BAB 3 - Maruwiah Ahmat | Bekas pensyarah UiTM 12/7/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 3 Syariah dalam...

20
CTU101 12/7/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 3 Syariah dalam Kehidupan Muslim Maruwiah Ahmat 1 CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM BAB 3 Syariah dalam Kehidupan Muslim Menghuraikan pengertian syariah Menjelaskan maqasid syariah Menjelaskan skop syariah Menjelaskan peranan syariah dalam pembangunan ummah 3. Syariah dalam Kehidupan Muslim 3.1 Pengertian Syariah 3.2 Maqasid Syariah 3.3 Skop Syariah 3.4 Peranan Syariah dalam Pembangunan Ummah Hasil Pembelajaran Kandungan PENDAHULUAN 2

Transcript of BAB 3 - Maruwiah Ahmat | Bekas pensyarah UiTM 12/7/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 3 Syariah dalam...

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 1

BAB 3 Syariah dalam Kehidupan

Muslim

Maruwiah Ahmat

1

CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 3 Syariah dalam Kehidupan

Muslim

Menghuraikan pengertian

syariah

Menjelaskan maqasid

syariah

Menjelaskan skop syariah

Menjelaskan peranan

syariah dalam

pembangunan ummah

3. Syariah dalam

Kehidupan Muslim

3.1 Pengertian Syariah

3.2 Maqasid Syariah

3.3 Skop Syariah

3.4 Peranan Syariah dalam

Pembangunan Ummah

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENDAHULUAN

2

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 2

PENDAHULUAN

3

4

PENDAHULUAN

Istilah lain yang berkaitan Syariah

FIQH

DEFINISI - Keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui

dalilnya yang terperinci

4 bidang besar: Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh

Jinayat [Jenayah]

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 3

PENGERTIAN SYARIAH

5

Istilah lain yang berkaitan Syariah

HUKUM

Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui

kaedah wahyu (terkandung dalam al-

Quran & al-Sunnah)

Khitab atau mesej Allah S.W.T. yang berkaitan

dengan perbuatan mukallaf.

Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses

ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan

perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara

berkenaan

Segala hukum iaitu syariah Islam datang daripada Allah S.W.T.

Undang-undang

6

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 4

PENGERTIAN SYARIAH

7

BERORIENTASIKAN WAHYU -

bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah

GANJARAN BERSIFAT DUNIAWI & UKHRAWI

UNIVERSAL - meliputi semua tempat dan

masa

SYUMUL / LENGKAP - merangkumi segenap aspek hidup manusia -

mengatur hubungan dengan Allah, sesama manusia serta alam

sekeliling

SEPADU & SEIMBANG - setiap satu bahagian saling berkaitan antara satu sama lain & sama berat dari sudut rohani dan jasmani serta dunia

dan akhirat

TETAP & ANJAL – prinsip dan dasar Islam

bersifat tetap tetapi pelaksanaannya bersifat fleksibel

CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM

Keistimewaan syariat Islam berbanding undang-undang

ciptaan manusia

Segala prinsip dan hukum-hakamnya terpelihara daripada

kelemahan, kesilapan dan kekurangan. Ia didorong oleh sifat

pencipta-Nya yang suci dari sebarang kelemahan - undang-

undang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang kelemahan

kerana ia lahir dari pemikiran insan.

Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan

sesama manusia di hadapan hukum Allah S.W.T. - keadilan

sebenar sukar ditemui dalam undang-undang ciptaan manusia

kerana masing-masing mempunyai kecenderungan serta

kepentingan tertentu.

8

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 5

Segala hukum mempunyai roh keagamaan yang bersifat

muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh dan hormat pada diri -

undang-undang ciptaan manusia tiada roh agama, ia hanya

dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa.

Memberi kelonggaran atau rukhsah dalam pelaksanaan hukum

Islam apabila ada kesukaran atau darurat.

Sumber-sumber perundangan Islam selain daripada Al-Quran

dan al-Sunnah juga menerima ijma', qias dan lain-lain sebagai

rujukan hukum menjadikan ia bersifat alami, ideal dan realistik -

berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat

setempat, masa tertentu serta kelompok atau bangsa tertentu.

9

PENGERTIAN SYARIAH

10

NAS [DALIL SYARIAH]

Ayat Al-Quran atau Hadis

Rasulullah SAW yang digunakan

sebagai hujah dalam menentukan

sesuatu hukum.

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 6

PENGERTIAN SYARIAH

11

SUMBER PRIMER

Al-Quran

Allah SWT menjelaskan ayat-ayat berkaitan dengan

pengurusan dalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan

As-Sunnah

Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi

Muhammad SAW yang sarat dengan panduan dalam

pengurusan

S U M B E R S Y A R I A H

SUMBER SEKUNDER

Ijma’ Ulama

Persepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu

hukum yang tiada nas dalam Al-Quran dan Sunnah.

Qias

Melalui perbandingan perbuatan atau kes-kes yang terdahulu dengan mengambil

kira persamaan illahnya.

12

S U M B E R S Y A R I A H

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 7

Rabbani

Persamaan (Musawwah)

Syura (Musyawwarah)

Kebebasan (Al-Hurriyah)

Insaniyah

Keadilan (Al-Adalah)

13

PENGERTIAN SYARIAH

Prinsip

Perundangan

Islam

14

PENGERTIAN SYARIAH

1. Rabbani

Syariah adalah daripada Allah SWT.

Syariah bukan ciptaan manusia.

Sumber syariah adalah wahyu – Al-Quran dan Sunnah

Menunjukkan kekuasaan Allah meliputi semua aspek kehidupan manusia (al-Baqarah: 208)

Kesan prinsip Rabbani:

a. Syariah bebas dari kezaliman, kelemahan dan dorongan hawa nafsu

b. Syariah dihormati oleh pemerintah dan yang diperintah.

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 8

2. Persamaan (al-Musawwah)

Semua mempunyai hak dan tanggungjawab berdasarkan kemampuan masing-masing Semua tertaluk kepada undang-undang, peraturan dan hukum yang sama. Rasullah SAW pernah menyatakan jikalau Fatimah binti

Muhammad mencuri nescaya baginda akan memotong tangannya. (Riwayat al-Nasai)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya antara kamu, (al-Hujurat: 13)

15

PENGERTIAN SYARIAH

3. Syura (Musyawwarah)

Perbincangan dan permuafakatan terutama dengan

golongan yang mahir dalam bidang yang

dibincangkan.

Menerima pendapat majoriti.

Menerima pendapat minoriti jika dalil (bukti) lebih kuat

daripada pendapat majoriti.

... dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan

(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau

telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu)

maka bertawakallah kepada Allah ... (Ali Imran: 159)

16

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 9

4. Kebebasan (al-Hurriyah)

Syariah memberi semua jenis kebebasan yang

diperlukan oleh manusia.

Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih

melakukan sesuatu perkara di samping mengikut

undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu

diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta

dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan.

Kebebasan syariah adalah berpanduan – Al-Quran, Sunnah,

undang-undang pemerintah dan kebajikan masyarakat.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam).. (Al-Baqarah: 256)

17

PENGERTIAN SYARIAH

5. Insaniyah

Memudahkan urusan kehidupan manusia.

Memelihara kebajikan manusia.

Membuat/menyuruh sesuatu mengikut kemampuan.

Membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain.

Kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina

hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan

persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi.

“Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan

kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada

orang yang berbuat kerosakan”. (Surah al-Qasas: 77)

18

PENGERTIAN SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 10

6. Keadilan (al-Adalah)

Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada

tempatnya.

Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar, jelas

kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan

dosa atau bersubahat dengannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t

menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta

memberi bantuan kepada kaum kerabat…” (Surah al-Nahl: 90)

“... dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan

adil". (Surah al-An’am: 152)

19

PENGERTIAN SYARIAH

20

KONSEP MAQASID

SYARIAH:

Menjamin

kemaslahatan atau

kebaikan kepada

semua manusia dan

menghindarkan

kemudharatan atau

keburukan yang

mungkin menimpa

manusia.

Menjaga akidah

Melindungi nyawa

Melindungi akal

Menjaga keturunan

Menjaga harta

MAQASID SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 11

Melindungi akidah- syariat Islam sangat tegas dalam

mempertahankan akidah- mati syahid bagi yang mati

mempertahankan agama.

Melindungi nyawa- Allah mewajibkan manusia menjaga

nyawanya dan melarang melakukan kecederaan ke atas

diri sendiri atau mana-mana pihak.

21

MAQASID SYARIAH

Melindungi akal - Allah menuntut manusia menjaga akal

supaya tidak rosak dan dipesongkan dari kebenaran.

Maka Islam mengharamkan meminum arak, mempercayai

perkara khurafat dan mewajibkan menuntut ilmu.

22

MAQASID SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

MEMELIHARA KESUCIAN DAN

KEPERCAYAAN BERAGAMA

Membebaskan minda dan kepercayaan

manusia daripada belenggu khurafat,

tahyul, munafik dan syirik.

Mengajak manusia beriman kepada Allah

S.W.T., melaksanakan ketaatan kepada-Nya

di samping tidak melupakan prinsip dakwah

dan jihad dalam Islam.

MAQASID SYARIAH

24

MAQASID SYARIAH

Melindungi keturunan - dengan mewujudkan sistem

keluarga melalui perkahwinan yang sah dan

mengharamkan zina.

Melindungi harta - Islam

menggalakkan manusia supaya

mereka mencari harta secara halal

dan melarang mereka mengumpul

harta secara haram seperti mencuri

dan menipu.

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

MENJAMIN KEHORMATAN DAN

MARUAH DIRI

Membentuk peribadi dan tidak

mengaibkan diri sendiri serta keturunan

kepada orang lain untuk menghindarkan

manusia jatuh ke lembah kehinaan.

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEPERCAYAAN

BERAGAMA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilah kepada

satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kamu

semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kamu tidak

sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula

sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian dari kamu

mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang

dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika

mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka

katakanlah kepada mereka; saksikanlah kamu bahawa

sesungguhnya kami adalah orang Islam”. (Ali Imran (3): 64)

26

MAQASID SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 14

DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESELAMATAN NYAWA DAN

ANGGOTA TUBUH BADAN MANUSIA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain

bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang

diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang

hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina; dan

sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan

dosanya”.

(Al-Furqan (25): 68)

27

MAQASID SYARIAH

DALIL MENGENAI MENJAMIN USAHA PEMILIKAN &

PENGUASAAN HARTA

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan

kebahagiaan hari akhirat dan janganlah

engkau melupakan bahagianmu

(keperluan dan bekalanmu) dari dunia.....”.

(Al-Qasas (28): 77)

28

MAQASID SYARIAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 15

Menjaga hubungan manusia dengan

Allah -Pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata dengan melakukan

suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Menjaga hubungan baik sesama

manusia - Peraturan dalam membina

hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat

tercela.

Menjaga hubungan antara

makhluk dan alam - Meliputi

hubungan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan alam seluruhnya

29

SKOP SYARIAH

30

SKOP SYARIAH

Ibadah

• Perbuatan yang dilaksanakan bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengingati keagungan-Nya, menjadi tanda bukti keimanan terhadap-Nya dan tanda penyerahan diri kepada Allah SWT.

Muamalat

• Perbuatan yg dikerjakan sebagai cara atau jln utk menjaga kemaslahatan dan mencegah kemudaratan sama ada antara sesama manusia atau dgn makhluk lain.

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 16

PERLAKSANAAN KEPADA PERINTAH DAN LARANGAN

ALLAH SWT

Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu cth: solat, puasa dll.

Perintah di mana perlaksanaannya dianjurkan dilakukan secara kolektif atau jemaah, cth: berdakwah, menegakkan amr makruf nahy anil mungkar.

Perintah yang tidak mampu dilaksanakan di peringkat individu atau kolektif tetapi menjadi kewajipan pemerintah. Cth: mengenakan hudud, qisas dan takzir.

31

SKOP SYARIAH

PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM

32

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan.

Ditumpukan kepada mengoptimumkan kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial yang tidak terpisah.

Mewujudkan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia.

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 17

Pendekatan Pembangunan Menurut Islam 33

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

• keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T. - mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia.

PEMBANGUNAN BERLANDASKAN PRINSIP TAUHID

• menekankan Allah S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan bagi menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk ke arah kesempurnaannya.

PEMBANGUNAN BERLANDASKAN RUBUBIYYAH

• menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai khalifah, sebagai muslim dan sebagai ummah secara umum

PERANAN MANUSIA SEBAGAI UTUSAN ALLAH

• dari segala kekotoran sama ada kekotoran hakiki dan maknawi

PEMBANGUNAN BERTERASKAN PRINSIP PENYUCIAN DIRI

Skop Pembangunan Islam

Pembangunan fizikal dan jasmani – merujuk kepada kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, berat badan dll. Amalan ibadah juga menjadi alat untuk penjagaan kesihatan.

Pembangunan kognitif – perkembangan pengetahuan dan keupayaan untuk berfikir. Islam banyak menganjurkan menuntut ilmu.

Pembangunan emosi – perkembangan perasaan dalam konteks hubungan dengan orang lain.

Pembangunan sosial – proses perkembangan dalam hubungan

antara manusia dan persekitaran.

Pembangunan kerohanian – satu proses yang bertujuan

melahirkan jiwa bertaqwa. Jiwa yang pincang mengakibatkan

akal dan fizikal terbantut.

34

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 18

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

35

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Pendidikan

Maqasid Syariah

Keadilan

Peraturan/Hukum

Mendidik Manusia - membimbing manusia menghadapi ujian dan

dugaan drpd Allah SWT - bukti keimanan - Firman Allah SWT yang

bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka

bumi sebagai perhiasan baginya kerana Kami hendak menguji mereka,

siapakah antaranya yang lebih baik amalnya". (Surah al-Kahfi: 7)

Memelihara Maqasid Syariah

Menegakkan Keadilan - mendidik, mengasuh dan membangunkan

manusia supaya mereka selamat di dunia dan di akhirat - merangkumi

hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar - melalui

ibadat, kekeluargaan, memakmurkan bumi dsb.

Mengajar Manusia Hidup Menurut Hukum dan Peraturan -

kehidupan lebih teratur - hukum dan peraturan perlu berlandaskan Al-

Quran dan al-Sunnah.

36

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 19

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman! Hendaklah kamu jadi orang

yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah,

menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali

kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu

berlaku tidak adil. Berlaku adillah kamu kerana adil itu

lebih dekat kepada Allah.” (Surah al-Maidah: 8)

37

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

Keperluan Manusia kepada Syariah

1. Syariah sebagai panduan dalam menempuh kehidupan di dunia kerana manusia dicipta serba kekurangan.

2. Syariah adalah peraturan agar manusia memperoleh kejayaan dan kebahagiaan.

3. Untuk memelihara kepentingan manusia kerana kadang-kadang manusia menjadi pelupa, mementingkan diri sendiri dan digoda oleh nafsu dan syaitan.

4. Menjadikan seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Allah.

5. Menghasilkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan

spiritual.

6. Mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan diredhai

Allah SWT.

38

PERANAN SYARIAH DALAM

PEMBANGUNAN UMMAH

CTU101 12/7/2013

Maruwiah Ahmat 20

39

AKTIVITI BERTULIS 3

Mana soalan

ni?

- Berkumpulan - 20 minit sahaja