Bab 4

3
Bab 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH Pengenalan: Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus. Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom. Masyarakat Arab Jahiliyah Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun. Masyarakat Jahiliyah masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm. Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya. Kerajaan sabak : 2 peringkat 950 650 sm, 650 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis. Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya. Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci..

description

dgdfa

Transcript of Bab 4

Bab 4

Bab 4

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYADI MAKKAHPengenalan:Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus. Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.

Masyarakat Arab JahiliyahJahiliyah berasal dari perkataan arab jahala bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun.Masyarakat Jahiliyah masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm hingga 610sm.Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya.Kerajaan sabak : 2 peringkat 950 650 sm, 650 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya.Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul serta kitab suci..

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai.2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.b. Kedudukan wanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.c. Menanam bayi perempuan percaya ia pembawa sial kepada keluarga.d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita sekali gus, begitu juga wanita.e. Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau berpindah.g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.h. 4 bentuk kepercayaan.i. Agama wathani menyembah berhala.ii. Animisme memuja alamiii. Samawi Kristian dan Yahudiiv. Kepercayaan menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif Agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya taasub kepada kabilah masing-masing.i. Diketuai oleh Sheikh lambang perpaduan kabilah.1. Syarat Pelantikan sheikh Mesti disukai ahli kabilah2. Dilantik atas persetujuan ramai3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidatoii. Amalan datangkan kesan.1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basus selama 40 tahun antara Bani Tagrib dan bani bakar. Sebab berlaku:a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul

1. siddiq ( Berkata Benar)2. amanah ( dipercayai )3. Tabliq ( menyampaikan )4. fatanah ( bijaksana )1. Mendapat gelaran Al Amin sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannyaa. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad..c. Menjadi pemimpin unggul.2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq menjadi tanda pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.

Kerasulan Nabi Muhamad saw.1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 memerintah umat Islam membaca. Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.b. Bacaan menggalakkan kajian.c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.4. Cara pertama yang dilakukan ialaha. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.