Bab 2 potret hubungan etnik

44
BAB 2 - POTRET HUBUNGAN ETNIK

Transcript of Bab 2 potret hubungan etnik

Page 1: Bab 2  potret hubungan etnik

BAB 2 - POTRET HUBUNGAN ETNIK

Page 2: Bab 2  potret hubungan etnik

HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia.

2. Mengenal pasti teori-teori hubungan etnik.

3. Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia.

Page 3: Bab 2  potret hubungan etnik

PENGENALAN

Bab ini membincangkan:Sejarah pembentukan masyarakat berbilang

etnik di Malaysia:○ Zaman Kesultanan Melayu Melaka.○ Zaman kolonial Inggeris.

Teori dan konsep penting dalam memahami kepelbagaian etnik.

Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

Page 4: Bab 2  potret hubungan etnik

ZAMAN GEMILANG MELAYU MELAKA Empayar Melaka dikenali sebagai ‘Venice of

the East’. Masyarakat plural – terbentuk secara

semula jadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang-pedagang asing.

Pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya.

Page 5: Bab 2  potret hubungan etnik

Kemuncak pluraliti Empayar Melaka: Pelabuhan Melaka menjadi tempat

pertemuan para pedagang dari seluruh dunia. Para pegawai istana bukan hanya terdiri

daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga orang India.

Berlaku juga perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah Cina.

Zaman ini bukan zaman negara bangsa. Pedagang tidak perlu pasport atau visa.

Page 6: Bab 2  potret hubungan etnik

Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh dilihat dari aspek:PemerintahanPerdaganganKependudukanKebudayaan

Page 7: Bab 2  potret hubungan etnik

ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga 1957) Kedatangan British ke Alam Melayu

berlandaskan serampang tiga mata:Keagamaan.Kekayaan.Kemegahan.

Kolonialisme membawa kepada penaklukan:Ruang fizikal.Ruang pemikiran/epistemologi.

Page 8: Bab 2  potret hubungan etnik

Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu:Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya

orang Melayu.Kemasukan besar-besaran orang Cina pada

pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih timah.

Kemasukan besar-besaran orang India pada awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah.

Page 9: Bab 2  potret hubungan etnik

Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.○ Kewujudan penduduk pelbagai kaum.○ Mengekalkan budaya masing-masing.○ Pengasingan dari segi ruang fizikal dan

ekonomi pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi masing-masing.

○ Hasilnya masyarakat majmuk (plural society).

Page 10: Bab 2  potret hubungan etnik

Masyarakat majmuk (plural society) – J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social &

Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd. The idea of the ‘plural society’ was first coined by a

British colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma & Netherlands India (1939), more as a descriptive device than as theory.

It reflected the condition, common in colonial and later, newly independent postcolonial states, of deeply divided societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion, or language.

Page 11: Bab 2  potret hubungan etnik

Zaman Kolonial Inggeris -Permulaan era pembangunan negara dan pembentukan masyarakat majmuk.

Page 12: Bab 2  potret hubungan etnik

Garis waktu

Sebelum penjajahan –

pluralisme Alam Melayu

Zaman penjajahan – Masyarakat

majmuk (plural society)

Selepas kemerdekaan – Masyarakat

multi-etnik

Page 13: Bab 2  potret hubungan etnik

Teor

i ber

kaita

n H

ubun

gan

Etn

ik• Teori Ekologi• Teori Freudian • Teori Kelas• Teori Masyarakat Majmuk• Teori Pasaran Buruh Terpisah• Teori Pilihan Rasional • Teori Pertukaran Sosial• Teori Sistem Ekologikal

Bronfenbrenner

Page 14: Bab 2  potret hubungan etnik

Teori Kelas Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan

etnik (di AS) berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang melibatkan golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang bukan kulit-putih dan buruh.

Rumusan Cox: keuntungan pihak kapitalis dalam memperoleh sumber

menindas kaum buruh.Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, wujud sistem

yang mendukung ketidaksamarataan dalam struktur masyarakat yang memisahkan juga buruh kulit putih daripada kulit hitam.

Kategori ras seterusnya wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis yang menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dengan kelas buruh.

Page 15: Bab 2  potret hubungan etnik

Teori Masyarakat Majmuk

Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh dibezakan dalam susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik pada tahap yang berbeza,akan dikenali sebagai masyarakat majmuk.

Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.

Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategori berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan.

Page 16: Bab 2  potret hubungan etnik

Teori Pilihan Rasional Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik:

• Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. • Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan

sosial. • Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan

terhadap kelompok sebayanya. • Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain

akan tertutup. • Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu

berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih eratdengan individu lain yang terlibat.

• Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut.

• Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.

• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.

• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

Page 17: Bab 2  potret hubungan etnik

• Ras• Etnik• Budaya• Stereotaip• Prejudis• Diskriminasi

Konsep-konsep

Hubungan Etnik

Page 18: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Etnik Berasal dari perkataan ethnos

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Page 19: Bab 2  potret hubungan etnik

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.

Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

Page 20: Bab 2  potret hubungan etnik
Page 21: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Etnisiti

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas yakni anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Page 22: Bab 2  potret hubungan etnik

Etnosentrisme Manakala etnosentrisme pula merujuk

kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Page 23: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Ras dan Rasisme Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun

membawa makna berbeza.

Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampur aduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.

Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Page 24: Bab 2  potret hubungan etnik

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka.

Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.

Page 25: Bab 2  potret hubungan etnik

Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi.

Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan

pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur sosial.

Page 26: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati

seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, ini menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandang negatif akan etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.

Page 27: Bab 2  potret hubungan etnik

Stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.

Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Page 28: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Diskriminasi Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan

kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan

seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik.

Ini semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.

Page 29: Bab 2  potret hubungan etnik

Konsep Tahap Hubungan Etnik

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Page 30: Bab 2  potret hubungan etnik

Segregasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan

antara etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan:

antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

A + B + C

Page 31: Bab 2  potret hubungan etnik

Akomodasi merupakan proses etnik menyedari norma dan nilai

mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain.

Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan.

Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka

A + B + C = A + B + C

Page 32: Bab 2  potret hubungan etnik

Akulturasimerupakan satu proses penerimaan unsur

kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan dengan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Page 33: Bab 2  potret hubungan etnik

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam.

Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri.

Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya

Page 34: Bab 2  potret hubungan etnik

Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang

mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci

Page 35: Bab 2  potret hubungan etnik

Asimilasimerupakan satu proses percantuman dan

penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ini berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi

Page 36: Bab 2  potret hubungan etnik

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

i. Etnik yang berbeza budaya.ii. Individu di dalam atau antara etnik

sering berinteraksi.iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang

lama.

Page 37: Bab 2  potret hubungan etnik

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:i. Kesanggupan etnik minoriti

menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.

iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

Page 38: Bab 2  potret hubungan etnik

Faktor penghalang asimilasi ialah:

i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga

menimbulkan perasaan takut terhadap budaya

lain.ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih

tinggi dari etnik lain.iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik

yang terlibat.

A + B + C = A

Page 39: Bab 2  potret hubungan etnik

Amalgamasimerupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

A + B + C = D

Page 40: Bab 2  potret hubungan etnik

Tahap-tahap Hubungan Etnik

SEGREGASI

AKOMODASI

AKULTURASI

ASIMILASI

AMALGAMASI

Pemisahan antara etnik.Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal

Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok baru.Kahwin campur

Page 41: Bab 2  potret hubungan etnik

Proses Integrasi

Rendah

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Tinggi

Page 42: Bab 2  potret hubungan etnik

Dasar Apartheid – pengasingan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan 1948-1994 Segregasi.

Makanan pelbagai kaum diterima ramai di Malaysia Akulturasi

Page 43: Bab 2  potret hubungan etnik

Angpau Tahun Baru Cina dan ‘angpau’ Hari Raya AidilFitri Akulturasi.

Kaum Peranakan India (Chetty) dan Peranakan Cina (Baba & Nyonya) Amalgamasi.

Page 44: Bab 2  potret hubungan etnik

PENUTUP Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa

sekarang terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku kini.

Kefahaman tentang konsep-konsep

dan teori-teori berkaitan

hubungan etnik penting

untuk memahami potret

hubungan etnik di

negara ini.