Bab 2

12
BAB 2 ISU-ISU KEUSAHAWANAN Peranan dan Kepentingan Usahawan Terhadap Diri, Masyarakat Dan Negara Peranan dan Kepentingan Terhadap Diri 1. Peluang Untuk Mengawal Nasib Sendiri Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Ushawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalannya seorang usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya ia boleh berkerja lebih masa atau menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh beliau oleh itu ia dapat mengawal nasibnya sendiri. 2. Peluang Untuk Mencapai Potensi Yang Sebenar Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan. 3. Peluang Untuk Memperolehi Keuntungan Mendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawaan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya. Peranan dan Kepentingan Terhadap Masyarakat 1. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Yuslina Julai 2010 12

Transcript of Bab 2

Page 1: Bab 2

BAB 2

ISU-ISU KEUSAHAWANAN

Peranan dan Kepentingan Usahawan Terhadap Diri, Masyarakat Dan Negara

Peranan dan Kepentingan Terhadap Diri

1. Peluang Untuk Mengawal Nasib SendiriPeluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Ushawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalannya seorang usahawan yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya ia boleh berkerja lebih masa atau menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh beliau oleh itu ia dapat mengawal nasibnya sendiri.

2. Peluang Untuk Mencapai Potensi Yang SebenarUntuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan.

3. Peluang Untuk Memperolehi KeuntunganMendapat untung sememangnya salah satu matlamat seorang usahawaan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.

Peranan dan Kepentingan Terhadap Masyarakat

1. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatPengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berbagai untuk memenuhi citarasa dan kehendak pengguna. Mereka membekalkan pelbagai jenis barangan dan membuat pengubahsuaian terhadap barangan sedia ada atau mencipta barangan baru untuk menampung kehendak pengguna yang semakin bertambah dan sentiasa berubah.

2. Mewujudkan peluang pekerjaanPeluang pekerjaan yang diwujudkan oleh golongan usahawan telah berjaya mengatasi masalah pengangguran di negara ini. Penggunaan kepakaran dan tenaga fizikal masyarakat yang lebih produktif juga telah meningkat. Kepakaran dan pengalaman serta latihan yang disediakan oleh usahawan kepada masyarakat pekerja berupaya melahirkan anggota masyarakat yang mahir dan berkeupayaan tinggi dalam sesuatu bidang yang diceburi. Contohnya, ramai pekerja profesional yang dihantar oleh usahawan ke negara asing seperti Jepun untuk menimba

Yuslina Julai 201012

Page 2: Bab 2

pengalaman dan kepakaran tertentu. Usaha ini membolehkan pekerja mempertingkatkan kepakaran dan daya produktivitinya.

3. Meningkatkan taraf hidup rakyatDengan adanya peluang pekerjaan yang banyak, anggota masyarakat dapat menikmati pendapatan yang lumayan. Pendapatan tersebut digunakan untuk membeli pelbagai jenis barangan yang diperlukan untuk meningkatkan keselesaan hidup mereka. Usahawan juga sering menghasilkan barangan baru yang canggih untuk membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup mereka

4. Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang baruMencipta dan memperbaharui barangan akan dapat membantu penduduk menikmati hidup yang lebih berkualiti.

Peranan dan Kepentingan Terhadap Negara

1. Penyumbang kepada pembangunan ekonomiDengan pembukaan industri baru, menyediakan peluang pekerjaan dan mempelbagaikan pengeluaran. Dengan berkurangnya pengangguran maka pendapatan negara akanturut meningkat kerana setiap individu yang bekerja akan membayar cukai pendapatan dan berbelanja untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan tertentu.

2. Menghasilkan pendapatan untuk negaraUsahawan akan meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai pendapatan kepada kerajaan. Malahan usahawan juga dapat meningkatkan pendapatan negara dengan menyumbang kepada pembayaran duti kastam, iaitu cukai import dan eksport.

3. Sokongan kepada industri besarMenjadi pembekal barangan komponen kepada industri besar seperti kereta proton – komponen-komponennya disediakan oleh syarikat-syarikat yang kecil (vendor).

4. Membangunkan sektor ekonomi tertentuUsahawan yang melibatkan diri dalam sektor ekonomi tertentu, misalnya sektor perindustrian dan perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk membangunkan sektor ekonomi tersebut contohnya usahawan telah membangunkan industri pembuatan kenderaan sehingga kita dapat mengeluarkan kereta, van, lori dan motosikal untuk kegunaan tempatan dan juga untuk dieksport.

5. Mempelbagaikan ekonomi negaraUsahawan tidak akan terlibat dalam satu-satu industri sahaja. Mereka biasanya melibatkan diri dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perkhidmatan, makanan, pembuatan, pelancungan dan lain-lain. Ini menyebabkan ekonomi negara tidak perlu bergantung kepada sesuatu sektor tertentu sahaja. Oleh itu ekonomi negara akan sentiasa kukuh salah satu sektor mengalami masalah untuk berkembang.

6. Mengembangkan tingkat teknologiDengan melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian seseorang usahawan itu melakukan R&D dan secara langsungnya dapat memperbaiki teknik pengeluaran dan kualiti barangan dan perkhidmatan.

Yuslina Julai 201013

Page 3: Bab 2

7. Mewujudkan lebih banyak kemudahan infrastruktur kepada pendudukLebih banyak kemudahan infrastruktur dapat dibina untuk kepentingan masyarakat dan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan negara. Ini akan dapat menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di negara kita.

8. Mempelbagaikan ekonomi negara agar tidak bergantung kepada suatu sektor ekonomi sahaja.Kewujudan ramai usahawan dapat mempelbagaikan lagi sektor ekonomi negara dimana para usahawan akan menjalankan pelbagai penyelidikan untuk memperkembangkan perniagaan. Oleh itu negara tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian sebaliknya turut terlibat didalam sektor pembuatan yang dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada negara.

Tanggungjawab Sosial Dalam Keusahawanan Terhadap Masyarakat Dan Negara

Persoalan yang selalu dikemukakan kepada kita ialah “Apakah sumbangan anda kepada negara”. Salah satu cara kita boleh menyumbang kepada negara ialah dengan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Usahawan memikul tanggungjawab sosial yang penting untuk memastikan kemakmuran negara dan kejayaan perniagaan. Usahawan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Tanggungjawab sosial dalam keusahawanan terhadap agama.

Keusahawanan menurut sejarah Islam telah bermula seawal kejadian manusia dimana 2 orang ank Nabi Adam a.s telah mempelopori bidang keusahawanan dimana Habil telah terlibat di sektor pertanian manakala Qabil pula terlibat di sektor penternakan. Rasul-rasul lain yang diutuskan ramai yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada di bidang pertanaian, penternakan, pertukangan dan perniagaan. Hatta Rasulullah s.a.w sendiri terlibat dalam perniagaan dimana baginda membantu bapa saudaranya dan kemudiannya menguruskan perniagaan Saiyidatina Khadijah iaitu isterinya.

Para usahawan Islam dapat membantu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak bagi menaikkan taraf ekonomi masyarakat Islam. Menurut Islam, keusahawanan merupakan suatu konsep yang luas, yang merangkumi dunia dan akhirat. Aktiviti keusahawanan merupakan fardhu kifayah yang dilaksanakan mengikut hukum syarak dan nilai akhlak mulia. Menurut riwayat Imam At-Tirmizi sesungguhnya 9/10 rezeki boleh diperolehi melalui perniagaan.

Menurut Islam, keusahawanan adalah mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Keusahawanan Islam merupakan proses pengembelingan dan permanfaatan kurniaan Allah untuk faedah sendiri, ummah dan makhluk Allah yang lain selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah dan sunnah.

Islam sememangnya menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Namun begitu tetapi penglibatan umatnya dalam bidang ini hendaklah selari dengan ajaran Islam yang digariskan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid adalah untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupan adalah wajib. Dengan cara ini umat Islam akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu “Al-Falah”, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Yuslina Julai 201014

Page 4: Bab 2

Usahawan muslim ialah mereka dikalangan umat islam yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan produk yang halal.

Keusahawanan merupakan jihad fisabilillah dan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi menegakkan ajaran Islam dan meniggikan syiar Islam. Dalam melaksanakan keusahawanan menurut Islam juga melibatkan amal soleh dimana para usahawan perlu mencipta produk yang memberikan manfaat yang berpanjangan. Pemasaran produk perlulah dilaksanakan dengan efisyen dan penuh keberkesanan kos serta memudahkan pemajangan manfaat. Selain itu usaha-usaha yang dilaksanakan juga dapat menghasilkan peluang pekerjaan dan sumber rezeki serta dapat meningkatkan taraf hidup seterusnya memperteguhkan ekonomi dan sosial. Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara seterusnya membina khairun ummah.

Bagaimanakah menjadikan keusahawanan sebagai satu ibadah?

1. Melakukan apa yang disuruh.2. Menjauhi apa yang dilarang.3. Mengamalkan sifat-sifat yang baik.4. Perancangan dan strategi perniagaan.5. Mengetahui hukum-hakam perniagaan.

Etika Perniagaan

Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘ethic’ yang bermakna sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku manusia. Etika menurut Velasquez M.G ialah suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik. Manakala dalam kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip yang mengawal tingkahlaku individu atau kumpulan.

Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan moral yang dilaksanakan dalam sesebuah masyarakat dan juga tentang baik atau tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

Maksud Etika Perniagaan

Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral dan standard kelakuan perniagaan yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.

Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia ( EAPM ) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mereka mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terdapatnya peningkatan

Yuslina Julai 201015

Page 5: Bab 2

berbagai amalan perniagaan yang tidak sihat supaya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.

Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-Undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan hari kelak.

Contoh keadaan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.

Terdapat 5 amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia. Antaranya:i. Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.

ii. Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah bertanggungjawab utama golongan usahawan.

iii. Sebarang pernyataan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu atau yang memburuk-burukkan saingannya secara palsu atau tawaran jualan barangan atau perkhidmatan yang tidak jujur dan seharusnya dikeluarkan.

iv. Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang ditinggalkan atau dikaburkan adalah tidak dibenarkan.

v. Semua amalan perniagaan hendaklah mematuhi prinsip persaingan yang adil, khususnya dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengedaran dan penjualan.

Seorang usahawan yang beretika tidak bermakna seorang yang lemah atau menjadi mangsa masyarakat. Tetapi ianya akan menyebabkan usahawan menjadi seorang yang tabah dan mematuhi nilai dan kepercayaan yang kukuh. Penghayatan terhadap isu-isu etika merupakan satu tanggungjawab sosial yang akan mengukuhkan kedudukan perniagaan dari segi kewangan, meningkatkan kesetiaan pelanggan dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan.

E-Dagang

Industri teknologi maklumat telah mengalami perubahan yang pesat semenjak bermulanya revolusi perindustrian pada abad ke 19. Hasil dari perubahan teknologi maklumat telah mengubah bentuk perdagangan dari perdagangan secara tradisional iaitu secara bersemuka kepada kaedah yang baru iaitu melalui maya ataupun E-Dagang.

Maksud E-Dagang

E-Dagang juga dikenali sebagai dotcom merupakan satu alat atau mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan /produk mengembangkan pasaran produk atau perkhidmatan mereka. Ia merupakan kaedah transaksi elektronik secara maya melangkaui sempadan jarak dan waktu.Dalam suasana maya , syarikat dapat menubuhkan pejabat juga secara maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila msa dan dimana sahaja mereka berada.

Yuslina Julai 201016

Page 6: Bab 2

Kaedah perdagangan secara elektronik ini membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan melalui jaringan telekomunikasi yang melibatkan sistem internet. Kaedah ini semakin berkembang pesat di seluruh pelusuk dunia dan usahawan di negara haruslah sedar bahawa inovasi dalam teknologi maklumat boleh mereka semula persekitaran dalam syarikat sama ada melalui perancangan pengurusan ataupun pelaksanaan secara automatik.

Klasifikasi E-Dagang

Ia boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori:-i) antara perniagaan dengan perniagaan

E-Dagang antara perniagaan melibatkan transaksi antara dua atau lebih syarikat. Biasanya ia melibatkan pembekal dan syarikat penjual/pemasar. Contohnya, sebuah kilang pengeluar atau pencetak buku akan berurusan dengan sebuah gedung buku.

ii) antara perniagaan dengan penggunaE-Dagang yang kedua pula melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu produk. Contohnya gedung buku menjual produknya kepada pengguna melalui E-Dagang (internet).

E-Dagang juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-i) Pasaran elektronik

Ia adalah jaringan interaksi dan hubungan dimana segala maklumat, produk, perkhidmatan dan urusan pembayaran boleh dijalankan.

ii) Sistem maklumat dalaman syarikatIa adalah sistem maklumat dalaman syarikat dimana segala maklumat disalurkan di antara dua buah atau lebih syarikat.

Faedah-faedah Perniagaan Melalui E-Dagang

1. Rakan Kongsi MayaTerdapat pembekal yang melantik agen maya secara bebas kepada mana-mana pemilik/webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi rakan kongsi maya setelah memasang sepanduk pembekal dalam laman mereka.

2. PenajaanTerdapat juga pemilik webmaster laman web lain yang ditaja oleh syarikat korporat untuk memasarkan produk/perkhidmatan yang dikeluarkan. Pemilik/webmaster biasanya terdiri daripada golongan profesional di bidang masing-masing akan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan syarikat berkenaan, sama ada secara langsung ataupun sebaliknya.

3. Kaedah pembayaranTransaksi E-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini antara teknologi yang

Yuslina Julai 201017

Page 7: Bab 2

menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa.

4. Perniagaan beroperasi 24 jam sehari tanpa hentiPenggunaan laman web untuk mempromosikan produk dan perniagaan membolehkan perniagaan dilawati oleh pelanggan-pelanggan 24 jam sehari tanpa henti. Urusniaga juga boleh berlaku sepanjang waktu.

Pembangunan Keusahawanan Menerusi E-Dagang

Kemunculan E-Dagang merupakan peluang yang perlu diambil faedah sepenuhnya oleh usahawan kerana ia merupakan satu gaya perniagaan yang baru yang semakin pesat berkembang. Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka menerusi E-Dagang:-

1. Meluaskan lagi pasaran E-Dagang menggunakan teknologi internet sebagai platform utama

perkembangannya. Pasaran bagi perniagaan yang menggunakan E-Dagang adalah amat luas kerana ia menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi dimana segala maklumat akan disalurkan melalui laman web di internet.

Bilangan pengguna internet adalah ramai oleh mereka boleh menjadi sasaran pasaran bagi produk-produk yang dipasarkan secara E-Dagang.

2. Mengurangkan kos perbelanjaan Masalah utama yang dihadapi oleh usahawan yang menjalankan

perniagaan terutamanya di bandar-bandar besar ialah kadar sewa bangunan, kos buruh dan pemasaran yang tinggi.

Melalui kaedah E-Dagang masalah ini dapat diminimumkan kerana mereka hanya menempatkan perniagaan mereka di laman web utama sekaligus mereka dapat menempatkan produk dan syarikat mereka di peringkat global.

Ini akan memudahkan pelanggan kerana ia dapat diakses pada bila-bila masa.

3. Sokongan syarikat korporat dan multinasional. Perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat telah mendorong

beberapa firma korporat tempatan untuk membangunkan E-Dagang. Ini dapat dilihat daripada usaha firma-firma ini mendirikan laman web yang menyokong pertumbuhan perniagaan secara E-Dagang.

Antaranya Hitechniaga Sdn. Bhd. Melalui kerjasama Microsoft Corp. Telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini dibangunkan khusus untuk usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana mendirikan perniagaan internet.

Selain itu, Syarikat Mytex Solutions Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mencipta dan mempamerkan halaman web telah memperkenalkan pakej ’ringgit sehari’ untuk perniagaan tempatan. Pakej ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja terutama kepada usahawan industri kecil dan sederhana untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka melalui laman web sendiri.

4. Sokongan kerajaan Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam E-

Dagang. Ini dapat dilihat dari Pelan Utama E-Dagang Negara dan Rangka Kerja E-Dagang Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel

Yuslina Julai 201018

Page 8: Bab 2

Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus, Apple dan lain-lain. Rangka kerja tersebut melibatkan tiga prinsip panduan dan empat pendekatan yang strategik.

Tiga prinsip berkenaan meliputi kerjasama pihak kerajaan, perniagaan dan komuniti, pengiktirafan ciri E-Dagang tanpa sempadan dan penciptaan peluang untuk negara memperoleh manfaat dari inisiatif tersebut.

Pendekatan strategik pula meliputi amanah dan keyakinan terhadap E-Dagang memperbaiki rangka kerja undang-undang dan peraturan, memperkukuhkan infrastruktur dan sokongan logistik untuk E-Dagang, disamping mengoptimumkan ekonomi dan faedah sosial.

Pelbagai skim dan geran untuk penyelidikan dan pembangunan telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan terutama dalam menyediakan program latihan dan program pemindahan teknologi oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan Multimedia Super Corridor (MSC)

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mengaplikasikan E-Dagang

E-Dagang adalah sesuatu yang baru di kalangan rakyat Malaysia berikutan dengan perkembangan teknologi maklumat. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh oleh para usahawan dalam mengaplikasikan E-Dagang:-

1. Penerimaan masyarakat umum dan profesionalKemajuan teknologi maklumat di Malaysia adalah agak lambat berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom. Masyarakat Malaysia agak pasif terhadap teknologi baru terutama di peringkat awal pengenalannya. Ia dapat dilihat dari peratus penggunaan teknologi maklumat di kalangan para profesional, terutamanya di dalam industri binaan. Ramai usahawan yang tidak bersedia untuk menggunakan teknologi komputer yang menjadi ters kepada kemajuan teknologi maklumat dan kebanyakan mereka lebih selesa menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan kerja-kerja harian dan membuat keputusan.

2. Budaya tidak berani mencuba Ini juga merupakan salah satu faktor kelembapan perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Sikap masyarakat yang takut untuk berusniaga melalui internet kerana tidak yakin dengan barang-barang yang diiklankan dan takut akan tertipu.

3. Kemudahan teknologi maklumat di Malaysia masih belum lengkap sepenuhnya Kemudahan teknologi maklumat di Malaysia masih belum lengkap sepenuhnya kerana Malaysia baru melangkah masuk ke era teknologi maklumat. Pengguna internet masih terus bergantung kepada Tmnet dan Jaring yang mempunyai beberapa masalah kelajuan dan cara mendapatkan maklumat (access).

Yuslina Julai 201019