Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

download Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

of 8

Transcript of Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    1/8

    124 OUM

    VISUAL BASIC LANJUTAN UNIT 3

    PENGENALAN KEPADA ACTIVEX BAB 11

    BAB 11 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    PENGENALAN

    Sehingga kini, anda telah diperkenalkan tentang asas pengaturcaraan Visual Basic. Cuba

    anda semak tahap kemahiran anda dengan menjawab soal selidik ringkas di bawah. Tandakan

    pada ruang yang disediakan.

    Adakah anda tahu:

    Jika anda tandalebih daripada 8 soalan, anda cukup bersedia untuk teruskan bab ini. Jikatandaan kurang daripada 8, teruskan bab ini di samping mengulang kaji unit-unit sebelumnya.

    Bab ini akan memperkenalkan anda dengan ActiveX. ActiveX merupakan aplikasi yang

    dibangunkan untuk menambah fitur semasa membina aturcara yang menggunakan VisualBasic 6.0 (VB6.0). Kemudahan ini diwujudkan sejak VB5.0 dikeluarkan. ActiveX beroperasi

    secara berasingan walaupun ia diletakkan sebagai komponen VB6.0. Untuk penerangan lanjutteruskan pembacaan anda.

    OBJEKTIF

    Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:

    1. memperkenalkan ActiveX sebagai satu komponen dalam pengaturcaraan Visual Basic;

    2. mencipta 1 contoh objek ActiveX yang mudah berdasarkan langkah yang diberi; dan

    3. memasukkan 1 kawalan objek ActiveX ke dalam aturcara.

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    2/8

    OUM 125

    UNIT 3 VISUAL BASIC LANJUTAN

    BAB 11 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    11.1 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    ActiveX merupakan satu objek kawalan yang digunakan untuk membantu juruaturcara Visual

    Basic atau pengaturcara web menambah fitur yang ada dalam bahasa pengaturcaraan. Iamerupakan satu pakej khas. Apabila ia dicipta, penggunaannya adalah tidak bersandarandengan mana-mana bahasa pengaturcaraan.

    Teknologi ini mula digunakan dalam Windows sebagai fail perpustakaan yang dinamakan fail

    COM ( Component Object Model). Perpustakaan ini membenarkan aturcara merujuk kepada

    fail atau fungsi yang ada di dalamnya yang menggunakan kaedah berorientasikan objek.Teknologi ActiveX hanya boleh digunakan dalam Visual Basic 5.0 dan ke atas sahaja.

    Untuk mendapatkan fail ActiveX, anda boleh sama ada mencipta ActiveX yang baru ataumenambah ActiveX yang diberikan oleh Visual Basic. Selain daripada itu, anda juga boleh

    mencari fail ActiveX daripada sumber-sumber lain seperti web, komputer lain, dan CD. Fail-

    fail ActiveX adalah fail yang diakhiri dengan .ocx.

    Anda akan memulakan perbincangan dengan melihat:

    l bagaimana untuk membangunkan aturcara ActiveX.

    l bagaimana fail .ocx yang dibangunkan dan yang sedia ada dalam sistem dipanggil kedalam projek VB.

    11.2 MEMBANGUNKAN KAWALAN ACTIVEX

    Membangunkan objek kawalan ActiveX adalah sama seperti membangunkan satu aturcara

    VB yang biasa. Ia memerlukan anda untuk mencipta antaramuka, meletakkan kod aturcara

    dalam acara, kompil dan seterusnya melarikan aturcara tersebut. Antara sifat ActiveX yangmembezakannya dengan aturcara VB yang biasa adalah:

    1. Ia tidak boleh dilarikan secara sendirian tanpa panggilan daripada aturcara lain.

    2. Ia tidak dikompil kepada fail executable (.exe) , sebaliknya kepada fail .ocx.

    3. Ia perlu didaftarkan kepada Visual Basic dahulu sebelum boleh digunakan.

    Anda akan faham tiga perbezaan di atas setelah anda lalui topik-topik seterusnya.

    Jika fail ActiveX diakhiri dengan .ocx, cuba anda semak fail-fail yang diakhiridengan .vbp, .frm, .vbw, . Dsr dan pelbagai lagi yang terdapat dalam VB. Apakahfungsi fail yang diakhiri dengan sambungan tersebut?

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    3/8

    126 OUM

    VISUAL BASIC LANJUTAN UNIT 3

    PENGENALAN KEPADA ACTIVEX BAB 11

    11.3 MENCIPTA SATU OBJEK ACTIVEX

    Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan:

    1. Buka projek baru VB dan pilih ActiveX Control di Menu Dialog seperti yang ditunjukkan

    dalam Rajah 11.1.

    Rajah 11.1:Antara muka menu dialog untuk membuka projek VB

    2. Anda akan diberikan dengan user control seumpama Form kosong seperti yangditunjukkan dalam Rajah 11.2.

    Rajah11.2: Form kawalan ActiveX

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    4/8

    OUM 127

    UNIT 3 VISUAL BASIC LANJUTAN

    BAB 11 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    3. Daripada Rajah 11.2, jika anda klik dua kali di atas user control, anda tidak akanmempunyai acara Form Load seperti mana jika anda lakukan di atas projek Standard.EXE. Sebaliknya, anda akan diberikan dengan acara berikut:

    4. Letakkan objek TextBox, Labeldan Command Button seperti yang ditunjukkan dalam

    Rajah 11.4.

    5. Seterusnya, salinkan kod yang terdapat dalam Rajah 11.5 ke dalam acara User_Control

    Initialize().

    Rajah 11.3: Kawalan ActiveX dalam mod pengaturcaraan

    Rajah 11.4: Objek-objek di atas form

    Rajah 11.5: kod atur cara dalam acara User_Control Initialize()

    Text1.Text = 0

    Text2.Text = 0

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    5/8

    128 OUM

    VISUAL BASIC LANJUTAN UNIT 3

    PENGENALAN KEPADA ACTIVEX BAB 11

    6. Salin kod dalam Rajah 11.6 ke dalam acara yang berlaku dalam kedua objekCommandButton.

    Apabila anda larikan atur cara, anda akan dipaparkan dengan satu menu dialog yang perludiisikan dengan maklumat fail .ocx yang anda sedang bangunkan. (Amaran:Cancelmenu

    dialog tersebut). Ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Klik menu File dan pilih Make Project1.ocx.

    2. Anda akan dipaparkan dengan menu dialog dalam Rajah 11.7.

    3. Isikan nama projek dan VB akan kompil fail untuk cipta satu fail .ocx. (Contoh Project1.ocx)

    4. Anda masih perlu simpankan projek dan User controlanda. User controlakan disimpandengan sambungan .ctl.

    5. Keluar daripada VB.

    Rajah 11.6: Kod atur cara untuk atur cara CommandButton

    Rajah 11.7: Menu dialog untuk simpan fail kepada projek ActiveX

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    6/8

    OUM 129

    UNIT 3 VISUAL BASIC LANJUTAN

    BAB 11 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    11.4 MEMASUKKAN ACTIVEX DALAM ATUR CARA

    Berikut adalah proses memasukkan objek kawalan yang anda bina sebentar tadi ke dalam

    aturcara VB. Fail ActiveX perlu diletakkan sebagai satu objek dalam ToolBox pada persekitaranpembangunan aturcara VB. Berikut adalah langkah memasukkan fail tersebut:

    1. Buka sebarang Project Standard. Exe VB yang baru.2. Klik pada menu Project.

    3. Klik pada Components.

    4. Anda akan dipaparkan dengan senarai fail ocx di dalam ruangan controlseperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 11.8 berikut:

    Rajah 1.18: Fail-fail ActiveX yang berada dalam kategori control

    Mengapakah anda diarahkan memilih butang Cancel pada dialog box

    sebelum langkah menyimpan fail ini? Apakah kesannya jika anda

    menekan butang Yes. Selamat mencuba.

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    7/8

    130 OUM

    VISUAL BASIC LANJUTAN UNIT 3

    PENGENALAN KEPADA ACTIVEX BAB 11

    5. Anda boleh skrol ke bawah dan klik kotak di tepi nama ActiveX tersebut. (Pastinya kawalanobjek yang anda bina dalam 11.3 tiada tersenarai dalam Component. Oleh itu, terus ke

    langkah 6 )

    6. Untuk ActiveX yang tidak ada dalam senarai, klikkan butang Browse....

    7. Anda akan dipaparkan dengan menu dialog untuk mencari fail dalam Windows.

    8. Cari fail dalam direktori Windows dan klik dua kali (double click) pada fail tersebut. Initermasuk fail ActiveX yang anda telah bangunkan dan disimpankan dengan sambungan.ocx.

    9. Fail tersebut akan dimasukkan dalam menu Rajah 11.8 dengan nama fail Projek tersebut(Contoh, jika anda simpankan dengan nama Project1, nama Project1 akan muncul).

    10. Klik dalam kotak di tepi nama ActiveX tersebut dan klik butangApply.

    11. Jika tiada lagi fail yang hendak dimasukkan dalam atur cara, klik butang OK.

    12. Anda akan dapati bahawa terdapat ikon baru dalam ToolBox anda. Lihat Rajah 11.9.

    13. Gunakan objek dalam ToolBox tersebut sebagaimana anda menggunakan objek-objek

    yang lain.

    Rajah 11.9: Keratan ToolBar dengan tambahan objek ActiveX

    Sehingga kini, anda mungkin mempersoalkan mengapa ActiveX diperlukan?Lawat laman web berikut:

    Jika anda ingin membaca artikel tentang ActveX http://www.microsoft.com/com/tech/activex.asp atau untuk contoh tambahan dapatkan di alamat

    http://www.deakin.edu.au/~agoodman/scc381/index.html

  • 8/3/2019 Bab 11 Pen Gen Alan Kepada Activex

    8/8

    OUM 131

    UNIT 3 VISUAL BASIC LANJUTAN

    BAB 11 PENGENALAN KEPADA ACTIVEX

    Untuk menguji kefahaman anda, jawab latihan di bawah.

    RUMUSAN

    ActiveX banyak digunakan dalam pengaturcaraan pada masa ini. Ia biasanya dibangunkanoleh pihak ketiga yang menyumbang fail-fail .ocx kepada pembangun aturcara. Kewujudannya

    membolehkan satu aturcara boleh menambah fitur dengan bantuan daripada aturcara lain.

    Anda perlu memperbanyakkan bahan bacaan tambahan untuk bab ini. Aplikasi bahan dalambab ini boleh menjadikan aturcara anda lebih berkuasa.

    Latihan 11.1

    1. Berikan langkah-langkah untuk membangunkan satu fail ActiveX yang

    baru.

    2. Nyatakan bagaimana cara untuk anda mengeluarkan objek ActiveXdaripada ToolBox.

    3. Bangunkan satu mesin kira sebagai ActiveX.