bab 4 (4)

14
4.17 KONKRIT 4.17.1 PENGENALAN Konkrit ialah bahan yang sering digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan. Konkrit didefinasikan sebagai bahan yang terhasil daripada campuran bahan seperti simen (cement), batu baur kasar (coarse aggregate), batu baur halus (fine aggregate), bahan tambah (super plasticzer) dan air mengikut nisbah-nisbah tertentu. Nisbah bancuhan mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan untuk mendapatkan kualiti konkrit yang diperlukan untuk sesuatu binaan. Simen yang biasa digunakan ialah Simen Portland Biasa. Batu baur pula diperolehi daripada kuari yang berhampiran di mana batu-batu dari bukit dipecahkan dan diasingkan mengikut saiz. Saiz yang sesuai digunakan dalam pembinaan adalah antara 20mm hingga 40mm. Air pula diperolehi dari sumber-sumber berdekatan atau semulajadi seperti sungai dan perigi. Ia perlu bebas dari bendasing yang boleh menjejaskan mutu kekuatan konkrit. 52

description

contoh rujukan latihan industri poli kej.awam

Transcript of bab 4 (4)

4.17KONKRIT

4.17.1PENGENALAN

Konkrit ialah bahan yang sering digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan. Konkrit didefinasikan sebagai bahan yang terhasil daripada campuran bahan seperti simen (cement), batu baur kasar (coarse aggregate), batu baur halus (fine aggregate), bahan tambah (super plasticzer) dan air mengikut nisbah-nisbah tertentu.

Nisbah bancuhan mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan untuk mendapatkan kualiti konkrit yang diperlukan untuk sesuatu binaan. Simen yang biasa digunakan ialah Simen Portland Biasa. Batu baur pula diperolehi daripada kuari yang berhampiran di mana batu-batu dari bukit dipecahkan dan diasingkan mengikut saiz. Saiz yang sesuai digunakan dalam pembinaan adalah antara 20mm hingga 40mm.

Air pula diperolehi dari sumber-sumber berdekatan atau semulajadi seperti sungai dan perigi. Ia perlu bebas dari bendasing yang boleh menjejaskan mutu kekuatan konkrit.

Untuk pembinaan 44 Unit Rumah Teres Blok H, kebanyakan bancuhan konkrit yang digunakan ialah bernisbah 1:2:4 dan juga 1:3:6. Konkrit dibancuh dengan menggunakan jentera pembancuh (mixer) dan ada juga dibekalkan dari syarikat pembekal konkrit ready mix iaitu Syarikat Azam Baru Sdn.Bhd. Konkrit yang dibekalkan adalah dibancuh mengikut piawai yang telah ditetapkan serta menggunakan bahan-bahan yang telah diluluskan.

4.17.2NISBAH-NISBAH CAMPURAN KONKRIT

Terdapat 2 jenis nisbah campuran konkrit iaitu nisbah air simen dan nisbah campuran konkrit. Nisbah air simen ialah nisbah kuantiti air berbanding dengan kuantiti simen dalam bancuhan konkrit. Kuantiti air dalam sesuatu bancuhan konkrit akan mempengaruhi kekuatan konkrit. Jika terlalu banyak air dicampurkan , kekuatan konkrit akan berkurangan. Tetapi jika terlalu sedikitair dicampurkan, bancuhan akan menjadi pekat dan susah untuk dikerjakan.

Nisbah campuran konkrit ialah nisbah kuantiti simen kepada batu baur halus kepada batu baur kasar dalam bancuhan konkrit. Kerja konkrit yang berlainan menggunakan nisbah campuran yang berbeza. Nisbah bancuhan adalah sukatan bahan-bahan mengikut kadar tertentu untuk menghasilkan bancuhan konkrit. Nisbah bancuhan bertujuan untuk mendapatkan kekuatan yang diperlukan bagi sesuatu kegunaan binaan.

Kekuatan sesuatu binaan konkrit itu bergantung kepada nisbah bancuhannya. Oleh itu, pembancuhan konkrit yang dibuat mestilah mengikut nisbah bancuhan yang telah ditetapkan untuk menjamin kualiti konkrit yang dihasilkan. Sukatan bahan-bahan mentah boleh dibuat dengan cara kiraan timbang berat, kiraan isipadu dan perkelompokan.

Nisbah campuran kegunaan

1 : 2 : 4Kerja-kerja konkrit bertetulangCth : lantai, rasuk, tiang

1 : 3 : 6Kerja-kerja yang banyak menggunakan konkritCth : asas dan lantai konkrit tidak bertetulang

1 : 1.5 : 3Kerja-kerja konkrit bertetulang separuhCth : rasuk, tembok penahan

1 : 5 :10Tapak tembok dalam peparit Cth : tanah mengeras

Jadual 4.17.2 : Nisbah campuran konkrit dan kegunaannya

Konkrit adalah merupakan satu binaan yang sangat penting. Oleh itu, setiap kerja konkrit perlulah dilakukan dengan teliti supaya kualitinya tidak terjejas. Kerja-kerja seperti membancuh dan memampat mestilah dilakukan dengan teliti supaya kualitinya tetap terjamin serta terpelihara.

Walaupun begitu, bagi pembinaan tiang dan juga rasuk yang bertetulang penggunaan konkrit bernisbah 1:2:4 digunakan. Ini kerana reka bentuk yang dibuat adalah untuk menanggung beban hidup atau bebanmati seperti manusia, jentera, dan sebagainya.Akan tetapi masih terdapat konkrit yang dibancuh di tapak bina dan masih perlu dikawal untuk menentukan kualiti konkrit yang dibancuh. Oleh itu, penelitian perlu diberikan sepenuhnya kerja-kerja pembancuhan seperti cara nisbah bancuhan dibuat, cara penempatan, kadar mampatan dan sebagainya

4.17.3 SIFAT-SIFAT PENGGUNAAN KONKRIT YANG MELUAS

Bancuhan konkrit boleh dibentuk menjadi sebarang bentuk sebelum ianya mengeras. Konkrit tidak akan berkarat dan juga tidak reput. Konkrit tahan panas dan tidak terbakar. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan konkrit mudah untuk didapati. Konkrit mempunyai sifat yang kuat dalam sesuatu binaan yang kukuh.4.17.4 PENGHASILAN KONKRIT YANG BAIKUntuk menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi, beberapa garis panduan perlu dititikberatkan serta diberi perhatian.

Antaranya ialah memilih bahan campuran yang baik. Penggunaan nisbah bancuhan yang betul. Pembancuhan yang sempurna. Menempatkan bancuhan konkrit dengan secukupnya. Memadatkan bancuhan konkrit bengan betul dan padat. Melakukan pengawetan dengan sempurna dan suhu semasa membancuh adalah sesuai.

4.17.5 BAHAN-BAHAN KONKRIT

Bahan-bahan bagi tujuan bancuhan konkrit adalah terdiri daripada simen, batu baur halus/ kasar, air dan bahan tambah.

4.17.5.1 Simen

Simen adalah bahan yang dihasilkan dengan cara membakar campuran batu kapur dan tanah liat. Kebolehan simen mengikat bahan-bahan komponennya supaya menjadi konkrit lebih padat disebabkan ia mempunyai sifat lekitan dan lekatan.Jenis-jenis simen terdiri daripada Simen Portland Biasa, Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland Cement), Simen Portland Haba Rendah (Low Heat Portland Cement), Simen Portland Diubahsuai., Simen Portland Relau Bagas dan Simen Portland Alumina Tinggi.

4.17.5.2 Batu Baur

Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Bahan ini merupakan faktor ketahanan dan kemudahan kerja konkrit. Bahan yang biasa digunakan sebagai batu baur ialah pasir, pecahan batu (Crusher Run), batu hangus, dan habuk kuari (Quarry Dust). Ia mestilah terdiri daripada bahan yang keras, tahan lasak dan bersih.

Batu baur halus disebut juga sebagai pasir samada ianya semulajadi seperti pasir sungai ataupun hasil pecahan batu kasar di kuari.Walaubagaimanapun, pasir pantai tidak boleh digunakan akibat kandungan garamnya yang tinggi. Batu yang tidak telus melalui anjakan 4.07 mm adalah sebagai batu baur kasar.

4.17.5.3 Air

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah daripada sumber yang bersih yang mana tidak mempunyai sisa-sisa rumpai, lumpur dan sampah yang boleh menjejaskan mutu konkrit yang dibancuh.

4.17.5.4 Bahan Tambah

Bahan tambah ialah cecair yang dicampurkan semasa kerja-kerja bancuhan konkrit untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit. Bahan tambah digunakan untuk setiap bancuhan konkrit adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan. Bahan tambah yang biasanya digunakan untuk projek pembinaan sekolah ialah pencepat yang mana boleh mempercepatkan proses pengerasannya. Bahan tambah yang lain adalah seperti pelambat. Jenis bahan tambah yang sering digunakan adalah Pozolloth. Campuran yang berlebihan hendaklah dielakkan kerana ianya akan menggugat dan menimbulkan kesan yang tidak baik bagi konkrit. Tujuan penggunaan yang lebih spesifik ialah bagi mempercepatkan kadar pertambahan kekuatan awal konkrit. Melambatkan atau mempercepatkan tempoh pengerasan awal. Melambatkan dan mengurangkan perlepasan haba. Untuk meninggikan kebolehkerjaan konkrit tanpa meninggikan kandungan air atau merendahkan kandungan air. Untuk melambatkan atau mengurangkan perlepasan haba. Untuk mengubahsuai kadar atau kemampuan lelehan atau kedua-duanya sekali. Untuk mengurangkan aliran rerambut serta mengurangkan ketelapan pada sebarang cecair. Untuk menghasilkan sifat berliang dan menambahkan ikatan atas konkrit dan keluli antara konkrit lama dan konkrit baru.

4.17.6 LANGKAH-LANGKAH PENEMPATAN KONKRIT

Konkrit yang digunakan adalah dibekalkan dari ready mix dan dibancuh menggunakan mixer.Konkrit yang siap dibancuh perlu diletakkan berhampiran dengan tempat yang hendak dikonkrit.Konkrit mestilah ditempatkan dalam lapisan seragam untuk menggelakkan dari berlakunya pengasingan bahan.

Konkrit boleh jatuh ke dalam acuan dari jarak bebas tetapi pengasingan bahan mesti dielakkan sama sekali. Seboleh-bolehnya, penempatan konkrit mestilah dilakukan dengan secepat mungkin. Kemudian, pastikan lapisan konkrit dimampatkan dengan sempurna sebelum lapisan seterusnya dimulakan. Elakkan daripada berlakunya cold joint iaitu sambungan konkrit yang kerap di buat. Oleh itu setiap kerja konkrit perlu dijalankan mengikut perancangan yang disediakan. Semasa penuangan konkrit, elakkan bar tetulang daripada berganjak dari kedudukan asal. Awasi kerja-kerja perletakan konkrit dan pastikan kemudahan ada berdekatan dengan tempat kerja.

4.17.7 MELETAK/ MENGANGKUT KONKRIT

Konkrit dari setiap trak penggaul (setiap trak memuatkan 5m3 konkrit), mestilah dituang keluar (masa pemunggahan selesai) dalam tempoh 2 jam selepas pencampuran konkrit supaya ia tidak mengeras dan berlaku pengasingan. Konkrit diangkut ketempat penuangan melalui beberapa cara bergantung kepada saiz kerja dan tinggi bangunan dari permukaan tanah.

Antara cara mengangkut konkrit ialah menggunakan timba, kereta sorong, lif timba, kren dan pam. Kerja-kerja mengangkut konkrit sentiasa dipastikan bahawa ia dilakukan dengan betul supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini sekaligus akan menjejaskan mutu konkrit. Antara kejadian yang perlu dielakkan semasa menuang konkrit kedalam acuan adalah seperti pengasingan dan kekerasan pramatang akibat kehilangan air yang terlalu cepat.

Untuk kerja-kerja pengkonkritan sesuatu struktur binaan seperti rasuk, lantai dan tiang pada aras yang lebih tinggi atau tempat yang sukar dilalui oleh trak pencampur, maka konkrit akan diangkut menggunakan kren. Sekiranya pada hari tersebut terdapat banyak struktur yang ingin dikonkrit atau memerlukan isipadu konkrit yang banyak, maka pihak kontraktor akan menyewa kren dari mana-mana pembekal untuk mempercepatkan kerja-kerja pengkonkritan dan supaya segala kerja dapat berjalan dengan lancar.

Konkrit yang diangkut tadi akan dituang ke dalam acuan. Sebelum konkrit dituang, acuan diperiksa, dibersih dan tidak boleh disapu dengan minyak untuk mengelakkan konkrit dari melekat. Konkrit tidak boleh dituang melebihi ketinggian 1.5m (jarak jatuh) untuk mengelakkan daripada berlakunya pengasingan dan pembentukkan gelembung udara yang akan menjejaskan kekuatan konkrit. Untuk mengelakkan sesuatu kes yang akan menjejaskan kekuatan konkrit, maka konkrit konkrit dituang ke dalam acuan di dalam beberapa lapisan, setiap lapisan tidak boleh melebihi 600m (bagi rangka penyokong dan rasuk-rasuk dalam) dan dituang sepenuhnya dalam papak dan rasuk-rasuk cetek. Adalah satu kewajipan, setiap lapisan dipadatkan sebelum lapisan seterusnya dituang. Tempoh maksimum meletak konkrit antar lapisan ialah selepas 30 minit.

Rajah 4.17.7 : Meletak konkrit

4.17.8KEKUATAN KONKRIT

Kekuatan konkrit boleh dimaksudkan sebagai beban maksima yang boleh ditanggung oleh konkrit.Konkrit yang merintangi mampatan lebih baik daripada tegangan.Ujian untuk kekuatan mampatan sering dilakukan kerana ianya mudah untuk dikendalikan dalam industry binaan untuk spesifikasi dan kawalan kualiti.

4.17.9 PEMADATAN KONKRIT

Konkrit yang ditempatkan ke dalam acuan mengandungi buli-buli udara yang terperangkap. Buli-buli udara ini akan menjejaskan kekuatan konkrit. Oleh itu, udara yang terperangkap ini mestilah dikeluarkan sehingga kepada 1% kandungannya.

Kesan udara yang terperangkap terhadap konkrit ialah akan menyebabkan terjadinya lubang seni atau sarang lebah apabila konkrit mengeras. Melemahkan pegangan antara bar tetulang dengan konkrit. Untuk menambahkan kekuatan konkrit,kerana 1% udara terperangkap akan melemahkan 5%-6% kekuatan konkrit.

4.17.10 KERJA MEMAMPAT KONKRIT

Cara yang terbaik untu memampat konkrit ialah dengan menggunakan mesin penggetar. Jika bancuhan direka bentuk dengan baik, ia akan menampakkan kejelekitan , jadi pengasingan dan perebesan adalah lebih baik iaitu di peringkat minima. Mampatan yang berlebihan adalah lebih baik tetapi jika terlalu lama pada satu tempat akan memyebabkan pengasaingan bahan akan terjadi.

Alatan penggetar yang biasa digunakan ialah alat getar dalam (poker) kerana ia mudah dikendalikan dari satu tempat ke satu tempat yan lain. Terdapat dua jenis alat penggetar dalam yang digunakan iaitu alat penggetar yang digerakkan dengan kuasa petrol atau diesel atau motor di mana bahagian penggetar disambungkan dengan motor penggerak oleh aci fleksibel dan motor dan bahagian penggetar digerakkan dengan kuasa elektrik.

Rajah 4.17.10 : Memadat konkrit

53