Bab 2 arah

7
BAB 2 ARAH

Transcript of Bab 2 arah

Page 1: Bab 2 arah

BAB 2 ARAH

Page 2: Bab 2 arah

Arah ialah kedudukan sesuatu objek pada suatu lokasi dilihat dari satu lokasi lain.

Arah sesuatu objek ditentukan menggunakan bearing.

Bearing ialah sudut dalam bulatan, dinyatakan dalam unit darjah(⁰)

Satu bulatan mengandungi 360 ⁰. Terdapat 2 jenis bearing iaitu:1. Bearing sudutan/azimut 2. Bearing sukuan

Page 3: Bab 2 arah

Bearing Sudutan Bearing sudutan diukur dari arah utara (dari 0 ⁰

mengikut pusingan jam. Nilai bearing sudutan ialah 0 ⁰ - 360 ⁰.

Bearing Sukuan Bearing sukuan diukur dari arah utara atau

selatan ke arah timur atau barat. Nilai bearing sukuan ialah 0 ⁰ - 90 ⁰.

Page 4: Bab 2 arah

2 cara mengukur bearing sudutan ialah:1. Bearing sudutan kurang 180 ⁰2. Bearing sudutan lebih 180 ⁰

Langkah-langkah mengukur bearing sudutan kurang 180 ⁰

3. Kenal pasti lokasi4. Lukis penunjuk arah mata angin di objek yang

menjadi titik rujukan.5. Buat garisan lurus yang menyambungkan

kedua-dua objek.6. Letak jangka sudut di sebelah kanan objek

rujukan.7. Baca nilai dari arah utara ikut pusingan jam.

Page 5: Bab 2 arah

Langkah-langkah mengukur bearing sudutan lebih daripada 180 ⁰

1. Kenal pasti lokasi2. Lukis penunjuk arah mata angin di objek yang

menjadi titik rujukan.3. Buat garisan lurus yang menyambungkan

kedua-dua objek.4. Letakkan jangka sudut di sebelah kiri atau barat

objek rujukan5. Baca bearing sudutan dari arah utara hingga ke

garisan lurus6. Tambahkan ukuran yang dibaca tadi dengan 180

⁰Contoh: 180 ⁰ +? =______

Page 6: Bab 2 arah

BEARING SUKUAN Ialah arah sesuatu ciri geografi dari ciri geografi

yang lain berdasarkan sukuan arah mata angin. 3 perkara perlu dikenal pasti untuk mengukur

bearing sukuan iaitu:1. Kedudukan sesuatu ciri geografi sama ada di

utara atau selatan objek rujukan.2. Mendapatkan nilai sudut sesuatu ciri geografi

sama ada dari utara atau selatan.3. Kedudukan sesuatu ciri geografi sama ada di

barat atau timur objek rujukan.

Page 7: Bab 2 arah

LANGKAH MENGUKUR BEARING SUKUAN1. Lukis garisan pada kedua-dua objek2. Lukis garisan utara-selatan pada objek rujukan.3. Letakkan jangka sudut di sebelah timur/ barat.4. Baca sudut dari utara ke arah timur/ selatan ke

arah barat.5. Contoh: U 70 ⁰ T, S 50 ⁰ B