bab 4 (6)

14
4.19 DINDING 4.19.1 PENGENALAN Dinding merupakan satu struktur yang biasanya berada dalam keadaan pugak sebagai pembahagi bangunan- bangunan kepada ruang-ruang atau bilik. Dinding biasanya dalam keadaan tembok yang menegak. Terdapat tiga jenis utama dinding struktur iaitu dinding bangunan, dinding sempadan luaran dan dinding penahan. 4.19.2 FUNGSI DINDING Terdapat beberapa fungsi dinding dalam sesebuah bangunan atau rumah. Antaranya ialah menyokong lantai untuk paras atas dan bumbung serta beban tindihan untuk menyebarkan beban tersebut. Sebagai rintangan terhadap haba, cahaya, bunyi dan tekanan. Mengurangkan risiko terhadap kebakaran dan cuaca panas. Sebagai pembahagi kepada ruang makan,bilik tidur, tandas dan ruang tamu. Bagi menghalang penglihatan terus ke dalam rumah seperti bilik tidur atau tandas. Menyediakan satu ruang yang 71

description

sambungan bab 4 li

Transcript of bab 4 (6)

Page 1: bab 4 (6)

4.19 DINDING

4.19.1 PENGENALAN

Dinding merupakan satu struktur yang biasanya berada dalam keadaan

pugak sebagai pembahagi bangunan-bangunan kepada ruang-ruang atau bilik.

Dinding biasanya dalam keadaan tembok yang menegak.

Terdapat tiga jenis utama dinding struktur iaitu dinding bangunan, dinding

sempadan luaran dan dinding penahan.

4.19.2 FUNGSI DINDING

Terdapat beberapa fungsi dinding dalam sesebuah bangunan atau rumah.

Antaranya ialah menyokong lantai untuk paras atas dan bumbung serta beban

tindihan untuk menyebarkan beban tersebut. Sebagai rintangan terhadap haba,

cahaya, bunyi dan tekanan. Mengurangkan risiko terhadap kebakaran dan cuaca

panas. Sebagai pembahagi kepada ruang makan,bilik tidur, tandas dan ruang

tamu. Bagi menghalang penglihatan terus ke dalam rumah seperti bilik tidur atau

tandas. Menyediakan satu ruang yang dikehendaki. Memberi penebatan yang

baik terhadap bunyi dan haba.

71

Page 2: bab 4 (6)

4.19.3 KEPERLUAN BAGI DINDING

4.19.3.1 Kekuatan dan kestabilan

Dinding mestilah cukup kuat dan kukuh untuk mengelakkan daripada

berlakunya keruntuhan supaya ia dapat menyokong pelbagai bentuk beban yang

dikenakan ke atasnya seperti beban tindihan, tekanan angin dan juga getaran.

Bahan-bahan dalam menghasilkan dinding mestilah tahan lama dan tahan

terhadap garam yang boleh melarut serta lain-lain penentang bagi mengelakkan

dinding tersenut terhakis.

4.19.3.2 Ketahanan terhadap kelembapan

Kelembapan adalah salah satu daripada kecacatan yang berlaku didalam

pembinaan sesebuah bangunan. Ia mampu membuatkan bangunan kelihatan

buruk dan cacat serta dapat merosakkan barang-barang dan kemasan yang

terdapat didalamnya. Secara tidak langsung ia turut membahayakan penghuni

didalam bangunan tersebut.

Penelusan atau kelembapan berlaku dengan cara air hujan masuk

kedalamnya melalui bumbung yang menggunakan penutup dari getting dan

kawasan yang terdedah. Kelembapan juga boleh naik ke dinding disebabkan

kekurangan lapisan kalis kelembapan. Kelembapan juga dapat telus kedalam

sesebuah lantai pepejal yang tiada lapisan kalis kelembapan. Ini juga biasa

berlaku lapisan dinding yang terdedah kepada angin lembab atau kawasan

dimana pemeluwapan lambat berlaku. Keadaan basah yang berlebihan

disebabkan kebocoran pada salur tegak dan pugak.

72

Page 3: bab 4 (6)

4.19.3 3 Tebatan haba

Tebatan haba digunakan atas beberapa sebab, antaranya ialah untuk

menghalang kehilangan haba yang berlebihan dari dalam sesebuah bangunan.

Untuk menghalang pengeluaran haba yang besar dari dalam dan luar bangunan

semasa cuaca panas dan lembab berlaku. Sebagai pengecutan atau

pengembangan yang berlaku ke atas struktur tersebut serta menghalang

pengewapan berlaku.

Dinding dari bahagian luar mestilah mampu berfungsi sebagai

penghalang kehilangan haba untuk menjadikan keadaan sebelah dalam bangunan

lebih selesa. Perkara ini amatlah perlu kerana keadaan cuaca yang panas

memerlukan struktur dinding yang tebal bagi membolehkan ketebalan dinding

dapat memberi tebatan haba yang lebih baik dan adalah lebih ekonomi

menggunakan bahan yang mempunyai tebatan yang baik. Rongga yang terdapat

dalam dinding dapat meninggikan lagi kekuatan tebatan.

4.19.3.4 Rintangan terhadap kebakaran

Rintangan terhadap unsur-unsur penelusan api dan pengaliran haba

semasa kebakaran berlaku adalah didalam satu tempoh masa tertentu iaitu satu

setengah jam sehingga ke enam jam. Masa rintangan yang berlainan adalah

bergantung kepada saiz, keadaan dan penggunaan bangunan tersebut. Ini dibuat

supaya masa-masa rintangan oleh unsur-unsur tersebut dapat memberi ruang

kepada penghuni untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

73

Page 4: bab 4 (6)

4.19.3.5 Rintangan terhadap bunyi

Dinding juga boleh berfungsi sebagai penebat bunyi yang baik. Ini

kerana bunyi dialirkan dalam bentuk bunyi pindahan udara dan bunyi hentaman.

Contohnya bunyi hentaman pintu atau kaki dilantai. Penebat yang paling sesuai

terhadap bunyi ialah satu lapisan padat yang boleh menyerap gelombang bunyi

lebih berat dan padat bahan pepejal dinding maka keberkesanan mengurangkan

bunyi adalah lebih baik.

4.19.4 DINDING BLOK KONKRIT

Dinding jenis ini digunakan dengan lebih meluas bagi menanggung

beban dan juga untuk dinding yang tidak menanggung beban. Dinding blok

konkrit ini boleh disusun dalam masa yang singkat berbanding dinding yang

disusun dengan bata. Dari aspek ekonomi pula, harga dinding konkrit adalah

lebih murah berbanding dengan dinding bata. Dinding blok konkrit mempunyai

batu baur yang ringan yang mana ia mempunyai penebatan dan ciri-ciri

pemindahan haba yang baik malah ia sering digunakan dalam lapisan dinding

konkrit dan diikuti pula dengan lapisan luar bata atau lapisan luar blok konkrit

itu sendiri.

Walaupun blok konkrit ini lebih murah tetapi ianya mempunyai

keburukan yang tersendiri iaitu mempunyai kelemahan dalam merintangi

pergerakan kelembapan. Akibatnya akan berlaku keretakan pada kemasan yang

dibuat seperti lapisan lepaan simen yang retak. Bagi mengelakkan hal ini

daripada berlaku, sambungan gerakan pugak pada dinding hendaklah dibuat dan

bahan mastik perlulah diisi didalamnya.

74

Page 5: bab 4 (6)

4.19.5 DINDING BATA

Dinding kepala rumah atau bangunan dibina dengan berbagai cara dan

bahan. Dinding adalah struktur berterusan memanjang dan menegak. Ia boleh

dibina dari batu-bata, batu, kayu dan lain-lain lagi. Dinding boleh dikelaskan

kepada dua jenis iaitu dinding luar (internal wall) dan dinding dalam (external

wall).

4.19.6 FUNGSI DINDING

Terdapat pelbagai fungsi-fungsi dinding yang perlu kita ketahui.

Antaranya ialah dapat mencegah kebakaran. Selain itu, dinding merupakan

penebat haba dan penebat bunyi yang baik. Ia juga tempat pemasangan pintu dan

tingkap dan menjadi pembahagian ruang dalam sesuatu rumah atau bangunan.

4.19.7 FUNGSI STRUKTUR

Dari segi struktur pula, dinding dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu dinding

tanggung beban dan dinding tidak tanggung beban.

4.19.7.1 Dinding Tanggung Beban

Dinding ini memikul beban lantai, bumbung dan beban sendiri serta

memindahkan beban itu kepada asas bangunan. Sebarang kerosakan yang terjadi

pada dinding akan mengakibatkan kegagalan kepada binaan yang dibina.

75

Page 6: bab 4 (6)

4.19.7.2 Dinding Tidak Tanggung Beban

Dinding daripada kumpulan ini terdiri daripada dinding yang

menanggung bebannya sendiri. Dinding pembahagian (partitation wall) juga

merupakan salah satu dinding yang tergolong dalam kumpulan ini. Dinding jenis

ini tidak menyokong beban lain kerana bahagian atasnya telah disokong oleh

papan konkrit tetulang atau rangka bangunan.

4.19.8 CARA-CARA PEMBINAAN DINDING

Cara biasa yang dilakukan ialah membina kedua-dua penjuru terlebih

dahulu setinggi 1 meter ditegak tepat dengan ‘spirit level’ dan lapisan bata

dibiarkan bertingkat-tingkat. Tembok antaranya diisi kemudian dengan mengikut

garisan benam yang ditarik dari kedua-dua penjuru yang dibina itu. Dinding bata

sesebuah binaan hendaklah dibina serentak. Tembok pada binaan yang sama

tidak boleh melebihi 1 meter daripada tembok bahagian yang lain.

Aras bagi lapisan bata dijaga semuanya agar sama rata. Ini bermula dari

lapisan pertama dengan menggunakan ‘spirit level’ bersama sebatang kayu yang

panjang kira-kira 2 meter. Bata pada penjuru hendaklah dibina mengikut tolok

rod. ‘Plat tingle’ digunakan bagi mencegah benam dari melentur jika tembok

yang dibina diatas lapisan lembat (DPC) sama ada ‘bitumen’ atau sebagainya

bagi mencegah kelembapan dari menyerap kedalam dinding.

76

Page 7: bab 4 (6)

4.20 TINGKAP

Tingkap merupakan satu alat yang digunakan untuk memenuhi ruang

diantara dinding dengan luar rumah. Pemasangan tingkap dilakukan bagi

membuatkan sesebuah rumah kelihatan lebih cantik dan menarik.

Antara faktor-faktor pemasangan tingkap ialah untuk pengedaran udara

dan kemasukan angin. Sebagai ruang untuk cahaya menembusi kedalam rumah

atau bangunan untuk menerangkan keadaan didalam rumah. Memudahkan

penghuni didalamnya untuk melihat permandangan dan suasana luar dan

menghalang angin dan hujan kencang masuk kedalam rumah atau bangunan.

Antara bangunan yang memerlukan penggunaan tingkap ialah bilik ,

ruang tamu, tandas, dapur, bilik istirehat atau ruang makan dahotel atau rumah

tumpangan.

Antara faktor pemilihan tingkap ialah mestilah kuat untuk menahan

beban tindihan bangunan supaya tidak melendur apabila digunakan. Tahan

terhadap karat kerana bagi kawasan perumahan ditepi pantai dan hembusan

angin air laut dapat mereputkan rangka atau bingkai tingkap. Tingkap juga

mestilah bahan penebat haba yang baik supaya dapat menghalang haba panas

masuk kedalam rumah atau bangunan.

Selain itu, pemilihan tingkap haruslah mempunyai penebatan bunyi yang

baik supaya dapat mengurangkan bunyi bising dari luar. Mempunyai daya

ketahanan untuk menghalang daripada habuk atau asap tebal masuk kedalam

rumah. Dapat berfungsi dengan baik dalam apa jua keadaan. Mempunyai harga

yang berpatutan dengan kualitinya.

77

Page 8: bab 4 (6)

4.20.1 JENIS-JENIS TINGKAP

Terdapat beberapa jenis tingkap yang biasa digunakan iaitu tingkap berengsel, tingkap

berpangsi, tingkap gelangsar, tingkap majmuk dan tingkap gantung sisi.

4.20.1.1 Tingkap Berengsel

Daun tingkap ini biasanya dibuka kearah luar dan hanya satu bahagian

sahaja yang boleh dibuka sama ada ke luar atau ke dalam. Ia berbentuk segi

empat dan bukannya adalah lebih besar.

4.20.1.2 Tingkap Berpangsi

Tingkap ini mempunyai persamaan dengan tingkap berengsel tetapi

bukaannya adalah ke dalam dan ke luar rumah. Ia sering digunakan untuk

rumah-rumah kediaman.

4.20.1.3 Tingkap Gelangsar

Tingkap ini mempunyai dua arah bukaannya iaitu menegak dan

melintang. Pembukaannya hanyalah dengan menolak ke atas, ke bawah dan ke

kiri atau ke kanan bukaannya serta kehadapan atau ke belakang .

4.20.1.4 Tingkap Majmuk

Tingkap ini mirip kepada tingkap berpangsi tetapi bukaannya tidak seluas

tingkap berpangsi.

78

Page 9: bab 4 (6)

4.20.1.5 Tingkap Gantungan Sisi

Tingkap ini mempunyai bingkai segi empat sama dan terdapat engsel

padanya untuk memudahkan ia dibuka ke dalam atau ke luar rumah. Tingkap

jenis ini mempunyai bingkai sebagai penutup.

4.21 PINTU

Pintu adalah bukaan pada dinding yang boleh ditutup dn membolehkan

kawasan tersebut menjadi tempat lalu-lalang. Ia juga bertujuan memudahkan

pergerakan dari satu ruang ke satu ruang yang lain.

4.21.1 CIRI-CIRI PINTU

Pintu perlu kuat dan tahan lasak kerana ia bahagian yang sering

digunakan dalam sesebuah rumah. Mempunyai penebat bunyi yang baik supaya

dapat menghindari dari bunyi bising yang datang dari arah dalam atau luar

rumah. Merupakan perintang kepanasan kerana ia sentiasa terdedah kepada

kepanasan dan supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran.

Binaannya mestilah kukuh dan mampu bertahan lama supaya ia selamat

digunakan.

4.21.1.2 PEMASANGAN PINTU

Kerangka pintu tersebut dipasang terlebih dahulu sebelum kerja-kerja

pemasangan pintu dilakukan. Pemasangan kerangka amatlah penting kerana

daun pintu bergantung kepada kerangka tersebut untuk berdiri. Kerja-kerja

pemasangan kerangka perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja

79

Page 10: bab 4 (6)

mengikat bata dilakukan. Ia adalah untuk mengelakkan daripada kerja-kerja bata

tersebut mengganggu kerja pemasangan kerangka dan mampu menyebabkan

kedudukan kerangka lari dari tempatnya.

80