (), zarah beta () dan sinar gama () bolehmengionkan molekul-molekul udara di sekelilingnya ketika bergerak merentasimolekul-molekul udara.

    Kuasa pengionan ialah keupayaan sesuatu sinaran radioaktif menyesarkanelektron daripada molekul udara bagi menghasilkan satu pasangan ion.

    Contoh kesan pengionan oleh zarah alfa, terhadap molekul udara:

    Zarah alfa () mempunyai kuasa pengionan yan paling tinggi kerana iamempunyai jisim yang paling besar berbanding zarah beta () dan sinar gama ().

    Sinar gama () mempunyai kuasa pengionan yang paling rendah kerana sinargama () tidak mempunyai jisim dan merupakan gelombang elektromagnet yangmembawa tenaga yang tinggi.

    (b) Kuasa penembusan

    Kuasa penembusan sinaran radioaktif merujuk kepada keupayaan sinaran ituuntuk melepasi dan menembusi sesuatu halangan.

    Kuasa penembusan dipengaruhi oleh kuasa pengionan. Semakin tinggi kuasapengionan, semakin rendah kuasa penembusan sesuatu sinaran.

    Zarah alfa () boleh dihentikan dengan menggunakan sehelai kertas sahajakerana kuasa penembusan zarah alfa yang sangat rendah.

    Zarah beta () pula boleh dihalang dengan menggunakan kepingan logam nipisseperti aluminium setebal 3 mm.

    Sinar gama () mempunyai kuasa penembusan paling tinggi tidak dapat dihalangsepenuhnya tetapi keamatannya boleh dikurangkan dengan menggunakan

    kepingan plumbum atau dinding konkrit yang cukup tebal.

    Elektron

    Proton

    Neutron

    Zarah Neutron

    Elektron

    Proton

    +

    Zarah alfa ()

    Zarah beta ()

    Sinar gama ()Kertas aluminium Plumbum

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    5/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 5

    (c) Pemesongan oleh medan elektrik

    Apabila suatu sinaran melalui suatu medan elektrik, lintasan sinaran radioaktiftersebut boleh mengalami perubahan arah.

    Zarah alfa () yang bercas positif akan dipesongkan ke arah plat negatif dan zarahbeta () yang bercas negatif akan dipesongkan ke arah plat positif.

    Sinar gama () tidak dipengaruhi oleh medan elektrik kerana ia merupakangelombang elektromagnet dan tidak bercas.

    Pemesongan zarah beta () lebih ketara daripada pemesongan zarah alfa (). Inikerana jisim zarah beta () adalah jauh lebih kecil daripada jisim zarah alfa ().

    Inersia zarah beta () yang lebih kecil menyebabkan zarah beta () lebih mudahdipesongkan.

    (d) Pemesongan oleh medan magnet

    Cas yang dibawa oleh suatu sinaran radioaktif menyebabkan sinaran tersebut

    terpesong di dalam suatu medan magnet.

    Zarah alfa () dan zarah beta () dipesongkan pada arah yang berbeza keranamembawa cas yang berlainan.

    Zarah beta () mengalami pemesongan yang lebih ketara kerana jisim relatif yangkecil berbanding zarah alfa ().

    Sinar gama () tidak dipesongkan oleh medan magnet kerana tidak membawasebarang cas.

    Arah pesongan sinaran ditentukan dengan menggunakan Petua Tangan KiriFleming.

    Arah medan magnet

    masuk ke arah kertas

    Arah medan magnet

    keluar dari arah kertas

    ( )

    ( + )

    Sumber bahan

    radioaktif

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    6/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 6

    Ciri-ciri sinaran radioaktif

    Ciri-ciri Zarah alfa () Zarah beta () Sinar gama ()Sifat semulajadi

    Nukleus helium ElekronSinaran

    elektromagnet

    Simbol He42 atau e01- atau Cas Positif

    (+2e)Negatif

    (-1e)Tidak bercas

    Kuasa pengionan Menghasilkanbanyak ion udara

    (Tinggi)

    Bilangan ion yangterhasil kurang

    daripada zarah .(Sederhana)

    Bilangan ionkurang daripada

    zarah dan zarah.(Lemah)

    Kuasa penembusan Lemah Sederhana Tinggi

    Julat pancaran diudara

    Beberapacentimeter

    Beberapa meter Beberapa ratusmeter

    Kesan medanelektrik

    Terpesong ke arahplat negatif

    Terpesong ke arahplat positif

    Tidak terpesong

    Kesan medanmagnet

    Terpesong denganmagnitud kecil

    Terpesong denganmagnitud besar

    Tidak terpesong

    Halaju 0.1 c 0.3 0.9 c Halaju cahaya, c

    Alat pengesan sinaran radioaktif

    Sifat-sifat sinaran radioaktif yang membolehkannya dikesan ialah:(a) Sinaran radioaktif boleh menghitamkan filem atau plat fotograf.(b) Sinaran radioaktif boleh mengionkan atom-atom udara.

    (1) Filem atau plat fotograf

    Filem atau plat fotograf boleh mengesanketiga-tiga jenis sinaran radioaktif.

    Argentum bromide yang peka kepada cahayadan sinaran radioaktif disalutkan padapermukaan plat fotograf.

    Unsur argentum akan menghitamkan platfotograf apabila sinaran menembusinya.

    Plat fotograf digunakan sebagai lencana khasyang dipakai oleh pekerja semasamengendalikan bahan radioaktif di makmal danreaktor nuklear kerana alat ini bolehmenunjukkan dos sinaran yang terdedahkepada seseorang pekerja.

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    7/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 7

    (2) Elektroskop bercas

    Elektroskop bercas ialah alat yang paling

    sesuai untuk mengesan zarah alfa () keranakuasa pengionan yang tinggi berbanding

    dengan zarah beta () dan sinar gama ().

    Apabila satu sumber alfa dibawa mendekaticeper sebuah elektroskop yang bercas positif,didapati pencapahan kerajang emas akanberkurang.

    Ini kerana zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang lintasannya danmenghasilkan pasangan-pasangan ion.

    Ion-ion negatif yang terhasil akan tertarikkepada ceper elektroskop yang bercas positifitu dan menyahcaskannya. Maka, kerajangemas menguncup.

    (3) Pembilang bunga api

    Pembilang bunga api sesuai digunakan untukmengesan zarah alfa () kerana mempunyaikuasa pengionan yang tinggi.

    Apabila sumber alfa didekatkan dengan kasadawai, bunga api dilihat dan bunyi percikandidengari.

    Ini kerana zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di ruang antara kasa dawaidengan dawai halus. Ion positif dan ion negatiftertarik kepada terminal masing-masing yangbertentangan cas.

    Pengionan sekunder terjadi apabila ion-ionberlanggar dengan molekul-molekul udara yanglain menyebabkan bunga api terhasil.

    Bilangan bunga yang terhasil memberikan satusukatan keamatan sinar itu.

    (4) Tiub Geiger-Mller

    Tiub Geiger-Mller boleh digunakan untukmengesan zarah alfa, zarah beta dan sinargama.

    Apabila satu sinar radioaktif memasuki tiub GM

    sinaran itu mengionkan molekul-molekul gasneon di dalamnya.

    Ion positif dipecutkan ke katod manakala ion-ion negatif dipecutkan ke anod.

    Perlanggaran ion-ion dengan atom-atom neonyang lain menyebabkan pengionan sekunderberlaku.

    Pergerakan ion-ion ke elektrod masing-masingmenghasilkan satu denyutan arus yang kecil.

    Denyutan ini akan diperkuatkan oleh satuamplifier dan dibilang oleh sebuah pembilang.

    Pembilang akan merekodkan bilangan

    denyutan arus dalam satu selang masatertentu.

    +

    + + + + + +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    ++

    Sumber

    radioaktif

    Kerajang

    emas

    menguncup

    Pengionan

    molekul udara

    + + + +

    Kasa

    dawai

    Bunga api

    Sumber alfa

    Dawai halus

    3 kV

    +

    Sumber

    radioaktif Tiub GMPembilang

    Katod

    Gas neonPembilang

    Mica

    450 V

    Anod

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    8/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 8

    (5) Kebuk awan

    Kebuk awan boleh mengesan ketiga-tiga jenissinaran radioaktif.

    Apabila sinar radioaktif melalui ruang dibahagian atas ia mengionkan molekul-molekul

    udara di sepanjang lintasannya. Wap yang tepu lampau mengkondensasi padaion-ion itu untuk membentuk titisan-titisan airyang halus dan kelihatan sebagai runut-runutputih.

    Cahaya disinarkan disisi kebuk itu supayarunut-runut putih itu dapat diperhatikan.

    Rupa bentuk runut yang terhasil bagi ketiga-tiga sinaran radioaktif adalah berbeza.

    Pandangan atas:Runut yang dihasilkan dalam

    kebuk awan

    (a) Runut dihasilkan oleh zarah alfa Kuasa pengionan zarah alfayang tinggi menghasilkanbanyak pasangan ion, makarunut kelihatan padat.

    Jisim zarah alfa yang besarmenyebabkan ia tidak

    terpesong oleh molekuludara dalam lintasannya,maka kelihatan lurus.

    (b) Runut dihasilkan oleh zarah beta Kuasa pengionan yangsederhana menyebabkanrunut kelihatan kurangpadat.

    Jisim yang kecilmenyebabkan iadipesongkan oleh molekul-molekul udara dalam

    lintasannya dan kelihatantidak lurus.

    (c) Runut dihasilkan oleh sinar gama Kuasa pengionan sinargama yang sangat rendahmenghasilkan sedikitpasangan ionmenyebabkan runutkelihatan pendek danberselerak.

    Sinar gama tidak

    mempunyai jisim.

    Ruang tepu

    dengan wap

    alkohol

    Ais kering

    Span

    Sumber alfa

    Kepingan felt

    Sumber alfa ()

    Sumber beta ()

    Sumber gama ()

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    9/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 9

    Reputan radioaktif

    Reputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil berubahmenjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

    Terdapat tiga jenis reputan radioaktif iaitu reputan alfa, reputan beta dan reputangama.

    (1) Reputan alfa () Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan

    memancarkan satu zarah alfa () iaitu nukleus helium, He42 .

    Z= nombor proton N= nombor neutron

    Dalam proses reputan ini, satu zarah alfa (nukleus helium He42 dengan 2

    proton dan 2 neutron dipancarkan. Maka atom baru Y yang terbentukmempunyai nombor proton, Z yang berkurang sebanyak 2 unit dan nombornukleon, A yang berkurang sebanyak 4 unit.

    Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili olehpersamaan berikut:

    HeYX 424A2Z

    AZ

    Contoh-contoh persamaan reputan alfa:

    (i) HeThU42

    23490

    23892 (ii) HeRnRa

    42

    22286

    22688

    Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:

    (a) Th234

    90 Ra + He42 (b) Ra

    22688 Rn+ He

    42

    (c) Po21284 Pb

    20882 + (d) Hg

    22280 + He

    42

    (e) Po21884 + He42 (f) Th23490 Pt21078 + He42

    Z

    N

    Z 2

    N 2

    2p

    2n

    Zarah alfa ()mereput

    Atom X Atom Y

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    10/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 10

    (2) Reputan beta () Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan

    memancarkan satu zarah beta () iaitu elektron yang berhalaju tinggi.

    Z= nombor proton N= nombor neutron

    Dalam proses reputan beta, satu daripada neutron-neutron dalam nukleus ituakan bertukar menjadi satu proton dan elektron.

    Proton yang terhasil itu kekal di dalam nukleus, manakala elektron yangterhasil dipancarkan sebagai zarah beta berhalaju tinggi.

    Atom Y yang terbentuk mempunyai nombor proton, Z yang bertambahsebanyak 1 unit dan nombor nukleon, A tidak berubah.

    Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili olehpersamaan berikut:

    eYX 01-A1Z

    AZ

    Contoh-contoh persamaan reputan beta :

    (i) ePaTh01-

    23491

    23490 (ii) eUPa

    01-

    23492

    23491

    Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:

    (a) Pb21082 Bi e

    01- (b) Na

    2411 Mg e

    01-

    (c) Na2411 e

    01- (d) U

    23992 e

    01-

    (e) PbTh20882

    23290 He

    42 e

    01-

    Z

    Nmereput

    Atom X

    Zarah beta ()

    Z + 1

    N 1

    Atom Y

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    11/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 11

    (3) Reputan gama () Dalam proses reputan gama, tenaga dibebaskan dalam bentuk sinaran

    elektromagnet.

    Selepas pengeluaran zarah alfa dan zarah beta, sesetengah nukleus masih

    berada dalam keadaan bertenaga yang lebih tinggi daripada biasa.

    Pada ketika proton-proton dan neutron-neutron dalam nukleus itu menyusunsemula untuk menjadi lebih stabil, tenaga lebihan padanya akan dikeluarkansebagai sinaran elektromagnet berfrekuensi amat tinggi yang dinamakan sinargama.

    Pemancaran sinar gama tidak mengubah nombor proton dan nombor nukleonsesuatu atom seperti persamaan berikut:

    XX AZAZ (Sinar gama)

    Contoh persamaan reputan gama :

    (a) CoCo6027

    6027 (b) eBiPb

    01-

    21483

    21482

    (c) HeThU42

    23490

    23892

    Lengkapkan persamaan-persamaan berikut:

    (a) Ba13756 (b) Dy

    15266

    (c) Ir19277 e

    01-

    Siri reputan

    Sesetengah nukleus tidak menjadi stabil walaupun ia telah melalui prosesreputan. Ini kerana nukleus baru yang terhasil masih tidak stabil.

    Oleh yang demikian, satu siri reputan akan berlaku sehingga nukleus asalmereput menjadi satu nukleus yang stabil.

    Berikut ialah satu contoh siri reputan:

    PbPoUPaThU

    206

    82

    210

    84

    234

    92

    234

    91

    234

    90

    238

    92

    ....

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    12/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 12

    Berikut ialah siri reputan radioaktif uranium-238 ke Radium-226 yang lebih stabil.

    Berdasarkan rajah siri reputan radioaktif di atas,

    (i) Tuliskan persamaan reputan uranium-238 ke Torium-234.

    (ii) Tentukan bilangan zarah alfa dan bilangan zarah beta yang terhasil daripadasiri reputan radioaktif tersebut.

    Bilangan zarah alfa = ......................... Bilangan zarah beta =...........................

    Separuh hayat

    Separuh hayat suatu unsur radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambiluntuk separuh daripada nukleus unsur asal mereput menjadi nukleus unsur baru.

    Separuh hayat juga boleh ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk keaktifanunsur itu berkurang menjadi separuh daripada keaktifan asalnya.

    Keaktifan suatu unsur radioaktif biasanya diukur dalam unit bilangan per saat.Bilangan per saat merujuk kepada bilangan reputan yang berlaku dalam satu saat.

    Keaktifan atau kadar reputan suatu unsur radioaktif itu dapat ditentukan dengan

    menggunakan tiub Geiger-Mller dan pembilang.

    Nombor nukleon, A

    Nombor proton, Z

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    13/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 13

    Konsep separuh hayat boleh digambarkan seperti berikut:

    Unsur-unsur radioaktif yang berlainan mempunyai separuh hayat yang berbeza.

    Unsur radioaktif Separuh hayat

    Uranium-238 4 500 juta tahun

    Karbon-14 5 730 tahunRadium-226 1 620 tahun

    Kobalt-60 5.3 tahun

    Fosforus-32 15 hari

    Iodin-131 8 hari

    Natrium-24 15 jam

    Protactinium-234 72 saat

    Radon-220 56 saat

    Polonium-214 0.164 saat

    Nilai separuh hayat boleh ditentukan daripada graf lengkung keaktifan melawan

    masa atau graf bilangan atom, N radioaktif melawan masa.

    Contoh penyelesaian masalah:(1) Satu sampel radioaktif mempunyai separuh hayat 20 minit. Berapa pecahan

    daripada bilangan atom asal yang belum mereput selepas 1 jam?

    No

    21T

    212T

    2

    1No

    4

    1No

    Masa/ saat

    Keaktifan/Bilangan per saat

    Ao

    2

    1Ao

    4

    1

    Ao

    2

    1T

    2

    12T

    2

    1No

    4

    1No

    N

    Masa/ saat

    No

    2

    1T

    2

    12T

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    14/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 14

    (2) Separuh hayat satu bahan radioaktif ialah 10 hari. Berapakah peratus atomradioaktif asal yang telah mereput selepas 30 hari.

    (3) Jika masa yang diambil untuk keaktifan suatu sampel bahan radioaktif mereputdari 960 kepada 120 bilangan per minit ialah 168 saat, berapakah separuh hayatbahan radioaktif itu?

    (4) Satu sampel iodin-131 didapati mempunyai keaktifan 800 bilangan per saat.Berapakah keaktifan sampel iodin-131 selepas 16 hari jika separuh hayat iodin-131 ialah 8 hari?

    (5) Fosforus-32 mempunyai separuh hayat 15 hari. Berapa lamakah masa yangdiambil untuk 75% daripada atom-atom satu sampel fosforus-32 mereput?

    (6) Tentukan separuh hayat sampel radioaktif daripada graf susutan keaktifanmelawan masa berikut:

    Keaktifan/Bilangan per saat

    800

    600

    400

    200

    1 2 3 4 5 6 7 8Masa/jam

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    15/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 15

    5.3 Kegunaan radioisotop

    Radioisotop ialah isotop dengan nukleus yang tidak stabil. Radioisotop akanmereput dengan memancarkan zarah alfa, zarah beta atau sinaran gama.

    Sinaran radioaktif yang dikeluarkan membolehkan radioisotop tertentu digunakan

    dengan meluas dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian. Antara ciri-ciri sinaran radioaktif ialah Sinar radioaktif boleh dikesan menggunakan pengesan tertentu. Sinar radioaktif mempunyai kuasa penembusan tertentu. Sinar radioaktif mempunyai kuasa pengionan tertentu. Sinar radioaktif boleh membunuh sel.

    Bidang perubatan

    Rawatan kanser/Radioterapi

    Sinar gama daripada Cobalt-60digunakan untuk membunuh selkanser.

    Sinar gama dipancarkan daripadalubang seni pada bongkah plumbumsupaya satu alur sinar yang halusdan ditujukan tepat kepada sel kanseruntuk mengelak kerosakan kepadatisu-tisu yang sihat.

    Isotop fosforus-32 dan strontium-90mengeluarkan zarah beta dapatmerawat kanser kulit.

    Sinar gama dipancarkankepada sel kanser

    Penyurihan radioaktif Pewarna yang mengandungi

    radioisotop seperti barium-138disuntik ke dalam badan pesakituntuk mengesan tumor pada kepala.

    Radioisotop natrium-24 disunti kedalam badan pesakit untuk mengesantempat pembekuan darah.

    Radioisotop iodine-131 digunakanuntuk memeriksa keadaan kelenjartiroid.

    Surihan tiroidPenstrilan

    Sinar gama daripada Cobalt-60digunakan untuk membasmikanbakteria dalam proses penstrilan alat-alat perubatan seperti termometer,alat bedah, jarum suntikan, picagaridan sebagainya.

    Peralatan perubatan yang didedahkandengan sinar gama

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    16/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 16

    Bidang pertanian

    Pengawalan serangga perosak

    Sinar gama digunakan untukmembunuh kumbang dan seranggaperosak dalam bidang pertanian.

    Dos sinar gama yang kecil digunakanuntuk menjadikan serangga perosakitu mandul dan pembiakannya dapatdikawal.

    Lalat buah

    Mengkaji kadar penyerapan bajatumbuhan

    Radioisotop seperti fosforus-32 dannitrogen-15 dicampurkan ke dalambaja.

    Selepas baja itu disiram, kadarpenyerapan dan jumlah yang diserapoleh tumbuhan dapat ditentukandengan mengesan kuantitiradioisotop yang terkandung dalamdaun dan batangnya menggunakanpembilang Geiger Muller.

    Penentuan kadar penyerapan baja

    Bidang perindustrian

    Penyemak aras pengisian tin danbungkusan

    Di kilang menbuat makanan, tin-tinatau bungkusan-bungkusan yang

    telah diisi akan diangkut di atas satutali sawat yang melalui satu puncasinar beta dan alat pengesan sepertitiub GM.

    Jika terdapat bungkusan atau tinyang kurang penuh, tiub GM akanmember satu bacaan yang lebihtinggi daripada nilai bacaan piawai.

    Mengesan kebocoran paip di bawahtanah

    Radioisotop yang mempunyaisetengah hayat pendek sepertinatrium-24 dimasukkan ke dalamsaluran paip air atau gas yang disyakibocor.

    Alat pengesan seperti tiub GMkemudian digerakkan di ataspermukaan tanah di sepanjang paipitu.

    Tempat di mana tiub GMmenunjukkan bacaan yang palingtinggi berbanding tempat lain adalah

    tempat kemungkinan besarkebocoran berlaku.

    Pembilang

    Paip bawah tanah

    Pengesan

    Sumber radioaktif

    Pembilang meter

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    17/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 17

    Mengesan ketebalan bahan

    Keseragaman ketebalan sesuatubahan seperti kertas, kepinganaluminium boleh disemak denganmelalukan bahan-bahan itu di antara

    satu punca beta dan sebuah alatpengesan tiub GM.

    Bacaan alat pengesan itu akanberkurang jika ketebalan kepinganbahan itu bertambah.

    Pengawetan makanan

    Sinar gama boleh digunakan untukmembunuh mikroorganisma sepertibakteria dan spora kulat yangterperangkap dalam makanan supayatempoh penyimpanan makanan

    dalam bungkusan dan tin dapatdilanjutkan.

    Kaedah ini adalah mudah, selamatdan tidak mengubah nilai zatmakanan itu.

    Buah-buahan dan makanan dalam tinbiasa menggunakan kaedah ini.

    5.4 Tenaga Nuklear

    Unit Jisim Atom (u.j.a.)

    Jisim satu atom adalah sangat kecil dan sukar diukur dalam unit ukuran jisimbiasa seperti gram atau kilogram.

    Maka, satu unit yang menggunakan perbandingan (relatif) di antara jisim atomlain dengan jisim satu atom karbon-12 telah digunakan.

    Isotop karbon-12 digunakan sebagai rujukan kerana ia terkandung dalam banyaksebatian yang ditemui di Bumi.

    Unit untuk pengukuran jisim atom ini dinamakan unit jisim atom (u.j.a).

    Jisim satu atom karbon-12 = 1.993 10-26 kg. 1 u.j.a. ditakrifkan sebagai jisim yang sama dengan

    12

    1daripada jisim atom

    karbon-12, iaitu:

    1 u.j.a. =12

    1 jisim satu atom isotop karbon-12

    1 u.j.a. =12

    1 1.993 10-26 kg

    1 u.j.a. = 1.66 10-27 kg

    Sumber

    beta

    Pengesan

    Kepingan

    bahanPengelek

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    18/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 18

    Tenaga nuklear

    Dalam suatu tindak balas nuklear atau reputan radioaktif, didapati jumlah jisimnukleus atom baru dan zarah yang terhasil adalah sentiasa kurang daripada jisimnukleus atom asal.

    Kehilangan atau penyusutan jisim ini telah bertukar menjadi tenaga. Tenagadalam bentuk haba telah dibebaskan semasa tindak balas nuklear atau pereputanberlaku.

    Albert Einstein, seorang ahli fizik yang terkemuka telah mengemukakan satuprinsip yang mengaitkan hubungan antara jisim dengan tenaga, iaitu PrinsipKeabadian Jisim-Tenaga Einstein yang menyatakan bahawa jisim dan tenagaboleh saling bertukar antara satu sama lain.

    Hubungan antara jisim dengan tenaga telah dirumuskan dalam persamaanEinstein iaitu:

    Dengan:

    E= jumlah tenaga yang dibebaskan akibat penyusutan jisim (dalam unit Joule)m= jisim yang telah menyusut yang disebut cacat j isim(dalam unit kg)

    c= halaju cahaya iaitu 3.0 108 ms-1 Contoh penyelesaian masalah (1):

    Persamaan di bawah menunjukkan isotop radium-226 mereput menjadi radon-222dengan memancarkan zarah alfa. Hitungkan :(i) Kehilangan jisim atau cacat jisim, m.(ii) Tenaga yang dibebaskan.

    HeRnRa 42222

    86226

    88

    Penyelesaian:(i) Kehilangan jisim, m= Jumlah jisim awal jumlah jisim akhir= 226.54 u.j.a (222.018 u.j.a + 4.003 u.j.a)= 0.033 u.j.a

    (ii) 1 u.j.a. = 1.66 10-27 kg

    Maka, m = 0.033 1.66 10-27 kgm = 5.5 10-29 kg

    Tenaga yang dibebaskan, E= mc2

    = 5.5 10-29 (3.0 108)2= 4.95 10-12 J

    Jisim atom Ra226

    88 = 226.54 u.j.a Jisim atom Rn222

    86 = 222.018 u.j.a

    Jisim zarah He42 = 4.003 u.j.a

    E= mc

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    19/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 19

    Proses-proses penghasilan tenaga nuklear

    (a) Pembelahan Nukleus (Nuclear f iss ion )

    Pembelahan nukleus ialah satu tindak balas di mana satu nukleus yang berjisimbesar dipecahkan kepada dua atau lebih nukleus yang baru yang lebih ringan dan

    lebih stabil. Apabila proses ini berlaku terdapat penyusutan jisim dan jisim yang telah hilang ituberubah kepada tenaga haba yang besar.

    Contoh proses pembelahan nukleus ialah pembelahan radioisotop Uranium-235.

    Apabila satu nukleus uranium-235 dibedil oleh satu neutron, satu nukleus baruyang tidak stabil, seperti uranium-236 terhasil.

    Pembelahan nukleus terus berlaku supaya menghasilkan nukleus yang lebih stabil.

    Nukleus-nukleus barium-141 dan kripton-92 yang lebih stabil serta tiga neutronbaru dihasilkan.

    Jisim yang telah hilang berubah kepada tenaga haba mengikut persamaan E= mc

    2

    . Tindak balas di atas ditunjukkan dalam persamaan berikut:

    tenagan3KrBaUnU 109236

    14156

    23692

    10

    23592

    Tindak balas berantai (Chain react ion)

    Proses pembelahan satu nukleus uranium menghasilkan tiga neutron yang baru.

    Jika tiga neutron yang dibebaskan itu membedil pada nukleus uranium-235 yanglain, proses pembelahan nukleus akan berulang, maka semakin besar tenagadihasilkan.

    Rajah di bawah menunjukkan satu contoh tindak balas berantai.

    Nukleus

    tak stabil

    Neutron

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    20/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 20

    Tenaga haba yang dibebaskan semasa tindak balas berantai boleh digunakanuntuk:(a) Menjana tenaga elektrik (tindak balas secara terkawal dalam sebuah reaktor

    nuklear)(b) Membuat bom atom (tindak balas berantai tidak terkawal).

    (b) Proses pelakuran nukleus (Nuclear fussion )

    Pelakuran nukleus berlaku apabila dua atom yang ringan bercantum untukmembentuk satu atom yang lebih besar di samping membebaskan tenaga habayang besar.

    Pelakuran nukleus hanya berlaku pada keadaan suhu yang amat tinggi.

    Contoh proses pelakuran nukleus ditunjukkan dalam persamaan berikut:

    tenaganHeHH 1042

    31

    21

    Nukleus deuterium dan tritium yang berhalaju tinggi berlanggar lalu bercantumpada suhu yang sangat tinggi.

    Satu nukleus helium-4 yang lebih besar terbentuk dan satu neutron dibebaskanseperti dalam rajah di bawah.

    Tenaga haba yang dibekalkan daripada matahari merupakan haba yang dibebaskanakibat proses pelakuran nukleus yang berlaku di permukaan matahari.

    Contoh penyelesaian masalah (2):Persamaan berikut menunjukkan proses pelakuran isotop hidrogen:

    tenaganHeHH 1032

    21

    21

    Maklumat berikut mengenai zarah-zarah yang terlibat dalam persamaan di atas:Jisim deuterium = 2.015 u.j.a Jisim helium-3 = 3.017 u.j.aJisim neutron = 1.009 u.j.a 1 u.j.a = 1.66 10-27 kgHalaju cahaya, c = 3.0 108 ms-1

    Berdasarkan maklumat yang diberikan, hitungkan:(a) Kehilangan jisim.

    (b) Tenaga yang dibebaskan dalam proses pelakuran itu.

    Tenaga

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    21/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 21

    Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear

    Kegunaan tenaga nuklear yang utama ialah dalam penjanaan tenaga elektrik distesen janakuasa yang menggunakan reaktor nuklear.

    Terdapat dua proses yang boleh menghasilkan tenaga nuklear iaitu pembelahannukleus dan pelakuran nukleus.

    Walau bagaimanapun, hanya proses pembelahan nukleus digunakan untukmenghasilkan tenaga nuklear di dalam reaktor nuklear kerana proses pelakurannukleus sukar dikawal dan memerlukan suhu yang amat tinggi.

    Di dalam reaktor nuklear, tindak balas berantai yang terkawal berlaku dan tenagahaba dibebaskan pada kadar yang tetap.

    Rajah reaktor nuklear

    Dalam reaktor nuklear, proses pembelahan nukleus uranium-235 membebaskantenaga haba yang banyak.

    Tenaga haba kemudian memanaskan air. Air panas itu dialirkan ke luar reaktoruntuk mendidihkan air sejuk menjadi stim.

    Stim memutarkan turbin dan seterusnya memutarkan dinamo di dalam penjanaelektrik untuk menghasilkan tenaga elektrik.

    Selain daripada menjana elektrik, tenaga nuklear juga digunakan dalam kapal laut,kapal selam, sumber tenaga satelit dan digunakan untuk pengekstrakan minyakdaripada tanah dan pembersihan minyak.

    Kos penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear lebih murah daripadapembakaran bahan api fosil.

    Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear tidak mengeluarkan bahanpencemar seperti gas karbon dioksida.

    Kemalangan nuklear yang mengakibatkan kematian adalah pada tahap yangrendah.

    Walau bagaimanapun, kos pembinaan reaktor nuklear adalah tinggi danmemerlukan teknologi dan kepakaran yang termaju.

    Rod pengawal BoronMengawal kadar tindak balas

    dengan menyerap neutron

    ang berlebihan

    Rod UraniumMenghasilkan tenaga nuklear

    melalui proses pembelahan

    nukleus

    Teras grafitMengawal kadar tindak balas

    dengan memperlahankan

    neutron yang terhasilDinding konkrit tebal

    Melindungi alam sekitar

    daripada sinaran radioaktif

    Stim dialirkan untuk

    memutarkan turbin

    Air sejuk dialirkan

    untuk dididihkan

    Air panasMenyerap tenaga haba

    daripada tindak balas berantai

    untuk menghasilkan stim

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    22/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 22

    5.5 Kepentingan pengurusan bahan radioaktif

    Kesan negatif bahan radioaktif

    Tenaga nuklear boleh menjadi suatu ancaman yang serius terhadap keselamatandan kesihatan orang ramai kerana sinaran radioaktif boleh terbocor jikaberlakunya kemalangan dalam logi nuklear.

    Sinaran nuklear yang terbocor akibat daripada kemalangan yang berlaku boleh :(1) Mencemarkan alam sekikar(2) Memusnahkan atau merosakan semua benda hidup(3) Menyebabkan masalah genetik seperti mutasi sel.

    Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan radioaktif

    1. Semua bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam bekas berdinding plumbumsetebal beberapa sentimeter.

    2. Reaktor nuklear mesti dilindungi dengan menggunakan dinding plumbum yangtebal dan dikelilingi oleh dinding konkrit beberapa meter tebalnya.

    3. Label sumber radioaktif pada bekas yang mengandungi bahanradioaktif perlu dicatatkan dengan kelas menggunakan simbolradioaktif.

    4. Sumber radioaktif yang kuat hendaklah dikendalikan denganmenggunakan alat kawalan jauh melalui skrin kaca berplumbum.

    5. Sumber radioaktif yang lemah boleh dikendalikan dengan menggunakanpenyepit.

    6. Pakaian pelindungan dan sarung tangan harus digunakan semasa bekerja denganbahan radioaktif.

    7. Lencana filem perlu dipakai untuk memantau dos sinaran yang diterima oleh

    pekerja.8. Sisa radioaktif hendaklah diuruskan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

    Pengurusan sisa radioaktif

    Sisa radioaktif merupakan bahan pembuangan daripada sesuatu aktiviti industriyang menggunakan bahan radioaktif yang ditinggalkan selepas sesuatu prosespereputan radioaktif. Sisa ini masih mampu mengeluarkan sinaran radioaktif.

    Sisa-sisa ini wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas yang mempunyaiseparuh hayat yang berbeza.

    Pengurusan sisa radioaktif dikelaskan kepada 3 paras:1. Sisa radioaktif paras rendah

    Sumber hospital, makmal, kilang dan stesen jana kuasa nuklear. Tidak begituberbahaya dan mempunyai separuh hayat yang pendek. Dilupuskan dengankaedah pembakaran dan ditanam.

    2. Sisa radiaktif paras sederhana Sumber stesen jana kuasa nuklear. Mempunyai keaktifan yang agak tinggidan separuh hayat yang panjang. Ia dikeraskan dalam blok kontrit ataubitumen sebelum dibuang. Sisa yang mempunyai separuh hayat melebihi 30tahun ditanam di bawah tanah yang dalam.

    3. Sisa radioaktif paras tinggi Sumber stesen jana kuasa nuklear seperti rod uranium. Mempunyai keaktifanyang sangat tinggi dan separuh hayat yang sangat panjang. Sisa disimpan

    dalam bekas keluli tebal kemudian ditanam pada kedalaman 600 m daripermukaan bumi di kawasan yang bebas daripada kejadian gempa bumi.

  • 7/27/2019 Bab 10 - KERADIOAKTIFAN Modul Fizik SPM Bahasa Melayu

    23/23

    Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

    Cik Kh i l A SMK S i M hk t K t 23