Bab 2 Sejarah Islam

8
Sejarawan Islam dan Barat berbeza pendapat tentang Masyarakat Jahiliyah sebagai masyarakat yang bertamadun. Bincangkan. Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang bermaksud sesat dan bodoh. Masyarakat ini telah bermula apabila jatuhnya kerajaan Saba dan Himyar pada tahun 300 M sehingga bermulanya kerasulan nabi Muhammad SAW pada tahun 620 M di Makkah dan Madinah. Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun manakala menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan. a) Pandangan Sarjana Islam – Merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun, kerana: Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua Ekonomi amalan riba dan suka menipu Ilmu pengetahuan dan pendidikan - Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun. Kedudukan sosial berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun. Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah b) Pandangan Sarjana Barat – PK Hitti History of the Arab” Masyarakat Jahiliyah adalah bertamadun tetapi hanya jahil dari segi agama dan akhlak sahaja. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman

description

sejarah islam

Transcript of Bab 2 Sejarah Islam

Sejarawan Islam dan Barat berbeza pendapat tentang Masyarakat Jahiliyah sebagai masyarakat yang bertamadun. Bincangkan. Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang bermaksud sesat dan bodoh.

Masyarakat ini telah bermula apabila jatuhnya kerajaan Saba dan Himyar pada tahun 300 M sehingga bermulanya kerasulan nabi Muhammad SAW pada tahun 620 M di Makkah dan Madinah.

Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun manakala menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan.

a)Pandangan Sarjana Islam Merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun, kerana: Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat Politikdan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua Ekonomi amalan riba dan suka menipu Ilmu pengetahuan dan pendidikan -Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun. Kedudukan sosial berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun. Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah

b)Pandangan Sarjana Barat PK HittiHistory of the Arab Masyarakat Jahiliyah adalah bertamadun tetapi hanya jahil dari segi agama dan akhlak sahaja. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah dll

Ciri-ciri kehidupan masyarakat arab pada zaman Jahiliyah1.Pertanian Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab. Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.

2.Perdagangan Orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah. Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.

3.Rompakan Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy. Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

4.Penternakan Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2. Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan. Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.

5.Struktur Masyarakat Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir) Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah). Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.

6.Semangat Assabiyyah Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu berlaku peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja. Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabiah.7.Kedudukan wanita Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga. Mereka menanam anak perempuan hidup2 . Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.

8.Akhlak tidak bermoral Mereka berzina, berjudi dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.

9.Akhlak mulia Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang walaupun musuhnya, menepati janji dsb.

Sistem agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada seluruh kehidupan manusia. Pada zaman Jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis kepercayaan iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur suci, upacara-upacara keagamaan, penyembahan dan mempunyai Tuhan masing-masing. Kepercayaan adat pula merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka. Masyarakat arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan agama Samawi (Langit) yang diturun Allah melalui nabi-nabi tertentu dan mempunyai kitab dan agama Ardhi (agama ciptaan) yang direka sendiri oleh manusia.

1. Agama Hanif Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. Ia diturunkan di kota Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan agama ini kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth iaitu amalan-amalan kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya bersembayang, berpuasa dan tawaf mengelilingi kaabah. Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya setelah sekian lama kewafatan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala sehingga terdapat segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru dan Umayyah Abis Salt.

2. Agama Nasrani Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah. Terdapat tiga mashab iaitu Yakubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

3. Agama Yahudi Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah. Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.

4. Agama Wathani/Penyembahan Berhala Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat. Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah. Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.

5. Agama Majusi. Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api. Agama ini agak lama dan kabur. Para pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk menyembah bulan, air dan api. Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita). Agama ini mengizinkan perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.

6. Agama Penyembahan Cakerawala. Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan. Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab. Mereka beranggapan bahawa matahari sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari sebagai Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.

7. Kepercayaan Aninisme Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi. Mereka menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas memerah susu kambing dan sebagainya. Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.

8. Kepercayaan Adat Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem sosiobudaya. Menghalang perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular membalas dendam. Meyakini pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya. Roh si mati boleh menjadi seekor burung Hammah. Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari rumah.

Golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. Nama asal Makkah ialah Makaroba diubah kepada Bakah dan akhirnya kepada Makkah. Sebelum kedatangan Islam, Makkah telah berkembang sebagai pusat perdagangan, ibadat dan kebudayaan. Sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w, Madinah dikenali sebagai Yathrib. Kota ini terletak 500 km dari Makekah dan merupakan bandar kedua terpenting di Hijaz. Madinah subur dengan pertanian dan berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dan Makkah di selatan. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Makkah dan Madinah dikenali sebagai masyarakat Jahiliah.

1. Golongan Masyarakat Di Makkaha) Penduduk terawal kota Makkah sekitar 2400 tahun dahulu didiami oleh puak Amaliqah dan seterusnya puak Jurhum.Pada waktu inilah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail telah membina kaabah di Makkah. Kemudian Bani Khuzaah berjaya menguasai pemerintahan kota Makkah selama tiga tahun.

b) Sekitar abad ke-5 M kota Makkah diperintah oleh kaum Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Qilab.Di bawah pemerintahan kaum Quraisy, kota Makah menjadi pusat ibadah dan pusat perdagangan. Kaum Quraisy merupakan satu kelompok besar daripada keturunan Arab Adnaniyah. Mereka berasal dari Fihr. Perkataan quraisy berasal dari katataqarrasyayang bererti penyatuan sempena kejayaan Qusay bin Kilab menyatupadukan kaum Quraisy di Makkah. Kota Makkah merupakan kota yang bebas daripada pengaruh Byzantine

c) Puak Quraisy yang masyhur di Makkah - Bani Hasyim, Bani Umaiyah Bani Yazqah, Bani Adi dan Bani Taym.Tokoh-Tokoh yang masyhur seperti Nabi Muhammad s.a.w (Bani Hasyim), Muawiyah Bin Abu Sufyan (Bani Umaiyah) Khalid al Walid (Bani Makhzum), Abu Bakar al-Siddiq (bani Taym) dan Umar al-Khattab (Bani Adi).

d) Kaum Quraisy yang tinggal di pingir kota Makkkah dikenali sebagai Quraisy al-Zawahir.Mereka terkenal dengan tentera yang gagah bertugas mengawal kota Makkah. Mereka juga disebut Arab Badwi

e) Kaum Quraisy al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Makkah.Mereka melibatkan diri dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik. Dikenali sebagai Arab Hadari

f) Perebutan kuasa yang berlaku antara anak-anak Qusay bin Kilab menyebabkan kaum Quraisy berpecah kepada dua puakyang bertentangan iaitu Abd al-Dar dan Abd Manaf. Abd al-Dar disokong oleh Makhzum, adi dan Sahm. Sementara Abd Manaf disokong oleh Asad, Taym dan zuhrah. Puak-puak yang berpecah ini kemudiannya berpecah pula kepada puak-puak yang lebih kecil.2. Golongan Masyarakat Di Madinaha) Penduduk awal Madinah di katakan berketurunan Arab.Setelah itu tiba pula kaum Yahudi dan kaum Arab dari Selatan Semenanjung Arab. Pada amnya mereka terbahagi kepada dua kelompok bangsa iaitu bangsa Arab dan Yahudi dan daripada setiap itu pula terbahagi kepada beberapa puak dan sub suku. Kaum Arab asli Madinah tidak diketahui asal usul mereka dan tidak pula disebutkan oleh sumber-sumber Arab tentang suku dan nama anggotanya.

b) Puak Arab yang baru tiba dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu kaum Aus dan Khazraj atau dikenali dengan nama bani Qailah. Daripada kelompok besar ini berpecah kepada beberapa kelompok suku atau bani. Jika dilihat kepada jumlah suku ternyata suku Khazraj adalah lebih besar dan lebih berpengaruh daripada suku Aus.

c) Penyatuan kuasa Aus dan Khazraj menyebabkan kaum Yahudi berasakan tidak puas hati dan mereka bertindak memecah belahkan perpaduan kaum Aus dan Khazraj dengan melaga-lagakan mereka. Puak Yahudi yang sememangnya merancang untuk memecah belahkan orang Arab.

d) Kaum Yahudi Berasal dari Palestin. Terdapat lebih 20 suku kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Antara suku kaum tersebut hanya 3 yang terkenal dan berpengaruh iaitu Bani Qunaiqa, bani Nadhir dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa merupakan kaum Yahudi yang paling ramai dan terawal sampai ke Madinah . Mereka menetap di di kawasan barat daya berhampiran Musalla yang melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Memihak kepada kaum Khazraj. Bani Nadhir merupakan kaum Yahudi kedua mendiami Madinah. Mereka telah melarikan diri dari Palestin kerana menghadapi tekanan daripada tentera Rom. Mereka menjalani kehidupan yang agak berasingan dari petempatan Arab dan bertutur dalam loghat mereka sendiri. Mereka menetap di Bukit al-Nadhir. Terlibat dengan aktiviti pertukangan, pertanian dan perniagaan. Mereka pengikut kepada kaum Aus ketika berlaku perselisihan antara Aus dan Khazraj.

e) Bani Quraizah tiba agak lewat dan terbahagi kepada 2 suku iaitu Bani Kaab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian selatan di wadi Mahzur dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Kehidupan mereka agak mewah antara bani-bani yang lain. Memiliki perlatan senjata dan makanan yang encukupi. Bani ini juga memihak kepada kaum Aus dalam perbalahan antara Aus dan Khazraj.