Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

18
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran 1 Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Bab 2: Instrumen Pentaksiran Pendidikan Moral Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral Bab 4: Dokumen Standard Prestasi Bab 5: Pentaksiran Domain Afektif Bab 6: Dilema Moral Bab 7: Projek Bab 8: Pemerhatian Bab 9: Pentaksiran Portfolio BAB 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan perbezaan antara pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian. b) Membezakan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif c) Menjelaskan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria d) Menerangkan ciri-ciri ujian yang baik 1.1 Mukadimah 1.2 Pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian 1.3 Tujuan pentaksiran 1.4 Pentaksiran formatif & sumatif 1.5 Pentaksiran rujukan norma & pentaksiran rujukan kriteria 1.6 Keselarain objektif, pengajaran dan pentaksiran 1.7 Ciri-ciri ujian yang baik Ringkasan Rujukan

description

nota

Transcript of Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Page 1: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

1

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Bab 2: Instrumen Pentaksiran Pendidikan Moral Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral Bab 4: Dokumen Standard Prestasi Bab 5: Pentaksiran Domain Afektif Bab 6: Dilema Moral Bab 7: Projek Bab 8: Pemerhatian Bab 9: Pentaksiran Portfolio

BAB 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan perbezaan antara pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

b) Membezakan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif c) Menjelaskan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan

kriteria d) Menerangkan ciri-ciri ujian yang baik

1.1 Mukadimah

1.2 Pentaksiran, pengujian,

pengukuran dan penilaian

1.3 Tujuan pentaksiran

1.4 Pentaksiran formatif & sumatif

1.5 Pentaksiran rujukan norma & pentaksiran rujukan kriteria 1.6 Keselarain objektif, pengajaran dan pentaksiran 1.7 Ciri-ciri ujian yang baik

Ringkasan

Rujukan

Page 2: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

2

Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat tentang tahap penguasaan pengetahuan,

kemahiran dan sikap/nilai murid. Tujuan pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran

tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran

dan pembelajaran dan memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Pelbagai isu timbul daripada pentaksiran. Ada yang mencadangkan bahawa sistem

pendidikan Malaysia terlalu berfokus kepada peperiksaan. Ada yang mensyorkan pentaksiran

berasaskan sekolah harus diperluaskan. Ada pula pihak yang menyokong mengekal

peperiksaan berpusat. Ada pula yang mencadangkan bahawa sistem pentaksiran yang

diamalkan pada masa kini bebankan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa. Sejauh manakah

anda bersetuju dengan pandangan-pandangan ini?

Semua guru mentaksir, menguji, mengukur dan menilai! Sejauh manakah anda bersetuju

dengan pernyataan ini berdasarkan pengalaman anda sebagai guru Bahasa Melayu? Kita akan

cuba menghuraikan keempat-empat konsep ini dengan merujuk kepada Rajah 1.1.

PENTAKSIRAN: Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar (Huba dan

Freed, 2000). Perhatikan bahawa pentaksiran tidak terhad kepada mengumpul maklumat tentang pengetahuan sahaja tetapi juga tentang kemahiran dan sikap/nilai pelajar. Pentaksiran dalam Bahasa Melayu dapat memberi gambaran tentang prestasi pelajar dalam bahasa berkenaan, aktiviti pembelajaran, kemahiran serta sikap/nilai yang dimiliki. Untuk ‘mendapatkan maklumat’ berkenaan, pelajar perlu ‘diuji’.

PENGUJIAN: Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian tingkahlaku pelajar. Perhatikan bahawa kita tidak boleh menguji segala tentang prestasi dalam Bahasa Melayu seorang murid. Oleh itu kita mengambil sampel kebolehan dan keupayaan murid tentang kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah ujian bertulis, ujian lisan, jadual pemerhatian, ujian kemahiran mendengar, projek dan sebagainya. Sesuatu ujian itu terdiri daripada soalan-soalan yang menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar secara teratur dan sistematik.

1.1 Mukadimah

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Page 3: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

3

Rajah 1.1 Proses Pentaksiran

PENGUKURAN: Untuk mengukur kebolehan dan keupayaan murid, kita perlu memberi sesuatu nilai yang merupakan angka yang menunjukkan banyak mana telah dipelajari (Ebel, 1986). Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian. Contohnya, jika Siew Lan mendapat Band 5 dalam ujian bacaan dan Mei Ling mendapat Band 4, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tahap bacaan Mei Ling lebih rendah berbanding Siew Lan. Kita mengukur untuk mendapatkan maklumat tentang ‘apa keadaannya’. Maklumat tersebut mungkin berguna atau tidak, bergantung ketepatan alat yang kita gunakan, dan kecekapan kita menggunakannya.

PENILAIAN: Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah membuat keputusan. Apabila kita menilai, kita mengatakan bahawa sesuatu itu bagus, bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai. Setiap hari kita menilai sesuatu atau seseorang! Pendidik sentiasa menilai pelajar dan ia selalu dibuat dengan membandingkannya dengan suatu standard atau piawai. apa yang diukur terhadap suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan

PENTAKSIRAN

Pengujian

Ujian bertulis

Ujian lisan

Pemerhatian

Temu bual

Projek

Amali

Tugasan

Penilaian

Pengukuran Skor/Markah Gred Skala Band

Wow, IQ budak

ini ialah 150!

Page 4: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

4

Maklum Balas kepada Ibu Bapa

Pensijilan

Diagnosis

Memperbaiki Pengajaran

Kegunaan oleh Pentadbiran Sekolah

Penempatan

samada ianya telah dicapai, samada bersesuaian, samada ianya bagus, samada ianya dapat diterima, samada ianya sah dan sebagainya.

“Kenapa kita perlu mentaksir murid?”. Jawapan yang lazim ialah untuk menentukan sama ada

murid ‘memahami’ atau boleh ‘lakukan sesuatu kemahiran. ‘Memahami’ditafsirkan sebagai

murid dapat mengingat kembali apa yang diajar. Ini ditentukan sama ada murid berkenaan dapat

memberi jawapan yang betul. Adalah lebih tepat jika kita mengatakan bahawa tujuan pentaksiran

ialah untuk menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran tercapai.

Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan beberapa tujuan pentaksiran murid (Linn & Gronlund, 2000).

Rajah 1.2 Beberapa Tujuan Pentaksiran

MAKLUM BALASA KEPADA IBU BAPA Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga menghargai

contoh-contoh khusus tentang kemajuannya. Dengan menunjukkan contoh kerja anak mereka

1.3 Tujuan Pentaksiran

TUJUAN

PENTAKSIRAN

a) Apakah pentaksiran? b) Nyatakan perbezaan di antara penilaian dan pengukuran? c) Berikan contoh-contoh ujian.

Page 5: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

5

daripada masa ke masa akan membolehkan ibubapa

mentaksir perkembangan dan kemajuan anak mereka. Adalah

penting memberi tahu cerita sepenuhnya apabila melaporkan

maklumat tentang kemajuan pencapaian pelajar. Dengan

bercakap dengan ibubapa tentang standard, berkongsi contoh

kerja pelajar, menggunakan rubrik dalam konferens, dan

membezakan di antara pencapaian dan kemajuan merupakan

di antara cara-cara untuk memastikan agar keluarga diberi

gambaran yang jelas tentang pembelajaran kanak-kanak

PENSIJILAN

Pensijilan mungkin merupakan sebab paling penting untuk

menjalankan pentaksiran. Contohnya, peperiksaan umum yang

dijalankan di dalam sistem persekolahan di akhir sekolah

menengah bertujuan menganugerahkan pelajar segolong sijil.

Markah yang diterima ditukarkan kepada gred abjad yang

melambangkan pencapaiannya dalam subjek berlainan dan

digunakan sebagai asas untuk perbandingan di antara pelajar.

Sijil yang diterima itu kemudiannya digunakan untuk memilih

pelajar samada untuk melanjutkan pelajaran, biasiswa ataupun

pekerjaan

MEMPERBAIKI PENGAJARAN

Sekiranya 60% pelajar gagal dalam suatu ujian,

adakah anda menyiasat samada strategi pengajaran-

pembelajaran anda bersesuaian atau anda

menyalahkan pelajar anda kerana lemah akademik

mereka, ataupun mereka tidak mengulang kaji

pelajaran? Ramai dalam kalangan pendidik akan

menyalahkan pelajar mereka. Maklumat tentang

pentaksiran bernilai untuk memberi indikasi hasil

pembelajaran manakah yang telah dicapai dengan

jayanya dan yang mana pelajar menghadapi

kesukaran. Keputusan pentaksiran bernilai memberi

indikasi tentang keberkesanan strategi pengajaran

yang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang

digunakan. Ia juga memberi indikasi tentang sejauh mana pelajar telah memperoleh

pengetahuan terdahulu bagi menerima konsep dan prinsip yang dibincangkan. Data

pentaksiran juga boleh memberi gambaran tentang mengapa seseorang guru lebih berjaya

dalam mengajar segolongan pelajar daripada pelajar lain.

DIAGNOSIS

Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit untuk

sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang kepada apa yang

akan diajar. Pentaksiran pra-pengajaran dilakukan apabila anda memutuskan perlunya

maklumat tentang seorang atau sekumpulan pelajar, ataupun seluruh kelas sebelum anda

Page 6: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

6

boleh meneruskan dengan pengajaran yang

berkesan. Sebagai contoh, anda boleh melaksanakan

Ujian Bacaan untuk pelajar Tahun Satu bagi

mentaksir tahap pembacaan mereka. Berdasarkan

maklumat tersebut, anda mungkin berikan pembaca

lemah intervensi yang khusus atau pun tindakan

pemulihan. Ataupun, ujian-ujian tersebut mungkin

menunjukkan bahawa sesetengah pelajar membaca

pada tahap yang sangat tinggi dan anda mungkin

ingin mencadangkan agar mereka diberi program pengayaan. Contohnya, berdasarkan

maklumat pentaksiran seorang kanak-kanak mungkin didapati menghadapi disleksia

(dyslexic) dan akan diberi rawatan yang istimewa atau pun seorang pelajar yang telah

didiagnosis sebagai kurang upaya dalam pembelajaran mungkin diberi pendidikan khas.

PENEMPATAN

Selain persijilan, pentaksiran juga dijalankan untuk tujuan penempatan. Pelajar

dianugerahkan dengan berbagai keupayaan dan salah satu tugas sekolah adalah untuk

menempatkan mereka mengikut aptitude dan minat. Contohnya, sesetengah ujian digunakan

sebagai asas untuk menyalurkan pelajar mengikut aliran berdasarkan prestasi akademik

mereka. Telah menjadi tradisi bahawa kelas ‘A’ dan ‘B’ akan diisi dengan pelajar

berpencapaian tinggi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester atau peperiksaan

akhir tahun. Ujian Penempatan telah digunakan dalam pra-sekolah untuk menyalurkan kanak-

kanak mengikut tahap pencapaian mereka! Amalan menempatkan pelajar mengikut

pencapaian akademik selalu diperdebat berdekad lamanya di mana sesetengah cendikiawan

menyokong dan ada pula yang membangkang penggunaannya.

KEGUNAAN OLEH PENTADBIRAN SEKOLAH

Sekolah mengumpul maklumat tentang pentaksiran bagi memastikan sejauh mana pencapaian

sekolah berbanding sekolah lain bagi semester atau tahun tertentu. Keputusan pentaksiran

juga bertujuan membuat perbandingan prestasi dari tahun ke tahun bagi sekolah tertentu.

Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah mungkin mengambil langkah tertentu untuk

memperbaiki kelemahan. Contohnya mengadakan sumber tambahan untuk pelajar yang

berpencapaian rendah sekiranya didapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

membaca dan menulis semakin bertambah. Keputusan pentaksiran (khususnya berkaitan

perkembangan sosio-emosi) mungkin digunakan oleh pentadbir dan pembimbing sekolah

untuk merancang strategi intervensi untuk pelajar berisiko. Pentaksiran oleh pembimbing

boleh membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah sosio-emosi yang

memerlukan perkhidmatan bimbingan atau dirujuk

Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) - ialah menentukan bahawa

pelajar telah mempelajari sesuatu yang dapat diukur dengan pelbagai instrumen. Contohnya,

guru memberi ujian matematik tentang 'pecahan' dan dapati 10 murid dalam kelasnya tidak

tahu menyelesaikan masalah 'pecahan'.

Page 7: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

7

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)- ialah menggunakan maklumat

yang diperolehi dengan pelbagai jenis instrumen untuk mempertingkatkan pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya, guru mengadakan kelas pemulihan untuk membantu 10 murid

berkenaan menyelesaikan masalah 'pecahan'.

Pentaksiran boleh dijalankan pada masa berlainan sepanjang tahun persekolahan dan

rancangan pentaksiran yang menyeluruh akan termasuk pentaksiran formatif dan sumatif.

Titik pada mana pentaksiran dibuat dan matlamat pentaksiran membezakan di antara kedua-

dua kategori pentaksiran.

Pentaksiran Formatif Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi

peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu

titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas merupakan salah satu teknik pentaksiran

formatif yang paling terkenal. Tujuann teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu

pembelajaran pelajar dan tidak harus berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred

pelajar.

Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi pelajar dengan prestasi pelajar lain

di dalam kelas dan bukan semuanya pelajar dalam tahun yang sama. Selalunya sebahagian

kecil kandungan diuji untuk melihat sejauh mana objektif telah dicapai. Pentaksiran Formatif

adalah berpusatkan tindakan dan menjadi asas pembaikan kaedah pengajaran.

Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang pelajar kurang

faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu aktiviti lain atau menggunakan

strategi pengajaran yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh memantau kemajuan mereka

secara berkala menggunakan kuiz dan tugasan. Keputusan pentaksiran formatif digunakan

untuk mengubahsuai dan mengesahkan pengajaran. Secara pendeknya, pentaksiran formatif

adalah pentaksiran berterusan dan melibatkan kaji semula, dan pemerhatian tentang apa yang

sedang berlaku dalam bilik darjah.

1.4 Pentaksiran Formatif dan Sumatif

a) Terangkan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk membaiki pengajaran.

b) Bagaimana hasil pentaksiran digunakan untuk pensijilan? c) Bagaimana pihak sekolah menggunakan hasil pentaksiran? d) Jelaskan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk

diagnosis. e) Apakah perbezaan antara ‘pentaksiran tentang pembelajaran’ dan

‘pentaksiran untuk pembelajaran’?

Page 8: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

8

Pentaksiran Sumatif Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan

digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir

semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh, selepas tiga tahun dalam sekolah

menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan umum yang bercorak sumatif kerana ia

berasas kepada pengalaman pembelajaran terkumpul bagi pelajar tersebut. Pentaksiran

sumatif biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan sebuah program pembelajaran pada

akhir tahun akademik atau pada waktu yang ditetapkan.

Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk membuat pertimbangan tentang kecekapan

seorang pelajar–selepas fasa pengajaran telah selesai. Sebagai contoh, peperiksaan umum di

Malaysia dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah rendah; di akhir sekolah menengah rendah

dan di akhir sekolah menengah atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk

memastikan tahap pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah penyampaian

kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan untuk memastikan

samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red abjad mungkin diberi untuk

mentaksir pencapaian pelajar. Lihat Jadual 1.1 yang menyenaraikan perbezaan di antara dua

ujian tersebut.

Pentaksiran Formatif

Pentaksiran Sumatif

Bila dijalankan

Dijalankan sepanjang proses pengajaran-pembelajaran

Dijalankan di akhir suatu fasa pengajaran-pembelajaran (e.g.di akhir semester atau tahun)

Kaedah

Ujian kertas & pensil, pencerapan, kuiz, latihan, sesi amali dilaksanakan secara kumpulan dan individu

Ujian kertas & pensil, ujian lisan dilaksanakan berkumpulan

Matlamat

Untuk mentaksir kemajuan dan mencadangkan langkah pemulihan untuk mereka yang tidak mencapai objektif

Pemulihan atau pengayaan, ataupun pengajaran semula topic

Grading to determine if the programme was successful.

To certify students and improve the curriculum

Contoh

Kuiz, esei, ujian diagnostik, laporan makmal dan rekod

Ujian akhir, ujian umum, ujian kelayakan, ujian standard

Jadual 1.1 Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

Page 9: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

9

Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya diinterpretasi dan digunakan.

Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang dikenali sebagai Ujian Rujukan Norma dan Ujian

Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Norma Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk

mengklasifikasi pelajar. Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara

dan dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang

suatu kontinum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah (Anastasi,

1988). Untuk ujian rujukan norma, kumpulan pelajar yang representatif diberikan ujian dan

markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu proses pentadbiran dan

analisis yang rumit.

Sesiapa yang mengambil ujian rujukan norma boleh membandingkan markahnya dengan

norma. Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70 dalam ujian norm-

referenced hanya akan Nampak jelas apabila markah itu dibandingkan dengan norma.

Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati markah pelajar itu adalah pada peratus ke-

80, ini bermakna bahawa dia telah mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80%

pelajar dalam kumpulam norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan

samada pelajar perlu bantuan pemulihan atau tidak, ataupun samada pelajar tersebut adalah

calon program pengayaan. Walau bagaimana pun, markah tersebut memberi maklumat yang

sedikit tentang apa yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian

norm-referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas tahap

rendah. Ujian rujukan norma selalunya mengukur hanya sekadar sampel kandungan

akademik yang diajar di sekolah seluruh negara.

Ujian Rujukan Kriteria Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat

atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian

rujukan kriteria melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang ditentukan pada

suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam kurikulum. Ujian rujukan

kriteria digunakan apabila guru ingin mengetahui sejauh mana pelajar telah memperoleh

pengetahuan dan kecekapam yang mereka diharap telah kuasai. Maklumat ini mungkin

digunakan sebagai maklumat untuk memastikan sejauh mana pelajar memperoleh kandungan

kurikulum dan sejauh mana sekolah mengajar kurikulum tersebut. Ujian rujukan kriteria

memberi butiran terperinci tentang sejauh mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap

matlamat pendidikan atau hasil pembelajaran yang terkandung di dalam ujian tersebut.

Contohnya, markah bagi sebuah ujian rujukan kriteria mungkin menceritakan operasi

matematik mana seorang pelajar boleh laksanakan atau tahap masalah pembacaan yang

dialami pelajar. Lihat Jadual 1.2 yang menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis

ujian.

1.5 Ujian Rujukan Norma & Ujian Rujukan Kriteria

Page 10: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

10

Jadual 1.2 Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Adalah penting guru memastikan objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari? Apakah

yang dimaksudkan? Lihat Rajah 1.3. Objektif pengajaran ialah untuk memperkembangkan

kemahiran ‘bacaan inferen’; iaitu murid dapat memahami mesej tersirat dalam bahan yang

dibaca. Tetapi dalam bilik darjah guru mengutamakan pengajaran bacaan pada tahap literal

atau mesej tersurat sahaja. Manakala, pentaksiran yang selaras dengan objektif, bertumpu

kepada pengujian kemahiaran inferen murid. Apakah akan terjadi?

Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Matlamat Membandingkan prestasi

pelajar dengan pelajar lain

Memilih pelajar untuk persijilan

Membanding prestasi pelajar dengan kriteria (e.g. hasil pembelajaran)

Sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan atau kecekapan

Memperbaiki pengajaran & pembelajaran

Jenis soalan Soalan daripada senang hingga susah

Soalan hampir sama tahap kepayahan dengan kriteria

Melapor keputusan

Gred diberi Tiada gred diberi (samada pengetahuan/kecekapan dicapai atau tidak

Liputan Kandungan

Liputan kandungan yang luas Aspek kandungan yang tertentu

Contoh UPSR, PMR, SPM peperiksaan umum, peperiksaan akhir semester, peperiksaan akhir tahun

Ujian kelas, latihan dan tugasan

1.6 Keselarian Antara Objektif, Pengajaran dan Pentaksiran

a) Bincangkan perbezaan di antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Berikan contoh-contoh sesuai.

b) Apakah perbezaan di antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria daripada segi matlamat, jenis soalan, pelaporan keputusan dan liputan kandungan?

Page 11: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

11

Rajah 1.3 Ketidakselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran

Secara ringkas:

Objektif memerlukan bacaan inferen, iaitu maklumat atau mesej tersirat

Pengajaran bertumpu kepada bacaan literal iaitu maklumat tersurat dalam bahan

bacaan

Pentaksiran memerlukan murid memahami mesej tersirat dalam bahan bacaan.

Tidaklah hairan apabila pencapaian murid rendah kerana ujian yang digunakan menguji

kemahiran yang mereka tidak diajar.

Rajah 1.4 Keselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran

Pengajaran Pentaksiran Objektif

Bacaan pada

Tahap Inferen

Bacaan pada

Tahap Literal

Pengajaran Pentaksiran Objektif

Bacaan pada

Tahap Inferen

Bacaan pada

Tahap Literal

Page 12: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

12

Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan keselarian antara objektif, pengajaran dan pentaksiran. Untuk

mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan. Instrumen

pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai (Dwyer, 1991). Contohnya,

objektif pembelajaran yang dipilih ialah untuk memastikan sejauh manakah murid berjaya

membaca pada tahap inferen. Pelbagai kaedah dan aktiviti digunakan bagi membolehkan murid

membaca pada tahap inferen. Ujian yang digubal dan digunakan menguji kemahiran membaca

pada tahap inferen. Kesimpulannya, objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari.

Setiap kali kita terlibat dengan pentaksiran, kita perlu yakin dengan keputusan yang

diperolehi. Oleh kerana kita menilai manusia, kita perlu memastikan bahawa markah, band

atau skor yang diberikan kepada setiap betul-betul mencerminkan tahap keupayaan dan

kebolehan mereka.

Anda memberikan ujian Pendidikan Moral kepada sekumpulan pelajar Tahun 4 dan salah

seorang pelajar bernama Keng Yap telah mendapat markah 66% dalam ujian tersebut.

Sejauhmanakah anda pasti bahawa itu adalah markah sebenar Keng Yap? Apabila anda

membina sebuah ujian dan mentadbirkannya kepada murid, anda cuba untuk mengukur

markah sebenar murid. Markah sebenar merupakan suatu konsep yang hipotetikal tentang

keupayaan sebenar kecekapan dan kemampuan seseorang individu.

Adalah mustahil guru boleh membina sebuah ujian yang bebas daripada ralat. Bagaimana

pun ia tidak bermaksud bahawa ujian yang digubal guru tidak baik. Yang lebih penting

adalah saiz ralat itu.

Markah Sebenar = Markah yang Diperolehi + Ralat

Ralat mungkin timbul daripada faktor-faktor berikut:

Arahan tidak jelas

Soalan yang mengelirukan

Kepenatan murid

Murid meniru dan sebagainya

Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan markah dan yang lain pula menyebabkan markah

yang diperolehi turun. Umum, lebih kecil ralat, lebih tepat markah sebenar murid. Sekiranya

anda yakin bahawa ujian anda (markah diperhatikan) mempunyai ralat yang kecil, maka anda

boleh dengan yakin membuat inferens bahawa markah Keng Yap 66% adalah hampir dengan

markah sebenarnya atau keupayaan sebenarnya dalam Pendidikan Moral. Untuk mengurangkan ralat sesuatu ujian, anda perlu memastikan bahawa ujian mempunyai kesahan,

kebolehpercayaan. keobjektifan, kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran yang tinggi (Lihat Rajah

1.5).

1.7 Ciri-Ciri Ujian yang Baik

Page 13: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

13

Rajah 1.5 Ciri-Ciri Ujian yan Baik

1) KESAHAN

Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang ia patut diukur.

Sekiranya ia tidak mengukur apa yang ia patut mengukur, maka ujian itu tidak boleh

digunakan kerana interpretasi yang dibuat berasaskannya tidak sah atau relevan (Nutall,

1987). Contohnya, ujian yang sepatutnya mengukur ‘keupayaan murid Tahun 6 berfikir secara

kritis’ tidak mengukur ‘keupayaan berfikir secara kritis’, maka ujian tersebut bukanlah sebuah

ujian yang sah.

Buruk kesannya jika guru membuat rumusan tentang apa yang muridr boleh atau tidak boleh buat

berdasarkan ujian tersebut. Inilah sebabnya ramai pakar pendidik menekankan kepentingan

kesahan ujian. Bagaimana pun, kesahan akan berbeza bagi setiap ujian bergantung kepada

kegunaannya. Contohnya, sesuatu ujian mungkin mempunyai kesahan yang tinggi dalam menguji

kebolehan menjelaskan konsep tetapi mempunyai kesahan rendah bagi menguji aplikasi konsep.

Messick (1989) sangat khuatir tentang interpretasi yang dibuat oleh guru tentang kebolehan

murid berdasarkan sesuatu ujian. Bayangkan kuasa yang dipegang oleh guru semasa menggubal

dan mentadbirkan ujian. Keputusan ujian yang diperolehi akan menentukan masa depan ratusan

murid. Tafsiran berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan yang rendah akan memberi

gambaran yang tidak tepat tentang keupayaan dan kecekapan murid. Berikut ini ialah beberapa

jenis kesahan ujian:

Kesahan Konstruk ialah sama ada ujian yang digubal mengukur konstruk atau ciri atau

fenomena yang ingin diukur. Contohnya, jika anda ingin menentukan tahap kemahiran

membaca murid, anda perlu memastikan ujian yang digubal mengukur kefahaman

membaca, penguasaan kosa kata, membaca untuk maksud literal dan membaca untuk

maksud inferens. Bagaimana guru dapat menentukan ujian yang digubal mempunyai

kesahan konstruk yang tinggi?

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Kebolehtafsiran

Page 14: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

14

o Satu cara ialah dengan membanding atau menkorelesasi ujian pembinaan guru

dengan sesuatu ujian yang mengukur konstruk yang sama. Contohnya, guru boleh

membandingkan markah yang diperolehi dalam ujian yang digubal oleh guru

dengan ujian lain yang diberikan kepada sampel murid yang sama. Sekiranya

markah bagi kedua-dua ujian tersebut berkorelasi tinggi, maka guru boleh

membuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru mempunyai kesahan

konstruk yang tinggi.

o Satu lagi cara ialah dengan merujuk kepada teori. Contohnya, berdasarkan sudut

pandangan teori-teori pendidikan moral bacaan, guru dapat membina soalan-

soalan yang berkait rapat dengan hujah-hujah teori berkenaan pendidikan moral.

Kesahan Ramalan ialah samada sesuatu ujian yang dibina oleh guru dapat meramal

dengan tepat prestasi atau keupayaan masa hadapan murid. Contohnya, keputusan STPM

digunakan untuk meramal prestasi dalam universiti. Kesukaran dalam menghitung

kesahan ramalan bagi STPM ialah kerana hanya mereka yang lulus peperiksaan itu yang

akan meneruskan pelajaran ke universiti (secara umumnya) dan kita tidak tahu

pencapaian pelajar yang gagal (Wood, 1991). Juga, hanya sebilangan kecil populasi yang

mengambil STPM dan korelasi di antara gred STPM dan prestasi di peringkat sarjana

muda mungkin tinggi.

2) KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang

calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan

mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu,

maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Dengan perkataan lain,

kebolehpercayaan menunjukkan konsistensi sesuatu ujian dengan bertanya ‘adakah

mendapat skor atau markah yang sama sekiranya mereka mengambil ujian yang sama pada

sekali lagi?’. Sekiranya, markah yang diperolehi tidak konsisten, maka guru boleh

merumuskan bahawa ujian itu juga tidak sah kerana kandungan yang diuji tidak tepat. Berikut

ini ialah beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukan

kebolehpercayaan sesuatu ujian:

1. Uji-Uji Semulan (Test-Retest) yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi dalam

pentadbiran ujian pertama dikorelasikan dengan markah yang diperolehi dalam

pentadbiran kedua ujian tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dud markah tersebut

adalah tinggi maka ujian tersebut boleh dikatakan mmempunyai kebolehpercyaan yang

tinggi. Namun begitu, teknik uji-uji semula agak sukar dilaksanakan kerana murid

mungkin enggan mengambil ujian yang sama dua kali. Juga, murid mungkin dapat

mengingat kembali soalan-soalan ujian pertama.

2. Ujian Setara (Equivalent Test) - Bagi teknik ini, dua ujian yang setara ditadbirkan

kepada kumpulan murid yang sama. Kedua-dua ujian ini tidak serupa tetapi setara. Iaitu,

kedua-dua ujian mempunyai soalan-soalan berlainan tetapi mengukur konstruk (iaitu

pengetahuan, kemahiran atau sikap) yang sama. Markah atau skor yang perolehi dalam

kedua-dua ujian dikorelasikan dan jika angka korelasi adalah tinggi, kebolehpercayaan

ujian disifatkan sebagai tinggi. Kelebihan teknik ini ialah tidak ada pengaruh murid

mengingat kembali soalan-soalan. Suatu masalah dengan teknik ini ialah guru perlu

menghasilkan begitu banyak soalan.

Page 15: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

15

3. Konsistensi Dalaman (Internal Consistency) – Teknik ini menentukan konsistensi

dalaman sesuatu ujian dengan menggunakan sesuatu formula. Hanya satu ujian yang

perlu ditadbirkan sekali kepada murd. Konsistensi dalaman ujian ditentukan dengan

mengira korelasi satu soalan dengan soalan-soalan lain dan keseluruhan ujian. Yang

dianggarkan ialah sejauh manakah soalan-soalan mencerminkan konstruk (pengetahuan,

kemahiran & nilai) yang diukur.

3) KEOBKETIFAN

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan

markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling

tinggi bagi ujian objektif (seperti soalan aneka pilihan, betul-salah, memadan dan sebagainya)

berbanding ujian subjektif (seperti ujian esei, projek dan sebagainya). Kemungkinan besar

pemarkahan ujian subjektif dipengaruhi oleh tafsiran atau perasaan emosi pemeriksa.

Sekiranya soalan-soalan objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

4) KEBOLEHTADBIRAN Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka.

Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah

mencukupi. Lihat Jadual 1.3 yang menunjukkan masa yang dicadangkan untuk setiap jenis

soalan ujian. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan,

maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran

merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding

ujian subjektif.

Jenis Soalan atau Item Peruntukan Masa Bagi Setiap Soalan

Item betul/salah 20-30 saat

Item aneka pilihan (fakta) 40-60 saat

Item aneka pilihan (kompleks) 70-90 saat

Item memadankan (5 – 6 pilihan) 2-4 minit

Item jawapan pendek 2-4 minit

Item aneka pilihan (melibatkan pengiraan) 2-5 minit

Masalah dalam perkataan (kiraan mudah) 5-10 minit

Esei pendek 15-20 minit

Analysis data / membuat geraf 15-25 minit

Esei panjang 35-50 minit

Rajah 1.3 Peruntukan Masa Untuk Sesuatu Jenis Soalan Pentaksiran

[sumber: A.J. Nikto (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall]

Page 16: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

16

a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan keselarian objektif, pengajaran dan pentaksiran. Mengapakah ini penting?

b) Bincangkan beberapa jenis kesahan ujian. c) Bagaimana guru dapat menentukan bahawa ujian yang gunakan itu

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi? d) Mengapakah keobjektifan ujian penting? e) Bincangkan masa yang perlu diperuntukkan untuk sesuatu jenis soalan.

Adakah anda bersetuju dengan cadangan Niko (2004)?

Page 17: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

17

Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber

tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar

Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang

menunjukkan tahap pencapaian.

Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan

mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai.

Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian

tingkahlaku pelajar.

Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga

menghargai contoh-contoh khusus tentang kemajuannya.

Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit

untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang

kepada apa yang akan diajar.

Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu

memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam

subjek atau suatu titik pada program tersebut.

Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung

jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program

(kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun).

Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk

mengklasifikasi pelajar.

Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh

buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain.

Untuk mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan.

Instrumen pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian.

Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi

kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan

serentak.

Page 18: Bab 1.Konsep.asas.Pentaksiran

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

18

Linn, R & Gronlund, N. (2000). Measurement and Assessment in Teaching. New

Jersey:Prentice-Hall Inc.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum Books

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented research

questions in distance education. Second American Symposium Research in Distance

Education, University Park, PA: Pennsylvania State University.