Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

9
PERPADUAN UMMAH

description

slideshow

Transcript of Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Page 1: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

PERPADUAN UMMAH

Page 2: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

PENDAHULUAN

• “Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan”

• “Perpaduan sangat penting, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mencapai taraf negara maju”,

• ”Keamanan dan keharmonian yang dialami sekarang belum tentu dapat dinikmati sekiranya tidak ada perpaduan di kalangam rakyat.”

• Dalam usaha untuk menyingkap isu ini kita perlu melihat bentuk perpaduan ummah yang bagaimana yang akan membawa kepada kejayaan atau kemajuan dan apakah iktibar dari hijrah rasul dan kesannya kepada perpaduan ummah.

Page 3: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Asas Persatuan Ummah

• Realiti yang berlaku ke atas umat Islam ketika ini adalah sangat mendukacitakan. Kita telah berpecah kepada lebih 50 buah negara Islam dilihat dari keanggotaan OIC dengan konsep negara bangsa.

• Ini adalah natijah dari kejatuhan daulah Islam yang terakhir berpusat di Turki pada tahun 1924 oleh Mustafa Kamal laknatullah alaih.

• Racun nasionalisme dan patriotisme yang telah meresap ke dalam jiwa umat Islam adalah penghalang yang paling utama yang perlu dipecahkan dan disucikan dari sanubari umat.

• Umat telah dipisahkan mengikut bangsa dan terpecah pula oleh sempadan-sempadan ciptaan barat.

• Ikatan yang tinggal hanya, persahabatan dan kerjasama ekonomi.

• Ikatan yang lemah ini telah menggantikan ikatan aqidah Islam.

Page 4: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Membina Persatuan Ummah

• Kesadaran umat telah mulai bergelora untuk bersatu, tetapi matlamat yang baik ini tidak akan dapat dicapai jika kaedah yang ditempuh adalah salah atau keliru.

• Di satu sisi kita menyerukan persatuan, di sisi lain kita masih mengekalkan sempadan dan membanggakan sempadan, sehingga saudara seIslam yang datang dari negara jiran untuk perlindungan atau mencari nafkah, kita halau

mereka balik. Adakah ini perpaduan.

Page 5: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

• Firman Allah s.w.t yg bermaksud :

“Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Page 6: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Persatuan Aqidah• Sesungguhnya prinsip utama persatuan dan

persaudaraan Islam adalah aqidah Islam.

• Segala benteng-benteng sempadan geografi, tembok-tembok nasionalisme dan patriotisme, jurang kaya dan miskin, perbezaan warna kulit dan bahasa akan runtuh apabila telah memiliki aqidah Islam yang sama, maka mereka adalah bersaudara

• Satu-satunya ikatan yang menghubungkan antara sesama muslim adalah ikatan Aqidah Islam.

Page 7: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

• Persatuan berdasarkan aqidah ini tidak boleh kalah oleh persatuan lainnya yang tidak diakui oleh hukum syara’ seperti ikatan kesukuan, nasionalisme, patriotisme, kemanusiaan atau ikatan asabiyah yang lainnya.

• Ikatan nasionalisme (asabiyyah) merupakan ikatan yang sempit

• Ikatan ini tidak layak untuk menjadi pengikat di antara sesama manusia dan juga tidak layak untuk menyatukan mereka dalam satu pemikiran.

• Sebab nasionalisme memang kosong dari pemikiran (tidak membuahkan pemikiran) dan bahkan tidak ada hubungan dengan pemikiran dan peraturan.

Page 8: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Perpaduan Ummah • Islam sebagai sebuah agama sekaligus ideologi

sangat mementingkan perpaduan, ini dapat dilihat melalui perintah-perintah atau hukum-hukum dalam Islam. Contohnya konsep kenegaraan dalam Islam.

• Kaum muslimin di seluruh dunia diwajibkan hanya memiliki satu daulah khilafah. Mereka juga dibenarkan hanya membai’at seorang khalifah sahaja. Bahkan Allah telah mengharamkan kaum muslimin mempunyai lebih dari satu negara.

Page 9: Bab 17 pengajian islam : Perpaduan Ummah

Kesimpulan • Perpaduan ummmah mestilah diasaskan kepada Aqidah

Islam. • Perpaduan adalah natijah dan bukan asas.• Ikatan selain dari asas ini seperti nasionalisme,

patriotisme dan lainnya adalah diharamkan. • Syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan

menyatukan ummah dilihat dari konsep kesatuan Daulah dan Kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.

• Makna hijrah yang sebenarnya yang perlu diambil tindakan oleh kaum muslimin adalah lonjakan kepada keadaan dimana Islam diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan.