Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

45
MODEL KURIKULUM DACUM TAJUL ASHIKIN BIN HJ HASHIM IPGM KAMPUS PERLIS

Transcript of Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Page 1: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

MODEL KURIKULUM DACUM

TAJUL ASHIKIN BIN HJ HASHIMIPGM KAMPUS PERLIS

Page 2: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

“DEVELOPING A CURICULLUM” (DACUM)

SUATU PENDEKATAN INOVATIF TERHADAP ANALISIS SESUATU PEKERJAAN DAN JUGA KAEDAH YANG BERKESAN DALAM MENENTUKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH SESEORANG INDIVIDU (PEKERJA)

(Finch and Crunkilton , 1989)

Page 3: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Dacum terdiri daripada sehelai profil berkenaan pekerjaan yang dapat menggambarkan secara grafik tanggung jawab dan tugas yang terlibat dan perlu dilaksanakan dalam sesuatu bidang pekerjaan (Jones 1989)

Page 4: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Analisis Dacum biasanya digunakan sebagai asas untuk

Merekabentuk kurikulum Kaunseling dan pengambilan pelajar Keperluan terhadap keperluan pelajar Penilaian terhadap prestasi pekerjaan Merekabentuk ujian ketrampilan Penerangan sesuatu pekerjaan

Page 5: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

4 komponen asas yang digunakan dalam model Dacum ialah

Sustu profil yang mengenalpasti sesuatu tugas ketrampilan bagi keseluruhan pekerjaan

Kemahiran dan tingkahlaku yang terlibat untuk sesuatu tugas dan ketrampilan dikenalpasti

Kemahiran dan tingkahlaku menjadi matlamat pelatih/pelajar

Skala pengklasan dikaitkan dengan profil untuk tujuan penilaian pelbagai peringkat ketrampilan

Page 6: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Dacum beroperasi berdasarkan 3 dasar iaitu Pekerja mahir adalah paling sesuai

menjelaskan tentang pekerjaan mereka sendiri Sebarang pekerjaan boleh dijelaskan dengan

berkesan dan mencukupi dalam bentuk tanggungjawab oleh pekerja yang berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan baik

Kesemua tugas mempunyai implikasi terhadap pengetahuan dan sikap yang perlu ada pada pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna

Page 7: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Prosedur menghasilkan kurikulum melalui pendekatan Dacum

Page 8: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

1.ANALISIS KEPERLUAN

Kenalpasti masalah Kenalpasti kumpulan sasaran Menentukan objektif/analisis kepada

keperluan latihan (tugas pekerjaan/ kemahiran yang perlu ada0

Page 9: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

2. PEMILIHAN AHLI PANEL

Pengerusi Penyelaras kurikulum (pakar kurikulum) Memilih 2 orang ahli panel dalam bidang

kursus yang akan dijalankan

Page 10: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

3. SESI SUMBANGSARAN

Panel menyenaraikan tingkahlaku, sikap, pengetahuan dan kemahiran dan juga kelengkapan yang diperlukan

Pengerusi/Pemudahcara membimbing ahli-ahli panel terutamannya tentang pendekatan dacum

Page 11: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

4. Menghasilkan profil kerja

Hasilkan profil pekerjaan Bincangkan setiap item (tajuk dan skop

pekerjaan,tanggungjawab secara umum/kemahiran sesuatu tugas Laksanakan setiap langkah kerja dalam carta

Page 12: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

5.PENILAIAN SEMULA PROFIL

Perbincangan semula untuk memperbaiki dan memperbetulkan yang perlu

Page 13: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

6. PROFIL PEKERJAAN YANG LENGKAP BAGI SESUATU KURSUS

Page 14: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Tajuk 5

PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mengenalpasti dan memilih bahan kurikulum.

Page 15: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PEMILIHAN KANDUNGAN KURIKULUM merupakan suatu aktiviti yang amat

kompleks dan memerlukan ketelitian pemilihan kandungan kurikulurn manifestasi

ke arah merealisasikan visi dan misi negara yang dapat dicapai melalui proses pendidikan

Page 16: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PEMILIHAN KANDUNGAN KURIKULUM

Perkara perlu dititikberatkan dalam pemilihan kandungan kurikulum:-

perlu ada perseimbangan antara unsur kognitif, afektif dan psikomotor

Ketiga-tiga unsur ini merupakan asas dalarn proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembinaan insan yang seimbang.

politik juga merupakan unsur yang mempengaruhi pernilihan isi kandungan kurikulum

Page 17: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PERSOALAN TENTANG PEMILIHAN KANDUNGAN MATAPELAJARAN

dikemukakan oleb Taha (1962):- Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata

pelajaran sesuai dengan keadaan semasa? Bagaimanakah kepentingan mara pelajaran mengikut

keadaan? Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran selari

dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan? Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran

membolehkan objektif dicapai?

Page 18: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

~Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran dipelajari oleh pelajar?~Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran sesuai dengan kebudayaan dan norma pelajar?~Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran mengambil kira kehendak pelajar?~Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran mengambil kira minat pelajar?

Page 19: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Mengikut John Dewey (1938)

kurikulum merupakan ciptaan sosial iaitu pendidikan merupakan kaedah asas bagi

reformasi masyarakat dan menimbulkan konsep pendidikan progresif

Prinsip kurikulum perlu dibina dan dua asas, iaitu bakat kanak-kanak dan kehendak-kehendak alam sekeliling

Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan sebagai pembimbing akademik kepada pelajar

Page 20: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

MENGIKUT JEROME BRUNER(2001)

Kurikulum perlu berasaskan disiplin iaitu kurikulum perlu dipusatkan kepada disiplin Tujuan pendidikan adalah untuk mendekati struktur matapelajaran

dan memahaminya dan prosesnya adalah melalui pusingan iaitu, mengenali matapelajaran dan mendalami matapelajaran.

Mengenali dan mendalami matapelajaran memberi makna bagi satu matapelajaran dan proses ini harus mengembangkan minat pelajar.

Mengenali dan mendalami matapelajaran juga membolehkan kanak-kanak kearah memahami, meninjau dan menukar keadaan alam persekitarannya.

Sekolah menjadi tempat memupuk keintelektualan dan proses menjadikan minda lebih berkesan.

Page 21: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

~Prinsip yang telah dibincangkan boleh menjadi asas atau panduan untuk menentukan kandungan kurikulum dan Ia dibahagikan kepada dua keadaan:-

iaitu keadaan yang menekankan teknikal dan keadaan mempunyai hubungkait dengan kehendak masyarakat.

~gabungan kedua-dua keadaan ini penting untuk mendapatkan isi kandungan kurikulum yang bermakna kepada keadaan masyarakat dan kehendak serta tuntutan masa.

~Kandungan kurikulum yang telah ditentukan menjadi bahan pengajaran yang merupakan salah satu daripada komponen kurikulum itu sendiri.

Page 22: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap 2.

Matapelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.

Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Page 23: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Kandungan matapelajaran ini merangkumi dan mendedahkan mengenai kemahiran asas, pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif dan sebagainya.

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan.

Page 24: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

Murid juga digalak untuk merebut peluang yang ada secara bijak, dan mengambil inisiatif daripadanya.

Page 25: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

Dari segi kandungan, beberapa tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya.

Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, elemen kreativiti dan reka cipta telah ditambah.

Page 26: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

KRITERIA PEMILIHAN ISIKANDUNGAN

Di Malaysia, kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR) dipilih berdasarkan kepada model kurikulum dan pengajaran serta model semasa dan yang berpotensi.

Kandungan kurikulum yang dipilih mestilah yang berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, iaitu kurikulum yang dirancang mestilah sesuatu pembelajaran yang dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mengikut kepercayan dan kepatuhankepada Tuhan.

Page 27: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Sesuatu kurikulum yang digubal semasa memilih kandungan mestilah terdiri daripada pembelajaran yang mempunyai nilai- nilai murni.

Sesuatu kurikulum yang dipilih mestilah mempunyai nilai- nilai murni bagi membentuk modal insan yang cemerlang dan mempunyai sifat- sifat yang positif.

Sesuatu pembelajaran itu mestilah terdiri daripada sesuatu pelajaran yang dapat memupuk kesedaran para pelajar terhadap penjagaan alam sekitar bagi menjamin kualiti alam sekitar berada pada tahap yang baik.

Page 28: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Dasar Negara iaitu, ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek.

Haruslah berdasarkan kepada komponen Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah, iaitu yang merangkumi kepada perkembangan diri dan menekankan kepada pembelajaran secara individu dan berkumpulan bagi membolehkan sesuatu pembelajaran itu dapat dilksanakan secara berkesan.

Page 29: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Faktor Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif juga antara perkara yang perlu diambilperhatian semasa memilih kandungan.

Ianya merangkumi kepada pengalaman dan memberi kemahiran kepada para pelajar seperti bertukang, dan merekabentuk sesuatu.

Di dalam aktiviti ini, ianya melibatkan beberapa perkara iaitu kemahiran seseorang para pelajar, bekerjasama secara berkumpulan, berkomunikasi, sikap kepimpinan serta merancang sesuatu aktiviti pembelajaran berdasarkan kepada proses p&p yang telah dijalankan.

Page 30: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Kehendak masyarakat juga merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih kandungan.

Sesuatu kandungan pembelajaran itu mestilah sesuatu yang dapat memenuhi keperluan masyarakat, sesuatu yang dapat memenuhi keperluan tenaga pekerja, bersesuaian dengan peringkat umur ( mengikut aras) iaitu tidak terlalu rendah atau tingi arasnya.

Sesuatu kandungan itu juga mestilah relevan dengan keadaan semasa, iaitu berdasarkan kepada teknologi pada masa kini dan kajian pada masa hadapan.

Page 31: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PERLAKSANAAN KURIKULUM KHSR

Mengenal pasti & memilih bahan-bahan kurikulum.

Membangunkan bahan kurikulum. Pembangunan kurikulum untuk peralihan

sekolah ke kerjaya.

Page 32: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

MEMBANGUNKAN BAHAN KURIKULUM

Pembinaan Kurikulum

Pengembangan Kurikulum

Pelaksanaan Kurikulum

Page 33: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PEMBINAAN KURIKULUM Pembinaan kurikulum melibatkan pengkongsepsian

rekabentuk kurikulum. Ini adalah untuk mencapai kesemua objektif kurikulum.

Semua objektif ini diperhalus dan dikenal pasti mengenai isi kandungan yang sewajar dengannya.

Seterusnya isi kandungan bagi setiap komponen objektif disampaikan kepada murid melalui pendekatan dan strategi pengajaran serta bahan- bahan pembelajaran supaya murid- murid dapat mencapai objektif yang dirancangkan.

Bergantung kepada objektif, kegiatan pembinaan kurikulum boleh melibatkan kegiatan yang amat besar dimensinya. Ini amat jelas jika projek diadakan untuk mengendalikan sesuatu program pendidikan yang luas dan menyeluruh.

Page 34: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Pembina kurikulum terdiri daripada golongan professional universiti serta mereka yang mahir tentang sesuatu pengajaran.

Sebahagian besar daripada kegiatan pembinaan kurikulum tertumpu kepada pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Kegiatan pembinaan kurikulum melibatkan kegiatan merekabentuk kurikulum, komponen pengajaran, rancangan pengajaran yang khusus serta bahan- bahan sokongan.

Page 35: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Pembinaan kurikulum secara sektoral dapat menghasilkan suatu pengembangan kurikulum. Dalam melaksanakan kurikulum, beberapa pembaharuan telah dilakukan.

Hasil- hasil pembaharuan ini mendorong kepada suatu pengembangan kurikulum baru (Kurikulum 1975).

Dengan itu, langkah- langkah pembinaan kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan kurikulum. ( Hilda Taba, Curriculum development, Theory and Practice ).

Page 36: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PENGEMBANGAN KURIKULUM Kegiatan pengembangan kurikulum mencakupi

penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah yang disertai dengan penilaian yang intensif dan penyempurnaan yang dilakukan terhadap komponen- komponen tertentu

Sinonim dengan ‘curriculum development ‘, pengembangan kurikulum bererti perubahan dan peralihan dari satu kurikulum kepada kurikulum yang lain.

Contohnya dari kurikulum 1968 ( ‘ subject matter curriculum’) ke kurikulum 1975 yang memiliki cirri- cirri ‘correlated’ , ‘broad fields of subject matter’ dan ‘integrated’.

Perubahan ini berlaku dalam jangka waktu yang panjang.

Page 37: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Tyler (1949 ) dan Taba (1962)

Mencadangkan perkara utama dalam merancang kurikulum ialah analisis keperluan. Keperluan dalam mewujudkan kurikulum baru atau mengubahsuai kurikulum sedia ada.

Evans dan Herr (1978) Mencadangkan tiga perkara iaitu;

1. Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan2. Pelbagaikan opsyen kursus -dapat

perbanyakan pilihan3. Pelbagaikan teknik pengajaran - dapat

memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

Page 38: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PELAKSANAAN KURIKULUM

Proses pemasangan kurikulum ialah proses menyampaikan dan mengemukakan kurikulum kepada guru di sekolah yang terlibat dengan projek pengembangan kurikulum.

Penyebaran kurikulum ialah proses penyampaian dan pengenalan kepada sasaran yang tidak termasuk dalam proses pemasangan.

Projek- projek kurikulum mempunyai kumpulan sasaran dan skala penyebaran tertentu.

Page 39: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Pelaksanaan kurikulum berlaku apabila sifat- sifat rekabentuk yang ditampilkan oleh kurikulum muncul dalam pemgajaran.

Sifat – sifat yang muncul mempunyai julat yang terdiri daripada semua aspek seperti yang dikehendaki oleh Pembina kurikulum yang merangkumi semua aspek kurikulum.

Page 40: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Fullen & Pomfret ( 1977 )

mengatakan bahawa aspek- aspek kurikulum boleh dilihat dari lima dimensi iaitu : Bahan Struktur Peranan Pengetahuan dan kefahaman Pelaksanaan nilai- nilai rekabentuk baru.

Page 41: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Penggunaan kurikulum boleh juga berlaku dalam bentuk ubahsuai menurut cara atau kaedah yang sesuai dengan sesuatu keadaan.

Penyampaian maklumat melibatkan pendekatan untuk mengorientasi guru kepada kurikulum dan membekalkan kurikulum kepada guru.

Page 42: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PEMBANGUNAN KURIKULUM UNTUK PERALIHAN SEKOLAH KE KERJAYA

Reformasi pendidikan pada tahun 1989 telah membawa perubahan pada PTV di sekolah menengah biasa atau akademik.

Kurikulum baru telah menawarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar sekolah rendah dari tahun 4 - 6 seterusnya ke peringkat menengah rendah.

Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan di SMA pada peringkat menengah atas.

Beberapa nama kursus di SMT dan SM Vokasonal di beri nama baru selaras dengan keperluan semasa yang lebih releven

Penambahan kursus di peringkat Politeknik dan IPTA

Page 43: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 1996, KPM melonggarkan kemasukan ke

T4. (PMR 4D) 1997 & 1998, kepada 1D 1999, semua pelajar layak

Page 44: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

PELAKSANAAN PROGRAM SKK Menggubal SKK bagi memastikan pelajar

lemah dapat meningkatkan pencapaian akademiknya dan menfaatkan potensi dirinya

Dilaksanakan secara rintis tahun 1998

SKK adalah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dgn membekalkan pengetahuan & kemahiran melalui pengalaman tempat kerja

Page 45: Bab 4 Dan 5 Rekabentuk Kandungan Kurikulum Dan Perlaksanaan Kurikulum

Objektif SKK

Membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik

Mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar melalui pengalaman tempat kerja

Memanfaatkan masa pelajar di peringkat SM terutama utk mereka yg berpencapaian rendah dari segi akademik