BAB 2

7
BAB 2 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan me bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapak keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana muri murid di sekolah rendah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa d apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, mu murid menghafanya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung disoal oleh guru. Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. !kibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidakmengertiapa yang dilakukannya. "leh sebab matematik

description

bab 2 prosiding

Transcript of BAB 2

BAB 2

FOKUS KAJIAN

2.1 Isu KajianKita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi?Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru.Selainitu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata pelajaran yang berkait dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik.Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 5 terhadap mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan teknik Hands On Activities.

2.2 Tinjauan LiteraturEra globalisasi pendidikan semakin berkembang pesat terutamanya pada zaman milenium ini. Dunia pendidikan mengalami pelbagai perubahan di mana satu ledakan ilmu yang bukan sahaja perlu dipelajari malah perlu dikuasai. Ia menjadi satu kemestian untuk melengkapkan diri seseorang individu agar berupaya menghadapi keseimbangan hidup di dunia kontemporari yang semakin mencabar. Matematik ialah ilmu berstruktur dan berhierarki, justeru itu setiap individu pelajar mesti memahami dan menguasai konsep-konsep asas dalam matematik. Tambahan pula boleh dikatakan setiap aktiviti sosial manusia tidak terpisah daripada menggunakan matematik. Menurut Cole (dalam Madis bin Araji, 1997) kajian telah dibuat ke atas suku bangsa Kepelle di Liberia mendapati individu yang tidak memiliki pendidikan sekolah mendapat markah yang rendah dan aras soalan masalah yang dapat dijawab amat rendah berbanding individu yang mendapat pendidikan.Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan murid. Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood (1988 ,didalam Peter Gates, 2001), Satu-satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu masalah.Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan mengembangkan kefahaman pelajar dalam konsep dan kemahiran asas matematik. Kedua-dua aspek ini pula digunakan dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan. Di Malaysia menguasai konsep dan kemahiran asas merupakan satu tumpuan khas dalam Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)(1993). Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah rendah yang dinyatakan dalam KBSR ialah untuk menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Penekanan diberikan secara menyeluruh dalam semua tajuk kerana ia merupakan koponen penting dalam Kurikulum Matematik KBSR.Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik sering menjadi tajuk perbincangan setiap lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama media terutamanya semasa keputusan peperiksaan diumumkan. Rata-rata mengatakan prestasi pelajar dalam menjawab soalan penyelesaian masalah amat rendah. Program Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing pelajar menguasai kemahiran asas mengira empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk pelajar menangani masalah kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM, (Mohd Khairuddin Mohd Taib, 1992). Matematik ialah satu-satunya mata pelajaran yang bertujuan untuk membina minda pelajar supaya berfikiran kritis dan kreatif, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).Kebanyakkan semua guru mengunakan strategi penyelesaian yang dicadangkan di dalam buku teks, namun pelajar sering menghadapi kesulitan ketika menyelesaikannya. Ini kerana semua situasi yang dibincangkan tidak sama walaupun rutin dengan mengaplikasikan algorithma tertentu. Menurut Inder (1982, dalam Noraini Idris, 2006) matematik merupakan satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol. Menurut M.F. Cleugh (1961) di dalam buku The Teaching of Slow Learners in Primary School mengatakan masalah kelemahan dan kesalahan pelajar dalam matematik adalah mengenai kurang daya taakulan dan tidak mempunyai gambaran secara abstrak dan kurang daya ingin tahu.Menurut Radetz dan Yap (1982, dalam Hassan bin Embong, 1989) kesilapan dalam pembelajaran matematik tidak hanya dapat dilihat dengan jawapan yang betul sahaja namun ia lahir dari proses tertentu di mana kemahiran perlu dikuasai terlebih dahulu. Kefahaman konsep itu lebih penting daripada jawapan yang dilahirkan oleh pelajar. Bagi Mok Song Sang dan Siew Fook Cheong (1986) pula, mereka memberi pandangan bahawa pemeriksaan kerja pelajar serta pujian amat perlu kepada pelajar bagi menggalakkan mutu kerja yang bersungguh-sungguh.Menurut Allen, ( dalam Madis bin Araji, 1997) telah melaporkan bahawa pelajar memerlukan seorang guru yang bersifat peramah dan mesra. Selain dari keputusan pedagogi, guru harus menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pendapat ini disokong oleh Gower (dalam Atan bin Long, 1980) yang menyatakan personaliti guru mempengaruhi pencapaian pelajar. Manakala Bloom (1980 didalam Goodman, 1990) menyatakan perkembangan sifat yang positif juga menghasilkan sifat positif pelajar. Guru yang ideal selalunya memberi galakan dan pujian kepada pelajar dan kurang mendenda mereka. Menurut Campell (1973, dalam Fatimah bt. Salleh, 1996) pula berpendapat bahawa pencapaian pelajar adalah berkait dengan ciri-ciri guru yang mesra dan peramah serta member penerangan yang jelas.Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya. Kefahaman konsep dalam pecahan tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di tahap satu. Pelajar juga diperhatikan kurang membuat soalan yang mencabar minda mereka. Jika mereka selalu dibimbing dan diberi latihan mereka akan lebih mengingati dan melihat persamaan dan perbezaan dalam teknik menyelesaikan soalan pecahan. Pengalaman berulang akan memperkukuhkan kemahiran dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan.