Bab 11 : Sabah

10
CIKGU SHARIFAH AFIDAH SYED HAMID SMSains SULTAN MAHMUD, KUALA TERENGGANU 1 SHARIFAHAFIDAHSESMA

Transcript of Bab 11 : Sabah

Page 1: Bab 11 : Sabah

CIKGU SHARIFAH AFIDAH SYED HAMIDSMSains SULTAN MAHMUD, KUALA TERENGGANU

1SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 2: Bab 11 : Sabah

Latar belakang Sejarah

Nama negeri Sabah dikatakan berasal dari perkataan “saba”

sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba(pisang jaba).Negeri

ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat

sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan

makanan. Sebelum abad ke 16,Sabah tidak mempunyai pemerintahan

beraja , sultan atau organisasi yang boleh diiktiraf sebagai sebuah

negeri.Keadaan ini menyebabkan system pemerintahannya

terbahagi kepada tiga iaitu:Sistem politik kesukuan yang diamalkan di daerah pedalaman.

Sistem politik kesultanan di mana bahagian pantai dan pesisir

Sabah di tadbir Kesultanan Brunei dan Sulu. Manakala kawasan

timur laut laut Brunei diserahkan oleh Sultan Muyiddin (Brunei)

kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh .

Sistem politik ketua bebas.2SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 3: Bab 11 : Sabah

3SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 4: Bab 11 : Sabah

Pendidikan      Pendidikan tidak formal- Dipelajari kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi kemahiran . Contohnya cara berburu ,memancing, bertukang mentumpit dan sebagainya.      Pendidikan formal – Orang Islam mempelajarinya di surau, pondok dan rumah guru agamaContohnya mempelajari al Quran dan tulisan jawi.

4SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 5: Bab 11 : Sabah

Peraturan dan adat resam      Undang-undang adat amat penting bertujuan untuk memelihara kesejahteraan penduduk.Undang-undang ini seperti babas, sogit dan kepanasan.      Masyarakat kadazandusun mempercayai undang-undang adat yang berkaitan dengan pertanian, perkahwinan dan kematian.Jika tidak dipatuhi, dipercayai akan ditimpa malapetaka.         Adat pertanian- mengamalkan monogit iaitu upacara memuja semanagt padi semasa menanam dan menuai padi. Pesta Menuai diadakan selepas musim menuai.         Adat perkahwinan – masyarakat bajau gemar mengadakan upacara perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang yang diharap pengantin akan dimurahkan rezeki.Mereka juga gemar mengadakan upacara perkahwinan pada hari Rabu dan Ahad dimana upacara maglamilami (beramai-ramai) menjamu selera dan menyaksikan hiburan bersama-sama kaum kerabat diadakan.Adat kematian- Kaum Murut akan memukul tiang rumah apabila berlaku kematian.. Mayat dibersihkan,dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan dalam posisi duduk. Mayat dibakar dalam tembikar dan disimpan di dalam rumah selama tujuh hari. 5SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 6: Bab 11 : Sabah

Agama dan Kepercayaan      Pada awalnya adalah pagan (percaya kuasa ghaib) dan mengamalkan animisme.      Masyarat Bajau dan Melayu-Brunei pula pada abad ke 16, mula menerima pengaruh Islam.      Terdatpat juga etnik yang mewujudkan system ketua kampung atau orang tua .Bagi etnik beragama Islam,ketua berperanan menguatkuasakan hokum agama Islam.Bagi etnik bukan Islam ,orang tua akan menguatkuasakan undang-undang adat .      Sesetengah masyarakat kadazandusun menyembah Kinorohingan yang bersembanyam di dunia lain.Mereka juga percaya roh orang mati akan ke Gunung Kinabalu sebelum ke syurga atau neraka.Diadakan juga upacara Megavau (memuja semangat padi),Pesta Keamatan (kesyukuran) kepada Kinorohingan serta pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau. Bomoh untuk membuang kepanasan dipanggil Bobohizan.      Sesetengah masyarakat Murut mempercayai Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Antu) sebagai tempat suci.Mereka percaya Aki Kupono mencipta segala-galanya.Bomoh yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.

6SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 7: Bab 11 : Sabah

Kesenian      Seni budaya              Tarian seperti Tarian Limbai ; Tarian Magunatip yang ditarikan semasa Hari Magavau bagi memuja semangat padi; Tarian Sumazau ditarikan semasa pesta menuai; Tarian Manggalang ditarikan semasa menyambut tetamu jauh, berpindah rumah atau pada hari Monggotom(Pesta Menuai)             Alat muzik seperti bas, kulintangan , salun,suling,sompoton dan gabang.      Seni bina – Keunikannya terdapat pada rumah panjang       Membuat kraftangan- kain tenun, senjata,alat muzik dan anyaman memperlihatkan kreativiti masyarakat

7SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 8: Bab 11 : Sabah

8SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 9: Bab 11 : Sabah

Kegiatan Sara diri

Mengusahakan kegiatan pertanian, memungut hasil laut dan hutan, dan

menagkap ikan di pesisir pantai Teluk Brunei, Teluk Kimanis dan Semporna.

Dijalankan juga pertanian pindah (padi huma di kaki bukit) dan pertanian kekal

seperti padi sawah seperti di Penampang, Papar, Tuaran ,ranau,Tambunan dan

Keningau.

.Ubi, keledek, sayur-sayuran,kelapa dan penternakan binatang juga dijalankan

Dijalankan juga kegiatan memungut hasil laut seperti agar-agar, timun laut.dan

karang laut. Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang

mahir.

Di Gua Gomantong pekerjaan memungut sarang burung dilakukan untuk

dieksport ke China.

Kegiatan memungut hasil hutan dilakukan Orang Murut seperti mencari damar,

rotan dan madu lebah. 9SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 10: Bab 11 : Sabah

Perdagangan

Kegiatan berjual beli dilakukan di Pasar Tamu.

Perdagangan dilakaukan dengan 2 cara iaitu secara tukar barang dan

berjual beli. Tukar barang dijalankan di kalangan masyarakat yang pelbagai

etnik.Mereka menukarkan barangan seperti damar, getah perca, bahan

getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak, manik dan barang-barang makanan

Berjual beli menggunakan wang dijalankan dengan pedagang Cina.

Di pasar tamu, peniaga di kawasan pedalaman dan kampung

berdekatan akan berkumpul untuk menjual hasil keluaran mereka. Sebagai

contohnya, orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk memperdagangkan

hasil laut dan beras manakala orang kadazandusun dan Murut pula akan

memperdagangkan hasil hutan.

10SHARIFAHAFIDAHSESMA