Bab 3 jirim

27
BAB 3 : JIRIM

description

sains bab 3 jirim

Transcript of Bab 3 jirim

Page 1: Bab 3 jirim

BAB 3 : JIRIM

Page 2: Bab 3 jirim

Definisi/maksud

Segala-galanya, sama ada benda yang hidup atau bukan hidup, yang mempunyai jisim (mass) dan mempunyai / memenuhi ruang (occupies space) dipanggil jirim (matter).

Contoh-contoh jirim adalah seperti air, udara, bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia.

Page 3: Bab 3 jirim

Ahli-ahli sains mentakrifkan 'jirim' sebagai segala benda yang mempunyai jisim (mempunyai berat disebabkan oleh tarikan graviti) dan memenuhi ruang (mempunyai isipadu yang boleh diukur).

Page 4: Bab 3 jirim

Bagaimana untuk membuktikan bahawa sesuatu benda itu mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Page 5: Bab 3 jirim

1. Merujuk kepada rajah di atas, dua biji belon diisi dengan udara (udara memberikan isipadu kepada belon kerana ia memenuhi ruang didalam belon).

2. Salah satu belon dicucuk dengan jarum. Didapati bahawa rod akan cenderung ke arah belon yang masih berisi udara (udara mempunyai jisim kerana ia memberi berat kepada belon).

Page 6: Bab 3 jirim

3. Ini menunjukkan bahawa udara adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Page 7: Bab 3 jirim

Binaan Asas Jirim

1.Menurut teori asas terbina perkara, perkara itu terdiri daripada zarah halus yang berasingan (discrete).

2.Zarah-zarah ini boleh terdiri daripada atom atau molekul.

3.Atom adalah zarah terkecil bagi jirim dan tidak boleh dibahagikan lagi.

Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom. Molekul adalah lebih besar daripada atom. Molekul boleh terbina dari atom daripada jenis

yang sama atau jenis yang berbeza.

Page 8: Bab 3 jirim

3.2 Keadaan Jirim

Keadaan jirim

1. pepejal

2. cecair

3.gas

Page 9: Bab 3 jirim

1. Susunan Zarah Dalam Pepejal

Page 10: Bab 3 jirim

Pensil, rod kaca, kuku besi, dan bikar adalah beberapa contoh pepejal.

Zarah pepejal tersusun rapat dan dalam corak/pola yang tetap. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah adalah kuat.

Terdapat ruang yang sangat kecil di antara zarah pepejal. Oleh itu, zarah tidak boleh dimampatkan dan isipadu pepejal adalah tetap.

Page 11: Bab 3 jirim

2. Susunan Zarah Dalam cecair

Zarah cecair tersusun berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak dalam keadaan corak yang tetap dan teratur. Ini adalah kerana daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah.

Page 12: Bab 3 jirim

Ruang antara zarah cecair adalah lebih besar tetapi, cecair tidak boleh dimampatkan kerana zarah-zarahnya masih teratur rapat dan berdekatan antara satu sama lain.

Bentuk cecair berubah mengikut bekas yg diisi

Contoh: air sirap, minyak hitam petrol dan lain-lain

Page 13: Bab 3 jirim

3. Susunan Zarah Dalam Gas

Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap (definite shape) atau isipadu (volume). Ia mengambil bentuk bekas yang mengisinya.

Page 14: Bab 3 jirim

Terdapat ruang yang besar antara zarah gas. Oleh itu, gas boleh dimampatkan (compressed) dibawah tekanan yang melampau (extreme pressure).

Isipadu gas bertambah (increase) apabila zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Isipadu gas berkurangan (decrease) apabila zarah dimampatkan.

Page 15: Bab 3 jirim

Gas juga dikenali sebagai bendalir (fluid) kerana kebolehannya untuk mengalir.

Page 16: Bab 3 jirim

Pergerakan Zarah Dalam Jirim

Zarah-zarah dalam jirim (dalam sebarang bentuk fizikal) adalah sentiasa bergerak.

Walaupun demikian, kadar (rate) dan jenis pergerakan (type of movement) zarah dalam setiap bentuk fizikal adalah berbeza.

Page 17: Bab 3 jirim

Berikut adalah jenis-jenis pergerakan zarah dalam:

Pepejal (solid). Zarah tidak bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah adalah sangat kuat. Zarah-zarah hanya boleh bergetar dan berputar di sekitar kedudukan tetap mereka

Page 18: Bab 3 jirim

Cecair (liquid). Zarah bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah kurang kuat. Zarah-zarah berlanggar (collide) antara satu sama lain.

Gas. Zarah bergerak dengan bebas dan secara rawak kerana daya tarikan antara zarah sangat lemah. Zarah-zarah juga bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi.

Page 19: Bab 3 jirim

Gerakan bebas atau gerakan Brown (Brownian motion) adalah gerakan zarah dalam semua arah pada kelajuan yang tinggi.

Gerakan bebas adalah disebabkan oleh perlanggaran antara zarah-zarah, atau antara zarah-zarah dan bekas (container) mereka.

Page 20: Bab 3 jirim

Pergerakan bebas berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah melantun (particles rebound), iaitu zarah bergerak melantun dan berterusan berikutan perlanggaran.

Page 21: Bab 3 jirim

Gerakan brown

Page 22: Bab 3 jirim

3.3 KONSEP KETUMPATAN

Ketumpatan dan keapunganKetumpatan (density) sesuatu bahan adalah jisim (mass) per unit isipadu(volume) bahan tersebut. 

Page 23: Bab 3 jirim

Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:

Jisim.Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.

Isipadu.Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.

Page 24: Bab 3 jirim

Mencari ketumpatan sesuatu bahan.Contoh 1:Sebuah silinder penyukat berjisim 250g.

Setelah 50cm3 cecair X dituang ke dalamnya, jisi, silinder penyukat dan cecair X menjadi 315. berapakah ketumpatan cecair X.

penyelesaian:

Jisim cecair X = 315g- 250g = 65g

Page 25: Bab 3 jirim

Oleh itu,

Ketumpatan cecair X = 65g50cm3

=1.3g/cm3

Page 26: Bab 3 jirim

Contoh 2:Tembaga mempunyai ketumpatan 8.9

g/cm3. berapakah jisim seketul tembaga yang berukuran 3cmx 3cm x 3cm?

Penyelesaian:

Jisim= ketumpatan x isipaduJisim tembaga= 3cmx 3cm x 3cm x

8.9g/cm3 = 240.3g

Page 27: Bab 3 jirim