Bab 2: Selasa - · PDF file- Mereka diberi suntikan "Pati 1" supaya aktiviti mempengaruhi...

download Bab 2: Selasa -   · PDF file- Mereka diberi suntikan "Pati 1" supaya aktiviti mempengaruhi ... cuba membongkar rahsia pergerakan kelab mereka. Bab 18: Ahad Petang

If you can't read please download the document

Transcript of Bab 2: Selasa - · PDF file- Mereka diberi suntikan "Pati 1" supaya aktiviti mempengaruhi...

  • NOVEL

    Inti Pati Bab Bab 1: lsnin

    Edisi: Per/is, Kedah;.'itji6~#J~'ari~ Perak, Kelantan, TerJnggpnii -"C<

    - Dua minggu lepas, hari lsnin, tepat jam 6:20 pagi, seorang wanita tua muncul di hadapan pintu pagar rumah Sukma.

    - lbu Sukma melarang Sukma membuka pintu kerana risau akan keselamatannya.

    - Wan ita tua itu hi lang sebelum sempat Sukma menemuinya. - Kehadiran wanita misteri itu mengganggu fikiran Sukma

    ketika dia menghadiri kuliah Profesor Darul.

    Bab 2: Selasa - Hari Selasa, tepat jam 6:20 pagi, seorang lelaki dalam

    lingkungan umur tiga puluhan muncul di hadapan pintu pagar rumah Sukma.

    - Sukma membuka pintu pagar walaupun dilarang oleh ibunya, malangnya lelaki itu sudah tiada.

    - Sukma dan Teja berkenalan dengan Rafiq, pelajar baru yang tinggal dan belajar di Washington.

    Bab 3: Rabu - Hari Rabu, pagi-pagi lagi Sukma sudah menunggu di

    balkoni kamarnya. - Perlakuan Sukrna meresahkan ibunya yang menyangka

    bahawa Sukma mengalami stres yang berpunca daripada tumpuannya terhadap pelajaran.

    - Sukma hairan akan sikap ibunya yang berubah daripada seorang yang bijaksana, lembut, dan sederhana kepada seorang yang mudah resah dan bimbang.

    - Kali ini rumah Sukma didatangi dua ekor kucing Burman tetapi menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar.

    - Sukma bersetuju untuk menemani ayahnya ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita.

    Bab 4: Rabu Malam - Ketika menemani ayahnya di Majlis Sumbangan Amal

    Persatuan Kraf Wanita, Sukma bertemu dengan Rafiq. - Sukma simpati akan penderitaan Ehsan yang menghidap

    sakit jantung dan sakit kulit. - Di majlis itu, Sukma bertembung dengan Iskandar yang

    pernah menuntut di sekolah menengah yang sama dengannya tetapi mempunyai pemikiran yang bertentangan.

    - Sukma terpandang wanita tua yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi hari lsnin, tetapi tidak berpeluang untuk bertemu dengan wanita tua itu kerana laluannya dihalang oleh Iskandar.

    Bab 5: Khamis - Hari Khamis, tepat jam 6:20 pagi, seorang budak lelaki yang

    berusia kira-kira lima tahun berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma.

    - Sukma sempat bercakap dengannya tetapi dia melarikan diri sebaik-baik sahaja ibu Sukma keluar dari rumah.

    - Di fakulti, Jerry serba salah apabila Alvin menanyakan tujuannya ke Kelab WX2, sebuah kelab hiburan yang disebut "kotak gelap" dengan suatu ruang yang disebut "sepi" untuk sekumpulan anak muda mendalami ilmu pencarian realiti dan kebebasan.

    - Jerry memberitahu Sukma bahawa Iskandar turut ada di Kelab WX2.

    (xxvi)

  • Bab 6: Khamis Malam - Sukma memberitahu ayahnya tenta'ng kedatangan tetamu-

    tetamu misteri pada pukul 6:20 pagi sejak lsnin yang lalu. - lbu Sukma meminta suaminya membawa Sukma melancong. - Sukma dan Teja ke Restoran Kafe Flora, milik ibu saudara

    Teja untuk menenangkan perasaannya. - Sukma berkenalan dengan Erman yang mengetuai

    Kumpulan Waris Cinta dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi.

    - Sukma berbual-bual dengan Reny, penari kumpulan tersebut.

    Bab 7: Jumaat - Ketika menunggu di luar rumah, Sukma didatangi oleh Aim,

    budak lelaki yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini. - Pak Rashid menawarkan diri untuk mencari Aim yang

    melarikan diri apabila terdengar suara ibu Sukma. - Sukma menjalani peperiksaan pada hari itu. - Rafiq meminta Jerry menjelaskan tujuan dia berada di

    Kelab WX2 pada hari semalamnya kepada mereka.

    Bab 8: Jumaat Petang - Pada j~m 6:20 petang, Sukma, Teja, Rafiq, dan Alvin

    menunggu kedatangan Jerry di tempat yang dijanjikan. - Sukma ternampak lelaki yang pernah datang ke rumahnya

    pada pagi hari lsnin yang lalu. - Mereka ternampak Jerry memasuki pintu Kelab WX2. - Jerry berjanji akan bertemu dengan mereka pada waktu

    malamnya dan meminta mereka supaya pulang. - Rafiq risau akan keselamatan Sukma, sebaliknya Sukma

    berkeras untuk mengikut Iskandar masuk ke dalam kelab itu. - Sukma terpaksa mengalah apabila Iskandar memujuknya

    supaya segera meninggalkan tempat tersebut.

    Bab 9: Jumaat Malam - Selain tetamu jam 6:20, penglibatan Jerry dalam Kelab

    WX2 kian meresahkan Sukma. - Rafiq mengajak Sukma ke Kafe Flora. - Rafiq memberitahu Sukma bahawa dia mengenali lelaki

    yang dikejar oleh Sukma petang itu. - Sukma memberitahu Rafiq tentang tetamu-tetamu misteri

    yang datang ke rumahnya. - Rafiq tidak dapat menceritakan perkara yang berlaku

    kepada Jerry kerana telah berjanji dengan Jerry untuk merahsiakannya daripada Sukma.

    - Mereka bertembung dengan Jerry yang berpakaian serba hitam.

    - Jerry meluahkan isi hatinya bahawa selama ini dia terpaksa menu rut segala aturan ibu bapanya sehingga jiwanya terasa kosong.

    Bab 10: Sa btu - Tepat pada jam 6:20, hari Sabtu, rumah Sukma didatangi

    nenek tua yang pernah ke rumahnya pagi lsnin yang lalu. - Perbualan ringkas antara Sukma dengan nenek tua itu

    meninggalkan tanda tanya kepada Sukrna. - Sukma bertelagah dengan ibunya yang menganggap Sukma

    tidak sihat dan perlu berjumpa dengan pakar psikologi. - Sukma berjumpa dengan Reny di pekarangan Kafe Flora

    ketika menunggu kedatangan Rafiq, Alvin, dan Teja. - Reny memberitahu Sukma bahawa dia mengenali Iskandar

    sejak setahun yang lalu dan tahu tentang "ruang sepi". - Sukma meninggalkan Reny lalu menaiki teksi ke Kelab WX2. - Tempat itu tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah kelab

    muzik rock metal tetapi seperti sebuah kelab elit.

    Bab 11 : Sabtu Lagi - Iskandar yang kelihatan ceria, menyambut kedatangan

    Sukma lalu menghidangkan minuman untuk Sukma. - Iskandar cuba meyakinkan Sukma bahawa Kelab WX2 tidak

    terlibat dalam sebarang gejala negatif. - Sukma masih ragu-ragu tentang Kelab WX2, lebih-lebih lagi

    setelah melihat reaksi Iskandar yang berubah apabila dia menyebut nama Jerry.

    - Reny datang untuk meyakinkan Sukma, namun Sukma tidak mempercayai penjelasan mereka.

    - Semasa berjalan pulang, Sukma ternampak Aim yang duduk bersila sambil makan roti di kedai runcit Ah Leong.

    Bab 12: Sabtu Siang - Aim memberitahu Sukma bahawa neneknya yang meminta-

    nya supaya berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma. - Sukma mengajak Aim ke rumahnya kerana ingin

    mendapatkan maklumat yang lebih banyak daripada Aim. - Setibanya mereka di rumah Sukma, Teja dan Rafiq yang

    sedia menunggu di situ hairan akan kehadiran Aim. - Mereka menyusun rancangan untuk berjumpa dengan

    nenek Aim dan Abang Aim. - Teja membawa Aim ke bilik Sukma setelah ibu Sukma pulang. - Sukma memberitahu Pak Rashid bahawa Aim dan Teja

    berada di biliknya sebelum Pak Rashid memberi jalan untuk membawa kedua-duanya keluar dari bilik Sukma.

    - Teja dan Rafiq pergi menemui Abang Aim manakala Sukma menemani Aim yang tertidur di atas katilnya.

    - Melalui Pak Rashid, Sukma mengetahui bahawa ibunya mempunyai agenda penting yang tersembunyi dan hanya Sukma yang dapat mencari jawapannya.

    Bab 13: Sabtu Petang - Sukma meninjau situasi di rumahnya sebelum membawa

    Aim keluar dari biliknya. - lbu Sukma membelikan Sukma buku tentang panduan

    untuk menghilangkan tekanan dan hal ini menimbulkan perselisihan faham antara Sukma dengan ibunya.

    - Sukma berjanji untuk meminta maaf kepada ibunya,. - Sukma menanyakan ayahnya tentang masalah remaja di

    daerah itu, tetapi ayahnya tidak tahu tentang Kelab WX2. - Selepas menunaikan fardu maghrib, Sukma membawa Aim

    keluar dari biliknya.

    Bab 14: Sabtu Malam - Sukma menemui Rafiq dan Teja di Kafe Flora lalu diberitahu

    oleh Rafiq bahawa dia dan Teja telah bertemu Abang Aim. - Abang Aim tinggal di belakang rumah siak masjid sejak

    sebulan yang lalu dan dikatakan menghidap AIDS. - Iskandar mempertahankan "ruang sepi" dan menyatakan

    bahawa dia tidak tahu tentang kehilangan Jerry. - Mereka menghantar Aim pulang ke rumah neneknya. - Nenek Aim rupa-rupanya bidan yang menyambut kelahiran

    Sukma dan menjaga Sukma hingga dia berusia dua bulan. - Ketika Sukma berumur empat tahun, berlaku perbalahan

    antara nenek Aim dengan ibu Sukma. - Sukma ternampak Jerry yang dalam ketakutan lalu

    mengejarnya.

    Bab 15: Sabtu Malam yang Sama - Sukma, Rafiq, dan Teja menemui Jerry yang dalam keadaan

    tidak terurus. - Jerry menyatakan perasaan takutnya kerana ada sesuatu

    yang besar akan berlaku dan hanya Sukma yang dapat menghentikan perkara itu daripada berlaku.

    (xxvii)

  • - Selepas menghantar Jerry ke rumahnya, mereka menemui Abang Aim. '

    - Abang Aim menyatakan bahawa Iapan peratus daripada pengikut Kelab WX2 merupakan golongan remaja .

    - Abang Aim memberitahu Sukma tentang suatu kejadian yang mempunyai kaitan dengan ibu Sukma dan hal ini mengejutkan Sukma hingga dia mengajak Rafiq pulang.

    - Ayah Sukma yang sedang menunggu Sukma di ruang tamu bertanya tentang sebab Sukma berada di Kelab WX2 seperti yang didakwa oleh Kak Ros.

    - Sukma meminta ayahnya supaya mengambil tahu akan hal ibunya yang dirasakannya sudah banyak berubah.

    - Sukma hendak ke rumah Kak Ros tetapi ditahan oleh Iskandar yang memujuknya dan mempertahankan "ruang sepi".

    - Sukma memberitahu Kak Ros segala-galanya dan bersedia bekerjasama untuk menyiasat kegiatan Kelab WX2.

    Bab 16: Ahad - Tepat pada jam 6:20, genap seminggu peristiwa ini berlaku. - Ketika berdiri di balkoni, Sukma ternampak Iskandar di pintu

    pagar. - Iskandar beredar 'apabila ibu Sukma menemuinya dan

    bercakap dengannya. - Nenek dan Aim datang lalu mengajak Sukma ke kubur ayah

    Aim yang meninggal dua tahun lepas. - Sukma nekad untuk membongkar kegiatan Kelab WX2.

    Bab 17: Ahad Pagi - Teja dan Rafiq menunggu Sukma di Kelab WX2. - Sukm