Bab 4- Aristotle, Seni adalah Peniruan alam

2
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali 1 Topik 4: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Seni sebagai Peniruan Alam (Teori seni Aristotle) Aristotle merupakan pelajar kepada Plato (384-322 SM) dilahirkan di Stagyra, Macedonia, putera Nichomachus iaitu doktor kepada raja Macedonia. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat tekun dan mula menuntut dengan Plato ketika berusia 20 tahun. Seperti gurunya Plato, Aristotle menumpukan perhatian kepada persoalan seni dengan melihat bahawa unsur peniruan atau mimesis sebagai yang lebih positif. Aristotle mengatakan bahawa karya seni harus mempunyai nilai peniruan, iaitu meniru kejadian aktiviti di dunia. Beliau tidak bersetuju pendapat Plato yang mengatakan bahawa peniruan adalah kategori ketiga dan karya peniruan itu adalah tidak benar. Sebaliknya Aristotle menekankan bahawa mimesis itu adalah sebagai representasi aksi dan kehidupan manusia melalui sesuatu rangka cerita atau struktur yang sesuai. Aristotle telah menerangkan bahawa proses mimesis adalah merujuk kepada proses meniru atau menghasilkan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain dan ini adalah sebagai imitasi. Beliau banyak menunjukkan contoh dalam seni kesusasteraan dan drama. Dalam karyanya bertajuk Poetics, beliau menyatakan, imitasi ialah sesuatu yang dilakukan oleh seorang manusia semasa dia masih kanak-kanak, dan salah satu keuntungan manusia jika dibandingkan dengan binatang ialah seseorang manusia itu merupakan makhluk hidup yang mengimitasikan (kata-kata dan gerak-geri manusia lain), dan dia juga mula mempelajari sesuatu itu daripada proses imitasi (Lok, 1997). Aristotle merujuk kepada karya drama tragedi yang mewakili aksi dan kehidupan manusia. Itu lah yang dikatakan mimesis. Ia mewakili manusia bukan dengan menceritakan kehidupan seseorang yang wujud dan hidup di dalam dunia ini, tetapi melalui cerita yang direka oleh penulis dan pengarah. Menurut Lok (1997), mimesis berlaku apabila ahli drama itu menyusun peristiwa dalam dramanya supaya ia mempunyai ciri-ciri rangka cerita bahagian permulaan, pertengahan dan akhir dan mempunyai pertalian demi pertalian antara peristiwa dalam sesebuah drama tragedi. Bagi Aristotle, watak individu dan peristiwa dalam sesebuah drama itu hanya merupakan alat yang digunakan oleh ahli drama untuk

Transcript of Bab 4- Aristotle, Seni adalah Peniruan alam

Page 1: Bab 4- Aristotle, Seni adalah Peniruan alam

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

1

Topik 4:

Teori-teori pendidikan seni

Oleh: Hassan Mohd Ghazali

Fakulti Seni dan Muzik

Seni sebagai Peniruan Alam

(Teori seni Aristotle)

Aristotle merupakan pelajar kepada Plato (384-322 SM) dilahirkan di

Stagyra, Macedonia, putera Nichomachus iaitu doktor kepada raja

Macedonia. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat tekun dan mula

menuntut dengan Plato ketika berusia 20 tahun.

Seperti gurunya Plato, Aristotle menumpukan perhatian kepada

persoalan seni dengan melihat bahawa unsur peniruan atau mimesis

sebagai yang lebih positif. Aristotle mengatakan bahawa karya seni harus

mempunyai nilai peniruan, iaitu meniru kejadian aktiviti di dunia. Beliau

tidak bersetuju pendapat Plato yang mengatakan bahawa peniruan adalah

kategori ketiga dan karya peniruan itu adalah tidak benar. Sebaliknya

Aristotle menekankan bahawa mimesis itu adalah sebagai representasi aksi

dan kehidupan manusia melalui sesuatu rangka cerita atau struktur yang

sesuai.

Aristotle telah menerangkan bahawa proses mimesis adalah

merujuk kepada proses meniru atau menghasilkan semula kata-kata dan

gerak-geri orang lain dan ini adalah sebagai imitasi. Beliau banyak

menunjukkan contoh dalam seni kesusasteraan dan drama. Dalam

karyanya bertajuk Poetics, beliau menyatakan, imitasi ialah sesuatu yang

dilakukan oleh seorang manusia semasa dia masih kanak-kanak, dan salah

satu keuntungan manusia jika dibandingkan dengan binatang ialah

seseorang manusia itu merupakan makhluk hidup yang mengimitasikan

(kata-kata dan gerak-geri manusia lain), dan dia juga mula mempelajari

sesuatu itu daripada proses imitasi (Lok, 1997).

Aristotle merujuk kepada karya drama tragedi yang mewakili aksi

dan kehidupan manusia. Itu lah yang dikatakan mimesis. Ia mewakili

manusia bukan dengan menceritakan kehidupan seseorang yang wujud

dan hidup di dalam dunia ini, tetapi melalui cerita yang direka oleh penulis

dan pengarah. Menurut Lok (1997), mimesis berlaku apabila ahli drama

itu menyusun peristiwa dalam dramanya supaya ia mempunyai ciri-ciri

rangka cerita bahagian permulaan, pertengahan dan akhir dan mempunyai

pertalian demi pertalian antara peristiwa dalam sesebuah drama tragedi.

Bagi Aristotle, watak individu dan peristiwa dalam sesebuah

drama itu hanya merupakan alat yang digunakan oleh ahli drama untuk

Page 2: Bab 4- Aristotle, Seni adalah Peniruan alam

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

2

menyampaikan pengetahuan dan pengajaran yang lebih umum. Beliau

mengatakan fungsi drama ialah menceritakan sesesuatu peristiwa melalui

mesej tertentu. Pendapat ini bertentangan dengan Plato yang mengatakan

drama adalah cerita palsu.

Bagi Aristotle seni bukanlah meniru hasil buatan orang atau

meniru alam sekitar, tetapi seni meniru aktiviti semula jadi. Menurutnya

lagi alam semula jadi menghasilkan sesuatu dengan menyatukan bahan

yang sesuai dengan sesuatu bentuk. Seseorang seniman meniru proses

kreatif dalam alam semula jadi dengan menyatukan bahan tertentu dalam

bentuk atau struktur yang sesuai. Seniman menggunakan sumber alam

untuk membentuk melalui idea menjadi sesuatu bahan kreatif. Dalam

karyanya bertajuk Poetics, bab 1, beliau menunjukkan bahan yang

digunakan oleh bentuk-bentuk seni yang berlainan dalam proses imitasi.

Ahli seni catan dan ahli seni pahat menggunakan warna dan bentuk untuk

menghasilkan sebuah karya imitasi. Dalam konteks ini, mimesis tidak

boleh dirujuk kepada mengeluarkan semula objek asal tetapi bahan yang

digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak sama dengan objek

asal. Ini bermakna seseorang seniman itu menghasilkan suatu bentuk yang

baru melalui kreativiti pengkarya.

Aristotle mempunyai pandangan bahawa karya seni harus dinilai

sebagai suatu peniruan. Peniruan yang dimaksudkan ialah tiruan dunia

alamiah dan dunia manusia sendiri. Menurut beliau pembuat karya seni

berbeza dari tugas pensejarahan yang menceritakan hal-hal kejadian yang

lepas. Karya seni harus lebih dari itu iaitu memiliki keunggulan idea dan

falsafah yang bersifat universal.