Bab 2 Jahitan

6
BAB 2: JAHITAN (ERT TING.3) PROSES JAHITAN 1. Jenis-jenis hiasan Artikel yang dapat dihasilkan daripada jahitan hiasan ialah a) Tampal cantum b) Tampal hias c) Kuilting d) Renda e) Sulaman Kuilting Pengertian Kuilting Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik. Pelbagai artikel boleh dihasilkan daripada kuilting. Contohnya penutup teko, bekas pensel, beg, sarung kusyen, lapik pinggan, cadar, dan lain-lain. Alatan dan Bahan untuk Menjahit Kuilting Alatan dan bahan yang diperlukan untuk menjahit kuilting adalah seperti berikut: (a) Fabrik untuk lapisan atas Fabrik yang berwarna legap, lembut, rata (tiada corak timbul), nipis atau sederhana, dan bercorak atau tanpa corak. (b) Wadding untuk lapisan tengah Span nipis, wadding kapas, dan wadding poliester adalah bahan yang sesuai digunakan sebagai wadding. (c) Fabrik lapisan bawah Pilih fabrik yang sama dengan lapisan atas atau fabrik kapas yang tidak bercorak. (d) Benang Benang yang sesuai ialah benang yang sama warna dan gentiannya dengan fabrik lapisan atas. Benang yang sesuai digunakan ialah nombor 40 dan 50. (e) Jarum betweens Jarum nombor 7, 8, atau 9 sesuai untuk menjahit kuilting dan jahitan asas. (f) Kertas minyak Disediakan untuk melukis motif dan pola untuk artikel. Proses Menjahit Kuilting Menyediakan Pola dan Corak Langkah 1: Sediakan kertas pola mengikut ukuran dan bentuk yang diperlukan.

Transcript of Bab 2 Jahitan

Page 1: Bab 2 Jahitan

BAB 2: JAHITAN (ERT TING.3)

PROSES JAHITAN

1. Jenis-jenis hiasan

Artikel yang dapat dihasilkan daripada jahitan hiasan ialah

a) Tampal cantum

b) Tampal hias

c) Kuilting

d) Renda

e) Sulaman

Kuilting

Pengertian Kuilting

Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik. Pelbagai artikel boleh dihasilkan daripada kuilting. Contohnya penutup teko, bekas pensel, beg, sarung kusyen, lapik pinggan, cadar, dan lain-lain.

Alatan dan Bahan untuk Menjahit Kuilting

Alatan dan bahan yang diperlukan untuk menjahit kuilting adalah seperti berikut:(a) Fabrik untuk lapisan atas

• Fabrik yang berwarna legap, lembut, rata (tiada corak timbul), nipis atau sederhana, dan bercorak atau tanpa corak.

(b) Wadding untuk lapisan tengah• Span nipis, wadding kapas, dan wadding poliester adalah bahan yang sesuai digunakan

sebagai wadding.

(c) Fabrik lapisan bawah• Pilih fabrik yang sama dengan lapisan atas atau fabrik kapas yang tidak bercorak.

(d) Benang• Benang yang sesuai ialah benang yang sama warna dan gentiannya dengan fabrik lapisan

atas. Benang yang sesuai digunakan ialah nombor 40 dan 50.(e) Jarum betweens

• Jarum nombor 7, 8, atau 9 sesuai untuk menjahit kuilting dan jahitan asas.(f) Kertas minyak

• Disediakan untuk melukis motif dan pola untuk artikel.

Proses Menjahit Kuilting

Menyediakan Pola dan Corak

Langkah 1:

Sediakan kertas pola mengikut ukuran dan bentuk yang diperlukan.

Page 2: Bab 2 Jahitan

Langkah 2:Lakarkan corak di atas kertas pola yang telah disediakan.

S.L.

Menyediakan Fabrik untuk Lapisan Atas, Lapisan Bawah, dan Wadding.

Langkah 1:(a) Letakkan kertas pola yang telah siap di atas S.L. fabrik.(b) Semat dengan jarum peniti, gunting, dan tandakan garis pemadan (G.P.) pada fabrik.

Langkah 2:

Ulangi proses yang sama untuk fabrik lapisan bawah.

Langkah 3:

(a) Untuk wadding, letakkan pola yang sama di atas span dan semat dengan jarum peniti.(b) Tandakan garis gunting 2 cm lebih lebar daripada pola. Gunting span.

Menyusun Atur Pola, Fabrik Lapisan Atas, Wadding, dan Fabrik Lapisan Bawah

Langkah 1:Susun dan lapiskan (dari lapisan atas ke lapisan bawah):(i) pola (iii) wadding(ii) fabrik lapisan atas (iv) fabrik lapisan bawah

Langkah 2:Sematkan dengan jarum peniti dan jahit jelujur serong untuk menetapkan kesemua lapisan.

Membuat Kuilting dengan Jahitan Mesin

Langkah 1:Jahit mesin di atas kertas pola mula dari tengah (X), ke arah tepi atau penjuru.

Page 3: Bab 2 Jahitan

Langkah 2:Tanggalkan pola dan kemaskan kuilting.

Langkah 3:Kuilting yang telah siap boleh diubah suai menjadi pelbagai artikel seperti bekas pensel, tempat surat, sarung kusyen, lapik teko, lapik pinggan, alas meja, dan lain-lain.

Tampal Cantum

Pengertian Tampal Cantum

Tampal cantum ialah kraf mencantum beberapa kepingan fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk, dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Tampal cantum boleh menghasilkan pelbagai artikel seperti lapik pinggan, sarung kusyen, alas meja, tempat surat, hiasan dinding, beg, lapik periuk, dan lain-lain.

Bentuk-bentuk geometri yang digunakan untuk membuat tampal cantum ialah segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga, heksagon, oktagon, dan bentuk berlian.

Bahan dan Alatan untuk Menjahit Tampal Cantum

Bahan dan alatan yang diperlukan untuk menjahit tampal cantum adalah seperti berikut. (a) Platcontoh

• Sesuai diperbuat daripada plastik keras, atau kertas keras.(b) Kertas lapik

• Kertas yang tidak mudah koyak.(c) Fabrik

• Fabrik kapas yang sederhana tebal.• Fabrik bercorak atau tanpa corak.

(d) Benang• Benang nombor 50 - 60 yang sama gentian dengan fabrik.• Benang berwarna sama dengan fabrik.

Page 4: Bab 2 Jahitan

Proses Menjahit Tampal Cantum

Menyediakan Kepingan Tampal Cantum

Langkah 1:

Plat contoh disediakan mengikut bentuk dan saiz kepingan bentuk tampal cantum yang hendak dibuat.

Langkah 2:(a) Plat contoh yang telah siap dipindahkan ke atas kertas untuk menghasilkan bentuk pada kertas

lapik.(b) Lukis bentuk pada kertas lapik mengikut plat contoh dan gunting.(c) Ulangi proses mengikut bilangan kepingan tampal cantum yang diperlukan.

Menyediakan Fabrik Tampal Cantum

Langkah 1:

Letak plat kertas lapik di atas fabrik, tandakan 6 mm basi kelim.

Langkah 2:

Gunting dan ulang proses ini mengikut bilangan keping tampal cantum yang diperlukan.

Menetapkan Kertas Lapik kepada Fabrik

Langkah 1:Letakkan kertas lapik di atas kepingan fabrik tampal cantum dan sematkan dengan jarum peniti.

Langkah 2:(a) Lipat basi kelim ke sebelah dalam (S.D.), semat dengan jarum peniti, dan

jahit jelujur.(b) Ulangi proses yang sama untuk semua kepingan fabrik tampal cantum.(c) Cabut jarum peniti sebelum mencantum kepingan tampal cantum.

Mencantum Kepingan Tampal Cantum

Langkah 1:

(a) Temukan kepingan tampal cantum dengan kedua-dua S.L.(b) Kemudian, semat dengan jarum peniti, dan jahit lilit ubi untuk mencantumkan setiap kepingan

tampal cantum.(c) Ulangi proses ini untuk menghasilkan artikel yang dikehendaki.

Langkah 2:(a) Setelah selesai mencantum semua kepingan fabrik tampal cantum, cabut jarum peniti dan

benang jelujur. (b) Keluarkan kertas lapik. Kemudian, tekan setiap kepingan tampal cantum supaya kemas.

Tampal Hias

Pengertian Tampal Hias

Tampal hias ialah sejenis seni jahitan hiasan yang dihasilkan dengan menampal satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk di atas fabrik latar. Pemilihan warna, corak fabrik, dan motif yang sesuai akan menghasilkan tampal hias yang menarik.

Page 5: Bab 2 Jahitan

Alatan dan Bahan untuk Menjahit Tampal Hias

Alatan dan bahan yang diperlukan untuk menjahit tampal hias adalah seperti berikut.(a) Fabrik

• Pilih fabrik kapas yang sederhana tebal, tidak mudah berjerumbai, tidak memberi, dan bertenun rapat.

• Warna dan corak fabrik untuk motif berbeza dengan warna fabrik latar.• Pilih fabrik bercorak untuk motif jika fabrik latar yang digunakan tidak bercorak, dan sebaliknya.

(b) Benang• Warna benang yang sama dengan warna fabrik yang digunakan.• Pilih benang yang sama gentian dengan fabrik.

(c) Jarum betweens• Jarum yang biasa digunakan ialah jarum nombor 50 - 60.

(d) Kertas untuk menyediakan bentuk motif.

Proses Menjahit Tampal Hias

Menyediakan Motif Tampal Hias

Langkah 1:(a) Lukis bentuk motif yang dikehendaki.(b) Gunting bentuk motif seperti Rajah 2.15 di bawah.

Langkah 2:(a) Pola motif tampal hias diletakkan di atas fabrik mengikut ira lurus fabrik.(b) Sematkan pola dengan jarum peniti. Tandakan basi kelim 6 mm pada bahagian luar sekeliling

motif.

Langkah 3:(a) Tetapkan bentuk tampal hias dengan menjahit mesin di sekeliling motif.(b) Gunting fabrik untuk motif tampal hias dengan kemas pada garisan pemadan.

Mengemas Basi Kelim pada Motif

Langkah 1:

(a) Pada basi kelim yang melengkung keluar hendaklah dibuat notch.(b) Pada basi kelim yang melengkung ke dalam hendaklah disnip.(c) Trim dan gunting runcing pada penjuru tajam basi kelim.

Langkah 2:(a) Berpandukan kepada garisan jahitan mesin, lipat basi kelim ke S.D. (pastikan dilipat dengan

kemas agar jahitan mesin tidak kelihatan dari S.L.).(b) Semat dengan jarum peniti dan jahit jelujur.

Menetapkan Motif Tampal Hias pada Fabrik Latar Langkah 1:

(a) Letakkan S.D. motif tampal hias yang siap di atas S.L. fabrik latar artikel.(b) Semat dengan peniti dan jahit jelujur serong.

Penghasilan Projek Jahitan

Mengubah Suai Pola

Pola untuk sesuatu artikel jahitan boleh diubahsuai berdasarkan reka bentuk yang dikehendaki sesuai dengan kegunaan artikel tersebut.

Page 6: Bab 2 Jahitan

Menyusun Atur Pola dan Menggunting Fabrik

Pola untuk lapisan atas, wadding, dan lapisan bawah diletakkan di atas S.L. fabrik mengikut ira lurus. Semat dengan jarum peniti. Gunting mengikut saiz pola.

Menghias Lapik Pinggan

Tampal hias biasanya digunakan sebagai hiasan pada artikel supaya lebih menarik. Pelbagai corak dan motif tampal hias dapat direka berdasarkan kesesuaian penggunaan artikel tersebut. Contoh corak atau motif tampal hias ialah corak bunga, huruf, haiwan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Artikel juga boleh dihias menggunakan bahan hiasan sampingan seperti renda, labuci, kun, manik, sulaman, dan reben.