Bab 2 - Baikpulih perisian

9
BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian MENGESAN DAN MEMBAIK PULIH KEROSAKAN PERISIAN Kandungan: Kepentingan DOS dan Windows Kerosakan Perisian Sistem Kerosakan Perisian Aplikasi Kepentingan DOS dan Windows Kepentingan DOS & Windows DOS dan Windows adalah dari kategori Perisian Sistem (Operating System - OS). OS diperlukan bagi membolehkan sesebuah komputer untuk berfungsi dengan baik dan teratur bagi melaksanakan sesuatu kerja. Tanpanya, sesebuah komputer boleh diibaratkan seperti sebuah jasad yang tidak bernyawa. Antara fungsi sesebuah OS ialah: Mengorganisasi / mengendali aktiviti komputer Mengatur memori Mengawal proses input / output data Mengurus fail Mengurus direktori DOS DOS (Disk Operating System) telah dibangunkan oleh pengasas syarikat Microsoft iaitu Bill Gate & Paul Allen. Pada asalnya, mereka berdua telah membangunkan DOS untuk kegunaan komputer peribadi (personal computer – PC) yang dibina oleh syarikat IBM. [email protected] 1

description

Baikpulih Perisian

Transcript of Bab 2 - Baikpulih perisian

Page 1: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

MENGESAN DAN MEMBAIK PULIH KEROSAKAN PERISIAN

Kandungan:

• Kepentingan DOS dan Windows

• Kerosakan Perisian Sistem

• Kerosakan Perisian Aplikasi

Kepentingan DOS dan Windows

Kepentingan DOS & Windows

DOS dan Windows adalah dari kategori Perisian Sistem (Operating System - OS).

OS diperlukan bagi membolehkan sesebuah komputer untuk berfungsi dengan baik

dan teratur bagi melaksanakan sesuatu kerja. Tanpanya, sesebuah komputer boleh

diibaratkan seperti sebuah jasad yang tidak bernyawa. Antara fungsi sesebuah OS

ialah:

– Mengorganisasi / mengendali aktiviti komputer

– Mengatur memori

– Mengawal proses input / output data

– Mengurus fail

– Mengurus direktori

DOS

DOS (Disk Operating System) telah dibangunkan oleh pengasas syarikat Microsoft

iaitu Bill Gate & Paul Allen. Pada asalnya, mereka berdua telah membangunkan

DOS untuk kegunaan komputer peribadi (personal computer – PC) yang dibina oleh

syarikat IBM.

[email protected] 1

Page 2: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

IBM (International Business Machine) adalah sebuah syarikat gergasi komputer

pada masa tersebut. IBM yang pada awalnya adalah pembekal dan pembangun

komputer berkuasa tinggi untuk kegunaan perniagaan, mula menyedari peluang

perniagaan yang besar sekiranya komputer dapat dijadikan produk yang mampu

dimiliki oleh semua orang. Untuk itu, IBM mula membangunkan sebuah komputer

kecil berkuasa rendah yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer

kecil ini diberi jolokan nama PC (personal computer). Walaupun pada dasarnya PC

telah tercipta, ia tidak mampu dioperasikan dengan baik tanpa OS yang sesuai.

DOS yang telah dibangunkan oleh Bill Gate dan Paul Allen telah menambat hati

IBM. Ia telah memenangi kontrak IBM dan dipasang pada setiap produk PC yang

telah diedarkan. Revolusi PC ini telah membawa suatu perubahan yang besar

kepada dunia perkomputeran. Memandangkan pulangan berjuta, malahan berbilion

ringgit ringgit daripada revolusi ini, banyak syarikat penghasil perkakasan komputer

mula tertarik dengan idea penghasilan PC. Hasilnya sebuah komputer setara PC

IBM (IBM compatible PC) dihasilkan. Namun begitu, ia juga memerlukan sebuah OS

untuk difungsikan dengan betul. Untuk itu, Microsoft telah menghasikan sebuah DOS

khas untuk kegunaan PC klon ini.

Secara umumnya, DOS terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. PC-DOS (dibangunkan untuk kegunaan IBM PC)

2. MS-DOS (dibangunkan untuk kegunaan IBM compatible PC – klon bagi

IBM PC)

DOS adalah sebuah OS berasaskan teks ‘command line’. Ia menggunakan

beberapa set arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Komputer PC yang kita

gunakan pada masa kini bukanlah PC yang asal tetapi sebaliknya adalah hasil

perkembangan PC klon yang menggunakan OS MS-DOS.

Setiap tugas yang ingin dilaksanakan dalam persekitaran DOS perlu ditaipkan dalam

bentuk ‘command line’ (baris arahan) khas. Walaupan terdapat puluhan arahan yang

[email protected] 2

Page 3: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

boleh dilaksanakan dalam DOS, ia secara umumnya boleh dikategorikan kepada 2

jenis iaitu:

1. Arahan Dalaman DOS (internal DOS command)

2. Arahan Luaran DOS (external DOS command)

Arahan MS-DOS

MS-DOS berfungsi bukan dengan hanya satu fail sahaja. Untuk membolehkan MS-

DOS berfungsi dengan baik, ia memerlukan beberapa fail khas termasuklah fail

command.com, msdos.sys, io.sys, autoexec.bat, config.sys, himem.sys,

oakcdrom.sys, fdisk.exe dan lain-lain lagi. Setiap fail ini mempunyai kepentingan

masing-masing dan diperlukan untuk melaksanakan sesuatu arahan tertentu. Di

bawah ini disenaraikan 2 jenis arahan dalam MS-DOS, contoh arahan bagi jenis-

jenis tersebut, berserta dengan fail yang diperlukan untuknya dilaksanakan:

1. Internal DOS Command

– Arahan sedia ada dalam fail command.com

– Spt: copy, del, move, ren, cd, rd, dir, md, vol, type, date, time, ver.

2. External DOS Command

– Arahan yang memerlukan fail-fail khusus (selain fail command.com)

– Spt: xcopy, diskcopy, deltree, edit, scandisk, chkdsk, fdisk, format.

Senggaraan dengan MS-DOS

Selain membolehkan sesebuah PC dioperasikan dengan baik, MS-DOS juga boleh

digunakan untuk tujuan senggaraan. Berikut adalah di antara beberapa kategori

senggaraan yang boleh dilakukan dalam MS-DOS:

1. Pengurusan Cakera Storan

Chkdsk, scandisk, fdisk, format, diskcopy, defrag, smartdrv.

[email protected] 3

Page 4: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

2. Pengurusan Fail

Copy, xcopy, del, deltree, move, ren, cd, dir, md, rd, attrib.

3. Paparan Maklumat

edit, type, time, date, ver, vol, systeminfo.

Windows dan Senggaraan dalam Windows

Windows adalah produk terbaru Microsoft; hasil evolusi MS-DOS. Berbanding DOS

yang hanya berbentuk arahan teks, Windows adalah lebih mudah dikendalikan dan

mesra pengguna kerana menggunakan konsep GUI (Graphical User Interface). GUI

adalah paparan berbentuk objek dan imej pada skrin monitor.

Seperti DOS, Windows juga boleh digunakan untuk menjadikan sesebuah komputer

berfungsi dengan baik. Selain itu, Microsoft juga membekalkan Windows dengan

beberapa program kecil yang boleh digunakan untuk tujuan senggaraan sistem.

Program-program ini digelar program utiliti (utility program). Berikut disenaraikan

beberapa kategori program utility ini:

1. Utiliti Pengurusan Cakera Storan

– Format, disk defragmenter, disk cleanup, scandisk, backup.

2. Utiliti Baikpulih Sistem

– System restore, msconfig, regedit, sysedit,

Selain program utiliti tersebut, pengguna juga boleh mendapatkan program utiliti lain

yang dihasilkan oleh pihak ketiga (3rd party). Produk ini adalah program yang

dihasilkan oleh syarikat lain sebagai tambahan untuk kegunaan OS seperti

Windows. Antara program utiliti yang harus pengguna dapatkan ialah:

1. Program Antivirus

[email protected] 4

Page 5: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

− Digunakan untuk mengesan dan membuang virus, worm, dan Trojan

horse, iaitu program kecil yang boleh merosakkan sistem dan mencuri

data.

2. Program pengesan dan penghapus spyware/adware

− Digunakan untuk mengesan dan membuang program spyware atau

adware, iaitu program / kod-kod kecil yang mampu mencuri data dan

mengganggu operasi sistem.

3. Program pembersih registry (pendaftar) Windows

− Registry (pendaftar) boleh dianggap sebagai pangkalan data (database)

yang menyimpan semua maklumat sistem dan konfigurasi (ketetapan)

sistem. Registry boleh dirosakkan atau ‘dibebani’ akibat serangan virus,

worm atau trojan horse. Selain itu, proses pemasangan/pembuangan

(install/uninstall) program yang tidak sempurna juga boleh merosakkan

registry. Untuk itu, sebuah program utiliti pembersih registry boleh

digunakan. Selain mengurangkan gangguan ke atas sistem, ia juga

mampu melajukan sistem yang menjadi perlahan akibat gangguan

tersebut.

4. Program pengurus memori

− Digunakan untuk mengurus memori sementara komputer (RAM-Random

Access Memory). Pengurusan ini penting bagi memastikan operasi

sistem komputer sentiasa berjalan lancar dan tidak tersekat-sekat.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah suatu kemestian tetapi

penggunaannya amat digalakkan bagi sistem bermemori rendah.

5. Program pengurus cakera storan

− Walaupun Windows ada menyediakan utiliti pengurusan cakera storan

(scandisk dan disk defragment), ramai yang berpendapat ia tidak cukup

berkuasa untuk mengurus cakera storan dengan berkesan. Utiliti

daripada pihak 3rd party ini biasanya mampu melaksanakan tugas ini

[email protected] 5

Page 6: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

dengan lebih pantas dan berupaya meningkatkan kelajuan operasi sistem

melalui penyusunan fail yang lebih sistematik.

6. Program pengurus instalasi (kemasukan) program.

− Ia digunakan untuk memastikan proses instalasi dan pembuangan

program berlaku dengan lancar dan bersih. Ia dapat memastikan registry

bersih daripada maklumat instalasi program yang telah dibuang dan

membuang semua fail lapuk program tersebut daripada sistem.

Bilakah Senggaraan DOS dan Utility Windows Ini Boleh Digunakan?

Secara umumnya, ia boleh digunakan dalam situasi berikut:

DOS

– Jika Windows tidak boleh dibuka / rosak.

Dalam situasi ini, DOS akan digunakan sama ada untuk tujuan

senggaraan / baikpulih sistem ataupun ‘backup’ data.

Utiliti Windows

– Semasa dalam Windows normal (biasa).

– Dalam keadaan ‘safe mode’ (Windows yang minima - tanpa driver dan

services).

Persekitaran ‘safe mode’ biasanya digunakan untuk tujuan senggaraan

sistem Windows. Lazimnya, dalam persekitaran ini, driver (pemacu

fungsian perkakasan), program pemula (startup program), dan ‘services’

(perkhidmatan tambahan dalam Windows) akan diabaikan. Virus, worm,

trojan horse dan adware lazimnya akan diaktifkan bersama-sama

‘services’ ataupun ‘startup program’. Oleh itu, persekitaran ‘safe mode’

boleh digunakan untuk menyingkirkan kesemua masalah ini. Utiliti

‘regedit’ (pengubah pendaftar) boleh digunakan untuk mengubah

[email protected] 6

Page 7: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

pendaftar Windows bagi membuang ‘service’s dan ‘startup program’ yang

disyaki bermasalah.

p/s: Kadangkala instalasi driver yang salah juga boleh menyebabkan

Windows tidak boleh dihidupkan. Untuk itu, persekitaran ‘safe mode’

boleh digunakan untuk menangani masalah ini dengan membuang

kembali driver yang telah disalah pasang tadi.

Utiliti 3rd party

– Kebanyakan diguna dalam persekitaran Windows normal.

– Ada sebahagiannya diguna tanpa persekitaran Windows – untuk

baikpulih / backup. Ini bermaksud komputer akan diboot (dimulakan)

dengan program tersebut tanpa melalui OS.

Kerosakan Perisian Sistem

Perisian Sistem (OS) adalah nyawa bagi sistem komputer. Sekiranya berlaku kerosakan

padanya, sesebuah komputer tidak akan berfungsi dengan betul. Antara OS yang utama

yang boleh didapati di pasaran ialah Windows, Unix, Mac OS dan Linux. Kesemua OS

ini pada dasarnya mempunyai fungsi dan kaedah perlaksanaan kerja yang lebih kurang

sama. Oleh kerana kebanyakan daripada kita menggunakan OS Windows di pejabat

mahupun di rumah, perbincangan berkaitan kerosakan perisian sistem ini akan hanya

menyentuh OS Windows sahaja dengan anggapan ia boleh diimplimentasikan kepada

OS-OS yang lain.

Terdapat pelbagai punca yang boleh mendatangkan kerosakan kepada Perisian Sistem

(OS). Antaranya ialah:

– komputer dimatikan dengan cara yang salah

– Kehilangan/kerosakan fail sistem OS

– Serangan virus

Baikpulih dengan:

– Reinstall OS (install semula/baiki)

[email protected] 7

Page 8: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

– Fresh Install (install baru)

– Buang virus, adware/spyware, worm.

– Baiki registry (pendaftar) Windows.

– Pasang perisian firewall, antivirus, adware remover.

– Fungsikan/gunakan utiliti system restore.

Kerosakan Perisian Aplikasi

Perisian Aplikasi ialah perisian tambahan yang digunakan untuk melaksanakan suatu

tugasan spesifik pengguna. Ia tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan

perisian sistem (OS). Contoh perisian aplikasi yang biasa digunakan ialah perisian

otomasi pejabat seperti Microsoft Office, perisian olahan gambar Photoshop, perisian

rekabentuk berbantu komputer seperti CAD, dan pemain muzik mp3 seperti Winamp.

Seperti juga perisian sistem, punca dan kaedah baikpulih perisian aplikasi adalah lebih

kurang sama. Bezanya ialah, kerosakan perisian aplikasi biasanya tidak akan

mengganggu fungsi asas komputer. Oleh itu, jarang kita dengar komputer tidak boleh

dihidupkan sekiranya perisian aplikasi tertentu bermasalah! Bagi membolehkan perisian

aplikasi yang bermasalah ini berfungsi semula, senggaraannya boleh dilakukan dalam

persekitaran Windows normal ataupun ‘safe mode’.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan perisian aplikasi gagal berfungsi.

Antaranya ialah:

– Komputer dimatikan dengan cara yang salah. Ini termasuklah mematikan

komputer terus pada punca bekalan kuasa (soket) ataupun masalah

‘blackout’.

– Kehilangan/kerosakan fail sistem perisian aplikasi. Ini boleh terjadi akibat

tabiat mematikan komputer dengan cara yang salah ataupun masalah

serangan virus.

– Serangan virus dan adware. Selain menyalin dan mengubah fail sistem,

ia juga berkemungkinan menempelkan kod-kod kecil yang akan

mengganggu fungsi asal perisian aplikasi tersebut.

Baikpulih dengan:

[email protected] 8

Page 9: Bab 2 - Baikpulih perisian

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

– Reinstall/fresh install perisian aplikasi tersebut

– Buang virus, adware, spyware

[email protected] 9